You are on page 1of 37

Pendidikan Keselamatan

Dari Aspek Infrastruktur


Dalam Bangunan
(Indoor)
Stor

Bilik
Makmal
Darjah

INDOOR

Dewan Kantin

Bilik-
Bilik
Khas
Stor
Keselesaan, Kesesuaian, Keluasan
Kawasan

• Dilarang masuk tanpa kebenaran guru.


• Dilarang membawa beg makanan atau minuman ke dalam stor
sukan.
• Pastikan pintu ditutup sebelum meninggalkan stor sukan.
Aspek Keselamatan/Penyimpanan
Bahan Berbahaya

• Peralatan berbahaya harus disimpan di tempat khas yang


selamat.
Peralatan dan Perabot

• Mengisi borang pinjaman keluar masuk peralatan sukan .


• Susun semula peralatan yang dipinjam ke tempat asal.
• Murid dilarang sama sekali merosakkan peralatan yang
terdapat di dalam stor sukan.
Bilik Darjah
Keselesaan, Kesesuaian, Keluasan
Kawasan

• Murid-murid dilarang bising, bermain-main, bergurau, dan


mengganggu ketenteraman kelas.
• Murid-murid tidak boleh makan atau minum di dalam kelas.
• Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan tempat duduk
kecuali dengan izin guru.
• Murid-murid hendaklah menjaga kebersihan kelas pada setiap
masa.
Aspek Keselamatan

• Laporkan dengan serta-merta, sebarang keadaan kecemasan


yang berlaku di dalam bilik kelas kepada guru untuk diambil
tindakan.
Peralatan dan Perabot
• Kerusi dan meja hendaklah disusun dengan teratur.

• Bakul sampah mesti dikosongkan pada waktu pertama sebelum dan selepas
rehat, serta sebelum balik.

• Papan tulis mesti sentiasa dibersihkan sebelum bermulanya waktu mata


pelajaran yang berikutnya.

• Murid-murid mesti menjaga dengan cermat semua maklumat yang


dipamerkan di papan kenyataan kelas.

• Murid-murid tidak dibenarkan mengubah kedudukan tempat duduk di dalam


kelas tanpa kebenaran guru.
Punca Air/Elektrik

• Berhati-hati dengan suis elektrik. Jangan sentuh suis elektrik dengan tangan
yang basah.

• Jangan cuba membaiki sendiri sebarang peralatan elektrik seperti lampu,


kipas, suis, dan punca elektrik yang rosak. Laporkan kepada pihak pejabat
dengan segera.
Penyimpanan Bahan Berbahaya
• Murid-murid dilarang membawa alatan berbahaya seperti gunting, pisau, dan
sebagainya tanpa kebenaran dan arahan guru.

• Murid-murid dilarang membawa marker dan cecair pemadam.

• Semasa menggunakan peralatan yang berbahaya seperti gunting, alatan


geometri, pisau dan sebagainya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran, murid-murid mestilah mengikuti sepenuhnya arahan guru.
Murid-murid dilarang bergurau-gurau dan bermain-main semasa
menggunakannya.
Kantin
Keselesaan, Kesesuaian, Keluasan
Kawasan

• Sila beratur ketika membeli makanan dan minuman.


• Sila makan ditempat yang disediakan.
• Sila jaga kebersihan kantin.
• Makan di kawasan yang disediakan.
Aspek Keselamatan

• Menjaga disiplin dan sentiasa bersopan santun.


• Dilarang melari dan main di kantin.
• Berhati-hati semasa mengguna atau memegang garpu supaya
tidak mencederakan orang lain atau diri sendiri.
Peralatan dan Perabot

• Sila masukkan pinggan mangkuk dan cawan kotor di tempat


yang disediakan.
Bilik-Bilik
Khas
Bengkel Kemahiran Hidup (KH)

• Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam bilik KH tanpa guru.


• Apron untuk bekerja mestilah dipakai semasa berada di dalam
bilik KH.
• Tutup suis elektrik sebelum memasang plug sebarang peralatan
elektrik dan tutup semua suis selepas menggunakannya.
• Jangan bermain dengan sebarang peralatan tajam.
• Berhati-hati dan cermat semasa menggunakan alatan yang
tajam, panas dan berkuasa tinggi.
• Sebarang kemalangan mesti dilaporkan kepada guru yang
mengajar dengan segera.
Bilik Muzik

• Beratur sebelum masuk dan keluar dari bilik muzik.


• Beg tidak dibenarkan dibawa masuk ke bilik muzik.
• Mesti menjaga kebersihan dan kekemasan bilik muzik.
• Penggunaan alat-alat muzik
• Alat-alat muzik tidak dibenarkan dibawa keluar atau dibawa
balik dari bilik muzik.
• Alat-alat yang digunakan disusun semula dengan teratur dan
kemas.
• Keselamatan alat-alat muzik adalah tanggungjawab murid-
murid yang menggunakannya.
Makmal Komputer

• Setiap pelajar mesti beratur sebelum memasuki makmal


komputer dan tunggu sehingga guru bertugas sampai.
• Pelajar tidak dibenarkan masuk ke makmal komputer tanpa
kebenaran guru.
• Makanan dan minuman tidak boleh dibawa masuk ke makmal
komputer.
• Pelajar tidak boleh membawa cakera persendirian ke makmal
komputer.
• Pelajar tidak boleh membawa keluar sebarang pendawaian dan
suis ke dalam makmal komputer.
• Pelajar dilarang menyentuh sebarang pendawaian dan suis
dalam makmal komputer.
• Sila pastikan pintu makmal komputer telah ditutup rapi selepas
sesi kelas komputer, dan kemaskan bilik itu.
Pusat Sumber Sekolah (PSS)
• Murid diwajibkan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan
oleh PSS,
• Perpustakaan dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
pada setiap hari persekolahan, Isnin hingga Jumaat.
• Murid-murid tidak dibenarkan membawa beg atau buku masuk
ke Pusat Sumber Sekolah.
• Murid-murid tidak dibenarkan makan, minum atau bermain di
bilik perpustakaan/Pusat Sumber Sekolah.
• Buku pinjaman yang hilang atau rosak hendaklah diganti
mengikut harga sebenar oleh peminjam.
Dewan
Keselesaan, Kesesuaian, Keluasan
Kawasan

• Diminta menjaga disiplin dan tingkah laku semasa


berlangsungnya sebarang majlis perhimpunan
diadakan di sini.
• Dilarang membuang sampah merata-rata di kawasan
dewan sekolah.
Peralatan dan Perabot

• Tidak mengalihkan peralatan di dalam dewan ini


sesuka hati tanpa arahan guru.
Punca Air/Elektrik

• Memastikan semua suis telah ditutup sebelum keluar dari


dewan
Makmal
Keselesaan, Kesesuaian, Keluasan
Kawasan

• Semua pelajar dilarang masuk ke dalam makmal tanpa


kebenaran guru.
• Baca label pada botol reagen sebelum digunakan.
• Buang semua bahan pepejal ke dalam bakul sampah dan
bukannnya ke dalam sinki.
• Bersihkan tempat anda setelah menjalankan
eksperimen. Tinggalkan makmal dalam keadaan yang
bersih dan kemas.
• Basuh dan bersihkan alat radas anda selepas
digunakan dan kembalikan ke tempat asalnya.
Aspek Keselamatan

• Gunakan batang mancis atau pemetik api untuk menyalakan


penunu Bunsen. Setelah diguna, batang mancis mesti dipadam
sebelum dibuang ke dalam bakul sampah.
• Jangan nyalakan penunu Bunsen dengan menggunakan
kepingan kertas. Padam penunu Bunsen setelah digunakan.
Peralatan dan Perabot

• Baca label pada botol reagen sebelum digunakan.


• Jangan membazir bahan kimia. Ambil bahan-bahan kimia dalam
kuantiti yang telah ditetapkan oleh guru anda.
• Jangan masukkan semula bahan kimia yang berlebihan ke dalam
botol asalnya.
• Jangan bermain, bergurau atau berlari di dalam makmal.
• Peralatan-peralatan Sains dan bahan kimia tidak boleh dibawa
keluar dari makmal tanpa kebenaran guru.
• Jangan gunakan jari untuk mengendalikan bahan-bahan kimia.
Sebaliknya, gunakan spatula untuk mengendalikan bahan-
bahan kimia yang berbentuk pepejal dan penitis untuk
mengendalikan bahan-bahan yang berbentuk cecair atau
larutan. Semua bahan kimia adalah beracun dan berbahaya.
Oleh itu, jangan rasa atau hidu sebarang bahan kimia.
Punca Air/Elektrik

• Jangan minum air paip dalam makmal kerana air ini tidak selamat
untuk diminum. Anda juga tidak boleh makan dan minum di dalam
makmal
• Jangan membazir gas, air dan juga tenaga elektrik.
• Memastikan semua suis telah ditutup sebelum keluar dari dewan

You might also like