You are on page 1of 17

Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau

KERTAS KERJA

PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN


KESELAMATAN MURID TANGGUNGJAWAB BERSAMA

TARIKH :
17 OKTOBER 2016

TEMPAT :
SK MUHIBBAHRAYA, TAWAU, SABAH

ANJURAN :
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK AMBILAN JUN 2016
IPG KAMPUS TAWAU

1
1 TAJUK

PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN KESELAMATAN MURID TANGGUNGJAWAB


BERSAMA

2 PENDAHULUAN

Program Kesedaran Keselamatan Keselamatan Murid Tanggungjawab Bersama


merupakan satu program yang dirancang untuk dijalankan kepada warga sekolah. Oleh itu,
kumpulan kami telah memilih Sk Muhibbahraya, Tawau sebagai lokasi program kesedaran
keselamatan yang bakal dilaksanakan kepada warga sekolah tersebut. Program ini
memfokuskan kepada golongan sasaran murid Tahap 2 yang terdiri daripada tahun 4, 5 dan
6. Hal ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan yang lebih jelas kepada
mereka tentang aspek-aspek keselamatan di jalan raya yang perlu dititikberatkan semasa
pergi dan balik sekolah. Program ini juga sekaligus dapat memberi murid-murid pengalaman
asas yang berkaitan dengan keselamatan daripada kebakaran. Hal ini akan memberi
pendedahan kepada murid-murid cara untuk mengaplikasikan kemahiran yang betul bagi
mengelakkan diri daripada kemalangan atau kecemasan yang tidak diingini di sekolah.

Secara amnya, keselamatan bermaksud suatu perkara atau langkah yang perlu diambil bagi
mengelakkan berlakunya peristiwa yang tidak diingini seperti kecederaan atau kehilangan
nyawa. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015) pula, keselamatan pula bermaksud
terpelihara atau terhindar daripada bencana. Oleh itu, program ini dirancang berikutan
dengan isu-isu keselamatan yang melibatkan murid-murid sekolah rendah. Misalnya,
kemalangan di jalan raya, dalam kawasan sekolah mahupun ketika dalam perjalanan pergi
dan balik sekolah. Justeru, keselamatan ini perlu dititikberatkan dan tidak boleh dipandang
enteng oleh warga sekolah terutamanya murid-murid sekolah. Hal ini kerana pada tahap
perkembangan mereka ini, mereka sangat aktif dan agresif ketika berada di sekolah
khususnya ketika mereka bergaul dengan rakan sebaya (Lew, Norliza, & Norulazilah, 2015).
Oleh hal yang demikian, diharapkan program yang dirancang ini dapat meningkatkan
kesedaran murid-murid terhadap keselamatan diri di sekolah dan jalan raya kerana
keselamatan mereka adalah tanggungjawab bersama.

2
3 OBJEKTIF DAN MATLAMAT PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN
KESELAMATAN MURID TANGGUNGJAWAB BERSAMA

3.1 Memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah untuk mengetahui aspek-aspek


keselamatan semasa berada di jalan raya.
3.2 Memperoleh pengetahuan yang lebih jelas tentang keselamatan semasa berada di
jalan raya.
3.3 Warga sekolah memperoleh pengetahuan yang jelas tentang cara untuk
mengaplikasikan kemahiran yang betul bagi memastikan keselamatan diri sentiasa
terjamin di sekolah.
3.4 Menyedarkan warga sekolah tentang implikasi tidak mengutamakan keselamatan diri
di sekolah.
3.5 Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada murid kaedah
menyelamatkan diri dengan cepat dan selamat ketika kebakaran atau kecemasan.

4 TARIKH, TEMPAT DAN MASA

Tarikh : 17 Oktober 2016 (Isnin)


Tempat : Sk Muhibbahraya, Tawau, Sabah
Masa : 7:00 pagi 4:00 petang

5 ANJURAN

Pendidikan Awal Kanak-kanak Ambilan Jun 2016, IPG Kampus Tawau

6 SASARAN

Murid-murid tahun 4, 5, dan 6 (Tahap 2), guru-guru dan staf

150 orang pelajar Tahap 2


15 orang staf
35 orang guru

3
7 BUTIRAN AKTIVITI

7.1 Ceramah Kesedaran Keselamatan di Jalan Raya


7.2 Kuiz
7.3 Simulasi keselamatan di jalan raya (Tayangan video)
7.4 Pameran Keselamatan
7.5 Taklimat dan Latihan Kebakaran (fire drill)

(Sila rujuk lampiran 1)

8 AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG
Tuan Haji Mohd Zain Bin Badui
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau

PENASIHAT
Dr Najamuddin Bin Hj Bachora
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau

PENGERUSI
Puan Normadiah Binti Bokoh

9 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

i. PISMP Pendidikan Awal Kanak-Kanak Ambilan Jun 2016

( Sila rujuk lampiran 2 )

10 TENTATIF PROGRAM

(Sila rujuk lampiran 3)

11 KOS

10.0 Anggaran Perbelanjaan


10.1 Sumber kewangan
10.2 Perbelanjaan

(Sila rujuk lampiran 4)

4
12 PENUTUP

Berdasarkan kepada perancangan dan perbincangan secara sebulat suara bersama-


sama dengan ajk pelaksana program ini, aktiviti yang akan diadakan termasuklah
ceramah, kuiz, simulasi keselamatan di jalan raya, pameran keselamatan dan
seterusnya taklimat serta latihan kebakaran. Segala perancangan bagi program
kesedaran keselamatan di SK Muhibbahraya Tawau diharapkan agar dapat berjalan
dengan lancar hasil daripada kerjasama antara semua pihak sama ada ajk pelaksana
mahupun pihak sekolah.

Program ini dilaksanakan bagi memberikan sedikit sebanyak suntikan khususnya


kepada para murid agar keselamatan diri semasa berada di sekolah mahupun luar
sekolah tidak dipandang ringan oleh mereka. Dengan adanya kesedaran dalam
menitikberatkan hal keselamatan ini, persekitaran pembelajaran yang selamat di
sekolah dapat diwujudkan bagi memastikan suasana sekolah yang harmoni, aman,
dan sejahtera (Reees, Kanan, & Plog, 2010). Oleh sebab itu, program ini akan
memberikan pendedahan awal kepada pelajar untuk menjaga keselamatan walau di
mana pun mereka berada.

5
Disediakan oleh,

( NUR FATIHAH BINTI TUTEH)


Setiausaha,
AJK Program Kesedaran Keselamatan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah.

Disemak oleh,

( NORMADIAH BINTI BOKOH)


Penyelaras Kursus Pendidikan Keselamatan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah.

Disahkan oleh,

( NAIMA BINTI KADIR )


Ketua Hal Ehwal Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah.

Diluluskan oleh,

(MOHD ZAIN BIN BADUI)


Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah.

6
LAMPIRAN 1

Butiran Aktiviti

Berikut merupakan perancangan aktiviti-aktiviti beserta butiran pelaksanaannya


yang akan dilaksanakan pada Program Kesedaran Keselamatan Keselamatan
Murid Tanggungjawab Bersama di SK Muhibbahraya, Tawau :

7.1 Ceramah Kesedaran Keselamatan di Sekolah dan Jalan Raya

Tajuk ceramah : Aspek keselamatan ketika berada di dalam sekolah dan jalan raya
Masa : 8.00 pagi 9.00 pagi
Tempat : Tapak perhimpunan Sk Muhibbahraya, Tawau
Nama penceramah : En Azizi Bin Zainuddin, Pegawai Polis Daerah Tawau
Sasaran : 150 pelajar Tahap 2 ( Tahun 4,5 & 6)

Objektif :
Memberi pendedahan kepada warga sekolah untuk mementingkan aspek-aspek
keselamatan semasa berada di dalam kawasan sekolah atau di luar kawasan sekolah.
Mewujudkan budaya sekolah selamat dan menghasilkan warga sekolah yang prihatin
terhadap keselamatan diri di sekolah.

Fokus Pengisian Ceramah :


Definisi keselamatan pergi dan balik sekolah
Isu terkini
Peraturan-peraturan yang harus dipatuhi semasa pergi dan balik sekolah berdasarkan
cara mereka ke sekolah
Berjalan kaki
Menggunakan kenderaan sendiri
Menggunakan pengangkutan awam
Perkara yang perlu dielakkan semasa menggunakan jalan raya

*Slaid pembentangan ceramah disertakan di lampiran

7
7.2 Kuiz

Tempat : Dewan Kayangan, Sk Muhibbahraya Tawau


Masa menjawab : 9.00 pagi 9.30 pagi (30 minit)
Bentuk soalan kuiz : Soalan objektif
Jumlah soalan : 20 soalan

Objektif :

Memberi pendedahan kepada warga sekolah untuk mementingkan aspek-aspek


keselamatan semasa berada di dalam kawasan sekolah atau di luar kawasan
sekolah.
Warga sekolah memperoleh pengetahuan yang jelas tentang cara untuk
mengaplikasikan kemahiran yang betul bagi memastikan keselamatan diri sentiasa
terjamin di sekolah.

Pengisian Kuiz :
Pengetahuan am tentang keselamatan di jalan raya
Peraturan-peraturan di jalan raya
Soalan KBKK berkaitan dengan tindakan yang perlu dilakukan pada situasi tertentu

*Soalan kuiz telah disertakan di lampiran

8
7.3 Simulasi keselamatan di jalan raya (Tayangan video)

Tempat : Makmal Komputer, Sk Muhibbahraya Tawau


Masa : 10.00 pagi 10.30 pagi
Sasaran : Murid
Bentuk aktiviti : Simulasi keselamatan di jalan raya dalam bentuk tayangan video
Durasi video : 5 minit bagi setiap video
Jumlah video yang ditayangkan : 3 buah video

Pengisian aktiviti :
Aktiviti ini merupakan simulasi keselamatan di jalan raya yang
dipersembahkan dalam bentuk tayangan video. Video ini memaparkan
dengan lebih jelas tentang :
Cara melintas
Cara mematuhi peraturan jalan raya dengan betul
Akibat tidak mengutamakan keselamatan di jalan raya.

Sesi soal jawab akan dilaksanakan antara pelajar IPG dengan warga
sekolah yang terlibat dalam program ini.

*Video boleh diperolehi dilaman web :

Video 1 https://www.youtube.com/watch?v=N2j1hzdzxbw
Video 2 https://www.youtube.com/watch?v=v5EVTlYQs3o
Video 3 https://www.youtube.com/watch?v=XTxUTOyYMUQ

9
7.4 Pameran Keselamatan

Tempat : Dewan Kayangan, SK Muhibbahraya Tawau


Masa : 11.00 pagi 12.00 tengahari
Sasaran : Murid, guru, staf
Bentuk Aktiviti : Booth Keselamatan Jalan Raya
Dikendalikan oleh : Encik Zamri, Pegawai Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Tawau

Pengisian Aktiviti :
Aktiviti pameran ini dijalankan di booth yang dibuka dalam Dewan Kayangan.
Pameran ini merupakan satu Kempen Keselamatan Jalan Raya berkenaan dengan
papan tanda dan simbol yang terdapat di jalan raya serta peraturan yang perlu
dipatuhi ketika berada di jalan raya. Antara aktiviti-aktiviti yang terdapat di booth ini
adalah seperti berikut :

Cara melintas jalan raya dengan betul


Mengenal simbol dan maksud papan-papan tanda di jalan raya
Tayangan video yang berkaitan dengan simbol papan tanda jalan
raya dan juga kesan jika tidak mematuhi peraturan jalan raya
Cara memakai topi keledar dengan betul
Pameran brosur-brosur berkenaan panduan berhemat, panduan
penyelenggaraan kenderaan dan panduan untuk penunggang-
penunggang motosikal

*Video boleh diperolehi di laman web : https://www.youtube.com/watch?


v=Qra1sxs6d8g

*Pameran brosur disertakan di lampiran

10
7.5 Taklimat dan Latihan Kebakaran (fire drill)

Tempat : Padang Sk Muhibbahraya, Tawau


Masa : 1.30 3.00 petang
Sasaran : Pelajar Tahun 4, 5, 6, guru dan staf
Nama pemberi taklimat : En Muhaimin Bin Ashri, Pegawai Bomba Tawau

Pengisian aktiviti:
7.5.1 Taklimat :

7.5.1.1 Tujuan mengadakan latihan mengosongkan bangunan sekolah


semasa kebakaran:

Melatih murid-murid, guru dan staf bertindak dengan tenang dan teratur.
Memastikan jalan keluar dan tangga kecemasan digunakan mengikut
kaedah yang terancang.
Memastikan tindakan mengosongkan bangunan dilaksanakan dengan
kadar yang segera dan teratur.
Dapat menguji keupayaan bertindak dengan serta-merta serta menguji
alat-alat kebombaan pada bangunan sekolah.

7.5.1.2 Menerangkan tentang peraturan dan tindakan latihan


mengosongkan bangunan ketika berlaku kebakaran. Berikut
merupakan panduan latihan kebakaran :

Setiap kelas dan sudut bangunan perlu disediakan pelan keselamatan


kebakaran dan melekatkan segala maklumat berkaitan panduan
mengosongkan bangunan semasa kecemasan (Fennely & Perry, 2014).
Semua murid hendaklah berhenti daripada membuat kerja apabila
terdengar loceng yang berbunyi tanpa henti.

11
Murid membuat barisan lalu berjalan menuju ke padang tanpa membuat
kekecohan, senyap, tidak berlari-lari atau bertolak antara satu sama lain
mengikut laluan kecemasaan yang terdapat dalam pelan
Guru atau ketua kelas bertanggungjawab untuk menutup semua suis
lampu dan kipas serta menutup pintu kelas.
Semua murid termasuk guru-guru hendaklah mengosongkan bangunan
sekolah dalam masa 3 minit.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di Makmal Sains pula, murid,
guru serta staf perlu mematikan suis lampu dan kipas serta injap gas
sebelum meninggalkan Makmal Sains.
Semasa meninggalkan kelas, murid-murid hanya perlu membawa
dokumen penting sahaja seperti dompet dan kad pengenalan.
Guru yang mengajar pula perlu mengarahkan murid ke tempat yang
selamat (seperti padang atau tapak perhimpunan) mengikut laluan
kecemasan dengan kadar yang segera.
Murid-murid yang tidak berada di dalam kelas ketika loceng kecemasan
dibunyikan hendaklah pergi ke tapak selamat dengan serta-merta untuk
bersama-sama dengan murid yang lain.
Guru bertugas untuk mengawal, menjaga disiplin dan ketenteraman murid
semasa pergerakan mereka ke tempat yang selamat.
Ketika berada di tapak selamat, murid-murid dikehendaki beratur mengikut
kedudukan yang ditetapkan.
Guru kelas memastikan semua murid berada di kawasan tapak selamat
dan mengambil kehadiran murid.
Sekiranya terdapat murid yang tidak berada di tapak selamat, maka guru
kelas perlu melaporkan murid tersebut kepada AJK Keselamatan.
Seluruh warga sekolah perlu berada di tapak selamat dan tidak ada
seorang pun yang dibenarkan masuk kedalam kawasan bangunan untuk
mengambil barang-barang yang tertinggal.
Sekiranya latihan ini berjalan dengan lancar dan tidak mempunyai
sebarang masalah, murid-murid boleh masuk semula ke dalam kelas.

7.5.2 Latihan mengosongkan bangunan sekolah


Membuat latihan mengosongkan bangunan dengan kawalan guru kelas
masing-masing

12
7.5.3 Demonstrasi
Memberi demonstrasi menggunakan alat pemadam api dengan cara mengingat
konsep PASS :

Pull Tarik pin


Aim Halakan muncung ke pangkal api
Squeeze Tekan tuil (lever)
Sweep Layangkan muncung ke kiri dan kanan

Lampiran 2

AJK PELAKSANA

PENGERUSI

Tiong Zing Wen

NAIB PENGERUSI

Yonisarah Jeffrey

SETIAUSAHA

Nur Fatihah binti Tuteh

NAIB SETIAUSAHA

Hii Sieng Ting

BENDAHARI

Vanessia Lunchia Anak Selin

NAIB BENDAHARI

Izzati Hazwani binti Ab Rahman

13
AJK PENGANGKUTAN : Miemie binti Amil & Jd Jezz Kelvin Christopher Lani

AJK MAKANAN : Eva Elvitah Jaukim & Lim Sheau Shya

AJK AKTIVITI : Mohd Arun Bin Jamalodin & Nur Ria Eliza Binti Jefere

AJK LAPORAN : Welfredo Polie & Abd. Azmie Bin Abd Ghani
& DOKUMENTASI

AJK PERHUBUNGAN
& KOMUNIKASI : Saniati binti Mohd Amin & Medeline Anak Mathew Endah

AJK SIJIL
& CENDERAHATI : Vivianny Vinantius & Mathilda Eisey Richap

AJK PERALATAN : Anis Nabilah Binti Harun

AJK PROTOKOL : Noraffizah Natashah Binti Artawan

14
Lampiran 3

TENTATIF PROGRAM

NAMA PROGRAM : Program Kesedaran Keselamatan Sekolah Selamat, Warga


Sekolah Prihatin

TARIKH : 17 Oktober 2017 (Isnin)


MASA : 7.00 pagi 4.00 petang

MASA AKTIVITI
7.00 pagi Tiba di SK Muhibbahraya, Tawau

7.10 pagi Ketibaan pelajar

7.30 pagi Ketibaan VIP dan guru-guru


Nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Maju Jaya

7.45 pagi Ucapan daripada Pengerusi Program


Ucapan alu-aluan daripada Guru Besar Sk Muhibbahraya Tawau

8.00 pagi Ceramah Kesedaran Keselamatan di Sekolah dan Jalan Raya

9.00 pagi Kuiz keselamatan jalan raya

9.30 10.00 pagi Rehat

10.00 pagi Simulasi keselamatan di jalan raya (tayangan video)

11.00 pagi Pameran keselamatan di jalan raya Pegawai JKJR Tawau

12.00 1.30 Solat Zohor dan makan tengah hari

1.30 3.00 Taklimat dan Latihan kebakaran Pegawai Bomba Tawau

3.15 petang Penyampaian cenderahati dan sesi bergambar

3.30 petang Minum petang

15
4.00 petang Bersurai

Lampiran 4

Kos Program:

10.0 Anggaran Perbelanjaan

10.1 Sumber kewangan

Bil. Perkara Jumlah


1. Peruntukan Hal Ehwal Pelajar (HEP) RM300
2. Unit Kokurikulum RM250
JUMLAH RM550

10.2 Perbelanjaan

Bil. Bahan/Peralatan Harga seunit x kuantiti Jumlah (RM)


1. Ceramah Keselamatan

i) Penceramah RM50 x 1 orang RM50


ii) Jamuan VIP RM5.00 x 6 orang RM30
iii) Cenderahati RM25 x 2 orang RM50
2. Kuiz

i) Kertas A4 RM0.30 x 150 orang RM45


ii) Hadiah RM10 x 5 pemenang RM50
3. Pameran Keselamatan

i) Penceramah RM50 x 1 orang RM50


ii) Kain rentang RM35 x 1 helai RM35
(banner)
iii) Jamuan VIP RM8 x 3 orang RM24
iv) Cenderahati RM25 x 1 orang RM25
4. Taklimat kebakaran

16
i) Penceramah RM50 x 2 orang RM100
ii) Jamuan VIP RM3 x 3 orang RM9
iii) Cenderahati RM25 x 2 orang RM50
5 Sijil (ditaja oleh Unit 200 keping
Latihan Dalam
Perkhidmatan)
JUMLAH RM518

17

You might also like