You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN
Sharifah A. Alsagoff (1987) menghuraikan psikologi perkembangan sebagai kajian terhadap
factor-faktor yang menentukan tingkah laku manusia dan perubahan kebolehan, personaliti
motivasi dan ciri-ciri social mengikut perkembangan masa tertentu, dari masa lahir hingga
dewasa. Hal ini kerana setiap manusia mengalami perubahan mengikut proses
pertumbuhan dan perkembangan daripada aspek fizikal, sosial, kognitif dan emosi semenjak
lahir sehinggalah memasuki alam kanak-kanak, remaja, dewasa dan usia tua (Santrock,
2014).

Perkembangan melibatkan perubahan tubuh badan yang bersifat kualitatif (Santrock,


2014; Cook & Cook, 2009). Diamond (2013) juga menjelaskan bahawa perkembangan
adalah sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif, dan sosioemosi individu yang
bermula daripada peringkat persenyawaan sehingga akhir hayat. Manakala, pertumbuhan
dan perkembangan manusia terbahagi kepada dua, iaitu genetik (baka) dan persekitaran.

2.0 KEPENTINGAN TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET & VYGOSTKY

Piaget menyatakan bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang mengikut satu siri urutan
yang berperingkat. Peringkat perkembangan kognitif bergerak sehala seperti berikut :

1. Peringat sensori motor


2. Peringkat praoperasi
3. Peringkat operasi konkrit
4. Peringkat operasi formal

Kepentingan pengetahuan teori perkembangan kognitif. Teori Piaget mempunyai


impak yang besar terhadap dunia pendidikan. Piaget membuat banyak kajian dan
pemerhatian terhadap cara kanak-kanak belajar dan sumbangan beliau telah menzahirkan
bentuk pendidikan yang sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak atau disebut
developmentally appropriate education (Slavin, 2012).

Teori perkembangan kognitif ini penting bagi guru untuk menjadikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan lebih sistematik. Oleh itu, proses
pengajaran dan pembelajaran harus disusun dengan teliti mengikut peringkat kognitif kanak-
kanak itu. Menurut Wong Kiet Wah et al (2013), proses pengajaran dan pembelajaran
seharusnya bermula daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada
pengalaman sedia ada kepada pengalaman baharu, daripada kasar kepada halus mengikut
perkembangan fizikal seseorang individu tersebut. Guru juga perlu menggalakkan murid
terlibat secara aktif dalam perbincangan dan P&P kerana proses akomodasi berpusatkan

1|PENDIDIKAN KANAK-KANAK EDUP3023


motivasi intinsik individu. Maka guru perlu mengikut topik atau bab yang sepatutnya tanpa
melangkau sesetengah topik dalam pembelajaran kerana terdapat kebolehan dan tahap
yang berbeza bagi setiap murid. .

Bagi perkembangan teori kognitif Vygotsky pula, guru dapat membuat intervensi
untuk mengatasi masalah pembelajaran pelajar dengan berpandukan kepada teori
perkembangan kognitif. Mok Soon Sang (2009) mentakrifkan intervensi dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran sebagai penglibatan individu yang mempunyai kemahiran
dalam bidang tertentu untuk meningkatkan daya kognitif murid. Maka, menjadi
tanggungjawab seorang guru untuk mengesan pelajar yang bermasalah dan dideahkan
kepada individu yang mempunyai kemahiran dalam perkara tersebut. Sebagai contoh
masalah LINUS, guru boleh mengajar secara peribadi atau merujuk kepada guru pakar bagi
menangani masalah tersebut.

Teori kognitif Vygotsky berkait rapat dengan Zon Perkembangan Proksimal (ZPP).
Ketika proses pembelajaran guru akan meletakkan objektif pada had atas untuk dicapai oleh
pelajar. Objektif yang diletakkan perlu tinggi berbanding dengan pencapaian pelajar.
Sekiranya pelajar menghadapi masalah guru akan membimbing mereka. Bimbingan guru
membantu pelajar untuk meningkatkan daya kognitif mereka pada peringkat berpotensi atau
had atas dalam zon perkembangan proksimal. Secara tidak langsung, Zon Perkembangan
Proksimal (ZPP) perkembangan kognitif murid tersebut akan mencapai tahap maksimum
dan akan bergerak ke satu aras yang lebih tinggi apabila murid mempelajari kemahiran yang
baharu. Intihanya, penguasaan terhadap teori perkembangan kognitif penting bagi guru
untuk melaksanakan intervensi bagi meningkatkan daya kognitif murid.

3.0 TEORI PERKEMBANGAN BAHASA CHOMSKY


Perkembangan Bahasa amat penting bagi seorang kanak-kanak. Hal ini kerana, bahasa
merupakan pemangkin perkembangan kanak-kanak. Semasa mereka berinteraksi dan
berkomunikasi dengan rakan atau orang dewasa, pemahaman mereka akan terbentuk
dan idea-idea tentang persekitaran mula bercambah. Menurut Berk (2001), Bahasa
memudahkan proses pengajaran dan berkait rapat dengan kemahiran membaca dan
menulis.
Guru-guru memainkan peranan penting dalam usaha menyediakan perbendaharaan
kata yang betul kepada murid-murid. Perkembangan Bahasa boleh dipupuk melalui
peneguhan yang sesuai ketika kanak-kanak ini berbicara atau menyebut perkataan atau
ayat dengan betul dan difahami. Murid-murid suka apabila guru atau ibu bapa memuji
dan memberi respon kepada pertanyaan dan tingkah laku mereka. Guru harus memberi

2|PENDIDIKAN KANAK-KANAK EDUP3023


tindakbalas dengan balasan yang positif dan memuji mereka apabila berjaya menyebut
sesuatu dengan betul.
Seterusnya, guru menampilkan tingkah laku yang boleh diteladani. Hal ini kerana
manusia berfikir dan bertingkah laku melalui pemerhatian dan meniru tingkah laku yang
menghasilkan ganjaran. Pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan.
Sebagai guru yang cakna, mereka seharusnya menunjukkan tingkah laku yang boleh
dicontohi dengan menjaga tingkah laku, berpakaian kemas, bersopan santun dan
menepati masa. Apabila guru bertingkah laku baik, murid akan meniru perlakuan baik
yang ditunjukkan oleh guru.
Ketika, kanak-kanak ini sedang membesar mereka memerlukan role model yang baik
dan boleh ditiru dalam perkembangan bahasa lisan dan pemupukan kelakuan yang
positif terutama ketika proses P&P. Oleh itu, cara guru menyampaikan ilmu dan hujah
haruslah cekap dan menarik agar dapat menjadi contoh kepada murid dan demonstrasi
guru hendaklah jelas serta menarik untuk ditiru oleh pelajar. Guru perlu menekankan
pengajaran dan nilai-nilai murni watak-watak melalui penceritaan seperti Sang Kancil
dan Sang Buaya mahupun ketika situasi main peranan atau simulasi. Sudah tentu,
murid-murid akan meniru tingkah laku positif yang dipamerkan. Sebagai contoh, dalam
situasi main peranan polis semasa menyelamatkan mangsa, murid akan meniru
perlakuan dan cara menyelamatkan dan berjuang. Dalam masa yang sama, guru juga
boleh mengajar nilai-nilai moral seperti tolong-menolong dan sanggup berkorban kepada
murid-murid

4.0 TEORI PERKEMBANGAN ERIK ERIKSON EMOSI

Perkataan emosi berasal dari perkataan Greek, iaitu “emovere” yang membawa
maksud untuk keluar. Rohani (2000) menyatakan bahawa emosi merupakan tindak balas
atau kebangkitan yang ditonjol keluar terhadap sesuatu perkara, objek, orang atau keadaan
yang bertindak sebagai ransangan kepada perasaan emosi. Secara umum tahap emosi
terbahagi kepada dua iaitu emosi positif dan negatif. Emosi positif ialah gembira, teruja dan
emosi negatif pula seperti sedih, murung dan marah.

Menurut Teori Pelaziman Klasik J.B. Watson, kanak-kanak mempunyai tiga reaksi
emosi yang asas iaitu rasa takut, marah dan sayang. Semasa guru berada di dalam bilik
darjah, guru perlu memastikan terbentuknya emosi positif dalam kalangan murid. Suasana
kelas yang adil, berdisiplin dan kondusif amat membantu membentuk persekitaran
psikososial yang positif dan mempengaruhi emosi pelajar. Sebagai contoh, pada hari
pertama persekolahan, murid-murid tahun satu akan berasa takut apabila menghadapi

3|PENDIDIKAN KANAK-KANAK EDUP3023


keadaan yang baharu. Ketika ini, guru yang mesra dan berkasih sayang akan
mempengaruhi emosi murid supaya mereka bertenang dan kurang takut.

Guru perlu mengetahui teori ini kerana perlu membezakan emosi yang positif atau
negative pelajar di samping membina emosi yang membantu perkembangan diri dalam
kehidupan seharian. Kesan perkembangan emosi kanak-kanak adalah penting. Kanak-
kanak yang dibesarkan dalam suasana yang tidak beremosi selalunya akan berasa gelisah,
pendiam, tidak membalas senyuman, suka merusuh dan kelihatan sugul.

Emosi yang baik bagi kanak-kanak hendaklah digalakkan perkembangngannya.


Bimbingan di dalam memperkembangkan pernyataan emosi yang mendatangkan faedah
kepada mereka. Umpanya, kanak-kanak hendaklah dibimbing mempergunakan emosi ingin
tahu mereka untuk menghasilkan keadaan kreatif dan intelek.

Menurut Thorndike, hubungan antara ransangan dengan gerak balas akan menjadi
kukuh sekiranya perbuatan tingkah laku menyeronokkan. Jika berlaku tindakan negative
atau tidak berpuas, maka tindak balas tidak akan berulang. Hukum Kesan menekankan
kepada aktiviti atau sesi pembelajaran yang akan membawa kepada kejayaan kepada para
pelajar. Guru perlu memastikan kerja dan tugasan yang diberi sesuai dengan tahap pelajar
agar mereka mampu menngecapi kejayaan lantas meningkatkan keyakinan diri dan
penghargaan diri.

Maka perkembangan emosi yang baik memerlukan kasih sayang yang mencukupi di
samping galakan dan bimbingan. Ibu bapa dan guru juga berperanan mewujudkan
pengalaman yang membolehkan mereka memuaskan keperluan kanak-kanak yang asas
dengan cara diterima oleh masyarakat. Kanak-kanak dapat dibentuk dan mencapai
kematangan emosi dengan membuka jalan perhubungan di antara kanak-kanak dengan
orang dewasa yang penting dalam hidup kanak-kanak. Oleh itu, mereka perkembangan
emosi mereka akan terus berkembang dan mewujudkan kesedaran.

4|PENDIDIKAN KANAK-KANAK EDUP3023


5.0 KESIMPULAN
Perkembangan akan dihadapi oleh setiap manusia. Setiap perkembangan ini
membawa kepada perubahan meliputi aspek fizikal, kognitif, bahasa, sosial dan emosi.
Ibu bapa, guru dan masyarakat selaku agen-agen sosialisasi harus memahami dan peka
terhadap perkembangan kanak-kanak dalam mewujudkan interaksi sosial dan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, pendidik dan guru khasnya yang
memiliki pengetahuan dan penguasaan teori pembelajaran mampu menyumbang
kepada pembelajaran yang efektif, meyeronokkan dan dapat meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Maka, guru hendaklah
mengimplikasikan teori-teori pembelajaran yang bersesuaian dalam proses pengajaran
dan pembelajaran agar murid berasa seronok dan berminat untuk hadir ke sekolah dan
menimba ilmu baharu.

5|PENDIDIKAN KANAK-KANAK EDUP3023


6.0 RUJUKAN

Azizi Yahaya & Jaafar Sidek Latif. (2005). Membentuk identiti remaja. Pahang, PTS
Professional Publishing.

Ee Ah Meng. (1997). Psikologi pendidikan II (Semester II). Shah Alam: Fajar  Bakti.

Jas Laile Suzana Jaafar. (2008). Pengenalan kepada psikologi kanak-kanak dan


remaja. Selangor: Arah Pendidikan.

Mok Soon Sang. (2008). Psikologi pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran.


Selangor: Penerbitan Multimedia.

Mohd Sharani Ahmad. (2007). Psikologi kanak-kanak: Cara mudah memahami psikologi


bayi dan kanak-kanak. Selangor: PTS Publications.

Rohaty Mohd. Majzub (1992). Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.

Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Haji Alias, Rashinawati Abd. Rashid &
Azlina Ahmad. (2013). Perkembangan kanak-kanak. Selangor: Oxford Fajar.

Azizi Yahaya. (2005). Teori-teori kognitif. Dilayari pada 03.8.2017 dari


http://eprints.utm.my/6258/1/2.pdf

6|PENDIDIKAN KANAK-KANAK EDUP3023


Mahani Razali. (2009). Perapatan (attachment) dan emosi kanak-kanak. Dilayari
pada 03.8.2017 dari
http://mahani-careandeducate.blogspot.com/2009/07/perapatan-attachment dan-
emosi-kanak.html

Mohd Fadzli Abu Bakar. (2005). Perkembangan emosi warisan dan


persekitaran.Dilayari pada 30.07.2014
dari http://eprints.utm.my/10348/1/bab2.pdf

7|PENDIDIKAN KANAK-KANAK EDUP3023

You might also like