You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN
Pada tarikh 15 & 16 March 2019 pelajar semester empat Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PSIMP) telah mengadakan kajian lapangan perkampungan Orang
Asli Kg.Sg. Lalang, Semenyih Selangor. Kajian ini dilaksanakan bagi memenuhi
tugasan kerja kursus bagi melihat amalan islami dari aspek ibadah, akidah dan
akhlak orang asli Islam. Di samping kami juga turut memberikan sumbangan dari
segi pakaian, beras, gula, tepung, buku, Yaasin dan Al-Quran sebagai salah satu
khidmat masyarakat.
2.0 ORANG ASLI DI MALAYSIA
Orang asli merupakan satu kumpulan kecil dan dianggap kaum minoriti di Malaysia.
Orang asli adalah penduduk terawal yang bertapak di tanah semenanjung Malaysia.
Masyarakat orang asli tersebar di serata negara terutama di Semenanjung Malaysia
kecuali Pulau Pinang dan Perlis. Istilah “Orang Asal” (Original People) dan selepas
itu “Orang Asli digunakan di zaman darurat iaitu antara tahun 1948 hingga 1960 oleh
pihak British bagi tujuan memujuk Orang Asli membantu pihak kerajaan memerangi
ancaman komunis (Colin Nicholas, 2000). Orang asli terdiri daripada tiga kelompok
utama iaitu, Senoi, Melayu Proto dan Negrito. Manakala kaum orang asli terdiri
daripada 18 iaitu Kensiu, Kintek, Jahai, Lanoh, Mendriq, Bateq, Semai, Temiar, Jah
Hut, Chewong, Mah Beri,Semoq Beri, Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq,
Orang Seletar (Suki, 2007).

3.0 METODE KAJIAN LAPANGAN


Lawatan kajian lapangan ini telah mengkaji tentang kehidupan Orang Asli di
perkampungan Orang Asli Kg.Sg. Lalang, Semenyih Selangor dalam beberapa
aspek. Saya telah melihat dan menganalisis secara kritikal tentang tentang amalan
islami masyarakat Orang Asli dari aspek sistem akhlak, akidah dan ibadah.
Kaedah yang telah digunakan ialah dengan melawat kawasan perkampungan
orang asli di perkampungan Orang Asli Kg.Sg. Lalang, Semenyih Selangor serta
bertemu dengan masyarakat di sana. Justeru, saya telah menggunakan metode
temubual iaitu saya berinteraksi secara langsung dengan penduduk dan
menggunakan teknik penyoalan secara lisan dan dan direkodkan. Metode ini
digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan fakta, kepercayaan, serta cara
hidup mereka. Metode seterusnya melalui soal selidik, kaedah ini digunakan
berkaitan sistem akidah masyarakat orang asli. Kaedah ini digunakan bagi
memperkukuhkan kebolehpercayaan dan kesahihan data yang diterima sebagai
rujukan dan panduan.

1
4.0 HASIL DAPATAN
4.1 AKHLAK
Berdasarkan tinjauan yang telah dijalankan akhlak orang asli di sini amat baik
dan mudah untuk didekati. Ketika kami berjumpa dengan beberapa orang Asli
mereka becakap dengan penuh sopan santun dan melemparkan senyuman
sebagai tanda sudi untuk meluangkan masa. Namun, tidak semua orang asli
di sini Islam maka agak sukar bagi kami untuk mengagak dan memberi
salam. Hal ini bertepatan dengan riwayat daripada Rasulullah SAW. Abdullah
bin ‘Amr bin ‘Ashz meriwayatkan bahwa Rasululullah SAW pernah bersabda:

َ ‫إِنَّ ِمنْ أَ ْخیَ ِر ُك ْم أَ ْح‬


‫سنَ ُك ْم ُخلُقًا‬
“Sesungguhnya yang terbaik di antara kalian adalah yang paling baik akhlaknya”

Responden orang asli Islam yang berjaya ditemui adalah sepasang


suami isteri. Responden bernama Safwan berumur 25 tahun manakala
isterinya, Nortia berumur 22 tahun dan mereka telah mempunyai 2 orang
cahaya mata. Ketika kami bertemu mereka amat peramah dan memberikan
senyuman kepada kami. Pasangan suami isteri itu juga turut menjawab
salam dan menyambut tangan untuk bersalam. Responden amat
memberikan kerjasama yang baik dan menerima kehadiran kami dengan hati
yang terbuka. Selain itu, responden juga menjawab soalan menggunakan
bahasa yang sopan serta sopan. Mereka juga menutup aurat dengan lengkap
bagi seorang lelaki dan juga wanita. Ini menunjukkan mereka telah
memahami tuntutan agama Islam untuk menutup aurat dan menjaga maruah
diri. Walaupun isterinya duduk bersama ayah serta pakciknya beliau tetap
menutup aurat dengan memakai tudung. Anak-anak responden juga tidak
menyampuk atau membuat bising ketika kami menemu ramah ibu bapa
mereka. Hal ini kerana, mereka telah dididik tentang akhlak dan nilai murni di
sekolah. pendidikan secara formal di sekolah juga mampu mempengaruhi
akhlak seseorang individu. Asmawati Suhid (2007) yang menjelaskan
bahawa penerapan nilai murni sebagai Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
dan pelaksanaan komponen Adab dan Akhlak Islam (AAI) dalam Pendidikan

2
Islam telah mempengaruhi keberkesanan membentuk akhlak pelajar dalam
kehidupan seharian.

4.2 IBADAH

Allah SWT dalam QS Adz-Dzariyat : 56. telah berfirman :

ِ ‫نس إِالَّلِ َي ْع ُبد‬


‫ُون‬ ُ ‫اخ َل ْق‬
َ ِ‫ت ا ْل ِجنَّ َو ْاإل‬ َ ‫َو َم‬
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya
mereka mengabdi kepada-Ku. QS Adz-Dzaariyat : 56.

Berdasarkan ayat Al-Quran ini Allah telah menciptakan manusia dan


jin hanyalah untuk beribadat kepadanya. Sebagai hamba yang telah
dikurniakan pelbagai nikmat kita seharusnya mensyukuri nikmat dan
mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Hasil temu bual bersama
responden pertama beliau melaksanakan tugasnya sebagai hamba dengan
melakukan solat berjemaah bersama isterinya walaupun jarang pergi ke
surau. Beliau juga akan ke surau atau masjid bagi meraikan hari-hari penting
Islam seperti solat Jumaat, tarawih, Raya Aidilfitri, Raya Haji dan Israk Mikraj.
Selain itu, beliau juga membaca Al-Quran dan cuba untuk istiqomah
membaca setiap hari. Beliau juga akan ke masjid dan akan menghadiri
program atau majlis ilmu namun tidak kerap. Ini menunjukkan usaha beliau
untuk menambah ilmu dan memantapkan lagi kepercayaan terhadap Islam.
Responden kedua yang saya temui bernama Haizal berumur 20 tahun
dan bekerja sebagai penjaga alam sekitar. Walaupun dia sibuk bekerja,
Haizal tetap menunaikan tugasnya sebagai hamba dengan menunaikan solat
lima waktu dan berpuasa pada bulan Ramadhan. Haizal masuk Islam pada
darjah 6 mengikut jejak ibu dan bapanya. Walaupun, Haizal kurang yakin
untuk menjawab soalan-soalan berkaitan agama tetapi dia cuba untuk
memberikan jawapan yang terbaik dan tidak lekang dengan senyuman.

4.3 AKIDAH
Akidah membawa maksud kepercayaan dan keyakinan yang mantap
terhadap kewujudan Allah SWT serta sifat-sifatnya kesempurnaannya
berdasarkan dalil Naqli dan Aqli. Berdasarkan temu bual dan pemerhatian
terhadap orang asli di kampong tersebut kebanyakan mereka masih
mengamalkan animisme dan tidak mempunyai agama. Namun, orang asli

3
Islam yang ditemui telah lama meninggalkan kepercayaan tersebut dan
percaya bahawa Allah itu maha Esa dan wajib disembah dan Nabi
Muhammad SAW itu pesuruh Allah.
Selain itu, pasangan suami isteri iaitu responden pertama juga
memberitahu bahawa kepercayaan terhadap kematian akan membawa sial
juga telah lama lenyap dan mereka percaya bahawa mati itu pasti bagi setiap
manusia. Saya juga sempat bertanya tentang rukun iman dan mereka agak
teragak-agak untuk menjawab. Namun mereka yakin dan percaya tentang
kewujudan Allah S.W.T sebagai Tuhan yang perlu disembah dan berkuasa
mengatur hidup mereka di dunia dan akhirat. Juga,kepercayaan mereka
terhadap Nabi Muhammad S.A.W itu sebagai pesuruh Allah. Jelaslah, akidah
masyarakat Orang Asli di Sungai Lalang Baru berada pada tahap yang
memuaskan walaupun pengetahuan, pemahaman dan penguasaan terhadap
amalan Islami berada pada tahap yang sederhana.

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

‘………..dan tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan


ketakwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas
perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takut
olehmu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan
yang amat dasyat’. (Surah Al-Maidah ayat 2)
Berdasarkan ayat Al-Quran ini jelas bahawa kita dituntut untuk
membantu umat Islam ke arah jalan yang benar dan takut kepada dosa
dan siksaan. Oleh itu, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh
dilakukan bagi memperbaiki amalan islami orang asli. Berdasarkan
responden yang telah ditemui mereka tidak mempunyai pengetahuan
Islam secara menyeluruh dan terperinci. Perkara yang perlu diberi
penekanan dari segi pendiikan agama, ekonomi dan sosial. Pihak yang
berwajib seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli boleh mengadakan
program seperti memberi kelas fardhu ain secara percuma di rumah-
rumah muslim orang Asli maka akan wujud kesedara. Huzaimah Ismail
dan Che Zarina Sa’ari (2005) bependapat bahawa pihak yang lebih

4
dominan harus menyedari bahawa hanya melalui pendidikan, kemajuan
amalan Islami orang asli dapat dicapai.
Selain itu, menziarahi orang asli Islam dapat merapatkan
hubungan silaturrahim dan merapatkang jurang yang ada. Di dalam
Islam, aktiviti ziarah merupakan satu aktiviti yang menjadi satu
kebudayaan. Sehubungan dengan itu, kebudayaan sendiri membawa
maksud di mana seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek
pemikiran dan perilaku manusia adalah diwarisi dari satu generasi ke
generasi lain melalui proses pembelajaran (Taufiq Rahman, 2011:42).
Pusat institusi tinggi dan tahfiz perlu mengadakan program bersama
warga orang asli dan menjadi anak angkat kepada ahli keluarga. Maka
mereka lebih selesa dan anak angkat ini perlu bertindak sebagai
pendakwah bebas. Pendakwah yang baik perlu mengenal terlebih
dahulu ahli keluarga, beramah mesra dengan masyarakat. Bermesra-
mesra dengan anak-anak mereka dan makan bersama supaya
masyarakat Orang Asli mudah menerima kita sebagaimana kita
mengharapkan mereka boleh menerima Islam. Majlis ini lazimnya akan
lebih membuka minda sasaran terhadap Islam.
Seterusnya, ketua kampong atau ustaz perlu meningkatkan
kekerapan mengadakan majlis-majlis yang berunsurkan keagamaan di
kawasan perkampungan masyarakat orang asli yang menempatkan
sekumpulan orang islam. Antara majlis keagaamaan yang boleh
dilaksanakan adalah ceramah perdana, iftar perdana, majlis ceramah
agama dan diskusi. Menurut pandangan Aziz Mohd Zin (2001),
matlamat dakwah sangat diperlukan bagi mengembalikan semua
golongan tersebut mendapat cerapan ilmu pengetahuan, menjauhkan
diri daripada melakukan dosa dan kembali ke pangkal jalan iaitu Islam.
Maka jelas sekali melalui majlis-majlis keagamaan seperti ini,
pengatahuan dan amalan masyarakat orang asli yang beragama islam
dapat diperbaiki.

6.0 KESIMPULAN
Tuntasnya, amalan islami dalam kalangan orang asli Islam masih berada dalam
keadaan yang memuaskan. Hal ini kerana mereka terdapat kekangan untuk

5
mendapatkan maklumat yang sahih dan tidak mempunyai panduan yang tepat.
Banyak perkara yang perlu diperbaiki terutama dari segi ibadah dan akidah. Semoga
usaha-usaha pihak tertentu mampu untuk menyemai kesedaran tentang Islam dalam
kalangan orang asli Islam dan bukan Islam. Hal ini bertepatan dengan pandangan
Abdul Munir (2014) beliau menjelaskan kerja-kerja dakwah adalah sebuah
kesinambungan tugas Rasulullah SAW iaitu menyampaikan khabar gembira kepada
orang beriman, memberi peringatan kepada orang yang lalai daripada mengingat
Allah dan sebagai pendakwah membimbing umat manusia ke jalan lurus. Oleh itu,
kita sebagai seorang muslim haruslah meneruskan tugas ini dengan hati yang
terbuka demi menjaga agama Islam.

7.0 RUJUKAN

Al-Quran

Al-Hadis

Abdul Munir Ismail. (2014). Dakwah Suatu Tuntutan Dalam Islam. Tanjong Malim, Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Ab. Aziz Mohd Zin (2001). Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Asmawati Suhid. (2007). Pengajaran Adab dan Akhlak dalam Membangunkan Modal Insan.
Jurnal Pengajian Umum. 8: 167-177.

Che Yusoff Che Mamat, Ahmad Redzuwan Mohd Yunus & Anuar Puteh. (2004).
Pendekatan Dakwah kepada Orang Asli Suku Semai di Kampung Sungai Ruai. Jurnal
Islamiyyat. 25 (1): 5-16.

Huzaimah Ismal & Che Zarina Sa’ari. (2005). Masyarakat Orang Asli dan Pembangunan
Insaniah. Jurnal CITU. 2: 67-82.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. (2015). Masyarakat Orang Asli. Dicapai pada 5
Mac 2018 dari http://www.jkkn.gov.my/ms/masyarakat-orang-asli-0.

6
Jabatan Kemajuan Orang Asli. (2015). Pengenalan Orang Asli. Dicapai pada 5 Mac 2018,
dari http://www.jakoa.gov.my.

Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran
dan Pembelajaran. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Sabri Ismail. (2000). Perkembangan Islam di Kalangan Orang Asli dari Tahun 1987-
1997: Satu Tinjauan Dari Sudut Penerimaan Masyarakat Asli di Post Brooke Gua
Musang, Kelantan. Dicapai pada 5 Mac 2018, dari http://eprints.uthm.edu.my/6942/1/
mohd_sabri_ismail.pdf.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan, Skudai, Universiti Teknologi
Malaysia, Johor Darul Ta'zim.

Rahman, Taufiq, (2011). Nilai Karakter. Yogyakarta: LaksBang Pressindo

8.0 LAMPIRAN

Gambar 1 : Bersama responden 1 sepasang suami isteri

7
Gambar 2 : Bersama responden 2, Haizal

Gamabr 3 : Program Ziarah Kasih & Khidmat Masyarakat Orang Asli

8
Gambar 4 dan 5. Infrastruktur sekitar perkampungan orang asli di Semenyih

You might also like