You are on page 1of 15

KONSEP ASAS FALSAFAH & FALSAFAH PENDIDIKAN

Konsep Falsafah
Berasal daripada perkataan Yunani, iaitu philos

(mencintai) dan sophia (kebijaksanaan). Boleh diistilahkan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan. Rusell (1946)- Fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains. E.D Miller, Question That Matter (1984)- Usaha berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara yang penting.

Konsep Falsafah
Sharifah Alwiah Alsagoff, Falsafah Pendidikan (1984):
Pertimbangan asas dan andaian mengenai

pertimbangan terhadap perkara yang penting. Mempersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai. Cenderung menggumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sistem-sistem permikiran. Pendekatan rasional terhadap sesuatu masalah atau persoalan. Penyiasatan yang komprehensif dan logikal mengenai asas-asas permikiran atas semua aktiviti manusia, (bidang sains, seni, agama dan pendidikan)

Konsep Falsafah
Secara ringkasnya;
Falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau

pandangan yang benar, rasional dan bernas. Permikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal.

Definisi Falsafah
Philos- cinta, Sophia- kebijaksanaan.
Ingin tahu dengan mendalam. Suka atau cinta secara mendalam. Pelbagai pengertian diberi oleh ahli-ahli

falsafah.

Definisi Falsafah
Socrates(469-399 SM)
- Usaha melalui penyelidikan sejati bagi mencapai kebajikan.

- Berpusat kepada manusia dan tingkah lakunya.


Plato(427-347 SM)

- Pendidikan suatu proses membentuk individu berakhlak mulia, memberi latihan moral kewarganegaraan dan setia kepada negara.

Definisi Falsafah
Aristotle(385-322 SM) - Ilmu berkenaan kebenaran. - Kebenaran boleh diperoleh dengan ilmu metafizik, logik, retorik, etika, estetika, ekonomi dan politik.
Thomas Hobbes(1588-1079, ahli falsafah Inggeris) - Ilmu pengetahuan untuk menerangkan cause and effect atau sebab dan hasil.

Definisi Falsafah
Immanuel Kant(1724-1804, ahli falsafah Jerman)
- Ilmu pengetahuan yang menyelidik dasar-

dasar bagi mengetahui sesuatu dan bertindak.


Cicero(106-43 SM, ahli falsafah Romawi.

- Punca daripada segala ilmu pengetahuan yang terluhur.

Definisi Falsafah
Thomas Aquinas(1225-1275) - Alat bagi menetapkan kebenaran ketuhanan sekadar yang

boleh dicapai oleh akal manusia.

John Wild, Introduction to Realistic Philosophy (1948) - Usaha memahami faktor-faktor dasar mengenai dunia
1) 2) 3)

yang kita diami. Usaha berdasarkan tiga ajaran: Ada dunia eksistensi yang nyata, Eksistensi yang dapat diketahui oleh akal manusia, Pengetahuan sedemikian itu sebagai sesuatu pembimbing yang boleh dipercayai oleh manusia.

Definisi Falsafah
John Dewey(1859-1925)
- Suatu alat untuk membuat penyesuaian di

antara yang lama dengan yang baru dalam sesuatu kebudayaan.


Bertrand Russel(1872-1970)

- Kritikan pada pengetahuan.

Cabang Falsafah
Metafizik kajian realiti
Epistemologi kajian ilmu Aksiologi - kajian nilai Logik kajian penaakulan

Cabang Falsafah
Metafizik/Ontologi - Mengkaji realiti yang muktamad /mutlak atau

yang terakhir. - Contoh: Apa dia hidup?


Apa dia fikiran dan hasil fikiran? Apa dia kebebasan manusia? Mempersoalkan perihal adanya Tuhan atau tidak.

Cabang Falsafah
Epistemologi

- Mengkaji pengetahuan dan perihal mengetahui.


- Cabang falsafah yang berhubung rapat

dengan kaedah pendidikan dan pembelajaran. - Contoh: Apakah sumber-sumber pengetahuan


- Sejauh manakah sumber-sumber ini boleh

dipercayai? - Apakah yang dapat diketahui oleh seseorang? Apakah kebenaran?

Cabang Falsafah
Aksiologi - Menentukan apakah yang bernilai. - Terbahagi kepada:
- Etika: mengkaji nilai-nilai moral dan peraturan

kelakuan yang betul. - Estetika: mengkaji nilai-nilai bagi kecantikan dan seni.

- Etika dan estetika menyentuh pendidikan kepada guru, ibu bapa dan masyarakat untuk sentiasa menggalakkan tingkah laku yang baik, betul dan cantik yang dipegang oleh mereka. - Persoalan-persoalan berbeza mengikut mazhab yang dipegang oleh pendidikan tersebut.

Cabang Falsafah
Logik (idealisme dan realisme)
- Keperluan permikiran yang betul dan boleh

dipercayai. - Mengkaji peraturan membuat kesimpulan yang membolehkan kita meletakkan cadangan dan hujah perbincangan dengan cara yang betul. - Terdapat dua cabang:
- Logik deduktif: dari pernyataan am hingga ke

perkara yang khusus.

You might also like