You are on page 1of 50

BAB 1:

PENGENALAN ILMU FALSAFAH


UHC1012 : FALSAFAH & ISU SEMASA
PUSAT SAINS KEMANUSIAAN
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan definisi, makna, konsep, tujuan dan sejarah
perkembangan Ilmu Falsafah.

2. Menjelaskan peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


sebagai wahana penyediaan rakyat Malaysia mendepani
cabaran global abad ke 21.

3. Menghuraikan kedudukan dan peranan Rukun Negara sebagai


Rukun-Rukun atau Tiang-Tiang Negara pada tahap “Makro”
yang didirikan diatas asas-asas atau dasar Falsafah Pendidikan
Kebangsaan sebagai “Mikro”.
PERINCIAN BAB

(1) Definisi, Konsep,


(2) Falsafah Pendidikan
Tujuan, Sejarah, Aliran
Kebangsaan (1996)
Falsafah

Pengenalan Ilmu
Falsafah
(3) Rukun Negara (4) Falsafah Sejahtera
Bahagian 1
PENGENALAN ILMU FALSAFAH:
Definisi Falsafah, Skop & Cabang, Tujuan Berfalsafah, Sejarah
Perkembangan, dan Aliran Falsafah
Definisi Falsafah
(1) Bahasa/asal-usul kata (etimologi):
Berasal drp gabungan dua (2) kata Greek@Yunani iaitu:

Kata Maksud
Cinta-Menyintai (To Love-Loving); Persahabatan
(1) Philein/Philo (Friendship); Kasih sayang (Affection)
Hikmah/Kebijaksanaan/Kearifan (wisdom);
(2) Sophos/Sophia Pengetahuan (knowledge); Kebenaran (truth)

Kecintaan terhadap kebijaksanaan/kearifan (hikmah) dan


Falsafah cenderung mencari kebenaran.
Orang yang menyintai kebijaksanaan/kearifan (hikmah) dan
Ahli
mencari kebenaran serta berfikir secara mendalam dan kritis
Falsafah tentang sesuatu perkara atau isu.

5
Definisi Falsafah (samb.)
(2) Istilah (Terminologi):
• Definisi 1: Kajian tentang persoalan-persoalan umum dan asas
tentang hakikat atau kewujudan, pengetahuan, nilai-nilai (etika
dan kesenian), pena’akulan, minda dan bahasa. Persoalan/isu
tersebut biasanya adalah bertitik tolak dari masalah yang
memerlukan jawapan dan solusi.

• Definisi 2: Kajian dan ilmu yg berasaskan renungan (reflective)


& penaakulan (reasoning) untuk merumuskan sifat, hakikat dan
kandungan alam wujud atau alam semesta dilihat secara
keseluruhan sebagai satu kesatuan, berdasarkan penelitian &
pengkajian terhadap data & fakta yg diambil drp semua aspek
alam wujud/semesta (B.A.G Fuller, 1955).

6
Cabang dan Skop Kajian Falsafah
(L.M.E.A)
Cabang Skop Kajian
Logik ialah kajian tentang seni dan kaedah hujahan (argument) dan
pena’akulan (reasoning):
Logik • Skop: Hujah, Alasan, Falasi, Deduksi, Induksi, Abduksi, Heuristik,
Logik Bersimbol dll.
Metafizik ialah kajian tentang Hakikat atau kewujudan sesuatu
Metafizik seperti kewujudan Tuhan, Alam dan Manusia:
• Skop: Ontologi, Kosmologi, Psikologi Rasional, Teologi Rasional
Epistemologi ialah kajian tentang Teori Ilmu Pengetahuan:
Epistemologi • Skop: Teori Ilmu dan Justifikasi kepercayaan dan sumber ilmu
(seperti sensasi, intuisi, Wahyu, Autoriti, keimanan/kepercayaan)
Aksiologi ialah kajian tentang Teori Nilai dan kaitannya dengan
masalah nilai dalam bidang kemasyarakatan (value free vs value
laden)
Aksiologi • Skop: Falsafah Etika, Falsafah Seni dan Estetika, Falsafah Agama,
Falsafah Politik, Falsafah Ekonomi, Falsafah Sosial, Falsafah Sains,
Falsafah Bahasa, Falsafah Pendidikan dll
7
Contoh Cabang Falsafah L.M.E.A
Soalan tentang...
• Siapa aku? Adakah Manusia vs Haiwan berkata-kata? (Metafizik-Psikologi)
• Seluas dan sebesar manakah alam semesta ini? (Kosmologi)
• Apa hakikat kehidupan? Hanya di dunia sahajakah? (Metafizik)
• Kenapa ia berlaku dan kenapa aku yang kena? (Metafizik)
• Kenapa menjaga emosi itu penting? (Metafizik-Psikologi)
• Logikkah mencipta kereta yang boleh terbang? (Logik)
• Bagaimana untuk tahu tentang sesuatu perkara? (Epsitemologi)
• Apa impak berita palsu kepada masyarakat? (Logik)
• Adakah mencuri itu baik atau jahat? (Aksiologi-Etika)
• Apakah yg menyebabkan lagu atau sajak indah utk dinikmati? (Aksiologi-Estetika)
• Adakah Minda-Badan (mind-body) bersatu atau terpisah? (Metafizik)
• Adakah minum arak itu halal atau haram? (Aksiologi-Etika)
• Bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu? (Logik)
• Apa kesimpulan drp isu pencemaran alam sekitar? (Logik)

8
Tujuan Mempelajari Falsafah
Apa yang anda pelajari dari Falsafah?
• Mencari hakikat kebenaran tentang sesuatu perkara dan isu
daripada perspektif yang holistik dan bersepadu (Cth, hakikat
kebahagiaan; hakikat kecantikan, hakikat baik dan buruk)

• Berfikir secara logik, kritis dan bebas berdasarkan panduan


yang autentik (Cth, isu pengangguran graduan abad ke-21)

• Berkomunikasi dan berkongsi idea secara jelas dan berkesan


dalam penghujahan (Cth, isu Pengajaran Sains dan Matematik
dlm Bahasa Inggeris)

• Memberi alasan dan justifikasi yang tepat dan bermakna


tentang konsep atau idea yang abstrak (Cth, isu kereta terbang)

9
Sejarah Perkembangan Falsafah

Zaman Yunani Zaman Aufklami Separuh Pertama &


(Socrates, Plato, Aristotle) (Kecerahan) 1700-1800M Separuh Kedua Abad ke-19

Zaman Renaissance (1300-


Zaman Kristian 1700M) Falsafah pada Abad ke-20

Zaman Tamadun Islam Zaman Gelap (600-1100M)


(Al-Kindi, AL-Farabi, Ibnu & Zaman Pertengahan Falsafah pada
Sina)-Sains fizik, Sains Eropah (1100-1300M) Pascamodenisme
matematik, sains Teologi)
Ahli Falsafah: Falsafah Klasik
• Thales (640-550 S.M)
• Anaximender (610-547 S.M)
• Anaximenes (585 S.M)
• Heraclitus of Ephusus (500 S.M)
• Parmenides of Elea (515-480 S.M)
• Pythagoras (570-500 S.M) Socrates
• Anaxagoras (500-428 S.M)
• Protagoras
• Socrates (469-399 S.M)
• Plato (428-348 S.M)
• Aristotles (384-322 S.M)

Plato Aristotle

11
Ahli Falsafah: Falsafah Kontemporari
• Soren Aabye Kiekegaard (1813-1955M)
• Niccolo Machiavelli (1469-1527M)
• Karl Marx (1818-1883M)
• Friedrich Nietzshe (1844-1900M)
• John Dewey (1859-1952M)
• Henri Bergson (1859-1941M)
• Alfred North Whitehead (1861-1947M) Machiavelli
• Bertrand Russel (1872-1970M)

John Dewey Karl Marx


12
Aliran-aliran Utama Falsafah
RASIONALISME EMPIRISISME PRAGMATISME
Aliran yg berpendapat Aliran yg berpendapat bhw Aliran yg berpendapat bhw
bhw ilmu dan ilmu dan kebenaran suatu perkara/ ilmu/kaedah yg
kebenaran diperolehi diperolehi melalui proses bersifat praktikal, berfikir,
melalui proses berfikir pengalaman pancaindera aplikasi teori sedia ada,
berasaskan penyelesaian
oleh akal dan BUKAN (sensation) dan BUKAN
masalah dan membawa hasil
melalui pengalaman melalui proses akal. Tetapi yg berfaedah, maka ia adalah
pancaindera (sensation), dlm fenomena spt hakikat yg benar, mempunyai nilai yg
rasa/gerak hati ruang, masa, cahaya, tinggi dan diterima. Kdg2 ada
(intuisi), kuasa Tuhan sebab-akibat, etika dll, isu dari segi prinsip dan nilai
dan prinsip etika mulia. empirisisme berpendapat ia etika.
Cth: adalah unsur fitrah (innate) Cth; Kaedah belajar secara
dan anugerah (priori). praktikal (spt hands-on,
Oleh krn saya boleh project-based, technology-
berfikir (krn saya ada Cth:
based, latihan industri dll) yg
akal), maka itulah bukti Saya sentuh besi panas dgn ada nilai-nilai yg berfaedah dan
saya wujud dan hidup. jari, maka saya tahu besi itu diterima sebagai berkesan dan
panas dan mengalirkan haba. bermanfaat.
Aliran-aliran Utama Falsafah (samb.)
IDEALISME REALISME EKSISTENSIALISME
Aliran yg berpendapat Aliran yg berpendapat Aliran yg berpendapat bhw
bhw kebenaran dan ilmu bhw apa2 yg kita lihat kepentingan pengalaman,
pengetahuan tertinggi dgn pengalaman hak dan tanggungjawab
pancaindera (sensation) seseorang manusia secara
adalah adanya cetusan dlm alam ini adalah individu dan BUKANNYA
idea. Sifat idea, impian@ benar, realistik, wujud secara pandangan
khayalan (dgn secara tersendiri, masyarakat umum.
memaparkan keunggulan, bebas, dan tidak Manusia bebas, ada hak,
keindahan, kesempurnaan dipengaruhi oleh dan bertanggungjawab dlm
idea itu dsb) yg berlainan gambaran akal/ idea/ membentuk kehidupan
sama sekali drpd khayalan. Realisme dan nilai hidupnya sendiri.
kenyataan (real), berlawanan dgn aliran
Idealisme. Cth: Secara individu, pelajar
material@fizikal.
bebas tentukan cara belajar,
Cth: Org yg ada idea, Cth: Lihat pokok dgn lebih aktif belajar sendiri
mata, maka pokok (guru hanya fasilitator),
dianggap insan berilmu
adalah wujud secara penilaian dibuat berdasarkan
dan hebat. realistik dan tersendiri sikap, emosi sendiri
Aktiviti Bab 1-1

Memahami Skop dan Cabang


Falsafah L.M.E.A.
Logik, Metafizik, Epistemologi & Aksiologi (LMEA)
Tentukan cabang Falsafah L.M.E.A yg betul:
No. Penyataan Cabang
0. Kenapa orang berhujah dan memberi alasan yang konkrit? Logik
1. Apakah bukti dan alasan yang paling tepat dan sahih?
2. Adakah manusia berasal drpd beruk spt dlm filem Planet of the Apes?
3. Apakah kaedah rotan sesuai dalam mendidik peribadi anak?
4. Adakah robot dlm filem Transformers berperasaan spt manusia?
5. Adakah wajar suami berlaku curang di belakang isteri?
6. Bagaimana seseorang itu “tahu” bahawa ia mengetahui sesuatu?
7. Kenapa orang kaya masih terlibat dengan rasuah?
8. Apakah hakikat kecerdasan (spt nilai skor IQ) seseorang
9. Adakah logik dia berkeupayaan untuk membunuh sedangkan dia seorang
yang lumpuh?
10. Adakah analisis kriteria boleh digunakan dlm memilih pasangan hidup?
Bahagian 2
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN:
Keperluan Menghayati Falsafah Pendidikan sebagai
Warganegara Malaysia yang Menyeluruh
Justifikasi: Asas kursus UHC1012 & UHC2022
untuk membentuk Falsafah Sejahtera

3 Jiwa
Sejahtera

2
1
Harapan: Wujudnya
Falsafah Sejahtera dlm
jiwa rakyat Malaysia.
Falsafah Sejahtera adalah
Hayati Rukun Negara sebagai pentafsiran kpd
(RN) sebagai jati diri sejauh mana FPK dan RN
Hayati Falsafah Pendidikan warganegara Malaysia ini berjaya diterapkan kpd
Kebangsaan (FPK) di walau di mana anda rakyat Malaysia.
sekolah dan universiti. berada
18
Sejarah Pendidikan Negara
• FPN yang kemudianya dinamakan FPK lahir drp evolusi perkembangan Pendidikan
di Malayisa, bermula dengan Laporan Barnes (1951), Laporan Fenn-Wu (1951),
Ordinan Pelajaran (1952), Penyata Razak (1956), Ordinan Pelajaran (1957), Penyata
Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet
(1974).

• Usaha-usaha ke arah mewujudkan perpaduan menjadi semakin mendesak apabila


berlakunya tragedi 13 Mei 1969.

• Selain membentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) yg bertujuan untuk menghapuskan


kemiskinan & pengenalan kaum mengikut pekerjaan, di bidang pendidikan, satu
jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan pd tahun 1974 untuk mengkaji
pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan.

• Jawatankuasa Kabinet (1974) yg dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan (Tun Dr.


Mahathir Mohammad) berfungsi menilai semula kejayaan sistem pelajaran bagi
memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yg bersatu padu,
berdisiplin dan terlatih.

• Laporan jawatankuasa ini diisytiharkan pada tahun 1979.


• Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet (KPM 1984) tentang masyarakat yg
bersatu padu, berdisiplin dan terlatih, Laporan ini menyatakan ciri-ciri
masyarakat yg dimaksudkan:

a. keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup Bersama dengan


rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai
sebagai rakyat Malaysia;

b. menghormati dan mematuhi undang-undang dan peraturan, bersedia


bekerja atau membuat sesuatu sehingga sempurna, menghormati hak-
hak individu, mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak menjejaskan
kepentingan orang lain, menghormati dan mempunyai semangat
memperbaiki keadaan secara membina, dan bersedia berkhidmat untuk
negara;

c. Mendapat Pendidikan dan latihan supaya boleh bergiat serta


membangunkan negara.
Falsafah Pendidikan Negara (1988)
• Reformasi Pendidikan 1985, unsur ketuhanan dimasukkan sebagai roh
FPN.

• Akhirnya falsafah pendidikan diolah seperti berikut:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh &
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggunjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
(1) Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1996)
Falsafah Pendidikan Negara (1988) dikemas kini kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (1996) spt berikut:

22
Intipati Falsafah L.M.E.A. dlm Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (1996)
Intipati FPK (1996) L.M.E.A. Apa Proses dan Aktiviti
Pendidikan adalah usaha yg Epistemologi- Proses Kaedah dan aktiviti
berterusan dapat ilmu pendidikan Formal & Informal
Potensi individu sbgai Insan Metafizik- Konsep Apa aktiviti utk bangunkan
Seimbang dan Harmonis dari segi Pembangunan Insan potensi Jasmani, Emosi,
Jasmani, Emosi, Rohani & Intelek dan Psikologi Rohani, & Intelek?
Melahirkan rakyat Malaysia yg Epistemologi – Teori Apa kaedah pendidikan yg
berilmu pengetahuan Ilmu & Sumber Ilmu berksan utk benar2
menjadikan rakyat berilmu
Melahirkan rakyat Malaysia yg Aksiologi & Logik - Apa aktiviti utk bangunkan
berakhlak mulia, bertanggungjawab, Bukan setakat ada ilmu, nilai etika dan Soft Skills
berterampilan, berkeupayaan ttpi ada nilai etika & pelajar?
mencapai kesejahteraan diri Soft Skills
Memberi sumbangan terhadap Logik- Secara logiknya, Apa kaedah utk beri
keharmonian dan kemakmuran apabila sudah berjaya, kesedaran utk memberi
keluarga, masyarakat dan negara akan beri sumbangan sumbangan balik setelah
balik. berjaya/tamat pengajian.
Pendidikan dan Pembelajaran
Abad ke 21 (PPAK21)
• PPAK21 lebih kepada aliran Falsafah Pragmatisme. (#Rujuk definisi
pragmatisme di Bab 1-Bahagian 1)

• Kaedah pengajaran & pembelajaran (P&P) berasaskan Pragmatisme


merangkumi:

 Fokus pentaksiran lebih kpd tugasan praktikal@aplikasi (spt proses


mempraktikkan ilmu dan nilai). Ini bermakna Pentaksiran berasaskan
Teori (spt mengingati fakta dan maklumat dll) tidak digunakan
sepenuhnya dlm menilai pencapaian pelajar.
 Guna aplikasi teknologi dan teknikal (spt alatan/perkakasan- teknologi,
mesin, komputer dll)
 Teori-teori diaplikasi melalui pentaksiran berasaskan Tugasan Projek.
 Proses P&P berasaskan penyelesaian masalah.
 P&P dua-hala iaitu Guru (sebagai fasilitator) dan pelajar (sebagai
penimba ilmu yg aktif). Kedua-dua mendapat nilai dan faedah antara
satu sama lain.
Empat Teras FPK-1996
• Pada tahun 1996, UNESCO mengumunkan EMPAT Tonggak
Pembelajaran Untuk Abad Ke-21 di mana intipatinya
hampir sama dengan FPK.

• FPK telah mencapai EMPAT Tonggak Pembelajaran Untuk


Abad ke-21 spt yg disaran oleh UNESCO. Hal ini bererti, FPK
telahpun berada pada peringkat antarabangsa dan global
malah perkembangan tamadun sekalipun.

• Keempat-empat tonggak pembelajaran anjuran UNESCO


(1996) tersebut dapat dipenuhi dengan mudah kerana
Falsafah Pendidikan Negara (1988, semakan semula tahun
1996) mendahuluinya hampir satu dekad lamanya.
Empat (4) Tonggak Pembelajaran UNESCO
Tonggak Pembelajaran ini adalah prinsip asas bg pembentukan pendidikan. Ia
menjadi teras kpd pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1996) dlm
membina kesejahteraan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek & Sosial (JERIS)
Menyediakan ilmu yg berasaskan intelek (kognitif) bagi tujuan
Pembelajaran Untuk
mengetahui sesuatu perkara/ilmu dalam kehidupan bermula secara asas
Mengetahui yang mudah hingga kompleks dengan lebih menyeluruh. Contoh, Ilmu 3M
(Learning to know) (Mengeja, Membaca, Mengira).
Pembelajaran Untuk Menyediakan kemahiran yang berasaskan fizikal (psikomotor) bagi
Melakukan melibatkan diri dlm pelbagai melakukan aktiviti kerja dlm bidang tertentu.
(Learning to do)
Menyediakan kemahiran untuk berinteraksi dengan orang lain, dengan
Pembelajaran demi
menggunakan potensi diri (iaitu keupayaan Jasmani, Emosi, Rohani,
Kehidupan Bersama Intelek, Sosial) dan digabungkan dengan prinsip nilai etika, moral, akhlak,
(Learning to live persefahaman, demokrasi dll bagi membolehkan individu hidup bersama
together) dalam sejahtera, aman dan harmoni.
Menyediakan kemahiran kerohanian/spiritual (analisis diri sendiri dan
Pembelajaran Untuk
Kenali aspek Ketuhanan) dan kemahiran sosial bagi membangunkan
Kemenjadian potensi diri, psikososial, perasaan, fizikal, kerohanian secara sepenuhnya
(Learning to be) bagi menjadi insan sempurna dan serba boleh.
Aktiviti Bab 1-2

Tak Kenal Maka Tak Cinta:


(Kenali UMP melalui Kerangka I.P.O.i.)
Kenali UMP melalui Kerangka I.P.O.i
Melalui Kerangka IPOi ini, berikut merupakan beberapa
point UMUM ttg INPUT, PROSES, OUTPUT dan IMPACT
bagi menunjukkan kewujudan UMP ini yang relevan dlm
dunia akademia.

Input Process Output Impact


• WHAT: Kepimpinan dan Medium: Tangible & • Impak hasil kepada
Tadbir Urus berkualiti. • HOW: Pengajaran & Intangible stakeholder:
• WHY: (Visi & Misi): Didik Pembelajaran berkualiti. Outputs: (individu-key player,
insan dengan ilmu, • HOW: Interaksi dan Komunikasi Pelajar dan ibubapa, penaja,
kemahiran, sikap dan etika. berkualiti dan berkesan Universiti masyrakat, negara
• WHO: Pelajar berkualiti • HOW: Pentaksiran (Ujian, yang + “TUHAN”
• WHO: Pensyarah berkualiti Tugasan, Projek dll) CEMERLANG
• WHAT: Kursus kompetitif • HOW: Ganjaran & Hukuman DAN • Impact hasil dalam
• WHAT: Fakulti berkualiti • HOW: Penyelidikan & SEJAHTERA aspek: (politik,
• WHAT: Kemudahan Eksperimen. dari segi Ilmu, ekonomi, sosial,
berkualiti • HOW: Penulisan & Penerbitan Kemahiran, budaya, reputasi,
• WHAT: Rujukan berkualiti. berkualiti. Sikap, & Etika pengiktirafan dll)
• HOW: Doa, Ibadah, Tawakal 28
Aktiviti 1-2: Latihan Kefahaman
Kenali UMP melalui Kerangka I.P.O.i
Arahan:
1) Tonton video “Kenali UMP”. Rujuk link yg saya beri dlm WhatsApp Group.
Berdasarkan video UMP tadi, UMP sebuah universiti teknikal dan kejuruteraan
agak muda berbanding universiti awam yg lain- UM, UKM, UPM, UTM, USM dll.
Kini, anda sudah pun menjadi sebahagian drp warga UMP. Persoalannya, hebat
sangatkah UMP ini sehingga anda begitu tertarik dgnnya?. Jadi, sebagai pelajar yg
bakal tinggal di UMP sekitar 4 tahun lamanya, anda perlu kenal pasti di mana titik
hebatnya UMP ini agar anda timbul rasa bangga menjadi sebahagian drpnya!
dengan menjawab soalan di bawah:
Dengan merujuk kpd kerangka IPOi di atas, kenal pasti beberapa INPUT, PROCESS,
OUTPUT dan IMPACT SEBENAR DAN YG TELAH BERLAKU ttg UMP sebagai bukti
keunggulan UMP.
Hint: Rujuk sejarah kewujudan UMP, visi dan misi UMP, pentadbir dan ahli akademik, apa kelayakan
akademik mereka, canggihkah kemudahan, Pencapaian UMP?, Rekacipta, Alumninya, dan lain-lain.
4) Kaedah buat: Bebas, Yg penting ada isi INPUT, PROCESS, OUTPUT dan IMPACT.
5) Hantar jawapan anda ke dalam emel fazullahpskump@gmail.com pd
04/11/2020.
29
Bahagian 3
RUKUN NEGARA:
Keperluan Menghayati dan Menterjemahkan Rukun Negara
sebagai Warganegara Malaysia yang Berjati Diri
(2) Rukun Negara
(Falsafah Negara dan Bangsa)

31
Pengenalan
• Selain membentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) yg bertujuan untuk menghapuskan
kemiskinan & pengenalan kaum mengikut pekerjaan RN yg mengariskan 5 rukun
sebagai asas pegangan & panduan setiap rakyat di negara ini digubal.

• kesan drp peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan telah mewujudkan suatu formula bagi
mewujudkan perpaduan dalam kepelbagaian kaum.

• MAJILIS GERAKAN NEGARA (MAGERAN) ditubuhkan untuk mengembalikan keamanan,


menegakkan semula undang-undang negara & memupuk suasana harmoni serta saling
mempercayai di antara masyarakat berbilang kaum di negara.

• Anggota-anggota Majlis Perundingan Negara - Pengerusi (Allahyarham Tun Abdul Razak


bin Dato’ Hussein merangkap Pengarah MAGERAN), 3 orang menteri (Allahyarham Tun
Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Sin dan Mendiang Tun V.T
Sambanthan), wakil-wakil Kerajaan Negeri dan wakil-wakil daripada tokoh-tokoh
agama, badan-badan professional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan,
persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil.
• Oleh itu, satu ideologi yg mampu mengatasi masalah antara
kaum telah dibentuk. Pada tahun 1970, Rukun Negara (RN)
digubal.

• Diisytiharkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong


Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum
Sultan Zainal Abidin Yang di-Pertuan Agong IV pada 31 Ogos
1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara.

• RN terbahagi kepada DUA bahagian iaitu Bahagian Pertama


(menggariskan objektif masyarakat Malaysia) dan Bahagian
Kedua (menggariskan lima prinsip RN).
Rukun Negara: Bahagian 1
Bahagian 1 ialah Objektif Masyarakat:
1. Mencapai perpaduan yg lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakat;

2. Memelihara satu cara hidup demokratik;

3. Mencipta satu masyarakat yg adil dimana kemakmuran negara dapat


dinikmati bersama secara adil dan saksama;

4. Membentuk satu sikap yg liberal terhadap tradisi kebudayaan yg


kaya dan berbagai-bagai corak;

5. Membina sebuah masyarakat progresif yg akan menggunakan sains


& teknologi moden.
Rukun Negara: Bahagian 2
Bahagian 2 ialah 5 Prinsip Rukun Negara:

• Mewujudkan ikatan agama agar masyarakat


Kepercayaan dapat membentuk fikiran, pertuturan dan
kepada perbuatan yang memanfaatkan diri serta orang
lain memandangkan semua agama mengajar
Tuhan kebaikan.

• Berteraskan kepada amalan Sistem Demokrasi


Kesetiaan Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
kepada Raja • Menanam sikap bertanggungjawab, sanggup
berkorban demi negara dan memberi
dan Negara sumbangan terhadap pembangunan negara.
Rukun Negara: Bahagian 2
• Menekankan perlunya rakyat menerima,
mematuhi dan mempertahankan keluhuran
Keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan • Menyedari kepentingan Perlembagaan
sebagai sumber perundangan tertinggi yang
harus dipatuhi demi keharmonian negara.

• Keadilan yang diasaskan atas kedaulatan


undang-undang menunjukkan bahawa setiap
Kedaulatan rakyat adalah sama taraf di sisi undang-undang.
• Mewujudkan masyarakat yang menghormati
Undang- dan mematuhi undang-undang negara
Undang memandangkan undang-undang memberi
perlindungan kepada semua anggota
masyarakat.
Rukun Negara: Bahagian 2
• Menekankan perkembangan personaliti dan
tingkah laku setiap rakyat dengan tujuan
Kesopanan untuk membentuk warga negara yang
bersopan santun dan bersusila.
dan • Memupuk sahsiah mulia dalam kalangan
Kesusilaan masyarakat agar tidak menyinggung
perasaan orang lain yang boleh menjejaskan
keharmonian negara
MAKRO
(RUKUN NEGARA)

MIKRO
(FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN)

Peranan Rukun Negara sebagai Rukun-Rukun atau Tiang-Tiang Negara pada


tahap “Makro” yang didirikan diatas asas-asas atau dasar Falsafah Pendidikan
Kebangsaan sebagai “Mikro”.
Bahagian 4
FALSAFAH SEJAHTERA
Formula Kesejahteraan untuk Warganegara Malaysia

“Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)” + “Rukun Negara


(RN)” = “Insan Sejahtera”
Falsafah Sejahtera melalui Pentafsiran
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (secara Mikro)
dan Rukun Negara (secara Makro)

40
Falsafah Sejahtera & Kursus
UHC1012 dan UHC2022 di Universiti Awam
• Falsafah Sejahtera ialah Satu usaha murni untuk membangunkan dan
memperkenalkan makna dan aplikasi Falsafah Sejahtera dlm
kalangan pelajar di universiti.

• Falsafah Sejahtera ini dibentuk melalui pentafsiran dan penghayatan


kepada aspek Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan aspek
Rukun Negara (RN).

• Falsafah Sejahtera ini cuba diterapkan dalam 2 kursus wajib


universiti iaitu:-
a) Falsafah dan Isu Semasa (UHC1012). Kursus ini berbentuk
dimensi teoritikal.
b) Penghayatan Etika dan Peradaban (UHC2022). Kursus ini
berbentuk dimensi praktikal.

41
Definisi Sejahtera
• Bahasa: aman dan makmur, senang dan tenteram, bahagia,
tenang, sakinah, terpelihara drp bencana (spt kesusahan,
gangguan, ancaman dll). Bahasa Inggeris disebut well-being,
peace, harmony, sustainable, quality of life.

• Istilah: Sejahtera ialah suatu keadaan pencapaian yg ada unsur-


unsur positif, aman, terpelihara drp perkara negatif/ancaman/
membimbangkan yg meliputi pembangunan aspek dalaman
(spt Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosial dlm konteks
hubungan insan, alam dan tuhan) dan aspek luaran (bidang/
sektor kehidupan spt politik, ekonomi, kewangan, sosial,
budaya, agama, ekologi, pengangkutan, sains & teknologi, ICT,
keselamatan, kesihatan dll yg melalui proses pembangunan
pendidikan yang sistematik, menyeluruh dan mampan.
Perlunya Kehidupan yang Sejahtera
Malaysia Well-Being Index (MyWI) is
an overview of the people's well-
being using 14 components covering
economic well-being sub-composite
and social well-being sub-composite.

UN

Keperluan BANCI untuk Analisis Data


penduduk ke arah merangka Pelan
Kesejahteraan Rakyat
10 Ramuan Kesejahteraan
• Menurut Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak di dlm buku “Essay on
Sejahtera”, kesejahteraan boleh dikecapi jika 10 ramuan (SPICES) bagi
kesejahteraan dapat dapat diimbangi dan disepadukan.

• 10 ramuan bagi Kesejahteraan ialah Rohani, Fizikal-Psikologi,


Intelektual, Kognitif, Budaya, Etika, Emosi, Ekologi, Ekonomi, dan
Sosial.

• Proses untuk mengimbangi dan menyebati ramuan kesejahteraan ini


adalah melalui satu proses pendidikan yang berterusan dan dipupuk
dari awal hidup sebagaimana termaktub dlm Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dan Rukun Negara (RN).
Skop Pembangunan Kesejahteraan
• Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara- Skop
Kesejahteraan ini merujuk kepada pembangunan dari sudut
MIKROKOSMIK dan MAKROKOSMIK.

• Pembangunan seimbang dan sepadu dalam Skop Kesejahteraan


meliputi:
a) Mikrokosmik (dimensi dalaman) – Sejahtera dari segi Psikomotor
(fizikal), Kognitif (intelek), Afektif (psikologi, emosi & sosial),
Spiritual (rohani) dan Etika (sistem nilai)

b) Makrokosmik (dimensi luaran/bidang)– Sejahtera dlm hidup


sesama manusia dan spesis lain dlm pelbagai bidang spt politik,
ekonomi, sosial-kemasyarakatan, ekologi, budaya, agama dan lain-
lain bidang.
Model Falsafah Sejahtera
Ekologi Politik Tadbir
(MAKRO) Urus & Ekonomi
Rohani (MAKRO)
(Spiritual)
Jasmani
Etika (Fizikal/
(Nilai) Psikomotor)
Jiwa
Sains & Keselamatan
Sejahtera & Kesihatan
Teknologi (Individu &
(MAKRO) Masyarakat)
(MAKRO)
Sosial Emosi
(Potensi (Perasaan &
Interaksi) Psikologi)

Akal
Sosial (Intelek/
(Kemasyakatan) Budaya
Kognitif)
(MAKRO) (MAKRO)

Saling interaksi di antara Potensi Insan (MIKRO) dan Bidang luaran (MAKRO)
KESIMPULAN: Falsafah Sejahtera adalah untuk
Melahirkan Insan Sejahtera melalui kerangka
berikut:
Input Process Output Impact
• JASMANI: Keadaan Melalui Medium... Maka, IMPAK MAKRO
tubuh badan yg sihat. • Sistem Pendidikan yg LAHIRNYA SUMBANGAN OLEH
• EMOSI: Keadaan bertunjangkan Ilmu INSAN SEJAHTERA:
INSAN
psikologi yg sihat. Falsafah, FPK, & RN.
• ROHANI: Keadaan SEJAHTERA • Impak dari segi
• Bidang: Sains Tulen, Sains Stakeholder: (individu
kerohanian yg sihat. Terapan, & Sains Sosial. (MIKRO)
sbg key player,
• INTELEK: Keadaan • Kursus: UHC1012 & ibubapa, penaja,
Insan yg
akal fikiran yg sihat. UHC2022. masyarakat, negara,
memiliki
• SOSIAL: Pendedahan • Kandungan Pendidikan utk “TUHAN” )
KUALITI JERIS
awal potensi bangunkan potensi individu: dan NILAI • Impak dlm bidang:
interaksi sosial dlm  Kognitif (Intelek) ETIKA yg (negara, politik,
diri dan masyarakat.  Psikomotor (Fizikal) ekonomi, sosial,
tinggi
 Afektif (Psiko-Sosial) budaya, ekologi,
 Spiritual (Rohani) agama, antarabangsa,
 Etika (Sistem Nilai) reputasi dll)

47
RUJUKAN
Abdul Jalil, H. (1989). Falsafah dan Pengetahuan Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.

Awang, S. (2007). Falsafah dan Logika Melayu. Kuala Lumpur: Akademik


Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Dzulkifli, A. R. (2019). Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai Wahana


Global dan Antarabangsa dalam Razak, D. A. Pentafsiran Baharu Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Pelaksanaannya Pasca 2020 (ms. 21-33).
Gombak, Selangor:IIUM.

Dzulkifli, A.R. (2019). Hari Muka Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Adab,


Akhlak, Limpahan Budi dan Sejahtera, dalam Pentafsiran Baharu Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Pelaksanaannya Pasca 2020 (ms 370-380).
Gombak, Selangor: IIUM.
Hashim, H. (2001). Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu: Suatu
Pengenalan. Kuala Lumpur: Akademik Pengajian Melayu, Universiti
Malaya.

Mohd Noordin, W. M. Z. (2019). Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Sejarah dan


Matlamat, dalam Dzulkifli, A.R. & Rosnani H. Pentafsiran Baharu Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Pelaksanaannya Pasca 2020 (ms. 3-20).
Gombak, Selangor: IIUM.

Osman B. (2019). Aspek Kesejagatan dan Peradaban Falsafah Pendidikan


Kebangsaan, dalam Dzulkifli A.R. & Rosnani H. Pentafsiran Baharu Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Pelaksanaannya Pasca 2020 (ms. 35-51).
Gombak, Selangor: IIUM

Shaharir, M. Z. (2018). Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains (3rd Edition).


Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
SEKIAN

Asal:
Dr. Noradilah Md Nordin
noradilah@ump.edu.my
Versi 2.0

Tambahan oleh:
Ahmad Fazullah M.Z.A.
fazullah@ump.edu.my

You might also like