You are on page 1of 6

PJJ-A192

PROGRAM PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE) UUM


PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH
SEMESTER JULAI, SESI 2019/2020

BKAL1013 PERAKAUNAN PERNIAGAAN

TUGASAN INDIVIDU (25%)

ARAHAN

1. Jawab semua soalan yang diberikan.


2. Tugasan ini hendaklah dibuat secara individu.
3. Jawapan kepada tugasan ini hendaklah disediakan dengan tulisan tangan.
4. Jawapan kepada tugasan ini perlu dihantar kepada pensyarah pada pertemuan ke 3.

SOALAN

Karem mula menjalankan perniagaan sendiri bernama GEDUNG MASA. Kedai Karem
menjual pelbagai jenama jam dan juga cenderamata yang berasaskan jam untuk pelanggan
individu serta korporat. Pada 1 Disember 2018 beliau telah membawa masuk tunai
berjumlah RM46, 800 dan kenderaan miliknya bernilai RM104,000 untuk kegunaan
perniagaan. Berikut adalah transaksi yang berlaku pada bulan pertama operasi
perniagaannya:

Disember
1 Membayar belanja sewa sebanyak RM2,600 untuk bulan Disember 2018 dan
Januari 2019.

1 Membeli secara tunai perkakasan untuk perniagaan bernilai RM31,200.

2 Membeli barang dagangan daripada GOOD SUPPLIER berjumlah RM6,136, FOB


titik penghantaran (shipping point), terma 5/15, n/30.

5 Membayar perkhidmatan pengangkutan untuk belian yang dibuat daripada


GOOD SUPPLIER berjumlah RM130.

7 Membeli aksesori jam daripada WATCH WORLD bernilai RM5.096. FOB destinasi
(destination), terma 5/10,n/eom.

8 Membuat jualan secara tunai berjumlah RM3,952. Kos bagi barangan yang
dijual ialah RM1,380.

9 Memulangkan eksesori yang rosak yang dibeli pada 7 Disember dengan nilai kos
berjumlah RM572.

1
PJJ-A192

10 Menjual barang dagangan berjumlah RM9,152 kepada WMA SHOPPE. Terma


5/10, n/30. Kos barangan ialah RM3,204.

11 Membuat bayaran kepada GOOD SUPPLIER terhadap belian yang dibuat pada 2
Disember.

11 Membayar yuran persekolahan anak berjumlah RM350 menggunakan wang


syarikat

12 AMMAR CLOCK menyatakan minat untuk berurus niaga dengan GEDUNG MASA

15 Membuat pinjaman tunai daripada STAR CREDIT berjumlah RM60,000 yang


perlu dijelaskan dalam 60 ansuran bulanan bermula Januari 2019.

17 Menjual barangan berjumlah RM8,840 kepada ANJUNG JAM, terma 5/10, n/30.
Kos barangan jualan berjumlah RM3,094.

20 Membuat bayaran penuh kepada WATCH WORLD.

20 Menerima bayaran penuh daripada WMA SHOPPE.

22 Menjual barang dagangan kepada SHERRY TIME bernilai RM3,328 secara tunai.
Kos barangan ialah RM1,160.

25 Membeli barang dagangan daripada GOOD SUPPLIER bernilai RM3,640, FOB


titik penghantaran (shipping point), terma 5/10, n/30. Membayar perkhidmatan
pengangkutan berjumlah RM100.

27 Membayar RM330 kepada SHEERY TIME untuk barangan rosak yang


dipulangkan, dimana kosnya ialah sebanyak RM116.

30 Membayar bil utiliti berjumlah RM350 dan gaji kepada pekerja berjumlah
RM4,472.

31 Membeli satu polisi insuran bernilai RM4,200 untuk tempoh satu tahun bermula
daripada bulan Januari 2019.

MAKLUMAT TAMBAHAN:

(i) Susunilai kenderaan adalah pada kadar 7.5% setahun;


(ii) Susutnilai perkakasan adalah pada kadar 5% setahun;
(iii) Gaji berjumlah RM550 masih belum dijelaskan pada 31 Disember 2018; dan
(iv) Tempahan khas daripada SINTOK ENTERPRISE masih belum dipenuhi walaupun
bayaran tunai berjumlah RM800 telah diterima pada 31 Disember 2018

ANDA DIKEHENDAKI:

2
PJJ-A192

a. Sediakan cacatan jurnal untuk merekod semua transaksi di atas dan juga membuat
catatan pelarasan di dalam jurnal am. Catatkan butiran transaksi secara ringkas.
Sekiranya tiada catatan untuk transaksi tertentu, nyatakan ‘Tiada catatan’. Bundarkan
jawapan ke ringgit terdekat (jika perlu). Sila gunakan template jurnal yang disediakan.

b. Pindahkan semua catatan daripada jurnal am kepada lejer am. Sila gunakan template
lejer yang disediakan.

c. Sediakan Imbangan Duga Terlaras bagi bulan berakhir 31 Disember 2018.

d. Sediakan catatan penutup dan pindahkan ke lejer yang berkaitan pada 31 Disember
2018.

e. Sediakan penyata kewangan berikut:


1. Penyata Keuntungan dan Kerugian dan Pendapatan Komprehensif Lain bagi bulan
berakhir 31 Disember 2018.
2. Penyata Perubahan Ekuiti Pemilik bagi bulan berakhir 31 Disember 2018.
3. Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2018.

f. Kira nisbah bagi perniagaan GEDUNG MASA berdasarkan maklumat yang diperolehi
daripada penyata kewangan yang disediakan pada 31 Disember 2018 untuk nisbah
berikut:
1. Nisbah Semasa
2. Nisbah Cepat
3. Jumlah Pusinganti Aset
4. Margin Keuntungan
5. Pulangan atas Aset
6. Pulangan atas Ekuiti

g. Buat analisa ringkas tentang tahap kecairan dan keberuntungan bagi perniagaan
GEDUNG MASA. Berikan DUA (2) cadangan untuk meningkatkan tahap kecairan dan
keberuntungan perniagaan ini pada masa hadapan.

Berikut adalah diantara carta akaun bagi syarikat GEDUNG MASA:


No. Diskripsi Akaun No. Diskripsi Akaun
101 Tunai 301 Modal
112 Akaun Belum Terima 310 Ambilan
128 Inventori Dagangan 400 Hasil Jualan
130 Insuran Prabayar 501 Pulangan dan Elaun Jualan
132 Sewa Prabayar 505 Kos Barang Dijual
155 Perabot 507 Diskaun Jualan
156 Susutnilai Terkumpul – Perabot 711 Belanja Susutnilai – Perabot
157 Kenderaan 712 Belanja Susutnilai - Kenderaan
158 Susutnilai Terkumpul - Kenderaan 722 Belanja Insuran
201 Akaun Belum Bayar 725 Belanja Gaji
212 Gaji Belum Bayar 727 Belanja Utiliti
290 Pinjaman Bank 730 Belanja Sewa

3
PJJ-A192

SOALAN TAMAT
Template Jurnal

Tarikh Butiran Debit Kredit


(RM) (RM)

4
PJJ-A192

Template lejar

Nama akaun:
Tarikh Butiran Debit Kredit Baki
(RM) (RM) (RM)

Nama akaun:
Tarikh Butiran Debit Kredit Baki
(RM) (RM) (RM)

Nama akaun:
Tarikh Butiran Debit Kredit Baki
(RM) (RM) (RM)

Nama akaun:
5
PJJ-A192

Tarikh Butiran Debit Kredit Baki


(RM) (RM) (RM)

Nama akaun:
Tarikh Butiran Debit Kredit Baki
(RM) (RM) (RM)

Nama akaun:
Tarikh Butiran Debit Kredit Baki
(RM) (RM) (RM)

Nama akaun:
Tarikh Butiran Debit Kredit Baki
(RM) (RM) (RM)

You might also like