You are on page 1of 42

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


SESI SEMESTER OKTOBER 2014/2015

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)

LUAR BANDAR

DISEDIAKAN UNTUK:

ENCIK MATHIVANNAN JAGANATHAN

DISEDIAKAN OLEH:

NOR AZHARUDDIN BIN SHAHARUDDIN (229322)

19 DISEMBER 2014
PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH
PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SEMESTER JA 142 SESI 2014/2015

SKEMA MARKAH

Markah yang Markah yang


No Penilaian
diperuntukan diperolehi
1. Pengenalan 5
2. Huraian, Perbincangan dan Cadangan 20
3. Kesimpulan 5
4. Rujukan dan Lampiran 5
5. Kualiti Penulisan 5

Jumlah Markah 40 markah

Komen:

Tandatangan Pemeriksa :

Nama Pemeriksa :

Tarikh :
SADE 1013 Asas Keusahawanan i

KANDUNGAN

1.0 Pengenalan.................................................................................................1

1.1 Industri Kecil dan Sederhana...........................................................1

1.2 Skop..............................................................................................2-3

2.0 Definisi dan Terminologi...........................................................................3-5

3.0 Kepentingan IKS Luar Bandar Terhadap Pembangunan

Ekonomi Negara.......................................................................................5-7

4.0 Cabaran dan Halangan IKS Luar Bandar....................................................8

5.0 Langkah-langkah Dorongan dan Pembangunan IKS Luar Bandar........9-12

6.0 Kesimpulan................................................................................................13

Rujukan................................................................................................................14

Lampiran.........................................................................................................15-39

Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)


SADE 1013 Asas Keusahawanan 1

1.0 Pengenalan

1.1 Industri Kecil dan Sederhana

Dewasa ini, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) atau


Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dilihat memainkan
peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi
negara disamping membantu asas industri negara. Ianya adalah
penting untuk mengurangkan kebergantungan secara langsung
kepada ekonomi global. Dalam penjanaan ekonomi Malaysia,
IKS merupakan nadi dan enjin pelaburan domestik bagi
merealisasikan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah
negara perindustrian. Oleh yang demikian IKS telah dijadikan asas
dan tulang belakang dalam mendokong hasrat dan wawasan
pembangunan ekonomi negara selepas 2020.

Suhaila Nadzri, Suhaily Md Shamsudin & Muhammad


Firdaus Muhammad Sabri (n.d:192) menyatakan dalam Laporan
Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Tahun 2012/2013 oleh
Majlis PKS Kebangsaan, sumbangan PKS kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) keseluruhan mengikut aktiviti ekonomi
utama telah meningkat daripada 32.5 peratus pada tahun 2011
kepada 32.7 peratus pada tahun 2012. Dalam laporan tersebut juga
memperlihatkan peningkatan guna tenaga dalam sektor PKS telah
bertambah daripada 4,100,952 pada tahun 2009 kepada 4,854,142
pada tahun 2012.

IKS secara keseluruhannya telah memberikan sumbangan


dalam jumlah pertubuhan perniagaan atau perusahaan dan jumlah
pekerjaan dengan membuka lebih banyak peluang pekerjaan,
sumbangan pendapatan negara, penjimatan tukaran wang asing
selain melahir dan mempertingkatkan kemahiran di kalangan
tenaga kerja.

Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)


SADE 1013 Asas Keusahawanan 2

1.2 Skop

Menurut Mori Kogid, Kasim Mansur, Dullah Mulok & Wilson


Akmadia (2009:186) IKS bukanlah satu industri baru muncul di
Malaysia. Industri ini telah mula berkembang di luar negara seperti
Amerika Syarikat, Jepun, Britian dan Korea Selatan. IKS di negara-
negara tersebut tidak hanya tertumpu di kawasan bandar sahaja,
malahan ianya berkembang hingga ke kawasan pinggir bandar dan
luar bandar.

Malaysia memerlukan kepelbagaian dalam sektor industri


dalam penjanaan dan perkembangan ekonomi negara. Penglibatan
IKS secara aktif dalam pelbagai sektor berupaya menjadikan asas
industri yang mantap dan mampan. Operasi IKS tidak akan
dipengaruhi pada keseluruhannya jika terdapat penarikan operasi
dan pelaburan dari sektor swasta mahupun awam.

Usaha untuk meningkatkan sektor IKS yang berdaya maju


dapat juga dilihat dalam agenda pembangunan semasa ketika
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK 9). Sepanjang RMK 9,
polisi utama IKS merupakan pembangunan yang kompetitif, inovatif
dan berdaya teknologi yang melibatkan ekonomi tempatan untuk
bersaing secara global. Seiring dengan kesinambungan Dasar
Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara, Program
Transformasi Luar Bandar (Rural Transformation Programme –
RTP) merupakan program bersepadu yang diperkenalkan oleh
Kerajaan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue
Ocean Strategy 4 – NBOS 4). Program RTP telah dilancarkan oleh
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak pada
31 Mei 2011.

Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)


SADE 1013 Asas Keusahawanan 3

Skop tugasan merangkumi:

a. Definisi dan Terminologi.

b. Kepentingan IKS Luar Bandar Terhadap


Pembangunan Ekonomi Negara.

c. Cabaran dan Halangan IKS Luar Bandar.

d. Langkah-langkah Dorongan dan Pembangunan IKS


Luar Bandar.

e. Kesimpulan.

2.0 Definisi dan Terminologi

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), industri ditakrifkan


sebagai perusahaan yang bersaiz atau skala besar-besaran untuk
membuat, menghasilkan, mengeluarkan barangan. Bagi Industri Kecil dan
Sederhana pula ditakrifkan sebuah perusahaan yang mempunyai pusing
ganti jualan tahunannya tidak melebihi RM 25 juta dan jumlah pekerja
tidak melebihi 150 orang.

Menurut Suhaila Nadzri, Suhaily Md Shamsudin & Muhammad


Firdaus Muhammad Sabri (n.d:192-193) IKS atau PKS mempunyai
pelbagai definisi mengikut peranan, fungsi dan organisasi yang berkaitan
dan Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan Ke-14 pada
Oktober 2013 telah memberikan definisi baharu untuk PKS yang terpakai
mulai 1 Januari 2014 seperti berikut:

Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)


SADE 1013 Asas Keusahawanan 4

1. Pembuatan. Jualan tahunan tidak melebihi RM 50 juta atau


bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang;

2. Perkhidmatan dan lain sektor. Jualan tahunan tidak melebihi


RM 20 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak
melebihi 75 orang;

Sesebuah perniagaan atau perusahaan akan diklasifikasikan sebagai PKS


jika memenuhi salah satu daripada dua kriteria kelayakan berdasarkan
kepada jualan tahunan dan saiz pekerja sepenuh masa, mana-mana yang
rendah. Manakala definisi berdasarkan operasi pula adalah perusahaan
mikro merentasi semua sektor: jualan tahunan kurang daripada
RM300,000 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5
orang.

Kategori Kecil Sederhana


(a) (b) (c)

Pembuatan Jualan tahunan daripada Jualan tahunan daripada


RM300,000 hingga kurang RM15 juta hingga tidak
daripada RM 15 juta atau 5 melebihi RM 50 juta atau
hingga kurang 75 pekerja. daripada 75 hingga tidak
melebihi 200 pekerja.

Perkhidmatan dan Jualan tahunan daripada Jualan tahunan daripada


Sektor Lain RM300,000 hingga kurang RM 3 juta hingga tidak
daripada RM 3 juta atau 5 melebihi RM 20 juta atau
hingga kurang daripada 30 daripada30 hingga tidak
pekerja melebihi 75 pekerja

Jadual 1: Definisi PKS Berdasarkan Saiz Operasi

Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)


SADE 1013 Asas Keusahawanan 5

Jika sesebuah perniagaan memenuhi salah satu kriteria merentasi


saiz operasi yang berbeza, maka saiz operasi yang lebih kecil akan
diguna pakai. Sebagai contoh, jika jualan tahunan sesebuah firma berada
di bawah kategori mikro tetapi bilangan pekerja terletak di bawah kategori
perusahaan kecil, perniagaan tersebut akan diklasifikasikan sebagai
perusahaan mikro.

Hasil dapatan Suhaila Nadzri, Suhaily Md Shamsudin &


Muhammad Firdaus Muhammad Sabri (n.d:193) mendapati definisi piawai
bagi PKS ini diguna pakai oleh semua agensi kerajaan bagi memudahkan
pengenalan PKS dalam semua sektor.

3.0 Kepentingan IKS Luar Bandar Terhadap Pembangunan Ekonomi


Negara

IKS secara umumnya mengikut kesesuaian objektif atau matlamat


sesebuah industri yang mendukung indsutri utama dibahagikan kepada
dua iaitu industri kecil dengan keupayaan modal RM 500 ribu dan bilangan
pekerja sepenuh masa kurang 50 orang. Manakala industri sederhana
pula mempunyai keupayaan modal antara RM 500 ribu hingga ke RM 2.5
juta dengan bilangan pekerja sepenuh masa antara 50 ke 200 orang.

Antara ciri-ciri IKS Luar Bandar adalah perusahaan atau industri


yang berintensifkan buruh, mempunyai keupayaan modal yang kecil dan
menlaksanakan operasi pada skala kecil dengan teknologi rendah.
Prospek pasaran produk lebih menjurus kepada memenuhi keperluan
pasaran tempatan dan terdapat sebilangan kecil untuk dieksport keluar
negara. Cabaran yang sering dihadapi oleh Usahawan IKS Luar Bandar
adalah kelemahan dalam aspek pengurusan dan pengetahuan serta
jaminan produk yang berkualiti pada sebilang masa.

Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)


SADE 1013 Asas Keusahawanan 6

IKS Luar Bandar sebenarnya berupaya menjana tenaga buruh


untuk mengeluarkan produk atau barangan yang tidak dapat dihasilkan
oleh syarikat atau firma yang berskala besar. Tidak dinafikan bahawa IKS
mengeluarkan produk bagi memenuhi keperluan sebilangan besar
golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana di dalam negeri. Ini
dapat dilihat dengan penyertaan usahawan IKS bagi industri seperti
pembuatan makanan, pembuatan logam, peralatan plastik dan getah,
pakaian, perabot dan seumpamanya.

Berdasarkan kepada Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem


Pembayaran 2013 (2013: 77), IKS merupakan komponen penting ekonomi
Malaysia dengan menyumbangkan sepertiga daripada KDNK dan
menyediakan perkerjaan kepada lebih daripada empat juta pekerja atau
60% daripada jumlah guna tenaga.

Gambarajah 1: Sumbangan IKS kepada Ekonomi

Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)


SADE 1013 Asas Keusahawanan 7

Analisis berdasarkan kepada data bancian yang dikumpulkan pada


tahun 2011 (Gambarajah 1), bilangan IKS telah berkembang sebanyak
20% kepada lebih daripada 662,000 berbanding data bancian terdahulu
pada tahun 2005. Bagi perkembangan pertubuhan perniagaan, sektor IKS
mencakupi 97.3% berbanding pada tahun 2005. Pembangunan sektor IKS
dilihat penting dalam menjana pertubuhan ekonomi negara agar seimbang
dan kemakmuran dapat dikongsi bersama dalam peralihan negara
menjadi ekonomi yang bernilai tambah tinggi dan berpendapatan tinggi.

Satu pelan perusahaan atau IKS bagi tempoh 2010 hingga 2020
telah dirangka dan dimasukkan sebagai sebahagian daripada Model
Ekonomi Baru. Perkembangan sektor IKS ini secara ketara dilihat telah
menyumbangkan pembasmian kemiskinan berdasarkan perusahaan mikro
yang mencakupi lebih tiga perempat daripada jumlah IKS. Ianya
merupakan sumber pendapatan dan pekerjaan sendiri yang penting bagi
isi rumah berpendapatan rendah terutama masyarakat di pinggir bandar
dan luar bandar.

IKS Luar Bandar diperkukuhkan bagi mempercepatkan


pertumbuhan ekonomi Negara dengan mewujudkan rantaian ekonomi
yang lebih baik dan mampan. IKS Luar Bandar juga dapat
mempelbagaikan jenis ekonomi negara dan membuka lebih banyak
peluang pekerjaan di kawasan luar bandar. Peluang pekerjaan yang
banyak berupaya menggalakkan perkembangan kemahiran dan
pengurusan perniagaan dengan lebih berkesan. Ini secara tidak langsung
dapat meningkatkan keupayaan modal dan tabungan Negara dengan
pengagihan pendapatan yang sebahagiannya merupakan penduduk
pinggir bandar dan luar bandar serta menghapuskan kemiskinan tegar
dengan pengurangan kadar kemiskinan secara keseluruhannya.

Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)


SADE 1013 Asas Keusahawanan 8

4.0 Cabaran dan Halangan IKS Luar Bandar

Terdapat beberapa cabaran dan halangan yang sering dihadapi


oleh Usahawan IKS Luar Bandar antaranya masalah untuk mendapatkan
kemudahan pinjaman, kekangan dan kesukaran untuk memasarkan
produk, kekurangan pengetahuan dalam aspek pengurusan dan
mengekalkan rantaian bekalan produk atau hasil.

Walaupun terdapat banyak kemudahan pinjaman yang disediakan


oleh Agensi Kerajaan atau Swasta dalam menjana modal Usahawan IKS
Luar Bandar tetapi kedudukan kewangan dan sosioekonomi yang rendah
menyebabkan Usahawan IKS Luar Bandar mengalami masalah untuk
pembayaran balik pinjaman dan kadar faedah yang dikenakan oleh Bank
Perdagangan atau Institusi Kewangan. Kekurangan pengetahuan atau
pendedahan Usahawan IKS Luar Bandar bagi mendapatkan kemudahan
pinjaman melalui agensi yang sedia ada juga merupakan antara halangan
yang dihadapi.

Usahawan IKS Luar Bandar sering menghadapi kesukaran untuk


memasarkan produk mereka ke bandar-bandar terutama di pasaraya
besar berikutan alasan yang diberikan oleh peniaga pasaraya – pasaraya
barangan dan produk yang ditawarkan oleh Usahawan IKS Luar Bandar
tidak berkualiti, kaedah pembungkusan yang tidak sesuai dan menarik
atau gagal memenuhi piawaian keselamatan makanan atau farmaseutikal
yang ditetapkan.

Usahawan IKS Luar Bandar yang secara purata mempunyai tahap


akademik yang sederhana menghadapi kesukaran untuk mendapatkan
ilmu pengetahuan dan kemahiran dari aspek pengurusan perusahaan
yang dijalankan dengan efektif dan efisien. Kekurangan pengetahuan di
dalam pengurusan secara tidak langsung memberikan kesan kepada
pengurusan rantaian hasil dan produk serta menghadapi masalah untuk
mengekalkan standard dan kualiti pada tahap yang sama.

Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)


SADE 1013 Asas Keusahawanan 9

5.0 Langkah-langkah Dorongan dan Pembangunan IKS Luar Bandar

Usaha dan inisiatif yang diletakan dibawah Program NBOS 7


seharusnya digembeling dan disenergikan dengan sebaik mungkin oleh
semua kementerian yang terlibat dalam memberikan bimbingan ilmu
pengetahuan, bantuan latihan kemahiran dan bantuan kewangan secara
berterusan.

Terdapat lapan inisiatif yang digariskan dibawah RTP dengan


pelantikan kementerian peneraju bagi setiap inisiatif. Lapan inisiatif dan
kementerian peneraju adalah seperti berikut:

1. Latihan Kemahiran kepada Penduduk Luar Bandar oleh


Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

2. Penubuhan Kios Informasi 1Malaysia oleh Kementerian Luar


Bandar dan Wilayah.

3. Pertanian Bernilai Tinggi oleh Kementerian Pertanian dan


Industri Asas Tani.

4. Pemprosesan Produk Agro – Makanan oleh Kementerian


Pertanian dan Asas Tani.

5. Pengurusan Rantaian Bekalan Hasil Pertanian oleh


Kementerian Pertanian dan Asas Tani.

6. Kerjasama Universiti oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

7. Perkhidmatan Keselamatan Makanan dan Farmaseutikal –


Kementerian Kesihatan.

8. Kemudahan Pembiayaan Kewangan kepada Penduduk Luar


Bandar – Kementerian Kewangan.

Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)


SADE 1013 Asas Keusahawanan 10

Latihan kemahiran yang ditawarkan kepada Usahawan IKS Luar


Bandar terdiri daripada latihan Keusahawanan, Motivasi Keusahawanan,
Pembungkusan dan Penjenamaan, Persembahan Produk, Pengurusan
Makanan Ternakan, Teknik Fertigasi, Kemahiran Baikpulih Penghawa
Dingin dan Kemahiran Teknologi Kimpalan. Terdapat 15 program latihan
telah dilaksanakan di RTC Gopeng dan kawasan sekitarnya.

Adalah menjadi hasrat Kerajaan agar program dan inisiatif yang


telah digariskan dapat menjadikan masyarakat luar bandar lebih berdaya
maju dan berdaya saing serta mampu meningkatkan kualiti dan kuantiti
produk-produk mereka agar dapat dipasarkan ke seluruh negara dan
menembusi pasaran eksport. Penubuhan kios informasi 1Malaysia adalah
bertujuan untuk memberikan maklumat kepada pengguna yang secara
tidak langsung memasarkan produk dan barangan IKS Luar Bandar di
setiap RTC.

Inisiatif pertanian bernilai tinggi yang dipertanggungjawabkan


kepada Kementerian Pertanian dan Asas Tani adalah untuk memberikan
pendedahkan kepada Usahawan Tani untuk melaksanakan tiga projek
pertanian yang bernilai tinggi seperti projek penghasilan sayur-sayur
premium di Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Penghasilan Produk
Tenusu yang Selamat dan Berkualiti dan Ternakan Arowana. Kesemua
projek pertanian bernilai tinggi dijangkakan dapat memberikan pulangan
yang lumayan kepada pengusaha dan usahawan tani.

Pemprosesan Produk Agro Makanan adalah inisiatif untuk


membangunkan usahawan luar bandar di bidang pemprosesan akanan
yang menekankan pembangunan dan peningkatan kualiti produk bagi
pasaran tempatan dan global. Penekanan juga diberikan kepada aktiviti
nilai tambah dan membangunkan usahawan asas tani nasional secara
bersepadu ke arah peningkatan pendapatan masyarakat tani.

Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)


SADE 1013 Asas Keusahawanan 11

Usahawan Luar Bandar juga diberikan kemudahan di bawah


inisiatif Pengurusan Rantaian Bekalan Hasil Makanan yang menitik
beratkan pengurusan bekalan makanan dengan konsep merasionalkan
semula pemasaran dari peringkat ladang terus kepada pengguna.
Pengurusan rantaian ini melibatkan proses perancangan, pelaksanaan
dan kawalan operasi dalam rantaian tersebut secara cekap dan berkesan.
Ianya juga merangkumi aspek pergerakan dan penstoran bahan mentah,
inventori dan keluaran akhir produk atau hasil daripada titik pengeluaran.

Kementerian Pengajian Tinggi juga turut memainkan peranan bagi


menjayakan inisiatif kerjasama universiti dengan Program Sukarelawan
Pelajar (Volunteerism) dan Program Permindahan Ilmu (Knowldge
Transfer Programme). Inisiatif ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran
di kalangan pelajar untuk melahirkan masyarakat yang berilmu bagi
mencapai objektif mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)


bertanggungjawab bagi inisiatif jaminan Keselamatan Makanan dengan
pelaksanaan aktiviti-aktiviti keselamatan makanan di bawah peruntukan
Akta Makanan 1983, Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-
peraturan Kebersihan Makanan 2009. Diharapkan dengan pelaksanaan
aktiviti-aktiviti tersebut dapat memberikan pendedahan dan pengetahuan
kepada Usahawan IKS yag terlibat dengan industri produk berasaskan
makanan yang merangkumi peruntukan undang-undang dan panduan
menghasilkan makanan yang selamat berdasarkan peruntukan dan garis
panduan yang telah ditetapkan.

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian


Kesihatan Malaysia bertanggungjawab bagi inisiatif Keselamatan Ubat
Tradisional dan Produk Kosmetik. Biro perlu menentukan produk
tradisional berdaftar dan kosmetik bermodifikasi yang dihasilkan oleh
pengiklan tenpatan untuk pasaran tempatan atau eksport adalah selamat,
efektif dan berkualiti.

Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)


SADE 1013 Asas Keusahawanan 12

Inisiatif yang terakhir adalah Kemudahan Pembiayaan Kewangan


kepada Penduduk Luar Bandar oleh Kementerian Kewangan.
Kementerian kewangan dengan usaha sama institusi kewangan dan
agensi kerajaan telah menyediakan kemudaan pembiayaan mikro kredit
kepada peminjam terutama kepada Usahawan IKS Luar Bandar di
kawasan RTC. Kesemua skim tersebut menawarkan kadar faedah atau
keuntungan yang rendah bagi tujuan membantu para usahawan
menjalankan perniagaan di RTC.

Antara institusi kewangan dan kemudahan pembiayaan yang


disediakan adalah seperti Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) oleh
KKLW, Pembiayaan Mikro oleh Bank Simpanan Nasional, Pembiayaan
mikro pertanian oleh Agrobank, Pembiayaan secara pakej Pembangunan
Keusahawan oleh Perbadanan Usahawanan Nasional Berhad (PUNB),
Pembiayaan mikro dan perkhidmatan sokongan pembangunan usahawan
oleh TEKUN Nasional. Skim Jaminan Usahawan (SJUM) oleh pihak Majlis
Amanah Rakyat (MARA), Kemudahan mikro kredit beserta bimbingan dan
latihan berterusan kepada isi rumah miskin, termiskin dan usahawan
ikhtiar oeh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) serta banyak lagi tabung-
tabung dan pembiayaan mikro bagi Usahawan IKS Luar Bandar.

Memandangkan IKS Luar Bandar memiliki sumber tabungan modal


dan sumber pekerja yang terhad dan secara lebih jauh dengan skala
operasi yang lebih kecil berbanding dengan firma besar bertaraf
multinasional. Justeru IKS Luar Bandar memerlukan pelaksanaan sistem
pengurusan yang berkualiti dan berkesan bagi mengelakkan kesilapan di
dalam operasi mereka. Usahawan IKS Luar Bandar perlu mengenalpasti
keutamaan-keutamaan dari segi pengagihan sumber dengan
perancangan dan pengurusan yang berhubung kait dengan sifat-sifat
usahawan dalam menentukan hala tuju pelaksanaan pengurusan dalam
perniagaan IKS.

Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)


SADE 1013 Asas Keusahawanan 13

6.0 Kesimpulan

Di negara maju, Usahawan IKS Luar Bandar berupaya untuk


menghasilkan produk yang berkualiti dan dapat membantu industri besar
dalam memacu pembangunan ekonomi negara mereka. Justeru IKS Luar
Bandar di Malaysia dilihat dapat memberikan sumbangan dan impak yang
besar kepada rantaian ekonomi negara.

Namun program dan inisiatif serta pelan yang direncana untuk


semua Usahawan IKS terutama bagi kawasan luar bandar oleh Kerajaan
di bawah Program NBOS 7 atau di dalam MEB perlu dilaksanakan secara
efektif dan efisien. Berbekalkan inisiatif dan iltizam yang tinggi Usahawan
IKS Luar Bandar diharapkan dapat terus membantu pembangunan dan
perkembangan ekonomi negara yang mampan melalui bantuan dan
sokongan dalam sektor IKS Luar Bandar.

Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)


SADE 1013 Asas Keusahawanan 14

RUJUKAN

Mori Kogid, Kasim Mansur, Dullah Mulok & Wilson Akmadia. (2009). Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pinjaman Kewangan di Sabah: Satu
Analisis Empirikal (Small and Medium Industry (SME) and Financial
Assistance in Sabah: An Empirical Analysis). Prosiding PERKEM IV,
Jilid 2, 185-198.

Noresah Baharom et al. (Ed.). (2000). Kamus Dewan (edisi ke-5). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Suhaila Nadzri, Suhaily Md Shamsudin & Muhammad Firdaus Muhammad Sabri.


(n.d). Faktor-faktor Penyumbang kepada Kejayaan dan Kegagalan
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera di Malaysia.
Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Nor Azharuddin Shaharuddin (229322)


LAMPIRAN
PROSIDING PERKEM IV, JILID 2 (2009) 185-198
ISSN: 2231-962X

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) DAN PINJAMAN KEWANGAN


DI SABAH: SATU ANALISIS EMPIRIKAL
(SMALL AND MEDIUM INDUSTRY (SME) AND FINANCIAL ASSISTANCE IN SABAH: AN
EMPIRICAL ANALYSIS)

MORI KOGID, KASIM MANSUR, DULLAH MULOK & WILSON AKMADIA

ABSTRAK
Kemantapan ekonomi sesebuah negara dalam menghadapi cabaran arus pembangunan
banyak dipengaruhi oleh ketidaktentuan ekonomi global. Malah, keadaan ekonomi global
yang tidak menentu ini merupakan cabaran besar kepada daya saing pembangunan ekonomi
yang mampan. Industri kecil dan sederhana yang berperanan dalam memacu pembangunan
ekonomi negara misalnya banyak menerima kesan negatif ekoran ketidaktentuan
persekitaran ekonomi global ditambah dengan masalah kemudahan pembiayaan kewangan
(pinjaman kewangan) yang semakin meruncing. Idea di sebalik kajian ini adalah untuk
menganalisis hubungan di antara industri kecil dan sederhana dan kemudahan pembiayaan
kewangan secara empirikal dalam jangka pendek dan jangka panjang di negeri Sabah.
Pendekatan Engle-Granger diaplikasi dalam memodelkan dan menganalisis hubungan ini
dengan menggunakan data siri masa tahunan bermula dari tahun 1976 hingga 2005.
Walaupun pada dasarnya, kejayaan industri kecil dan sederhana banyak dikaitkan dengan
kemudahan pembiayaan kewangan sama ada dalam jangka pendek mahupun jangka
panjang, namun hasil kajian kami menunjukkan bahawa tidak wujud hubungan di antara
industri kecil dan sederhana dan kemudahan pembiayaan kewangan dalam kedua-dua
tempoh masa. Ini memberi kesimpulan bahawa mungkin kemudahan pembiayaan
kewangan bukanlah faktor yang terpenting dalam pembangunan industri kecil dan
sederhana tetapi lebih berperanaan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan industri ini.
Kata kunci: IKS; pinjaman kewangan; Engle-Granger; Sabah .

ABSTRACT

The resilient an economy in facing challenges is very much influenced by global economic
uncertainty. In fact, this uncertainty is the biggest challenge in the economic development
toward sustaining economic growth competitiveness. Small and medium industry which has
crucial role in spurring country’s economic growth for example, may receive negative
impact from global economic uncertainties as well as crucial financing. The idea behind
this study is to analyze relationships between small and medium industry and financing
facility in long and short run in Sabah. The Engle-Granger approach is applied in
modelling and analyzing this relationship using annual time series data from year 1976 to
2005. Even though in principal whether in the short or long run, the success of small and
medium industry is mostly linked to financing facilities the result of this study indicates that
there is no relationship in both periods. This brings to a conclusion that financing facilities
may not be the important factor in the growth of small and medium industry, but more as a
catalyst to the industry’s growth.

Keywords: SME, financing, Engle-Granger, Sabah

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM IV)


Memacu Pembangunan Ekonomi Dalam Ketidaktentuan Persekitaran Global
Kuantan, Pahang, 2-4 Jun 2009
186 Mori Kogid, Kasim Mansur, Dullah Mulok & Wilson Akmadia

1. Pengenalan
Kemantapan ekonomi sesebuah negara dalam menghadapi cabaran arus pembangunan banyak
dipengaruhi oleh ketidaktentuan ekonomi global. Malah, keadaan ekonomi global yang tidak
menentu ini merupakan cabaran besar kepada daya saing pembangunan ekonomi yang
mampan. Industri kecil dan sederhana yang berperanan dalam memacu pembangunan
ekonomi negara misalnya banyak menerima kesan negatif ekoran ketidaktentuan persekitaran
ekonomi global ditambah dengan masalah kemudahan pembiayaan kewangan (pinjaman
kewangan) yang semakin meruncing.
Penubuhan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (Bank SME) pada
tahun 2005 telah telah menggalakkan dan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan dan
perkembangan Sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia. Penubuhan Bank
SME adalah hasil daripada penyatuan semula Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia
Berhad (BPIMB) dan Bank Industri & Teknologi Malaysia Berhad (BITMB). Penubuhan
Bank SME dijangka mampu memberikan kesan besar yang positif kepada pertumbuhan
sektor perusahaan yang menjadi tulang belakang pembangunan ekonomi negara (Berita
Harian, Disember 2005).
Penubuhan Bank SME pada tahun 2005 telah merancakkan lagi perkembangan sektor
PKS dengan pengwujudan dana modal teroka RM1 bilion untuk memberikan suntikan modal
kepada syarikat PKS yang menunjukkan pertumbuhan kukuh dan mempunyai lebihan daya
saing. Kira-kira 600,000 syarikat PKS di seluruh negara terbabit dalam pelbagai bidang
seperti pertanian, pembuatan dan perkhidmatan (Berita Harian, Januari 2006; Bank Negara
Malaysia). Usaha menjadikan sektor PKS sebagai asas utama pertumbuhan perindustrian
negara akhirnya meletakkan sektor PKS merangkumi lebih daripada 96.1 peratus daripada
kegiatan perniagaan di Malaysia. Sehingga Ogos 2005, sektor PKS menyumbang 29.3 peratus
pengeluaran dengan pendapatan RM75.2 bilion bagi sektor perkilangan negara (Berita
Harian, Disember 2005).
Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pembangunan Perindustrian negeri Sabah,
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) telahpun menapak di Sabah sejak tahun 1978 lagi.
Bilangan firma IKS yang ada di Sabah pada masa itu hanya empat buah sahaja dan
mengalami peningkatan dari tahun ke tahun. Pada tahun 2005, berdasarkan sumber daripada
jabatan yang sama, terdapat sebanyak 576 buah firma IKS di Sabah.
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bukanlah satu industri yang baru muncul di
Malaysia. Industri ini telah mula berkembang di luar negara seperti Amerika Syarikat, Jepun,
Britain dan Korea Selatan. Sejak dahulu lagi sudah terdapat banyak kajian yang dibuat oleh
para penyelidik untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang pengertian IKS tidak kira
dalam Malaysia mahupun di luar Malaysia. Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat,
Britain dan Jepun memang mengambil berat tentang IKS kerana industri ini mampu memberi
sumbangan yang besar dalam Keluaran Dalam Negara Kasar sesebuah negara. Begitu juga di
Malaysia, kajian terus dilakukan untuk memajukan IKS agar industri ini dapat menyumbang
dalam ekonomi negara seperti menyediakan peluang perkerjaan kepada rakyat tempatan serta
menjadi nadi penggerak kepada industri bersaiz besar.
Kebanyakan kajian yang dibuat terhadap IKS adalah lebih tertumpu kepada cara
mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan, masalah mendapatkan pinjaman, kadar
faedah yang dikenakan oleh pihak bank, skim-skim yang disediakan oleh pihak kerajaan serta
beberapa maklumat yang diperlukan oleh pihak bank dalam proses pemberian pinjaman
kepada IKS. Walau bagaimanapun, fokus dalam kajian ini adalah lebih tertumpu kepada
menganalisis hubungan di antara industri kecil dan sederhana dan kemudahan pembiayaan
kewangan secara empirikal dalam jangka pendek dan jangka panjang di negeri Sabah.
IKS dan Pinjaman Kewangan 187

Penulisan dalam kajian ini melibatkan lima bahagian. Bahagian 2 menerangkan tentang
kajian lepas. Data dan metodologi dalam bahagian 3. Sementara hasil keputusan empirikal
dijelaskan dalam bahagian 4 dan seterusnya bahagian 5 adalah kesimpulan dan menutup
perbincangan.

2. Kajian Lepas
Setakat ini, terdapat banyak definisi yang merujuk kepada makna IKS. Satu kajian yang telah
dilakukan oleh Institut Teknologi Georgia di Amerika Syarikat misalnya mendapati terdapat
lebih kurang 55 definisi yang berlainan di 75 buah negara di dunia (Mohd Asri, 1997).
Jika berdasarkan laporan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),
industri kecil bermaksud seorang pengilang yang mempunyai modal berbayar tidak lebih
daripada RM0.5 juta atau mempunyai pekerja sepenuh masa tidak lebih daripada 50 orang.
Manakala industri sederhana pula bermaksud pemilikan aset antara RM0.5 juta hingga RM2.5
juta atau mempunyai pekerja antara 50 hingga 199 orang. Dengan ini, IKS didefinisikan
sebagai industri yang asetnya tidak melebihi RM2.5 juta atau bilangan pekerjanya tidak
melebihi 200 orang pekerja sepenuh masa (Mohd Asri, 1997).
Sementara, Perbadanan Jaminan Kredit pula mentakrifkan IKS sebagai industri yang
mana modal rizab berbayarnya tidak kurang daripada RM0.1 juta bagi Bumiputera manakala
untuk bukan Bumiputera pula tidak kurang daripada RM0.2 juta. Majlis Pembangunan
Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan memberikan definisinya tersendiri berkenaan
dengan IKS seperti dalam Jadual 1 dan Jadual 2 (Mohd Asri, 1997).

Jadual 1: Pendefinisian IKS Berdasarkan Jumlah Pekerja Sepenuh Masa

Saiz/Sektor Pertanian Asas Perkilangan dan Perkhidmatan Sektor Perkhidmatan


berkaitan Perkilangan (termasuk ICT)
Mikro Kurang daripada 5 orang Kurang daripada 5 Kurang daripada 5 orang
pekerja orang pekerja pekerja
Kecil Antara 5 hingga 19 orang Antara 5 hingga 50 Antara 5 hingga 19 orang
pekerja orang pekerja pekerja
Sederhana Antara 20 hingga 50 orang Antara 51 hingga 150 orang Antara 20 hingga 50 orang
pekerja pekerja pekerja

Jadual 2: Pendefinisian IKS Berdasarkan Jumlah Jualan Tahunan

Saiz/Sektor Pertanian Asas Perkilangan dan Perkhidmatan Sektor Perkhidmatan


berkaitan Perkilangan (termasuk ICT)
Mikro Kurang daripada RM0.2 juta Kurang daripada Kurang daripada RM0.2
RM0.25 juta juta

Kecil Antara RM0.2 juta hingga Antara RM0.25 juta Antara RM0.2 juta hingga
RM1 juta hingga RM10 juta RM1 juta

Sederhana Antara RM1 juta hingga Antara RM10 juta Antara RM1 juta hingga
RM5 juta hingga RM25 juta RM5 juta

Berdasarkan laporan Kesatuan Eropah, IKS ditakrifkan sebagai suatu perusahaan yang
mempunyai pekerja tidak melebihi 250 orang pekerja ataupun unjuran jualannya tidak
188 Mori Kogid, Kasim Mansur, Dullah Mulok & Wilson Akmadia

melebihi 40 juta Euro. Sebaliknya, Pentadbiran Perniagaan Kecil Amerika Syarikat pula
mentakrifkan IKS sebagai satu perusahaan yang mempunyai pekerja tidak melebihi 500 orang
ataupun unjuran jualannya tidak melebihi 5 juta Euro (Karmel, 2002).
Korea Selatan berdasarkan Akta Asas Industri Kecil dan Sederhana, Akta Kerjasama
Industri Kecil dan Sederhana dan Akta Bank Industri Sederhana mendefinisikan IKS
mengikut jumlah tenaga pekerja iaitu, tidak melebihi 300 orang pekerja bagi industri
pembuatan, perlombongan dan pengangkutan tidak melebihi 200 orang pekerja bagi industri
pembinaan (Hasnah & Rahmah, 1989). Dari segi harta pula, IKS ialah sebuah perusahaan
yang mempunyai jumlah hartanya tidak melebihi 500 juta won atau bersamaan dengan
USD676 000 pada ketika itu.
Sementara negara Jepun pula memberikan definisinya tersendiri terhadap IKS. Definisi
tentang IKS di negara tersebut telah digariskan dengan jelas dalam Undang-undang Asas
Industri Kecil dan Sederhana pada tahun 1973 iaitu IKS didefinisikan berdasarkan jumlah
pekerja dan nilai modal berbayarnya (Madeline & Faridah, 1989).
Menurut Mohd Asri (1997) yang membuat kajian mengenai masalah pinjaman IKS,
modal atau kredit merupakan antara masalah yang paling utama dihadapi oleh IKS. Masalah
ini bukan sahaja dihadapi oleh pengusaha-pengusaha Melayu tetapi juga di kalangan para
pengusaha Cina dan India. Berdasrkan kajian beliau terhadap 491 pengusaha IKS di
Semenanjung Malaysia pada tahun 1992, lebih kurang 71 peratus daripada jumlah tersebut
menghadapi masalah untuk mendapatkan sumber kewangan atau kredit daripada bank
perdagangan atau institusi-institusi kewangan lain. Selain itu, hasil kajian beliau juga
menunjukkan bahawa kurangnya modal atau kredit berlaku disebabkan oleh beberapa faktor.
Pertama, kurangnya tabung kewangan dan seterusnya modal dalam IKS disebabkan oleh
kadar pulangan dan untung yang rendah atau sedikit. Kedua, dalam kebanyakan kes, IKS juga
memberikan kemudahan kredit kepada pelanggan mereka. Pemberian kredit ini sudah tentu
mempengaruhi kedudukan tabungan dan mengurangkan modal pusingan mereka. Terdapat
juga kes-kes di mana yang pihak pengusaha IKS terpaksa menanggung kerugian apabila
pelanggan mereka tidak membayar balik kemudahan kredit atau pinjaman yang diberikan.
Walaupun terdapat pelbagai bentuk kemudahan kredit dan pinjaman yang disediakan
oleh bank-bank dan agensi kewangan yang lain, namun kesukaran mendapatkan kemudahan
kredit dan pinjaman oleh sebahagian besar IKS yang beroperasi di Malaysia adalah
disebabkan oleh masalah ketiadaan cagaran yang setara atau penjamin yang sesuai. Ini
menyebabkan permohonan mereka ditolak oleh pihak bank atau institusi kewangan. Selain
itu, tiadanya rekod perniagaan juga menjadi alasan kepada pihak bank untuk menolak
permohonan mereka. Perkara seumpama ini disebabkan oleh kebanyakan IKS tidak
mempunyai sistem pengurusan akaun yang teratur yang boleh dijadikan sebagai bukti dalam
membuat permohonan pinjaman.
Menurut Ishak dan Wook (1989) yang membuat kajian IKS di Malaysia, industri ini juga
menghadapi beberapa masalah terutamanya untuk mendapatkan pinjaman. Ini kerana
persaingan yang dihadapi daripada industri bersaiz besar. Hasil kajian beliau menunjukkan
bahawa kebanyakan IKS menghadapi masalah kewangan dan sukar untuk mendapat pinjaman
daripada bank perdagangan. Walaupun kemudahan pinjaman disediakan oleh beberapa agensi
kewangan tetapi kedudukan kewangan serta sosioekonomi yang rendah menyebabkan
kebanyakan pengusaha IKS tidak mampu membuat pinjaman kerana masalah pembayaran
balik dan kadar bunga. Disamping itu, institusi-institusi kewangan didapati lebih cenderung
memberikan pinjaman kepada firma-firma besar.
Mohd Khairuddin (2002) yang membuat kajian berkenaan dengan kesan skim jaminan
pinjaman ke atas IKS di Kedah dan Pulau Pinang menjelaskan bahawa penubuhan
IKS dan Pinjaman Kewangan 189

Perbadanan Jaminan Kredit (PJK) pada tahun 1972 adalah untuk menyediakan pinjaman yang
diberikan oleh bank-bank perdagangan kepada pengusaha IKS. Menurut beliau juga, salah
satu objektif besar PJK ialah untuk membantu IKS mendapatkan bantuan kewangan
terutamanya bagi IKS yang tiada ataupun kekurangan modal untuk menjalankan operasi
perniagaan mereka. Ini kerana PJK akan menyediakan beberapa skim pinjaman yang khusus
kepada IKS untuk mereka membuat pinjaman di bank perdagangan. Walaubagaimanapun,
hasil kajian beliau menunjukkan bahawa proses pinjaman melalui skim ini adalah tidak
menggalakkan dan kurang berjaya.
Mohd Nor (2003) dalam kajiannya mendapati wujud beberapa masalah di antara IKS dan
bank seperti masalah bersimetri, bencana moral (moral hazard) dan pemilihan sakal (adverse
selection)mendapati. Masalah bersimetri berlaku di mana pengurus IKS mempunyai banyak
maklumat terhadap kedudukan kewangan dan pandangan terhadap perniagaannya berbanding
pihak yang memberikan pinjaman iaitu bank. Biasanya dalam kes IKS, maklumat adalah
sukar untuk diperolehi dan pengusaha IKS juga tidak menyatakan secara kuantiti atau kualiti
yang sama berkenaan dengan maklumat kedudukan kewangan syarikat atau firma mereka
walaupun IKS tersebut adalah syarikat yang telah maju atas sebab keselamatan. Pengusaha
IKS juga berasa takut jika maklumat mereka terbongkar dan maklumat tersebut digunakan
untuk menentang mereka balik ataupun dikenali sebagai maklumat hentaman. Oleh sebab
inilah maka pihak bank berasa ragu-ragu untuk memberikan pinjaman kepada IKS kerana
pihak IKS tidak mampu untuk memberikan keterangan sebenar kepada pihak bank.
Selain itu, masalah bencana moral (moral hazard) semakin semakin meningkat di antara
pengusaha IKS dan pihak bank. Bencana moral ialah suatu keadaan di mana pengusaha IKS
membuat pinjaman, tetapi setelah mendapat pinjaman, pengusaha tersebut membuat
pelaburan dalam projek yang mempunyai risiko tinggi. Pandangan terhadap risiko akhlak ini
merupakan salah satu punca pengusaha IKS seringkali gagal mendapatkan pinjaman daripada
pihak bank. Masalah pemilihan sakal (adverse selection) pula berlaku di mana pihak bank
berhadapan dengan situasi sama ada perlu memberikan pinjaman kepada pengusaha IKS atau
sebaliknya. Ini kerana wujud perbezaan maklumat antara bank dan peminjam dan pada masa
yang sama berhadapan dengan masalah dalam pemilihan projek yang berisiko kerana
maklumat tidak sempurna.
Masalah-masalah di atas merupakan masalah yang sering dihadapi oleh pengusaha IKS
ketika membuat pinjaman. Ini adalah kerana pihak bank akan berhati-hati sebelum
meluluskan sebarang pinjaman yang dibuat oleh pengusaha IKS untuk mengelakkan sebarang
kemungkinan pengusaha IKS gagal membayar balik pinjaman yang dibuat.
Hasnah dan Rahmah (1989) yang telah membuat kajian tentang IKS di Korea Selatan
berkenaan perkembangan serta beberapa masalah yang dihadapi oleh industri tersebut
mendapati pihak kerajaan Korea Selatan memainkan peranan penting dalam membangunkan
IKS tempatan. Ini adalah kerana pihak kerajaan akan membuat saranan atau melalui undang-
undang bekerjasama dengan institusi kewangan seperti bank perdagangan untuk memberikan
kredit kepada IKS. Antara skim-skim yang disediakan oleh bank perdagangan ialah Pinjaman
Pengeluaran Bagi Industri Skel Kecil (Production Loans for Small Industries), Pinjaman
daripada Dana Harta Terpilih (Loans From Vested Property Funds) dan Pinjaman daripada
Dana Terkumpul (Loans From Counterpart Funds).
Sementara Ennew dan Binks (1996), dalam satu laporan kajian yang dibuat oleh Forum
Private Business (FPB) berdasarkan 6 101 responden di antara England dan Scotland cuba
mengkaji kesan perhubungan di antara bank dan IKS. Dalam kajian mereka, walaupun
Scotland dan England merupakan dua wilayah yang terletak dalam satu negara iaitu Britain
namun demikian terdapat perbezaan dalam IKS masing-masing. Hasil kajian mereka
190 Mori Kogid, Kasim Mansur, Dullah Mulok & Wilson Akmadia

mendapati bahawa 29 peratus firma mempunyai hasil pulangan yang kurang daripada 150 000
pound sterling setiap tahun (30% di England dan 25% di di Scotland).
Kajian mereka juga mendapati 17 peratus daripada responden mampu mendapat hasil
pulangan hampir 1 juta pound sterling dan hasil kajian mereka akan digunapakai untuk
mendefinisikan batas keuntungan di antara perusahaan kecil dan sederhana. Manakala dari
segi purata keuntungan, perbezaan IKS tidaklah begitu signifikan iaitu 16.77 peratus di
England dan 16.2 peratus di Scotland. Secara keseluruhan, purata keuntungan ialah 16.7
peratus dalam kajian ini dan ini adalah berbeza dengan kajian sebelum ini yang dijalankan
oleh kumpulan yang sama iaitu 18.2 peratus. Dalam kes ini, purata keuntungan bagi IKS di
kedua-dua tempat didapati telah menyusut. Namun demikian, penyusutan keuntungan firma
IKS di Scotland adalah kurang berbanding firma IKS di England. Merujuk kepada laporan
kajian mereka juga, lebih kurang 50 peratus hasil pulangan di England telah menurun
berbanding sekitar 36 peratus di Scotland. Sementara itu, lebih kurang 52 peratus firma IKS
di England adalah berpengalaman dalam pengurusan kewangan berbanding hanya 42 peratus
di Scotland.
Madeline dan Faridah (1989) pula membuat penyelidikan IKS di negara Jepun dan
mendapati pihak kerajaan Jepun turut membantu dalam memajukan IKS tempatan dengan
menyediakan beberapa kemudahan serta undang-undang untuk keperluan IKS.
Menurut mereka, terdapat tiga sumber utama yang memungkinkan IKS memperolehi
bantuan kewangan iaitu institusi-institusi kerajaan, swasta dan terdapat juga program
pembiayaan khas yang digelar sebagai program jaminan kredit dan insurans kredit. Tiga
institusi kewangan kerajaan yang utama ditubuhkan khas untuk membantu IKS adalah Small
Business Finance Corporation (SBFC), Peoples Finance Corporation (PFC), dan Central
Bank for Commercial and Industrial Coorperatives (CBCIC). Antara bantuan kewangan yang
diberikan oleh SFBC dan PFC termasuklah memberi dana untuk peralatan dan juga modal
untuk membangunkan IKS yang tidak mendapat sebarang bantuan daripada institusi-institusi
kewangan lain.
Bantuan pinjaman juga diberikan kepada sektor perusahaan kecil yang terlibat dalam
bidang perusahaan, pembinaan, pengangkutan, percetakan dan pemborongan. CBCIC yang
merupakan institusi pembiayaan IKS yang tertua memberikan bantuan dalam bentuk
perkhidmatan bagi menjalankan urusan bank untuk IKS yang menjadi ahli di samping
melibatkan diri dalam pembiayaan aset-aset perindustrian. Terdapat juga Bank Import-
Eksport Jepun dan Bank Pembangunan Jepun yang merupakan institusi kewangan kerajaan
yang secara tidak langsung terlibat dalam pemberian pinjaman kepada IKS. Institusi
kewangan yang lebih mewakili pihak kerajaan kurang memainkan peranan dalam
memberikan pinjaman kerana sumber ini hanya memenuhi 9.7 peratus daripada keperluan
kredit berbanding dengan 90.7 peratus oleh pihak swasta (Madeline dan Faridah, 1989).
Secara umumnya, institusi-institusi swasta yang memberikan bantuan kewangan kepada
IKS terbahagi kepada dua, iaitu bank dan institusi kewangan persendirian yang mengkhusus
dalam IKS. Bank terdiri daripada bank-bank perdagangan, bank tempatan, bank yang
memberi kredit jangka panjang dan juga bank amanah. Bank-bank ini merupakan institusi
kewangan yang terpenting dari segi memberi bantuan kewangan kerana didapati 47 peratus
daripada jumlah pinjaman kepada IKS datangnya daripada sumber ini. Seterusnya institusi
kewangan persendirian yang khusus untuk IKS terdiri daripada bank pinjaman dan tabungan
bersama (mutual loan and saving bank), kesatuan kredit dan koperasi kredit. Terdapat sedikit
persamaan di antara peranan institusi-institusi ini dengan bank, namun demikian, institusi ini
mengenakan syarat yang lebih ketat kepada peminjam dan biasanya pinjaman diberikan
keutamaan kepada IKS yang menjadi ahli (Madeline dan Faridah, 1989).
IKS dan Pinjaman Kewangan 191

Pada tahun 1975, dianggarkan nilai eksport langsung IKS bernilai ¥1,300 billion yen
atau 8 peratus daripada jumlah eksport keseluruhan. Jika sumbangannya terhadap industri
besar diambil kira, maka didapati IKS telah menyumbangkan sebanyak 40 peratus daripada
jumlah eksport. Di antara tahun 1970 dan 1981, penurunan telah berlaku dalam nilai
sumbangan eksport IKS kepada keseluruhan jumlah eksport dari 25.9 peratus ke 14.4 peratus
tetapi sumbangan eksport IKS secara tidak langsung dalam industri besar adalah sebanyak
16.5 peratus pada tahun 1981 (Madeline dan Faridah, 1989).
Menurut Harper (1984) yang membuat kajian tentang IKS memberikan fokus kajiannya
terhadap permasalahan, sumber kewangan, sistem pengurusan serta taktik pemasaran IKS.
Berkenaan dengan sumber kewangan IKS, ia melibatkan pelbagai pihak serta memberikan
banyak kesan kepada mereka yang terlibat dalam urusan pinjaman kewangan IKS. Misalnya
kesan kepada pihak bank yang akan bertindak sebagai pemberi pinjaman kepada firma IKS.
Pihak bank beroperasi untuk mendapatkan sebanyak mungkin untung melalui produk-produk
yang ditawarkannya kepada mereka yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan bank.
Aktiviti utama bank ialah memberikan pinjaman kepada mereka yang memerlukan modal
untuk memulakan sebuah perniagaan atau pembiayaan seperti rumah atau kenderaan. Dengan
ini, bank akan cuba mencari keuntungan dengan memberikan kadar faedah yang dirasakan
mampu memberikan nilai pulangan yang tinggi. Oleh itu, bank akan mengenakan kadar
faedah yang rendah atau khas kepada IKS atas saranan pihak bank pusat. Semua ini, berlaku
di kebanyakan negara iaitu bank pusat akan campurtangan untuk menetapkan kadar faedah
terhadap firma IKS apabila ingin mendapatkan sebarang pinjaman daripada pihak bank
tempatan.
IKS adalah satu industri yang perlahan operasinya kecuali bagi firma IKS yang telah
beroperasi lama dalam industri ini. Begitu juga dari segi jumlah keuntungan yang diperolehi
adalah kurang memuaskan, peluang untuk bertahan lama dalam industri adalah tipis kerana
persaingan dengan industri lain serta sistem pengurusan yang tidak sistematik berbanding
industri lain. Tindakan kerajaan yang mengenakan kadar faedah rendah kepada firma IKS
akan memberikan sinar harapan kepada industri kecil. Pengusaha IKS mungkin dapat
membayar nilai pinjaman yang agak kecil serta cepat melunaskan hutang mereka. Dengan ini,
firma IKS juga dapat meneruskan operasinya tanpa beban hutang serta jumlah perolehan
dapat dilaburkan semula dalam perniagaan untuk dijadikan modal pusingan. Justeru,
pengusaha IKS dapat berkembang serta dapat bertahan lama dalam dunia industri kecil dan
sederhana ini.
Pihak bank juga sudah tentu akan membuat kajian apabila berurusan dengan pengusaha
IKS yang ingin membuat pinjaman kerana bank akan berhati-hati dengan para pelanggannya
yang terdiri daripada kumpulan IKS yang mungkin melibatkan kos transaksi, taksiran
pinjaman, kebarangkalian untuk tidak dapat bayar balik pinjaman, masalah penjamin
termasuklah sistem pengurusan dan pengawalseliaan.

3. Data Dan Metodologi


Data bilangan firma Industri Kecil dan Sederhana (IKS) diperolehi daripada Jabatan
Pembangunan Perindustrian Sabah, sementara jumlah pinjaman (PJN) diperolehi daripada
buku Laporan Ekonomi Tahunan Bank Negara Malaysia. Data siri masa yang digunakan
adalah data tahunan bermula dari tahun 1976 hingga 2005. Kesemua pembolehubah yang
digunakan dalam kajian adalah dalam bentuk transformasi log iaitu LIKS = log(IKS) dan LL
= log(PJN).
Analisis hubungan dinamik jangka panjang dan jangka pendek dilakukan dengan
menggunakan pendekatan Engle-Granger (Engle & Granger, 1987). Walau bagaimanapun,
192 Mori Kogid, Kasim Mansur, Dullah Mulok & Wilson Akmadia

ujian kepegunan bagi mengesan kewujudan punca unit perlu dilakukan terlebih dahulu untuk
menentukan peringkat integrasi bagi setiap siri pembolehubah. Bagi menguji kewujudan
punca unit atau ujian kepegunan, kaedah ujian popular yang kebanyakan digunakan ialah
ujian Dickey-Fuller (DF) atau Augmented Dickey-Fuller (ADF) dan juga ujian Philip-Perron
(PP). Pemilihan panjang lat yang sesuai adalah berdasarkan Kriteria Maklumat Akaike (AIC).
Alternatif lain adalah menggunakan Kriteria Maklumat Schwartz (SIC), prosedur Box-
Jenkins, korelogram dan sebagainya.

3.1. Ujian punca unit


Kebanyakan data makroekonomi siri masa mengandungi punca unit yang disebabkan oleh
arah aliran yang berstokastik walaupun dalam sesetengah keadaan arah aliran adalah
mengikuti proses perjalanan rawak. Ujian punca unit adalah penting untuk memastikan
sesuatu data siri masa itu pegun ataupun tidak. Ini adalah kerana penganggar yang tidak
pegun dalam kebanyakan kajian empirikal menghasilkan keputusan yang tidak sah dan
memerlukan kaedah yang khusus untuk mengatasi masalah tersebut (termasuklah penggunaan
model autoregresi lat tertabur, ARDL).
Ujian punca unit dilakukan dengan menggunakan ujian Dickey-Fuller (DF) atau Dickey-
Fuller tambahan (ADF) dan ujian Philips-Perron (PP) seperti dalam persamaan (1), (2) dan
(4). Secara umumnya, kaedah-kaedah pengujian ini dapat ditunjukkan seperti berikut:

yt  0  yt 1   t (1)

di mana  adalah operasi pembezaan pertama,  t adalah ralat rawak pegun dan yt adalah
LIKS atau LPJN. Hipotesis nol bagi ujian ini ialah   0 . Jika hipotesis nol   0 tidak
dapat ditolak, maka set data bagi yt mengandungi punca unit (tidak pegun).
p
yt   0  yt 1    i yt  i 1   t (2)
i2
di mana p ialah peringkat autoregresif iaitu AR(p) yang sesuai dipilih berdasarkan nilai AIC
(Akaike Information Criterion) yang paling minimum. Hipotesis   0 akan ditolak jika 
adalah signifikan (negatif). Sementara pengukuran AIC dapat ditunjukkan seperti berikut:
 SSR 
AIC (q)  T ln    2q (3)
 T 
di mana T adalah saiz sampel, SSR adalah jumlah kuasa dua ralat atau sum of squared
residuals dan q adalah bilangan parameter yang bersamaan dengan n + 3.

yt    yt 1   t (4)

Ujian PP adalah berdasarkan persamaan (4) yang mengikuti proses AR(1). Sementara
ADF memperbaiki korelasi bersiri peringkat yang lebih tinggi dengan menambahkan bilangan
lat pembolehubah terbeza, ujian PP pula memperbaiki t-statistik terhadap pekali  daripada
regresi AR(1) dalam persamaan (2) untuk menghitung korelasi bersiri di dalam  . Jadi dapat
diperhatikan bahawa, ujian statistik Philips-Perron merupakan ubahsuai ke atas t-statistik
Dickey-Fuller dengan mengurangkan kekangan semulajadi terhadap proses ralat.

3.2. Ujian kointegrasi


Selepas ditentukan peringkat integrasi bagi pembolehubah-pembolehubah yang terlibat, ujian
kointegrasi boleh dilakukan untuk menguji kewujudan kointegrasi antara LIKS dan LPJN
IKS dan Pinjaman Kewangan 193

dengan menggunakan kaedah kointegrasi Engle-Granger. Menurut Engle dan Granger (1987),
selepas dilakukan pengujian punca unit, maka adalah perlu dilakukan ujian kointegrasi untuk
mendapatkan peringkat vektor kointegrasi yang boleh meminimakan ralat jangkaan akhir.
Oleh itu, untuk menyokong hipotesis bahawa LIKS dan LIKS adalah berkointegrasi, vektor
kointegrasi tersebut mestilah pada peringkat 1.
Kaedah ujian kointegrasi oleh Engle-Granger dapat ditunjukkan seperti berikut:

LIKSt  0  1LPJNt  et (5)

Persamaan (5) dianggarkan dengan menggunakan OLS dan diperolehi anggaran bagi
ralat êt untuk digunakan bagi menganggar persamaan (6) dan lakukan ujian DF ke atas ralat
tersebut:

eˆt  a1eˆt 1   t (6)

Berdasarkan persamaan (6), jika hipotesis nol, a1  0 tidak dapat ditolak, maka dapat
disimpulkan bahawa siri ralat mengandungi punca unit dan tidak pegun. Ini menerangkan
bahawa pembolehubah LIKS dan LPJN adalah tidak berkointegrasi. Setelah dilakukan
ujian diagnostik ke atas ralat dalam persamaan (6) dan jika didapati bahawa siri  t
menunjukan kehadiran korelasi bersiri, maka ujian ADF boleh digunakan seperti dalam
persamaan (7). Jika –2 < a1 < 0, maka dapat disimpulkan bahawa set ralat adalah pegun dan
LIKS dan LPJN boleh berkointegrasi pada CI (1, 1).
n
eˆt  a1eˆt 1   ai 1eˆt i   t (7)
i 1

3.3. Model pembetulan ralat


Langkah terakhir dalam kajian ini adalah aplikasi model pembetulan ralat dalam memodelkan
hubungan dinamik jangka pendek antara LIKS dan LPJN . Gambaran utama bagi
pembolehubah berkointegrasi ialah laluan masa yang dipengaruhi oleh tambahan terhadap
sebarang sisihan daripada keseimbangan jangka panjang. Jika sistem itu kembali kepada
keseimbangan jangka panjang, pergerakan sekurang-kurangnya beberapa pembolehubah
mesti bertindakbalas terhadap magnitud ketidakseimbangan ini. Model dinamik yang
ditunjukkan oleh kajian ini adalah salah satu daripada pembetulan ralat. Dalam model
pembetulan ralat, pembolehubah dinamik jangka pendek di dalam sistem adalah dipengaruhi
oleh sisihan daripada keseimbangan itu.
Secara umumnya, pembolehubah-pembolehubah siri masa yang tidak pegun seharusnya
tidak digunakan dalam model regresi untuk mengelakkan masalah regresi palsu. Terdapat
beberapa pengecualian bagi kes ini di mana jika LIKSt dan LPJNt adalah pembolehubah-
pembolehubah tidak pegun I(1), kita jangkakan bahawa pada peringkat pembezaan atau
sebarang kombinasi linear di antara pembolehubah-pembolehubah tersebut misalnya et =
LIKSt – α0 – α1LPJNt juga akan berintegrasi pada I(1). Namun demikian, terdapat kes yang
lebih penting di mana et = yt – α0 – α1xt merupakan proses pegun I(0). Dalam kes ini, LIKSt
dan LPJNt dikatakan berkointegrasi. Berdasarkan ujian kointegrasi, jika kedua-dua LIKS
dan LPJN berkointegrasi, maka vektor kointegrasi tersebut perlu digunakan sebagai elemen
pembetulan ralat dalam memodelkan hubungan jangka pendek.
n n
LIKSt   0  1i LIKSt i   2i LPJNt i  ut (8)
i 1 i 1
194 Mori Kogid, Kasim Mansur, Dullah Mulok & Wilson Akmadia
n n
LPJNt  0   1i LIKSt i    2 j LPJNt i  vt (9)
i 1 i 1
Secara umumnya, dalam kes di mana LIKS dan LPJN adalah pembolehubah-
pembolehubah pegun I(0), persamaan (8) dan (9) boleh dianggar menggunakan kaedah kuasa
dua terkecil biasa. Walaubagaimanapun, jika LIKS dan LPJN adalah pembolehubah-
pembolehubah tidak pegun I(1) dan tidak berkointegrasi, persamaan (10) dan (11) dalam
bentuk pembezaan pertama boleh digunakan. Sementara persamaan (12) dan (13) boleh
digunakan dalam kes di mana LIKS dan LPJN adalah I(1) dan berkointegrasi.
n n
LIKSt   0  1i LIKSt i   2i LPJNt i  ut (10)
i 1 i 1
n n
LPJNt  0   1i LIKSt i    2 j LPJNt i  vt (11)
i 1 i 1
ut dan vt adalah ralat stokastik. n adalah panjang lat yang dipilih berdasarkan AIC. LPJN
adalah penyebab Granger kepada LIKS jika dan hanya jika jumlah  2i dalam persamaan (10)
adalah signifikan dan jumlah 1i dalam persamaan (11) adalah tidak signifikan. Sebaliknya,
LIKS adalah penyebab kepada LPJN jika jumlah  2i dalam persamaan (10) tidak signifikan
dan jumlah 1i dalam persamaan (11) adalah signifikan. Jika kedua-dua jumlah  2i dan 1i
signifikan, maka wujud hubungan penyebab Granger dua hala di antara LIKS dan LPJN.
Sementara itu, jika kita andaikan semua pembolehubah adalah I(1), dalam kes di mana
LIKS dan LPJN adalah berkointegrasi, persamaan berikut diguna pakai:
n n
LIKSt   0  1i LIKSt i   2i LPJNt  j  3 zt 1  ut (12)
i 1 i 1
n n
LPJNt  0   1i LIKSt i    2i LPJNt i  3 zt 1  vt (13)
i 1 i 1
di mana zt 1 adalah pembetulan ralat atau vektor kointegrasi yang diperolehi daripada ujian
kointegrasi. LPJN adalah penyebab kepada LIKS jika jumlah a2i atau  3 dalam persamaan
(12) adalah signifikan tanpa menghiraukan 1i dan  3 . Sebaliknya, LIKS merupakan
penyebab kepada LPJN jika  3 atau jumlah 1i dalam persamaan (13) adalah signifikan
tanpa menghiraukan a2i atau  3 . Wujud hubungan penyebab dua hala di antara LIKS dan
LPJN jika kedua-dua jumlah  2i atau  3 dan jumlah 1i atau  3 adalah signifikan.
Koefisien α3 dan β3 dipanggil sebagai koefisien pembetulan ralat disebabkan kedua-dua
koefisien ini menunjukkan berapa banyak perubahan dalam LIKS dan LPJN bertindakbalas
kepada ralat kointegrasi iaitu LIKSt-1 – α0 – α1LPJNt-1 = zt-1 atau LIKSt-1 – β0 – β1LPJNt-1 = zt-1.
Rasionalnya adalah kerana ralat tersebut akan membawa kepada pembetulan disebabkan oleh
syarat-syarat yang dikenakan ke atas α3 dan β3 untuk memastikan syarat kestabilan dipenuhi
iaitu (-1 < α3 ≤ 0) dan (0 ≤ β3 < 1). Sebagai contoh, ralat positif, zt-1 > 0 wujud adalah
disebabkan oleh LIKSt-1 > (α0 + α1LPJNt-1). Nilai koefisien pembetulan ralat yang negatif (α3)
dalam persamaan pertama iaitu persamaan (12) adalah untuk memastikan kejatuhan dalam
perubahan LIKSt (ΔLIKSt), sementara koefisien pembetulan ralat yang positif (β3) dalam
persamaan yang kedua iaitu persamaan (13) adalah untuk memastikan peningkatan dalam
perubahan LPJNt (ΔLPJNt). Nilai kedua-dua koefisien pembetulan ralat kurang daripada 1
dalam nilai mutlak adalah untuk memastikan bahawa sistem persamaan tersebut stabil.
IKS dan Pinjaman Kewangan 195

4. Analisis Keputusan Empirikal


Pengujian punca unit adalah berdasarkan ADF. Hasil keputusan ujian punca unit seperti
dalam Jadual 3 menunjukkan bahawa kedua-dua siri pembolehubah adalah tidak pegun
peringkat aras. Ini bermakna, kedua-dua pembolehubah adalah pegun dan boleh berintegrasi
pada peringkat pembezaan pertama, I(1). Oleh kerana terdapat siri pembolehubah yang
menunjukkan sifat kewujudan trend seperti dalam Rajah 1, maka andaian pemalar dan trend
yang digunakan dalam ujian punca unit dimasukkan dalam persamaan (2).

Jadual 3: Ujian Punca Unit (Augmented Dickey-Fuller, ADF)

Andaian: Pemalar Dengan Trend


Pembolehubah Aras Pembezaan Pertama
LIKS -2.83197 -4.35668*
LPJN -2.59043 -4.18916*
Nota: *(**) adalah signifikan pada aras 5%(1%). Panjang lat yang optima dipilih berdasarkan AIC.

4500
4000
3500
Unit / RM Juta

3000
2500
2000
1500
1000
500
0
1976 1980 1984 1988 1992 1996 2000 2004
Tahun

LIKS LPJN

Rajah 1: Trend Bagi Pembolehubah IKS dan PJN

Ujian kointegrasi adalah berdasarkan pendekatan dua peringkat Engle-Granger.


Peringkat pertama adalah dengan melakukan analisis regresi ke atas persamaan 5 hingga
persamaan 7 (sama ada menggunakan persamaan 6 ataupun persamaan 7 bergantung kepada
andaian kewujudan autokorelasi atau korelasi bersiri dalam siri ralat) dan peringkat kedua
adalah melakukan penganggaran atau analisis regresi ke atas model pembetulan ralat (dalam
kajian ini, persamaan (10) dan persamaan (11) diguna pakai). Hasil keputusan ujian
kointegrasi adalah seperti berikut:

eˆt  0.56934eˆt 1  0.18096eˆt 1 (14)

(tau) (-2.28003) (-0.89843)

Nilai kritikal bagi ujian kointegrasi berdasarkan Engle dan Granger pada 5% adalah -
3.17 seperti dalam Jadual 4.

Jadual 4: Nilai Kritikal Bagi Ujian Kointegrasi Engle-Granger


196 Mori Kogid, Kasim Mansur, Dullah Mulok & Wilson Akmadia

(Hipotesis Nol: Tiada Kointegrasi)

0.01 @ 1% 0.05 @ 5% 0.10 @ 10%


Tanpa Lat -4.07 -3.37 -3.03
Dengan Lat -3.73 -3.17 -2.91
Sumber: Enders (1995).

Walaupun nilai koefisien bagi eˆt 1 iaitu 2  0.569  0 , tetapi tidak signifikan di
mana nilai tau mutlak bagi koefisien eˆt 1 kurang daripada nilai kritikal iaitu 2.28  3.17 .
Ujian ini menyimpulkan bahawa kedua-dua pembolehubah IKS dan PJN tidak berkointegrasi
dalam jangka panjang. Ini membawa maksud bahawa tidak wujud hubungan keseimbangan
jangka panjang di antara IKS dan PJN.
Oleh itu, analisis ke atas model pembetulan ralat seperti persamaan (12) dan persamaan
(13) tidak sesuai digunakan kerana tidak wujud vektor kointegrasi di antara IKS dan PJN.
Sebaliknya, persamaan (10) dan persamaan (11) dalam bentuk pembezaan pertama digunakan
tanpa elemen pembetulan ralat untuk menganalisis hubungan dinamik jangka pendek antara
IKS dan PJN. Hasil keputusan ujian ditunjukkan dalam Jadual 5. Namun demikian, hasil ujian
dalam kajian ini juga gagal menunjukkan kewujudan hubungan jangka pendek di antara IKS
dan PJN.

Jadual 5: Model Pembetulan Ralat

ΔLIKS ΔLPJN
0.01182 0.04522
C
(0.01181) (2.39999)
ΔLIKSt-1 -0.47525 -0.01170
(-2.60252) (-0.34022)
ΔLPJNt-1 0.04985 0.51486
(0.15903) (8.72260)
R2 0.22871 0.76985
Nisbah Kebolehjadian Log -12.19949 38.46714
AIC 1.16919 -2.17029
Statistik-F Granger 0.02529 0.11575
LM 0.00009 0.09079
Nota: *(**) signifikan pada 5%(1%). Nilai dalam kurungan ialah t-statistik. F adalah statistik-F Granger dan LM =
Pengganda Lagrange Breusch-Godfrey untuk ujian korelasi bersiri berdasarkan lag yang dipilih menggunakan
AIC.

5. Kesimpulan
Industri kecil dan sederhana yang berperanan dalam memacu pembangunan ekonomi negara
misalnya banyak menerima kesan negatif ekoran ketidaktentuan persekitaran ekonomi global
ditambah dengan masalah kemudahan pembiayaan kewangan (pinjaman kewangan) yang
semakin meruncing. Kesukaran mendapatkan kemudahan kewangan kerapkali menjadi
tembok penghalang kepada kebanyakan usahawan kecil khususnya ketika memulakan
perniagaan. Proses kelulusan yang lambat, syarat-syarat pinjaman yang terlalu ketat
khususnya melibatkan penjamin dan sebagainya merupakan antara faktor yang boleh
IKS dan Pinjaman Kewangan 197

membantutkan pertumbuhan dan perkembangan industri kecil dan sederhana. Persoalannya di


sini, adakah pembiayaan kewangan atau pinjaman kewangan merupakan faktor terpenting
dalam pertumbuhan industri kecil dan sederhana?
Hasil kajian kami mendapati bahawa walaupun pada dasarnya, kejayaan industri kecil
dan sederhana banyak dikaitkan dengan kemudahan pembiayaan kewangan sama ada dalam
jangka pendek mahupun jangka panjang, namun ini tidak bermakna bahawa kemudahan
pembiayaan kewangan merupakan faktor yang terpenting dalam pembangunan industri kecil
dan sederhana. Malah, ia mungkin lebih berperanaan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan
industri ini khususnya di negeri Sabah. Tanpa kemudahan pinjaman kewangan, terdapat
usahawan-usahawan kecil yang masih mampu memulakan perniagaan. Sumber modal
mungkin diperolehi hasil daripada simpanan atau tabungan yang dibuat sendiri selepas sekian
lama bekerja dengan orang lain, sumber pinjaman daripada rakan-rakan, keluarga dan
sebagainya. Namun dengan kewujudan kemudahan pinjaman kewangan daripada institusi-
institusi kewangan dan perbankan misalnya, tidak dapat dinafikan bahawa pertumbuhan dan
perkembangan industri ini sudah tentu akan menjadi lebih cepat dan pesat. Peranan
kemudahan pinjaman kewangan ini sebagai faktor pemangkin mungkin lebih tepat
digunapakai memandangkan kepentingannya sebagai pergerak pantas kepada industri kecil
dan sederhana ini.

Rujukan
Bank Negara Malaysia. 1999. Bank Negara Malaysia dan Sistem Kewangan Di Malaysia Perubahan Sedekad.
Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.
Barrow, C. 1993. The Essence of Small Business. Hertfordshire (UK): Prentice Hall.
D.J Storrey. 1994. Understanding The Small Business Sector. London: Routledge
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Enders, W. 1995. Applied econometric time series. New York: John Wiley & Sons, Inc.
Engle, R. F. and Granger, C. W. J. 1987. Co-integration and error correction representation, estimation and testing.
Econometrica, 55(2): 251-276.
Ennew, C.T dan Binks, M. R. 1996. Bank and Small Businesses. An Anglo-Sottish Comparison. Small Firm
Formation and Regional Economic Development. 5. 81-98
Europe and USA. New York: Routledge.
Harper, M. 1984. Small Businessin the Third World. Avon (Great Britain): John Wiley and Sons Limited.
Hasnah Ali dan Rahmah Ismail. 1989. Industri Skel Kecil di Korea Selatan. Industri-industri Kecil. 6. 198-230
Hubrich, K., Lutkepohl, H. and Saikkonen, P. 2001. A review of systems cointegration tests. Econometrics
Reviews, 20(3): 247-318.
IMF. 1980. International Financial Statistics Yearbook.
IMF. 1990. International Financial Statistics Yearbook.
IMF. 2001. International Financial Statistics Yearbook.
Ishak Shari dan Wook Endut. 1989. Industri Kecil di Malaysia: Perkembangan, Struktur dan Permasalahannya.
Industri-industri Kecil. 1. 1-47
Ishak Shari. 1989. Industri Kecil di Malaysia, Perkembangan Struktur di Malaysia. Kuala Lumpur: AMK
Interaksi Sdn Bhd.
Jeffrry G. Kitingan. 1988. Sabah 25 Years Later 1963-1988. Kota Kinabalu: Institut Kajian Pembangunan Sabah.
Johnson Pang. 1991. Pengurusan Bank di Malaysia. Petaling Jaya: Longman.
Karmel, S.M. 2002. A Comparison of Small and Medium Sized Enterprise in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Laporan Ekonomi Tahunan. Bank Negara Malaysia. Pada http.//www.bnm.gov.my.
Madeline Berma dan Faridah Shahadan. 1989. Industri Bersaiz Kecil dan Sederhana di Jepun. Industri-industri
Kecil. 6. 237-265.
Mohd Asri Hj Abdullah. 1997. Industri Kecil di Malaysia, Pembangunan dan Masa Depan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Khairuddin Hashim. 2002. Small and Medium Sized Enterprise in Malaysia.
198 Mori Kogid, Kasim Mansur, Dullah Mulok & Wilson Akmadia

Mohd Nor Mohd Sharif. 2003. An Evalution of A Government Lacked Loan Scheme in Malaysia. Sintok:
Universiti Utara Malaysia.
Mohd Rosli Mohammad. 2003. Industri kecil dan Sederhana. Landasan Pembangunan Usawahan. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Mohd Sani Md Said. 2005. CGC Jadi Penghubung Antara Bank Dengan PKS. Majalah Ekonomi, November: 16-
17.
Mutazar Abd Ghani dan Zainab Modh Yatim. 2006. SME Bank Lulus Pinjaman RM335J. Berita Harian, 28
Januari.
Ng, S. and Perron, P. 2001. Lag length selection and the construction of unit root test with good size and power.
Econometrica, 69(6): 1519-1554.
Nor Liza Ahmad. 2005. Pertumbuhan PKS Rancak. Berita Harian, 28 Disember.
Othman Yong. 1993. Pasaran dan Industri Kewangan di Malaysia. Kuala Lumpur.
Philips, P. C. B. 1987. Time series regression with a unit root. Econometrica, 55(2): 277-301.
Rosli Mahmood. 1983. Undang-undang dan Amalan Urusan Bank. Shah Alam: ITM.
Shamsuddin Ismail. 2002. Pengurusan Bank Perdagangan di Malaysia Jilid 1. Sintok: Universiti Utara Malaysia
Press.
SME Bank Pendekkan Tempoh Pemprosesan. 2006. Berita Harian, 18 Mei.
Weber, C. E. 2001. Alternative lag length selection criteria and the split-trend stationarity hypothesis. Applied
Economics, 33: 237-247.
FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN DAN KEGAGALAN
PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) BUMIPUTERA DI MALAYSIA

Suhaila Nadzri, Suhaily Md Shamsudin, Muhammad Firdaus Muhammad Sabri


Fakulti Pengurusan dan Muamalah
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Suhaila.nadzri@kuis.edu.my, suhaily@kuis.edu.my, firdaussabri@kuis.edu.my

ABSTRAK
Objektif kertas kerja konseptual ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang menyumbang
kepada kejayaan dan kegagalan usahawan dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di
Malaysia. Melihat kepada senario semasa, PKS adalah penting bagi pembangunan mana-mana
negara kerana ia membantu pertumbuhan ekonomi dan pewujudan peluang pekerjaan kepada
masyarakat bandar dan luar bandar. Dapatan kajian mendapati terdapat dua faktor utama iaitu
faktor dalaman dan faktor luaran yang mempengaruhi kejayaan atau kegagalan Perniagaan
Kecil dan Sederhana di Malaysia. Faktor dalaman ini meliputi faktor ciri-ciri keusahawanan
dan orientasi keusahawanan serta pegangan atau ketaatan kepada agama. Manakala faktor-
faktor luaran pula meliputi kemahiran pengurusan, pengalaman pengurusan dan industri,
perancangan dan keadaan ekonomi, hubungan sosial, jaringan dan pemasaran serta bantuan
dan sokongan kerajaan. Selain itu, kertas kerja ini juga mencadangkan satu kerangka kajian
yang boleh digunapakai oleh penyelidik pada masa depan dalam mengkaji faktor-faktor yang
menyumbang kepada kejayaan dan kegagalan Perniagaan Kecil dan Sederhana.
Kata Kunci : Perusahaan Kecil dan Sederhana, Bumiputera, Faktor Kejayaan, Faktor
Kegagalan

ABSTRACT
The objective of this conceptual paper is to examine the factors that contribute to the success and
failure of entrepreneurs in small and medium enterprises (SMEs) in Malaysia. Recently, SMEs
are important for the development of any country as they contribute to economic growth and job
creation in the urban and rural areas. The results revealed there are two factors consist of
internal factors and external factors affecting the success or failure of SMEs in Malaysia. These
Internal factors consist of the entrepreneurial traits and entrepreneurial orientation and also to
the obedience towards Islam. While, external factors consist of management skills, management
experience and industry, planning and economic conditions, social relationships, networks and
marketing as well as assistance and government support. Moreover, this paper proposes a
conceptual framework for future research in studying the factors that contribute to the success
and failure of SMEs.
Keywords: Small and Medium Enterprises (SMEs), Bumiputera, Success Factor, Failure Factor
______________________________________________________________________________

PENGENALAN
191
Di Malaysia kerajaan di pelbagai peringkat memainkan peranan yang penting dalam menarik
minat masyarakat terutamanya bumiputera di negara ini untuk menceburi bidang Perusahaan
Kecil dan Sederhana (PKS). Ini memandangkan bidang ini memberikan sumbangan yang besar
kepada pendapatan Negara. Menurut Laporan Tahunan PKS 2012/13 oleh Majlis PKS
Kebangsaan, sumbangan PKS kepada Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) keseluruhan
mengikut aktiviti ekonomi utama telah meningkat daripada 32.5 peratus pada tahun 2011
kepada 32.7 peratus pada tahun 2012. Malah menurut laporan ini lagi guna tenaga dalam sektor
ini juga telah bertambah daripada 4,100,952 pada tahun 2009 kepada 4,854,142 pada tahun
2012 (Laman web rasmi SME Corp). Malah, menurut Rosli Mahmod et al.. (2008) usahawan
bukan sahaja mencipta perniagaan baru malahan meningkatkan peluang pekerjaan yang
menjurus kepada sumber penciptaan penemuaan terbaru, teknologi baru dan inovasi. Negara
turut memperolehi keuntungan berlipat ganda dari sektor keusahawanan. Selain keuntungan
ekonomi, faedah lain turut dirasai oleh masyarakat dari segi taraf kehidupan, tanggungjawab
sosial dan pengukuhan industri.
Dalam usaha membangunkan usahawan bumiputera, terdapat beberapa badan yang
bertanggungjawab dalam pembangunan usahawan dan bakal-bakal usahawan di Malaysia iaitu
Tabung Ekonomi Usaha Niaga (TEKUN), Majlis Amanah Rakyat (MARA), UDA Holdings
Bhd, Bank Pembangunan, SME Bank, Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Bank Rakyat,
Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK), Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) dan Syarikat
Pembangunan Ekonomi Negeri (SEDCs) (Yahya Ibrahim 2014).
Dilihat daripada sudut permasalahan pula, menurut Khairunnisa Mardzuki, Zaimah
Darawi, Mohd Radzuan Rahid (2012) masyarakat Melayu sering dianggap tersisih dan jauh
ketinggalan di belakang dalam semua aspek berbanding dengan golongan lain. Oleh itu,
golongan Melayu kini perlu mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan dan transformasi
yang drastik dari semua aspek khususnya dari segi pemikiran dan mentaliti untuk menceburi
bidang keusahawanan bagi meningkatkan kekuatan dan kemantapan ekonomi untuk bersaing
secara sihat dengan bangsa lain dan tidak terus ketinggalan dalam perjalanan negara menuju
negara berpendapatan tinggi. Menurut Thuaibaih@Suaibah Abu Bakar et al (2007) kebanyakan
kajian dan temubual yang dijalankan ke atas usahawan yang telah berjaya dalam perniagaan
menunjukkan bahawa mereka ini pernah mengalami kegagalan dalam perniagaan sekurang-
kurangnya sekali, sebelum bangkit semula dalam perniagaan masing-masing. Di sebalik
pelbagai permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh usahawan Melayu, terdapat juga dalam
kalangan mereka ini yang mampu bertahan dan telah mencapai kejayaan selaras dengan
matlamat dasar pembangunan negara yang ingin meningkatkan jumlah usahawan Melayu. Oleh
yang demikian kertas kerja konseptual ini akan membincangkan faktor-faktor yang
menyumbang kepada kejayaan dan kegagalan PKS Bumipuetera di Malaysia.

Definisi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)


PKS mempunyai pelbagai definisi mengikut peranan, fungsi dan organisasi yang berkaitan.
Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan yang ke-14 pada Oktober 2013 (SME Corp.
Malaysia, 2014) telah memberikan definisi baharu untuk PKS yang terpakai bermula 1 Januari
2014 seperti berikut:

Pembuatan: Jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta atau bilangan pekerja sepenuh
masa tidak melebihi 200 orang.
Perkhidmatan dan lain sektor: Jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta atau bilangan
pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang.
192
Sesebuah perniagaan diklasifikasikan sebagai PKS jika memenuhi salah satu daripada dua
kriteria kelayakan iaitu jualan tahunan atau bilangan pekerja sepenuh masa, mana-mana yang
rendah. Manakala definisi berdasarkan saiz operasi pula adalah seperti berikut:

Perusahaan mikro merentasi semua sektor: jualan tahunan kurang daripada RM300,000
atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang.
Jadual 1 merumuskan definisi untuk kategori kecil dan sederhana berdasarkan sektor
masing-masing.

JADUAL 1: Definisi berdasarkan saiz operasi


Kategori Kecil Sederhana
Pembuatan Jualan tahunan daripada Jualan tahunan daripada
RM300,000 hingga kurang RM15 juta hingga tidak
daripada RM15 juta atau melebihi RM50 juta atau
daripada 5 hingga kurang daripada 75 hingga tidak
daripada 75 pekerja. melebihi 200 pekerja.
Perkhidmatan dan Sektor Jualan tahunan daripada Jualan tahunan daripada
Lain RM300,000 hingga kurang RM3 juta hingga tidak
daripada RM3 juta atau melebihi RM20 juta atau
daripada 5 hingga kurang daripada 30 hingga tidak
daripada 30 pekerja. melebihi 75 pekerja.

Jika sesebuah perniagaan memenuhi salah satu kriteria merentasi saiz operasi yang
berbeza, maka saiz yang lebih kecil akan diguna pakai. Sebagai contoh, jika jualan
tahunan sesebuah firma berada di abwah kategori perusahaan mikro tetapi bilangan
pekerja terletak di bawah kategori perusahaan kecil, perniagaan tersebut akan
diklasifikasikan sebagai perusahaan mikro.
Definisi piawai bagi PKS ini digunapakai oleh semua agensi kerajaan bagi memudahkan
pengenalan PKS dalam semua sektor. Piawai ini juga membantu penyeliaan prestasi dan
sumbangan Perniagaan Kecil dan Sederhana yang lebih baik terhadap ekonomi Negara (Mohd
Nor Hakimin Yusoff, Mohd Rafi Yaacob 2010)

SOROTAN KAJIAN
Daripada sorotan kajian di dapati terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kejayaan
dan kegagalan PKS di Malaysia seperti berikut:

Kemahiran Pengurusan, Pengalaman pengurusan dan industri, Perancangan dan Keadaan


Ekonomi
Dapatan kajian yang dilakukan oleh Mohd Hassan Bin Mohd. Osman (2007) mendapati dua
daripada tiga faktor kejayaan kritikal yang utama bagi usahawan TEKUN ialah kemahiran
pengurusan dan pengkhususan di dalam membuat kerja Ini selaras dengan dapatan kajian oleh
Nurul Huda Che Abdullah & Ramlee Mustapha (2009) yang mendapati amalan pengurusan
perniagaan daripada persepsi usahawan tani Bumiputera yang berjaya adalah berada pada tahap
yang tinggi. Walaupun bergitu hasil temubual mendapati usahawan tani yang dikaji mengakui
bahawa amalan pengurusan pemasaran mereka masih di tahap yang lemah manakala hasil
pemerhatian pula menunjukan amalan pengurusan kewangan responden masih ditahap tidak
memuaskan. Daripada dapatan kajian yang dilakukan oleh Azmi Abdul Manaf, Nik hairi Omar
& Lee Kuan Yee (2012) terdapat empat faktor yang dianggap kritikal kepada kejayaan usahawan
193
(wanita dan lelaki) iaitu kemahiran perancangan, keadaan ekonomi, pengalaman industri dan
pengalaman pengurusan. Ini juga selari dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Buerah
Tunggak, Hussin Salamon dan Baharin (2011) yang mendapati aspek pengetahuan dan
kemahiran pengurusan keusahawanan merupakan kelemahan utama usahawan bumiputera PKS.
Malah pengurusan kewangan yang tidak baik menyebabkan terdapat dalam kalangan usahawan
bumiputera PKS ini tidak dapat memisahkan antara pemilikan peribadi dengan entiti perniagaan
sehingga sanggup mengeluarkan dan menggunakan wang tunai dan barang niaga untuk
kegunaaan diri sendiri dan keluarga tanpa membuat sebarang catatan.

Ciri-ciri keusahawanan dan orientasi keusahawanan (EO) yang dimiliki


Menurut Norita Deraman, Nizamuddin, Oemar Hamdan (2005) keseluruhannya usahawan
mempunyai ciri lokus kawalan dalaman yang tinggi. Mereka merupakan individu yang percaya
bahawa merekalah sebenarnya yang mengawal apa yang berlaku kepada diri mereka, bukannya
nasib, peluang atau takdir. Mereka sendiri yang menentukan jatuh bangun perniagaan mereka
samada gagal atau berjaya. Penemuan ini menolak dakwaan bahawa usahawan melayu
mempunyai ciri lokus kawalan luaran yang selalu mengharap subsidi kerajaan dan berjaya
disebabkan faktor-faktor luaran seperti nasib dan sokongan kerajaan.
Hasnah Ali, Norhafizah Abdul razak dan Sanep Ahmad (2010) pula mendapati faktor
kejayaan usahawan iaitu keyakinan kepada diri sendiri merupakan faktor yang signifikan dalam
mempengaruhi kejayaan mereka. Sementara faktor-faktor lain tidak mempunyai hubungan
signifikan (faktor sangup hadapi risiko, sangup berdikari, membuat pengkhususan kerja, minat
dalam perniagaan, tidak takut menghadapi pesaingan, kemahiran yang tinggi dalam perniagaan
dan kemahiran dalam bidang pengurusan dan penggunaan masa tidak signifikan) dengan
kejayaan usahawan PKS.
Kajian oleh Ishak Yusof (2011) juga menyatakan prestasi kejayaan usahawan melayu di
Pulau Langkawi disebabkan faktor dalaman usahawan itu sendiri iaitu latar belakang usahawan
melayu iaitu jati diri, jujur, tidak mudah mengalah, yakin dan gigih berusaha. Namun kajian ini
tidak menyentuh langsung berkaitan faktor luaran yang kemungkinan besar turut juga
mempengaruhi kejayaan atau kegagalan usahawan PKS di Negara ini. Selain itu menurut Buerah
Tunggak, Hussin Salamon & Baharin Abu (2011), usahawan yang memiliki sikap-sikap negatif
seperti ketidakjujuran, menipu, lewat atau tidak membayar balik pinjaman yang diterima, tidak
mahu meningkatkan ilmu pengetahuan dan kurang mengamalkan sikap akauntabiliti biasanya
kurang berjaya
Hubungan Sosial, Jaringan dan Pemasaran
Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohamad Hasun (2011) menyatakan gabungan faktor-faktor
keusahawanan mempunyai hubungan yang signifikan dengan kejayaan seorang usahawan. Malah
usahawan juga perlu menggabungkan kepimpinan mereka dan kekuatan jaringan dalam usaha
untuk menyalur atau akses kepada maklumat yang relevan dan penting. Ini selaras dengan kajian
yang dilakukan oleh Sazelin Arif (2009) yang mendapati salah satu kelemahan Pemasaran dalam
kalangan Pengusaha kecil makanan halal di Melaka tengah ialah kekurangan tunjuk ajar dan
perkongsian pendapat kerana kurangnya jaringan kerjasama antara sesama usahawan.
Manakala kajian yang dilakukan oleh Abdul Ghani Farinda et al.. (2009), Noorasiah
Sulaiman, Mohd Nasir Mohd Saukani (2007) menunjukan modal sosial (jaringan sosial)
mempunyai pengaruh penting terhadap tingkat daya saing dan kejayaan sesebuah firma.
Usahawan juga turut mengakui bahawa elemen yang membentuk modal sosial penting kepada
kerjaya mereka. Namun apa yang menjadi masalah dan cabaran kepada mereka ialah bagaimana
hendak membina indikator jaringan bagi modal sosial ini.

194
Dapatan kajian ini selaras dengan dapatan kajian oleh Syed Shah Alam, Mohd Fauzi
Mohd Jani, Nor Asiah Omar (2011), yang menunjukan sokongan keluarga, hubungan sosial,
motivasi dalaman memberi kesan positif dan signifikan kepada kejayaan usahawan wanita dalam
perniagaan kecil kecuali sokongan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Pegangan atau ketaatan kepada agama islam


Norashidah Othman, Noraishah Buang (2009) melalui kajiannya terhadap enam orang
usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia didapati mereka mempunyai sikap
keusahawanan yang hampir sama, kemahuan belajar yang tinggi, dan kekuatan pegangan agama
dan kerohanian. Mereka juga mempunyai kesedaran tehadap nilai-nilai etika, mempunyai
kemahiran keusahawanan iaitu kebolehan dalam bidang masing-masing, menguruskan
perniagaan dan sumber yang dimiliki. Kajian ini juga mendapati bahawa kemahuan usahawan
PKS untuk menceburi bidang keusahwanan dipengaruhi oleh elemen kerohanian yang berkaitan
keusahawanan yakni pegangan agama dan nilai. Kajian ini selari dengan pendapat Buerah
Tunggak & Hussin Salamon (2011) yang menyatakan masyarakat Bumiputera perlu ditanam
dengan sikap keusahawanan yang efektif dan beretika yang akan melahirkan ciri-ciri
keusahawanan yang selari dengan ajaran islam seperti jujur dan benar, amanah, keadilan,
menepati janji, ihsan, istiqamah, taufian, berilmu dan berkemahiran serta keazaman (iltizam yang
tinggi). Mohamad Zulkifli & Mohd Rosli (2013) menyatakan terdapat hubungan positif antara
orientasi keusahawanan dan kejayaan perniagaan. Malah hubungan positif ini lebih kuat
sekirannya usahawan mempunyai pegangan agama yang kuat.
Siti Arni Basir, Bharudin Che pa, Raja Hisyamudin Raja Sulong (2009) pula menyatakan
prinsip-prinsip kualiti yang perlu ada pada usahawan muslim yang berjaya seperti di bawah:
1. Di dalam islam, usahawan muslim digalakan beroperasi melalui kuasa pasaran supaya
lebih efektif.
2. Menghindari sikap tamak
3. Memantapkan sikap berdikari
4. Bekerjasama (organisasi) menubuhkan jaringan, dan
5. Jihad ekonomi.
6. Orientasi keusahawanan mempunyai hubungan positif yg signifikan memberi kesan
terhadap kejayaan usahawan melayu.
Manakala bagi usahawan muslim yang tidak menjalankan perniagaan mereka mengikut
ajaran islam yang sebenar mereka ini didapati kurang berjaya. Ini dibuktikan oleh kajian yang
dilakukan oleh Lim Jie Wei & Novel Lyndon (2013) di mana majoriti petani cina kurang
berminat untuk berurusan dengan pemborong atau peniaga melayu walaupun terdapat peniaga
melayu yang menawarkan untuk membeli produk pertanian mereka dengan harga yang lebih
mahal. Ini disebabkan petani cina kurang pecaya dengan pemborong melayu berdasarkan
pengalaman lepas mereka yang didapati pemborong atau peniaga melayu suka berhutang dan
tidak menepati janji, malah mereka sering menghilangkan diri kerana tidak mahu membayar
hutang.

Bantuan dan Sokongan Kerajaan


Hasil dapatan kajian Mohd Nor Hidayad bin Hambali (2011) mendapati kesemua faktor bantuan-
bantuan kerajaan seperti kewangan dan kredit, latihan dan pembangunan, perkhidmatan nasihat
dan perundingan, pemasaran dan peluang perniagaan, dan sokongan infrastruktur yang
disediakan oleh kerajaan dapat membantu meningkatkan kejayaan usahawan PKS bumiputera
dalam menceburi bidang keusahawanan. Penemuan kajian oleh Siti Nor Wardatulaina Mohd
Yusof (2011) pula menunjukan sokongan keusahawanan dan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan
195
dengan ‘business angel’ dan ketersediaan modal risiko, ketersediaan sumber kewangan,
pengaruh dan sokongan kerajaan untuk keusahawanan dan peranan dasar-dasar kerajaan kepada
aktiviti keusahawanan juga berkorelasi dengan kejayaan usahawan di Malaysia. Ini disokong
oleh kajian Syarifah Rohaya Wan Idris et al., (2013) yang mendapati terdapat enam faktor
kritikal penyumbang kepada kejayaan sesebuah perniagaan kedai runcit koperasi di Negeri
Sarawak yang terdiri daripada faktor keusahawanan, sokongan, komunikasi, persaingan, susun
atur dan pengurusan.

PERBINCANGAN IMPLIKASI KAJIAN


Berdasarkan sorotan kajian didapati terdapat dua faktor utama iaitu faktor dalaman dan faktor
luaran yang mempengaruhi kejayaan atau kegagalan PKS di Malaysia. Faktor dalaman ini
meliputi ciri-ciri keusahawanan dan orientasi keusahawanan, serta pegangan atau ketaatan
kepada agama. Manakala faktor-faktor luaran pula meliputi kemahiran pengurusan, pengalaman
pengurusan dan industri, perancangan dan keadaan ekonomi, hubungan sosial, jaringan dan
pemasaran serta bantuan dan sokongan kerajaan.
Bagi pandangan penyelidik, kesemua faktor ini perlu diberikan perhatian yang sewajarnya
oleh usahawan PKS Bumiputera di Malaysia sekiranya mereka ingin lebih berjaya dalam sektor
ini. Mereka perlu mempunyai sikap yang tidak mudah putus asa, proaktif, keyakinan diri yang
tinggi, inovatif dan sebagainya untuk lebih berjaya. Di samping itu mereka perlulah membaiki
kemahiran pengurusan, menimba pengalaman sebanyak yang mungkin daripada jatuh dan
bangun dalam sektor ini, dan perlu mempunyai perancangan dan ilmu berkaitan dengan ekonomi
dan kewangan. Selain itu dicadangkan juga usahawan-usahawan PKS ini mewujudkan jaringan
sosial dan kerjasama yang kukuh di kalangan rakan perniagaan dan masyarakat. Mereka juga
perlu menambahkan ilmu berkaitan pemasaran dengan menghadiri seminar dan program-
program yang berkaitan melalui agensi-agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan.
Melalui dapatan kajian ini juga didapati bantuan dan sokongan kerajaan masih signifikan
dalam menyumbang kepada kejayaan PKS di Malaysia. Justeru bantuan, sokongan serta polisi-
polisi yang telah dijalankan oleh kerajaan sebelum ini melalui agensi-agensi yang berkaitan perlu
diteruskan dan dibuat penambahbaikan selaras dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan
ekonomi bumiputera di Negara ini. Selain itu Majlis Amanah Rakyat (MARA) dicadangkan
memperkasakan lagi Program Skim Khidmat Nasihat Perniagaan, Program Pembangunan
Pemasaran, Program Pembangunan Teknousahawan, Program Latihan Keusahawan dan
sebagainya supaya ianya mampu membangunkan lebih ramai lagi usahawan PKS yang berjaya di
Negara ini. Manakala, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang merupakan sebuah agensi di
bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang
diberi mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia wajar mengiatkan
usaha-usaha untuk membantu membangunkan lagi usahawan PKS francais di Malaysia, melalui
kepakaran dalam memberikan servis serta produk yang berkualiti. Malah PNS perlu mengambil
inisiatif mempromosikan peranan sebenar PNS kepada masyarakat bandar dan luar bandar. Ini
disebabkan masyarakat masih lagi kabur berkaitan peranan sebenar PNS dan sistem perniagaan
francais itu sendiri yang dianggap memerlukan modal yang besar untuk dimulakan.

CADANGAN PENYELIDIKAN LANJUTAN

196
Di sini penyelidik mencadangkan satu kerangka kajian yang boleh dikembangkan oleh
penyelidik-penyelidik yang ingin membuat kajian dalam bidang yang sama di masa depan seperti
di bawah:

Pembolehubah Tidak Bersandar


Pembolehubah
Bersandar
BIDANG PENDIDIKAN
Faktor

Pengantara KEJAYAAN/
SOKONGAN DAN POLISI KERAJAAN KEGAGALAN
Kepatuhan kepada
prinsip-prinsip PERNIAGAAN KECIL
JARINGAN Urusniaga Menurut DAN SEDERHANA DI
Islam MALAYSIA

LOKASI/TEMPAT PERNIAGAAN

Melalui kerangka kajian di atas pembolehubah tidak bersandar yang dicadangkan iaitu
bidang pendidikan, sokongan dan polisi kerajaan, jaringan dan lokasi perniagaan. Pembolehubah
tidak bersandar bidang pendidikan ini meliputi jurusan yang dihadiri oleh usahawan semasa di
Institut Pengajian Tinggi (IPT). Pembolehubah tidak bersandar jaringan pula meliputi jaringan
peribadi dan perniagaan. Keempat-empat pembolehubah tidak bersandar ini dijangkakan
mempunyai hubungan signifikan kepada pembolehubah bersandar iaitu kejayaan atau kegagalan
Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia. Bidang pendidikan dan lokasi perniagaan
dicadangkan sebagai pembolehubah tidak bersandar yang perlu dikaji kerana penyelidik
menjangkakan dua faktor ini turut menyumbang kepada kejayaan atau kegagalan PKS di
Malaysia. Selain itu melalui kerangka kajian ini penyelidik mencadangkan faktor kepatuhan
kepada prinsip-prinsip urusniaga menurut Islam (ketepatan dalam timbangan, menjauhi riba,
membayar zakat, jujur, menepati janji dan lain-lain) dijadikan faktor pengantara yang
dijangkakan boleh menguatkan lagi hubungan di antara pembolehubah tidak bersandar dan
pembolehubah bersandar.

KESIMPULAN
Kertas kerja konseptual ini diharapkan dapat membantu penyelidik di masa depan yang ingin
mengkaji dalam bidang yang sama. Di samping itu kerangka kajian yang dicadangkan boleh
digunapakai dan diperkembangkan oleh penyelidik yang ingin mengkaji hubungan di antara
pembolehubah tidak bersandar, pengantara dan pembolehubah bersandar yang dicadangkan.
Hasil dapatan kajian tersebut diharapkan dapat membantu kerajaaan, agensi-agensi yang
berkaitan dan usahawan PKS khususnya dalam merangka strategi untuk lebih berjaya dalam
sektor ini.

RUJUKAN

197
Abdul Ghani Farinda, Yusniza Kamarulzaman, Apnizan Abdullah, Syed Zamberi Ahmad 2009,
Building Business Network: A Proposed Framework for Malaysian SMEs, International
Review Business Research Papers, Vol. 5, No 2 March 2009 Pp. 151-160
Buerah Tunggak, Hussin Salamon & Baharin Abu 2011, Keperluan Latihan dan Pendidikan
Berterusan ke arah Pembangunan Usahawan Muslim Berteraskan Nilai Islam Di
Malaysia, Jurnal teknologi, 55 (Sains Sosial), Mei 2011:121-144
Buerah Tunggak & Hussin Salamon 2011, Mengembalikan Kegemilangan Tamadun Melayu-
islam Menerusi Pemupukan Budaya Niaga Berteraskan Akhlak, Sari-International Journal
of the Malay World and Civilisation 29(2)(2011):123-147
Buerah Tunggak, Hussin Salamon & Baharin Abu 2013, Pengaruh Faktor-faktor Demografi
Terhadap Budaya Niaga Usahawan Bumiputera Muslim, Jurnal Kemanusiaan Bil. 20,
ISSN: 1675-1930 @ Universiti Teknologi Malaysia April 2013
Ishak Yussof, Khairunnisa Mardzuki, Zaimah Darawi, Mohd Shukri Hajinoor 2011, Faktor
Keusahawanan dan Prestasi Kejayaan Usahawan Melayu di Pulau Langkawi, Kedah,
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI), Prosiding PERKEM
VI, Jilid 2 (2011) 196 – 207 ISSN: 2231-962X
Khairunnisa Mardzuki, Zaimah Darawi, Mohd Radzuan Rahid (2013), Transformasi Dan
Prestasi Perniagaan Usahawan Melayu Di Johor, Proceding PERKEM VII, volume 1
(2012) 696-708, ISSN: 2231-962X
Laman Web Rasmi SME Corp. Malaysia, http://www.smecorp.gov.my , Garis Panduan Bagi
Definisi Baharu PKS disediakan oleh SME corp. Malaysia Sekretariat bagi Majlis
Pembangunan Perniagaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan, Oktober 2013
Lim Jie Wei, Novel Lyndon 2013, Jaringan Sosial pemasaran pertanian di kalangan Komuniti
Cina di Kg Baru, Tras Raub, Pahang, GEOGRAFIA Online Malaysian Journal of Society
and Space 9 issue 4 (24-34) @ 2013, ISSN 2180-2491
Mohd Hassan Bin Mohd. Osman 2007, Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kejayaan Usahawan
Kredit Mikro di negeri Johor, Vot Penyelidikan 75002, Fakulti Pengurusan dan
Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Nor Hakimin Yusoff, Mohd Rafi Yaacob 2010, Memula dan Mengurus Perniagaan
Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (Perniagaan Kecil dan Sederhana), Cetakan
Pertama 2010, Penerbit Universiti Malaysia Kelantan
Mohd Nor Hidayat Hambali 2011, Faktor Bantuan Kerajaan yang Meningkatkan Kejayaan
Usahawan Industri Kecil dan Sederhana Bumiputera di Sabak Bernam, Selangor, Tesis
Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia
Norashidah Othman, Noraishah Buang 2009, Konsep kesediaan Keusahawanan Berdasarkan
Kajian Kes Usahawan IKS di Malaysia, Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1) (2009):187-203
Noorasiah Sulaiman, Mohd Nasir Mohd Saukani Modal Sosial 2007, Dalam mempertingkatkan
daya saing Firma Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), IJMS 14 (2), 93-111 (2007)
Norita Deraman, Nizamuddin Zainuddin, Oemar Hamdan (UUM) 2005, Kajian Tentang Ciri-
Ciri Personaliti Keusahawanan di Kalangan Usahawan Bumiputera (Melayu) Malaysia,
Jurnal Manajemen & Bisness Sriwijaya Vol 3 No 6 Disember 2005
Nurul Huda Che Abdullah, Ramlee Mustapha 2009, Kajian Kes usahawan Tani Industri Kecil
dan Sederhana(IKS) Bumiputera di Negeri Terengganu, Jurnal pendidikan Malaysia 34 (2)
(2009):143-165
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia 2014, http://www.gov.my

Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat 2014, http://www.mara.gov.my


198
Portal Rasmi TEKUN Nasional 2014, http://www.tekun.gov.my
R. Mohamad Zulkifli & Mohd Rosli 2013, Enterpreneurial Orientation and business Success of
Malay Enterpreneurs: Religiosity as Moderator. International Journal of Humanities and
Social Science Vol. 3 No. 10 (special issue- may 2013)
Rosli Mahmood, Lily Julienti, Mohamad Yusop Mohd Jani, Muhammad Shukri Bakar, Norita
Deraman, Norria Zakaria, Syahrina Abdullah, Rosli Mohd Saad, Azrain Nasyrah Mustapa
2008, Prinsip-prinsip Asass Keusahawanan, Penerbit Cengage Learning.
Sarifah Rohaya Bt Wan Idris et al.,2013, Faktor-faktor Kritikal Kejayaan Perniagaan Kedai
Runcit Koperasi di Negeri Sarawak, Malaysian Journal of Co-operative Studies, Volume 9,
ms 94-114
Sazelin Arif 2009, Keupayaan Pemasaran dalam kalangan Pengusaha kecil makanan halal di
Melaka tengah: satu kajian Awal. MALIM Bil.10 (2009)
Siti Arni Basir, Bharudin Che pa, Raja Hisyamudin Raja Sulong 2009, Prinsip-prinsipl kualiti
kearah melahirkan usahwan muslim yang berjaya, Jurnal Syariah, JIL 17, BIL 2 (2009)
327-352
Siti Nor Wardatulaina Mohd Yusof 2011, Success factors in Enterpreneurship: The Case Study
of Malaysia, Pilot Research Work ( Phd Thesis), Department D’Economia De L’Empresa,
Universitat Autonoma de Barcelona.
Syed Shah Alam, Mohd Fauzi Mohd Jani, Nor Asiah Omar 2011, An Emprical study of success
factors of women entrepreneurs in southern region In Malaysia, International Journal of
economics and Finance, Vol 3, No 2, May 2011
Thuaibah@Suaibah Binti Abu Bakar, Azlah Bin Md Ali, Dr Rozeyta Binti Omar, Pm Dr
Hishamduddin Md Som, Syaharizatul Noorizwan binti Muktar 2007, Penglibatan Kaum
Wanita Dalam Aktiviti Keusahawanan di Negeri Johor: Kajian Terhadap Faktor-faktor
Kritikal Kejayaan dan Kegagalan Pengendalian Perniagaan.Vot Penyelidikan Vot 75087,
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber
Manusia, UTM
Yahya Ibrahim 2014, Keusahawanan dan Daya Saing Dalam Sektor Pelancongan Pulau, Cetakan
Pertama 2014, Penerbit Universiti Sultan zainal Abidin (UniSZA)

LAMPIRAN
199
JADUAL 1: SUMBANGAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA
(PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA) KEPADA KDNK KESELURUHAN
MENGIKUT AKTIVITI EKONOMI UTAMA (%)

TAHUN 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011e 2012 ª

(%) Bahagian kepada KDNK

Pertanian 3.4 3.5 3.4 3.3 3.4 3..4 3.4 3.3

Perlombongan 0.1 0.1 0.1 0.1 0.1 0.1 0.1 0.1


dan Kuari
Pembinaan 0.7 0.7 0.7 0.7 0.8 0.8 0.8 0.9

Pembuatan 8.1 8.1 8.2 7.8 7.4 7.7 7.9 7.9

Perkhidmatan 17.0 17.2 18.2 19.1 19.9 19.8 20.1 20.2

Campur: Duti 0.1 0.1 0.1 0.2 0.2 0.2 0.3 0.4
Import
Bahagian KDNK 29.4 29.6 29.6 31.2 31.7 32.0 32.5 32.7
Perniagaan Kecil
dan Sederhana
kepada KDNK
Keseluruhan
e: anggaran a: awalan
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2014

200

You might also like