You are on page 1of 42

5

SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

Sistem
Perbankan
dan Penciptaan
Wang
5.1 PENGENALAN
5.2 BANK PUSAT
5.3 FUNGSI BANK PUSAT
5.3.1 Menawarkan mata wang
5.3.2 Memegang rizab bagi melindungi nilai mata wang domestik
5.3.3 Banker (jurubank) dan penasihat kepada kerajaan
5.3.4 Banker (jurubank) kepada bank perdagangan
5.3.5 Menggalakkan dasar monetari
5.4 KAWALAN PENAWARAN WANG: ALAT DASAR MONETARI
5.4.1 Operasi pasaran terbuka
5.4.2 Nisbah rizab
5.4.3 Kadar diskaun
5.4.4 Keberkesanan alat dasar monetari
5.5 BANK PERDAGANGAN
5.6 FUNGSI BANK PERDAGANGAN
5.7 PENAWARAN WANG
5.8 PENGGANDA WANG
5.9 PENCIPTAAN WANG
5.9.1 Urusniaga 1: Penerimaan deposit daripada pelanggan dan
pendepositan rizab di bank pusat
5.9.2 Urusniaga 2: Pemberian pinjaman
5.9.3 Urusniaga 3: Kesan perubahan kadar nisbah rizab berkanun
5.9.4 Urusniaga 4: Kesan pinjaman daripada bank pusat
5.9.5 Urusniaga 5: Kesan operasi pasaran terbuka
5.10 SOALAN LATIHAN

109
MAKROEKONOMI

5.1 Bab 2 terdahulu telah membincangkan interaksi antara isi rumah,


firma dan kerajaan dalam pasaran barangan. Seterusnya, bab ini
Pengenalan membincangkan bagaimana sistem perbankan dalam pasaran
kewangan beroperasi, dengan memfokuskan kepada struktur dan
fungsi bank pusat serta bank perdagangan. Bab ini juga membin-
cangkan proses penciptaan deposit (wang) oleh bank perdagangan dengan mengambil kira kesan daripada
perubahan alat dasar monetari. Bagi memudahkan penjelasan mengenai proses penciptaan kredit ini dalam
sistem perbankan moden, pendekatan prinsip perakaunan akan diaplikasikan dalam sub bahagian berkaitan.

5.2 Evolusi sistem kewangan Malaysia sangat ketara telah menjadikan


sistem kewangan negara kini lebih kukuh, pelbagai dan moden.
Bank Pusat Secara amnya, sistem kewangan Malaysia terdiri daripada sistem
perbankan dan pengantara kewangan bukan bank. Justeru, bagi
mengawal selia sistem perbankan negara yang semakin luas dan
dalam ini, maka Bank Negara Malaysia (BNM) yang merupakan bank pusat bagi Malaysia telah ditubuhkan
secara rasminya pada 26 Januari 1956. Penubuhan BNM ini adalah tertakluk kepada Ordinan Bank Pusat
Malaya 1958. Ordinan ini telah digantikan dengan Akta Bank Pusat Malaysia 2009 dan efektif mulai 25
November 2009. Sebagai sebuah badan yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia dan terletak di
bawah kuasa Menteri Kewangan, maka BNM yang diketuai oleh seorang gabenor, perlu sentiasa melaporkan
dasar berkaitan sektor kewangan kepada menteri terbabit. Dalam masa yang sama, gabenor BNM yang juga
merangkap ketua pegawai eksekutif akan dibantu oleh 3 orang timbalan gabenor dan 7 orang penolong
gabenor bagi menjamin kelancaran operasi BNM. Rajah 5.1 berikut menunjukkan struktur organisasi terkini
bagi Bank Negara Malaysia.

110
SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

LEMBAGA PENGARAH

LEMBAGA LEMBAGA GABENOR LEMBAGA


JAWATANKUASA JAWATANKUASA JAWATANKUASA

SETIAUSAHA SETIAUSAHA
JAWATANKUASA JAWATANKUASA
SETIAUSAHA
JAWATANKUASA
AUDIT
DALAMAN

PENASIHAT SETIAUSAHA KOMUNIKASI PEJABAT


KHAS LEMBAGA KORPORAT GABENOR
TIMBALAN TIMBALAN TIMBALAN
GABENOR GABENOR GABENOR

PENOLONG PENYIASATAN PENGURUSAN


GABENOR KHAS STRATEGIK

EKONOMI FINANCIAL UNIT PROMOSI


INTELLIGENCE MIFC
STRATEGI DAN
PENAKSIRAN PENOLONG PENOLONG
ANTARABANGSA GABENOR GABENOR
PERKHIDMATAN
STATISTIK PENGURUSAN PEMBANGUNAN
PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA SEKTOR KEWANGAN
PERBANKAN PUSAT PUSAT FINANCIAL
PEMBANGUNAN SURVEILLANCE
PENOLONG MODAL MANUSIA
GABENOR PRUDENTIAL
PERKHIDMATAN FINANCIAL POLICY
KORPORAT
PERBANKAN ISLAM PEMBANGUNAN
DAN TAKAFUL PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN
DAN HARTA ENTERPRISE
PENGOPERASIAN
DAN PENGURUSAN SEKURITI CONSUMER AND
MATA WANG PEJABAT MARKET CONDUCT
DASAR SISTEM PENGURUSAN
PEMBAYARAN SLK
PEJABAT WILAYAH
PENOLONG
PENOLONG GABENOR
GABENOR
PENYELIAAN
PASARAN KONGLOMERAT
KEWANGAN KEWANGAN
DAN OPERASI PENYELIAAN
PELABURAN INSURANS
PENTADBIRAN DAN TAKAFUL
KADAR PERTUKARAN PENYELIAAN
PERBANKAN
PENOLONG PENGURUSAN
GABENOR RISIKO
PERUNDANGAN
KEWANGAN
PERKHIDMATAN IT
GALERI KESENIAN
DAN MUZIUM

111
MAKROEKONOMI

Seterusnya, objektif utama bank pusat seperti yang telah digariskan oleh akta di atas adalah:

a) menawarkan mata wang dan memegang (menyimpan) rizab bagi melindungi nilai mata wang

b) bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan

c) menggalakkan kestabilan monetari dan struktur kewangan yang kukuh

d) menggalakkan sistem pembayaran dan penyelesaian kewangan negara yang dipercayai,


efisien dan beroperasi dengan lancar serta memastikan agar dasar bagi kedua-dua sistem ini
akan memberi kelebihan kepada Malaysia

e) untuk mempengaruhi situasi kredit bagi kebaikan negara.

Rentetan itu, bagi mencapai kesemua objektif di atas, BNM hanya bertindak untuk kepentingan ekonomi
negara tanpa mengambil kira keuntungan sebagai pertimbangan utama. Ini turut mencerminkan bahawa
peranan BNM sebenarnya adalah luas, terutama sekali ke arah mencapai objektif makroekonomi, seperti
menjana pertumbuhan ekonomi, meningkatkan tahap guna tenaga, mengekalkan kestabilan harga,
memastikan kedudukan akaun imbangan negara yang munasabah dan membasmi kemiskinan. Di samping
itu, dengan meningkatnya cabaran dan ketakpastian di pasaran kewangan, BNM juga mengambil inisiatif
untuk mendidik, memberi khidmat nasihat dan kaunseling serta meningkatkan kecapaian terhadap kumpulan
berkepentingan termasuk masyarakat, agar mereka menyedari hak, tanggungjawab, peluang, risiko dan kos
yang ditanggung berikutan daripada penyertaan dalam sistem kewangan.

5.3 Berdasarkan kepada objektif penubuhan BNM di atas, maka fungsi


dan peranan BNM kini dapat dibahagikan kepada; menawarkan
Fungsi mata wang, memegang rizab bagi melindungi nilai mata wang
domestik, dasar monetari, menjadi jurubank dan penasihat
Bank Pusat kepada kerajaan, melaksanakan dasar monetari dan menjadi
jurubank kepada bank perdagangan. Fungsi BNM secara khusus
diperbincangkan seperti berikut.

5.3.1 BNM bertanggungjawab untuk menerbitkan mata wang Malaysia


mulai 12 Jun 1967. Mengikut peruntukan Akta Mata wang (Ringgit)
Menawarkan Malaysia 1975, mata wang Malaysia telah diberikan nama ringgit
matawang dan sen.

5.3.2 BNM merupakan pemegang utama rizab negara. Walaupun


begitu, kerajaan masih lagi memegang rizab pada jumlah yang
Memegang rizab kecil. Kebiasaannya, rizab ini dipegang dalam bentuk emas,
bagi melindungi kedudukan rizab di International Monetary Fund, Special Drawing
nilai mata wang Rights dan pelbagai portfolio aset pertukaran asing dalam mata
domestik wang asing seperti imbangan bank, bil perbendaharaan dan
sekuriti jangka panjang. Mulai 27 September 1975, nilai luaran
ringgit telah dinyatakan dalam mata wang negara-negara asing
yang merupakan rakan dagangan utama Malaysia. Kini, mata
wang ringgit juga merupakan salah satu mata wang yang stabil
dan kukuh di dunia.

112
SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

5.3.3 Sebagai bank pusat, BNM perlu bertindak sebagai jurubank, agen
fiskal dan penasihat kewangan bagi kerajaan yang terdiri daripada
Menjadi kerajaan persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan serta lain-lain
jurubank organisasi awam. Justeru, sebagai bank kepada kerajaan, maka BNM
dan penasihat dipertanggungjawabkan untuk mengurus akaun kerajaan. Ini bererti
kepada kerajaan BNM akan menyediakan perkhidmatan cek, serta menerima deposit
dan pembayaran bagi pihak kerajaan. Kerajaan juga akan dibiayai
oleh BNM menerusi pelaburannya dalam bil perbendaharaan dan
sekuriti kerajaan. Manakala sebagai agen fiskal, BNM perlu menguruskan hutang awam dan
pinjaman kerajaan. Lantas, BNM akan menasihati kerajaan dalam soal penerbitan sekuriti baru
dan program pinjaman.

Di samping itu, sebagai penasihat kewangan kepada kerajaan, maka wakil-wakil BNM seringkali
menganggotai pelbagai jawatankuasa dan badan kerajaan bagi membolehkan BNM dapat
menyumbang dalam proses pembuatan keputusan terutama sekali dalam hal-ehwal negara
yang berkait dengan tanggungjawab BNM. Untuk itu, BNM mempunyai hubungan kerja yang
rapat dengan Perbendaharaan (Kementerian Kewangan) Malaysia bagi memastikan agar hal
berkaitan kewangan dan fiskal dapat diselaraskan secara efektif.

5.3.4 BNM juga merupakan jurubank kepada kebanyakan bank


perdagangan dan bank saudagar. Ini juga bererti BNM merupakan
Menjadi pemberi pinjaman terakhir kepada bank perdagangan dan bank
jurubank saudagar sekiranya bank tersebut mengalami kekurangan tunai.
kepada bank Oleh yang demikian, Akta Bank dan Insitusi Kewangan 1989 telah
perdagangan memperuntukkan agar bank perdagangan, bank saudagar dan
syarikat kewangan mendapatkan lesen daripada Menteri Kewangan
(dengan nasihat daripada BNM) untuk membolehkan institusi
tersebut beroperasi dalam industri perbankan dan kewangan di Malaysia. Bank perdagangan
juga diwajibkan mengekalkan akaun rizab berkanun dan akaun penjelasan di BNM. Akaun
rizab berkanun ini adalah untuk tujuan pengawalan kewangan, manakala akaun penjelasan
pula digunakan dalam penyelesaian transaksi antara bank selepas cek ditunaikan setiap hari.
Namun begitu, bank saudagar dan syarikat kewangan hanya wajib mengekalkan akaun rizab
berkanun di BNM.

Bagi memastikan kekukuhan operasi perbankan dan kewangan untuk memenuhi kepentingan
awam, maka BNM melakukan pemeriksaan berkala terhadap bank perdagangan, bank
saudagar dan syarikat kewangan. Pemeriksaan ini pula lebih tertumpu kepada dasar pelaburan
dan pemberian pinjaman, kualiti pengurusan, serta kepatuhan institusi tersebut terhadap
pelbagai keperluan rizab dan garis panduan pemberian pinjaman. Dalam erti kata lain,
BNM juga sebenarnya bertindak sebagai pengawalselia bagi memastikan segala praktis dan
prosedur yang dilakukan oleh bank dan institusi kewangan adalah selari dengan tuntutan dan
keperluan seperti yang telah digariskan oleh perundangan berkaitan. Walaupun begitu, untuk
memastikan kelancaran fungsi sistem kewangan, maka adalah perlu untuk BNM turut bertindak
sebagai pemberi pinjaman terakhir kepada bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat
kewangan. Kebiasaannya, BNM akan melanjutkan kredit menerusi pendiskaunan semula bil
perbendaharaan, sekuriti kerajaan, bil perdagangan dan kertas dagangan. Ini seterusnya akan
mewujudkan keyakinan masyarakat terhadap sistem perbankan domestik.

113
MAKROEKONOMI

5.3.5 Umumnya, dasar monetari merupakan tindakan bank pusat


mengubah dan mengawalselia penawaran wang serta kadar bunga di
Melaksanakan pasaran kewangan untuk membantu ekonomi mencapai kestabilan
dasar monetari harga, guna tenaga penuh dan pertumbuhan ekonomi. Di Malaysia,
BNM mempunyai kuasa (autoriti) monetari dan dipertanggung-
jawabkan untuk menggalakkan kestabilan monetari dan kekukuhan struktur kewangan.
Sebagai tambahan, BNM juga menjadi instrumen bagi penubuhan institusi kewangan baru ke
arah memacu pertumbuhan ekonomi dan pengagihan semula agar ketakseimbangan ekonomi
di antara individu dapat dikurangkan. Dalam masa yang sama, BNM turut dapat mengawal
volum wang (penawaran wang) dan penciptaan kredit oleh bank perdagangan, bank saudagar
dan syarikat kewangan menerusi beberapa alat kewangan, seperti di bahagian berikutnya.

5.4 BNM tidak dapat mengawal penawaran wang secara langsung


disebabkan jumlah deposit permintaan yang dapat dicipta dalam
Kawalan pasaran adalah ditentukan dan ditawarkan oleh bank-bank
perdagangan1. Justeru, terdapat tiga instrumen yang digunakan
Penawaran oleh BNM sebagai alat dasar monetari untuk mengawal penawaran
Wang: Alat Dasar rizab (atau jumlah wang rizab)2 yang dipegang oleh bank
perdagangan iaitu operasi pasaran terbuka, nisbah rizab berkanun
Monetari dan kadar diskaun. Secara tidak langsung, kesemua instrumen
tersebut telah membolehkan BNM mengawal sistem kewangan
negara (terutama sekali penawaran wang) secara tidak langsung.

5.4.1 Instrumen dalam pasaran sekuriti hutang seringkali digunakan oleh


kerajaan bagi membiayai defisit dalam akaun fiskal. Kebiasaannya
Operasi pasaran pula, BNM merupakan pemegang terbesar bagi bil perbendaharaan,
terbuka bon dan sekuriti kerajaan3. Rentetan itu, operasi pasaran terbuka
merupakan aktiviti pembelian (penjualan) bil perbendaharaan, bon
dan sekuriti kerajaan daripada (kepada) BNM oleh bank perdagangan dan orang awam. Oleh
yang demikian, BNM dapat mempengaruhi jumlah wang rizab bank perdagangan dan seterusnya
jumlah penawaran wang di pasaran. Sebagai contoh, sekiranya BNM hendak menaikkan jumlah
wang rizab bank perdagangan dengan matlamat akhir ke arah pertambahan jumlah deposit
dan penawaran wang dalam pasaran, maka BNM akan membeli aset kewangan tersebut
(kebiasaannya bon kerajaan) daripada bank perdagangan dan orang awam. Seterusnya, jika
diandaikan wang tunai hasil daripada penjualan semula bon kerajaan yang dipegang oleh bank
perdagangan dan orang awam kepada BNM didepositkan ke dalam bank perdagangan, maka
jumlah rizab bank perdagangan akan bertambah. Selanjutnya, menerusi proses pemberian
pinjaman dan pendepositan semula wang tunai ke dalam bank perdagangan, lantas wujud
pengembangan jumlah deposit dan penawaran wang yang dapat dicipta. Urus niaga penjualan
semula bon kerajaan ini kepada BNM juga disebut sebagai pembelian pasaran terbuka.

1) Secara amnya, penawaran wang terdiri daripada mata wang dalam edaran (mata wang kertas dan
syiling) serta deposit permintaan.

2) Komponen wang rizab terdiri daripada mata wang dalam edaran, rizab berkanun dan lebihan rizab.

3) BNM akan membeli sekuriti yang diterbitkan oleh kerajaan dan kemudiannya BNM akan menjual
(menawarkan) sebahagian daripada sekuriti tersebut kepada bank perdagangan dan orang awam.

4) Urus niaga yang melibatkan pembelian (penjualan) bon kerajaan oleh BNM daripada (kepada) bank
perdagangan dan orang awam akan hanya melibatkan pertambahan (pengurangan) akaun aset

114
SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

Walaupun begitu, jika BNM ingin mengurangkan pegangan rizab oleh bank perdagangan
dan penawaran wang, maka BNM akan menjual sebahagian bon kerajaan yang dipegangnya
kepada orang awam. Jika diandaikan orang awam membayar pembelian bon kerajaan
tersebut dengan menggunakan cek, maka apabila BNM akan menuntut cek tersebut di bank
perdagangan berkaitan, lantas nilai rizab di bank perdagangan itu akan dipindahkan ke BNM
sebanyak nilai bon kerajaan yang telah dijual4. Rentetan itu, rizab bank perdagangan yang
boleh digunakan untuk penciptaan kredit dan seterusnya penawaran wang akan berkurang.
Urus niaga yang melibatkan pengurangan rizab bank perdagangan ini juga disebut sebagai
jualan pasaran terbuka.

Keberkesanan operasi pasaran terbuka untuk mengawal penawaran wang dalam edaran
bergantung kepada respon (tindakbalas) masyarakat dan institusi perbankan terhadap
pembelian atau penjualan bon. Jika respon mereka tinggi, alat dasar monetari adalah berkesan.
Sebaliknya, jika respon mereka rendah, maka matlamat untuk mempengaruhi (mengubah)
penawaran wang adalah kurang berkesan.

5.4.2 Secara amnya terdapat dua rizab yang dipegang oleh bank
perdagangan iaitu rizab berkanun dan rizab mudah tunai. Rizab
Nisbah rizab berkanun merupakan rizab yang wajib disimpan oleh bank
perdagangan di bank pusat (BNM). Manakala nisbah rizab berkanun
merupakan peratus minimum nilai rizab berkanun bank terhadap
jumlah deposit yang perlu (wajib) disimpan di bank pusat. Nisbah ini adalah ditetapkan oleh
BNM bergantung kepada matlamat BNM, sama ada ingin mengurangkan atau menambah
penawaran wang dalam pasaran. Oleh itu, sekiranya BNM ingin mengurangkan penawaran
wang, maka BNM akan meningkatkan nisbah rizab berkanun. Implikasinya, bank perdagangan
hanya mempunyai bahagian yang kecil daripada deposit awal yang boleh dipinjamkan kepada
orang awam, lantas ini akan mengehadkan pengembangan penciptaan pinjaman dan deposit
baru5. Sebaliknya, jika BNM mengurangkan nisbah rizab berkanun ini, maka bank perdagangan
mempunyai lebihan rizab yang banyak untuk mengembangkan lagi penciptaan kredit dan
penawaran wang. Walaupun BNM berkuasa menetapkan nisbah rizab berkanun ini, namun
bank perdagangan boleh memegang rizab berwajib tersebut melebihi daripada nisbah yang
telah BNM tetapkan. Lebihan rizab ini juga disebut sebagai rizab mudah tunai.

Rizab mudah tunai adalah rizab yang boleh dipegang atau disimpan oleh bank perdagangan
di bank perdagangan itu sendiri dan/atau institusi selain daripada BNM yang bertujuan untuk
meningkatkan lagi kecairan aset bank perdagangan. Pemegangan rizab ini juga mampu
menjana hasil bunga kepada bank perdagangan. Manakala nisbah rizab mudah tunai adalah
peratus rizab mudah tunai bank perdagangan kepada jumlah deposit yang diterima.

Kebiasaannya, pemberian pinjaman oleh bank perdagangan adalah kurang menguntungkan pada
masa kegawatan ekonomi disebabkan ramai peminjam yang akan mempunyai kemampuan serta
rekod pembayaran balik pinjaman yang tidak baik. Lantas, pada masa tersebut, bank perdagangan
yang berorientasikan keuntungan ini cenderung memegang lebihan rizab yang tinggi jika tiada
campurtangan daripada bank pusat. Ini seterusnya mengarah kepada kejatuhan penawaran
wang yang boleh menjadikan kegawatan ekonomi semakin kritikal seperti yang berlaku semasa
sekuriti kerajaan serta pertambahan (pengurangan) dalam akaun liabiliti rizab bank perdagangan
tanpa ada perubahan dalam akaun lain di kunci kira-kira BNM.

5) Bahagian daripada deposit awal yang boleh digunakan dalam proses penciptaan kredit ini juga
merujuk kepada lebihan rizab yang dipegang oleh bank perdagangan, iaitu baki yang tinggal setelah
deposit awal ditolak dengan jumlah rizab berwajib (rizab berkanun) yang perlu dipegang oleh bank
perdagangan.

115
MAKROEKONOMI

kemelesetan besar (Great Depression) dalam tahun 1930-an dahulu. Keadaan sebaliknya berlaku
jika pihak bank mendapati pemberian pinjaman adalah lebih menguntungkan dan selamat.
Tetapi peningkatan inflasi secara mendadak merupakan risiko utama akibat peningkatan
penawaran wang tersebut. Oleh yang demikian, campurtangan kerajaan amatlah diperlukan
tidak kira pada masa ekonomi makmur mahupun gawat.

Nisbah rizab adalah alat dasar kewangan yang paling berkesan untuk mengawal jumlah
penawaran wang dalam edaran. Ini kerana pelaksanaan nisbah rizab dikuatkuasakan melalui
undang-undang. Jika bank perdagangan tidak patuh dengan arahan meningkat atau
mengurangkan nisbah rizab, maka bank perdagangan tersebut akan dikenakan tindakan
mengikut peruntukan undang-undang berkaitan.
5.4.3 Sebelum ini telah diperjelaskan bahawa BNM merupakan sumber
pinjaman terakhir kepada bank perdagangan. Ini berikutan daripada
Kadar diskaun kadangkala bank perdagangan akan mengalami pertambahan
terhadap keperluan tunai yang tidak dijangka secara mendadak,
lantas bank perdagangan mengalami kekurangan wang rizab yang
boleh ditawarkan. Sehubungan itu, BNM akan menyalurkan pinjaman jangka pendek kepada
bank perdagangan tersebut. Pemberian pinjaman oleh BNM ini juga secara langsung akan
meningkatkan jumlah wang rizab dalam sektor perbankan domestik, seterusnya ia akan
mengarah kepada pertambahan jumlah deposit baru, pinjaman baru dan penawaran wang
dalam pasaran.

Caj yang dikenakan oleh BNM atas pinjaman yang diberikan itu pula disebut sebagai kadar
diskaun. Justeru itu, BNM akan mengubah kadar diskaun ini bergantung kepada matlamat
akhirnya. Jika BNM berhasrat untuk mengurangkan penawaran wang dalam pasaran, maka
BNM akan meningkatkan kadar diskaun. Sudah pasti kadar diskaun yang tinggi ini tidak
menggalakkan bank perdagangan mendapatkan tambahan rizab menerusi pinjaman daripada
BNM disebabkan kos pinjaman yang semakin mahal. Seterusnya, bank perdagangan tidak
akan berupaya untuk menambah penciptaan pinjaman dan deposit baru serta penawaran
wang dalam pasaran. Namun, sekiranya BNM ingin menambah penawaran wang, maka BNM
akan mengurangkan kadar diskaun bagi menggalakkan lagi bank perdagangan mendapatkan
pinjaman daripada BNM.

Walaupun begitu, keberkesanan kadar diskaun ini amat bergantung kepada respon bank
perdagangan yang ingin meminjam. Jika bank perdagangan tidak berminat untuk meminjam
walaupun kadar diskaun yang bank pusat tetapkan rendah, maka penawaran wang tidak akan
bertambah.

5.4.4 Secara praktis, operasi pasaran terbuka merupakan alat dasar


monetari yang terpenting dalam mengawal penawaran wang. Ini
Keberkesanan kerana operasi pasaran terbuka mempunyai kebaikan dari aspek
alat dasar fleksibiliti, yang mana sekuriti kerajaan boleh dibeli dan dijual sama
monetari ada dalam jumlah yang kecil mahupun besar, lantas secara langsung
ia mampu mempengaruhi kedudukan rizab bank perdagangan. Namun, nisbah rizab berkanun
pula merupakan instrumen kawalan kewangan lebih berkesan kerana ia dapat mencapai
matlamat kewangan dengan lebih mudah berbanding operasi pasaran terbuka. Di samping
itu, pelaksanaan nisbah rizab dikuatkuasakan melalui undang-undang serta dipantau oleh
bank pusat. Oleh itu, sebarang perubahan dalam nisbah rizab berkanun akan memberi impak
yang besar terhadap penawaran wang dan seterusnya keuntungan bank perdagangan. Akhir
sekali, kadar diskaun pula sebenarnya lebih bertindak sebagai alat dasar kewangan yang pasif.
Ini disebabkan perubahan kadar diskaun kebiasaannya dipengaruhi oleh perubahan dalam
kadar faedah sasaran atau kadar antara bank (seperti kadar wang semalaman).

116
SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

5.5 Secara amnya, bank perdagangan merupakan institusi terbesar


dalam pasaran kewangan yang menjalankan perniagaan perbankan.
Bank Ini selari dengan peruntukan dalam Akta Bank dan Institusi-institusi
Kewangan 1989 yang mana bank didefinisikan sebagai sesiapa atau
Perdagangan pihak yang menjalankan perniagaan perbankan. Dalam konteks
ini, perniagaan perbankan bermaksud perniagaan menerima wang
daripada akaun semasa atau deposit, membayar dan mengutip cek
yang dikeluarkan atau dibayar oleh pelanggan, dan memberikan
pendahuluan kepada pelanggan, serta termasuk sebarang perniagaan yang dinyatakan oleh Bank Pusat
dengan kebenaran daripada Menteri Kewangan. Jelas sekali, sebagai salah satu pengantara kewangan yang
penting, maka bank perdagangan berinteraksi dengan isirumah, firma dan kerajaan menerusi penerimaan
deposit serta pemberian pinjaman.

Dalam masa yang sama, pengukuhan sektor perbankan menerusi penggabungan bank perdagangan
dengan institusi kewangan lain telah membolehkan bank perdagangan domestik bersaing di pasaran global.
Ini ditambah lagi dengan kepesatan pembangunan pasaran kewangan Islam di Malaysia yang menjadikan
pasaran kewangan domestik kini bercirikan kepelbagaian, unik dan lebih berdaya saing. Jadual 5.1 dan Jadual
5.2 berikut menunjukkan senarai bank perdagangan berdaftar mengikut sistem konvensional dan Islam di
Malaysia.
Jadual 5.1 Senarai Bank Perdagangan Konvensional Berdaftar di Malaysia
Bil Nama Milikan
1 The Royal Bank of Scotland Berhad A
2 Bangkok Bank Berhad A
3 Bank of America Malaysia Berhad A
4 Bank of China (Malaysia) Berhad A
5 Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad A
6 Citibank Berhad A
7 Deutsche Bank (Malaysia) Berhad A
8 Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad A
9 HSBC Bank Malaysia Berhad A
10 OCBC Bank (Malaysia) Berhad A
11 Standard Chartered Bank Malaysia Berhad A
12 The Bank of Nova Scotia Berhad A
13 J.P. Morgan Chase Bank Berhad A
14 United Overseas Bank (Malaysia) Bhd. A
15 Affin Bank Berhad T
16 Alliance Bank Malaysia Berhad T
17 AmBank (M) Berhad T
18 CIMB Bank Berhad T
19 EON Bank Berhad T
20 Hong Leong Bank Berhad T
21 Malayan Banking Berhad T
22 Public Bank Berhad T
23 RHB Bank Berhad T
Nota: Milikan; A = asing, T = tempatan

117
MAKROEKONOMI

Jadual 5.2 Senarai Bank Perdagangan Islam Berdaftar di Malaysia


Bil Nama Milikan
1 Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad A
2 Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad A
3 Asian Finance Bank Berhad A
4 Unicorn International Islamic Bank Malaysia Berhad A
5 HSBC Amanah Malaysia Berhad A
6 Standard Chartered Saadiq Berhad A
7 OCBC Al-Amin Bank Berhad A
8 RHB Islamic Bank Berhad T
9 CIMB Islamic Bank Berhad T
10 Hong Leong Islamic Bank Berhad T
11 EONCAP Islamic Bank Berhad T
12 Affin Islamic Bank Berhad T
13 AmIslamic Bank Berhad T
14 Maybank Islamic Berhad T
15 Alliance Islamic Bank Berhad T
16 Public Islamic Bank Berhad T
17 Bank Islam Malaysia Berhad T
18 Bank Muamalat Malaysia Berhad T

5.6 Fungsi bank perdagangan seperti yang telah digariskan oleh Akta
Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 termasuklah:
Fungsi Bank
Perdagangan i) mobilisasi tabungan menerusi akaun deposit
semasa, deposit simpanan dan deposit tetap serta
lain-lain instrumen kewangan

ii) memperuntukkan kemudahan serta prasarana pembayaran dan penerimaan tunai untuk
pelanggan
iii)
menyediakan kemudahan pinjaman dan pendahuluan kepada syarikat dan individu
perseorangan untuk modal kerja, pelaburan serta penggunaan
iv)
membiayai kerajaan menerusi pembelian sekuriti kerajaan dan bil perbendaharaan
v)
menyediakan lain-lain kemudahan kewangan seperti terlibat dalam urusan pertukaran asing
dan penasihat pelaburan perniagaan
Jelas sekali bahawa bank perdagangan dapat bertindak sebagai pemangkin terutama sekali dalam
menggalakkan pelaburan swasta dan menyokong pembangunan serta pertumbuhan ekonomi disebabkan
ia mempunyai jaringan hubungan yang kukuh dengan pelanggan dan entiti perniagaan, tidak kira sama ada
dalam mahupun luar negara.

118
SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

5.7 Umumnya, penawaran wang (M)6 terdiri daripada deposit


permintaan (D) serta mata wang (C), iaitu wang kertas dan syiling
Penawaran Wang seperti berikut:

M = D + C (5.1)

Justeru, bagi memahami gelagat penawaran wang, maka kita harus memahami interaksi di antara C dan D.
Kedua-dua komponen penawaran wang ini sebenarnya amat dipengaruhi oleh tingkahlaku dan interaksi
antara masyarakat, bank perdagangan dan BNM. Masyarakat akan sentiasa mengubah permintaan terhadap
jumlah dan komponen C dan D mengikut keperluan semasa mereka. Pihak bank juga turut mempengaruhi
penawaran wang menerusi aktiviti pemberian pinjaman dan penerimaan deposit yang dilakukan. Manakala
BNM pula akan mempengaruhi penawaran wang menerusi dasar monetari yang dipraktiskan seperti yang
telah diperbincangkan sebelum ini. Namun, interaksi antara masyarakat (isirumah atau individu), bank dan
BNM ini dalam proses penawaran wang boleh dirumuskan menerusi tiga pemboleh ubah iaitu nisbah mata
wang-deposit, nisbah rizab-deposit dan wang berkuasa tinggi.

Gelagat pembayaran oleh masyarakat akan menentukan jumlah mata wang yang akan dipegang berbanding
deposit. Dalam masa yang sama, nisbah mata wangdeposit ini sangat dipengaruhi oleh kos dan kemudahan
untuk pengeluaran tunai. Sebagai contoh, jika tiada mesin pengeluaran wang tunai berdekatan dengan
pengguna, maka mereka akan kurang memegang tunai tetapi sebaliknya mereka cenderung untuk
menggunakan cek daripada akaun deposit semasa dalam urusan seharian. Di samping itu, faktor bermusim
juga kuat mempengaruhi nisbah mata wang-deposit ini memandangkan isirumah kerap meminta wang
tunai yang banyak pada masa perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali.

Seterusnya, bagi nisbah rizab-deposit pula, seperti yang dinyatakan sebelum ini, nilai minimum rizab yang
perlu dipegang oleh bank perdagangan adalah ditentukan oleh BNM menerusi rizab berkanun. Namun, bank
perdagangan boleh memegang jumlah rizab ini melebihi daripada nilai minimum tersebut. Bank perdagangan
perlu memegang rizab untuk memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan terhadap pengeluaran tunai,
dan membuat pembayaran bagi pihak pelanggan apabila cek yang dikeluarkan oleh pelanggan didepositkan
di bank lain. Rentetan itu, dengan setiap bank perdagangan wajib meletakkan sejumlah rizab dalam akaun
di BNM, maka sebarang urus niaga yang melibatkan pembayaran (penerimaan) cek kepada (daripada)
bank berbeza yang dilakukan oleh individu akan hanya melibatkan perpindahan sejumlah wang dari akaun
sesebuah bank ke akaun bank yang lain di BNM. Dalam masa yang sama, bank perdagangan akan sentiasa
mempertimbangkan beberapa pemboleh ubah yang dilihat mampu mempengaruhi nisbah rizab-deposit
tersebut, iaitu kadar faedah pasaran, faktor ketidakpastian, kadar diskaun dan nisbah rizab berkanun.

Secara amnya, selain dari memegang sebahagian daripada deposit yang diterima daripada pelanggan dalam
bentuk rizab, bank perdagangan juga menggunakan sebahagian lagi daripada deposit tersebut untuk tujuan
pelaburan dan pemberian pinjaman kepada pelanggan, yang mana kedua-dua aset bank ini mampu menjana
pendapatan faedah kepada bank. Oleh yang demikian, kadar faedah pasaran yang merupakan kos lepas apabila
bank memegang rizab akan mempengaruhi kedudukan nisbah rizab-deposit tersebut. Ini turut mencerminkan
bahawa M di pasaran turut dipengaruhi oleh kadar faedah memandangkan D juga adalah sebahagian daripada
komponen M. Selain itu, satu kebaikan bagi bank memegang jumlah rizab yang besar adalah bank perdagangan
berupaya memenuhi sebarang permintaan atau keperluan tunai pelanggan yang tidak dijangka. Lantas,
semakin pihak bank tidak pasti tentang aliran bersih deposit, maka semakin besar jumlah rizab dan nisbah

6) Ini juga merupakan definisi bagi wang M1.

119
MAKROEKONOMI

rizab-deposit yang dipegang oleh bank. Seterusnya, kadar diskaun yang merupakan kos atas pinjaman
daripada BNM yang ditanggung apabila bank perdagangan membuat pinjaman bagi menutupi kekurangan
rizab dalam jangka pendek turut mempengaruhi nisbah rizab-deposit. Akhir sekali, sebarang perubahan
dalam nisbah rizab berkanun seperti yang diumumkan oleh BNM akan mempengaruhi nisbah rizab-deposit
secara langsung.

Di samping itu, BNM juga mampu mengawal penawaran wang menerusi pengawalan terhadap wang
berkuasa tinggi atau asas kewangan (B)7 yang terdiri daripada mata wang (C) dan jumlah rizab (R) yang
dipegang oleh bank perdagangan yang boleh dinyatakan seperti berikut:

B = C + R (5.2)

Persamaan (5.2) di atas juga bererti bahawa jika individu mengeluarkan RM1 daripada bank perdagangan,
maka C akan bertambah sebanyak RM1 dan dalam masa yang sama R akan berkurang sebanyak RM1,
lantas nilai B tidak akan berubah. Justeru, interaksi antara gelagat permintaan individu terhadap mata wang
dan kawalan BNM terhadap jumlah rizab bank perdagangan sudah pasti akan menentukan kedudukan
penawaran wang di pasaran pada satu-satu tempoh tertentu.

5.8 Pengganda wang (mm) pada dasarnya menunjukkan hubungan


secara matematik antara M dengan B bagi sesebuah ekonomi.
Pengganda Wang Ia juga menjelaskan bahawa kemampuan bank perdagangan
meminjamkan sebahagian wang daripada deposit yang diterima
akan meningkatkan jumlah penawaran wang dalam edaran. Ini
kerana apabila bank memberikan pinjaman, maka bank dikatakan
mencipta wang disebabkan pinjaman tersebut akan menjadi deposit baru yang boleh dikeluarkan oleh
peminjam untuk dibelanjakan. Proses pengwujudan deposit dan pinjaman baru ini dalam pasaran dipanggil
sebagai proses penciptaan kredit.

Untuk melihat bagaimana kesan pengganda wang terhadap proses penciptaan kredit, maka perbincangan
dimulakan dengan model penciptaan deposit yang mudah. Secara amnya, jika diberi nisbah rizab berkanun
sebanyak r peratus, maka apabila individu memasukkan RM1 ke dalam akaun deposit di bank, maka proses
penciptaan kredit yang berlaku akan dapat mewujudkan deposit baru bernilai RM1/r. Ini disebut sebagai
pengganda deposit dan dapat dinyatakan seperti berikut:

[Perubahan dalam rizab


Perubahan dalam jumlah deposit = [1/r] + atau deposit awal] (5.3)

7) Memandangkan asas kewangan turut mempunyai kesan pengganda terhadap penawaran wang, maka
asas kewangan juga disebut sebagai wang berkuasa tinggi.

120
SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

Berdasarkan kepada formula di atas, jika deposit awal bertambah sebanyak RM100 dan nisbah rizab
berkanun (r) ditetapkan oleh BNM sebanyak 10 peratus, maka jumlah deposit baru maksimum yang boleh
dicipta adalah sebanyak RM1,000. Namun apa yang jelas, semakin besar nilai r, maka semakin kurang jumlah
deposit baru yang boleh diwujudkan.

Walaupun begitu, untuk melihat kesan sebenar pengganda wang, maka kita perlu melihat hubungan antara
M dengan B secara terperinci. Namun, terlebih dahulu perlu difahami bahawa jumlah rizab (R) adalah terdiri
daripada jumlah rizab berkanun (RR) dan lebihan rizab (ER) seperti berikut:

R = RR + ER (5.4)

Memandangkan jumlah rizab berkanun adalah bersamaan dengan nisbah rizab berkanun darab jumlah
deposit maka:

RR = r x D (5.5)

Masukkan kembali Persamaan (5.5) ke dalam Persamaan (5.4), maka kita akan perolehi jumlah rizab sebagai:

RR = (r x D) + ER (5.6)

Persamaan (5.6) menunjukkan apabila BNM menetapkan r kurang daripada 1, maka RM1 nilai rizab boleh
menyokong penciptaan deposit baru melebihi daripada RM1.

Selanjutnya, kita perlu mengubahsuai persamaan asas kewangan (B) dengan memasukkan Persamaan (5.6)
ke dalam Persamaan (5.2) yang akan menghasilkan persamaan asas kewangan seperti berikut:

B = C + (r x D) + ER (5.7)

121
MAKROEKONOMI

Perlu juga diandaikan di sini bahawa tahap C dan lebihan rizab (ER)8 yang diingini adalah bertumbuh seiring
dengan pertumbuhan D. Justeru, kita akan perolehi:

c = C/D C = c x D (5.8)

e = ER/D ER = e x D (5.9)

Dalam kata lain, c adalah merupakan nisbah mata wang yang ditentukan oleh pendeposit manakala e adalah
nisbah lebihan rizab yang ditentukan oleh pihak bank. Bagi melihat kesan kedua-dua nisbah ini, maka kita
perlu masukkan Persamaan (5.8) dan (5.9) ke dalam Persamaan (5.7):

B = (c D) + (r D) + (e D) = (c + r + e) D (5.10)

Bahagikan kedua-dua bahagian Persamaan (5.10) dengan (c + r + e):

B
D = 1 x (5.11)
(c + r + e)

Kemudian kita ubahsuai persamaan penawaran wang dengan memasukkan Persamaan (5.8) ke dalam
Persamaan (5.1):

M = (1 + c) D (5.12)

Seterusnya masukkan Persamaan (5.11) ke dalam Persamaan (5.12).

B
M = (1 + c) (5.13)
(c + r + e)

8) Lebihan rizab (ER) ini wujud berikutan daripada tindakan bank perdagangan memegang jumlah rizab
yang melebihi daripada jumlah rizab berkanun atau rizab wajib.

122
SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

Nisbah (1 + c)/(c + r + e) dalam Persamaan (5.13) di atas sebenarnya merujuk kepada pengganda wang
(mm). Persamaan (5.13) tersebut juga dengan jelas menunjukkan bahawa untuk memperolehi penawaran
wang, maka kita perlu darabkan pengganda wang dengan asas kewangan atau wang berkuasa tinggi seperti
berikut:

M = mm B (5.14)

Rentetan itu, didapati bahawa pengganda wang amat signifikan dipengaruhi oleh nisbah c, r dan e. Secara
spesifiknya, nisbah rizab berkanun (r), nisbah mata wang (c) dan nisbah lebihan rizab (e) akan mempengaruhi
pengganda wang (mm) dan penawaran wang (M) secara negatif. Di samping itu, e juga mempunyai hubungan
negatif dengan kadar faedah di pasaran memandangkan kadar faedah di pasaran merupakan kos lepas bagi
bank perdagangan memegang rizab yang berlebihan. Sebaliknya pula, e mempunyai hubungan yang positif
dengan jangkaan aliran keluar deposit kerana pemegangan rizab yang berlebihan seolah-olah menyediakan
insurans bagi bank perdagangan menghadapi sebarang kerugian atas aliran keluar deposit tersebut.

5.9 Bagi melihat bagaimana sistem perbankan menjalankan proses


penciptaan kredit secara telus, maka kita perlu menganalisis
Penciptaan Wang kunci kira-kira bank perdagangan dan bank pusat. Secara amnya,
kunci kira-kira merupakan satu penyata yang menunjukkan
kedudukan aset, liabiliti dan ekuiti bank pada satu tarikh dalam
tahun perakaunan tertentu. Setiap kunci kira-kira harus seimbang,
yang bererti nilai aset mesti sama dengan jumlah liabiliti ditambah
ekuiti, dan dapat dinyatakan seperti berikut:

Aset = Liabiliti + Ekuiti pemilik atau nilai bersih (networth) (5.15)

Aset adalah harta atau kekayaan kepunyaan bank yang dapat memberi manfaat di masa hadapan. Berdasarkan
persamaan (5.15), jumlah aset ini mestilah sama dengan jumlah tuntutan terhadap aset tersebut. Manakala
tuntutan terhadap aset ini pula terbahagi kepada dua, iaitu pertama; liabiliti yang merupakan tuntutan pihak
luar terhadap aset bank, dan kedua; ekuiti yang merupakan tuntutan pemilik terhadap aset bank. Mengikut
Persamaan (5.15) juga, apabila aset bank bertambah sebanyak RM1, maka jumlah tuntutan terhadap aset
bank juga perlu bertambah RM1. Namun, jika liabiliti berkurang RM1, maka aset bank juga akan berkurang
RM1. Justeru, bagi mengkaji bagaimana proses penciptaan kredit oleh bank perdagangan berlaku, maka kita
perlu menganalisis setiap urus niaga berkaitan dengan menggunakan pendekatan kunci kira-kira.

123
MAKROEKONOMI

5.9.1 Andaikan Bank A merupakan bank perdagangan yang baru sahaja


ditubuhkan. Memandangkan bank perdagangan dibenarkan me-
Urus niaga I: nerima deposit atau menawarkan perkhidmatan akaun semasa,
Penerimaan maka aset tunai bank akan bertambah dan muncul akaun deposit di
deposit daripada bahagian liabiliti dalam kunci kira-kira bank perdagangan. Deposit
pelanggan dan dianggap sebagai liabiliti atau tuntutan pihak luar terhadap aset
bank kerana penyimpan atau pendeposit boleh mengeluarkan
pendepositan semula simpanan mereka pada bila-bila masa. Rentetan itu,
rizab di bank bank perdagangan akan menanggung risiko kemungkinan ramai
pusat pelanggan mengeluarkan simpanan mereka sekaligus. Oleh yang
demikian, bagi mengelakkan bank perdagangan mengalami
kekurangan tunai yang boleh mencetuskan 'kepanikan bank', maka perundangan berkaitan
telah memperuntukkan agar semua institusi yang dibenarkan menerima deposit wajib
menyimpan sejumlah (sebahagian) daripada liabiliti deposit yang diterima sebagai akaun
rizab di bank pusat. Peratusan bagi rizab ini disebut sebagai nisbah rizab berkanun atau
berwajib yang juga merupakan nilai minimum rizab yang perlu dipegang dan disimpan oleh
bank perdagangan di bank pusat. Walaupun begitu, bank perdagangan boleh membuat
keputusan untuk memegang jumlah rizab yang melebihi daripada rizab berkanun. Justeru,
rizab berlebihan ini boleh diperolehi seperti berikut:

Lebihan = Jumlah rizab sebenar Jumlah rizab (5.16)


rizab bank perdagangan berkanun

Bagi melihat kesan urus niaga penerimaan deposit ini terhadap kunci kira-kira, maka terdapat
dua kes yang boleh dianalisis. Kes pertama, andaikan individu pertama mendepositkan
RM10,000 modalnya ke dalam akaun semasanya di Bank A dan nisbah rizab berkanun yang
bank pusat tetapkan adalah sebanyak 10 peratus. Bank A kemudiannya akan terus memasukkan
kesemua deposit yang diterima itu sebagai rizab di bank pusat. Implikasinya, wujud akaun
deposit di bahagian aset kunci kira-kira individu pertama, serta wujud akaun liabiliti deposit
dan aset rizab di kunci kira-kira Bank A sebanyak RM10,000 seperti PANEL A berikut:

PANEL A: Kesan bank perdagangan memasukkan kesemua deposit sebagai


rizab berkanun (semasa proses penciptaan kredit)
Kunci Kira-kira Individu Pertama
Aset Liabiliti
RM RM
Deposit 10,000 Modal 10,000

Kunci Kira-kira Bank A


Aset Liabiliti
RM RM
Rizab 10,000 Deposit 10,000

124
SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

Kes kedua, disebabkan nisbah rizab berkanun hanya 10 peratus, maka jika diandaikan pula
Bank A hanya memegang rizab minimum sebanyak RM1,000, lantas ia mempunyai lebihan
rizab berjumlah RM9,000 yang boleh dipinjamkan kepada pelanggan seperti yang ditunjukkan
sebagai akaun pinjaman di bahagian aset kunci kira-kira Bank A. Manakala di kunci kira-kira
bank pusat pula, jumlah liabiliti rizab berkanun bank perdagangan juga bertambah sebanyak
RM1,000 seperti PANEL B berikut:

PANEL B: Kesan bank perdagangan hanya memegang nisbah rizab


berkanun yang ditetapkan oleh bank pusat
(semasa proses penciptaan kredit)
Kunci Kira-kira Bank A
Aset Liabiliti
RM RM
Rizab 1,000 Deposit 10,000
Pinjaman 9,000
10,000 10,000

Kunci Kira-kira Bank Pusat


Aset Liabiliti
RM RM
Sekuriti bon 200,000 Rizab berkanun
Aset lain 551,000 bank perdagangan 1,000
Deposit
perbendaharaan 300,000
Matawang
(wang tunai) 450,000
751,000 751,000

Contoh aset lain bagi bank pusat adalah emas dan pertukaran asing, kedudukan rizab tabung
kewangan antarabangsa, milikan hak pengeluaran khas, deposit dengan institusi kewangan,
pinjaman dan pendahuluan dan perbelanjaan tertunda. Dalam kes PANEL B di atas, Bank A
sememangnya memegang jumlah rizab minimum yang hanya mencukupi untuk memenuhi
keperluan nisbah rizab berkanun (RM10,000 10% = RM1,000). Namun, jika kemudiannya
individu pertama tadi mengeluarkan cek sebanyak RM6,000 untuk membuka akaun semasa di
Bank B pula, maka perpindahan jumlah dari akaun deposit di Bank A ke akaun deposit di Bank B
akan hanya dilakukan menerusi akaun rizab berkanun bank perdagangan di bank pusat tanpa
melibatkan sebarang perpindahan wang secara fizikal di antara kedua-dua bank terbabit. Jika
diandaikan kedua-dua bank hanya memegang jumlah rizab berwajib yang minimum, maka
implikasi akhir terhadap kunci kira-kira adalah seperti PANEL C berikut:

125
MAKROEKONOMI

PANEL C: Kesan perpindahan deposit antara bank perdagangan dengan


andaian bank perdagangan hanya memegang rizab berkanun
(semasa proses penciptaan kredit)
Kunci Kira-kira Bank A
Aset Liabiliti
RM RM
Rizab Deposit
(10% x 4,000) 400 (10,000 - 6,000) 4,000
Pinjaman 3,600
4,000 4,000

Kunci Kira-kira Bank B


Aset Liabiliti
RM RM
Rizab 600 Deposit 6,000
Pinjaman 5,400
4,000 4,000

Urus niaga yang melibatkan individu pertama memindahkan deposit dari akaun semasa
di Bank A ke Bank B tidak mengubah kedudukan akaun aset deposit dalam kunci kira-kira
individu pertama dan akaun liabiliti rizab bank perdagangan dalam kunci kira-kira bank
pusat. Namun, berlaku pengurangan jumlah deposit sebanyak RM6,000 dan rizab sebanyak
RM600 yang dipegang oleh Bank A, dan dalam masa yang sama berlaku pertambahan deposit
(RM6,000) serta rizab (RM600) yang dipegang oleh Bank B. Walaupun akaun liabiliti rizab bank
perdagangan di bank pusat tidak berubah, tetapi secara automatik berlaku perpindahan rizab
berjumlah RM600 daripada akaun Bank A kepada akaun Bank B di kunci kira-kira bank pusat.

5.9.2 Lanjutan daripada urus niaga penerimaan deposit, bank perdagangan


biasanya akan menggunakan lebihan rizab atau baki deposit
Urus niaga II: (= jumlah deposit rizab) untuk diberi sebagai pinjaman kepada
Pemberian pelanggan. Ini dilakukan bertujuan untuk 'mencipta' deposit dan
pinjaman pinjaman baru, dan seterusnya meningkatkan penawaran wang
(M1). Perlu ditegaskan di sini bahawa bank perdagangan hanya dapat
menawarkan pinjaman sekiranya ia mempunyai lebihan daripada deposit. Andaikan apabila
individu pertama mendepositkan tunai (modal) sebanyak RM10,000 ke dalam akaun semasa
di Bank A seperti di urus niaga I di atas, maka jika Bank A terus menggunakan kesemua baki
daripada deposit (lebihan rizab) yang diterima untuk diberikan pinjaman kepada individu
kedua, dan individu kedua pula seterusnya mendepositkan pinjaman tersebut ke dalam akaun
semasanya di Bank C, maka kesannya terhadap kunci kira-kira adalah seperti PANEL D berikut:

126
SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

PANEL D: Kesan pemberian pinjaman dengan andaian bank


perdagangan hanya memegang rizab berkanun minimum
(semasa proses penciptaan kredit)
Kunci Kira-kira Bank A
Aset Liabiliti
RM RM
Rizab 1,000 Deposit 10,000
Pinjaman 9,000
10,000 10,000

Kunci Kira-kira Individu Kedua


Aset Liabiliti
RM RM
Deposit 9,000 Pinjaman 9,000

Kunci Kira-kira Bank C


Aset Liabiliti
RM RM
Rizab 900 Deposit 9,000
Pinjaman 8,100
9,000 9,000

Kunci Kira-kira Bank Pusat


Aset Liabiliti
RM RM
Sekuriti bon 200,000 Rizab berkanun
Aset lain 551,900 bank perdagangan 1,900
Deposit
perbendaharaan 300,000
Matawang
(wang tunai) 450,000
751,900 751,900

Dalam kes PANEL D di atas, hanya kedudukan kunci kira-kira individu pertama sahaja
yang tidak berubah. Apa yang menarik di sini adalah akibat daripada tindakan Bank A
memberikan pinjaman kepada individu kedua, maka jumlah deposit baru yang dapat
dicipta oleh kedua-dua bank tersebut telah bertambah daripada RM10,000 (nilai deposit
asal oleh individu pertama) kepada RM19,000 (perjumlahan daripada deposit baru di Bank
A dan Bank C). Ini selanjutnya menyebabkan akaun rizab berkanun bank perdagangan
juga bertambah daripada RM1,000 kepada RM1,900. Akhirnya, jumlah penawaran wang
M1 (= mata wang + deposit) turut meningkat daripada RM460,000 kepada RM469,000.
Sebenarnya, disebabkan terdapat banyak bank perdagangan dalam pasaran, maka
dengan deposit awal RM10,000 tersebut, jumlah maksimum deposit yang mampu dicipta

127
MAKROEKONOMI

oleh sistem perbankan secara keseluruhannya adalah RM100,000 (= pengganda deposit


deposit awal) manakala jumlah pinjaman keseluruhan yang dicipta dalam proses penciptaan
kredit tersebut pula adalah RM90,000 (= pinjaman awal pengganda deposit). Proses
penciptaan kredit ini juga dapat difahami seperti Jadual 5.3 berikut:

Jadual 5.3 Pengembangan Penawaran Wang oleh Sistem Perbankan

(1) (2) (3) (4)


Bank Deposit Rizab Lebihan Pinjaman
perdagangan diterima, berkanun, =(1)-(2), diberi=(3),
RM RM RM RM

A 10,000 1,000 9,000 9,000


C 9,000 900 8,100 8,100
Lain-lain bank 81,000 8,100 72,900 72,900
Jumlah 100,000 10,000 90,000 90,000

Berdasarkan Jadual 5.3, jelas sekali bahawa lebihan daripada rizab yang dipunyai oleh bank
akan ditukar secara langsung menjadi deposit baru yang dapat dicipta. Oleh itu, semakin besar
saiz lebihan rizab, maka semakin besar potensi bank perdagangan mencipta penawaran wang.

Namun begitu, kesan terhadap kunci kira-kira akan menjadi sedikit berbeza jika diandaikan
Bank A memasukkan semua deposit yang diterima daripada individu pertama ke dalam
akaun rizabnya di bank pusat. Memandangkan nisbah rizab berkanun adalah 10 peratus,
maka Bank A hanya dapat memberikan lebihan rizab sebanyak RM9,000 sebagai pinjaman
kepada individu kedua. Kedudukan kunci kira-kira Bank A pada masa ia memberikan pinjaman
terhadap individu kedua dengan mengkreditkan jumlah pinjaman ke dalam akaun individu
kedua adalah:

Kunci Kira-kira Bank A


Aset Liabiliti
RM RM
Rizab 10,000 Deposit 19,000
Pinjaman 9,000
19,000 19,000

Lantas, dengan memberikan pinjaman terhadap individu kedua dan mengkreditkan RM9,000
ke dalam akaun individu kedua, jumlah deposit kini menjadi RM19,000 (= pinjaman + rizab).
Andaikan pula individu kedua mengeluarkan cek bernilai RM9,000 untuk membayar pembelian
motor daripada TC Motors Sdn. Bhd., dan kemudiannya TC Motors Sdn. Bhd. mendepositkan
cek tersebut dalam akaun semasa di Bank D. Seterusnya, apabila Bank D pula mendepositkan
kesemua jumlah cek tersebut dalam akaun rizabnya di bank pusat, maka kesan urus niaga ini
terhadap kunci kira-kira apabila cek tersebut telah dilunaskan adalah seperti PANEL E berikut:

128
SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

PANEL E: Kesan pemberian pinjaman dengan andaian bank perdagangan


memasukkan semua deposit sebagai rizab berkanun
(semasa proses penciptaan kredit)

Kunci Kira-kira Bank A


Aset Liabiliti
RM RM
Rizab 1,000 Deposit 10,000
Pinjaman 9,000
10,000 10,000

Kunci Kira-kira Bank D


Aset Liabiliti
RM RM
Rizab 9,000 Deposit 9,000

Walaupun begitu, bank perdagangan juga turut memperolehi tunai selain daripada deposit
seperti daripada aktiviti penjualan saham. Namun, bank perdagangan kebiasaannya tidak akan
memegang wang tunai mahupun rizab yang banyak kerana ini akan meningkatkan kos lepas
yang dipegang, iaitu kerugian dari aspek hasil faedah sekiranya tunai tersebut dilaburkan.
Justeru, jika Bank A turut memperolehi tunai berjumlah RM750,000 hasil daripada penjualan
saham, maka berkemungkinan Bank A juga akan menggunakan sebahagian tunai daripada
RM750,000 untuk diberikan sebagai pinjaman kepada pelanggan dan sebahagian lagi
dipegang sebagai rizab berlebihan (dalam bentuk vault cash). Lantas, jika Bank A memberikan
pinjaman berjumlah RM759,000 (= kesemua tunai daripada penjualan saham + pinjaman
awal), maka jumlah pinjaman keseluruhan dalam sistem perbankan yang dapat dicipta adalah
RM7.59 juta manakala jumlah deposit yang dicipta pula bernilai RM7.6 juta. Walau apapun,
nisbah pinjaman berbanding deposit yang akan diberikan ini adalah berbeza-beza antara bank
perdagangan seperti yang telah diperbincangkan sebelum ini.

5.9.3 Sebelum ini kita telah bincangkan bahawa perubahan kadar nisbah
rizab berkanun akan mengubah jumlah rizab yang dipegang oleh
Urus niaga III: bank perdagangan dan seterusnya penciptaan deposit baru dan
Kesan penawaran wang. Namun, kesan perubahan kadar nisbah rizab
perubahan berkanun ini dapat diperhalusi kepada dua kes. Bagi kes pertama,
kadar nisbah andaikan semasa individu pertama mendepositkan tunai RM10,000
ke dalam akaun semasanya di Bank A (urus niaga 1), bank pusat
rizab berkanun mengumumkan kenaikan kadar rizab berkanun daripada 10 peratus
kepada 20 peratus. Ini akan menyebabkan jumlah rizab minimum yang wajib dipegang oleh
Bank A di bank pusat meningkat, lantas ia akan mengurangkan jumlah pinjaman dan deposit
baru yang boleh dicipta. Kesan urus niaga ini terhadap kunci kira-kira adalah:

129
MAKROEKONOMI

PANEL F: Kesan perubahan kadar nisbah rizab berkanun daripada 10


peratus kepada 20 peratus (semasa proses penciptaan kredit)
Kunci Kira-kira Bank A
Aset Liabiliti
RM RM
Rizab 2,000 Deposit 10,000
Pinjaman 8,000
10,000 10,000

Kunci Kira-kira Bank Pusat


Aset Liabiliti
RM RM
Sekuriti bon 200,000 Rizab berkanun
Aset lain 552,000 bank perdagangan 2,000
Deposit
perbendaharaan 300,000
Matawang
(wang tunai) 450,000
752,000 752,000

Dengan bertambahnya rizab berkanun di bank pusat, maka bank pusat dapat menggunakan
rizab tersebut untuk meningkatkan pemegangan aset lain yang mampu menjana hasil faedah.
PANEL F jelas menunjukkan bahawa pertambahan RM1,000 rizab berkanun di bank pusat juga
telah meningkatkan jumlah aset lain yang bank pusat pegang sebanyak RM1,000 berbanding
dengan kes di PANEL B. Selain itu, berikutan daripada kenaikan nisbah rizab berkanun, maka
Bank A terpaksa menambah RM1,000 lagi pegangan rizab di bank pusat, dan dalam masa
yang sama ia turut mengurangkan jumlah pinjaman yang dapat diberi juga sebanyak RM1,000.
Seterusnya, pengurangan pinjaman ini akan juga mengurangkan penciptaan deposit baru oleh
kesemua bank perdagangan hanya kepada RM50,000 (= pengganda deposit terbaru deposit
awal) seperti PANEL G berikut:

PANEL G: Kesan peningkatan kadar nisbah rizab berkanun


(selepas proses penciptaan kredit)
Kunci Kira-kira Semua Bank Perdagangan
Aset Liabiliti
RM RM
Rizab 10,000 Deposit 50,000
Pinjaman 40,000
50,000 50,000

130
SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

Kunci Kira-kira Bank Pusat


Aset Liabiliti
RM RM
Sekuriti bon 200,000 Rizab berkanun
Aset lain 560,000 bank perdagangan 10,000
Deposit
perbendaharaan 300,000
Matawang
(wang tunai) 450,000
760,000 760,000

Sebaliknya, jika nisbah rizab berkanun diturunkan kepada 5 peratus, maka jumlah deposit
baru yang dapat dicipta adalah RM200,000 dan penawaran wang turut bertambah kepada
RM650,000 (= mata wang + deposit baru maksimum). Kesan perubahan nisbah rizab berkanun
ini juga dapat difahami menerusi Jadual 5.4 berikut:

Jadual 5.4 Kesan Perubahan Kadar Nisbah Rizab Berkanun


terhadap Penciptaan Kredit

(1) (2) (3) (4) (5) (6) (7)


Nisbah Deposit Rizab Rizab Lebihan Potensi Potensi
rizab awal, sebenar, berkanun, rizab penciptaan penciptaan
berkanun, RM RM RM =(3)-(4), kredit kredit
% RM kes satu sistem
bank=(5), perbankan,
RM RM

5 10,000 1,000 500 500 500 10,000


10 10,000 1,000 1,000 0 0 0
20 10,000 1,000 2,000 -1,000 -1,000 -5,000

Daripada Jadual 5.4, didapati apabila nisbah rizab berkanun kekal 10 peratus, maka tiada
lebihan rizab yang boleh digunakan oleh bank untuk mencipta kredit. Tetapi, apabila nisbah
rizab berkanun dikurangkan kepada 5 peratus, maka wujud lebihan rizab yang membolehkan
bank pertama menambah pemberian pinjaman sebanyak RM500, dan jumlah lebihan rizab
ini juga dapat menyokong pembentukan pinjaman dan deposit baru bagi sistem perbankan
berjumlah RM10,000.

Sebaliknya, jika nisbah rizab berkanun dinaikkan kepada 20 peratus, maka berlaku kekurangan rizab
yang dipegang sebanyak RM1,000. Rentetan itu, bank perdagangan pertama perlu menambah
lagi rizab yang dipegang dan dalam masa yang sama mengurangkan jumlah pinjaman yang boleh
diberi sebanyak RM1,000. Seterusnya, pengurangan pinjaman sebanyak RM1,000 oleh bank

131
MAKROEKONOMI

pertama tersebut sebenarnya akan menyebabkan jumlah pinjaman baru yang dapat dicipta
oleh sistem perbankan berkurang sebanyak RM5,000. Namun, apabila pengurangan jumlah
pinjaman baru oleh kesemua bank perdagangan diambilkira, maka akhirnya jumlah deposit
baru yang dapat dicipta turut menurun dengan banyak.

Seterusnya, bagi kes kedua pula, analisis berkaitan kesan perubahan nisbah rizab berkanun ini
juga dapat dilakukan secara berlawanan yang mana bank pusat tidak menetapkan nisbah rizab
berkanun yang baru tetapi bank pusat menetapkan tahap penawaran wang yang diingini.
Andaikan deposit awal oleh individu pertama di Bank A sebanyak RM10,000 dengan nisbah
rizab berkanun adalah 10 peratus memberikan kedudukan kunci kira-kira bagi semua bank
perdagangan dan bank pusat pada akhirnya adalah seperti PANEL H berikut:

PANEL H: Kedudukan kunci kira-kira sistem perbankan tanpa ada


perubahan jumlah penawaran wang yang diingini oleh bank pusat
(selepas proses penciptaan kredit)
Kunci Kira-kira Semua Bank Perdagangan
Aset Liabiliti
RM RM
Rizab 10,000 Deposit 100,000
Pinjaman 90,000
100,000 100,000

Kunci Kira-kira Bank Pusat


Aset Liabiliti
RM RM
Sekuriti bon 200,000 Rizab berkanun
Aset lain 560,000 bank perdagangan 10,000
Deposit
perbendaharaan 300,000
Matawang
(wang tunai) 450,000
760,000 760,000

Kes PANEL H di atas memberikan jumlah penawaran wang sebanyak RM550,000. Seterusnya
andaikan bank pusat inginkan agar jumlah penawaran wang baru dalam pasaran bertambah
menjadi RM650,000. Memandangkan jumlah wang dalam edaran yang diberi adalah RM450,00,
maka rizab semasa yang berjumlah RM10,000 ini sebenarnya hanya mampu menyokong
kewujudan deposit berjumlah RM200,000 (=650,000 - 450,000). Justeru, nisbah rizab berkanun
perlu dikurangkan kepada 5 peratus (=10,000/200,000), yang memberikan kedudukan akhir
kunci kira-kira seperti PANEL I berikut:

132
SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

PANEL I: Kedudukan kunci kira-kira sistem perbankan selepas ada


perubahan jumlah penawaran wang yang diingini oleh bank pusat
(selepas proses penciptaan kredit)
Kunci Kira-kira Semua Bank Perdagangan
Aset Liabiliti
RM RM
Rizab 10,000 Deposit 200,000
Pinjaman 190,000
200,000 200,000

Kunci Kira-kira Bank Pusat


Aset Liabiliti
RM RM
Sekuriti bon 200,000 Rizab berkanun
Aset lain 560,000 bank perdagangan 10,000
Deposit
perbendaharaan 300,000
Matawang
(wang tunai) 450,000
760,000 760,000

Secara tidak langsung, didapati pengurangan dalam nisbah rizab berkanun akan menambahkan
jumlah penawaran wang menerusi perubahan dalam nilai pengganda deposit serta pengganda
wang.

5.9.4 Apabila situasi dan prospek ekonomi tidak stabil, berisiko dan
menyebabkan bank perdagangan mengalami masalah kecairan,
Urus niaga IV: maka bank pusat biasanya akan menghulurkan bantuan pinjaman
Kesan pinjaman kepada bank-bank terbabit. Seperti yang telah dibincangkan sebelum
daripada bank ini, kadar diskaun merupakan kos peminjaman yang ditanggung
pusat oleh bank perdagangan apabila meminjam daripada bank pusat
bagi menutupi kekurangan kecairan yang dihadapi. Justeru, jika bank
pusat ingin meningkatkan penawaran wang dan menggalakkan
bank perdagangan meminjam untuk memperolehi dana tambahan, maka bank pusat akan
mengurangkan kos peminjaman dengan mengurangkan kadar diskaun. Sebaliknya, jika bank
pusat tidak menggalakkan bank untuk meminjam bagi menambah penciptaan kredit, maka bank
pusat akan meningkatkan kadar diskaun. Secara tidak langsung, bank pusat sebenarnya dapat
mengawal penawaran wang dengan mengubah kadar diskaun. Peranan kadar diskaun yang
aktif dalam mengawal penawaran wang ini hanya akan berfungsi sekiranya bank perdagangan
kerap meminjam pada jumlah yang besar. Namun, bagi kebanyakan negara-negara maju
seperti Amerika Syarikat (USA), Federal Reserve yang bertindak sebagai bank pusat USA jarang
memberikan pinjaman dan kebanyakan pinjaman tersebut adalah dalam jumlah (nilai) yang kecil
sahaja. Walaupun pinjaman daripada bank pusat ini pada amnya bertujuan untuk meningkatkan

133
MAKROEKONOMI

kecairan bank perdagangan, tetapi bank pusat seringkali menggunakan pelbagai kaedah
pujukan moral untuk tidak menggalakkan bank perdagangan meminjam daripada bank pusat.
Ini ditambah lagi dengan tindakan bank pusat yang lebih mementingkan operasi pasaran
terbuka dalam mengawal penawaran wang di pasaran.

Bagi mengkaji kesan pinjaman ini, andaikan selepas menerima deposit RM10,000 daripada
individu pertama, maka Bank A membuat pinjaman daripada bank pusat sebanyak RM5,000.
Implikasinya terhadap kunci kira-kira adalah seperti PANEL J berikut dengan andaian nisbah
rizab berkanun adalah 10 peratus:

PANEL J: Kesan pinjaman daripada bank pusat


(semasa proses penciptaan kredit)

Kunci Kira-kira Bank A


Aset Liabiliti
RM RM
Rizab 1,000 Deposit 10,000
Pinjaman 14,000 Pinjaman
daripada BNM 5,000
15,000 15,000

Kunci Kira-kira Bank Pusat


Aset Liabiliti
RM RM
Sekuriti bon 200,000 Rizab berkanun
Pinjaman bank perdagangan 1,000
kepada bank Deposit
perdagangan 5,000 perbendaharaan 300,000
Aset lain 546,000 Matawang
(wang tunai) 450,000
751,000 751,000

Pinjaman daripada bank pusat telah mewujudkan liabiliti pinjaman di kunci kira-kira Bank A
dan aset pinjaman di kunci kira-kira bank pusat berjumlah RM5,000. Dalam masa yang sama,
jumlah aset rizab di kunci kira-kira bank perdagangan dan liabiliti rizab berkanun di kunci
kira-kira bank pusat masih kekal RM1,000. Ini disebabkan pinjaman daripada bank pusat tidak
tertakluk kepada tuntutan nisbah rizab berkanun. Memandangkan pinjaman daripada bank
pusat ini dapat digunakan dalam proses penciptaan kredit, maka jumlah pinjaman daripada
bank pusat tersebut sebenarnya dapat menyokong penciptaan deposit serta pinjaman baru
oleh bank perdagangan pada jumlah yang sama iaitu RM50,000 (= pengganda deposit
jumlah pinjaman bank pusat = 10 x RM5,000). Kesan keseluruhan pinjaman daripada bank
pusat ini dapat ditunjukkan seperti PANEL K berikut:

134
SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

PANEL K : Kesan akhir pinjaman daripada bank pusat


(selepas proses penciptaan kredit)

Kunci Kira-kira Semua Bank Perdagangan


Aset Liabiliti
RM RM
Rizab (+5,000) 15,000 Deposit (+50,000) 150,000
Pinjaman 140,000 Pinjaman daripada
BNM (+5,000) 5,000
155,000 155,000

Kunci Kira-kira Bank Pusat


Aset Liabiliti
RM RM
Sekuriti bon 200,000 Rizab berkanun
Pinjaman bank perdagangan 15,000
kepada bank Deposit
perdagangan 5,000 perbendaharaan 300,000
Aset lain 560,000 Matawang
(wang tunai) 450,000
765,000 765,000

Secara keseluruhannya, jika dibandingkan dengan PANEL H yang tiada pinjaman daripada bank
pusat, maka kes PANEL K di atas menunjukkan deposit dan pinjaman sistem perbankan telah
bertambah sebanyak RM50,000 manakala jumlah pegangan rizab semua bank perdagangan
bertambah RM5,000. Jelas sekali pinjaman daripada bank pusat telah dapat meningkatkan
penawaran wang kepada RM600,000 berbanding RM550,000 pada awalnya (tanpa kewujudan
pinjaman daripada bank pusat seperti kes di PANEL H).

5.9.5 Secara umumnya, imbangan akaun fiskal kerajaan akan menjadi


defisit sekiranya jumlah perbelanjaan kerajaan melebihi daripada
Urus niaga V: jumlah kutipan hasil kerajaan pada satu-satu tahun tertentu. Justeru,
Kesan operasi disebabkan Perbendaharaan (Kementerian Kewangan) tidak boleh
pasaran terbuka mencetak wang sewenang-wenangnya bagi membiayai defisit fiskal
tersebut, maka Perbendaharaan biasanya akan menerbitkan bil
perbendaharaan, bon dan sekuriti kerajaan untuk menutupi defisit
tersebut. Kesemua instrumen kewangan yang diterbitkan ini pula memerlukan Perbendaharaan
membayar belanja faedah dan nilai muka kepada pemegangnya pada tarikh matang sekuriti
tersebut. Kebiasaannya juga, sekuriti kerajaan ini akan dipegang oleh institusi (termasuk bank
pusat serta bank perdagangan) dan individu. Selain itu, sekuriti kerajaan ini juga kerap dijual
semula dan didagangkan di pasaran kewangan sekunder. Ini berikutan daripada berlakunya turun
naik dalam harga dan pulangan (faedah) atas pemegangan bon atau sekuriti kerajaan tersebut.

135
MAKROEKONOMI

Rentetan itu, bank pusat dilihat sering menggunakan aktiviti penjualan sekuriti dan bon
kerajaan untuk mengawal penawaran wang dan kadar faedah dalam pasaran. Sebagai contoh,
PANEL L berikut menunjukkan kedudukan kunci kira-kira individu pertama, Bank A dan bank
pusat selepas individu pertama mendepositkan RM10,000 ke dalam akaun semasanya di Bank
A dengan andaian Bank A hanya memegang rizab berkanun minimum (10 peratus):

PANEL L: Kesan penerimaan deposit daripada individu pertama


(semasa proses penciptaan kredit)

Kunci Kira-kira Individu Pertama


Aset Liabiliti
RM RM
Deposit 10,000 Modal 10,000

Kunci Kira-kira Bank A


Aset Liabiliti
RM RM
Rizab 1,000 Deposit 10,000
Pinjaman 9,000
10,000 10,000

Kunci Kira-kira Bank Pusat


Aset Liabiliti
RM RM
Sekuriti bon 200,000 Rizab berkanun
Aset lain 551,000 bank perdagangan 1,000
Deposit
perbendaharaan 300,000
Matawang
(wang tunai) 450,000
751,000 751,000

Sekiranya tiada pinjaman daripada bank pusat yang diterima oleh bank perdagangan dan
tiada urus niaga operasi pasaran terbuka yang berlaku, maka kedudukan akhir kunci kira-kira
semua bank perdagangan dan bank pusat selepas berlakunya proses penciptaan kredit adalah
seperti PANEL M berikut:

136
SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

PANEL M: Kesan akhir tanpa berlakunya urus niaga operasi pasaran terbuka
(selepas proses penciptaan kredit)

Kunci Kira-kira Semua Bank Perdagangan


Aset Liabiliti
RM RM
Rizab 10,000 Deposit 100,000
Pinjaman 90,000
100,000 100,000

Kunci Kira-kira Bank Pusat


Aset Liabiliti
RM RM
Sekuriti bon 200,000 Rizab berkanun
Aset lain 560,000 bank perdagangan 10,000
Deposit
perbendaharaan 300,000
Matawang
(wang tunai) 450,000
760,000 760,000

Andaikan pula bank pusat ingin mengurangkan penawaran wang dalam pasaran bagi
meminimumkan masalah inflasi dengan menjual sekuriti kerajaan sebanyak RM400 kepada
Bank A. Implikasinya adalah seperti yang dipaparkan oleh PANEL N berikut:

PANEL N: Kesan pembelian sekuriti kerajaan oleh bank perdagangan


(semasa proses penciptaan kredit)

Kunci Kira-kira Bank A


Aset Liabiliti
RM RM
Rizab 600 Deposit 10,000
Pinjaman 9,000
Sekuriti bon 400
10,000 10,000

137
MAKROEKONOMI

Kunci Kira-kira Bank Pusat


Aset Liabiliti
RM RM
Sekuriti bon 199,600 Rizab berkanun
Aset lain 551,000 bank perdagangan 600
Deposit
perbendaharaan 300,000
Matawang
(wang tunai) 450,000
750,600 750,600

Dengan membeli sekuriti kerajaan daripada BNM, didapati aset rizab di kunci kira-kira Bank A
dan liabiliti rizab berkanun di kunci kira-kira bank pusat telah berkurangan sebanyak RM400
yang menyamai nilai sekuriti kerajaan yang dijual oleh bank pusat kepada bank perdagangan.
Ini bererti bank pusat menerima pembayaran daripada penjualan sekuriti kerajaan tersebut
menerusi pengurangan dalam akaun rizab Bank A di bank pusat. Dalam masa yang sama,
wujud akaun aset sekuriti kerajaan di kunci kira-kira Bank A dan berlaku pengurangan nilai
aset bon kerajaan dalam kunci kira-kira bank pusat sebanyak RM400. Walaupun begitu,
satu perkara yang perlu diselaraskan adalah rizab berkanun yang dipegang oleh Bank A kini
tidak mencukupi memandangkan Bank A wajib memegang sekurang-kurangnya 10 peratus
daripada nilai deposit yang diterima (RM10,000) sebagai rizab di bank pusat. Ini bererti Bank
A mengalami kekurangan rizab sebanyak RM400. Rentetan itu, bagi memenuhi keperluan
perundangan, maka Bank A perlu mengurangkan deposit yang diterima daripada RM10,000
kepada RM6,000. Ini bererti berlaku pengurangan deposit sebanyak pengganda wang didarab
dengan jumlah sekuriti yang dijual (atau perubahan dalam rizab). Seterusnya, jumlah pinjaman
maksimum yang boleh ditawarkan oleh Bank A hanya sebanyak RM5,400 (= deposit terkini
- rizab terkini) sahaja. Tetapi disebabkan Bank A juga menggunakan deposit yang diterima
tersebut bagi membiayai pembelian sekuriti kerajaan sebelum ini, maka jumlah pinjaman yang
boleh diberikan oleh Bank A hanyalah RM5,000 (= deposit - rizab - sekuriti) seperti berikut:

Kunci Kira-kira Bank A


Aset Liabiliti
RM RM
Rizab 600 Deposit 6,000
Pinjaman 5,000
Sekuriti bon 400
6,000 6,000

138
SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

Kesan akhir terhadap kunci kira-kira selepas proses penciptaan kredit berlaku dengan kewujudan
pembelian sekuriti kerajaan oleh bank perdagangan adalah seperti PANEL O berikut:

PANEL O: Kesan akhir pembelian sekuriti kerajaan oleh bank perdagangan


(selepas proses penciptaan kredit)
Kunci Kira-kira Semua Bank Perdagangan
Aset Liabiliti
RM RM
Rizab 6,000 Deposit 60,000
Pinjaman 53,600
Sekuriti bon 400
60,000 60,000

Kunci Kira-kira Bank Pusat


Aset Liabiliti
RM RM
Sekuriti bon 199,600 Rizab berkanun
Aset lain 556,400 bank perdagangan 6,000
Deposit
perbendaharaan 300,000
Matawang
(wang tunai) 450,000
756,000 756,000

Jelas sekali bahawa aktiviti pembelian bon kerajaan oleh bank perdagangan daripada
bank pusat telah mengurangkan penawaran wang daripada RM550,000 (PANEL M) kepada
RM510,000 (PANEL O). Keadaan sebaliknya akan berlaku, yang mana penawaran wang akan
bertambah sekiranya bank perdagangan menjual kembali kesemua atau sebahagian daripada
sekuriti yang dipegang kepada bank pusat, atau dalam erti kata lain bank pusat membeli
semula sekuriti kerajaan tersebut daripada bank perdagangan.

Walaupun begitu, terdapat sedikit perbezaan kesan operasi pasaran terbuka ini terhadap kunci
kira-kira sekiranya sekuriti kerajaan itu dijual oleh bank pusat kepada individu. Katakanlah
selepas individu pertama mendepositkan RM10,000 ke dalam akaun semasanya di Bank A,
maka bank pusat menawarkan untuk menjual sekuriti kerajaan yang dipegangnya sebanyak
RM400. Inividu pertama tadi pula berminat untuk membeli sekuriti kerajaan tersebut, namun
perlu ditegaskan di sini bahawa individu pertama tersebut hanya boleh membeli sekuriti
kerajaan terbabit menerusi akaunnya di bank perdagangan sahaja. Justeru, individu pertama
tersebut akan mengeluarkan cek untuk membayar pembelian sekuriti kerajaan tersebut.
Kesannya adalah seperti PANEL P berikut:

139
MAKROEKONOMI

PANEL P: Kesan pembelian sekuriti kerajaan oleh individu


(semasa proses penciptaan kredit)
Kunci Kira-kira Individu Pertama
Aset Liabiliti
RM RM
Deposit 9,600 Modal 10,000
Sekuriti bon 400
10,000 10,000

Kunci Kira-kira Bank A


Aset Liabiliti
RM RM
Rizab 600 Deposit 9,600
Pinjaman 9,000
9,600 9,600

Kunci Kira-kira Bank Pusat


Aset Liabiliti
RM RM
Sekuriti bon 199,600 Rizab berkanun
Aset lain 551,000 bank perdagangan 600
Deposit
perbendaharaan 300,000
Matawang
(wang tunai) 450,000
750,600 750,600

Didapati jumlah aset deposit semasa individu pertama telah berkurang sebanyak RM400
dan wujud akaun aset sekuriti kerajaan dalam kunci kira-kira individu pertama. Seterusnya,
disebabkan individu pertama membuat pembayaran ke atas pembelian sekuriti kerajaan dengan
menggunakan cek, maka jumlah deposit di Bank A juga berkurang sebanyak RM400. Bank pusat
pula akan menerima pembayaran atas jualan sekuriti kerajaan itu menerusi akaun rizab Bank
A di bank pusat, lantas ini menyebabkan aset rizab di kunci kira-kira Bank A dan liabiliti rizab
berkanun di bank pusat berkurangan sebanyak nilai sekuriti yang dijual iaitu RM4009. Begitu
juga aset sekuriti kerajaan di kunci kira-kira bank pusat turut berkurang RM400. Seperkara yang
menarik di sini adalah tidak wujud sebarang akaun sekuriti kerajaan dalam kunci kira-kira Bank
A memandangkan Bank A tidak membeli sebarang sekuriti kerajaan yang dijual oleh bank pusat.
Namun, disebabkan jumlah rizab berkanun yang dipegang oleh Bank A tidak mencukupi, lantas
Bank A perlu mengurangkan deposit yang diterima daripada RM9,600 kepada RM6,000. Ini

9) Ini menunjukkan bahawa penjualan sekuriti akan mengurangkan liabiliti rizab bank pusat,
sebaliknya pembelian sekuriti oleh bank pusat akan hanya menyebabkan bank pusat mewujudkan
liabiliti rizab baru terutama apabila bank pusat mengeluarkan cek untuk membuat pembayaran
atas pembelian semula sekuriti kerajaan tersebut tidak kira sama ada daripada individu mahupun
bank perdagangan.

140
SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

selanjutnya akan hanya membolehkan Bank A memberikan pinjaman maksimum berjumlah


RM5,400 seperti berikut:

Kunci Kira-kira Bank A


Aset Liabiliti
RM RM
Rizab 600 Deposit 6,000
Pinjaman 5,400
6,000 6,000

Akhir sekali, selepas selesai proses penciptaan kredit, maka kedudukan kunci kira-kira kesemua
bank perdagangan dan bank pusat dalam pasaran kewangan adalah seperti yang ditunjukkan
oleh PANEL Q berikut:

PANEL Q: Kesan akhir penjualan sekuriti kerajaan kepada individu


(selepas proses penciptaan kredit)
Kunci Kira-kira Kesemua Bank Perdagangan
Aset Liabiliti
RM RM
Rizab 6,000 Deposit 60,00
Pinjaman 54,000
60,000 60,000

Kunci Kira-kira Bank Pusat


Aset Liabiliti
RM RM
Sekuriti bon 199,600 Rizab berkanun
Aset lain 556,400 bank perdagangan 6,000
Deposit
perbendaharaan 300,000
Matawang
(wang tunai) 450,000
756,000 756,000

Sekali lagi terbukti bahawa penjualan sekuriti kerajaan kepada individu turut mengurangkan
penawaran wang daripada RM550,000 (PANEL M) kepada RM510,000 (PANEL Q). Kesimpulannya,
penjualan sekuriti kerajaan oleh bank pusat akan mengurangkan penawaran wang manakala
pembelian sekuriti kerajaan oleh bank pusat, tidak kira sama ada daripada bank perdagangan
mahupun orang ramai, akan menambahkan bekalan penawaran wang dalam pasaran.

141
MAKROEKONOMI

5.10 1) Apakah perbezaan antara kadar faedah dengan


kadar diskaun? Jelaskan hubungan antara kadar
Soalan Latihan faedah dengan kadar diskaun.

2) Adakah kunci kira-kira bank perdagangan serta


penawaran wang dipengaruhi atau mempengaruhi
kegawatan ekonomi?

3) Huraikan andaian dalam proses penciptaan wang/penggandaan wang.

4) Dengan contoh berangka, bincangkan penciptaan kredit oleh bank perdagangan dengan
menggunakan:

a) akaun T.

b) jadual.

5) Berdasarkan jawapan pada Soalan 4, hitung:

a) pertambahan jumlah deposit semasa.

b) pertambahan jumlah rizab wajib.

c) pertambahan jumlah pinjaman.

d) pertambahan jumlah penawaran wang/bekalan wang jika deposit semasa awal


berbentuk cek.

e) pertambahan jumlah penawaran wang/bekalan wang jika deposit semasa awal


berbentuk wang tunai.

6) Berdasarkan jawapan Soalan (5), rumuskan keputusan proses penciptaan kredit itu dalam:

a) kunci kira-kira bank pusat.

b) kunci kira-kira semua bank perdagangan.

7) Huraikan faktor yang menghadkan proses penciptaan kredit, atau faktor yang menyebabkan
penciptaan kredit tidak mencapai jumlah maksimum.

8) Ketakstabilan politik di negara T telah menyebabkan kebanyakan individu mengeluarkan


deposit mereka di bank perdagangan dalam negara T. Jelaskan impak situasi ini terhadap
pengganda wang, wang berkuasa tinggi dan penawaran wang.

9) Apakah fungsi utama Bank Pusat?

10) Terangkan maksud peranan Bank Pusat sebagai sumber pinjaman terakhir.

11) Kenapakah penggunaan kaedah kadar diskaun dikatakan kurang berkesan untuk mempengaruhi
penawaran wang berbanding dengan kaedah nisbah rizab wajib?

12) Andaikan Bank Pusat menetapkan penawaran wang sebagai dasar sasaran (targeting policy).
Jelaskan bagaimana Bank Pusat dapat mengembangkan penawaran wang dalam pasaran
menerusi penggunaan alat/kaedah nisbah rizab berkanun, kadar diskaun dan operasi pasaran
terbuka.

142
SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

13) Apabila wang didepositkan ke dalam akaun semasa bank perdagangan, maka wang tersebut
terkeluar daripada edaran. Adakah pengdepositan wang tersebut akan mengurangkan jumlah
penawaran wang? Jelaskan.

14) Apabila bank perdagangan memberikan pinjaman kepada orang ramai, maka ia dapat mencipta
wang. Adakah jumlah penawaran wang akan berkurangan apabila pinjaman tersebut dibayar
semula? Jelaskan.

15) Sekiranya peminjam tidak membayar semula pinjaman mereka kepada bank, maka ini akan
menyebabkan bank mengalami masalah kecairan seperti yang berlaku dalam krisis sub-prima
di USA dulu. Apakah impak daripada situasi tersebut kepada penawaran wang oleh sektor
perbankan? Apakah yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memperbaiki krisis tersebut
dan seterusnya memulihkan kembali keyakinan masyarakat terhadap sektor perbankan?

16) Andaikan individu A mendepositkan wang sebanyak RM 20,000 ke dalam akaun semasa di
Bank Z. Sejam kemudian, individu A telah berjaya mendapat pinjaman daripada Bank Z tersebut
sebanyak RM2,000. Tunjukkan kesan penerimaan pinjaman oleh individu A itu terhadap kunci
kira-kira Bank Z dengan andaian nisbah rizab berkanun ialah 20%.

17) Andaikan sebuah syarikat perkilangan mendepositkan cek bernilai RM50 juta dan wang tunai
bernilai RM10 juta dalam akaun bank perdagangan. Bank pusat pula menetapkan nisbah rizab
berkanun adalah 25%.

a) Tentukan nilai pengganda wang dan beri interpretasi nilai tersebut.

b) Tentukan jumlah pertambahan deposit yang boleh dicipta oleh sistem


perbankan tersebut.

c) Tentukan jumlah pertambahan penawaran wang maksimum yang dapat dicipta


oleh sistem perbankan tersebut.

d) Rumuskan pengiraan anda dalam kunci kira-kira Bank Pusat dan Kunci Kira-
kira Semua Bank Perdagangan.

e) Jika setiap kali menjelang perayaan, masyarakat mengeluarkan wang tunai


sebanyak RM2 juta untuk menampung perbelanjaan menyambut perayaan
tersebut, tentukan jumlah pertambahan penawaran wang yang dapat dicipta
oleh sistem perbankan tersebut.

18) Berikut merupakan kunci kira-kira Bank Perdagangan Y di Negara G (semua nilai dalam RM
juta). Nisbah rizab wajib ialah 10%.
Bank Perdagangan Y
Aset Liabiliti
Rizab 500 3,000 Deposit
Pinjaman 3,000

a) Adakah Bank Y memegang rizab yang mencukupi atau berlebihan? Jelaskan.

b) Tentukan pengganda wang dan jumlah deposit maksimum yang dapat dicipta
dalam sistem bank negara G itu.

143
MAKROEKONOMI

c) Mengapakah apabila Bank perdagangan meningkatkan rizab sebanyak RM1,


maka deposit akan meningkat melebihi RM1? Bagaimanakah akan berlakunya
peningkatan deposit tersebut hanya bersamaan dengan RM1?

d) Sekiranya masyarakat mengubah gelagat pembelian mereka daripada membayar


secara tunai kepada pembayaran secara cek Bank Y sebanyak RM1,000 juta:

i) Tunjukkan kesan perubahan gelagat masyarat tersebut terhadap


kunci kira-kira Bank Y.

ii) Tentukan jumlah maksimum baru yang dapat dicipta.

iii) Tentukan jumlah penawaran wang.

19) Berikut merupakan kunci kira-kira bank pusat Negara A dan kunci kira-kira bagi semua bank
perdagangan di Negara A. (Semua nilai dalam RM Juta)

Bank Pusat
Aset Liabiliti dan ekuiti pemilik
Sekuriti 130 60 Rizab bank perdagangan
Pinjaman kepada bank 10 Deposit Perbendaharaan
perdagangan 10 70 Nota bank pusat negara A
Jumlah aset 140 140 Jumlah liabiliti dan ekuiti

Semua Bank Perdagangan


Aset Liabiliti
Rizab 60 300 Deposit
Sekuriti/bon 130 10 Pinjaman bank pusat
Pinjaman 120
Jumlah aset 310 310 Jumlah liabiliti dan ekuiti

a) Hitung nisbah rizab wajib.

b) Jumlah penawaran wang.

c) Jika diandaikan bank pusat mengurangkan rizab wajib sebanyak 5%, tentukan
jumlah deposit tambahan yang dapat dicipta oleh sistem perbankan tersebut.

d) Tunjukkan kunci kira-kira bank pusat dan semua bank perdagangan negara A
jika bank pusat membeli jumlah sekuriti/bon maksimum yang dipegang oleh
bank perdagangan.

20) Berikut adalah kunci kira-kira bank pusat dan bank perdagangan sebelum pinjaman wang
daripada bank pusat dibuat. (Semua nilai dalam RM Juta)
Bank Pusat
Aset Liabiliti
Sekuriti 200 40 Rizab
60 Mata wang

144
SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

Bank Perdagangan
Aset Liabiliti
Rizab 40 200 Deposit
Pinjaman 160

a) Jelaskan butiran yang terdapat dalam kunci kira-kira di atas.

b) Kira nisbah rizab wajib.

c) Kira penawaran wang M1.

d) Apakah maksud kadar diskaun?

e) Bagaimanakah kadar diskaun mempengaruhi penawaran wang M1?

f) Jika Bank Perdagangan meminjam wang dari Bank Pusat sebanyak RM50 juta:

i) tunjukkan Kunci Kira-kira semasa urusniaga berlaku dan selepas


proses penciptaan kredit berlaku sepenuhnya.

ii) berapakah penawaran wang M1 semasa urusniaga ini berlaku dan


selepas penciptaan kredit berlaku sepenuhnya?

21) Berikut adalah kunci kira-kira bank pusat, bank perdagangan dan Syarikat Maju Jaya. (Semua
nilai dalam RM juta).

Bank Pusat
Aset Liabiliti
Sekuriti 800 160 Rizab
640 Mata wang

Bank Perdagangan
Aset Liabiliti
Rizab 160 800 Deposit
Pinjaman 640

Syarikat Maju Jaya


Aset Liabiliti
Deposit 40 0 Hutang
40 Net worth

a) Jelaskan butiran yang terdapat dalam kunci kira-kira di atas.

b) Apakah maksud nisbah rizab wajib?

c) Kira nisbah rizab wajib.

d) Kira penawaran wang M1.

e) Apakah maksud operasi pasaran terbuka?

145
MAKROEKONOMI

f) Bagaimanakah operasi pasaran terbuka mempengaruhi penawaran wang M1?

g) Jika Syarikat Maju Jaya membeli sekuriti kerajaan sebanyak RM20 juta dalam
operasi pasaran terbuka,

i) tunjukkan kunci Kira-kira semasa urusniaga ini berlaku.

ii) tunjukkan kunci kira-kira selepas proses penciptaan kredit berlaku


sepenuhnya.

iii) berapakah penawaran wang M1 semasa urusniaga ini berlaku dan


selepas proses penciptaan kredit berlaku sepenuhnya?

22) Andaikan masyarakat mendepositkan beberapa keping cek bernilai RM100 juta dan wang tunai
bernilai RM30 juta ke dalam akaun semasa bank perdagangan. Bank pusat pula menetapkan
nisbah rizab wajib adalah 20%.

a) Tentukan nilai pengganda wang dan beri interpretasi nilai tersebut.

b) Tentukan jumlah pertambahan deposit maksimum yang boleh dicipta oleh


sistem perbankan tersebut.

c) Tentukan jumlah pertambahan penawaran wang yang maksimum yang dapat


dicipta oleh sistem perbankan tersebut.

d) Jika setiap kali menjelang musim perayaan, masyarakat mengeluarkan wang


tunai sebanyak RM20 juta untuk menampung perbelanjaan menyambut
musim perayaan tersebut, tentukan jumlah pertambahan penawaran wang yang
maksimum yang dapat dicipta oleh sistem perbankan tersebut.

23) Dalam sesuatu proses penciptaan wang, jumlah deposit semasa yang dicipta oleh bank
perdagangan tidak mencapai jumlah maksimum seperti yang dijangkakan. Bincangkan tiga (3)
faktor mengapa keadaan ini boleh berlaku.

24) Berikut merupakan kunci kira-kira semua bank perdagangan dan bank pusat bagi negara A.

Kunci Kira-kira Semua Bank Perdagangan


Aset Liabiliti
Rizab 75 300 Deposit
Sekuriti/bon 120 15 Pinjaman daripada bank pusat
Pinjaman 120
Jumlah aset 315 315 Jumlah liabiliti

Bank Pusat
Aset Liabiliti dan ekuiti pemilik
Sekuriti 120 75 Rizab wajib bank perdagangan
Pinjaman kepada bank 15 Deposit Perbendaharaan
perdagangan 15 45 Wang tunai
Jumlah aset 135 135 Jumlah liabiliti dan ekuiti

146
SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

Berdasarkan kedua-dua kunci kira-kira di atas dan semua lebihan rizab dipinjamkan, jawab
soalan berikut:

a) Jika diandaikan bank pusat mengurangkan nisbah rizab wajib/berkanun


sebanyak 15%,

i) hitung nisbah rizab wajib/berkanun yang baru, pengganda wang


yang baru, deposit semasa yang baru dan penawaran wang yang
baru yang dapat dicipta oleh sistem perbankan ini.

ii) berdasarkan jawapan di atas, tunjukkan kunci kira-kira baru bagi


bank pusat dan semua bank perdagangan negara A.

b) Jika bank pusat membeli semua sekuriti/bon yang dipegang oleh semua bank
perdagangan negara A, tunjukkan kunci kira-kira yang baru bagi bank pusat dan
semua bank perdagangan negara A:

i) semasa urusniaga ini dijalankan.

ii) selepas proses penciptaan kredit selesai.

25) Huraikan tiga (3) alat dasar kewangan yang boleh dilaksanakan oleh bank negara untuk
menambah kuantiti wang dalam edaran. Kenapakah antara langkah tersebut, penurunan
kadar diskaun dikatakan langkah yang kurang berkesan untuk meningkatkan aktiviti ekonomi?

26) Berikut adalah kunci kira-kira yang berkaitan dengan operasi pasaran terbuka sebelum proses
penciptaan kredit. (Semua nilai dalam RM Juta)
Bank Pusat
Aset Liabiliti
Sekuriti 200 40 Rizab
160 Mata wang

Bank Perdagangan
Aset Liabiliti
Rizab 40 200 Deposit
Pinjaman 160

Syarikat Maju Jaya


Aset Liabiliti
Deposit 10 0 Hutang
10 Nilai bersih (Net worth)

a) Apakah maksud rizab wajib?


b) Apakah maksud nisbah rizab wajib?
c) Hitung nisbah rizab wajib.
d) Hitung penawaran wang M1.

147
MAKROEKONOMI

e) Apakah maksud operasi pasaran terbuka?

f) Bagaimanakah operasi pasaran terbuka mempengaruhi penawaran wang M1?

g) Jika Syarikat Maju Jaya membeli sekuriti kerajaan sebanyak RM5 juta dalam
operasi pasaran terbuka,

i) tunjukkan keadaan tiga kunci kira-kira di atas semasa urusniaga


ini berlaku.

ii) tunjukkan keadaan tiga kunci kira-kira di atas selepas proses pen-
ciptaan kredit berlaku sepenuhnya.

iii) berapakah penawaran wang M1 semasa urusniaga ini berlaku?

iv) berapakah penawaran wang M1 selepas penciptaan kredit berlaku


sepenuhnya?

27) Jelaskan bagaimana perubahan pengganda wang boleh mewujudkan kegawatan ekonomi.
Apakah yang perlu dilakukan oleh bank pusat untuk mengembalikan pengganda wang ke nilai
asal?

28) Adakah kewujudan near money akan mengubah atau menghapuskan kemampuan (kuasa)
bank pusat mengawal penawaran wang?

29) Apakah faktor yang mempengaruhi bank perdagangan untuk memegang lebihan rizab?
Apakah kesan daripada pemegangan lebihan rizab ini terhadap bank tersebut?

30) Andaikan deposit yang dipegang oleh bank perdagangan adalah RM300 juta, jumlah rizab
berwajib adalah RM30 juta dan jumlah mata wang RM40 juta. Apakah yang perlu dilakukan
bagi mengurangkan penawaran sebanyak RM100 juta?

31) Andaikan tiada bank perdagangan yang memegang lebihan rizab serta semua individu hanya
memegang wang mereka dalam bentuk deposit di bank perdagangan. Jika seorang individu
menjumpai wang tunai berjumlah RM2.5 juta yang tertanam di suatu tempat, jelaskan impak
situasi ini terhadap penawaran wang dengan andaian nisbah rizab wajib adalah 10 peratus.

32) Andaikan bank perdagangan Z muflis. Lantas, bank pusat mengambil alih bank perdagangan
Z tersebut dengan membayar kembali wang pendeposit (liabiliti) berjumlah RM2 billion serta
menjual aset bank Z berjumlah RM1.5 billion. Bagaimanakah munculnya perbezaan sebanyak
RM0.5 billion antara aset dan liabiliti bank perdagangan Z?

33) Kebiasaannya pengganda wang bernilai lebih daripada 1. Dalam keadaan bagaimanakah ia
boleh bernilai 1?

34) Berikut merupakan kunci kira-kira Bank A dan Bank Pusat bagi sebuah negara sebelum
pinjaman dibuat oleh Bank A daripada Bank Pusat:
Kunci Kira-kira Bank A
Aset (RM) Liabiliti (RM)
Rizab 2,000 Deposit 20,000
Pinjaman 18,000
Jumlah 20,000 Jumlah 20,000

148
SISTEM PERBANKAN DAN PENCIPTAAN WANG

Bank Pusat
Aset (RM) Liabiliti (RM)
Sekuriti bon 200,000 Rizab wajib bank perdagangan 2,000
Aset lain 402,000 Deposit Perbendaharaan 150,000
Wang tunai 450,000
Jumlah 602,000 Jumlah 602,000

Berdasarkan kedua-dua kunci kira-kira di atas dan semua lebihan rizab dipinjamkan:

a) Hitung nisbah rizab wajib/berkanun, pengganda wang dan penawaran wang


(M1) sebelum proses penciptaan kredit berlaku dalam sistem perbankan ini.

b) Sekiranya Bank A membuat pinjaman daripada Bank Pusat sebanyak RM10,000,


tunjukkan kunci kira-kira baru sebelum proses penciptaan kredit berlaku bagi
Bank A dan Bank Pusat negara ini.

c) Berdasarkan jawapan (b), adakah jumlah rizab wajib baru dalam Kunci Kira-
kira Bank A berbeza dengan jumlah rizab lama dalam Kunci Kira-kira Bank A?
Jelaskan jawapan anda.

d) Berdasarkan deposit yang ada dalam Bank A dan juga pinjaman sebanyak
RM10,000 yang dibuat oleh Bank A, tunjukkan kunci kira-kira baru bagi Semua
Bank Perdagangan dan Bank Pusat selepas proses penciptaan kredit berlaku.

e) Berdasarkan jawapan dalam soalan (d), hitung jumlah penawaran wang (M1)
dalam negara ini.

Lampiran: Kunci kira-kira sistem perbankan Malaysia menunjukkan bahawa


sebahagian besar pinjaman dikeluarkan (ditawarkan) oleh
Amalan Sistem bank perdagangan. Jumlah pinjaman yang dibiayai oleh bank
perdagangan juga semakin bertambah daripada RM690,130.8
Perbankan juta pada Julai 2008 kepada RM747,611.1 juta (Julai 2009)
Malaysia dan RM801,478.5 juta (Mac 2010). Namun, lebih daripada 80
peratus daripada pinjaman tersebut dikeluarkan mengikut sistem
perbankan konvensional berbanding Bagi pinjaman di bawah
sistem perbankan konvensional, kebanyakan pinjaman diberi dalam bentuk pinjaman berjangka untuk
perumahan, pinjaman sewa beli terutama sekali untuk pembelian kereta penumpang, overdraf, pembelian
bil perdagangan dan kredit pusingan. Memandangkan bank perdagangan menawarkan jumlah pinjaman
perumahan dan sewa beli yang besar, implikasinya lebih daripada 60 peratus pinjaman mengikut sistem
konvensional mempunyai tempoh matang melebihi daripada setahun, manakala pemberian pinjaman
yang dikeluarkan mengikut SPI pula lebih tertumpu kepada pembiayaan berjangka dan pembiayaan bil.
Jika diperhalusi terhadap aspek tujuan pinjaman, bank perdagangan banyak memberikan pinjaman bagi
membiayai modal kerja, pembelian harta kediaman dan bukan kediaman, pembelian kenderaan pengangkutan,
kegunaan persendirian, pembelian sekuriti, kad kredit, pembinaan, pembelian aset tetap selain tanah serta
bangunan, dan akhir sekali pembelian barangan penggunaan. Seterusnya, dari juruspandang pinjaman
mengikut sektor, sejumlah besar pinjaman oleh bank perdagangan diberikan kepada sektor isirumah, diikuti
dengan sektor perkilangan, perdagangan, borong dan runcit, hotel dan restoran, aktiviti kewangan, insurans
dan perniagaan, pembinaan, harta tanah, pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi, pendidikan dan
kesihatan, pertanian primer, perlombongan serta kuari, dan akhir sekali sektor elektrik, gas dan air.

149
MAKROEKONOMI

Kesemua jenis pinjaman yang dilulus dan diberikan oleh bank perdagangan di Malaysia tersebut mempunyai
arah aliran (tren) yang semakin bertambah. Ini terkesan daripada kadar faedah yang rendah di pasaran yang
mana ini telah mengurangkan kos peminjaman dan seterusnya menambahkan keinginan (kecenderungan)
pengguna membuat pinjaman. Di Malaysia, kadar wang semalaman di pasaran wang antara bank merupakan
kadar faedah sasaran yang menjadi penanda aras bagi kadar faedah yang digunakan dalam aktiviti pemberian
pinjaman (termasuk pinjaman daripada BNM kepada bank perdagangan serta pinjaman antara bank) di
pasaran kewangan. Didapati tren kadar wang semalaman ini semakin menurun, yang mana ia berada dalam
julat 3.45 peratus hingga 3.54 peratus dalam tahun 2007, 3.45 peratus hingga 3.49 peratus bagi tahun 2008,
dan semakin jatuh kepada julat 2.11 peratus hingga 2.13 peratus bagi tahun 2009 serta 2.00 peratus hingga
2.22 peratus pada 31 Mac 2010.

Dalam masa yang sama, jumlah deposit permintaan di bank perdagangan turut bertambah daripada
RM119,855.7 juta pada Januari 2008 kepada RM126,354.2 juta (Julai 2009) dan RM134,769.9 juta (Mac 2010).
Badan-badan perniagaan merupakan penyimpan terbesar bagi deposit ini (melebihi daripada 60 peratus)
diikuti dengan individu-individu, badan-badan berkanun, kerajaan persekutuan dan akhir sekali kerajaan
negeri. Senario yang sama berlaku untuk deposit tetap di bank perdagangan yang mana deposit tetap
ini semakin meningkat daripada RM334,954.5 juta pada Januari 2008 kepada RM364,484 juta (Julai 2009)
dan RM367,439 juta (Mac 2010). Individu-individu merupakan penyimpan terbesar deposit tetap di bank
perdagangan (melebihi daripada 60 peratus) diikuti dengan badan-badan perniagaan, institusi kewangan,
badan berkanun, kerajaan negeri dan akhir sekali kerajaan persekutuan. Manakala bagi deposit tabungan
pula, jumlah deposit ini di bank perdagangan semakin bertambah daripada RM72,073.7 juta pada Januari
2008 kepada RM82,116.8 juta (Julai 2009) dan RM84,860.2 juta (Mac 2010). Lebih daripada 90 peratus daripada
deposit tabungan ini disimpan oleh individu-individu diikuti dengan institusi kewangan. Seperkara yang
menarik di sini adalah individu-individu cenderung menyimpan wang mereka dalam akaun tetap dan akaun
tabungan di bank perdagangan memandangkan pulangannya yang lebih lumayan. Rentetan itu, dengan
bertambahnya jumlah deposit permintaan, deposit tetap dan deposit tabungan di bank perdagangan, maka
ini telah mempergiatkan lagi proses penciptaan kredit di pasaran domestik.

Namun begitu, didapati jumlah wang rizab mengalami tren naik turun yang ketara yang mana ia meningkat
daripada RM58,218.5 juta (2006) kepada RM63,902 juta (Disember 2007), dan meningkat lagi kepada
RM68,512.9 juta (Disember 2008), tetapi kemudiannya menurun kepada RM52,057 juta (Julai 2009) dan naik
sedikit menjadi RM56,536. juta (Mac 2010). Walaupun mata wang dalam edaran dilihat semakin bertambah
daripada RM33,501.1 juta (2006) kepada RM36,246.9 juta (Disember 2007), RM40,424.4 juta (Disember
2008), RM41,424.9 (Julai 2009) dan RM44,702.5 juta (Mac 2010), tetapi kejatuhan dalam jumlah wang rizab
sebenarnya banyak disumbangkan oleh kejatuhan rizab berkanun daripada RM20,118.2 juta (2006) kepada
RM21,554.3 juta (Disember 2007), RM20,212 juta (Disember 2008), RM3,837.9 juta (Julai 2009) dan RM4,079.3
juta (Mac 2010). Apa yang jelas kini, tindakan BNM mengurangkan kadar rizab berkanun daripada 4 peratus
(mulai 16 September 1998 sehingga November 2008) kepada 3.5 peratus (mulai 1 Disember 2008 sehingga
Januari 2009), 2 peratus (Februari 2009) dan turun lagi kepada 1 peratus (mulai Mac 2009) dilihat telah
membolehkan bank perdagangan mencipta lebih kredit, deposit baru dan seterusnya penawaran wang di
pasaran.

Sumber: Bank Negara Malaysia 2010

150

You might also like