You are on page 1of 21

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

LATAR BELAKANG
Permintaan terhadap perkhidmatan telekomunikasi pada masa kini terus berkembang
pesat. Bilangan pelanggan dan perkhidmatan telah meningkat di kawasan bandar
mahupun luarbandar. Sejajar dengan itu maka perkhidmatan tambahan dan baru terus
diperluaskan selaras dengan permintaan pengguna individu mahupun perniagaan.
Dengan mengambil peluang dari kedudukan pasaran yang semakin kukuh dan
pengurusan yang bertambah baik maka pada tahun 1946 lahirlah Jabatan Telekom
Malaysia (JTM) yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Bagi memajukan dan
menaikkan lagi taraf sektor telekomunikasi ini maka pada tahun 1987, Jabatan
Telekom Malaysia ini talah diswastakan diatas nama Telekom Malaysia Berhad.
Namun begitu ia tetap dikawal selia oleh Kementeriaan Tenaga, Komunikasi dan
Multimedia. Sejajar dengan itu Telekom Malaysia Berhad telah mengorak langkah
untuk terus berkembang seiring dengan hasil pertumbuhan yang berterusan di mana
ianya dapat menambah kepada keuntungan yang tinggi. Telekom Malaysia Berhad
juga penyumbang besar dari segi pembangunan dalam pasaran telekomunikasi di
Malaysia secara progresif.
Maklumat Perincian
Alamat syarikat Menara TM
Jalan Pantai Baharu
50672 Kuala Lumpur
Jenis Syarikat awam liabiliti terhad
Tarikh Penubuhan 12 Oktober 1984
Sektor Telekomunikasi dan media
Auditors PricewaterhouseCoopers PLT (LLP 001440-LLA & AF 1146)
Misi “Memberi kepuasan kepada pelanggan secara menyeluruh
sambil berusaha untuk menjadisebuah syarikat telekomunikasi
bertaraf dunia. Pencapaian maklamat ini melalui pembangunan
sumber manusia, membekal produk dan memberi perkhidmatan
kualiti yang cemerlang serta memenuhi keperluan negara,
pekerja dan pemegang saham”.
Visi “Untuk menjadikan kehidupan dan perniagaan lebih mudah
untuk Malaysia yang lebih baik”
Saiz syarikat 26, 470 orang pekerja
Laman Web https://tm.com.my
Syarikat
Stuktur Korporat Syarikat

Gambar 1 (sumber https://www.tm.com.my)


Maxis Communications Berhad
Maxis Communications Berhad merupakan syarikat terkemuka yang menyediakan
perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia dan mempunyai lebih 11.4 juta pengguna
perkhidmatan pada masa ini. Pada tahun 1993, Maxis Berhad telah mendapat lesen untuk
menjalankan rangkaian mudah alih GSM 900 di seluruh negara, yang merupakan rangkaian
tetap tempatan dan pintu masuk antarabangsa. Maxis Berhad memulakan perniagaan mudah
alihnya pada bulan Ogos 1995 dan memulakan operasi talian tetap dan gerbang antarabangsa
pada awal 1996. Pada masa kini, Maxis menyediakan satu set perkhidmatan penuh pada
pelbagai platform untuk memenuhi permintaan telekomunikasi bagi individu, perusahaan
kecil dan organisasi besar, seperti talian tetap mudah alih, talian prabayar dan perkhidmatan
jalur lebar internet.

Maklumat Perincian
Alamat syarikat Maxis Berhad
(Company No. 867573-A)
Level 21, Menara Maxis
Kuala Lumpur City Centre
Off Jalan Ampang
50088 Kuala Lumpur
Malaysia
Jenis Syarikat awam liabiliti terhad
Tarikh Penubuhan 1993
Pengasas Ananda Krishnan
Sektor Telekomunikasi dan media
Auditors PricewaterhouseCoopers PLT
(LLP0014401-LCA & AF 1146)
Visi ADMIRED FOR EXCELLENCE - in everything we do, from
the way we deal with customers
and the way we work, to the way we manage our talent. In
everything that we do, we want to
be leaders.
Saiz syarikat 3060
Produk perniagaan Talian tetap mudah alih (Hotlilink), talian
prabayar(MaxisONE), perkhidmatan jalur lebar internet
Laman Web http://www.maxis.com.my/
Syarikat
Astro
Latar belakang
Astro (All-asian Sat TV and Radio Operator) memulakan siarannya pada 1996 menggunakan
satelit MEASAT-1 yang hanya menawarkan 22 saluran televisyen dan 8 saluran radio. Anak
syarikat Astro, MEASAT Broadcast Network Systems, mempunyai lesen eksklusif selama 20
tahun untuk penyiaran satelit terus-ke-rumah di Malaysia. Kini, Astro adalah syarikat media
No. 1 di Malaysia yang memberi perkhidmatan kepada 5.1 juta isi rumah dan 21 juta individu
di semua skrin, dengan 5.8 juta pengunjung unik setiap bulan di seluruh platform digital
jenama hiburan. Pelanggan-pelanggan TV-Berbayar Astro mempunyai akses kepada 188
saluran TV yang disiarkan melalui satelit DTH platform TV, IPTV dan OTT, di mana 72
adalah jenama Astro dan 60 adalah dalam HD. Selain daripada TV-Berbayar, Astro juga
menyediakan perkhidmatan freemium langganan tidak berbayar dipanggil NJOI, yang
menawarkan 28 saluran dan 20 stesen radio percuma sepanjang hayat. Pengguna-pengguna di
seluruh platform TV-Berbayar dan NJOI dapat menikmati kandungan
atas permintaan dan di mana sahaja melalui perkhidmatan on demand dan Astro GO. Syarikat
Astro juga mewujudkan perkhidmatan OTT mudah alih serantau pertama, Tribe. Astro juga
memiliki 19 stesen radio, termasuk 11 stesen FM dengan 15.6 juta pendengar setiap minggu.
Astro adalah di antara stesen-stesen teratas di Malaysia dalam kesemua bahasa iaitu Bahasa
Malaysia, Cina, Tamil dan Inggeris. Astro juga memiliki 25 jenama digital, termasuk Astro
Gempak iaitu saluran YouTube No. 1 di Malaysia. Jenama saluran membeli-belah di rumah
iaitu Astro Go Shop, mempunyai dua saluran khusus di platform Astro di samping disiarkan
juga di Singapura, yang boleh didapati melalui e-dagang dan telefon mudah alih.
Maklumat Perincian
Alamat syarikat Tingkat 3, Bangunan Pentadbiran
All Asia Broadcast Centre
Technology Park Malaysia
Lebuhraya Puchong-Sungai Besi
Bukit Jalil
57000 Kuala Lumpur
Jenis Syarikat awam liabiliti terhad
Tarikh Penubuhan 29 September 1996
Pengasas Ananda Krishnan
Sektor Telekomunikasi dan media
Auditors PricewaterhouseCoopers

Saiz syarikat 4,622


Laman Web https://corporate.astro.com.my/
Gambar 2 Struktur Korporat Syarikat
2. NISBAH KECAIRAN DAN NISBAH KEUNTUNGAN
2.1 NISBAH KECAIRAN
Kecairan merujuk kepada betapa cepat dan cekap aset dapat ditukarkan kepada tunai.
Menurut investopedia.com, kecairan bermaksd sejauh mana sesuatu aset atau keselamatan
boleh dibeli atau dijual di pasaran tanpa menjejaskan harga aset. Kecairan dikategorikan oleh
aktiviti perniagaan yang bertaraf tinggi. Aset yang boleh dengan mudah dibeli atau dijual
dikenali sebagai aset cair. Keupayaan untuk menukar aset kepada wang tunai dengan cepat
juga dikenali sebagai "pemasaran." Investopedia juga menerangkan bahawa Ia adalah lebih
selamat untuk melabur dalam aset cair daripada aset yang tidak cair kerana ia lebih mudah
bagi pelabur untuk mendapatkan wangnya keluar daripada pelaburan. Nisbah kecairan
mengukur kecairan syarikat,iaitu keupayaan syarikat dalam memenuhi tanggungjawab
ataupun tuntutan liabiliti semasa. Kemampuan syarikat dalam menunaikan tanggungjawab
kewangan dalam jangka masa pendek dapat dilihat dengan merujuk kepada aset semasa dan
liabiliti semasa. Kecairan amat penting dalam operasi aktiviti perniagaan itu. Kedudukan
kecairan yang rendah akan menyebabkan sesebuah syarikat itu diistiharkan muflis. Nisbah
kecairan dapat diukur melalui tiga nisbah iaitu modal kerja bersih, nisbah semasa dan nisbah
cepat.

Nisbah
Kecairan

Modal Nisbah Nisbah


Kerja Bersih Semasa Cepat
Cara pengiraan bagi ketiga-tiga nisbah adalah seperti berikut:
a. Modal Kerja Bersih = Aset semasa- liabiliti semasa
b. Nisbah semasa = Aset Semasa/ Liabiliti semasa
c. Nisbah Cepat = (Aset semasa-inventori)/ Liabiliti semasa
2.2 NISBAH KEBERUNTUNGAN
Investopedia menjelaskan bahawa nisbah keberuntungan bermaksud satu kelas metrik
kewangan yang digunakan untuk menilai keupayaan perniagaan untuk menjana pendapatan
berbanding dengan perbelanjaan dan kos-kos lain yang berkaitan yang ditanggung dalam
tempoh masa yang tertentu. Bagi kebanyakan nisbah, yang mempunyai nilai yang lebih tinggi
berbanding dengan nisbah pesaing atau nisbah yang sama daripada tempoh sebelumnya
adalah menunjukkan bahawa syarikat itu dalam keadaan yang baik. Nisbah keberuntungan
mengukur keupayaan syarikat untuk menjana pendapatan berbanding dengan jualan, aset dan
ekuiti. Nisbah ini menilai kemampuan syarikat untuk menjana pendapatan, keuntungan dan
aliran tunai berbanding dengan sesetengah metrik, sering jumlah wang yang dilaburkan.
Nisbah keberuntungan dapat diukur melalui enam cara iaitu margin untung kasar, margin
untung bersih, margin pulangan operasi, pulangan aset, pulangan ekuiti dan pendapatan
sesaham.

Nisbah
Keuntungan

Margin
Margin Untung Margin Untung Pendapatan
Pulangan Pulangan Set Pulangan Ekuiti
Kasar Bersih sesaham
Operasi

Berikut adalah cara pengiraan bagi Nisbah Keberuntungan


𝑢𝑛𝑡𝑢𝑛𝑔 𝑘𝑎𝑠𝑎𝑟
a) Margin untung kasar = 𝑥 100%
𝑗𝑢𝑎𝑙𝑎𝑛
𝑢𝑛𝑡𝑢𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑖ℎ
b) Margin untung bersih = 𝑥 100%
𝑗𝑢𝑎𝑙𝑎𝑛
𝑢𝑛𝑡𝑢𝑛𝑔 𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖
c) Margin untung operasi= 𝑥100%
𝑗𝑢𝑎𝑙𝑎𝑛

𝑢𝑛𝑡𝑢𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑖ℎ 𝑠𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝑐𝑢𝑘𝑎𝑖


d) Pulangan aset= 𝑥 100%
𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑠𝑒𝑡
𝑢𝑛𝑡𝑢𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑖ℎ 𝑠𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝑐𝑢𝑘𝑎𝑖
e) Pulangan ekuiti = 𝑥 100%
𝑒𝑘𝑢𝑖𝑡𝑖 𝑝𝑒𝑚𝑒𝑔𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑎ℎ𝑎𝑚
𝑃𝑟𝑜𝑓𝑖𝑡 𝑎𝑣𝑎𝑖𝑙𝑎𝑏𝑙𝑒 𝑡𝑜 𝑜𝑟𝑑𝑖𝑛𝑎𝑟𝑦 𝑠ℎ𝑎𝑟𝑒ℎ𝑜𝑙𝑑𝑒𝑟
f) Perolehan sesaham = (𝑛𝑢𝑚𝑏𝑒𝑟 𝑜𝑓 𝑜𝑟𝑑𝑖𝑛𝑎𝑟𝑦 𝑠ℎ𝑎𝑟𝑒𝑑 𝑖𝑠𝑠𝑢𝑒𝑑)
PENGIRAAN DAN TAFSIRAN NISBAH KECAIRAN BAGI TELEKOM MALAYSIA, MAXIS DAN ASTRO (TAHUN 2017)
SYARIKAT
NISBAH TELEKOM MAXIS ASTRO
KECAIRAN
Modal Kerja Bersih 𝑹𝑴𝟔𝟏𝟑𝟑. 𝟏𝒋 − 𝑹𝑴𝟔𝟐𝟖𝟐. 𝟖𝒋 𝑹𝑴𝟐, 𝟐𝟒𝟐, 𝟎𝟕𝟓, 𝟎𝟎𝟎 𝑹𝑴𝟏, 𝟕𝟎𝟔, 𝟗𝟒𝟗, 𝟎𝟎𝟎
= Aset semasa - = −𝑹𝑴𝟏𝟒𝟗. 𝟕𝒋 − 𝑹𝑴𝟑, 𝟗𝟑𝟐, 𝟔𝟖𝟒, 𝟎𝟎𝟎 − 𝑹𝑴𝟐, 𝟐𝟖𝟎, 𝟎𝟕𝟐, 𝟎𝟎𝟎
liabiliti semasa = −𝑹𝑴𝟏, 𝟔𝟗𝟎, 𝟔𝟎𝟗, 𝟎𝟎𝟎 = −𝑹𝑴𝟓𝟕𝟑, 𝟏𝟐𝟑

Nisbah semasa = 𝑹𝑴𝟔𝟏𝟑𝟑. 𝟏𝒋 𝑹𝑴𝟐, 𝟐𝟒𝟐, 𝟎𝟕𝟓, 𝟎𝟎𝟎 𝑹𝑴𝟏, 𝟕𝟎𝟔, 𝟗𝟒𝟗, 𝟎𝟎𝟎
Aset Semasa/ = 𝟎. 𝟗𝟕𝟔 𝒌𝒂𝒍𝒊 = 𝟎. 𝟕𝟓 𝒌𝒂𝒍𝒊
𝑹𝑴𝟔𝟐𝟖𝟐. 𝟖𝑱 𝑹𝑴𝟑, 𝟗𝟑𝟐, 𝟔𝟖𝟒, 𝟎𝟎𝟎 𝑹𝑴𝟐, 𝟐𝟖𝟎, 𝟎𝟕𝟐, 𝟎𝟎𝟎
Liabiliti semasa = 𝟎. 𝟓𝟕𝟎𝒌𝒂𝒍𝒊

Nisbah Cepat = (Aset 𝑹𝑴𝟔𝟏𝟑𝟑. 𝟏𝒋 − 𝑹𝑴𝟐𝟓𝟖. 𝟓𝒋 𝑹𝑴𝟐,𝟐𝟒𝟐,𝟎𝟕𝟓,𝟎𝟎𝟎−𝑹𝑴𝟒,𝟒𝟗𝟒,𝟎𝟎


= (𝑹𝑴𝟏, 𝟕𝟎𝟔, 𝟗𝟒𝟗, 𝟎𝟎𝟎 − 𝑹𝑴𝟐𝟎, 𝟑𝟔𝟔, 𝟎𝟎𝟎
semasa-inventori)/ 𝑹𝑴𝟑,𝟗𝟑𝟐,𝟔𝟖𝟒,𝟎𝟎𝟎
𝑹𝑴𝟔𝟐𝟖𝟐. 𝟖𝒋 𝑹𝑴𝟐, 𝟐𝟖𝟎, 𝟎𝟕𝟐, 𝟎𝟎𝟎
Liabiliti semasa 𝟎. 𝟓𝟔𝟗kali
= 𝟎. 𝟗𝟑𝟓 𝒌𝒂𝒍𝒊 = 𝟎. 𝟕𝟑𝟗𝒌𝒂𝒍𝒊

You might also like