You are on page 1of 4

Komunikasi Lisan dan Bukan Lisan

Komunikasi Lisan : Merupakan komunikasi yang menggunakan percakapan.

Komunikasi Lisan adalah seperti berikut :

Perbincangan :

Perbincangan : dikategorikan kepada secara formal atau tidak formal. Proses mencari penyelesaian,
mesyuarat, perjumpaan merupakan contoh komunikasi lisan yang berbentuk perbincangan.

Perbincangan dapat memberi keputusan yang terbaik, mendapat persetujuan semua pihak yang terlibat,
mencetuskan idea- idea yang bernas serta memberi ruang kepada pihak yang terlibat mengambil
bahagian dalam membuat keputusan.

2. Ucapan :

Ucapan merupakan satu kaedah penyampaian maklumat secara lisan menerusi pidato, ceramah,
pembacaan laporan bertulis dihadanpan sekumpulan pendengar.

Ucapan sering dilakukan ketika menjemput tetamu atau melawat sekolah, pejabat, jabatan atau tempat
tertentu.

3. Pembentangan :

Pembentangan sering menggunakan alat bantuan mengajar seperti kertas tulis, video, radio, kaset, video
konferens, slaid, filem,grafik dan alat-alat komunikasi yang lain.

4. Mesyuarat :
Mesyuarat merupakan satu pertemuan anatar satu atau lebih orang untuk membuat perancangan atau
pelan tindakan, berkongsi idea atau maklumat, membuat keputusan atau mencari jalan bagi
penyelesaian masalah dalam jangka pendik atau panjang.

5. Perbualan telefon :

Telefon merupakan alat komunikasi lisan yang tercanggih masa kini dengan adanya pelbagai jenis dan
bentuk telefon seperti telefon mudah alih, telefon tanpa wayar, telefon bimbit, telefon awam. Lain-lain
kemudahan yang mengguanakan talian telefon ialah telegram, teleks, kabelgram, mel elektronik,
internet dan lain-lain

Komunikasi Bukan Lisan : Komunikasi yang tidak menggunakan percakapan.

Komunikais Bukan Lisan atau Bertulis :

Pengenalan :

Penulisan melibatkan penggunaan bahasa, tatabahasa, struktur ayat, dan gaya penulisan dalam pelbagai
kaedaan atau situasi. Penulisan memerlukan kreativiti, ketekunan, tepat pada sasarannya dan bahasa
yang sesuai dengan penerimanya.

Cara komunikasi bertulis adalah berbeza. Menulis surat permohona kerja, surat peribadi, laporan
syarikat, nota memerlukan kaedah penulisan yang tertentu.

2. Memorandum :
Satu alat komunikasi bertulis secara tidak rasmi anatara jabatan atau unit dalam sesebuah organisasi
sahaja dan tidak digunakan untuk memberi maklumat kepada orang lain di luar organisasi.

Satu kaedah komunikasi dalam organisasi. biasanya memo mengandungi maklumat penting yang hendak
disampaikan kepada staf organisasi. Kadangkala, memo dihantar kepada beberapa orang tertentu sahaja
dan setiap orang akan menerima salinanaya sendiri.

3. Surat menyurat :

Surat menyurat adalah satu perkara biasa dilakukan oleh semua orang tampa mengira pangkat dan
darjat. Surat menyurat kaedah perhubungan sejak sekian lama terutama apabila berhubung dengan
pihak luar organisasi.

Surat ditulis dengan pelbagai tujuan seperti memohon kerja, surat kepada kawan, surat perniagaan,
suart rasmi kepada sekolah, dan pelbagai tujuan lain.

4. Laporan bertulis :

Laporan bertulis ditulis dan dibaca oleh pelbagai peringkat masyarakat sama ada dalam organisasi swasta
mahupun kerajaan. Ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti surat perjanjian, vitae korikulum,
telegram, buletin, buku, jurnal, majalah dan lain-lain.

5. E-mel :

E-mel (Electronic Mail) perkenalkan pada tahun 1980an apabila berlaku percantuman antara dua syarikat
komputer gargasi dunia. International Business Machines Professional Office System (IBM, PROFS)
Dengan Digital Equipment Corporations (DEC).

E-mel merupakan kaedah pertukaran bertulis atau mel suara dengan cepat melalui penggunaan terminal
komputer yang telah dibangunkan yang mempunyai rangkaian komputer.
Bahasa Badan : Merujuk kepada gelagat kinestatik yang merangkumi pergerakan badan seperti
perubahan air muka, pergerakan mata, cara bertindak, cara bertindak dan berjalan, gaya cara dan bahasa
isyarat.

You might also like