You are on page 1of 2

JENIS-JENIS KOMUNIKASI

KOMUNIKASI LISAN

Komunikasi lisan merupakan proses komunikasi yang menggunakan percakapan untuk

menyampaikan maklumat kepada penerima. Contoh komunikasi lisan ialah perbincangan,

ucapan, pembentangan , mesyuarat, perbualan telefondan sebagainya.

Kebaikan komunikasi lisan.

i. Mesej boleh melalui saluran komunikasi dengan cepat dan sampai kepada penerima.
ii. Maklum balas boleh diperolehi dengan cepat.
iii. Komunikasi lisan kebanyakkannya secara tidak formal dan kejujuran dapat dirasakan.

Keburukan komunikasi lisan

i. Penghantar tidak pandai berkomunikasi dengan baik mungkin tidak dapat menyampaikan

mesej dengan sempurna.


ii. Tiada rekod simpanan kekal kerana berbentuk tidak nyata seperti bercakap.
iii. Lebih senang untuk menyampaikan mesej kerana komunikasi lisan melibatkan

bersemuka dan boleh bersoal jawab pada masa yang sama.

KOMUNIKASI BUKAN LISAN

Komunikasi bukan lisan merupakan komunikasi yang tidak menggunakan percakapan.

Komunikasi bukan lisan terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku dan unsur fizikal. Tingkah laku

adalah seperti pergerakan badan dan intonasi. Komunikasi bukan lisan berunsur bukan fizikal

terdiri daripada reka bentuk bangunan, kelengkapan dan perhiasan pejabat. Contoh komunikasi

bukan lisan ialah penulisan, memorandum, surat menyurat, laporan bertulis, e-mail dan

sebagainya.
Kebaikan komunikasi bukan lisan

i. Mesej boleh disesuaikan dengan bakal penerima


ii. Dalam bentuk rekod tetap dan boleh disimpan lama.
iii. Tiada had penerima maklumat seperti akhbar.

Keburukkan komunikasi bukan lisan

i. Penghantar tidak mempunyai kawalan terhadap mesej yang dihantar dan tidak boleh

menentukan pembacanya.
ii. Maklum balas tidak diterima dengan segera.
iii. Kemungkinan penerima hanya memahami sebahagian mesej yang diterima.

You might also like