You are on page 1of 21

KOMUNIKASI

PERUNDINGAN
UUMPACE, KELANA JAYA
Lecturer’s Name: Muhammad Syirazie Hafiez bin Abdul Aziz
Objektif Bab 5 - KEPEKAAN KEPADA
KOMUNIKASI BUKAN LISAN
 1. Mengetahui penggunaan komunikasi lisan dan tahap
mesej dalam perundingan.
 2. Mengenalpasti jenis-jenis komunikasi tanpa lisan dalam
perundingan.
 3. Menghuraikan persamaan dan perbezaan antara
komunikasi lisan dan bukan lisan.
 4. Mengenalpasti elemen penambahbaikan komunikasi
lisan dan bukan lisan dalam perundingan
Bab 5 – KEPEKAAN KEPADA KOMUNIKASI
BUKAN LISAN
5.1- PENGENALAN

 Komunikasi bukan lisan merangkumi sebahagian besar daripada jumlah


keseluruhan komunikasi kemanusiaan.
 Dalam konteks komunikasi perundingan, komunikasi lisan dan bukan lisan
memainkan peranan yang sangat penting dalam berhujah serta
memperkukuhkan hujah tentang sesuatu isu.
 Bab ini akan membincangkan dengan terperinci konsep mesej lisan dan
tanpa lisan, ciri-ciri komunikasi tanpa lisan dan jenis komunikasi tanpa lisan.
Bab 5 – KEPEKAAN KEPADA KOMUNIKASI
BUKAN LISAN
5.2- MESEJ LISAN
 Denotatif mempunyai makna langsung sesuatu perkataan berdasarkan kamus atau istilah
harian. Konotatif dirujuk sebagai perasaan seseorang terhadap makna sesuatu perkataan
(Engleberg & Wynn, 2007). Disebabkan keadaan ini mesej boleh dikategorikan kpd 2 tahap:
 5.2.1 Tahap Isikandung
 Merujuk kepada makna langsung kepada perkataan yang diluahkan.
 Cth; sekiranya seseorang itu menyatakan, “Saya sayangkan awak.” Dalam konteks
tahap isikandung “sayang” boleh membawa maksud suka ataupun kasih.
 Namun, perkataan “sayang” ini boleh membawa pelbagai interpretasi. Ini boleh
membawa kepada tahap yang kedua mesej iaitu tahap jalinan hubungan.
 5.2.2 Tahap Jalinan Hubungan
 Mesej dalam kategori tahap jalinan hubungan merujuk kepada perasaan yang
melibatkan emosi dan persekitaran di mana mesej itu berlaku.
 Cth: “Saya sayangkan awak.” kepada seorang wanita yang dia kenali, maka “sayang”
menyentuh emosi dan perasaannya. Sebaliknya perkataan yang sama, jika diluahkan
kepada adik perempuan atau kakak ianya membawa maksud yang berlainan.
Bab 5 – KEPEKAAN KEPADA KOMUNIKASI
BUKAN LISAN
5.3- KOMUNIKASI BUKAN LISAN DALAM PERUNDINGAN
 Komunikasi bukan lisan wujud tanpa kita sedar ataupun rancang dan selalunya terjadi di
luar kawalan dan secara spontan. Ia digunakan utk memperkukuhkan lagi komunikasi lisan.
 Selain itu, ia dapat mengawal interaksi kita dari perbincangan yang panjang dan dapat
memantapkan jalinan hubungan di antara dua pihak yang terlibat. Kepentingan
komunikasi bukan lisan ini juga dapat dirumuskan sebagai gambaran dan luahan
mengenai nilai dan sesuatu budaya kepada pihak lain.
 Terdapat beberapa fungsi komunikasi bukan lisan yang disenaraikan oleh DeVito (2011).
 a) Penekanan – memperkukuhkan sesuatu hujah atau niat
 b) Pelengkap – menggambarkan suasana interaksi
 c) Percanggahan – mendedahkan percanggahan dgn pernyataan lisan orang lain
 d) Pengawalan – mengawal aliran mesej yang berbentuk lisan
 e) Pengulangan – membantu proses seseorang memahami maksud lisan
 f) Pengganti – menggantikan mesej lisan
Bab 5 – KEPEKAAN KEPADA KOMUNIKASI
BUKAN LISAN
5.3- KOMUNIKASI BUKAN LISAN DALAM PERUNDINGAN -sambungan
 Pengkaji perlakuan bukan lisan percaya bahawa
55 – 65 peratus komunikasi kita seharian dilakukan
secara bukan lisan. Komunikasi lisan digunakan
untuk menyampaikan maklumat, sementara
bahagian bukan lisan digunakan untuk
menyampaikan nilai, perasaan, dan sikap, yakni
perkara yg boleh membina hubungan baik.
 Komunikasi bukan lisan dapat dilihat dalam nada
suara, ekspresi wajah dan reaksi isyarat semasa
dalam proses berkomunikasi secara bersemuka.
Ia terhasil dari situasi yang ditafsir berdasarkan
persepsi yang dibuat.
 Tafsiran dan penggunaannya menawarkan kepada kita kunci kepada lebih memahami
manusia dan membina perhubungan
Bab 5 – KEPEKAAN KEPADA KOMUNIKASI
BUKAN LISAN
5.3- KOMUNIKASI BUKAN LISAN DALAM PERUNDINGAN -sambungan
 5.3.1 Ciri-Ciri Komunikasi Bukan Lisan
 Hickson et al. (1998) menggariskan tiga ciri komunikasi bukan lisan iaitu:
 a) Setiap gelagat manusia mempunyai nilai komunikasi
 Teori tentang gelagat manusia mencadangkan bahawa setiap gelagat bukan
lisan seseorang individu membawa maklumat tertentu.
 b) Berhubung kait dan berturutan
 Komunikasi bukan lisan memberikan ciri-ciri fungsi sosial iaitu sebagai:
 (i) pengurusan identiti—komunikasi bukan lisan membawa kepada
pembentukan imej sebagaimana kita mahu orang lain melihat diri kita;
 (ii) komunikasi bukan lisan membentuk jenis hubungan yang akan berlaku
dengan orang lain; dan
 (iii) komunikasi bukan lisan menyampaikan emosi yang tidak boleh kita
luahkan.
Bab 5 – KEPEKAAN KEPADA KOMUNIKASI
BUKAN LISAN
5.3- KOMUNIKASI BUKAN LISAN DALAM PERUNDINGAN -sambungan
 5.3.1 Ciri-Ciri Komunikasi Bukan Lisan -sambungan
 c) Komunikasi bukan lisan adalah kabur
 Ini bermakna gelagat-gelagat komunikasi bukan lisan lazimnya membawa
lebih dari satu maksud. Adalah perlu juga bagi kita untuk memahami
perbezaan antara komunikasi lisan dan bukan lisan:
 i) Saluran pelbagai dan satu saluran
 Mesej lisan hanya mempunyai satu saluran iaitu melalui suara yg
dinyatakan dlm bentuk perkataan. Komunikasi bukan lisan mempunyai
pelbagai saluran dan boleh disalurkan melalui pancaindera manusia.
 ii) Sehala dan berterusan
 Komunikasi lisan dapat dikenalipasi bila ianya bermula dan berakhir
tetapi komunikasi bukan lisan tiada penyudahnya.
Bab 5 – KEPEKAAN KEPADA KOMUNIKASI
BUKAN LISAN
5.3- KOMUNIKASI BUKAN LISAN DALAM PERUNDINGAN -sambungan
 5.3.1 Ciri-Ciri Komunikasi Bukan Lisan -sambungan
 c) Komunikasi bukan lisan adalah kabur
 iii) Sengaja dan tidak sengaja
 Komunikasi lisan diluahkan apabila kita perlu untuk meluahkannya
tetapi komunikasi bukan lisan lazimnya berlaku tanpa kita sedari.
 iv) Jelas dan kabur
 Mesej dalam komunikasi lisan adalah jelas tetapi mesej dalam
komunikasi bukan lisan adalah kabur.
 Oleh itu, dapat kita katakan di sini bahawa komunikasi bukan lisan berfungsi
sebagai mengulangi apa yang kita tuturkan dalam komunikasi lisan, menggantikan
komunikasi lisan apabila perlu, mengukuhkan komunikasi lisan dan mengawal
komunikasi manusia.
Bab 5 – KEPEKAAN KEPADA KOMUNIKASI
BUKAN LISAN
5.3- KOMUNIKASI BUKAN LISAN DALAM PERUNDINGAN -sambungan

 5.3.2 Jenis-Jenis Komunikasi Bukan Lisan


Kinesik
 Komunikasi bukan lisan membabitkan (Pergerakan
banyak ”saluran” yang menyampaikan Badan)
Occulesics
Chronemics
makna lebih daripada apa yang ingin (Masa)
(Mimik
disampaikan (sila lihat rajah). Mika)

 Bagaimanapun dalam bahagian ini, Komunikasi


kita hanya akan membincangkan lima Bukan Lisan
Proxemics Artifak
komunikasi bukan lisan yang sering (Ruang)
digunakan dalam perundingan
berdasarkan kepada pendekatan yang
dikemukakan oleh Stewart dan Tactilics
(Sentuhan) Paralinguistic
D’Angelo (1980).
Bab 5 – KEPEKAAN KEPADA KOMUNIKASI
BUKAN LISAN
5.3- KOMUNIKASI BUKAN LISAN DALAM PERUNDINGAN -sambungan
 5.3.2 Jenis-Jenis Komunikasi Bukan Lisan –sambungan
 a) Pergerakan Badan
 Menurut Engleberg dan Wynn (2007), pergerakan badan adalah gelagat yang
lembut serta digemari oleh seseorang. Contoh pergerakan badan adalah seperti
membetulkan rambut, menjeling atau membetulkan pakaian atau cara duduk.
 Kajian menunjukkan bahawa kurang pergerakan badan dlm komunikasi mereka
akan menggambarkan kesedihan, kebosanan atau kurang minat.
 Kajian juga menunjukkan penggunaan pergerakan badan dalam komunikasi yang
sesuai akan meningkatkan tahap pembujukan.
 b) Suara
 Suara merujuk kepada cara mesej dituturkan atau dikenali juga sebagai
paralanguage. Dalam konteks perundingan, suara merujuk kepada cara
bagimana sesuatu perkataan itu dituturkan dan ianya melibatkan kadar kelajuan
dan kejelasan perkataan dituturkan, pitch suara dan nada suara.
Bab 5 – KEPEKAAN KEPADA KOMUNIKASI
BUKAN LISAN
5.3- KOMUNIKASI BUKAN LISAN DALAM PERUNDINGAN -sambungan
 5.3.2 Jenis-Jenis Komunikasi Bukan Lisan –sambungan
 b) Suara -sambungan
 Penggunan vokal seperti Uh, Emm atau Err boleh meningkatkan atau
mengurangkan keberkesanan mesej yang hendak disampaikan.
 Kajian menunjukkan bahawa pendengar akan lebih memberikan perhatian
terhadap paralanguage berbanding dengan perkataan yang dituturkan.
 c) Ruang atau Lingkungan Peribadi
 Ia merujuk kepada ruang peribadi yang tidak kelihatan disekeliling kita, di mana
kita merasa selesa atau relaks. Jika seseorang menceroboh ruang tersebut, kita
akan merasa tidak selesa.
 Perunding juga menggunakan ruang di sekitar mereka yang menjadi sebahagian
daripada perkara yang perlu diambilkira di dalam perundingan.
Bab 5 – KEPEKAAN KEPADA KOMUNIKASI
BUKAN LISAN
5.3- KOMUNIKASI BUKAN LISAN DALAM PERUNDINGAN -sambungan
 5.3.2 Jenis-Jenis Komunikasi Bukan Lisan –sambungan
 c) Ruang atau Lingkungan Peribadi -sambungan
 Dalam konteks perundingan, kajian menunjukkan lazimnya jarak sosial digunakan.
 Perunding dari Arab Saudi contohnya, mempunyai ruang peribadi yang lebih
besar berbanding dengan mereka yang datang dari Britain. Orang British
akan berundur ke belakang dan orang Arab akan merasa tersinggung.
 Kajian juga mendapati bahawa mereka yang datang dari kawasan
pedalaman memerlukan ruang peribadi yang lebih besar berbanding dengan
mereka yang datang dari bandar.
 Kontroversi juga mungkin wujud tentang pemilihan tempat duduk, iaitu siapa yang
duduk di tempat yang dikatakan sebagai “power seat” iaitu di hujung meja.
Bab 5 – KEPEKAAN KEPADA KOMUNIKASI
BUKAN LISAN
5.3- KOMUNIKASI BUKAN LISAN DALAM PERUNDINGAN -sambungan
 5.3.2 Jenis-Jenis Komunikasi Bukan Lisan –sambungan
 c) Ruang atau Lingkungan Peribadi -sambungan
 Terdapat beberapa faktor penggunaan ruang di dalam komunikasi bukan lisan:
 Status – perbezaan status turut melibatkan jarak antara kita dengan
seseorang ketika berkomunikasi
 Budaya – perbezaan budaya akan menjarakkan kita dengan orang lain
ketika kita berkomunikasi dengannya
 Topik perbualan – kita akan menjarakkan diri kita dengan orang lain
sekiranya topik perbualan yang dibincangkan tidak menarik minat kita
 Jantina dan umur – kita akan memilih dan merasa selesa untuk
berkomunikasi dgn yg sama jantina dan jarak umur yg tidak ketara dgn kita
 Penilaian positif & negatif – kita akan lebih tertarik utk berkomunikasi dgn
seseorang yg mempunyai pandangan yg sama dgn kita; positif atau negatif.
Bab 5 – KEPEKAAN KEPADA KOMUNIKASI
BUKAN LISAN
5.3- KOMUNIKASI BUKAN LISAN DALAM PERUNDINGAN -sambungan
 5.3.2 Jenis-Jenis Komunikasi Bukan Lisan –sambungan
 c) Ruang atau Lingkungan Peribadi -sambungan
 Menurut Hall (1959), terdapat empat jarak yang sesuai apabila kita berkomunikasi:
 Jarak mesra (0 – 18 inci) – contohnya, hubungan antara suami isteri
 Jarak peribadi (18 inci – 4 kaki) – hubungan rapat antara individu yg saling
mengenali
 Jarak sosial (4 – 12 kaki) – hubungan yang tidak begitu rapat, dengan orang
yang tidak begitu dikenali
 Jarak awam (12 – 25 kaki) – hubungan yang tidak rapat, dengan orang yang
tidak dikenali. Hanya wujud komunikasi sehala, interaksi antara individu sangat
terhad. Contohnya, dalam suasana pengucapan awam
Bab 5 – KEPEKAAN KEPADA KOMUNIKASI
BUKAN LISAN
5.3- KOMUNIKASI BUKAN LISAN DALAM PERUNDINGAN -sambungan

 5.3.2 Jenis-Jenis Komunikasi Bukan Lisan –sambungan


 d) Tarikan Fizikal
 Kajian menunjukkan bahawa tarikan fizikal memainkan peranan yang penting
dalam memenuhi hasrat dalam sesuatu perundingan.
 Sebagai contoh, kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa wanita yang
dilihat menarik dari segi pemilihan warna bajunya dalam sesuatu perundingan
perniagaan, lebih berupaya mendapatkan tarikh temujanji yang diingininya dan
boleh mendesak pihak lelaki yang terlibat dalam perundingan.
 Kajian yang sama menunjukkan lelaki yang mempunyai kemasan diri dan
pemilihan warna baju yang menarik dalam sesuatu perundingan itu sering
dianggap sebagai seorang yang sensitif terhadap isu yang dirundingkan, baik hati
dan mudah untuk menjalin hubungan dengannya.
Bab 5 – KEPEKAAN KEPADA KOMUNIKASI
BUKAN LISAN
5.3- KOMUNIKASI BUKAN LISAN DALAM PERUNDINGAN -sambungan
 5.3.2 Jenis-Jenis Komunikasi Bukan Lisan –sambungan
 e) Persekitaran
 Persekitaran dalam kedudukan fizikal perunding, hiasan tempat berunding, secara
tidak langsung juga boleh mempengaruhi komunikasi dalam sesuatu perundingan.
 Dalam keadaan tertentu, persekitaran fizikal ini boleh dimanipulasi untuk
mendapatkan hasil yang berpihak kepada perunding.
 Kajian menunjukkan bahawa kedudukan perunding dalam bentuk bilik darjah
akan membawa kepada perundingan yang panjang
 Perundingan berbentuk meja bulat membolehkan perunding mengawasi
pergerakan komunikasi bukan lisan yang lain dan kecenderungan perunding
untuk lebih terbuka terhadap isu yang dibincangkan juga adalah tinggi.
Bab 5 – KEPEKAAN KEPADA KOMUNIKASI
BUKAN LISAN
5.3- KOMUNIKASI BUKAN LISAN DALAM PERUNDINGAN -sambungan
 Hall (1976) telah memberikan perbezaan-perbezaan yang amat berguna tentang
komunikasi bukan lisan dengan melihatnya dari konteks budaya tinggi dan budaya rendah
(high-context vs. low context cultures);

HIGH CONTEXT LOW CONTEXT

Orientasi: Kumpulan Individu

Pengliharan Tinggi (ruang peribadi yg rendah, Rendah (ruang peribadi yg tinggi,


Sensori: perlakuan sentuhan yg tinggi) perlakuan sentuhan yg rendah

Mesej: Implisit: tersemat dalam konteks sosial, Explisit: perkataan yg diluahkan membawa
perkataan / ucapan individu sebagai pelbagai maklumat (penekanan lebih
jaminan kepada perundangan dll.)

Masa: Pelbagai masa (polychronic): Sesuatu itu Satu masa (monochronic): Masa adalah
dilakukan mengikut kesesuaian sendiri. selari dan acara berlaku selepas setiap
Banyak acara berlaku pada masa yg sama satu. Menepati masa, jadual dan
perancangan adalah penting.
Bab 5 – KEPEKAAN KEPADA KOMUNIKASI
BUKAN LISAN
5.4- KOMUNIKASI SEWAKTU PERUNDINGAN KOMUNIKASI KOMUNIKASI
LISAN BUKAN LISAN
 Stewart dan D’Angelo (1980); ketika kita

KOMUNIKASI
terlibat dlm sesuatu proses perundingan
kedua-dua komunikasi lisan dan bukan lisan Perkataan yg Tulisan Perkataan
digunakan secara serentak. dituturkan Simbol bahasa

LISAN
 Rajah ini menggambarkan keadaan
komunikasi lisan & bukan lisan yg berlaku
dlm proses perundingan. Jika perunding

BUKAN LISAN
KOMUNIKASI
Pergerakan badan
hanya memilih menggunakan komunikasi Nada suara
Persekitaran
lisan sahaja maka mereka byk bergantung Bunyi suara
Ruang
kepada perkataan yang dituturkan dalam Kualiti suara
Tarikan Fizikal
perundingan tersebut (petak kiri rajah)
 Kita juga sedar bahawa dalam sesuatu perundingan itu perunding bukan hanya bergantung kepada
komunikasi lisan dalam mengukuhkan sesuatu hujah mereka. Perunding seringkali membawa data-
data tertentu untuk mempertajamkan hujah mereka. Dalam keadaan ini, tulisan perkataan atau
simbol digunakan. Cth: perunding boleh menggunakan angka atau peratusan sesuatu perkara untuk
memperkukukan hujah mereka spt digambarkan melalui kotak atas di sebelah kanan Rajah.
Bab 5 – KEPEKAAN KEPADA KOMUNIKASI
BUKAN LISAN
5.4- KOMUNIKASI SEWAKTU PERUNDINGAN
 Pada masa yang sama, komunikasi manusia dalam sesuatu perundingan juga melibatkan
komunikasi tanpa lisan. Dalam keadaan ini komunikasi lisan yang digunakan juga
mempunyai elemen komunikasi tanpa lisan iaitu nada suara, bunyi suara dan kualiti suara
perunding dalam mengenengahkan hujah mereka.
 Dalam konteks perundingan, suara perunding akan ditekankan apabila mereka hendak
menyatakan bahawa sesuatu perkara yang diketengahkan dalam perundingan itu adalah
penting. Keadaan ini digambarkan di bahagian bawah sebelah kiri Rajah.
 Dalam sesuatu proses perundingan perunding juga menggunakan banyak unsur komunikasi
bukan lisan dalam memperkukuhkan hujah-hujah mereka.
 Misalnya, dalam keadaan tertentu, perunding menggunakan pergerakan tangan
mereka dalam memberikan hujah mereka.
 Perunding juga boleh bangun dan menggunakan ruang peribadi untuk menyatakan
hasrat mereka dalam perundingan.
 Begitu juga dengan keadaan persekitaran yang ada dalam perundingan. Ia boleh
dimanipulasi untuk tujuan memperkukuhkan hujah dalam perundingan mereka.
Bab 5 – KEPEKAAN KEPADA KOMUNIKASI
BUKAN LISAN
5.5- KESIMPULAN

 Bab ini telahpun membincangkan dengan terperinci konsep komunikasi lisan dan bukan
lisan dalam perundingan. Ia juga telah mengemukakan hubungkait antara komunikasi lisan
dan bukan lisan dalam perundingan melalui perbincangan terhadap ciri kedua-dua
bentuk komunikasi ini dalam perundingan.
 Daripada komunikasi bukan lisan yang ditunjukkan, kita boleh mentafsir emosi, personaliti,
tujuan dan juga status sosial seseorang semasa perundingan.
 Setelah itu, perbincangan dikhususkan kepada bentuk-bentuk komunikasi bukan lisan yang
sering digunakan dalam perundingan.
 Seterusnya, model komunikasi lisan dan bukan lisan digabungkan dan diaplikasikan dalam
perundingan manusia.
 Perbincangan juga dikhususkan kepada bagaimana kita boleh memperbaiki komunikasi
kita dalam perundingan.

You might also like