You are on page 1of 66

Tinta Linguistik

Blog ini adalah blog peribadi saya untuk mencatatkan tentang linguistik, bahasa

Melayu, dan apa sahaja tentang bahasa

Tinta Linguistik

Jumaat, 11 Mac 2011

Etnografi Hymes

Catatan ini adalah tugasan HMT 502 saya...

1.0 Pendahuluan

Ledakan internet hari ini bukan sahaja membolehkan manusia untuk

mendapatkan maklumat dalam dunia tanpa sempadan, malah internet telah

membantu manusia untuk berkomunikasi dengan lebih dekat. Internet juga telah

menjadi medan untuk manusia bersembang. Salah satu ruangan yang terkenal

untuk manusia bersembang ialah dalam ruangan www.sembang-sembang.com

2.0 Tujuan Kajian


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menghuraikan ciri-ciri

komunikasi dalam ruangan sembang2Melayu.com. Untuk mencapai tujuan ini,

kajian menggunakan kerangka teori Etnografi Komunikasi oleh Hymes (1974).

3.0 Teks Kacukan

Menurut Asmah Hj. Omar (2005: 113), teks merupakan satu kesatuan yang

mengandungi sejumlah ayat dan tujuan teks adalah untuk menyampaikan

maklumat tentang sesuatu judul atau tajuk yang dibicarakan. Tambah Asmah

lagi, teks boleh terdiri daripada tiga bentuk iaitu satu perenggan, satu halaman

dan satu buku. Oleh itu, bahasa yang terdapat dalam sembang2Melayu.com

merupakan satu teks kerana teks tersebut bertujuan untuk menyampaikan

maklumat

Berdasarkan tinjauan, didapati bahawa teks dalam ruangan

sembang2Melayu.com ini adalah teks kacukan, iaitu kacukan tulisan dan lisan.

Teks kacukan ini telah menjadi komunikasi pengguna dalam ruang siber yang

menggunakan jaringan telekomunikasi sebagai penghubung. Teks kacukan yang

terdapat dalam sembang2Melayu.com ini juga dikenal pasti sebagai teks

perbualan. Hal ini keran menurut Noriah Mohamed (2004: 85), teks yang

terdapat dalam ruang siber berbentuk teks perbualan, cuma teks tersebut

dihasilkan dalam bentuk penulisan dan bukannya pertuturan.


Berdasarkan pandangan Noriah Mohamed di atas, walaupun teks perbualan

dihasilkan dalam bentuk bertulis, komunikasi sebenarnya masih boleh berlaku

melalui penggabungan dua cara penyampaian iaitu tulisan dan lisan. Menurut

Nor Akmal Yusof (2005: 18), sembang dalam ruangan sembang2Melayu.com

menggunakan dua cara penyampaian iaitu komunikasi secara tulisan yang ciri-

cirinya terarah dalam bentuk komunikasi lisan. Cara penyampaian bentuk lisan

ini boleh berlaku dalam pelbagai cara. Joos (1962) (dalam Ervin-Tripp, 1977:

193) berpendapat cara penyampaian lisan boleh dikategorikan dalam lima

bentuk iaitu mesra, biasa, perundingan, rasmi dan beku.

Antara ciri yang jelas terpancar untuk menunjukkan bahawa teks dalam

sembang2Melayu.com ini adalah teks kacukan yang terarah kepada perbualan,

ialah penggunaan bahasa khidmat pesanan ringkas (selepas ini disebut sebagai

KPR) atau short message service (sms). Bahasa KPR merupakan bahasa yang

bentuk tulisannya adalah berbentuk bunyi, yang menyebabkan pembaca seolah-

olah mendengar ujaran (Muhammad Shaban, 2008). Misalnya bahasa KPR yang

ditulis dalam bentuk dialek Johor, saye kate, penatnye.

Sebelum ini, bahasa KPR hanya digunakan dalam kalangan pengguna telefon

bimbit. Namun, kelihatannya bahasa KPR ini bukan sahaja digunakan dalam

komunikasi telefon bimbit, tetapi menular dalam teks kacukan perbualan di

televisyen dan ruangan siber. Hal ini telah mewujudkan satu fenomena yang

unik, terutamanya kewujudan laras bahasa KPR.


Pengguna menggunakan bahasa KPR dalam teks kacukan sama ada di ruangan

siber atau di televisyen ini disebabkan oleh beberapa faktor. Pertamanya, bahasa

KPR bukanlah bahasa baku, dan bukan semua orang akan sentiasa berbahasa

baku kecuali dalam situasi tertentu, seperti situasi rasmi. Malah menurut Zaidi

Ismail (2008: 108), bahasa KPR merupakan bahasa yang tidak baku yang

mengandungi campuran bahasa atau dialek. Jadi, boleh dikatakan bahasa bukan

baku dalam KPR merupakan bahasa perbualan seharian kita. Keduanya, bahasa

KPR ini dianggap sebagai bahasa mudah, cepat, interakaktif, selesa, dan

menjimatkan ruang dan kos (Muhammad Shaban, 2008; Norizah Aripin, 2004).

Dua faktor ini telah menjadikan bahasa KPR begitu popular dan menjadi pilihan

pengguna bukan sahaja di telefon bimbit, tetapi dalam ruangan siber turut teruja

dengan fenomen bahasa KPR ini.

Bertitik tolak daripada ciri bahasa KPR yang terdapat pada teks kacukan dalam

ruangan sembang2Melayu.com ini, maka satu aspek yang penting untuk diteliti

ialah ciri-ciri komunikasi. Hal ini bermaksud, ciri-ciri pada strategi komunikasi

yang digunakan oleh penutur dalam bentuk teks kacukan dan bukannya

perbualan sebenar. Strategi komuniksi bermaksud cara tertentu yang digunakan

oleh penutur untuk mereka meneruskan pertuturan agar mencapai tujuan

komunikatif seperti mendapatkan maklumat, penjelasan, atau memastikan

komunikasi berterusan (Asmah Haji Omar, 2010: 61). Oleh itu, ciri-ciri dalam
komunikai penutur dalam ruangan sembang2Melayu.com inilah yang cuba

diteliti melalui kerangka teori Etnografi Komunikasi (1974) oleh Hymes.

4.0 Data dan Kaedah

Data yang dibentangkan dalam kajian ini ialah teks kacukan yang bercirikan

perbualan dalam ruangan sembang2Melayu.com. Sebelum itu, perlu pengkaji

perjelaskan dahulu bahawa data-data ini tidak ditranskripsikan dalam bentuk

analisis perbualan atau fonemik. Sebaliknya, data sebenar yang terdapat dalam

sembang2Melayu.com. Data-data ini diperoleh dengan melayari laman web

halaman utamanya iaitu http://www.melayu.com/v2/sembang2/. Setelah itu,

data-data ini pengkaji fokuskan kepada kerangka teori Etnografi Komunikasi

(1974).

5.0 Kerangka Teori Etnografi Komunikasi

Tujuan teori Etnografi Komunikasi diperkenalkan adalah untuk menghuraikan

secara deskriptif bagaimana beberapa skema komponen lakuan bahasa (speech

act) dan peristiwa bahasa (speech event) berlaku dalam usaha agar komunikasi

yang berlangsung mencapai objektifnya (Hymes, 1974: 53 dan Wardhaugh,

2010: 259). Menurut Hymes lagi, etnografi komunikasi berusaha untuk

menghuraikan kecekapan berbahasa yang membolehkan penutur bertutur dan

menginterpretasikan bahasa. Teori ini diperincikan melalui akronim

SPEAKING iaitu S= Setting and Scene, P = Participant, E= End, A=Act


Sequence, K=Key, I=Instrumentalities, N=Norms of Interaction and

Interpretasion dan G=Genre (Akronim ini akan dibincangkan secara terperinci

dalam 6.0)

Sebelum perbincangan SPEAKING dikemukakan, adalah lebih baik dijelaskan

dahulu takrifan lakuan bahasa dan peristiwa bahasa yang mendasari

SPEAKING. Menurut Asmah (2010: 25), lakuan bahasa ditakrifkan sebagai

tindakan yang dilakukan oleh penutur yang tergambar dalam bahasa yang

digunakan. Sebagai contoh, pernyataan adalah satu contoh lakuan bahasa yang

boleh diwujudkan dengan pelbagai cara, seperti penakrifan. Manakala, peristiwa

bahasa menurut takrifan Asmah (2010: 1) sebagai kegiatan bahasa yang

melibatkan pemeran, saluran komunikasi, kandungan perbualan, peraturan dan

struktur interaksi.

Bahagian berikut akan menganalisis teori Etnografi Komunikasi, iaitu

SPEAKING.

6.0 Analisis SPEAKING

Bahagian ini menganalisis ciri-ciri komunikasi dengan mengikut perincian

SPEAKING dengan menggunakan data daripada ruangan

sembang2Melayu.com.

6.1 Latar dan Tempat (Setting and Scene)


Latar dan tempat merupakan komponen komunikasi yang sangat penting

(Wardhough, 2010: 259). Kepentingan komponen ini adalah kerana latar dan

tempat merupakan komponen yang menunjukkan berlakunya sesuatu lakuan

bahasa (Hymes, 1974: 55). Menurut Hymes lagi, tempat lakuan bahasa

berlangsung juga ditunjukkan dengan ciri-ciri fizikal. Sebaliknya, bagi Hymes

latar merujuk kepada psikologi atau cerminan budaya dalam perbualan yang

berlangsung.

Dalam teks kacukan sembang2Melayu.com. didapati bahawa tempat

berlangsungnya lakuan bahasa dan peristiwa bahasa adalah di ruangan

sembang2Melayu.com. Manakala latarnya pada skrin komputer yang

memaparkan teks kacukan. Dalam komponen latar dan tempat ini, Hymes

menjelaskan bahawa tempat berlangsungnya lakuan bahasa boleh berlatarkan

sama ada formal atau tidak formal, serius atau bersuka ria. Berdasarkan

pendapat Hymes ini, tinjauan mendapati teks kacukan dalam

sembang2Melayu.com ini adalah tidak formal dan dalam suasana yang

menceriakan. Berikut, dipaparkan tempat dan latar berlangsungnya sembang

tersebut.
Rajah 6.1

Latar dalam sembang2Melayu.com

Sumber: Dipetik daripada http://www.melayu.com/v2/sembang2/

6.2 Pemeran (Participant)

Mereka yang menyertai ruangan sembang2Melayu.com disebut sebagai

pemeran. Pemeran terdiri daripada penutur atau pengirim, penyampai atau

penerima dan pendengar atau khalayak (Hymes, 1974: 56). Latar belakang

pemeran adalah berbeza. Latar belakang pemeran bermaksud status sosial,

jantina, umur dan pekerjaan (Ervin-Tripp, 1968: 193). Berdasarkan latar

belakang yang berbeza inilah pemeran sebenarnya telah mencorakkan laras

bahasa yang mereka gunakan dalam ruang sembang2Melayu.com. Hal ini

sebenarnya bertepatan dengan kenyataan Ervin-Tripp yang menyatakan bahawa

perbualan dalam kalangan pemeran dipengaruhi oleh empat faktor, iaitu situasi,
kumpulan sosial, pembawaan peribadi daripada satu kumpulan kepada

kumpulan lain dan kekerapan perhubungan dalam kalangan pemeran.

Walau bagaimanapun, dalam ruang sembang ini, pemeran adalah

ketanpanamaan atau anonymous. Pemeran tidak menggunakan nama sebenar,

sebaliknya nama samaran. Misalnya dalam Petikan 6.1 ini jelas kelihatan

bahawa dalam sembang2Melayu.com pemeran menggunkan nama samaran

seperti bey9334, sha_aida, dan zaiharm. Pemeran ini bukan sahaja

menggunakan nama samaran, malah penutur tidak dapat melihat orang yang

dilawan bercakap (Noriah Mohamed, 2004: 79 dan Nor Akmal Yusof, 2005:

92).

Petikan 6.2

Identiti Pemeran dalam ruang sembang2Melayu.com

Dihantar oleh cari kerja : area terengganu

bey9334

Ahli Baru 1. Dihantar pada 28hb November 2006, 9:43:17 mlm [Edit]

________________________________________

saya nak mencari kerja area kuala terengganu. jika ada kekosongan yang anda

tahu boleh tolong bagi tau saya tak. nak sangat kerja kat terengganu.

219.95.244.:-)
sha_aida

Ahli Produktif 2. Dihantar pada 04hb Februari 2007, 1:33:43 tghari [Edit]

________________________________________

asal maner?

saya pun asal trg tp terpaksa merantau kerje di kl...

--------------

~*~seandainya masih ada cinta~*~

124.82.62.:-)

zaiharm

Ahli Baru 3. Dihantar pada 20hb Februari 2007, 09:02:08 pagi [Edit]

________________________________________

bey9334

Anda boleh join sebagai Perunding Unit Amanah bersama kami. Cawangn kami

ada di KT.

Jangan terburu-buru, anda boleh sertai secara part time dulu dan lihat hasilnya.
untuk maklumat lanut, sila lawati:

http://ut-consultant.blogspot.com/

Bina masa depan gemilang anda bersama kami

60.51.71.:-)

Sumber: Dipetik daripada http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?

thread=16283

Kewujudan ketanpanamaan ini sebenarnya telah menyukarkan untuk pemeran

mengetahui jantina, umur dan pekerjaan yang dilawan bercakap. Kesukaran

dalam mengenal pemeran dengan tepat kelihatannya menyebabkan komponen

pemeran dalam teori Etnografi Komunikasi tidak boleh diaplikasikan dalam

menangani fenomena ketanpanamaan. Sehubungan dengan itu, pengkaji

berpendapat bahawa teori inferens boleh diaplikasikan dalam menangani

pemeran ketanpanamaan atau menggunakan nama samara. Walaupun tidak

dapat mengenal pemeran dengan tepat, tetapi dengan inferens, identiti pemeran

masih boleh dikesan.

Sehubungan dengan itu, timbul persoalan apakah yang dimaksudkan dengan

inferens? dan bagaimana inferens digunakan dalam mengenal pasti identiti


pemeran?. Menurut Yule (1996: 17), inferens ialah tindakan membuat

penakbiran atau kesimpulan terhadap rujukan yang tidak dihubungkan secara

langsung di antara perkataan dengan entiti yang sebenar. Hal ini bermaksud,

apabila berlakunya keadaan di mana tiada hubungan di antara rujukan sebenar

dengan perkataan, maka penutur akan menggunakan inferen. Misalnya ayat (1)

di bawah,

(1) Cik Kembang selalu datang lambat.

Daripada contoh (1) ini, pemeran barangkali tidak dapat mengenal pasti identiti

Cik Kembang yang sebenar. Oleh yang demikian, pemeran menggunakan

inferen sdengan menggunakan rujukan ekpresinya iaitu perasaan atau fikirannya

sendiri untuk mengenal pasti Cik Kembang.

Levinson (1983: 271-272) menegaskan bahawa teori inferens dapat menangani

menangani ujaran yang tidak langsung. Malah, beliau menyatakan bahawa teori

inferens dapat mengemukakan makna yang benar. Justeru, untuk menjawab

persoalan bagaimana inferens digunakan, Levinson menyatakan, penggunaan

inferens dalam menangani makna yang tidak jelas adalah dengan memasukkan

konteks. Dalam hal ini, konteks memainkan peranan yang sangat penting untuk

mengenal pasti rujukan yang sebenar dan ujaran yang tidak langsung. Peranan

konteks ini sangat penting kerana bahasa wujud dalam ruang dengan adanya

pengguna dan penggunaan dan tidak wujud dengan tersendirinya. Oleh itu,

dengan adanya konteks ini, maka pemeran yang ketanpanamaan dalam


sembang2 Melayu. com boleh dikenal pasti dan komponen pemeran dalam teori

Etnografi Komunikasi boleh diaplikasikan.

Konteks yang berkait dalam sembang2Melayu.com ialah topik, dan bahasa

seksis. Hal ini bermaksud inferens untuk pemeran yang ketanpanamaan ini

diteliti menerusi topik, dan bahasa seksis. Topik perbincangan dalam kalangan

pemeran sangat penting dalam mengenal pasti jantina pemeran. Hal ini adalah

selari dengan pandangan Hymes (1968: 112) dan Ervin-Tripp (1968: 194)

bahawa ayat atau leksikal dalam sesuatu topik digunakan oleh kumpulan yang

tertentu, dan setiap topik yang berbeza menggunakan ayat yang berbeza. Malah

kajian oleh Nor Akmal Yusof (2005: 92) mendapati topik yang dibincangkan

dalam sembang2 Melayu.com dapat menentukan jantina seseorang penutur.

Berdasarkan tinjauan pengkaji dalam sembang2 Melayu.com ini, topik

perbincangan tentang kecantikan kulit, sudah pasti pembaca boleh membuat

inferens bahawa pemeran yang terlibat adalah wanita kerana kecantikan

sinonim dengan perempuan. Misalnya dalam Petikan 6.2 di bawah ini. Pemeran

yang menggunakan nama samaran eynda dan Liz Eee ialah wanita walaupun

mereka cuba menyembunyikan identiti mereka dengan tidak memberikan nama

sebenar. Namun, pembaca boleh membuat inferens yang mereka adalah wanita

kerana mereka mempunyai pengetahuan tentang penjagaan kulit.

Petikan 6.3
Topik dalam ruang sembang2Melayu.com

Dihantar oleh Skincare : Skincare apa yg anda guna....

eynda

Ahli Produktif 1. Dihantar pada 25hb Februari 2005, 10:54:46 pagi [Edit]

________________________________________

Kawan-kawan semua..... .

Jom le kita cerita sesama, skincare apa yg kita pakai sekarang. Ok ke tak ok?

Cemana pengalaman guna skincare tu? Ada yg guna produk dari syarikat mlm,

ada yg beli kat kaunter...pasti yg branded-branded gitu cth: SKII, Clinique etc.

Macam eynda sekarang guna Olay Total Effects. Dah lebih setahun setia ngan

produk tu. Tapi biasa le manusia tak pernah puas hati....dugaan iklan-iklan

kecantikan pun banyak . Rasa-rasa......macam nak tukar skincare lain .

So, meh le cerita tentang produk skincare yg u all guna....


Sekadar berkongsi pengalaman....mana la tahu ada yg boleh dapat idea dari

perbincangan kita .

219.95.16.:-)

Liz_Dee

Ahli Interaktif 2. Dihantar pada 25hb Februari 2005, 11:04:20 pagi [Edit]

________________________________________

liz pun mcm enyda, suka tukar2 sbb nak tgk mana yg suitable ..

That day liz ada pakai Cellex C toner. dah abis nak beli baklik mahal gak..

hehe.. so tukar neutrogena tone.. alamakk jerawat la pulak.. now stop sedang

consider neostrata.

Temporary guna yg murah iaitu BML.

Olay liz takleh pakai sbb oily sgt. dah la liz ni muka jenis oily..

Sensitive.

So hati2 beli brg..


Essence liz masih pakai Neutrogena.. bagus sgt..

Sabun liz pakai murad.

--------------

Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH

KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

(Sumber: Dipetik daripada http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?

thread=3790)

Namun begitu, dalam terdapat topik tertentu yang barangkali pembaca tidak

dapat mengenal pasti jantina dan pekerjaan pemeran. Dalam hal ini, pengkaji

berpendapat pembaca masih boleh membuat inferens berdasarkan bahasa yang

digunakan oleh pemeran. Pengkaji berpandangan bahawa inferens terhadap

bahasa yang digunakan oleh pemeran berlandaskan kepada pandangan Holmes

(2008: 317). Holmes menyatakan bahawa bahasa seksis atau sexist language

memberikan penilaian satu kumpulan dengan kumpulan lain dan daripada satu
generasi dengan generasi lain. Menerusi bahasa seksis ini pembaca boleh

memberi nilai positif atau negatif imej lelaki atau perempuan. Dalam Petikan

6.4 diperlihatkan bahasa seksis dalam menentukan jantina pemeran.

Petikan 6.3

Bahasa seksis dalam Sembang2Melayu.com

langsuir80

Ahli Produktif 15. Dihantar pada 14hb Mei 2005, 09:54:16 pagi [Edit]

________________________________________

kadang aku pelik gak...

camne la yg cerdik pandai ni leh

gak termasuk dlm ajaran sesat ni...

ni yg aku agak mushekil

--------------

+ cantek menarik tertarik ko mmg babun +


219.95.169.:-)

(Sumber: http://www.melayu.com//v2/sembang2/mesej.php?thread=6313)

Petikan 6.3 di atas memberikan peluang kepada pembaca untuk membuat

inferens bahawa langsuir80 (-lelaki) yakni perempuan.

Jadi, dapat dirumuskan bahawa pemeran yang tanpa nama atau

menyembunyikan diri masih boleh dikenal pasti identitinya menerusi inferens.

6.3 Matlamat (Ends)

Komponen ketiga dalam teori Etnografi Komunikasi ialah tujuan dan matlamat

(Ends). Tujuan dan matlamat dalam komunikasi merujuk kepada matlamat yang

secara konvensinya telah disedari oleh pemeran dan matlamat yang dijangkakan

daripada peribadi pemeran untuk memperoleh sesuatu kejayaan (Hymes, 1974:

57 dan Wardhaugh, 2010: 260). Menurut Hymes (1974: 57), interaksi pemeran

dalam peristiwa bahasa menentukan secara khusus kualiti dan sama ada

matlamat yang dijangkakan oleh pemeran berjaya.

Sebenarnya untuk meneliti sesuatu matlamat atau tujuan peristiwa bahasa atau

peribadi adalah sukar. Kesukaran yang dimaksudkan ialah penentuan sama ada

sesuatu persetujuan dan hasil yang pemeran hendak sebenarnya telah dicapai

atau tidak. Hal ini bermaksud ketiadaan piawaian yang konkrit dalam

menentukan matlamat tercapai. Malah, hal ini diakui oleh Hymes (1974: 57)
yang menyatakan bahawa kebanyakan kajian dalam komunikasi mengabaikan

matlamat kerana matlamat merupakan tingkah laku yang lambat untuk sedar

atau disedari oleh pemeran dalam peristiwa bahasa.

Selain itu, matlamat dalam peristiwa bahasa bergantung dengan fungsi peristiwa

bahasa tersebut. Ervin-Tripp (1968: 195) telah menyenaraikan enam fungsi

dalam peristiwa bahasa yang melibatkan pemeran dan interaksinya. Enam

fungsi yang diutarakan oleh Ervin-Tripp ialah permintaan untuk harta,

perkhidmatan atau maklumat, permintaan untuk pandangan masyarakat,

menyediakan atau menawarkan maklumat atau interpretasi, ekpresi monolog,

rutin dan mengelak untuk perbualan. Kesemua fungsi ini berkait rapat dengan

tingkah laku dan budaya (Hymes, 1968: 116). Oleh yang demikian, setiap

peristiwa bahasa mempunyai matlamat bergantung kepada fungsi komunikasi.

Hal ini lebih jelas, dalam contoh yang dikemukakan oleh Wardhaugh (2010:

26). Wardhaugh telah mengemukakan contoh peristiwa bahasa pemeriksaan

keterangan dalam mahkamah sebagai suatu pandangan dalam masyarakat, tetapi

setiap pemeran yang terlibat seperti juri, hakim, pihak pendakwa, pembela,

pesalah dan saksi mempunyai matlmat peribadi. Sesungguhnya, matlamat ini

bergantung kepada fungsi komunikasi.

Sejajar dengan pandangan Hymes, Ervin-Tripp dan Wardhaugh tentang

matlamat dalam peristiwa bahasa dan matlamat peribadi pemeran, untuk

meneliti sama ada sesuatu matlamat tersebut dicapai adalah dengan mengenal
pasti tujuan pemeran dan hasil yang dicapai menerusi penyelesaian. Hal ini juga

diakui oleh Hymes yang menyatakan matlamat boleh dicapai menerusi

penyelesaian yang menguntungkan.

Sehubungan dengan itu, dalam sembang2 Melayu.com, didapati fungsi interaksi

oleh pemeran melibatkan permintaan untuk maklumat, maklum balas

masyarakat dan penawaran maklumat dan intrepatasi. Berikut adalah contoh,

fungsi dalam meminta maklumat balas masyarakat:

Petikan 6.5

Contoh Matlamat Peribadi Pemeran dalam ruang sembang2Melayu.com

Dihantar oleh Konflik sesama kawan : Akhlak bagaimanakah ini?!

Weakservant

Ahli Baru 1. Dihantar pada 22hb Januari 2006, 2:48:56 ptg [Edit]

________________________________________

Ni ada satu konflik sikit. Harap antum semua dapat beri pendapat ya. Ada

seorang tu dikenali sebagai A hendak meminjam gelas kat kawan dia iaitu B.

Gelas tu kotor, belum dibasuh. B kata kalau nak pinjam gelas tu, boleh tapi

kotor la, tak basuh lagi ( di sini B mengharapkan A membasuh gelas tu sebab

masa tu B malas sangat nak basuh).... A pulak kata Kau la yang basuh ( sebab

bagi A dia ni macam tetamu la kan harapkan tuan rumah buat sesuatu untuk dia)
B pulak berpendapat A sepatutnya beralah sebab dia nak pinjam... Yang A pulak

mengharap B beralah sebab dia ni peminjam yang patut dilayan baik ( macam

tetamu la kan)...Saya pun tak tahu nak terang macam mana.... Any opinion?!

202.184.41.:-)

(Sumber: Dipetik daripada http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?

thread=14867)

Berdasarkan Petikan 6.5 di atas, didapati bahawa peristiwa bahasa ini berfungsi

dalam meminta maklum balas daripada masyarakat. Pemeran yang bernama

Weakservant ini mempunyai matlamat peribadi. Matlamatnya adalah untuk

mendapatkan pendapat masyarakat dalam menyelesaikan konflik sesama rakan.

Hasil daripada matlamat Weakservant ini, didapati bahawa pemeran lain turut

sama untuk membantu dalam menyelesaikan masalah Weakservant ini seperti

yang ditunjukkan dalam Petikan 6.6 di bawah ini:


Petikan 6.6

Contoh Matlamat yang Dicapai dalam sembang2Melayu.com

awexs

Ahli Setia 2. Dihantar pada 26hb Januari 2006, 09:36:48 pagi [Edit]

________________________________________

looo perkara camni pon leh jadi konflik..hehe

weak, pendapat kita... ape la salah si peminjam tu basuh..da dia nak

pinjam..buat le cara pinjam... daripada xde langsung kan.

sepatutnye..si A tu x banyak songehh.. .. klau kita la B, kita terasa s/thing je

ngan budak A nihh..

--------------

SeNyuM SeLaLu - @wEx_P

219.95.10.:-

Sumber: Dipetik daripada http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?

thread=14867
Daripada Petikan 6.6 ini, awexs telah membantu dalam penyelesaikan matlamat

peribadi Weakservant. Dalam hal ini, untuk mengukur bahawa matlamat

peribadi pemeran telah tercapai untuk mendapat pandangan pendengar lain

apabila pendengar bernama aweks mengemukakan pandangannya supaya si

peminjam membasuh gelas tersebut.

6.4 Bentuk Ujaran (Act Sequences)

Komponen keempat dalam teori Etnografi Komunikasi ialah bentuk ujaran atau

act sequences. Bentuk ujaran merujuk kepada bentuk mesej dan kandungan

mesej yang diperkatakan oleh pemeran (Hymes, 1974: 54-55). Bentuk ujaran

boleh dalam bentuk kata sahaja atau pada tahap kandungan topik yang

dibincangkan atau pertukaran topik. Menurut Hymes, pemeran mengetahui

topik yang diperkatakan oleh mereka, masa topik tersebut bertukar, atau

dikekalkan.

Dua perkara penting yang terangkum dalam bentuk ujaran ini ialah wacana dan

perbualan (Wardhaugh, 2010: 260). Wacana dan perbualan memainkan peranan

yang sangat penting dalam memperlihatkan cara bentuk sesuatu ujaran disusun

dalam peristiwa bahasa. Hal ini selari dengan pandangan Hymes (1974: 55)

yang menyatakan bahawa untuk menganalisis kandungan topik pemeran, adalah

sangat penting untuk meneliti koheran dalam sesuatu wacana tersebut. Namun,

bentuk ujaran dalam sembang2Melayu.com bukanlah wacana, sebaliknya teks.


Manakala hal yang melibatkan perbualan ialah ambil giliran. Asmah Hj. Omar

(2010: 4) menyatakan bahawa interaksi dalam kalangan pemeran melibatkan

giliran untuk bercakap, selain daripada pilihan bahasa atau kelainan bahasa dan

kepatuhan peraturan-peraturan sosial.

Justeru, bahagian ini menganalisis koheran dalam teks sembang2Melayu.com

dan ambil giliran dalam analisis perbualan untuk meneliti bentuk ujaran

Sembang2Melayu.com.

6.4.1 Koheran

Seperti yang disebutkan pada bahagian 3.0 definisi teks, sesebuah teks mestilah

mempunyai dua ciri utama iaitu koheran dan kohesi. Sebagaimana yang disebut

oleh Asmah (2005: 113) yang menyatakan bahawa dua ciri utama teks ialah

koheran atau keteraturan fikiran dan tetenunun atau kohesi. Koheran bermaksud

pertalian dan hubungan (Taringan, 1995: 122). Bahagian ini hanya

membincangkan koheran sahaja kerana koheran dalam memperlihatan susunan

fikiran secara logik dan lebih menjurus kepada ujaran (Asmah, 2005: 113 dan

Taringan, 1995: 122) berbanding kohesi yang menjurus bentuk sesuatu teks.

Sesuatu teks, tidak semestinya, kohesi tetapi yang penting adalah koheren

supaya teks tersebut bermakna.

Berdasarkan definini koheran yang dikemukakan oleh Taringan (1995),

pengkaji mendapati bahawa bentuk ujaran dalam sembang2Melayu.com adalah


koheran. Hal ini kerana setiap topik yang dibincangkan oleh pemeran

mempunyai logik dan bermakna. Misalnya dalam Petikan 6.7 jelas

menunjukkan bahawa topik yang dibincangkan oleh pemeran mempunyai

pertalian di antara satu teks dengan teks yang lain

Petikan 6.7

Koheran dalam Teks Perbualan sembang2Melayu.com

sayang

Ahli Baru Hi,

Nak cari maklumat pusat2 pengajian tempatan/awam/swasta yg menawarkan

kursus Electrical - khusus tentang air-cond dan yg berkaitan...

. Untuk adik yg baru habis SPM. Harap dapat bantu

218.111.140.:-)

weird

Ahli Produktif

sila lawat website ini..


http://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti-universiti_di_Malaysia

--------------

** lihat apa Yg ada di sekeliling ...** cahaya itu ...**

219.95.224.:-)

siti5184

Ahli Aktif ________________________________________

sayang,...

biasanya jika khusus utk aircon--cuba cari IKBN@institut 2x kemahiran sbb kat

u'siti atau kolej saya rasa tak der plak khusus aircorn...dia ajar elec, engineering

basic n focus tunggu tahun akhir kertas projek...

......

--------------

tiada idea nak isi apa.....

219.93.21.:-)

kisaak
Ahli Produktif aircond ada dlm bidang mekanikal.

tp opsyen jer

--------------

mungkin...................

Sumber: Dipetik daripada http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?

thread=14268

Berdasarkan Petikan 6.7, ternyata perbualan tersebut mempunyai koheran

apabila hal yang diperkatakan tentang penawaran kursus penghawa dingin di

pusat pengajian awam dan swasta disusun teratur untuk menampakkan lagi

logik perbualan tersebut tentang pendapat untuk jurusan elektronik dan tidak

menukar kepada topik yang lain.

Selain daripada koheran pada sesuatu teks, bentuk ujaran yang dianalisis ialah

ambil giliran. Analisis ini disebut sebagai analisis perbualan berdasarkan

Levinson (1983) dalam bukunya Pragmatics.

Ambil giliran yang wujud dalam perbualan adalah disebabkan oleh perbualan

tersebut melibatkan dua orang pemeran atau lebih dalam peristiwa bahasa yang

interaktif (Asmah Hj. Omar, 2010: 2 dan Wardhaugh, 2010: 317). Asmah Hj.

Omar menjelaskan, peristiwa bahasa interaktif ialah peristiwa bahasa seperti


temu duga, wawancara, jenis-jenis perbincangan, dan tawar-menawar dalam

pusat membeli belah. Oleh yang demikian, perbualan dalam

sembang2Melayu.com dikatakan sebagai peristiwa bahasa. Alasannya,

melibatkan lebih daripada dua pemeran dan perbualan tersebut bersifat

perbincangan.

Bertitik-tolak daripada pernyataan Asmah Hj. Omar dan Wardhaugh tentang

ambil giliran dan peristiwa bahasa yang interaktif, ambil giliran dalam

sembang2Melayu.com diterapkan dalam analisis perbualan (selepas ini disebut

sebagai AP) Levinson (1983).

Menurut Levinson (1983: 297), ambil giliran dibentuk oleh dua unit ambil

giliran. Pertama, unit pembinaan giliran (UBG) dan tempat peralihan relevan

(TPR). Menurutnya lagi, UBG berlaku dalam perbualan apabila giliran tersebut

diungkapkan oleh unit-unit sintaksis seperti ayat, klausa, frasa nama, frasa kerja,

frasa preposisi dan frasa komplemen. Levinson menambah lagi, UBG juga

ditunjukkan oleh intonasi yang menunjukkan bahawa giliran penutur berakhir.

Walau bagaimanapun, disebabkan perbualan dalam sembang2Melayu.com ini

hanyalah dalam bentuk tulisan, maka untuk meneliti ambil giliran dengan

menggunakan intonasi adalah sukar. Oleh itu, ambil giliran dalam kalangan

penutur hanya dapat diteliti menerusi ungkapan unit sintaksis oleh pemeran

seperti contoh berikut:


Petikan 6.8

Unit Pembinaan Giliran dalam Ruangan sembang2Melayu.com

Ainalina

Ahli Baru A'kum warga MDC

Sorry lah yea..kiranya topic nie pernah di bincangkan dahulu...tp dok check tak

ada pun. Maklum lah saya nie ahli baru...

Saya teringin sangat nak tanya pendapat kekawan MDC ni coz saya tgk idea2

dan pandangan2 yang di berikan sungguh memuaskan....sbb tu try msuk jugak

tu.

cam gini..saya nie sekarang sedang berkawan ngan duda anak lima. Memang

kitaorang plan dah nak kahwin ni. Tup-tup saya dapat tahu..dia masih

berhubung dengan x-wife dia. Memang saya mengamuk coz dia kata dia dah tak

ada apa2 ngan x-wife dia tu. Kalau cakap/jumpa sebab pasai anak saja. Saya

memang tiada masalah sekiranya dia nak jumpa x-wife dia psai anak2 dia.

Memang saya benarkan. Dan si x-wife tu pun tahu, kitaorang ada hubungan n

dah nak kahwin pun. Yang jd masalah nya sekarang, diorang masih dok

sembang sampai bab2 perasaan. sehinggalah 1 day, si x-wife nie dtg bersemuka
dgn saya. Dia dedahkan segala-galanya ttg hubungan nya dgn x-husband dia

tu....Yang saya tak tahan nya sbb hubungan mereka dah sampai cam suami-isteri

dah, cam dulu2. Saya jer yang tak tahu......eeiiii sakitnya hai saya nie coz kena

tipu. Saya suruh boyfriend saya berterus terang. Memang dia

mengaku.....Remuk rendam hati saya. Tp dia kata, dia buat cam tu coz dia

teringatkan anak2 dia...logik ker??? Pastu dia kata lagi, dia nak rujuk balik ngan

x-wife dia lps dia kahwin ngan saya. Maksudnya....akan bermadu lah saya

nanti...Saya betul2 buntu. Patutkah saya teruskan hubungan nie? Katanya....saya

adalah cinta dan sayangnya, X-wife dia adalah kerana kesian pada anak2. Saya

cuba tarik diri w/pun hati saya masih sayang padanya, tp dia kata dia tak boleh

hidup tanpa saya. W/camna sekali pun, dia nak kahwin jugak dgn saya...Dia

kata dia boleh adil dan saksama. So...di sini saya teingin sgt nak dengar komen

ttg kisah bermadu nie. Adakah hidup bermadu nie banyak yang susah dr

senangnya?? Tolong lah saya........

192.198.147.:-)

abuzaid65

Ahli Baru 2. Dihantar pada 23hb Mac 2006, 12:50:18 tghari [Edit]

________________________________________Hidup bermadu tu tidak salah.


Itu adalah lebih baik drpd hidup tanpa apa2 ikatan. Paling penting si nakhoda tu

kena betul2 ada cukup bekalan utk memandu 2 kapal nanti terutama bekalan

IMAN dan TAQWA.

Cuma yg saya nampak di sini bf awak telah berlaku tidak jujur dgn awak. Lain

yg dicakap dan lain yg dipraktikkannya. Maka apakah org begini boleh

dipercayai akan berlaku adil nanti?

Wallahu a'lam.. Fikirlah panjang2 sebelom membuat keputusan.

Sumber: Dipetik daripada http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?

thread=15806

Dalam Petikan 6.8 di atas, didapati bahawa ambil giliran tersebut mengandungi

UBG. UBG oleh pemeran abuzaid65 ditunjukkan dengan menggunakan ayat

Hidup bermadu tu tidak salah. Oleh itu, didapati bahawa dalam perbincangan

tanpa bersemuka, masih kelihatan ambil giliran dan buktinya adalah dengan

berlakunya UBG dalam perbualan Ainalina dan abuzaid65.


Unit kedua dalam ambil giliran ialah tempat peralihan relevan (TPR). Menurut

Levinson (1983: 298), TPR yang berlaku dalam ambil giliran oleh penutur

dengan mengikut peraturan ambil giliran yang dipermudahkan daripada Sacks,

Schegloff dan Jefferson, 1978 . Peraturan ambil giliran yang dimaksudkan

adalah seperti berikut:

Peratuaran 1- (aplikasi pada permulaan TPR)

(a) Jika C memilih N sebagai penutur semasa, C mesti berhenti bercakap. N

pula bercakap, peralihan yang berlaku dalam TPR selepas pemilihan N

(b) Jika C tidak memilih N, pada masa yang sama, penutur lain boleh memilih

dirinya sendiri untuk ambil giliran, penutur pertama mendapat manfaat untuk

giliran yang berikutnya

(c) Jika C tidak dipilih oleh N, C boleh atau tidak meneruskan ambil giliran.

Peraturan 2 (diaplikasikan pada TPR berikutnya)

Apabila Peraturan 1 (c) diaplikasikan oleh C, TPR berikut ialah Peraturan 1 (a)-

(c) juga diaplikasikan, dan TPR berulang-ulang sehinggan pertukaran penutur

dengan berkesan.

Berdasarkan dua peraturan ini, pengkaji mendapati bahawa ambil giliran yang

berlaku dalam sembang2Melayu.com tidaklah menepati dua peraturan tersebut.

Pemeran yang bertindak sebagai penutur pertama tidak dapat memastikan atau

memilih siapa penutur keduanya. Ambil giliran yang berlaku perbincangan


sembang2Melayu.com adalah kompleks. Untuk memperjelaskan kompleksnya

ambil giliran dalam sembang2Melayu.com ini, pengkaji mengambil satu contoh

daripada perbincangan dalam ruangan ini yang memperlihatkan ambil giliran

yang tidak m mengikut peraturan ambil giliran seperti dalam Petikan 6.8 di

bawah:

Petikan 6.9

Tempat Peralihan Relevan dalam Ruangan sembang2Melayu.com

Dihantar oleh SONGSANG : Bagaimana Kalau Suami Anda Yang Lembut

Hati....

airy81

Ahli Baru

Salam perkenalan semua.. ini satu topik yang ingin saya tonjolkan berkenaan

dengan diri saya sendiri.. Macam mana kalo suami tu jenis hati lembut dan

sensitif.. maksudnya dia takder ego mcm saya.. Apa sahaja yang terbaik untuk

isteri saya sanggup lakukan tapi kena bertempat laa maksudnya saling bantu-

membantu..

Contohnya, saya basuh kain dia sidai, Saya sidai baju dia basuh kain.. Saya

memasak juga sekali-sekala dalam seminggu.. tapi memang kami saling bantu
membantu macam tu.. Cuma isteri saya tu cukup cerdik dan kadang kala

sehingga mengecilkan hati kita.. Saya ni pula.. lembut hati dan kadang air mata

mudah je mengalir sebab isteri kadang-kadang buat kita kecil hati... Macam

mana untuk golongan mcm kami ni??

Tapi Alhamdulillah, yang penting belaian.. suami dan isteri kena selalu

membelai dan bersentuhan.. itulah yang mengeratkan kasih sayang.. Jangan

Ditinggalkan Lafaz Sayang Pada Dia... Ada Rakan2 boleh kongsi bersama...

* Ada tak Suami yang sanggup berpanas,berhujan dan menjatuhkan sepenuhnya

egonya sebagai lelaki demi isterinya????

--------------

~ iBnU & sUe -- selaManya berSama ~

219.95.151.:-)

bungabiru

Pengendali hai airy


kan seronok tu kalau bantu membantu? bagi bb lah kan, kalau dapat husband

mcm airy ni, wife takleh take for granted, nanti bak kata orang, we dont know

what we've got until it is gone.

tp kalo husband dpt wife jenis rajin buat keje, dahla opis keje, umah keje,

janganla harap isteri itu totally amik tugas mak anda sepenuhnya..tolonglah dia,

bantulah dia. dia juga cari duit utk sama2 tampung kehidupan berumah tangga..

susah nak cari husband yang sanggup tolong mcm awk ni. tahniah untuk awak

(pinjam kata adlin aman ramli dalam AF heeheheheh)

--------------

FEAR can hold you prisoner, HOPE can set you free

eidadara

Ahli Aktif 3. Dihantar pada 12hb Januari 2006, 5:32:36 ptg [Edit]

________________________________________

quote:

________________________________________
* Ada tak Suami yang sanggup berpanas,berhujan dan menjatuhkan sepenuhnya

egonya sebagai lelaki demi isterinya????

________________________________________

Rasanya payah nak jumpe laki yg macam ni. Kalau ada sekali pun mungkin dia

dah di'gula-gulakan' isterinya...kena mandrem. Bagi eida...sebaik macam mana

pun lelaki, EGO tetap ada. Cuma sikit atau banyak je.

Beruntung la isteri awak dapat awak ye....Sori lah kalau kenyataan saya

menyentuh hati. Tapi hakikatnya, lelaki tak suka isteri lebih cerdik dari suami.

Kecil hati krn isteri lebih cerdik merupakan salah satu perasaan yg wujud dari

sikap ego. Ini menunjukkan airy pun ada juga ego, cuma tak tinggi je. Teruskan

sikap merendah ego...tetapi bukan bermaksud beri muka, takut satu haari nanti

isteri naik kepala.

* Mesej ini telah disunting oleh eidadara pada 12hb Januari 2006, 5:33:45 ptg

--------------

aqilah zulaikha kesayangan mama!

60.48.107.:-)

adikcomelx

Ahli Produktif 4. Dihantar pada 12hb Januari 2006, 5:44:38 ptg [Edit]
________________________________________hanya ketidak seimbangan

hormon ajer.. tak per.. small matter jer

yang penting.. bagaimana awak mendidik dan mengasuh isteri dan anak..

supaya dapat menjadi yang terbaik, terdidik, solehah, berilmu dan beramal..

itu yang lebeh penting..

sikap itu adalah fitrah manusia..

tapi jangan lupa tanggungjawab itu pula adalah amanah yang dkurniakan oleh

Allah s.w.t wajib untuk kita laksanakannya..

janganlah sampai kita tergelincir..

hanya semata mengikut kata hati yang dibsikkan oleh syaiton ..

~wallahualam~

--------------
~:terbang tinggi:~

219.93.33.:-)

maira70

Ahli Aktif 5. Dihantar pada 12hb Januari 2006, 6:06:48 ptg [Edit]

________________________________________alangkah bahagia dapat suami

macam awak nihhh...

Cuma pada pandangan saya yang belum berumahtangga nih elok ler awak

berbincang ngan isteri apa yang terkecil hatinya tu. Awak kena tegur gak isteri

awak tu...takut nanti pijak kepala lak..pendapat seposen saya.

--------------

Bukan Kerana Nama

219.93.33.:-)

airy81

Ahli Baru 6. Dihantar pada 13hb Januari 2006, 08:47:10 pagi [Edit]
Selamat Pagi.. maaf sebab baru di ofis ni boleh nak menaip mesej kepada awk

semua.. Tima kasih banyak2... Actually, aku hargai sangat apa yang korang

bagitau aku.. At least takderlaa rasa diri ni macam takder value.. Insya Allah,

kami akan cuba berbincang..

Hakikat yang memang aku x dpt nak bendung ialah, aku ni memang susah nak

marah atau berdendam.. Tapi apapun aku bersyukur sebab aku dapat memiliki

dia... Dialah insan paling istimewa dan unik di mata aku sebagai suaminya..

Pada aku wanita lah insan paling eksklusif di dunia ni. Dengan keunikan dan

keistimewaan yang Allah anugerahkan.. sepatutnya tak patut suami letak beban

rumah tangga pada isteri sorang sahaja... Sebab pada saya, isteri telah sanggup

mengorbankan jiwa dan raganya demi menyambung keturunan suami.. Itu dah

cukup maha besar dah pengorbanan kerana setiap kali melahirkan... nyawa isteri

tu di hujung tanduk.. Sebab tu lah, saya sanggup merendahkan ego saya sebagai

lelaki... Demi wanita yang sanggup berkorban untuk kami.. Terima kasih..

Apa kata anda???

--------------
~ iBnU & sUe -- selaManya berSama

Sumber: Dipetik daripada http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?

thread=14577

Petikan 6.9 di atas menunjukkan bahawa pemeran tidak mengikut peraturan

ambil giliran. Sebaliknya, giliran yang berlaku adalah berdasarkan pemilihan

diri sendiri dan tidak berlaku pertindihan. Penutur pertama tidak memilih

penutur berikutnya untuk mengambil giliran. Sebaliknya, ambil giliran tersebut

terus berlaku dalm topik perbincangan masih relevan. Malah, jika diteliti ambil

giliran yang berlaku mengambil masa selama hari untuk penutur pertama, iaitu

airy81 untuk terlibat dalam interaksi ini. Justeru, ambil giliran dalam

sembang2Melayu.com ini adalah sesuatu yang menarik, dan tidak hairanlah

kajian ini terus relevan dalam kajian sosiolinguistik dan pragmatik. Hal ini

sendiri diakui oleh Wardhaugh (2010: 260) bahawa komponen bentuk ujaran

dalam teori Etnografi Komunikasi menarik minat pengkaji yang mengkaji

wacana dan perbualan.


Seterusnya, dalam ambil giliran semabng2Melayu.com ini, didapati berlakunya

pengulangan. Pengkaji cuba mengetengahkan pengulangan yang berlaku dalam

sembang2Melayui.com ini, kerana daripada pengulangan ini tanpa disedari telah

mewujudkan budaya dalam ruangan ruangan siber. Perbincangan ini cuba

menunjukkan contoh berikut :

Petikan 6.10

Teks Kacukan dalam Ruangan sembang2Melayu.com

airy81

Ahli Baru

Salam perkenalan semua.. ini satu topik yang ingin saya tonjolkan berkenaan

dengan diri saya sendiri.. Macam mana kalo suami tu jenis hati lembut dan

sensitif.. maksudnya dia takder ego mcm saya.. Apa sahaja yang terbaik untuk

isteri saya sanggup lakukan tapi kena bertempat laa maksudnya saling bantu-

membantu..

Contohnya, saya basuh kain dia sidai, Saya sidai baju dia basuh kain.. Saya

memasak juga sekali-sekala dalam seminggu.. tapi memang kami saling bantu

membantu macam tu.. Cuma isteri saya tu cukup cerdik dan kadang kala

sehingga mengecilkan hati kita.. Saya ni pula.. lembut hati dan kadang air mata
mudah je mengalir sebab isteri kadang-kadang buat kita kecil hati... Macam

mana untuk golongan mcm kami ni??

Tapi Alhamdulillah, yang penting belaian.. suami dan isteri kena selalu

membelai dan bersentuhan.. itulah yang mengeratkan kasih sayang.. Jangan

Ditinggalkan Lafaz Sayang Pada Dia... Ada Rakan2 boleh kongsi bersama...

* Ada tak Suami yang sanggup berpanas,berhujan dan menjatuhkan sepenuhnya

egonya sebagai lelaki demi isterinya????

Sumber: Dpetik daripada http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?

thread=14577

Berdasarkan Petikan 6.10, mesej yang disampaikan oleh airy81 telah diulang

oleh pemeran lain. Caranya adalah dengan mengambil petikan daripan teks

airy81. Sebenarnya, perbualan dalam ruang ini yang mengambil pengulangan,

menunjukkan hal yang sama berlaku dalam perbualan sebenar. Dalam perbualan

sebenar, berlaku juga pengulangan. Oleh itu, ambil giliran yang berlaku

menunjukkan bahawa adanya pengulangan dalam ruang ini oleh pemeran

dengan memetik apa yang diperkatakan oleh airy 81 dalam Petikan 6.11 berikut:
Petikan 6.11

Contoh Pengulangan dalam Ruangan sembang2Melayu.com

eidadara

Ahli Aktif

quote:

________________________________________

* Ada tak Suami yang sanggup berpanas,berhujan dan menjatuhkan sepenuhnya

egonya sebagai lelaki demi isterinya????

Rasanya payah nak jumpe laki yg macam ni. Kalau ada sekali pun mungkin dia

dah di'gula-gulakan' isterinya...kena mandrem. Bagi eida...sebaik macam mana

pun lelaki, EGO tetap ada. Cuma sikit atau banyak je.

Beruntung la isteri awak dapat awak ye....Sori lah kalau kenyataan saya

menyentuh hati. Tapi hakikatnya, lelaki tak suka isteri lebih cerdik dari suami.

Kecil hati krn isteri lebih cerdik merupakan salah satu perasaan yg wujud dari

sikap ego. Ini menunjukkan airy pun ada juga ego, cuma tak tinggi je. Teruskan

sikap merendah ego...tetapi bukan bermaksud beri muka, takut satu haari nanti

isteri naik kepala.


* Mesej ini telah disunting oleh eidadara pada 12hb Januari 2006, 5:33:45 ptg

--------------

aqilah zulaikha kesayangan mama!

60.48.107.:-)

Sumber: http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=14577

Petikan 6.11, menunjukkan bahawa eidadara mengambil petikan airy81 (seperti

dalam Petikan 6.10) sebagai pengulangan untuk menerukan perbaulannya.

Pengulangan dengan memetik mesej daripada pemeran lain boleh dikatakan

sebagai budaya yang berbeza dengan perbualan lisan yang lain. Hal ini juga

selari dengan Tannenan (1987: 599-560) yang menyatakan pengulangan telah

mewujudkan budaya dalam sesuatu komuniti. Dalam hal ini, pengulangan

dengan memetik kata-kata daripada pemeran terdahulu sebagai satu budaya atau

gaya bahasa oleh komuniti sembang2Melayu.com khusunya.

Setelah meneliti komponen bentuk ujaran, perbincangan beralih kepada

komponen yang seterusnya iaitu nada.

6.5 Nada (Key)

Key atau kunci dalam teori Etnografi Komunikasi merujuk kepada nada.

Menurut Hymes (1974: 57), nada merupakan komponen yang mengenengahkan


cara dan perasaan sesuatu lakuan bahasa tersebut dilakukan oleh pemeran.

Dalam perbualan, nada dimaksudkan sifat atau keadaan pemeran yang

barangkali serius, atau riang. Menurut Hymes (1974: 58) satu daripada tanda

yang menunjukkan emosi atau sifat pemeran adalah dengan meneliti bahasa

bukan verbal pemeran seperti kenyitan, gerak isyarat, postur atau cara

berpakaian.

Bahasa bukan verbal dalam ruangan sembang2Melayu.com tidak kelihatan. Hal

ini kerana perbualan adalah dalam bentuk teks kacukan. Namun begitu, ciri

bahasa bukan verbal dalam ruangan ini diperlihatkan melalui bentuk parabahasa

yang digunakan dalam kalangan pemeran. Menurut Noriah Mohamed (2004:

85), bahasa bukan verbal dalam ruangan siber diatasi dengan pengguna ruang

siber mengembangkan budaya berbahasa mereka. Tambah beliau lagi,

pengembangan budaya berbahasa dalam kalangan pemeran adalah dengan

menggunakan ciri-ciri parabahasa yang konvensional seperti tanda baca untuk

menggambarkan perasaan pemeran dalam teks ruang siber. Misalnya, tanda ?

untuk bertanya. Pernyataan Noriah ini adalah benar, kerana didapati bahawa

pemeran dalam ruang sembang2Melayu.com banyak menggunakan parabahasa

untuk pertanyaan misalnya dalam Petikan 6.12 di bawah:

Petikan 6.12
Tanda Bacaan dalam Teks Kacukan Ruangan sembang2Melayu.com

attyra

Ahli Produktif 7. Dihantar pada 02hb Oktober 2005, 00:56:38 pagi [Edit]

________________________________________

Fazzlin...

kat sana pon ada taman nama taman medan ke??

--------------

It takes an hour to like someone, a day to love someone - but it takes a lifetime

to forget someone

219.95.131.:-)

Sumber: Dipetik daripada http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?

thread=11246

Selain itu, eksperesi emosi dan keadaan oleh pemeran kata-kata aksi yang

mempunyai maksudnya tersendiri. Menurut Noriah Mohamed (2004: 85), kata-

kata aksi dalam ruang sembang2Melayu.com menggunakan parabahasa teks

dengan huruf atau susunan suku kata tersebut diulang-ulang. Menurut beliau

lagi, penghasilan kata-kata aksi ini bertujuan memberi kesan kononya aksi

tersebut benar-benar berlaku dalam komunikasi. Penggunaan kata-kata aksi

dalam ruang sembang2Melayu.com dipaparkan dalam Jadual 1.1 berikut


Jadual 1.1:

Pengunaan Kata-kata Aksi untuk Menggambarkan Perasaan dalam Ruangan

sembang2Melayu.com

Kata-kata aksi Maksud

kah kah kah

hehehe

eheheheh

haah

Kekkekekke

Gembira//ketawa/suka

Huhuhu

iskkkhh

Sedih/menangis

Sumber: Dipetik secara rambang daripada papan Sembang2Melayu.com,

http://www.melayu.com//v2/sembang2/topik.php?sID=3, dan dipetik dan

diubahsuai daripada Noriah Mohamed, Beberapa Topik Asas Sosiolinguistik,

(2004: 87),.
Berdasarkan tinjaun pengkaji dalam ruangan sembang2Melayu.com ini,

pemeran banyak menggunakan emotikon iaitu ikon untuk menggambarkan

perasaan. Emotikan yang dikemukakan oleh pemeran membawa maksud emosi

gembira atau riang seperti , dan, . Sebaliknya, jika emosi tersebut adalah sedih,

pemeran menunjukkan emotikon seperti , , dan . Menurut Noriah Mohamed

(2004: 87), emotikon merupakan komunikasi bahasa bukan verbal dalam

ruangan siber yang bertujuan untuk menggambarkan emosi. Noriah juga

menyatakan bahawa maksud-maksud yang diungkapkan oleh emotikon adalah

bersifat sejagat seperti emotikon kesedihan dan keriangan. Pengkaji bersetuju

dengan pernyataan Noriah Mohamed (2004: 88) tentang sifat kesejagatan

emotikon. Hal ini kerana jika ditinjau dalam ruangan sembang yang lain seperti

Yahoo Messenger dan Facebook, emotikon kesedihan dan kerianganlah yang

paling banyak digunakan untuk mengekspresikan emosi.

Bahagian ini telah meneliti nada yang menada emosi pemeran dalam ruang

Sembang2Melayu.com.. Daripada perbincangan didapati bahawa ruang

sembang2Melayu.com ini telah menjadikan perbualan dalam bentuk teks

sebagai satu perbualan yang sebenar, dan pemeran telah berjaya meluaskan

bahasa mereka dengan penggunaan tanda baca, kata-kata aksi dan emotikon.

Penggunaan ini sebenarnya mewujudkan sesuatu yang baru dalam

perkembangan bahawa, terutamanya, makna yang didukung oleh setiap tanda


baca, emotikon dan kata-kata aksi tanpa menyatakan perasaan mereka secara

jelas dengan menggunakan kata atau ayat.

6.6 Instrumen (Instrumentals)

Bahagian ini membincangkan tentang alat atau intsrumentalities dalam

komunikasi lisan dalam bentuk tulisan ruangan sembang2Melayu.com.

Instrumen merujuk kepada saluran bahasa tersebut disampaikan sama ada

secara lisan, bertulis, atau bentuk ujaran yang dipilih oleh pekerja seperti

bahasa, kod, dialek, gaya pertuturan atau laras (Hymes, 1974: 58-59).

Berlandaskan pernyataan Hymes ini, antara perkara penting dalam instrumen ini

ialah saluran komunikasi, bahasa dan laras. Ketiga-tiga perkara ini juga

dibincangkan dalam bahagian ini.

Saluran komunikasi bermaksud cara sesuatu kegiatan bahasa disampaikan oleh

pemeran (Asmah Hj. Omar, 2010:3). Saluran komunikasi dalam ruang

sembang2Melayu.com adalah saluran tidak bermuka. Dalam saluran tidak


bersemuka ini, pemeran tidak dapat melihat muka pemeran yang lain. Oleh

sebab pemeran tidak dapat melihat wajah pemeran yang lain, maka tidak dapat

diketahui sama ada pemeran tersebut telah berdusta dan menipu.

Manakala, bentuk bahasa pula didapati bahasa yang digunakan dalam

sembang2Melayu.com adalah bahasa tidak rasmi. Hal ini bermaksud bahasa

dalam teks perbualan ini juga bukanlah bahasa baku. Bahasa baku ialah bahasa

yang dikodifikasikan, iaitu bahasa yang telah ditentukan kod-kodnya, dan kod-

kodnya sahajalah yang boleh diterima, digunakan dan menjadi kerangka rujukan

komunikasi yang formal (Asmah: 1992: 110). Malah, bahasa baku juga

digunakan dalam bidang pentadbiran dan pendidikan (Asmah, 1992: 105).

Berdasarkan penjelasan Asmah tentang bahasa baku, didapati bahasa yang

digunakan bukanlah dalam bentuk bahasa rasmi kerana ruangan

sembang2Melayu.com adalah ruangan yang santai. Malah, menurut Noriah

Mohamed (2004: 82), teks perbualan dalam ruang siber yang bukan baku

mempunyai persamaan dengan perbualan yang sebenar.

Bukti yang menunjukkan bahawa teks bukan baku dalam ruangan

sembang2Melayu.com adalah dengan meneliti penyingkatan, perkataan. Dalam

linguistik penyingkatan bermaksud kata yang disingkatkan dengan

menggabungkan huruf awal suku kata, kombinasihuruf awal dan suku kata

daripada rangkai kata seperti ABIM, tadika. (Nik Safiah Karim et. al,2008: 66) .

Namun, penyingkatan dalam sembang2Melayu.com, tidak menepati


penyingkatan dalam peraturan Tatabahasa Dewan. Sebaliknya, pemeran kreatif

membuat penyingkatab bahasa. Contohnya leksikal seperti kat, tgh, skrg dan

leksikal lain yang memperlihatkan penyingkatan. Petikan 6.13 berikut

memaparkan penyingkatan leksikal seperti baju, kat, tgk dan sok dalam topik

sembang2Melayu.com.

Petikan 6.13

Contoh Penyingkatan Leksikal dalam Ruangan sembang2Melayu.com

vtec2

Ahli Produktif 7. Dihantar pada 04hb Februari 2006, 4:41:20 ptg [Edit]

________________________________________

betulla.. team bj biru tak meriahla kat sini...

tapi tak sabo nak tgk chelsea lwn liverpool sok tgh malam... kalau chelsea

menang..memang kompom diorg leh jd juara EPL tahun ni... yeah!!

--------------

~~Stormpay vs 12dp~~

Sumber: http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=14645
Seterusnya, ruangan sembang2Melayu.com menggunakan laras bahasa sistem

pesanan ringkas atau KPR. Sebagaimana yang telah disebutkan dalam bahagian

3.0 teks kacukan dalam ruangan sembang2Melayu.com telah mewujudkan laras

baru dalam bidang sosiolinguistik khususnya, iaitu laras bahasa khidmat

pesanan ringkas (KPR).

Laras bermaksud bentuk bahasa yang lahir daripada situasi sosial yang

berlainan (Kamaruddin, 1995:7). Kewujudan laras bahasa KPR telah

memperluaskan dan memperkembangkan perkembangan laras dalam sesuatu

bahasa. Jika diteliti laras KPR ini, didapati laras KPR lebih menjurus kepada

laras bahasa umum. Hal ini kerana, Kamaruddin (1995:125) menyatakan

sesebuah laras bahasa umum bercirikan bahasa yang bebas dan mudah

difahami, mesra, pengguguran leksikal dan menggunakan ayat yang pendek dan

ringkas. Justeru, kewujudan laras KPR dalam kajian laras bahasa sesuatu yang

menarik dan unik dan digunakan dengan meluas oleh pengguna dalam ruang

siber.

6.7 Norma Interaksi dan Interpretasi

Norma bermaksud peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan dan

dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat (Kamus Dewan: 2002: 933). Dalam

setiap interaksi sosial manusia, sudah pasti terdapat norma-norma tertentu yang

mengikat anggota masyarakat supaya tidak melakukan sesuatu perbuatan

dengan sewenang-wenangnya. Justeru, Hymes (1974:60 dan Wardhaugh,


2010:260) menyatakan norma dalam interaksi bermaksud kelakuan yang khusus

dan kesantunan dalam perbualan dan bagaimana memerhatikan seseorang yang

tidak mahu berkongsi dengan komunitinya seperti lantang, pasif, dan pendiam.

Hymes memberi contoh norma interaksi di gereja. Sehubungan dengan itu,

Hymes menekankan bahawa norma interaksi juga menunjukkan analisis struktur

sosial dan hubungan masyarakat dalam komuniti.

Bertitik tolak daripada pandangan Hymes ini, didapati bahawa sembang dalam

sembang2Melayu.com mempunyai norma interaksinya tersendiri. Norma yang

ada dalam interaksi tersebut ditunjukkan menerusi syarat-syarat penggunaan

sembang2Melayu.com. Sebelum seseorang memasuki ruangan

sembang2Melayu.com., mereka dimaklumkan dahulu perkara-perkara yang

dilarang dalam ruangan tersebut.

Larangan yang dikenakan dalam sembang2Melayu.com ini telah membentuk

norma interaksinya tersendiri sebagai satu komuniti ruang siber yang menjadi

ahli-ahli sembang2Melayu.com. Berdasarkan tinjauan pengkaji terhadap

pelbagai topik yang dipaparkan, pengkaji mendapati pemeran yang terlibat tidak

memaparkan topik yang merapu atau tidak berfaedah. Ironinya, topik-topik

yang dipaparkan adalah berfaedah dan sesuai dalam menyampaikan maklumat

yang berguna kepada masyarakat. Berikut dipaparkan senarai topik yang

termuat Desa Diskusi.

Petikan 6.14
Senarai Topik Desa Diskusi dalam ruang sembang2Melayu.com

Sumber: Dipetiuk daripada http://www.melayu.com/v2/sembang2/topik.php?

sID=3

Selain itu, pemeran-pemeran dalam ruangan sembang2Melayu.com mempunyai

kesantunan berbahasa. Hal ini kerana topik atau komen yanng menghina,

memalukan, mengaibkan, menghasut dan memperbodohkan orang adalah

dilarang. Hubungan sosial yang dipamerkan dalam komuniti

sembang2Melayu.com ini adalah pemaparan komuniti yang santun berbahasa.

Pengkaji berpendapat kesantunan dalam komuniti sembang2Melayu.com

memberikan impak identiti mereka sebagai komuniti yang mengongsi tingkah

laku yang baik dan contoh komuniti yang boleh menjaga adab tatasusila dalam

ruang siber.

Pendapat ini adalah kerana dalam ruang sembang2Melayu.com ini tidak

meletakkan hukuman disebabkan kesalahan yang mereka lakukan dengan

mengikari peraturan penggunaan sembang2Melayu.com. Malah, hukuman yang

dikenakan tidak dapat menamakan individu yang sebenar kerana pemeran

menggunakan ketanpanamaan atau nama samaran dan boleh menukar identiti

tersebut. Namun, pemeran berjaya mewujudkan norma budaya mereka sendiri,

iaitu komuniti yang mempunyai kesopanan dan hal ini dikongsi oleh anggota-
anggota komuniti sembang2Melayu.com. Malah, kewujudkan ciri komuniti ini

sebenarnya telah membentuk komuniti baru. Komuniti baru yang bebas

daripada kekangan identiti, sempadan georgrafi, dan menggalakkan

persaudaraan (Noriah Mohamed, 2004: 77)

Daripada perbincangan di atas, didapati bahawa ruang sembang2Melayu.com

telah mewujudkan satu komuniti baru. Walaupun komuniti ini baru dengan

menggunakan jaringan telekomunikasi sebagai perhubungan dan pembentukan

komuniti, mereka masih terikat dengan norma-norma interaksi. Norma yang

dibentuk adalah penyampaian topik yang berfaedah dan kesantunan berbahasa.

6.8 Genre

Komponen terakhir dalam teori Etnografi Komunikasi ialah genre. Genre

bermaksud jenis atau kategori bentuk peristiwa bahasa seperti sajak, mitos,

naratif, pepatah, teka-teki, caci maki, berdoa, ucapan, syarahan, iklan, surat

rasmi, editorial dan sebaganya (Hymes, 1974: 61). Menurut Hymes lagi, dalam

menganalisis genre peristiwa bahasa, analisis genre mestilah tersendiri kerana

sesuatu genre yang sama boleh berlaku dalam peristiwa yang berbeza. Hal ini

bermaksud, sesuatu peristiwa bahasa yang berbeza, boleh mempunyai genre

yang sama. Hymes memberi contoh khutbah biasanya menjadi genre di gereja

tetapi boleh menjadi seruis atau humor dalam situasi yang lain.
Sebagimana penelitian genre oleh Hymes (1974), Asmah Hj Omar (2010: 73),

telah mengemukakan genre dalam wacana temu duga dan wawancara. Asmah

menyatakan bahawa genre ialah penulisan yang mempunyai bentuk, kandungan

dan teknik yang memperlihatkan jaringan sosial. Asmah telah mengutarakan

bentuk, kandungan teknik jaringan sosial sebagai elemen yang terkandung

dalam sesuatu genre penulisan.

Bahagian ini mengenal pasti genre dalam sebamg2Melayu.com sebagaimana

yang dikemukakan oleh Asmah (2010).

6.7.1 Bentuk

Bentuk dalam sembang2melayu.com adalah suatu peristiwa bahasa yang

mempunyai strukturnya tersendiri. Menurut Asmah Hj. Omar (2010: 73), bentuk

dalam sesuatu genre diperlihatkan dengan latar, pemeran, peranan pemeran dan

saluran komunikasi. Sebagaimana yang disebut dalam bahagian 6.2, jumlah

pemeran dalam sembang2Malayu.com adalah ramai dan pemeran terdiri

daripada penutur, penerima, pendengar, penonton dan khalayak. Setiap pemeran

mempunyai peranannya sama ada sebagai moderator, penutur dan penerima

mesej.

Dari segi latar pula, adalah pada skrin komputer yang menggunakan jaringan

telekomunikasi sebagai medium perhubungan dalam kalangan pemeran.


Manakala saluran komunikasi yang digunakan dalam ruang

sembang2Melayu.com adalah saluran tidak bersemuka.

6.7.2 Kandungan

Asmah Haji Omar (2010: 73) menyatakan bahawa kandungan adalah apa yang

diperkatakan dalam sesuatu wacana. Dalam hal ini kandungan dalam

sembang2.Melayu.com merujuk kepada topik-topik yang dibincangkan dalam

teks kacukan ruangan ini. Kandungan dalam sembang2Melayu.com adalah

berdasarkan topik-topik yang dibincangkan oleh mereka dan penggunaan laras

bahasa dalam ruangan tersebut. Laras bahasa yang digunakan dalam ruangan ini

adalah laras bahasa khidmat pesanan ringkas (KPR).

6.7.3 Jaringan sosial

Menurut Holmes (2008: 194), jaringan sosial dalam sosiolinguistik ialah pattern

of informal relationships people are involved in on a regular basis. Istilah

jaringan sosial ini menjelaskan bahawa hubungan pemeran dalam sesuatu

peristiwa bahasa telah mewujudkan satu jaringan sosial.

Dalam sosiolinguistik, istilah yang digunakan untuk merujuk kepada bentuk

jaringan sosial ialah densiti (density), dan plexity (Holmes, 2008: 194). Menurut

Holmes, densiti merujuk kepada jaringan sosial yang diwujudkan pemeran

dengan saling berhubungan. Manakala plexity menurut Holmes, jaringan sosial


yang wujud apabila seseoarng pemeran berhubung dengan seseorang dlaam

kawasan tertentu. Misalnya jaringan sosial wujud di tempat kerja sahaja.

Tambah Holmes lagi, ukuran dalam plexity adalah berbeza kerana jaringan

sosial yang dibentuk terdiri daripada individu atau pemeran yang berbeza. Oleh

itu, menurut Holmes dalam plexity terdapat uniplex dan multiplex. Menurut

Holmes, uniplex ialah jaringaan sosial yang menunjukkan hubungan seorang

individu dengan individu-individu lain dalam satu kawasan sahaja, sedangkan

multiplex melibatkan interaksi individu dalam pelbagai dimensi

. Berdasarkan penjelsan Holmes ini, pengkaji berpendapat jaringan sosial yang

wujud dalam ruang sembang2Melayu.com merupakan jaringan sosial densiti.

Hal ini kerana, Milroy (1980: 60-61) telah mengemukakan kondisi sesuatu

jaringan sosial berbentuk densiti kerana terdapat pertukaran dan perkongsian

ilmu yang tinggi dalam kalangan komuniti jaringan sosial dan kepadatan

berlaku norma dan nilai yang homegan. Homogen dalam densiti yang tinggi

penting kerana menurut Miloy, apabila jaringan sosial tersebut adalah homogen,

maka dijangkakan menghasilkan interaksinya adalah berpanjangan dan norma

linguistik yang khusus.

Densiti dalam jaringan sosial boleh terdiri daripada densiti tinggi dan kepadatan

rendah. Hal ini kerana Milroy (1980: 20) telah membahagikan densiti dalam

jaringan sosial kepada densiti tinggi dan densiti rendah. Menurut Milroy lagi,
darjah densiti ini bergantung kepada perhubungan individu dalam jaringan

sosial tersebut.

Pandangan Milroy (1980) dan Holmes (2008) tentang jaringan sosial telah

memberi gambaran bahawa jaringan sosial dalam sembang2Melayu.com ini

memilki densiti yang tinggi. Buktinya, jaringan sosial sembang2Melayu.com

menjadi medan untuk menyampaikan maklumat, memiliki norma yang

homogen seperti yang dibincangkan dalam 6.6 dan menghasilkan norma

linguistik, terutamanya kewujudan bahasa khidmat pesanan ringkas (KPR).

Namun, ada juga densiti rendah apabila perhubungan tersebut diperlihatkan

hanya seorang pemeran dengan pemeran lain tanpa adanya jalinan.Perhubungan

densit yang tinggi dan densiti yang rendah dalam sembang2Melayu.com ini

boleh digambarkan seperti Rajah 1.2 dan Rajah 1.3 di bawah.

Rajah 1.2

Contoh Densiti Tinggi Jaringan Sosial dalam sembang2Melayu.com


Sumber: http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=14577 dan

dipetik dan diubahsuai daripada Lesley Milroy Language and Social Networks

(1998: 20&48),.

Rajah 1.3

Contoh Jaringan Sosial yang mempunyai Densiti Rendah dalam

sembang2Melayu.com

Sumber: http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=15826 dan

diubahsuai daripada Lesley Milroy, (1998: 20&48), Language and Social

Networks.

Sesungguhnya, genre dalam sembang2Melayu.com merangkumi bentuk,

kandungan dan jaringan sosial. Genre dalam sembang2Melayu.com adalah

tersendiri kerana walaupun pemeran dalam jaringan sosial ini tidak dikenali,

tetapi telah berupaya mewujudkan densiti dalam jaringan sosial.

7.0 Penutup
Berdasarkan huraian di atas, ternyata bahawa teks kacukan dalam ruangan

sembang2Melayu.com telah memaparkan ciri-ciri komunikasinya yang

tersendiri. Teori Etnografi Komunikasi telah memperlihatkan bahawa teks

kacukan dalam ruangan siber juga boleh melahirkan ciri-ciri komunikasi dalam

sesuatu komuniti siber.


Bibliografi

Asmah Hj. Omar. (1992). Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2005). Bahasa Malaysia Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2010). Wacana Temu Duga dan Wawancara. Edisi Kedua.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ervin-Tripp, S.M. (1968). An Analysis Of The Interaction Of Language, Topic

And Listener dalam Fishman J.A. (ed.), Readings in Sociology of Language.

The Hague: Mouton.

Holmes, J. (2008). An Introduction To Sociolinguistics. Third Edition.

Edinburgh: Pearson.

Hymes, D. (1968). The Ethnography of Speaking dalam Fishman J.A. (ed.),

Readings in Sociology of Language. The Hague: Mouton.

Hymes, D. (1974). Foundations in Sociolinguistics: An Etnographic Approach.

Philadelphia: University of Pennsylvania Press.

Kamaruddin Haji Hussin. (1995). Laras Bahasa. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors.


Kamus Dewan. Edisi Ketiga. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Levinson, C.S. (1983). Pragmatics. Cambridge: Cambridge University Press.

Milroy, L. (1980). Language and Social Networks. Oxford: Basil Blackwell.

Muhammad Shaban Rafi. (2008). SMS Text Analysis: Language, Gender and

Current Practices. Tesis Ijazah Kedoktoran. Bahan internet di alamat

http://www.tesolfrance.org/Documents/Colloque07/SMS%20Text%20Analysis

%20/Languag

e%20Gender%20and%20Current%20Practice%20_1_.pdf.

Nik Safiah Karim et.al (2008). Tatabahasa Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Akmal Yusof .(2005). Laras Dalam Topik-Topik Terpilih Kumpulan Berita

Sembang-sembang Melayu.com. Tesis Ijazah Sarjana. Universiti Sains

Malaysia.

Noriah Mohamed. (2004). Beberapa Topik Asas Sosiolinguistik. Kuala Lumpur:

Utusan Publication & Distributors.

Norizah Arippin. (2004). Pola Penggunaan Perkhidmatan Pesanan Ringkas

Dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Tesis Ijazah PhD. Universiti

Putra Malaysia
Tannen, D. (September 1987). Repetition in Conversation: Towards a Poetics

of Talk. Language, 63:574-605. Bahan internet di alamat

http://www.litandwriting.umb.edu-

/engl443/fall06/documents/TannenRepetitionandpoeticsoftalk.pdf.

Taringan, H.G. (1995). Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Wardhaugh, R. (2010). An Introduction to Sociolinguistics. Sixth Edition.

Malden: Blackwell.

Yule, G. (1996). Pragmatics. Oxford: Oxford University Press.

Zaidi Ismail. (2008). Di Sebalik Kata. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Dicatat oleh Norsofiah Abu Bakar di 5:51 PTG

Label: Sosiolinguistik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Fish

Terdapat ralat dalam alat ini

Arkib Blog

2009 (4)

2010 (2)

2011 (15)

Mac (15)

Mac 09 (4)

Mac 11 (2)

3 Jenis Musibah

Etnografi Hymes
Mac 16 (1)

Mac 19 (1)

Mac 21 (2)

Mac 26 (1)

Mac 27 (1)

Mac 28 (2)

Mac 31 (1)

Pengikut

Powered By Blogger

Norsofiah binti Abu Bakar. Templat Picture Window. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumlah Paparan Halaman

Sparkline 12,457

Site Meter

You might also like