You are on page 1of 33

Topik 5:

Laras Bahasa,Konsep, Kepelbagaian


dan Perbezaan Laras Bahasa
DEFINISI LARAS
BAHASA
“Menurut Kamus Dewan Laras Bahasa ialah
variasi bahasa mengikut penggunaannya;
ragam bahasa yang digunakan dalam satu-satu
masa.”
“Asmah Hj.Omar (1984), berpendapat bahawa
laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan
bahasa menurut bidang penggunaannya”
1.Pengenalan Laras Bahasa
Laras Bahasa
• Laras bahas ialah subset sesuatu bahasa yang digunakan
untuk tujuan tertentu.
• Laras digunakan bertujuan bagi membezakan antara
variasi bahasa berdasarkan pengguna dengan variasi
bahasa berdasarkan kegunaaannya.
• Laras bahasa terbentuk disebabkan wujudnya situasi
sosial yang berlainan.
• Penggunaan laras bahasa berbeza berdasarkan bidang
yang diperkatakan.
• Oleh itu, ayat-ayat dalam laras tertentu mengandungi
kata-kata seta ungkapan yang berlainan.
Sambungan….
• Laras juga merupakan fenomena sosial kerana selain
elemen linguistik, laras juga boleh dimanifestasikan
melalalui tingkah laku orang yang bercakap, gerak geri
tangan dan intonasi suara.
• Menurut Halliday (1964)terdapat tiga pemboleh ubah
dalam laras bahasa iaitu bidang, tenor dan mod.
I. Bidang merujuk kepada perkara yang diperkatakan
II. tenor ialah merujuk kepada penutur yang terlibat dan
hubungan antara mereka
III. Mod merupakan saluran komunikasi tersebut sama
ada lisan atau tulisan.
LARAS BAHASA

SITUASI
SITUASI PERSEKITARAN CIRI-CIRI
LUARAN - Tenor LINGUISTIK
- budaya -mod
-bidang
Situasi Luaran
• maksudnya ialah latar belakang sosial dan
kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa.
• merangkumi struktur sosial dan keseluruhan
cara hidup yang menentukan tindak-tanduk
anggota masyarakat.
SITUASI PERSEKITARAN

Cara Penyampaian bahan

Perhubungan sosial
Fungsi sosial
Dan peribadi
CIRI-CIRI LINGUISTIK

Aspek Bunyi Aspek perkataan Aspek Ayat


2. Ciri- Ciri Laras Bahasa
Ciri-ciri Laras Bahasa
• Kesemua elemen bahasa seperti kosa kata,
sintaksis,fonologi, morfologi, dan ciri-ciri
linguistik seperti tekanan, nada dan intonasi
adalah berbeza antara satu laras dengan laras
yang lain.
• Perbezaan yang ketara dalam penggunaan
laras bahasa dalam sesuatu bidang dapat
diperhatikan menerusi penggunaan istilah dan
gaya penyampaian.
3.Kepentingan Laras Bahasa
• Dalam aktiviti berbahasa samada dalam
komunikasi, pengajaran mahupun
perbincangan penggunaan laras bahasa yang
tepat amat penting. Ini kerana:
- bagi memastikan mesej yang hendak
disampaikan jelas dan mudah difahami.
-mengelakkan salah faham
- penggunaan kata yang sesuai dapat
meningkatkan kefahaman.
4.Jenis-Jenis Laras Bahasa
Jenis-Jenis Laras Bahasa
• Terdapat beberapa jenis laras bahasa:
1. Larasa Bahasa Undang-Undang
2. Laras Bahasa Ekonomi
3. Laras Bahasa Sukan
4. Laras Bahasa Politik
5. Laras Bahasa Sejarah
6. Laras Bahasa Geografi
7. Laras Bahasa Seni (muzik,tarian, kraftangan,dan
lain-lain)
Laras Bahasa Undang-Undang
• Teks bersabit dengan perundangan yang
mengandung prinsip undang-undang tertentu dan
berbentuk akta (bahagian dan seksyen)
• Terdapat istilah khusus yang kebanyakannya dipinjam
daripada bahasa Inggeris
• Makna kosa kata berdasarkan intepretasi
• Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi kepersisan dan
kejelasan dipentingkan
• Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat
• Tiada graf atau gambar
• Binaan ayat adalah panjang
Contoh laras bahasa undang-undang

• Akta 174, Akta Institusi- Institusi Pelajaran


(tatatertib) 1976 di bawah perintah Institusi-
Institusi Pelajaran (tatatertib) (Jadual pertama)
(Pindaaan 1997)
Laras Bahasa Ekonomi

• Berbentuk ilmiah tentang isu ekonomi


• Ada istilah teknikal ekonomi
• Tidak mengutamakan struktur ayat
• Gaya bahasa formal
• Maklumat jelas dan eksplisit
• Fakta berdasarkan bukti data dan statistik
Contoh Laras Bahasa Ekonomi
“SEBUAH konglomerat Malaysia yang terbabit dalam perniagaan
berkaitan media, komunikasi dan teknologi maklumat akan
meneroka bidang enjin carian maklumat di India menerusi
pembelian kepentingan dalam syarikat pengendali enjin carian
maklumat terkemuka negara itu, Just Dial Private Ltd.
Sumber industri berkata, konglomerat Malaysia itu akan
menyuntik sejumlah pelaburan yang besar dalam Just Dial bagi
membolehkannya muncul sebagai antara dua pemegang
saham utama syarikat berkenaan”
dipetik daripada,
Berita Harian 16/2/2011
Laras Bahasa Sukan
• Menyampaikan maklumat kegiatan sukan
• Bahasa adalah ringkas, bersahaja dan jelas
• Ada istilah aktiviti sukan
• Kosa kata mudah difahami
• Bersifat bersahaja dan gaya bahasa yang dapat
difahami oleh kebanyakkan orang
Contoh Laras Bahasa Sukan
“PENYERANG AC Milan, Zlatan Ibrahimovic
melakukan sepakan gunting membolosi
gawang Tottenham Hotspur dalam saingan Liga
Juara-Juara di Stadium San Siro, Milan, pagi ini.
Namun jaringan itu dibatalkan pengadil.
Keputusan akhir Tottenham 1, AC Milan 0”.
sumber.
Berita Harian
16/2/2011
Laras Bahasa Politik
• Lebih besifat fomal dengan penggunaan kosa
kata yang luas
• Untuk menyampaikan maklumat berkesan
• Pemberitahuan fakta yang jelas amat
dipentingkan
• Menggunakan unsur retorik atau manipulasi
bahasa secara berkesan.
Contoh Laras Bahasa Politik
• Manifesto pembangkang sama saja, iaitu dibuat untuk menarik sokongan
rakyat terhadap parti masing-masing. Seperti BN, parti pembangkang juga
menyediakan manifesto mereka mengikut keperluan semasa.

Jika BN menumpukan kepada empat perkara teras yang saya sebutkan tadi,
pembangkang pula menjanjikan perkara berkaitan isu semasa, ekonomi
negara dan kesejahteraan hidup rakyat. Jadi, bezanya dengan BN ialah jika
manifesto BN lebih menekankan kepada keperluan negara, parti
pembangkang pula membawa manifesto mereka dengan lebih
menekankan kepada soal keperluan rakyat.

Satu lagi yang menarik mengenai manifesto pembangkang ialah persamaan


di kalangan mereka dalam memperjuangkan isu sejagat berkaitan keadilan,
kebebasan dan hak asasi manusia. Janji pembangkang dalam aspek ini
amat menarik untuk diperhatikan, sama ada ia dapat menandingi empat
teras utama manifesto BN yang saya sebutkan tadi atau sebaliknya.
Laras Bahasa Sejarah
• Bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang
berlaku.
• Penggunaan istilah yang khusus kepada
peristiwa sejarah.
• Pemberitahuan fakta yang jelas amat
dipentingkan.
• Terdapat penggunaan unsur rajah dan gambar.
Contoh Laras Bahasa Sejarah
• “Sejarah awal tamadun manusia di Tanah
Melayu telah bermula tidak kurang 200,000
tahun dahulu di mana bukti-bukti kewujudan
manusia dapat di jumpai sekitar Kota Tampan di
Lenggong, Perak. Antara penemuan terbesar
yang pernah di rekodkan dalam kajian sejarah
Malaysia ialah penemuan rangka manusia yang
berumur sekitar 11,000 tahun di Leggong yang
diberi nama ‘Perak Man’ atau ‘Orang Tampan’”
Laras Bahasa Geografi
• Mengandungi gambar rajah, jadual, graf, peta,
dan sebagainya.
• Terdapat penggunaan istilah geografi seperti
arah dan kedudukan sesuatu kawasan.
• Mempunyai sifat intelektual, saintifik dan
teknikal.
• Mengandungi istilah pinjaman
Contoh Laras Bahasa Geografi

“Semenanjung Malaysia, meliputi seluas


131,598km² bersempadan dengan Negara
Thailand di utara dan Singapura di selatan
manakala Sabah yang seluas 73,711km² dan
Sarawak yang seluas 124,449km²
bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia.
Laras Bahasa Seni

Cabang Bidang Seni

Muzik Tarian

Kraftangan Lukisan
Ciri-Ciri
• Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.
• Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif,
preskriptif, dramatik dan puitis.
• Bentuk bahasa yang terhasil daripada cetusan imaginasi
dan pengalaman penulisan. Laras ini bersifat imaginatif
dan figuratif (kiasan).
• Mementingkan pemilihan diksi yang berkesan, istilah-
istilah yang khusus terutamanya yang berkaitan dengan
seni penulisan.
• Ada unsur seperti metafora, kiasan, imejan, personifikasi
dan hiperbola
• Bernada puitis dan bersifat komunikatif
Contoh Laras Bahasa Seni
• Tradisi Muzik Rakyat
“Di samping tradisi tinggi yang berpusat di istana, terdapat pula
tradisi rendah dikalangan rakyat biasa yang terdiri daripada kaum
petani dan nelayan. Perkembangan seni muzik diperingkat
masyarakat tradisi rendah lahir daripada minat anggota masyarakat
itu sendiri. Sebahagian daripada mereka mewarisi keahlian bermain
alat-alat muzik itu daripada keluarganya. Alat-alat muzik ini diperbuat
daripada bahan-bahan yang diperolehi disekeliling mereka seperti
buluh, kayu, kulit binatang dan lain-lain. Muzik rebana merupakan
sejenis alat muzik yang berkembang dalam masyarakat Melayu
tradisional. Rebana dimainkan dalam persembahan yang berunsur
keislaman seperti dikir, ratib, nazam, hadrah, rodat, maulut dan lain-
lain”
Kesimpulan
• Kesimpulannya, bahasa bukan sahaja mengkaji dari segi
skop linguistik semata-mata bahkan turut mencakupi
seluruh aspek kehidupan yang mencakupi nilai-nilai
budaya dan konteks bahasa yang digunakan oleh
sesebuah masyarakat yang menuturkannnya. Oleh
sebab, berlaku mobiliti masyarakat dari suatu tempat ke
tempat yang lain maka berlakulah penyebaran bahasa
yang dikemukakan dengan pelbagai-bagai gaya oleh
masyarkat di tempat yang baharu. Keadaan ini
melahirkan dialek, kepelbagaian bahasa dan munculnya
laras bahasa tertentu.
Rujukan
Hajar A.Aziz (2009) Bahasa Melayu ii. Selangor:
Oxford Fajar Sdn.Bhd
Modul Bahasa Melayu Komunikasi (2010)
Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like