You are on page 1of 5

Norjuliana Binti Abd.

Halim
841220-06-5022
KPLI SR j-QAF LPBS Ambilan Januari 2011
Kumpulan 2

Latihan kendiri.

Secara ringkas, berikan takrif/makna bagi konsep-konsep di berikut :-

1. Bahasa.

Definisi Bahasa.
 Bahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang
arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk
berkomunikasi.

 Bahasa merupakan alat atau perwujudan bahasa yang digunakan manusia untuk saling
berkomunikasi atau berhubungan sama ada dalam bentuk tulisan, lisan ataupun gerakan
(bahasa isyarat) dengan tujuan menyampaikan maksud hati atau kemahuan kepada
seseorang yang dilawan bercakap atau orang lain.

 Menurut Abrak Othman, bahasa ialah alat komunikasi untuk manusia bekerjasama,
melestarikan kebudayaan dan penerusan pemikiran.

 P.W.J Nababan menyatakan bahawa bahasa ialah sistem perisyaratan (semiotik) yang
terdiri daripada unsur isyarat dan hubungan antara unsur-unsur itu. Dengan kata lain,
bahasa terbuka untuk penafsiran yang melibatkan aspek fonologi, morfologi dan
sintaksis.
- fonologi: ciri bunyi bahasa, cara terjadi dan fungsinya dalam sistem kebahasaan.
Fonologi bersinonim dengan fonemik.
- morfologi: struktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya.
- sintaksis: hubungan antara satu dengan lain, dan cara penyusunannya hingga menjadi
satuan ujaran.
- semantik: makna bahasa sama ada yang bersifat leksikal, gramatikal ataupun
konteks.
- leksikologi: leksikon atau kosa kata sesuatu bahasa dari pelbagai aspek.

1
 Kamus Dewan edisi ketiga (1996:87) bahawa bahasa ialah lambang bunyi suara yang
dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.

 Kamus besar Bahasa indonesia Edisi kedua cetakan kesepuluh (1999:77) pula
mendefinisikan bahasa sebagai sistem lambang bunyi yang arbitrari, yang diperguna oleh
para anggota suatu masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi dan mengidentifikasikan
diri.

2. Bahasa Rasmi.

Definisi Bahasa Rasmi.


 Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan secara meluas oleh pihak kerajaan sesebuah
Negara dari peringkat menteri hinggalah ke peringkat bawahan.

 Bahasa yang digunakan dalam pentadbiran negara terutamanya dalam urusan rasmi.

Fungsi bahasa rasmi.


 Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu mereka menjalankan tugas rasmi
negara.
 Sebagai media pelbagai urusan surat-menyurat dalaman dan antara jabatan kerajaan.
 Digunakan dalam semua rekod kerajaan.
 Sebagai media untuk menulis semua undang-undang Negara dan pentadbiran.
 Digunakan dalam semua jenis borang-borang rasmi negara.

3. Bahasa Kebangsaan.

Definisi Bahasa Kebangsaan.


 Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara
untuk tujuan perpaduan.

 Pengenalan bahasa kebangsaan.


- Bahasa Melayu diistiharkan sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia telah termaktub
dalam Perlembagaan Malaysia iaitu :
- Perkara 152 Perlembagaan Malaysia
- Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (disemak 1971)
- Pemberitahuan undang-undang No. 410 (Tahun 1967)

2
Fungsi Bahasa Kebangsaan.
 Menyatukan rakyat
 Menegakkan persatuan antara kaum-kaum yang mendiami negara ini.
 Menggalakkkan pertubuhan satu corak kebudayaan yang meliputi semua aliran
kebudayaan yang terdapat di dalamnya.
 Mewujudkan satu budaya, satu bangsa iaitu pembentukan budaya kebangsaan selaras
dengan keinginan dan hasrat membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti
keperibadian yang dapat dibanggakan dan penuh dengan kesetiaan kepada negara.
 Sebagai alat komunikasi dan pendapat, bahasa harus dikawal supaya dapat memberi
manfaat kepada manusia sebagai alat perpaduan kaum.

 Aspek pemilihan Bahasa Kebangsaan.


1. Sosial
2. Ekonomi
3. Politik

 Peratus bilangan penduduk.


- Melayu : 43%
- Cina : 36%
- India : 8%
- Lain-lain : 10%

 Peningkatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.


Peningkatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan dan ditinjau melalui dua
aspek iaitu:
- Kesedaran orang Melayu terhadap Bahasa Melayu
- Keperluan untuk memperoleh sokongan terhadap negara dan dasar-dasarnya.

4. Bahasa Pengantar.

Definisi Bahasa Pengantar.


 Bahasa yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk
sistem pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan, bahasa Cina
di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan
Tamil.

 Bahasa-bahasa di atas ini telah ditetapkan oleh Laporan Pelajaran Datuk Abdul Razak
Hussein (1956) dan Laporan Pelajaran Datuk Abdul Rahman Talib (1960) sebagai bahasa
pengantar.

Fungsi Bahasa Pengantar.


 Bahasa Melayu di Malaysia juga memperlihatkan fungsinya sebagai bahasa pengantar
lama sebelum dijadikan Bahasa Kebangsaan.
 Bahasa Melayu di Malaysia menjadi bahasa pengantar antara kaum yang berbeza-beza.

3
 Bahasa yang digunakan dalam perhubungan antara kaum terutama sekali orang-orang
yang tidak mempunya pendidikan sekolah Inggeris adalah Bahasa Melayu.
 Orang-orang yang mahu berhubung dengan orang lain dari kaum lain, yang tidak
mempunyai pengetahuan Bahasa Inggeris, maka bahasa yang menjadi alat perantaraan
adalah Bahasa Melayu.
 Antara orang-orang Cina, Melayu, India dan sebagainya, alat komunikasinya adalah
Bahasa Inggeris jika kesemua pihak mengetahui Bahasa Inggeris, tetapi jika salah satu
pihak atau kesemua pihak tidak mengetahui Bahasa Inggeris maka alat komunikasi antara
kaum itu adalah Bahasa Melayu.

5. Bahasa Perpaduan.

Definisi Bahasa Perpaduan.


 Bahasa Perpaduan ialah satu alat yang digunakan bagi menyatupadukan antara satu kaum
dengan kaum yang lain.

Fungsi Bahasa Perpaduan.


 Digunakan untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum (masyarakat majmuk).
 Bahasa yang difahami dan ditutur bersama ahli masyarakat yang berlainan kaum atau
bangsa.

6. Bahasa Ilmu.

Definisi Bahasa ilmu.


 Bahasa Ilmu ialah satu saluran untuk menyampaikan sesuatu perkara berkaitan penemuan
atau satu hasil kajian.

 Digunakan sebagai pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat untuk menyampaikan
ilmu pengetahuan moden seperti sains, teknologi, ekonomi, kejuruteraan, kedoktoran,
undang-undang, sastera, agama dan lain-lain.

 Bahasa ilmu jugaberfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras
bahasa untuk memperkatakan segala hal dalam pelbagai bidang ilmu pendidikan.

 Bahasa ilmu mempunyai ciri-ciri kesempurnaan dan keintelektuan.

 Memudahkan kerjasama pelbagai kaum bagi memajukan bidang ilmu.

4
\7. Bahasa Komunikasi.

Definisi Bahasa Komunikasi.


 Bahasa Komunikasi ialah bahasa yang digunakan untuk berhubung dalam pelbagai
bentuk dan situasi.

 Komunikasi boleh dilihatkan sebagai proses untuk menghantar maklumat yang tertakluk
kepada tiga tingkat peraturan semiotik:
- Sintaks (sifat tanda dan simbol yang formal)
- Pragmatik (berkenaan dengan hubungan antara tanda/ungkapan dan pengguna)
- Semantik (kajian tentang hubungan antara tanda, simbol, dan maknanya).

You might also like