You are on page 1of 39

Asas kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu

Perjuangan untuk memartabatkan bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah.

Akhirnya kejayaan tersebut tercapai, setelah termaktubnya Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyebutkan bahawa Bahasa Kebangsaan negara ini ialah Bahasa Melayu.

Artikel 152 dalam PerlembagaanPersekutuan Malaysia menyatakan hal-hal seperti berikut: (1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dengan apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen. Dengan syarat bahawa ; (a) Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain; dan (b) Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan. Fasal ini memberikan jaminan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia. Manakala bahagian kedua pula memberi jaminan bahawa bahasa Melayu boleh ditulis dengan apaapa tulisan. Maksud apa-apa tulisan ini ialah tulisan rumi ataupun tulisan jawi.

Sebagai bahasa kebangsaan di dalam sebuah negara yang baru berdaulat, fungsi bahasa Melayu telah ditambah iaitu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi.

Pemahaman terhadap fungsi bahasa Melayu ini akan melahirkan rasa cinta terhadap bahasa Melayu itu sendiri.

Sekali gus akan mendorong perasaan untuk mempelajari, menghayati, menguasai dan menggunakannya dengan berkesan.

Selain itu, sebagai rakyat Malaysia anda juga akan berasa bangga terhadap bahasa kebangsaan negara ini kerana bahasa ini merupakan lambang jati diri dan kedaulatan negara.

Pemahaman terhadap fungsi bahasa Melayu ini dapat mewujudkan persefahaman pemikiran dan tindak-tanduk dalam kehidupan seharian.

Fungsi Bahasa Melayu


1.

2.
3. 4. 5. 6.

Bahasa Kebangsaan Bahasa Rasmi Bahasa Perpaduan Bahasa Pengantar Bahasa Ilmu Bahasa Komunikasi

Bahasa Kebangsaan Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana politik dan undang-undang dan ditetapkan sebagai kerajaan negara tersebut. Sesetengah negara mempunyai lebih dari satu bahasa kebangsaan, seperti Kanada, yang menggunakan bahasa Perancis dan Inggeris. Bahasa kebangsaan juga mungkin berbeza dengan bahasa yang umum digunakan rakyat negara tersebut.

Kesimpulannya, bahasa kebangsaan bermaksud bahasa yang diberikan fungsi untuk menunjukkan identiti kebangsaan bagi sesebuah negara.

Bahasa Rasmi Bahasa rasmi bermaksud bahasa yang digunakan dalam urusan pentadbiran kerajaan, sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan upacara-upacara rasmi. Bahasa rasmi boleh lebih daripada satu, mungkin dua, tiga atau empat bagi sesebuah negara. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara kita bukanlah sejak kemerdekaan tetapi sebaliknya hanya bermula pada 1 September 1967 iaitu setelah sepuluh tahun negara mencapai kemerdekaan.

Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi kerana beberapa sebab, iaitu ; i. telah menjadi bahasa kebangsaan dan berupaya mengambil alih fungsi Bahasa Inggeris, ii. bahasa Melayu juga dapat difahami oleh semua kaum di negara ini, iaitu rakyat tidak menghadapi masalah untuk menggunakan bahasa berkenaan.

Kesimpulannya bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan.

Bahasa Perpaduan Bahasa perpaduan ialah satu bahasa yang digunakan dalam sesebuah negara bagi tujuan menyatupadukan masyarakat berbilang kaum.

Penggunakan bahasa pengantar ini akan mewujudkan satu suasana kebangsaan yang membabitkan semua rakyat tanpa mengira kaum. Dengan itu, sistem pendidikan nasional dapat dicapai.

Kesimpulannya, ia adalah satu bahasa yang digunakan dalam sesebuah negara bagi tujuan menyatupadukan masyarakat berbilang kaum (majmuk).

Bahasa Pengantar Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolahsekolah bermula pada tahun 1970. Menteri Pelajaran ketika itu, Abdul Rahman Yaakob telah mengarahkan semua sekolah kebangsaan aliran Inggeris menggunakan Bahasa Melayu secara berperingkatperingkat.

Kini Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar bukan sahaja di sekolah, malah ke peringkat universiti.

Kesimpulannya bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan di peringkat sekolah rendah hinggalah peringkat institusi pengajian tinggi.

Bahasa Ilmu Status sesuatu bahasa itu boleh ditentukan oleh sejauh mana meluasnya penggunaan bahasa tersebut. Antara kriteria penting yang digunakan untuk mengukurnya ialah penggunaan bahasa itu dalam bidang akademik.

Kesimpulannya, bahasa ilmu ialah bahasa yang digunakan di sekolah-sekolah dan di institusi pengajian tinggi.

Bahasa Komunikasi Komunikasi bermaksud perhubungan antara orang dengan orang atau antara organisasi dengan organisasi lain dengan menggunakan bahasa atau isyarat. Ia boleh berlaku dalam bentuk tulisan atau lisan iaitu kaedah tradisional. Tetapi kini, komunikasi pada zaman sekarang sangat canggih dan ianya boleh menimbulkan pelbagai perasaan atau emosi.

Kesimpulannya, bahasa komunikasi ialah bahasa yang digunakan untuk berhubung dalam pelbagai bentuk dan situasi.

Kuiz 1

Huraikan secara ringkas,keenam-enam fungsi bahasa yang telah anda pelajari ?

Kesantunan Berbahasa Apa itu kesantunan berbahasa ? Kesantunan berbahasa ialah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi, sama ada secara lisan atau bertulis. Kesantunan berbahasa juga bermakna bertimbang rasa yang diberikan kepada pihak yang mendengar apa-apa yang diperkatakan atau terhadap apa-apa yang ditulis.

Oleh itu, bahasa yang digunakan bukan sahaja mengambil kira bentuk atau pilihan kata tetapi turut menitikberatkan sistem sapaan yang diguna pakai. Dalam kesantunan berbahasa ini, ada dua bahagian iaitu bahasa sapaan dan bahasa tubuh.

BAHASA SAPAAN
Secara umum, kata ganti diri terbahagi kepada tiga iaitu kata ganti diri pertama, kata ganti diri kedua dan kata ganti diri ketiga. Manakala sapaan dalam keluarga pula biasanya berbeza mengikut daerah.

1. Kata ganti diri dan sapaan dalam keluarga

2. Kata ganti diri dan sapaan dalam masyarakat

Penggunaan kata ganti diri dan sapaan dalam masyarakat ialah berdasarkan pangkat atau status seseorang.

3.

Protokol dan panggilan hormat

Penggunaan bahasa sapaan ini merupakan tatasusila dan panggilan hormat yang melibatkan seseorang individu.

BAHASA TUBUH Apa dia bahasa tubuh ? Bahasa tubuh ialah bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka, dan gerakan badan.

Bahasa ini sangat penting kerana dapat menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan melalui pertuturan atau tulisan.

Komunikasi melalui bahasa tubuh ini mampu menggambarkan emosi, personaliti, tujuan, dan status sosial seseorang induvidu. Selain itu, komunikasi lisan yang disepadukan dengan bahasa tubuh akan lebih berkesan kerana dapat menterjemahkan maksud yang hendak disampaikan dengan jelas.

Dengan membaca bahasa tubuhnya, kita dapat mengetahui sama ada apa-apa yang diperkatakan diterima dengan positif atau sebaliknya. Bahasa tubuh terbahagi kepada 4 jenis iaitu gerakan anggota badan, gerakan mata, gerakan tangan, dan mimik muka.

Gerakan Anggota Badan Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa lisan mempunyai makna tertentu. Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam komunikasi yang dihasilkan. Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna sejagat yang difahami oleh semua orang.

Gerakan Mata Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan. Contohnya: i. Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat. ii. Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya. iii. Mata berkelip lebih laju daripada menunjukkan dia berdusta. iv. Tidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu/ tidak tenteram perasaannya.

Gerak Tangan Gerak tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan orang tanpa mengira latar belakang kebudayaan. Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.

Contohnya : Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan maksud. Maksud yang disampaikan boleh berbeza kerana dipengaruhi oleh budaya. Terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang bermakna diam atau senyap.

Isyarat gerak tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan dan tujuannya adalah untuk membantu atau mengukuhkan ucapan lisan seseorang. Secara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap ia akan menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikannya.

Mimik Muka Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan. Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang.

Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang. Contohnya: i. Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita, kita akan mengetahui banyak maksud yang tersurat dan tersirat. ii. Mengetahui keperibadian seseorang. iii. Mengesan perasaan sebenar seseorang dengan mengamati air mukanya. iv. Mengetahui jalinan komunikasi yang dilalui. Untuk membentuk jalinan komunikasi yang mesra/positif, tunjukkanlah air muka yang jernih.

You might also like