You are on page 1of 3

Fungsi Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan Perkara 152,Perlembagaan Bahasa Malaysia,menyebut bahawa bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu.

Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan dalam kalangan warganegara. Pewujudan satu bahasa amat penting di Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa, iaitu bangsa Melayu, Cina, dan India di samping kumpulan-kumpulan etnik yang lain seperti kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Oleh itu,bahasa kebangsaan amat perlu bagi melambangkan identiti yang sama bagi semua kaum yang tinggal di Malaysia. Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan amat tepat sekali kerana dari segi peratusan penduduk, bangsa Melayu merupakan bangsa yang paling ramai berbanding kaum-kaum yang lain. Malahan, bahasa Melayu telah menjadi lingua franca sejak zaman-berzaman lamanya dan dipertutur kan oleh sebilangan besar penduduk Tanah Melayu termasuk penduduk yang bukan Melayu. Bahasa Melayu yang dipilih sebagai bahasa kebangsaan tunggal di Malaysia dapat melambangkan identiti kebangsaan. Bahasa Rasmi Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan untuk urusan rasmi negara. Di Malaysia, walaupun bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan, namun bahasa Inggris masih digunakan dalam urusan rasmi negara antara tahun 1957 sehingga 1969. Hanya selepas tahun 1969 barulah bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi. Bagi menjalankan fungsinya sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu telah digunakan sebagai alat komunikasi dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran, perundangan, pendididkan, perdagagaan, dan perusahaan. Bahasa rasmi ini digunakan sebagai wahana dalam urusan-urusan rasmi peringkat negara. Umumnya antara fungsi bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran adalah seperti berikut : a) Sebagai bahasa lisan para kakitangan kerajaan pada semua peringkat pentadbiran semasa menjalankan tugas-tugas rasmi negara.

b) Sebagai media dalam segala urusan surat-meyurat di dalam dan di antara

jabatan kerajaan. c) Digunakan dalam semua rekod kerajaan. d) Sebagai media untuk menulis undang-undang dan peraturan negara. e) Digunakan dalam semua jenis borang urusan rasmi kerajaan. Bahasa perpaduan Garvin dan Mathiot (1968) memberikan tiga fungsi simbolik bahasa baku, iaitu fungsi penyatuan, fungsi pengasingan, dan fungsi prestij. a) Fungsi penyatuan Bahasa Melayu baku bertindak sebagai alat yang menghubungkan penuntur-penuntur yang menunturkan berbagai-bagai dialek bahasa yang sama. Ini dapat menyatukan mereka ke dalam satu masyarakat penuturan. b) Fungsi pengasingan Bahasa Melayu baku bertindak sebagai variasi bahasa yang terasing daripada dialek-dialek lain daripada bahasa yangsama dapat melambangkan identiti kebangsaan. c) Fungsi prestij Dapat mewujudkan satu bahasa baku yang menimbulkan perasaan atau semangat megah terhadap negara. Di Malaysia, ketiga-tiga fungsi tersebut dapat menyatukan penduduk dan memberikan satu identiti bagi masyarakat Malaysia. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan disalurkan menerusi dasar pelajajaran kebangsaan. Bahasa ilmu Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam bidang pendidikan. Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, pada tahun 1981 bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantar di semua peringkat persekolahan, iaitu dari darjah satu sekolah rendah hingga tingkatan enam.

Pada tahun 1983 pula, semua krusus tahun pertama di universiti-universiti tempatan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai satu mata pelajaran di semua sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Melalui penggunaan satu bahasa, iaitu bahasa Melayu perpaduan dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Penggunaan bahasa Melayu di peringkat sekolah dan universiti bahasa Melayu telah berfungsi sebagai bahasa penyalur ilmu. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu mampu mengunkap ilmu-ilmu yang tinggi seperti memperkatakan bidang yang berkaitan dengan sains, ekonomi, perundangan, teknologi maklumat, dan bidang-bidang lain yang terdapat dalam dunia moden kini. Ini jelas dilihat menerusi pelbagai laras yang ditulis dalam bahasa Melayu yang berkaitan dengan bidang-bidang tertentu. Setiap laras mempunyai kosa kata tersendiri yang khusus tentang bidang berkenaan. Kini terdapat banyak buku akademik yang ditulis dalam bahasa Melayu untuk kegunaan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi. Jesteru, bahasa Melayu mampu berfungsi sebagai bahasa ilmu.

Sumber : Nik Safiah Karim, Norlidza Samsudin, 2007. ACE AHED STPM Bahasa Malaysia Kertas 1 & 2 Terbitan oxford fajar sdn bhd

You might also like