You are on page 1of 18

BAHASA RASMI DAN BAHASA KEBANGSAAN

Disediakan oleh:Tiong Siew Ling Vivien Ting aziyan

Definisi Bahasa Rasmi


Sejenis bahasa yang digunakan semasa situasi rasmi terutamanya dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran,sistem pendidikan negara,urusan perdagangan dan perusahaan,ucapan rasmi,kehakiman dan sebagainya. Bahasa rasmi tidak perlu merupakan bahasa kebangsaan kerana bahasa rasmi adalah bahasa yang semata-mata dianggap sebagai alat untuk tujuan tertentu yang tidak perlu dikaitkan dengan semangat kebangsaan.

Bahasa Rasmi
Biasanya dipilih daripada salah satu bahasa anak negeri Bagi negara yang mempunyai bahasa yang maju,bahasa yang banyak laras bahasanya akan diangkat sebagai bahasa rasmi Bahasa rasmi Bahasa Melayu ditetapkan menjadi alat komunikasi dalam bidang pentadbiran

FUNGSI
Para pengawai kerajaan sewaktu menjalankan tugas-tugas rasmi negara Media dalam segala urusan surat-menyurat Penulisan dokumen dan rekod kerajaan Media untuk menulis undang-undang dan peraturan negara Penulisan jenis borang urusan rasmi kerajaan

Selepas mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi tunggal di Malaysia. Bahasa Melayu sebagai bahasa perbahasan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Bahasa Melayu telah digunakan secara luas Contohnya dalam bidang pentadbiran undangundang ,kehakiman ,dan mahkamah

Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan dipinda (Jun1991)


oKedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa makhamah dinaikkkan selepas akta ini wujud.

Menyatakan bahasa rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat kerajaan persekutuan,kerajaan negeri dan juga badan berkanun. Contohnya dalam bidang pentadbiran undang-undang,kehakiman dan makhamah telah menggunakan bahasa Melayu.

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan Perkara 152


Pemimpin menetapkan semua keturunan rakyat Malaysia harus mengakui bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan sejak kemerdekaan 1957. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan menjadi satu asas kontrak sosial antara penduduk Malaysia berketurunan Melayu dengan penduduk berketurunan lain Menjadikan satu asas pembinaan negara

Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Malaysia melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1963 yang mula berkuat kuasa pada April 1963 Akta ini mengandungi 3 seksyen yang meliputi aspek-aspek tulisan,bentuk angka dan bahasa yang digunakan dalam borang rasmi kerajaan

Langkah sebelum Bahasa melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi


Setahun sebelum kemerdekaan, jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 menetapkan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam pendidikan. Pada tahun sama,kerajaan menubuhkan Dewan Bahasa dan pustaka sebagai persiapan menjadikan bahasa Melayu wahana komunikasi yang berkesan dalam pelaksanaan jentera pentadbiran negara,dalam undang-undang dan kehakiman,pendidikan dan sektor yang lain Menubuhkan institusi bahasa sebagai langkah persiapan tenaga pengajar bahasa Melayu untuk mendidik generasi yang akan datang

Dasar-dasar berkaitan dengan perancangan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,bahasa rasmi dan bahasa penghantar
Dasar Bahasa Kebangsaan Dasar Pendidikan Kebangsaan

DEFINISI BAHASA KEBANGSAAN


Bahasa yang dapat memperlihatkan identiti nasional dan lambang bagi sesuatu bangsa atau negara Digunakan untuk tujuan politik dan komunikasi rasmi Mempunyai kaitan rapat dengan sejarah bangsa dan negara itu

FUNGSI
oMenyerlahkan lambang inspirasi dan semangat kebangsaan dan kemerdekaan oSebagai alat perhubungan oMenghasilkan satu kumpulan besar masyarakat yang mempunyai pandangan hidup yang hampir sama oMengharmonikan rakyat melalui penggunaan satu bahasa yang sama dalam pendidikan oMenyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dan keturunan

Dasar Bahasa Kebangsaan


Dilaksanakan berasaskan undang undang negara,iaitu Perlembagaan Persekutuan (Perkara 152)dan Akta Bahasa Kebangsaan,sementara Akta Pendidikan (mulanya Akta Pelajaran 1961 dan kemudian Akta Pendidikan 1996) berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama sistem pendidikan negara .

Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi


Di Malaysia,bahasa Melayu diiktirafkan sebagai bahasa rasmi pada tahun 1968 hingga sekarang. Pada awal tahun 2004,Dewan Bahasa dan Pustaka mencadangkan bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh penduduk di ASEAN mampu bertutur bahasa Melayu tetapi perkara masih pada tahap perbincangan.

Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana politik dan undang-undang dan ditetapkan di dalam sesebuah kerajaan negara. Bahasa kebangsaan boleh menjadi bahasa rasmi tetapi tidak semestinya. Bahasa kebangsaan juga mungkin berbeza dengan bahasa yang umum digunakan rakyat sesebuah negara. Semua negara yang berdaulat mempunyai bahasa kebangsaan sendiri. Misalnya, Bahasa Melayu di Malaysia, Bahasa Inggeris di United Kingdom, Bahasa Perancis di Perancis, Bahasa Jepun di Jepun, dan Bahasa Jerman di Jerman.

Sesetengah negara mempunyai lebih dari satu bahasa kebangsaan. Contoh negara Kanada yang menggunakan bahasa Perancis dan Inggeris sebagai bahasa kebangsaannya.

SEKIAN SEMOGA BERJAYA

You might also like