You are on page 1of 4

BAB 2: PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENGENALAN
Guru memaikan peranan sebagai pembimbing, penyelaras atau fasilitator.
Peranan guru dalam menguruskan bilik darjah bukan sahaja tertumpu pada
pengurusan persekitaran pembelajaran yang kondusif, tetapi juga tentang
pengurusan pentaksiran dan juga menguruskan sumber maklumat
murid. Pemahaman bab 2 membolehkan kita sebagai guru menjadikan suatu
panduan bagi melancarkan tugasan harian guru.
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF

Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat


melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam
pembelajaran.
Persekitaran yang sihat mendorong murid untuk minat belajar.
Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada budaya yang
dapat menwujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah
mencapai matlamat pembelajaran.
Ia melibatkan :
Pendekatan pengajaran
Corak komunikasi
Kemahiran guru dalam mengurus
Kawalan murid dan juga perlaksanaan aktiviti P&P
Personality guru.

Persekitaran fizikal

Suasana fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan


kelas, hubungan murid dengan guru dan murid dengan murid.
Persekitaran selesa, kemas, ceria mampu menyeronokkan pengalaman
pembelajaran murid.
Persekitaran fizikal merujuk aspek berikut:
i. susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah
ii. sumber bahan pembelajaran
iii. ruang/sudut pembelajaran
iv. ruang pada dinding
v. pencahayaan, pengudaraan dan perabot
vi. kebersihan

Persekitaran psikososial

Suasana selsa dan mesra


bebas daripada ancaman bahaya fizikal
perasaan diterima
sensitif dan peka kepada perbezaan individu
suasana yang meransang pembelajaran
mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian idea
menggalakkan pembelajaran koperatif

peluang yang sama untuk semua murid

Ciri-ciri komunikasi berkesan yang boleh ditunjukkan oleh guru:

Penggunaan bahasa yang sopan dan mudah difahami


Memberi perhatian dan menghormati keputusan murid
Menjadi seorang pendengar yang aktif
Menggunakan pergerakan fizikal seperti tangan dan mimic muka secara
berkesan
Bersemangat semasa mengajar dan lontaran suara yang jelas
Memanggil murid dengan namanya
Mempunyai kontek mata apabila berbicara dengan murid.

Peraturan dan rutin bilik darjah

Peraturan dan rutin bilik darjah ialah kenyataan yang memaklumkan


tingkah laku yang boleh diterima di dalm bilik darjah
ayat peraturan mesti ringkas dan jelas
peraturan yang dibentuk seeloknya bermakna dan dipersetujui oleh
murid di dalam bilik darjah dan akan lebih berkesan jika guru
membentuk peraturan bersama murid
hadkan bilangan peraturan
peraturan adil dan bertujuan membantu proses pembelajaran
selaras dengan peraturan sekolah dan tidak bercanggah dengannya

PENGURUSAN PENTAKSIRAN DI DALAM BILIK DARJAH


a. DUA PROSES
pengukuran :penggunaan alat untuk mengumpulkan nilai kuantitatif
atau maklumat pencapaian pembelajaran individu.
peniliaian :proses membuat keputusan berdasarkan hasil daripada
pengukuran.
b. Pentaksiran yang berkesan ada dua ciri:kesahan - sejauh mana alat yang digunakan untuk mengukur menepati
tujuannya atau mengukur perkara yang sepatutnya diukur
kebolehpercayaan - merujuk kepada ketekalan ujian atau sejauh mana ujian
yang sama dapat memberikan keputusan yang sama jika ditadbir beberapa
kali dalam masa yang berbeza.
c. Dua bentuk pentaksiran
formatif - sebelum dan semasa pengajaran. bertujuan mengesan kemajuan
murid dan sejauh mana objektif pengajaran tercapai
sumatif - dilaksanakan hujung semester atau penggal untuk memperoleh
pencapaian murid dan bertujuan untuk pemberian gred dan sijil

d. Pentaksiran yang efisien dapat meningkatkan motivasi serta pembelajaran


murid. murid terdorong untuk mmberikan perhatian dan berusaha lebih jika
mereka tahu akan dinilai.
e. Pentaksiran yang tidak efisien boleh melemahkan semangat murid untuk
belajar, menimbulkan rasa tidak puas hati, kurang bermotivasi dan mungkin
masalah tingkah laku.
Proses penyediaan ujian dan peperiksaan

kekerapan ujian dalam satu penggal atau semester


tarikh ujian dan peperiksaan
menggubal soalan ujian
tempoh masa setiap ujian
ujian atau peperiksaan mesti adil dan seharusnya dibentuk
berdasarkan pengetahuan atau kemahiran yang telah diajar
soalan-soalan ujian harus merangkumi tahap pemikiran selain
daripada peringkat pengetahuan
bincang dengan guru mata pelajaran lain
murid dimaklumkan tentang ujian (membuat persediaan awal)
biasakan murid dengan format ujian atau peperiksaan

Pentadbiran ujian atau peperiksaan (langkah-langkah)

sediakan persekitaran selesa


benarkan murid masuk awal ke kelas dan mengambil tempat duduk
masing-masing
murid seharusnya sudah bersedia 10 minit lebih awal. masa 10 minit
digunakan untuk memberikan arahan atau peraturan
mencatat kehadiran murid semasa ujian/peperiksaan
pentadbiran ujian dan peperiksaan mempunyai kesan ke atas sikap
murid

PENGURUSAN SUMBER MAKLUMAT MURID


a. ibu bapa perlu menisi BORANG MAKLUMAT MURID ia bertujuan untuk
membantu pihak sekolah dalm pengurusan berkaitan hal ehwal murid.

maklumat ibu bapa/penjaga


tanggungan ibu bapa/penjaga
maklumat murid
maklumat bantuan yang diterima murid
penyimpanan data peribadi murid

b. kad rekod persekolahan murid sekolah rendah 001R

buku rekod guru kelas


buku laporan
buku kedatangan murid

You might also like