You are on page 1of 1

Amali Tajuk: Pengalaman Bahasa Melalui Pendengaran Tema : Sekolah Saya Standard pembelajaran : BM 1.1.

3 Mendengar sebutan nama dan mengenal pasti objek di dalam dan di luar bilik darjah Objektif: Pada akhir aktiviti ini, kanak-kanak akan dapat : 1. Mengenal pasti pebagai objek di dalam dan di luar bilik darjah. Aktiviti : 1. Bersoal jawab secara spontan. 2. Memperkenalkan pelbagai jenis objek di dalam dan luar bilik darjah. 3. Membacakan nama objek di dalam (meja, kerusi) dan di luar bilik darjah (bunga, pokok) yang tertera pada kad gambar. 4. Menyesuaipadankan kad gambar dengan kad perkataan.

Langkah: 1. Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak tentang objek yang terdapat di sekitar bilik darjah. 2. Guru memperkenalkan pelbagai jenis objek menggunakan kad gambar. 3. Guru meminta salah seorang kanak-kanak membaca perkataan yang tertera pada kad gambar. 4. Kanak-kanak tersebut perlu menyesuaipadankan kad bergambar tersebut dengan model objek yang betul.

Nama Ahli Kumpulan 1: Ho Wan Xin, Tiong Siew Ling, Vivien Ting Pang Wei, Rebecca Wong Ching Shin

You might also like