You are on page 1of 7

Bahagian A

Pengenalan
Menurut Abu Bakar Nordin (1994), Laporan Razak 1956 telah dijadikan batu loncatan ke
atas dasar dan sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai perubahan positif terutamanya
untuk membentuk dan memupuk perpaduan negara. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang
berlaku di Malaysia telah mengubal pelbagai dasar daripada segi politik, ekonomi dan juga sosial
masyarakat Malaysia. Sebelum itu, kemerdekaan yang diperolehi Malaysia pada tahun 1957
telah membawa kepada banyak perubahan. Pertukaran nama kepada Malaysia dan bahasa
Melayu pula telah menjadi bahasa rasmi dalam perlembagaan Malaysia.
Seterusnya pada Rancangan Malaysia kedua semasa Tun Dr Mahathir Mohammad
menjadi Menteri Pelajaran, dasar pendidikan negara telah menumpukan kepada tiga bahagian
utama. Tiga bahagian utama itu iaitu pertama menyatukan sistem pelajaran bagi menggalakkan
perpaduan negara, kedua memperluaskan rancangan pelajaran bagi mencapai keperluan negara
mengenai tenaga rakyat dan ketiga memperbaiki mutu pelajaran ke arah mencapai masyarakat
yang maju berasaskan sains dan teknologi. Untuk menjayakan rancangan ini, antara strategi yang
disediakan ialah melaksanakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua
sekolah secara berperingkat.
Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah
Laporan Razak 1956 menyatakan bahawa, tujuan akhir dasar pendidikan negara ini
adalah untuk menyatukan murid yang berlainan bangsa di bawah satu sistem pendidikan
kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Terdapat
beberapa fungsi bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar sepertimana cadangan Tun
Abdul Razak pada Penyata Razak pada tahun 1957.
Pertama adalah sebagai bahasa Kebangsaan. Menurut Kamus Dewan (2005)
mentakrifkan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa yang diterima dan digunakan rasmi oleh
penduduk. Bahasa Melayu diambil sebagai bahasa kebangsaan untuk menerbitkan semangat
kebangsaan dan semangat kemerdekaan. Kerajaan memainkan peranan utama dalam membentuk
landskap masyarakat Malaysia, terutama selepas merdeka (INTAN Malaysia,1994). Pemilihan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk mengorak langkah sebagai satu identiti
bangsa bebas daripada bahasa jajahan pada ketika sebelum kemerdekaan dan digantikan dengan
bahasa bumiputra.
Semangat satu negara satu bangsa ini haruslah dipupuk di peringkat sekolah supaya
pelajar mempunyai pandangan hidup yang tidak jauh berbeza dan hala tuju yang sama dalam
pembangunan negara jangka masa panjang. Tidak ketinggalan juga bahasa Melayu dapat
bertindak sebagai alat perhubungan antara pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
membentuk satu bangsa yang setia kepada negara. Dengan kata lain, ia menjadi satu mekanisme
kepada pelajar-pelajar sebagai pemersatuan rakyat yang ampuh sehingga terbentuk perpaduan
kebangsaan seterusnya bukti kepada kedaulatan negara.
Fungsi yang kedua ialah sebagai bahasa rasmi negara Malaysia. Menurut Kamus Dewan
(2005), bahasa rasmi ialah bahasa pentadbiran kerajaan. Bahasa Melayu telah ditetapkan sebagai
bahasa rasmi seperti terkandung dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan
bahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat kerajaan persekutuan,
kerajaan negeri dan juga badan berkanun. Pendidikan dapat menyeimbangkan sosio-ekonomi di
antara kaum dan kumpulan etnik di mana ia dapat dilihat melalui peluang-peluang pekerjaan,
pendapatan dan pegangan ekuiti (Robiah Sidin, 1994). Oleh itu, bahasa Melayu diperkenalkan
daripada peringkat yang terendah dalam sistem pendidikan negara adalah supaya semua kaum-
kaum yang ada di negara ini boleh menguasai bahasa Melayu untuk kegunaan seharian apatah
lagi urusan-urusan rasmi kerajaan. Dengan berbuat demikian, bahasa Melayu akan digunakan
secara meluas oleh semua rakyat Malaysia yakni menjadi alat perpaduan anatara kaum.
Fungsi yang ketiga adalah sebagai bahasa komunikasi di sekolah-sekolah. Negara
Malaysia mempunyai banyak bahasa atau dialek yang digunakan oleh rakyat Malaysia. Setiap
bahasa mempunyai keunikannya yang tersendiri. Bagi golongan yang lebih tua, mereka hanya
tahu menggunakan bahasa Melayu yang ringkas atau dikenali sebagai bahasa pasar untuk
berkomunikasi dengan kaum-kaum yang lain. Penggunaan bahasa ini amatlah mudah tetapi
terbatas dengan pertuturan seharian. Bagi generasi muda terutamanya golongan pelajar yang
telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, ini akan memudahkan mereka
berkomunikasi sesama sendiri dan dapat melaksanakan perbincangan perkara-perkara yang lebih
kompleks lagi serta alat untuk melahirkan idea dan pendapat.
Keempat adalah sebagai bahasa perpaduan di sekolah rendah mahupun menengah bahkan
di pusat-pusat penggajian tinggi. Pada masa kini, pelajar-pelajar sekolah adalah terdiri daripada
masyarakat yang berbilang bangsa dan kaum serta etnik yang berbeza. Sebab itu sekolah
memainkan peranan penting bagi menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.
Pergaulan anatara masyarakat akan menjadi lebih mantap dengan adanya Bahasa Melayu
menjadi bahasa perpaduan kaum-kaum yang ada. Keunikan pelbagai kaum yang ada di Malaysia
turut memangkinkan lagi bahasa Melayu untuk dijadikan satu bahasa perpaduan di antara
pelajar-pelajar ini oleh dasar-dasar yang telah dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan
secara berperingkat. Perpaduan ini diharapkan dapat dibina dan diterapkan oleh pelajar-pelajar
sekolah di peringkat akar umbi dan beridentiti kebangsaan.
Fungsi yang terakhir adalah sebagai bahasa ilmu dan pemangkin kepada kemajuan negara
pada masa akan datang. Seperti negara-negara asing yang lain, mereka menggunakan bahasa
mereka sendiri dalam sistem pendidikan dan telah mencapai status negara maju dalam masa yang
singkat. Contohnya Jepun, walaupun mempunyai hanya keluasan 377 835

dan
penduduknya yang seramai 127 214 499 orang , mereka telah menjadi gergasi dalam bidang
sains dan teknologi, permotoran dan lain-lain. Mereka mengagungkan bahasa Jepun sebagai satu
bahasa ilmu bukannya bahasa asing untuk mengecapi kejayaan ini. Tidak jauh dari belakang
adalah negara Korea. Walaupun pada masa dahulu, negara kita adalah standing dengannya, tetapi
sejak kebelakangan ini, Korea dilihat semakin maju dengan syarikat-syarikatnya yang dapat
menembusi pasaran dunia di bidang sains dan teknologi serta bidang-bidang lain. Segala
kemajuan ini pun adalah hasil daripada mereka mempertahankan kewibawaan bahasa mereka itu
sendiri dalam memartabatkan bahasa mereka sebagai bahasa ilmu.
Kepentingan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan
Sistem pendidikan kebangsaan adalah terdiri daripada beberapa peringkat pendidikan
daripada pendidikan pra-sekolah, pendidikan sekolah rendah, pendidikan sekolah rendah dan
pendidikan pengajian tinggi. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar di semua
peringkat kecuali Bahasa Inggeris. Semua peperiksaan awam yang ada di Malaysia
menggunakan bahasa Melayu sebagai medium perantaraan dengan pelajar-pelajar. Ini
menunjukkan betapa hebatnya dan pengaruhnya bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di
negara ini. Terdapat beberapa kepentingan mengapa Bahasa Melayu digunakan secara
menyeluruh dalam sistem pendidikan kebangsaan.
Yang pertama, bagi melonjakkan negara Malaysia mencapai status negara maju demi
mencapai wawasan 2020, bahasa Melayu harus digunakan dengan intensif di peringkat
pendidikan, ekonomi serta pentadbiran. Perkara 152 (1) perlembagaan Persekutuan
memperuntukan bahawa Bahasa Melayu adalah Bahasa kebangsaan dan hendaklah digunakan
dalam tulisan yang diperuntukan oleh undang-undang oleh Parlimen. Di dalam Akta Bahasa
kebangsaan 1963/67 pula memperuntukan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud
rasmi. Jelaslah bahawa Melayu yang diletakkan sebagai bahasa kebangsaan mempunyai tugas
yang amat berat dan permulaan untuk satu idealisme. Oleh itu Bahasa Melayu adalah sangat
penting di dalam sistem pendidikan negara. Mulanya cintakan negara dan membentuk satu
identiti bangsa bermula daripada sistem pendidikan di dalam sesebuah negara. Ini turut dapat
melakar satu pendirian satu bangsa satu negara bak kata perpatah melentur buluh haruslah
daripada rebungnya.
Yang kedua, untuk membudayakan golongan pelajar menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu diharapkan dapat dijadikan alat pencetusan fikiran dan
melahirkan pendapat daripada pelajar-pelajar generasi kini. Pada masa sekarang, terlalu kurang
penyelidikan, penulisan thesis atau kajian di dalam bahasa Melayu lantas ramai pihak terpaksa
menterjemaahkan hasil-hasil daripada bahasa asing. Alangkah baiknya jika pelajar-pelajar pada
masa akan datang mempelajari dan menggunakan hasil-hasil rakyat Malaysia sendiri namun
standing dengan hasil-hasil kajian yang dijalankan oleh orang asing. Untuk mencapai ke tahap
itu, bahasa Melayu harus dilonjakkan sama tinggi dengan bahasa maju yang lain spertimana
pernah dikecapinya pada satu masa dahulu.
Yang ketiga adalah alat perpaduan untuk pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan
sekolah. Sekolah yang wujud di negara ini terdiri daripada sekolah jenis kebangsaan, sekolah
rendah jenis kebangsaan cina dan sekolah rendah jenis kebangsaan tamil. Bahasa Melayu penting
untuk memupuk rasa cintakan negara dan menghargai kemerdekaan yang telah tercapai. Bahasa
Melayu adalah lambang negara Malaysia bebas daripada dibelengui jajahan negara asing satu
ketika dahulu. Di samping itu, ia turut perpaduan sesebuah negara bergantung pada penduduk-
penduduknya. Setiap etnik mempunyai bahasa mereka sendiri dan tiada etnik yang boleh
menggantikan etnik yang lain. Menurut Simon et al. (2000), konflik dalam masyarakat
disebabkan oleh polarisasi, ketidakpercayaan dan permusuhan di antara kelompok-kelompok
yang berbeza. Oleh itu bahasa Melayu dapat dijadikan bahasa perpaduan yakni menyatupadukan
hubungan antara kaum dan masyarkat majmuk melalui sosialisasi di sekolah menggunakan
bahasa pengantar dan peperiksaan yang sama. Bukan itu sahaja, jika semua sekolah
menggunakan satu bahasa pengantar, ia dapat mengurangkan atau menghapuskan semangat
perkauman yang tinggi dan melampau.
Kesimpulan
Kesimpulannya, Bahasa Melayu amat penting bagi sistem pendidikan negara ini kerana
sejarahnya dan kemampuannya berdiri sama megah dengan bahasa maju yang lain. Oleh itu
pelbagai usaha telah dilakukan untuk mempertingkatkan kepenggunaannya di semua peringkat
khasnya di dalam sistem pendidikan negara sejak zaman kemerdekaan lagi. Fungsinya sebagai
bahasa pengantar amat kritikal untuk menjayakan perancangan untuk menaikkan taraf bahasa
Melayu ke tahap yang lebih tinggi. Di negara kita, dasar PPSMI dimana tempoh perlaksanaannya
pada tahun 2003 hingga 2011 telah digugurkan dalam sistem pendidikan negara kita dan telah
digantikan dengan dasar MMBI untuk memperkasakan semula bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu yang akan meletakkan negara Malaysia di mata dunia. Kajian yang telah dilaksanakan
menunjukkan ramai murid kurang faham apabila 2 matapelajaran iaitu Sains dan Matematik
diajar dalam bahasa Inggeris. Murid didapati kurang faham akan matapelajaran yang diajar dan
jika ini berlarutan ini akan mencacatkan perancangan negara untuk mencapai status negara maju
pada tahun 2020.
Kontradiksinya, perancangan bagi menjadikan bahasa Melayu sebagai 1 negara 1 bangsa
akan tejejas jika rakyat itu sendiri tidak mahu menghargai dan menggunakan bahasa Melayu
pada kehidupan seharian. Justeru itu, pelbagai rancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan
terutamanya di dalam sistem pendidikan kebangsaan dan juga peringkat nasional. Contohnya
pelbagai acara tahunan telah diadakan untuk memperkasakan bahasa Melayu di peringkat
kebangsaan. Kerajaan telah mengadakan Bulan Bahasa kebangsaan (BBK) yang bermatlamat
untuk menyerlahkan fungsi dan memperkasakan bahasa Melayu. Implimentasi meintegrasikan
bahasa Melayu telah bermula sejak beberapa dekad yang lalu oleh pelbagai pihak terutamanya di
dalam sistem pendidikan kebangsaan. Akhir kata, kejayaan bahasa Melayu dan negara berjalan
seiring dan ini menjadi tanggungjawab rakyatnya bermulanya daripada akar umbi untuk
membawanya ke peringkat yang tertinggi.







1590 patah perkataan











Bibliografi
Abu Bakar Nordin.(1994).Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020.Kuala
Lumpur:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
INTAN(Institut Tadbiran Awam Negara)Malaysia(1994).Dasar-dasar Pembangunan
Malaysia.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka bekerjasama dengan INTAN Malaysia.
Kamus Dewan.2005.Ed. ke-4. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Robiah Sidin (1994). Pendidikan Malaysia:Cabaran untuk Masa Depan. Kuala Lumpur: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Akta Bahasa kebangsaan ( National Language Act ) 1963/67

You might also like