You are on page 1of 8

Konsep Memartabatkan Bahasa Melayu

Memartabatkan Bahasa Melayu bermaksud meletakkan Bahasa Melayu pada tempat sepatutunya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Di samping itu, Bahasa Melayu juga merupakan bahasa penghantar bagi pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Selain itu, Martabat bahasa bererti taraf bahasa itu sebagai alat kemajuan bagi sesuatu bangsa dan negara. Selain itu, menurut teori ataupun konsep perancangan bahasa atau language planning ; martabat bahasa ataupun istilah yang lebih kerap digunakan iaitu ;taraf bahasa atau language status dapat dirancang melalui pelbagai cara. Cara yang paling lumrah digunakan ialah melalui dasar bahasa. Di persada dunia, hampir kesemua negara ini mempunyai dasar bahasa. Ada yang mengamalkan dasar satu bahasa rasmi ataupun satu bahasa kebangsaan sahaja. Sebagai contoh, Indonesia, Thailand, Amerika, Australia, kebanyakan Negara Eropah, termasuk Britain, Jepun, Korea, dan banyak lagi. Ada juga negara yang mengamalkan dasar pelbagai bahasa rasmi. Tidak ada negara di dunia ini yang tidak mempunyai dasar bahasa, sama ada dasar yang bertulis, seperti di Malaysia dan Indonesia, dan banyak negara yang lain lagi, ataupun dasar yang tidak bertulis, misalnya di Britian ataupun Amerika Syarikat. Tambahan pula, dalam memartabatkan Bahasa Melayu, Bahasa Melayu bukan sahaja diistiharkan sebagai bahasa rasmi yang selalu digunakan dalam masjlis dan ritual kerajaan tertentu tetapi ianya dijadikan sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi perwakilan kepada keharmonian kaum di Malaysia. Selain itu, bahasa ini juga dijadikan sebagai lingua franca yang bukan membawa maksud bahasa rasmi ataupun kebangsaan tetapi sebagai agen penghubungan kaum, industri dan meliputi keseluruhan massa dan sektor. Tuntasnya, martabat bahasa melayu bergantung pada setakat mana bahasa ini digunakan seluas luasnya, bukan sahaja oleh orang Melayu tetapi juga oleh kaum-kaum lain iaitu menggunakkan Bahasa Melayu sebagai alat pembangunan negara melalui dasar bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Pandangan masyarakat bahasa rasmi hnaya sebagai urusan rasmi ataupun urusan pentadbiran kerajaan sahaja, tetapi tidak sebagai bahasa pembangunan ekonomi, ilmu, teknologi dan juga sebagainya. Begitu juga dengan makna bahasa Kebangsaan. Pandangan masyarakat hanyalah sebagai bahasa perpaduan yang berperananya lebih kepada; simbolik; ataupun nasionalis dan bukannya dari segi pragmatik ataupun development. Kedua dua pandangan ini adalah salah dan harus dibetulkan dengan memartabatkan Bahasa Melayu.

Tujuan Memartabatkan Bahasa Melayu


Kata pendeta Zaba. Dalam Malaya yang merdeka sekarang tentulah bahasa Melayu pun sepatutnya merdeka juga, yakni tidak semestinya dihadkan gunaanya pada hal rendah-rendah dan soal bercakap akan perkara perkara yang orang Melayu biasa sahaja seperti yang sudah-sudah. Sebaliknya setelah Malaya merdeka, sepatutnya bahasa Melayu dilayakkan selangkah lagi bagi penggunaan yang lebih maju, lebih besar dan lebih tinggi pula, seperti jadi alat mengajarkan pelajar pemerinthahan negeri dan juga menjalankan kerja kehakiman. Daripada kata-kata di atas, tidak dapat dinafikan bahawa Bahasa Melayu dijadikan tujuan utama bagi menjadikan alat perpaduan, alat ilmu dan juga alat bagi urusan pentadbiran. Tujuan utama dalam memartabatkan Bahasa Melayu adalah disebabkan bahasa Malaysia merupakan

bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan serta juga menjadi sebagai bahasa ilmu yang membawa kearah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1 Malaysia.

Strategi Memartabatkan Bahasa Melayu


Strategi memartabatkan Bahasa Malaysia meliputi beberapa perkara-perkara berikut. Antaranya ialah: Pendekatan Modular kurikulum Bahasa Malaysia Asas Berbahasa ( Back To Basics) Didik Hibur Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P Program Bacaan Guru Bahasa Malaysia Berkualiti Persekitaran Pembelajaran yang kondunsif Bahasa Malaysia Bahasa ilmu dan Komunikasi Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara Syarat Layak Masuk Institut Pengajuan Tinggi

Strategi Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Melayu adalah merupakan penguasaan asas kemahiran berbahasa yang diperkukuhkan melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan juga holistik menerusi modul P&P. Di samping itu, Asas Berbahasa (Basics to Basics) merupakan strategi pengukuhan asas berbahasa yang dilakukan secara berstruktur dan sistematik. Asas dalam bahasa iaitu prabaca, pratulis,pradengar dan prabunyi akan

diperkuhkuhkan melalui modul pengajaran dan pembelajaran yang menerapkan elemen-elemen yang menyeronokkan. Selain itu, strategi didik hibur merupakan satu pendekatan P&P Bahasa Melayu yang menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Didik hibur juga melibatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa yang turut disulam dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk. Seterusnya, penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum merupakan penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain yang menyokong P&P Bahasa Malaysia.Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu Bahasa Malaysia itu sendiri. Sehubungan dengan itu, Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran seperti penggunaan teknologi maklumat seperti perisian e-mel, laman web dapat menyediakan P&P yang bersifat interaktif serta menghiburkan. Selain itu, program bacaan

seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia ( KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur dan Nilam diperkenalkan dan diteruskan dengan penambahbaikan suaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan. Dalam pada itu, strategi Guru Bahasa Malaysia Berkualiti adalah berkait dengan guru yang mengajar mata pelajaran beropsyen Bahasa Melayu. Guru harus memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. Selain itu, guru juga digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalsme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini berkenaan ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan juga luar negara. Sementara itu,

Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif berkait rapat dengan pemantauan daripada aspek kebersihan, kecerian dan juga keselatan di sekolah yang dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi memastikan saiz kelas, serta keadaan fizikal bilik darjah dan juga sekolah lebih kondusif untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu, Strategi Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi merupakan usaha menterjemahkan karya agung dari Eropah, Amerika dan Asia. Melalui usaha ini, perluasan ilmu melalui pembacaan dalam Bahasa Malaysia dapat dipergiatkan serta menggalakkan budaya

membaca dalam kalangan masyarakat. Strategi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara merupakan satu kolaborasi yang mantap antara Malaysia dengan Negara lain diwujudkan bagi menubuhkan kursi Bahasa Malaysia di university luar Negara. Tuntasnya, strategi Laayak Masuk Institut Pengajian Tinggi ditujukan kepada pelajar yang mengikuti pngajian di university yang harus mendapatkan kepujian dalam Bahas Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat masuk. Strategi-strategi ini yang dijadikan sebagai garis panduan dalam memartabatkan Bahasa Melayu.

Program MBM dalam membantu menyatukan kaum di Malaysia


Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa perpaduan dan perpaduan ini merupakan sesuatu yang amat penting dalam masyarakat yang berbilang kaum. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Perkara 152 telah mengiktirafkan dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Perkara ini termaktub dalam Perkara 152(1) dan menjadi satu kepentingan bahawa negara ini mempunyai masyarakat dari pelbagai kaum, etnik dan budaya serta sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan. Bahasa Melayu ini boleh difahami oleh setiap kaum dan Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa panduan dengan berdasarkan penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu yang memonopoli lebih daripada 50 peratus penduduknya. Di samping itu, tanpa perpaduan, negara akan menjadi kucar kacir serta menjurus kepada kemusnahan bagi sesebuah negara berdaulat. Di negara kita, terdapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan merupakan penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Bahasa Melayu dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Di dalam itu, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan direalisasikan dengan Penyata Razak dijadikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Menurut kandungan penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan antara penduduk yang berbilang kaum.

Sehubungan dengan itu, Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan dimana berlakunya perkongsian ilmu dan juga interaksi antara pelbagai kaum dan mewujudkan suasana perpaduan. Penggunaan Bahasa Melayu dalam dunia pendidikan sebagai bahasa pengantar memberikan ruang kepada kaum-kaum lain untuk mempelajari bahasa Melayu dan bahasa itu sendiri memberikan ruang kepada masyarakat untuk bergaul, berkomunikasi dan berinteraksi untuk mewujudkan kesepakatan dan keharmonian antara kaum. Sementelahan itu, Program memartabatkan Bahasa Melayu juga merangkumi proses menjadikan Bahasa Melayu sebagai lambing jati diri Bahasa Melayu iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pemersatu. Melalui dasar Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri bagi warganegara Malaysia. Selain itu, penerapan Bahasa Melayu sebagai lambang jati diri dalam pelbagai kaum di Malaysia menjadikan satu titik tolak bagi merapatkan jurang perkauman di Negara Malaysia. Melalui bahasa, pelbagai kaum dapat mengerti kepentingan bahasa dalam sesebuah Negara bagi mewujudkan suasana yang aman dan harmonis dalam pelbagai kaum di Negara ini.

Peranan Pendidik dalam menjayakan program MBM


Peranan pendidik dalam menjayakan program memartabatkan Bahasa Melayu adalah berfungsi sebagai pembimbing. Guru harus berfungsi sebagai pembimbing dalam memartabatkan Bahasa Melayu dengan memberi tunjuk ajar yang sewajarnya kepada murid melalui proses pengajaran sebutan ejaan . Pada era globalisasi ini, ramai orang tidak mengambil inisiatif sama ada orang dewasa ataupun kanak-kanak kerana sering berkomunikasi dengan menggunakan bahasa tidak baku. Sekiranya fenomena sebegini terus dilanjutkan, maka kesalahan penggunaan tatabahasa akan menjadi serius dan menjadi faktor kepada imej negara kita yang terjejas. Sepanjang guru dalam proses pembimbingan, guru harus menitikberatkan kesukaran murid untuk membezakan perkataan-perkataan yang hampir sama dari aspek ejaan . Selain daripada itu, guru boleh membimbing murid untuk membina frasa atau ayat pendek dengan mengguakan perkataan-perkataan yang baru dipelajari. Dengan itu, guru harus memberikan contoh-contoh yang releven untuk memudahkan pembinaan ayat dan frasa bagi murid. Tambahan pula, guru juga harus bersifat penyayang dan bersabar dengan sepenuhnya dalam proses membimbing murid yang baru mempelajari sesuatu topic pembelajaran. Guru seharusnya menyedari bahawa mutu dan tahap pembelajaran bagi setiap murid adalah berlainan. Selain itu, guru juga berperanan sebaai mentor. Guru juga berkewajipan sebagai mentor bagi murid ketika berada di sekolah dengan member prihatin yang selebihnya terhadap gaya dan nada pertuturan murid ketika berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Sekiranya guru mendapati bahawa seseorang itu sering bertutur dalam bahasa tidak baku, guru seharusnya memperbetulkan kesalahan tatabahasa murid tersebut dengan segera. Sehubungan dengan itu, guru juga dapat mengesan kesalahan tatabahasa murid melalui kerja sekolah. Guru boleh menggalakkan murid menulis karya yang berasaskan kreatif sendiri untuk memupuk minat murid dalam bidang penulisan. Melalui cara ini, murd akan bercuba dengan sedya upaya untuk mencetuskan idea-idea sebanyak yang boleh untuk menghasilkan karya yang tersendiri dan guru dapat mengesan jenis kesalahan tatabahasa yang kerap berlaku pada murid-murid. Di samping itu, guru juga berperanan sebagai pembentuk penilai dalam menjayakan program memartabatkan Bahasa Melayu. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha yan berterusna kea rah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan modl insane yang seimbang dan harmonis dari segi JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani , intelek dan social. Guru boleh menerapkan

nilai-nilai murni pada murid melalui strategi pengajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dan juga pendidikan Agama. Guru juga berperanan sebagai pendidik iaitu menjadi seorang pendidik dan pakar rujuk yang berjaya dan memberi keyakinan kepada masyarakat. Setiap kemahiran dalam mata pelajaran baha Melayu mmpunyai teknik pengajaran dan keunikan yang tersendiri. Dalam kemahiran bahasa Melayu, terdapat banyak kata makna, kata hubung, kata nama, kata adjektif dan sebagainya. Guru yang mengajar subjek berkenaan perlu sentiasa peka terhadap perubahan yang seiras dengan pengubahsuain pendidikan di Malaysia dari semasa ke sema untuk mengelakkan daripada melakukan kesalahan menyampaikan isi-isi pengajaran dengan murid. Guru juga berperanan sebagai agen sosialisasi dengam memainkan peranan penting dalam komunikasi dengan pelbagai pihak terutamanya dengan anak-anak murid. Ini bermakna nada suara dan mimik muka yang ditunjukkan oleh guru semasa berkomunikasi dengan murid banyak mempengaruhi murid, Selain itu, guru juga sebagai pengamal ilmu dan pengamal profesioanl dalam melonjakkan ilmu pengetahuan diri,Guru juga digalakkan lebih giat dalam mengkaji ilmu secara mendalam bagi meningkatkan ilmu pengetahuan diri dengan membaca buku, melayari internet,

melancong dan sebagainya. Selain itu, kewajipan guru juga tidak ketinggalan iaitu guru sebagai perancang strategi dan aktiviti pengajaran. Guru bertindak sebagai penyebar ilmu dan pengamal ilmu melalui pelbagai strategi pengajaran. Antaranya ialah Asas Berbahasa. Guru harus memperkukuhkan asas berbahasa seperti prabaca, pratulis, prabunyi dan juga pradengar melalui modul pengajaran dan pembelajran yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. Tambahan pula, Guru juga harus menggunakan unsur didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru harus menyediakan suasana yang lebih menyerenokkan dan menarik melalui kaedah menyanyi, drama, muzik dan bahan bantu mengajar. Guru juga perlu mempertingkatkan aspek kebersihan, kecerian dan keselamatan bilik darjah dari semasa ke semasa bagi memastikan saiz kelas serta keadaan fizikal bilik darjah lebih kondusif untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Jesteru, inilah merupakan peranan serta tanggunjawab pendidik yang harus dilakukan bagi menjayakan program memartabatkan Bahasa Melayu.Guru merupakan orang yang paling penting dalam menerapkan ilmu yang sahih kepada murid untuk menjayakan program memartabatkan Bahasa melayu.

You might also like