You are on page 1of 13

4.

0) FUNGSI BAHASA MELAYU Secara umumnya yang kita ketahui bahasa adalah utuk tujuan praktis, iaitu sebagai alat perhubungan dalam pergaulan sehari-hari. Untuk tujuan estetika, iaitu sebagai alat pemuasan rasa estetika, bukan itu sahaja umumnya bertujuan kecendekiaan iaitu sebagai alat pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali bertujuan untuk fiologi dan pelestarian kebudayaan. Bahasa Melayu mempunyai dua bentuk, iaitu formal dan tidak formal. Bahasa Melayu formal ialah Bahasa Melayu standard yang dituturkan secara sistematik mengikut peraturan tatabahasa yang telah ditetapkan. Manakala bahasa Melayu tidak formal pula sebaliknya. Antara fungsi bahasa ialah Bahasa Rasmi, Bahasa Kebangsaan, Bahasa Ilmu, Bahasa Penghantar, dan Bahasa Perpaduan. Bahasa Rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam pentadbiran sesebuah negara terutamanya dalam urusan rasmi seperti urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya. Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti nasional dan kedaulatan negara untuk tujuan perpaduan. Ianya berkait rapat dengan sejarah bagssa dan negara. Manakala bahasa ilmu ialah satu saluran untuk menyampaikan sesuatu perkara berkaitan penemuan atau satu hasil kajian dan Bahasa ilmu juga ialah pengetahuan tentang hal selok belok bahasa. Selain itu fungsi bahasa ialah sebagai bahasa pengantar ringkasnya bermaksud bahasa yang digunakan untuk mengajar atau untuk bermesyuarat dan akhir sekali ialah bahasa sebagai bahasa Perpaduan yang mana kita hendak fokuskan dalam soalan tugasan ini. Setelah melihat kepada semua fungsi-fungsi bahasa dapatlah kita simpulkan disini bahawa fungsi bahasa secara umumnya ialah sebagai alat perhubungan dalam pergaulan sehari-harian, sebagai alat pengajaran dan pembelajaran dan banyak lagi seperti yang telah dinyatakan bagi setiap fungsi-fungsi bahasa. Namun fungsi bahasa ini secara khususnya bergantung pada kepentingan nasional sesuatu bangsa dan sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, Bahasa Melayu memainkan peranannya sebagai bahasa kebangsaan, dan sebagai bahasa negara.

- 30 -

4.1) BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERPADUAN

Bahasa perpaduan ialah satu alat yang digunakan bagi menyatupadukan antara satu kaum dengan kaum yang lain. Kebanyakan negara di dunia memiliki lebih dari satu bahasa. Untuk mengatasi masalah masing-masing, negara yang memepunyai pelbagai bahasa telah mengambil langkah untuk memilih hanya satu bahasa yang dapat berfungsi sebagai bahasa pengantar oleh semua penduduknya. Begitu juga di Malaysia, pola kepelbagaian bahasa yang wujud dari pelbagai bangsa menyukarkan komunikasi antara kaum dan terbatas di lingkungan kaumnya sendiri. Perkara ini termasuklah bumiputra yang terdapat di Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai tradisi bahasa tulisan atau pertuturan yang boleh dijadikan sebagai bahasa pengantar. Bahasa Inggeris tidak dapat dijadikan sebagai bahasa pengantar di Malaysia dan tidak dapat menyatukan penduduk yang berbilang kaum kerana tidak semua penduduk tahu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Oleh sebab itu, Bahasa Inggeris tidak sesuai dijadikan bahasa bersama untuk masyarakat Malaysia dan tidak dapat dijadikan bahasa perpaduan. Bahasa Melayu memenuhi syarat-syarat dan keperluan menjadi bahasa kebangsaan sekaligus melambangkan perpaduan bagi rakyat Malaysia, iaitu menjadi asas kebudayaan kebangsaan dan menyatukan rakyat. Dalam perkara ini, bahasa Melayu boleh dijadikan sebagai alat yang menghubungkan penutur-penutur yang menuturkan pelbagai dialek bahasa yang sama sekaligus dapat menyatukan rakyat kedalam satu masyarakat bahasa. Persefahaman politik dan agama sahaja tidak dapat dijadikan sebagai alat penyatupaduan penduduk. Akan tetapi bahasa merupakan alat pengisi fikiran dan alat untuk melahirkan pendapat dan fikiran itu merupakan alat perpaduan yang sebaik-baiknya. Oleh sebab itu, Bahasa Melayu bertanggungjawab dalam mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat-rakyat di Malaysia pada masa kini dan pada masa akan datang.

- 31 -

4.1.1) USAHA-USAHA KERAJAAN DALAM MEMASTIKAN PERPADUAN SENTIASA TERJAMIN Didalam memastikan perpaduan dalam kalangan penduduk berbilang bangsa di negara kita terjamin, pihak kerajaan telah menjalankan beberapa usaha-usaha yang jitu dalam memastikan hal berkaitan perpaduan di negara kita ini sentiasa terjamin antaranya seperti yang kita lihat ialah dari pelbagai aspek iaitu pendidikan, ekonomi, sosial dan kebudayaan serta politik. Aspek pendidikan merupakan satu agen penting dalam memupuk perpaduan. Terdapat beberapa perkara yang menjadi asas kepada perpaduan dalam sistem pendidikan iaitu Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar, perlaksanaan kurikulum yang seragam di semua sekolah dan pendidikan yang sempurna kepada semua rakyat. Menerusi Penyata Rahman Talib pada tahun 1959 yang mengkaji perlaksanaan Penyata Razak, telah mengemukakan beberapa cadangan yang membantu dalam membina perpaduan. Antaranya ialah mulai tahun 1962, pendidikan percuma diberikan kepada semua murid sekolah rendah kerajaan. Langkah ini menunjukkan pendidikan diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan keturunan. Selain itu sekolah umum telah ditukar menjadi sekolah kebangsaan dan sekolah jenis umum telah ditukar kepada sekolah jenis kebangsaan bagi memupuk semangat kebangsaan dan perpaduan. Keadaan ini menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sebagai bahasa pilihan. Penyata Rahman Talib juga turut mencadangkan sekolah rendah yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar hendaklah ditukar kepada Bahasa Malaysia. Ini adalah penting dalam menyemai semangat kebangsaan dalam diri rakyat. Penyata Rahman Talib yang dicadangkan telah diterima dan seterusnya digubal semula pada tahun 1961 dan dinamakan Akta Pelajaran 1961. Dasar pendidikan Kebangsaan yang dilaksanakan mempunyai dua matlamat iaitu mewujudkan persefahaman dan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang terdiri pelbagai etnik serta mengkaji masalah keciciran dalam pendidikan. Oleh yang demikian terdapat beberapa langkah digunakan dalam memastikan matlamat yang dibuat dapat dilaksanakan. Antaranya ialah menyediakan sukatan pelajaran yang seragam di semua sekolah, mewajibkan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai
- 32 -

bahasa pengantar di semua sekolah serta institusi pengajian tinggi, menggunakan buku-buku teks yang bercirikan Malaysia serta melaksanakan aktiviti kokurikulum iaitu aktiviti diluar bilik darjah. Namun begitu, pada tahun 1974 satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad telah berperanan mengkaji semula dasar yang dibuat. Jawatankuasa tersebut dinamakan

Jawatankuasa Kabinet. Matlamat penting yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet ialah pembentukan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih menerusi sistem pendidikan. Oleh itu beberapa perkara telah dilaksanakan bagi mencapai matlamat yang dibuat. Pertama ialah semua sekolah swasta hendaklah menggunakan sukatan pelajaran yang sama dengan sekolah kerjaan serta pelajar sekolah swasta hendaklah mengambil peperiksaan yang sama dengan pelajar sekolah kerajaan. Selain itu jawatankuasa ini juga menyatakan bahawa Bahasa Melayu hendaklah menjadi mata pelajaran wajib dalam semua peperiksaan. Di samping itu, penekanan hendaklah ditumpukan kepada aspekaspek tertentu dalam setiap mata pelajaran serta penekanan hendaklah ditumpukan kepada pendidikan moral, agama, disiplin dan kokurikulum sebagai asas pencapaian perpaduan. Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet juga, satu kurikulum baru telah dibuat dan dilaksanakan di semua peringkat sekolah. Kurikulum tesebut ialah KBSR, Kurikulum Baru Sekolah Rendah serta KBSM, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Langkah ini bertujuan memastikan semua sekolah menggunakan satu kurikulum yang seragam. Dalam aspek ekonomi perkara asas kepada perpaduan negara serta integrasi nasional ialah melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar Ekonomi Baru atau DEB telah dibuat pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak bin Hussein di dalam ucapan beliau di Perhimpunan Agong UMNO di Kuala Lumpur. Dasar ini bertujuan untuk meningkatkan ekonomi rakyat di Malaysia dengan dua matlamat iaitu pengambilan pekerja-pekerja di pelbagai sektor ekonomi dan di peringkat kerajaan serta hakmilik harta-harta produktif yang terdapat di dalam negara ini disusun semula supaya orang-orang Melayu dapat memiliki sekurangkurangnya 30% daripada jumlah hakmilik tersebut pada tahun 1990, Malaysia Kita (2003). Strategi yang dilaksanakan melalui dasar ini ialah mengurangkan serta membasmi kemiskinan dengan menambahkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat di Malaysia serta mempercepatkan proses penyusunan semula
- 33 -

masyarakat di Malaysia untuk memperbaiki masalah ekonomi yang tidak seimbang seperti pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Ketika zaman pemerintahan British, banyak buruh asing telah dibawa masuk ke Tanah Melayu. Ini adalah untuk meningkatkan jumlah tenaga buruh bagi perusahaan-perusahaan di Tanah Melayu seperti perusahaan getah dan biji timah. Namun begitu, ketiga-ketiga golongan penduduk di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India telah telah ditempatkan secara berasingan dengan pekerjaan dan asas ekonomi yang berbeza. Kebanyakkan orang-orang Melayu ditempatkan di kampungkampung bagi mengusahakan pertanian tradisional, kaum Cina pula ditempatkan di bandar-bandar bagi mengerjakan perusahaan biji timah. Manakala kaum India di estet-estet getah. Antara punca berlakunya keadaan yang sedemikian ialah untuk

menghindarkan terjadinya perselisihan faham serta kecenderungan buruh asing untuk tinggal sesama mereka di satu perkampungan. Dasar yang dilaksanakan oleh pemerintahan British ini disebut juga sebagai pecah dan perintah. Dasar ini dapat mengukuhkan lagi kuasa penjajahan mereka. Langkah-langkah kerajaan yang dilaksanakan dalam proses penyusunan semula masyarakat ialah pemodenan cara hidup masyarakat luar bandar dan pertumbuhan pesat dan seimbang kegiatankegiatan di bandar. Politik memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan keamanan dan ketenteraman rakyat yang pelbagai kaum di Malaysia. Melalui kaedah konsensus atau persetujuan di mana kerajaan yang memerintah diberi kuasa memerintah atas pilihan dan persetujuan rakyat menerusi proses pilihan raya perpaduan dapat diwujudkan. Dalam pilihan raya, semua rakyat bebas memilih calon yang mereka percayai sebagai pemerintah. Pilihan raya ini dijalankan setiap lima tahun sekali. Calon-calon yang terpilih akan berkerjasama dan membuat rundingan dikalangan parti-parti politik yang lain supaya dapat memastikan semua perti terlibat dalam proses pentadbiran Malaysia. Di Malaysia, sebuah Parti Perikatan telah dibentuk oleh tiga buah parti yang mewakili setiap kaum terbesar di Malaysia iaitu parti Orang Melayu atau UMNO, parti Kaum Cina atau MCA serta parti Kaum India atau MIC. Oleh yang demikian, pembangunan negara dapat ditingkatkan serta perpaduan dapat dipupuk diseluruh
- 34 -

kaum di Malaysia. Melalui perpaduan politik ini juga pertikaian asas yang berlaku dapat diatasi dan sebuah negara aman dan makmur dapat diwujudkan. Seperti yang kita tahu, Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai bangsa, suku kaum dan etnik. Kaum-kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Walaupun tinggal di negara yang sama, namun terdapat jurang yang memisah antara kaum dari segi penempatan, pekerjaan dan kebudayaan. Oleh yang demikian, kerajaan telah mengambil beberapa langkah yang sesuai merangkumi sistem pendidikan, kesihatan, perumahan serta kemudahan asas bagi mewujudkan perpaduan sosial dikalangan masyarakat di Malaysia. Melalui sisitem pendidikan, semua rakyat di Malaysia diberikan khidmat pendidikan yang sama tidak mengira kaum. Contohnya seperti skim pinjaman buku teks, rancangan makanan tambahan atau RMT serta projek susu sekolah.

Dari segi aspek kesihatan pula, perkhidmatan ubat-ubatan secara percuma diberikan kepada semua warganegara tidak mengira kaum dan keturunan di hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan. Bagi sistem perumahan, beberapa program telah dilancarkan bagi memupuk perpaduan dikalangan rakyat. Antaranya ialah program penempatan semula iaitu pembinaan projek-projek perumahan yang memberi peluang kepada semua rakyat tanpa mengira kaum untuk hidup bersama di kawasan penempatan yang lengkap dan sempurna. Selain dari itu, projek Rukun Tetangga juga turut dilaksanakan di kawasan-kawasan perumahan yang mana aktiviti-aktiviti persefahaman,

persahabatan, toleransi, semangat kejiranan serta bersatupadu diwujudkan dan sekali gus dapat memupuk perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia. Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi serta lengakp tanpa mengira penghuni di setiap kawasan turut menyumbang kepada perpaduan antara kaum. Ini kerana semua rakyat dapat menikmati kemudahan yang sama dan dapat mengelakkan rasa cemburu serta ketidakadilan di antara kaum. Kebudayaan ialah satu sistem atau corak hidup yang merangkumi agama, kepercayaan, adat resam, bahasa, ekonomi dan politik sesebuah masyarakat, Malaysia Kita (2003). Perpaduan kebudayaan dapat dicapai melalui programprogram yang bercorak kebudayaan semua kaum di Malaysia. Antara aktiviti kebudayaan yang biasa dilaksanakan oleh kerajaan ialah seperti muzik, drama,
- 35 -

teater, sastera dan sebagainya. Menerusi aktiviti-aktiviti seperti ini setiap kaum dapat berinteraksi dan memahami adat dan kebudayaan masing-masing sekali gus dapat meningkatkan persefahaman dan perpaduan antara kaum di Malaysia. Memandangkan perpaduan kebudayaan dilihat penting oleh pihak kerajaan, satu dasar telah digubal pada tahun 1971 sebagai asas perpaduan ke arah mewujudkan identiti nasional bangsa Malaysia. Dasar tersebut ialah Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Selain itu, perpaduan kebudayaan juga turut diperkenalkan dalam sistem pendidikan melalui mata pelajaran sastera di peringkat menengah atas.

Menerusinya, pelajar-pelajar banyak didedahkan dengan genre-genre seperti novel, drama, puisi, kritikan sastera serta cerpen yang banyak mengandungi unsur-unsur seperti hubungan kaum, muhibah dan toleransi. Oleh yang demikian unsur-unsur tersebut amat sesuai dijadikan sebagai asas kepada integrasi nasional di Malaysia. Pihak kerajaan sentiasa membuat anjakan paradigma demi memperkuat jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada peringkat taman-taman perumahan. Dengan langkah bestari itu, kita dapat memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia. Misalnya, sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi atau pertubuhan kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan. Selain dapat mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat menjadi suri teladan sebagai agen perpaduan. Orang ramai yang berbilang kaum akan lebih mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara satu sama lain. Cara ini akan mengurangkan pertengkaran dan perselisihan faham antara kaum. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan juga ada menerbitkan iklan-iklan di media cetak ataupun media elektronik tentang pentingnya perpaduan contohnya seperti BAHASA ASAS PERPADUAN YANG MAMPU MELAHIRKAN 1 MALAYSIA. Pihak kerajaan juga sering mewar-warkan kepada masyarakat melalui media-media yang sedia ada. Selain itu diadakan juga pertandingan-pertandingan yang berkaitan dengan perpaduan kaum dan yang paling ketara pada masa kini ialah papan tanda yang digunakan dan diletakkan di mana-mana sudah cukup untuk memperlihatkan usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam memastikan perpaduan dalam kalangan penduduk berbilang bangsa di negara kita sentiasa terjamin.
- 36 -

Selain daripada fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa Perpaduan, terdapat beberapa lagi fungsi lain yang dapat kita lihat seperti Bahasa Rasmi, Bahasa Kebangsaan, Bahasa Ilmu, dan Bahasa Penghantar.

4.2) BAHASA RASMI

Merujuk Kamus Dewan cetakan ketiga 1986 bahasa rasmi adalah bahasa pentadbiran dan kerajaan. Lebih jelas lagi bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam pentadbiran sesebuah negara terutamanya dalam urusan rasmi seperti urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya. Bahasa rasmi tidak merujuk kepada bahasa kebangsaan kerana bahasa rasmi adalah bahasa yang semata-mata dianggap sebagai alat untuk tujuan tertentu yang tidak perlu dikaitkan dengan semangat kebangsaan. Ianya hanya dikaitkan dengan majlis-majlis rasmi dan oleh sebab itulah ianya digelarkan sebagai bahasa rasmi kerajaan. Setiap negara hanya mempunyai satu bahasa kebangsaan sahaja sebagai lambang identiti negara. Manakala bahasa rasmi mungkin satu, dua atau lebih kerana ia berdasarkan keperluan sesebuah negara untuk menetapkan bahasa yang manakah dipilih untuk menjadi bahasa rasmi. Contohnya di negara India, bahasa Inggeris juga digunakan dalam majlis-majlis tertentu untuk mengelakkan perbalahan kaum. Lebih jelas lagi bahawa bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam pentadbiran tertentu sesebuah negara terutamanya dalam pentadbiran. Contohnya dalam urusan surat menyurat, minit mesyuarat dan urusan lain. Sebagai contoh yang menunjukkan Bahasa Melayu digunakan dalam urusan rasmi negara diantaranya ianya merupakan bahasa pertuturan para pegawai kerajaan sewaktu menjalankan tugas-tugas mereka terutama yang melibatkan negara. Selain itu, ia juga digunakan di dalam segala urusan surat menyurat yang berkaitan dengan kerajaan, diantara jabatan-jabatan lain, malah digunakan di dalam urusan borangborang rasmi kerajaan dan penulisan dokumen dan rekod kerajaan.
- 37 -

Selepas mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu mengantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di Malaysia. Bahasa Melayu telah digunakan sepenuhnya dalam urusan pentadbiran dan sebagai bahasa perbahasan di dewan parlimen. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi semakin kukuh setelah Seksyen 8, Akta Bahasa Kebangsaan dipinda pada jun 1991. Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu ditetapkan menjadi wahana komunikasi dalam bidang pentadbiran. Perkara 152 Perlembagaan persekutuan menyatakan bahawa bahsa rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi. Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Malaysia melalui penggubahan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 yang mula berkuat kuasa pada April 1963. Pada tahun 1967 Akta Bahasa Kebagsaan diluluskan dan mula berkuat kuasa pada 1 September 1967 di Semenanjung Malaysia. Akta ini kemudian disemak dan akhirnya disatukan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan dikenali sebagai Akta Bahasa kebangsaan 1967. Persamaan yang jelas antara kedua-dua akta ini adalah tentang bahasa Melayu yang dipilih sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan bagi kegunaan masyarakat. Akta Bahasa Kebangsaan 1967

memperuntukan bahawa selepas 1 September 1967, bahasa Melayu hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi kecuali dalam beberapa kes tertentu. Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi telah termaktub dalam

Perlembagaan Persekutuan, perkara 152 Fasal 1 (a) dan Fasal 3 dan Akta Bahasa Kebagsaan 1963/1967 Seksyen 2 dan Seksyen 6.

4.3)

BAHASA KEBANGSAAN

Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti nasional dan kedaulatan negara untuk tujuan perpaduan. Ianya berkait rapat dengan sejarah bagssa dan negara. Namun demikian terdapat beberapa negara yang mempunyai lebih daripada satu bahasa kebangsaan seperti Kanada yang mengiktiraf bahasa Perancis dan bahasa Inggeris sebagai bersama-sama.

- 38 -

Bahasa Melayu diisytiharkan sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia, termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu : Perkara 152 Perlembagaan Malaysia Akta Bahasa Kebangsaan, 1963/67 ( disemak 1971 ) Pemberitahuan undang-undang No.410 ( tahun 1967) Perkara 152 Perlembagaan Malaysia di dalamnya ada menyebut tentang perihal bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh parlimen. Keduanya, Walau apa pun peruntukan Fasal (1) selama tempoh 10 tahun, selepas hari merdeka dan selepas daripada itu dan selainnya diperuntukkan oleh parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua majlis parlimen, dalam Dewan Negeri dan segala maksud rasmi yang lain. Ketiganyaialah walau apa pun peruntukan Fasal (1) selama tempoh 10 tahun, selepas hari merdeka dan selepas daripada itu sehingga lainnya diperuntukkan oleh parlimen, naskah yang sahih iaitu Bagi segala rang undang-undang yang hendak dikemukakan pindaan-pindaan mengenai yang hendak dicadangkan dalam mana-mana majlis parlimen. Bagi segala akta parlimen dan segala perundangan kecil yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan hendaklah dalam bahasa Inggeris. Akta Perlembagaan 1971 (pindaan) telah memperuntukan bahawa status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh dipersoalkan. Sesiapa yang mempersoalkan hal ini dituduh melakukan kesalahan dibawah Akta Hasutan 1984. Perkara 152 tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Fungsi utama bahasa kebangsaan ialah menyatukan rakyat, menegakkan persatuan antara kaum-kaum yang mendiami negara ini. Selain itu bahasa Kebangsaan ini juaga mampu menegakkan persatuan antara kaum-kaum yang mendiami negara ini. Seterusnya menggalakkkan pertubuhan satu corak

kebudayaan yang meliputi semua aliran kebudayaan yang terdapat di dalamnya. Mewujudkan satu budaya, satu bangsa iaitu pembentukan budaya kebangsaan selaras dengan keinginan dan hasrat membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identiti keperibadian yang dapat dibanggakan dan penuh dengan
- 39 -

kesetiaan kepada negara. Akhir sekali bertindak sebagai alat komunikasi dan pendapat, dimana, bahasa harus dikawal supaya dapat memberi manfaat kepada manusia sebagai alat perpaduan kaum. Kesimpulannya bahasa kebangsaan adalah berbeza dengan bahasa rasmi. Ada bahasa rasmi yang diiktiraf melalui perundangan dan menjadi bahasa yang lebih dominan. Hal ini bermakna bahasa kebangsaan negara itu hanya tinggal sebagai lambang sahaja. Terdapat juga keadaan bahasa kebangsaan bagi sesebuah negara bukan bahasa rasmi negara itu. Bagi negara yang mempunyai pelbagai bahasa seperti, ada bahasa yang tidak mendapat pebgiktirafan kerajaan, manakala yang lain pula mendapat pengiktirafan yang tinggi sebagai bahasa rasmi.

4.4)

BAHASA ILMU

Bahasa ilmu ialah satu saluran untuk menyampaikan sesuatu perkara berkaitan penemuan atau satu hasil kajian dan Bahasa ilmu juga ialah pengetahuan tentang hal selok belok bahasa (Kamus Dewan, 1986). Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam konteks ini bermaksud Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden iaitu ilmu Sains, Ekonomi, dan Teknologi, Undang-undang , Agama dan seumpamanya. Bahasa Melayu boleh berfungsi sebagai bahasa yang dapat menerangkan sesuatu istilah itu sejajar dengan salah satu ciri Bahasa Melayu adalah mempunyai makna. Sebagai contoh, apabila memperkatakan konsep ekonomi, bahasa Melayu harus mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang sesuai untuk menerangkan konsep tentang hal-hal perdagangan antarabangsa, perindustrian, saham dan lain-lain. Bahasa ilmu mempunyai dua ciri penting, iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa(Havranek, Garvin, 1984). Keintelektualan bahasa ilmu bermaksud bahasa itu harus mempunyai keupayaan menyampaikan hujah dengan tepat dan berkesan. Manakala Keintelektualan bahasa dicapai melalui

- 40 -

perkembangan perbendaharaan kata dan struktur bahasa melalui pengembangan perbendaharan kata, iaitu dengan menambahkan istilah-istilah baru. Selain itu, ianya juga melalui penukaran bentuk dan corak perbendaharaan kata, iaitu dengan memberi pengertian-pengertian khusus atau tertentu kepada perkataan-perkataan tertentu bagi bidang-bidang tertentu kepada perkataanperkataan biasa dalam bahasa itu yang berbeza dengan penggunaan biasa. Kegemilangan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu memuncak pada zaman kebesaran kerajaan Acheh, dalam abad ke-17. Disebabkan Melayu yang menghidupkan tradisi ilmu munculnya pemikir

dengan menggunakan Bahasa Melayu

seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin Pasai,Abdul Rauf Singkel, dan Nuruddin AlRaniri. Tokoh-tokoh yang meluaskan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu ke daerah lain di nusantara ialah : Abdul Samad al-Falambani di Palembang. Arsyad Al-Banjiri di Banjar Masin Mohd Ismail Daut Pattani di Patani Raja Ali Haji di Riau

Akhirnya apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, soal kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Ilmu menjadi salah satu keutamaan dalam dasar pendidikan kebangsaan. Langkah Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu disarankan dalam Laporan Razak 1996 dan kemudian diperkuat dalam Laporan Abdul Rahman Talib 1960. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu di

institut pengajian tinggi bermula pada tahun 1983.

4.5)

BAHASA PENGHANTAR

Bahasa pengantar bermaksud bahasa yang digunakan untuk mengajar atau untuk bermesyuarat (Kamus Dewan,1986). Dalam Penyata Razak (1956) pula telah mencatatkan tentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sejurus itu, pelbagai usaha dijalankan untuk mencapai tujuan tersebut.
- 41 -

Mulai tahun 1958, Bahasa Melayu yang dahulunya digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah Melayu hingga ke peringkat darjah enam telah digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah menengah. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah bermula pada tahun 1970. Menteri Pelajaran ketika itu, Abdul Rahman Yaakob telah mengarahkan semua sekolah kebangsaan aliran Inggeris menggunakan Bahasa Melayu secara berperingkat-peringkat. Pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah menengah dapat dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1981. Selain sebagai bahasa pengantar di sekolah, bahasa Melayu juga dijadikan matapelajaran wajib di semua sekolah. Dalam peperiksaan, di peringkat rendah atau menengah, bahasa Melayu juga dijadikan bahasa pengantar. Kini Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar bukan sahaja di sekolah, malah ke peringkat universiti. Disini dapat kita simpulkan bahawa Bahasa Melayu di Malaysia juga memperlihatkan fungsinya sebagai bahasa pengantar lama sebelum dijadikan Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu di Malaysia menjadi bahasa pengantar antara kaum yang berbeza-beza. Bahasa yang digunakan juga dalam perhubungan antara kaum terutama sekali orang-orang yang tidak mempunyai pendidikan sekolah inggeris adalah Bahasa Melayu. Orang-orang yang mahu berhubung dengan orang lain dari kaum lain, yang tidak mempunyai pengetahuan Bahasa Inggeris, maka bahasa yang menjadi alat perantaraan adalah Bahasa Melayu.

- 42 -

You might also like