You are on page 1of 1

TAKRIF PENGAMATAN Pengamatan bermaksud satu proses yang menimbulkan makna kepada tugastugas pancaindera dengan bantuan pengalaman-pengalaman

yang lalu dan mempunyai hubungan yang rapat dengan pemikiran kita. Kamus Dewan (1998) mentakrifkan pengamatan sebagai proses pengawasan atau penelitian. Pengamatan mempunyai maksud yang sama dengan perkataan persepsi (perception), iaitu gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera) atau tanggapan. Proses pengamatan merangkumi tiga peringkat, iaitu proses penerimaan, pemprosesan data dan proses tindak balas. Konsep Pengamatan Janet W. Learner (1971) dalam bukunya berjudul Children With Learning Disabilities berpendapat, pengamatan adalah satu proses untuk meng enal maklumat daripada tindak balas panca indera dengan bantuan kuasa intelek. Proses pengamatan bermula apabila wujudnya rangsangan luar yang boleh dikesan oleh organ-organ deria, iaitu mata (melihat), telinga (mendengar), hidung (menghidu), lidah (merasa) atau kulit (menyentuh). Hal ini bermakna, pengamatan merupakan satu proses mental dan neurologi yang mempengaruhi pembentukan konsep-konsep yang jelas dan tepat. Gangguan yang dialami boleh menjejaskan pengamatan daripada aspek mengingat kembali, mendiskriminasikan, memahami konsep dan lain-lain kemahiran pengamatan.

You might also like