You are on page 1of 7

2.

0 PERANAN BADAN BERUNIFORM DALAM PENERAPAN DAN

PEMUPUKAN NILAI, PEMBANGUNAN BUDAYA SERTA PEMBINAAN

SAHSIAH

Umumnya, badan beruniform merupakan satu kumpulan yang terdiri daripada gabungan

keahlian dan mempunyai dasar-dasar tertentu untuk diikuti dan dipatuhi. Sesebuah sekolah

boleh menubuhkan pasukan badan beruniform mengikut keperluan setempat, kemudahan

peralatan dan personal serta keadaan sedia ada di sekolah berkenaan bagi mengendalikannya.

Antara badan beruniform tersebut boleh dibahagikan kepada empat jenis, seperti yang

ditunjukkan melalui jadual di bawah:

AGENSI AGENSI BUKAN KEMENTERIAN DILULUSKAN


KERAJAAN KERAJAAN PENDIDIKAN OLEH PENDAFTAR
•Pasukan Kadet •Persatuan •Kadet Remaja •Seni bela diri
Bersatu Malaysia Pengakap Sekolah yang diiktiraf
•Pasukan Kadet Malaysia seperti seni silat,
Polis •Persatuan Bulan wushu,
•Pasukan Kadet Sabit Merah taekwando
Pertahanan •Persatuan St.John •Pancaragam
Awam Ambulans
•Pasukan Kadet •Persatuan Pandu
Bomba Puteri

Sumber: Ab. Alim Abdul Rahim, Pengurusan Kokurikulum Dan Badan Beruniform (Shah

Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, 1999), hlm 13

Melalui badan beruniform, penerapan dan pemupukan nilai berjaya dilaksanakan

melalui matlamat, prinsip serta peraturan yang ditetapkan dalam sesuatu pasukan. Sebagi

contoh, penubuhan Persatuan St.John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah mempunyai

matlamat yang sama dan murni, iaitu memainkan peranan sebagai pengantaraan atau sumber

untuk menghulurkan sumbangan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan bantuan
terutamanya pada masa kecemasan. Melalui tujuan penubuhan, kedua-dua badan beruniform

di atas secara tidak langsung telah memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan

sikap tolong-menolong, bekerjasama, sifat penyayang serta bertimbang rasa sesama ahli dan

bukan ahli. Manakala prinsip-prinsip yang terkandung pula dapat dilihat dari segi kemanusiaan,

kesaksamaan serta kesejagatan. Misalnya, tujuan utamanya adalah melindungi nyawa dan

kesihatan serta memastikan wujudnya sikap hormat-menghormati sesama manusia di samping

memupuk sifat persefahaman, persahabatan, kerjasama serta kedamaian antara manusia.

Bantuan yang diberi tanpa membezakan bangsa, agama, kaum ataupun darjat dan kedua-

duanya merupakan pergerakan antarabangsa yang mempunyai taraf, tanggungjawab dan tugas

yang saksama untuk menolong antara satu sama lain.

Dari segi peraturan pula, Persetiaan dan Undang-undang Pengakap telah menggariskan

untuk menjadi seorang pengakap, individu tersebut perlulah memenuhi syarat-syarat seperti

menganuti sesuatu agama, sentiasa berbuat buat kepada semua orang, berbudi perkerti yang

baik, menurut perintah ketua serta mempunyai sikap ingin membuat kebajikan kepada

masyarakat dan sebagainya. Hal ini sememangnya jelas menunjukkan bahawa kesemua piagam

yang digariskan merupakan nilai murni. Nilai-nilai seperti dedikasi, harga diri, kepercayaan

kepada Tuhan akan disalur, diserap seterusnya dipupuk dalam kalangan pelajar secara langsung

atau tidak langsung melalui objektif-objektif yang ingin dicapai oleh sesebuah penubuhan.

Oleh itu, tidak dinafikan bahawa 16 nilai murni menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan

seperti baik hati, tolong-menolong, kasih sayang yang perlu diserap dalam peribadi pelajar

berjaya dilaksanakan.

Setiap sekolah yang mempunyai unit badan beruniform dikatakan telah mempunyai

satu budaya yang mampu memberi garis panduan kepada setiap anggotanya bertingkah laku

dengan baik di samping memberikan impak toleransi dan ikatan perpaduan yang lebih utuh.

Hal ini kerana berdasarkan matlamat, prinsip serta peraturan yang termaktub dalam pasukan
masing-masing, aktiviti-aktiviti yang sesuai akan dirancang, disusun seterusnya dimanfaatkan

dalam kalangan pelajar. Melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti yang sudah diserap dengan

nilai, suatu budaya sekolah yang sihat, kondusif serta ceria mampu dibangunkan seterusnya

membawa kepada pembentukan satu identiti atau imej sekolah yang dikenali sebagai ‘sekolah

berwatak’. Sebagai contoh, aktiviti yang dianjurkan bawah badan beruniform seperti latihan

kawad, perkhemahan ataupun khidmat masyarakat, sememangnya dapat memberi kepentingan

kepada pelajar itu sendiri iaitu dapat mengisi masa dengan berfaedah, memberi keseronokan

serta pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri di samping turut mengurangkan penglibatan

pelajar dalam aktiviti yang tidak sihat seperti kegiatan ponteng sekolah, gengsterisme atau

vandalisme.

Bukan itu sahaja, pasukan badan beruniform juga mampu membawa ke arah wujudnya

budaya ilmu. Menurut Nik Aziz Nik Pa (1990), pembudayaan ilmu dalam bidang kokurikulum

merupakan kewujudan suatu keadaan di mana setiap pelajar melibatkan diri dengan kegiatan

membina skim tindakan dan operasi yang mantap serta segala tindakan dilakukan berlandaskan

kepada ilmu, nilai akhlak, kerohanian serta agama sebagai nilai teras. Pembangunan budaya

tersebut amat ditekankan kerana akan mempengaruhi seseorang pelajar supaya berfikir dan

bertindak secara rasional. Sebagai contoh, pelajar yang terdedah dengan budaya bekerja secara

sepasukan melalui badan beruniform dipercayai dapat melayani dan menyuburkan potensi

individu dalam lapangan tertentu untuk memenuhi hasrat falsafah pendidikan yang

berkehendakkan supaya bakat dan potensi dalam diri seseorang pelajar itu dipertingkatkan ke

tahap yang optimum. Dalam erti kata lain, program kokurikulum seperti badan beruniform

dapat diorientasikan untuk kepentingan dan kemanfaatan individu seterusnya menyumbang

kepada pembinaan sahsiah diri dalam setiap pelajar.

Justeru, aktiviti-aktiviti yang diadakan secara tidak langsung telah menyediakan situasi

untuk pembinaan watak dan sahsiah diri pelajar. Di peringkat sekolah, badan beruniform dilihat
sebagai salah satu platform yang digunakan untuk meningkatkan keterampilan, personaliti

serta pembentukan jati diri pelajar kerana melalui kepelbagaian aktiviti yang dianjurkan, secara

langsung atau tidak langusng pelajar disediakan ruang untuk membentuk kemahiran insaniah

mereka. Sebagai contoh, kawad atau perbarisan yang mewajibkan keterlibatan hampir kesemua

pasukan pakaian seragam dilihat sebagai satu usaha untuk membentuk ketahanan diri,

kepimpinan, kerjasama, disiplin dalam setiap diri pelajar. Hal ini selaras dengan tujuan kawad

dalam membentuk seseorang anggota supaya bermegah dengan tatatertib, cergas dan taat setia

serta boleh bekerjasama antara satu sama lain dalam satu kumpulan. Melalui aktiviti

perkhemahan pula, pelajar dapat dilatih supaya lebih berdikari dan mengukuhkan konsep

kendiri yang positif. Hal ini kerana sepanjang perkhemahan, seseorang pelajar perlu

menguruskan diri mereka sendiri tanpa pertolongan dari ibu bapa, orang gaji seperti di rumah.

Keadaan ini secara langsung dapat meningkatkan keyakinan diri dalam setiap diri pelajar

seterusnya menjadi lebih bertanggungjawab dan dedikasi.

Pembinaan sahsiah pelajar juga boleh dicapai sekiranya perkembangan jasmani, emosi

serta rohani diseimbangkan dengan perkembangan intelek (akademik) melalui aktiviti-aktiviti

yang dilaksanakan. Sekiranya aspek rohani, emosi dan jasmani pelajar gagal dibentuk dengan

baik, maka timbul kepelbagaian masalah seperti rasuah, pecah amanah, penipuan seterusnya

menyumbang kepada pembentukan budaya masyarakat yang kurang sihat. Dalam hal ini,

aktiviti khidmat masyarakat yang selalunya dianjurkan bawah badan beruniform dilihat sebagai

satu usaha dalam menyeimbangkan perkembangan mental dengan kerohanian dan emosi

seperti melalui gotong royong di masjid, rumah orang tua atau anak yatim akan mendatangkan

impak kesihatan diri dari segi fizikal, emosi dan rohani di mana pelajar akan menjadi lebih

bertimbang rasa, bersimpati serta menyayangi orang sekeliling khususnya terhadap golongan

tua atau kurang upaya. Selain itu, aktiviti perkhemahan yang diadakan bukan sahaja mampu

melatih dan melahirkan pelajar yang kuat dari segi jasmani dan tahan lasak kerana kadangkala
mereka perlu berjalan kaki dan menempuh beberapa halangan atau rintangan semula jadi

seperti bukit-bukau, sungai dan sebagainya malah dapat mengurangkan ketegangan emosi

pelajar. Hal ini disebabkan fikiran dapat ditenangkan dan segala masalah yang dihadapi dapat

dilupakan sementara apabila menghadiri sesuatu perkhemahan.

Aktiviti-aktiviti seperti berkawad, perkhemahan serta khidmat masyarakat turut dapat

meyemai perasaan muhibah, perpaduan dan integrasi rasional dalam kalangan generasi muda.

Hal ini kerana penyertaan dan keahlianya adalah terbuka kepada semua golongan pelajar tanpa

mengira bangsa, kaum dan lapisan masyarakat. Seperti yang dilihat oleh Mohd Sofian Omar

Fauzee (2002), aktiviti kokurikulum lebih banyak menanam, memupuk dan memberi latihan

awal dari segi aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan dalam kalangan pelajar. Melalui

aktiviti kawad, perkhemahan serta gotong royong, setiap pelajar dapat memahami antara satu

sama lain apabila berkenalan dan bergaul, bekerjasama dan bertukar fikiran serta bekerja

sebagai sepasukan tanpa mementingkan diri masing-masing. Keadaan inilah yang

sememangnya berjaya melahirkan semangat perpaduan dan perasaan kekitaan dalam kalangan

pelajar di samping mengembangkan kemahiran bersosial, bercampur gaul dan berhubung

mesra serta keupayaan dalam perhubungan awam yang akan dimanfaatkan dalam masyarakat

nanti.
BIBLIOGRAFI

AB.Alim Abdul Rahim. Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti

Sdn.Bhd, 1994.

AB.Alim Abdul Rahim. Pengurusan Kokurikulum dan Badan Beruniform. Shah Alam:

Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd, 1999.

Faridah Karim. ‘Peranan Ko-kurikulum Ke Arah Pembinaan Generasi Berdisiplin’ dlm.

Disiplin Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise, 1991.

Mohd Sofian Omar Fauzee. Kokurukulum: Peranan Dan Implikasi. Kuala Lumpur: Utusan

Publications, 2002.

Mohd Sofian Omar Fauzee. Kepentingan Dan Keperluan Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah.

Shah Alam: Karisma Publication, 2003.

You might also like