You are on page 1of 42

PD 6226 : Kepimpinan dalam Institusi Pendidikan Islam I

PENGURUSAN
IKLIM SEKOLAH &
DISIPLIN PELAJAR
Pensyarah : Ustaz Dr. Hj Gamal Abdul Nasir bin Hj Zakaria

Dibentangkan oleh :
Fatin Rabiatul Adawiyah binti
Mohd. Fareed

Pengenalan
Iklim sekolah dan disiplin pelajar merupakan
komponen terpenting dalam sesebuah organisasi
sekolah.
keduanya mampu mempengaruhi setiap individu
yang berada di dalamnya.
Iklim yang kondusif + disiplin yang baik = sekolah
yang berkesan.

Iklim sekolah

AKTIVITI 1

Definisi dan Konsep Iklim Sekolah


Beberapa aspek perhubungan sosial yang terdapat dalam
kawasan sekolah, keadaan fizikal, sistem pentadbiran, prestasi
pelajar dan persekitaran sekolah (Kamaruddin, 1995).
Iklim sekolah ialah sifat dan suasana yang terdapat dalam
sesebuah sekolah yang membezakannya dengan sebuah sekolah
yang lain. Sifat ini adalah hasil daripada interaksi dan keadaan
perhubungan manusia dalam sekolah itu, iaitu perhubungan guru
dengan guru, guru dengan pengetua, guru dengan pelajar, pelajar
dengan pelajar dan seterusnya (Ibrahim Mamat, 1993).

Kepentingan iklim sekolah yang kondusif


Memberi kesan terhadap pencapaian akademik
pelajar dan kejayaan sesebuah organisasi sekolah.
Mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama
pelajarnya yang berbeza status sosio-ekonomi mereka
(Abdul Rahman an-Nahlawi, 1995).
Memberikan impak besar terhadap pengalaman
individu.

Ciri-ciri iklim sekolah yang kondusif


Perhubungan yang saling hormat-menghormati antara
kakitangan akademik dengan pelajar-pelajarnya.
Kesukarelaan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan
peraturan sekolah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran
sekolah.
Perasaan kekitaan yang timbul antara pelajar-pelajar dan
guru-guru dengan menerima sekolahnya sebagai sebuah
keluarga yang mesra dan bahagia.
Kewujudan satu keadaan yang mana setiap pelajar
melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap
kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa
dengan betul dan sesuai.

Kewujudan iklim persekitaran yang bersih, teratur


dan tenteram.
Kewujudan disiplin yang baik, dengan zero defect
dalam semua aktiviti pendidikan, iaitu tiada
masalah pengajaran-pembelajaran, tiada konflik,
tiada pelanggaran disiplin, tiada masalah keceriaan
sekolah dan sebagainya.

Kepimpinan guru besar atau pengetua yang


demokratik atau ideal.

Jenis-jenis iklim sekolah


Menurut Halpin dan Croft (1962) terdapat enam jenis
iklim di sekolah iaitu :

Iklim terbuka

Iklim bebas

Iklim
terkontrol

Iklim
kekeluargaan

Iklim
kebapaan

Iklim tertutup

Iklim terbuka
Sekolah dengan iklim terbuka bererti terdapat kerjasama dan saling
menghormati antara pengetua, guru dan pelajar.
Semangat kerja guru tinggi.
Pengetua selalu mendengarkan cadangan dari guru, menghargai
profesional guru dan memperhatikan keperluan guru, sehingga guru
merasa diperhatikan dan guru merasa puas.
Tanggungjawab dalam usaha mencapai tujuan, dirasakan bersama.
Tujuan organisasi biasanya juga dirumuskan bersama.

Iklim bebas
Sekolah dengan iklim bebas, pengetua jarang
melakukan pengawasan, semangat kerja muncul
hanya kerana untuk memenuhi kepuasan pribadi.
Guru dan pelajar merasa bebas

Iklim terkontrol/terkawal
Iklim kontrol bermaksud pengetua sangat mementingkan
tugas, sementara keperluan guru tidak diperhatikan.

Anggota organisasi hanya memperhatikan tugas yang


diberikan pengetua kerana takut.
Pada iklim terkontrol ini semangat kerja tampak tinggi meski
terpaksa, dan keperluan manusiawinya kurang.

Iklim kekeluargaan
Sekolah dengan sistem kekeluargaan ini sangat bersifat
manusiawi dan tidak terkontrol.
Anggota organisasi ingin memenuhi keperluan pribadi
tetapi kurang perhatian pada penyelesaian tugas dan
kontrol sosial.
Semangat kerja tidak begitu tinggi, kerana mendapat
kepuasan yang sedikit dalam penyelesaian tugas-tugas.

Iklim kebapaan
Sekolah dengan iklim kebapaan, kurang menghargai
inisiatif bawahan dan berusaha menekan bawahan.
Bawahan memperoleh sedikit kepuasan baik bertahan
dengan tugas maupun keperluan peribadi yang akhirnya
berakibat semangat kerja kelompok akan rendah.

Iklim tertutup
Sekolah dengan iklim tertutup bermakna pengetua
menekankan pekerjaan rutin guru bersifat acuh tak
acuh dan semangat kerja kelompok rendah.
Guru tidak merasa puas, guru frustasi, apati dan
selalu curiga serta mereka kurang menghormati atasan.
(Burhanuddin, 1990)

TAHAP

IKLIM
TERBUKA

IKLIM BEBAS

IKLIM
TERKAWAL

IKLIM
KEKELUARG
AAN/KEBAPA
A/TERTUTUP

SEMANGAT
GURU

TINGGI

RENDAH

TINGGI

RENDAH

KEPUASAN
GURU

TINGGI

TINGGI

RENDAH

RENDAH

Pengurusan iklim sekolah


Langkah-langkah dalam pengurusan iklim sekolah
adalah sebagai berikut :

Penyebaran
maklumat

Pengesanan/penyeliaan
dan tindakan susulan

Perancangan

Operasi
bertindak

AKTIVITI 2

Aktiviti mewujudkan iklim bilik


darjah yang kondusif

Marilah kita bersama-sama


mewujudkan suasana bilik
darjah yang bersih, kemas
dan selesa.
Penyebaran maklumat

Perancangan
MELANTIK AHLI JAWATAN KUASA (AJK)
3 KUMPULAN
1. BERTANGGUNGJAWAB DALAM MENYUSUN
MEJA DAN KURSI PELAJAR DAN GURU.
2. BERTANGGUNGJAWAB DALAM MENYUSUN
PAPAN TULIS DAN PAPAN MAKLUMAT
3. BERTANGGUNGJAWAB DALAM MENYUSUN
ALMARI DAN TIKAR.

Operasi bertindak
1. Setiap ketua menyenaraikan objektif dan
aktiviti masing-masing.
2. Setiap ketua merekod dan melaporkan
aktiviti yang telah dilakukan.

Pengesanan
1. Isikan borang soal selidik
2. Hitung jumlah skor min
3. Skor min menunjukkan aspek iklim
sekolah, sama baik atau tidak.

B. Disiplin Pelajar

Definisi dan konsep disiplin


Menurut Souper (1976) perkataan disiplin terkenal
daripada perkataan latin iaitu discere, yang bermaksud
mempelajari atau penyerahan kepada peraturan yang
menstrukturkan apa yang perlu dipelajari (Mohd. Salleh
Lebar, 2001).

Menurut Kamus Dewan (2002) pula, definisi disiplin


merangkumi :
a) Latihan

pemikiran

dan

kelakuan

supaya

boleh

mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib.


b) Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang
supaya berkelakuan baik.
c) Kepatuhan kepada peraturan yang ditetapkan.
d) Hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu
peraturan yang ditetapkan.

AKTIVITI 3

Bina sebuah ayat yang berkaitan


dengan disiplin secara berpasangan.

Kepentingan Disiplin
Disiplin menjamin keselamatan pelajar di sekolah
Disiplin mewujudkan asas kefahaman, toleransi
dan saling menerima
Disiplin memperluhur undang-undang

Disiplin mengelakkan pembaziran sumber

Jenis Disiplin
Mengikut Lindgren (1976), disiplin terbahagi kepada
beberapa bahagian, iaitu :

Disiplin
arahan guru

Disiplin
arahan
kumpulan

Disiplin
arahan diri

Disiplin
arahan kerja

a. Disiplin arahan guru


Disiplin arahan guru penting bagi tujuan
mengawal, mengarah atau agar mematuhi
khasnya kepada pelajar yang baru dan memberi
denda yang sesuai.
b. Disiplin arahan kumpulan
Disiplin
arahan
kumpulan
peranannya
mensosialisasikan pelajar dan guru bersifat
pembimbing sahaja.

c. Disiplin arahan diri


Disiplin arahan diri di mana pelajar dengan
sendirinya mematuhi peraturan bilik darjah dan
sekolah apabila mereka merasai sedar dan
bertanggungjawab.
d. Disiplin arahan kerja
Disiplin arahan kerja biasanya guru memberikan
latihan kepada pelajar-pelajar dan mereka perlu
menyiapkan mengikut masa-masa tertentu
(Mohd. Salleh Lebar, 2001).

AKTIVITI 4

Sila padankan masalah disiplin


dengan jenis disiplin.

JENIS MASALAH DISIPLIN


ARAHAN GURU

ARAHAN
KUMPULAN

BISING

TIDAK
MEMBERIKAN
KERJASAMA

TIDAK
MENUMPUKAN
PERHATIAN

ARAHAN DIRI

ARAHAN KERJA

JENAYAH

TIDAK
MELENGKAPKA
N KERJA

LAKU MUSNAH

LEWAT
MENGHANTAR
PROJEK

Kurangnya
pendidikan
agama

Rakan
sebaya

Kaedah serta
bahan
pengajaran
yang tidak
sesuai

Keadaan
fizikal
bilik
darjah

5. Punca
Berlakunya
Masalah
Disiplin

Suasana
sosioemosi
yang kurang
sihat

Kesihatan
pelajar

Keluarga

Persekitaran
sekolah

Kualiti
guru

PENGURUSAN DISIPLIN
SEKOLAH
Pengurusan disiplin pelajar merangkumi empat
aspek penting, iaitu :
PERANCANGAN

PENGAWALAN

PENGELOLAAN

KEPEPIMPINAN

AKTIVITI 5

Bincangkan 4 persoalan :
1. Apakah masalah disiplin yang berlaku
pada gambar tersebut ?
2. Jika anda seorang guru, apakah yang
akan anda lakukan ?
3. Apakah jalan penyelesaian yang terbaik
untuk menyelesaikan masalah tersebut ?
4. Apakah yang patut dilakukan oleh pihak
sekolah agar masalah tersebut tidak
terjadi lagi ?

TINDAKAN DISIPLIN
Membuat
aduan

Membuat
keputusan

Mendapatkan
bukti

Membela
diri

C. Hubungan antara iklim sekolah dan


disiplin pelajar
Pelaksanaan disiplin adalah penting untuk mewujudkan persekitaran sekolah

yang selesa dan harmonis. Sekolah mempunyai suasana disiplin yang teratur
tanpa perlu membina peraturan ketat, tenang tanpa penindasan byang secara
amnya adalah selesa untuk suasana proses pembelajaran.
Untuk membentuk iklim sekolah yang berdisiplin, pelajar-pelajar di sekolah

berkenaan perlulah diterapkan dengan nilai-nilai murni. Nilai murni akan


membentuk peribadi dan sahsiah pelajar yang cemerlang dan seterusnya
masalah disiplin dapat diatasi. Ini kerana ada juga sesetengah pihak yang
mengukur disiplin pelajar sebagai ukuran output sesuatu sekolah itu.

Kesimpulan
Iklim adalah suasana atau keadaan sekolah yang dapat mempengaruhi
proses pengajaran guru dan pembelajaran pelajar.
Manakala disiplin pula adalah peraturan yang ditetapkan oleh sekolah,
di mana semua pelajar dikehendaki untuk mematuhi peraturan tersebut
agar mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam proses
pembelajaran.
Kedua-dua komponen ini adalah saling berkait rapat, kerana disiplin
dapat mempengaruhi iklim sekolah, jika pelajar memiliki disiplin yang
baik, maka iklim sekolah tersebut juga akan menjadi selesa atau
kondusif.

Sekian Terima Kasih

You might also like