You are on page 1of 3

IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7(A) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN
PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN
(LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT) AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN
YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM
TARIKH IKLAN: 12 NOVEMBER 2014. TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 26 NOVEMBER 2014
BILANGAN IKLAN:46/11/14 (SPA/BIKL)
PERATURAN 7 (a)
Syarat-Syarat Am :
PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian Ugama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan
sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift)
atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di negara ini.
Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.

4. GURU (BAHASA ARAB)


INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
G.8 ($1,600 - $3,260 SEBULAN)
KEKOSONGAN = 1
KELAYAKAN MINIMUM:
1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Bahasa Arab /
Usuluddin / Syariah atau bidang bersesuaian.

ATAU
2. Mempunyai kelulusan Diploma Tertinggi Perguruan Ugama / Pendidikan Ugama dari mana-mana
Universiti atau Institut Pengajian Tinggi yang diakui dan diiktiraf.
Calon-calon yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang Bahasa Arab / Usuluddin /
Syariah adalah kelebihan.
3. Pegawai yang belum mempunyai Sijil Latihan Perguruan atau Diploma Pendidikan dikehendaki lulus
Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (PGCE) / Diploma Pendidikan / Sijil Latihan Perguruan dari Institusi yang
diiktiraf sebelum ditetapkan dalam jawatan.
4. Boleh mengajar mata pelajaran lain dan bertutur dalam Bahasa Arab dengan baik adalah kelebihan.
5. Berumur di antara 23 hingga 50 tahun.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU (BAHASA ARAB):
1. Mengajar mata pelajaran Bahasa Arab termasuk cabang-cabang Bahasa Arab yang lain bagi peringkat
menengah.
2. Boleh mempraktikkan Bahasa Arab tersebut di dalam dan luar kelas pengajian bersama pelajar.
3. Mempunyai kewibawaan sebagai seorang guru dan memahami suasana pengajaran dan pembelajaran
di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
4. Mendidik kerohanian dan memotivasikan pelajar.
5. Aktif dalam kegiatan-kegiatan sekolah.
6. Memberi sumbangan dan perkhidmatan kepada pihak-pihak yang memerlukan jika diarahkan oleh
pengetua.
7. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Ketua dari semasa ke semasa.
8. Bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa diperlukan terutama dalam memberikan kelas-kelas
tambahan pada luar waktu mengajar bagi meningkatkan pencapaian keputusan peperiksaan pelajarpelajar.

Permohonan adalah dipelawa daripada pemohon-pemohon yang berkelayakan bagi memenuhi


jawatan-jawatan dalam perkhidmatan di SEKOLAH YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL
BOLKIAH (YSHHB):

GURU

Kelayakan:
1. Mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Pendidikan dalam mata
pelajaran yang berkenaan.
ATAU
Mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam mata pelajaran yang
berkenaan dan mempunyai Sijil Diploma Lepas Ijazah dalam pendidikan (PGCE).
2. Calon yang mempunyai kelulusan Sijil atau Diploma dalam Pendidikan boleh dipertimbangkan jika
mempunyai pengalaman mengajar di peringkat sekolah rendah sekurang-kurangnya 3 tahun.
3. Calon yang mempunyai pengalaman mengajar lebih 5 tahun akan diberi keutamaan.

You might also like