You are on page 1of 3

DEFINISI PERSATUAN

Persatuan didefinisikan sebagai sesuatu entiti kumpulan yang


berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan. Di peringkat
sekolah persatuan biasanya dianggotai oleh murid-murid sekolah yang
mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta
bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-membantu dan berkongsi sumber
dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yaqng
telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat,
kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing. Persatuan juga
didefinisikan sebagai satu gabungan, ikatan dan kumpulan. Mengikut kamus
Oxford Edisi Kedua, persatuan ialah:

an association of people with mutual aims or interest, an
organization of people formed for a particular and shared purpose: an
association,

...... bermaksud sejenis perkumpulan, gabungan atau perikatan yang
dianggotai oleh individu-individu yang mempunyai tujuan dan matlamat yang
sama.


2 KONSEP PERSATUAN

Menurut Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) tahun 1998, Warta Kerajaan P.U(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998
menegaskan bahawa Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan
secara bertulis MESTILAHmenubuhkan persatuan sekolah dari kategori yang
berikut iaitu:

Mata pelajaran diajar di sekolah yang dinyatakan dalam Peraturan
Pendidikan
Hobi dan rekreasi
Sukan dan permainan
Badan beruniform Atau
Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.

TUJUAN PENUBUHAN PERSATUAN

Usaha menubuhkan persatuan di sekolah adalah usaha kependidikan yang
penting, khususnya untuk menyemai dan memupuk prinsip, kaedah dan
kemahiran kepimpinan dikalangan murid di samping membangunkan diri
mereka menjadi insan yang mewarisi dan menghayati keseluruhan ciri-ciri
kecemerlangan murid yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Sehingga kini insiatif dan usaha sekolah menubuhkan
persatuan yang dipimpin, dianggotai dan digerakkan oleh murid-murid amatlaj
menggalakkan. Insiatif dan usaha ini akan memberi impak yang lebih besar
dalam mengangkat kegiatan kokurikulum sebagai sebahagian daripada program
pendidikan di sekolah apabila pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran murid-
murid memimpin, mengurus dan mengoperasikan persatuan yang ditubuhkan
itu dipertingkatkan secara bersepadu dan berterusan. Sebagai contoh murid-
murid yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang
sama akan berpeluang
Merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan berkumpulan.
Berkongsi pengetahuan & pengalaman dalam bidang yang diminati &
digemari.
Menetapkan matlamat yang dipersetujui dan dilaksanakan bersama.
Berkongsi sumber & peralatan.
Wujudkan peluang untuk murid mengembangkan bakat & potensi
kepimpinan.
Wujudkan wahana kepada murid-murid agar bakat & potensi dapat
ditingkatkan.


OBJEKTIF PENUBUHAN PERSATUAN

Objektif Am
Guru-Guru dan murid-murid akan:
Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang
diperlukan untuk memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau
persatuan di sekolah.
Mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan
kelab atau persatuan secara berkesan.
Mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan
memotivasikan ahli-ahli kelab atau persatuan yang dipimpin
Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola,
menyelia dan menilai aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan yang dipimpin.
Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa,
berketrampilan dan berwawasan.
Objektif Khusus
Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di
sekolah dalam konteks kependidikan dan kepimpinan.Menjelaskan kaedah dan
tatacara penubuhan kelab atau persatuan.
Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan kelab
atau persatuan.
Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti
dan kegiatan kelab atau persatuan di sekolah berdasarkan perancangan dan
undang-undang.
Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan.
Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai
warganegara berdasarkan Rujunegara, perlembagaan negara dan Wawasan 2020.

RASIONAL

Berdasarkan hakikat kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan
potensi untuk memimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri
menjadi apa yang diinginkan. Walau bagaimanapun pengetahuan, kesungguhan
dan kemahiran memimpin, mengurus dan mengoperasikan sesuatu kelab atau
persatuan bukanlah warisan semula jadi. Pengetahuan, kesungguhan dan
kemahiran ini sebaliknya boleh diperolehi melalui proses-proses pengajaran dan
pembelajaran formal dan tidak formal, pengalaman secara langsung,
perkongsian pemikiran, pengalaman dan latihan.


MATLAMAT
Agar dapat membantu guru dan murid-murid merancang dan
melaksanakan dengan bermatlamat untuk melahirkan insan yang berwibawa,
berketrampilan dan berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin di sekolah dan
berpotensi mengembangkan bakat dan upaya kepimpinan masing-masing ke
peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang diceburi pada masa akan
datang.

You might also like