You are on page 1of 5

JALAN KE ARAH PEMIMPIN MASA DEPAN

Perkembangan dalam sistem pendidikan menyebabkan banyak cabaran dan isu yang perlu
dilalui oleh semua pemimpin. Antara cabarannya adalah mendapatkan sokongan dan
kepercayaan dalam kalangan guru di sekolah. Untuk mentadbir satu organisasi ataupun
sekolah dalam keadaan yang baik, pemimpin dan guru perlu mempunyai hala tuju bagi
meningkatkan matlamat sekolah. Dalam hal ini sokongan dan kepercayaan dalam kalangan
guru dan pemimpin sangat diperlukan. Dengan adanya sokongan dan kepercayaan maka
matlamat sekolah itu dapat dicapai. Bagi mengatasi situasi tersebut, pihak sekolah perlu
mengadakan perbincangan rapi untuk mendapatkan persetujuan. Apabila pemimpin dan
guru boleh berbincang antara satu sama lain dan memberikan pandangan yang bernas
maka kedua-dua pihak perlu menerima pandangan dengan hati terbuka. Dengan ini
kepercayaan antara pemimpin dan guru akan wujud dan sokongan daripada pihak guru
dapat dipertingkatkan.

Isu yang kedua ialah, ketidakhadiran murid-murid semasa musim pandemik COVID-
19. Pada masa ini, kita sedang mengalami isu global iaitu wabak COVID-19. Ramai
penduduk telah meninggal dunia disebabkan COVID-19. Kerajaan bertungkus lumus
mencari jalan penyelesaian bagi membendung masalah tersebut kerana masalah ini masih
dalam keadaan yang sangat membimbangkan dan sukar untuk dikawal. Walaupun sektor
pendidikan dibuka dan diharapkan murid-murid dapat hadir ke sekolah supaya proses PdPc
di sekolah dapat berjalan seperti sedia kala, tetapi kebimbangan ibu bapa menyebabkan
mereka tidak mahu menghantar murid-murid ke sekolah. Walaupun pada awalnya kes
COVID-19 agak membimbangkan, kerajaan memutuskan bahawa murid tidak boleh dipaksa
untuk hadir ke sekolah. Disebabkan itu, ramai murid tidak hadir ke sekolah dan memberikan
alasan yang tidak munasabah sehingga pemimpin sekolah menghadapi kesukaran untuk
memujuk pihak ibu bapa. Segala surat dan perbincangan tidak membawa sebarang
perubahan sehingga proses PdPc tergendala dan tidak dapat dijalankan mengikut takwim
sekolah. Bagi membendung masalah ini, pihak sekolah telah mengambil beberapa langkah
yang dirasakan perlu untuk mendapatkan kepercayaan ibu bapa semula. Antaranya adalah
melaksanakan Program Ziarah Cakna. Program Ziarah Cakna ialah program yang selalu
dijalankan di kebanyakan sekolah sekiranya pengurusan sekolah menghadapi masalah dari
segi ketidakhadiran murid. Program ini dilaksanakan secara melawat murid di rumah
masing-masing untuk mendapatkan maklum balas daripada ibu bapa murid tersebut.
Dengan adanya program ini, maka segala masalah dapat dibincangkan dan hubungan
silaturahim antara kedua-dua pihak dapat dijaga.

Isu yang ketiga ialah tiada budaya kerja berpasukan. Walaupun semua guru bekerja
bawah satu bumbung, tetapi masing-masing membuat kerja yang diamanahkan secara
individu. Ada segelintir guru berpendapat tugas yang diberikan itu boleh disiapkan sebaik
mungkin tanpa pertolongan rakan sekerja. Namun begitu, jika budaya kerja berpasukan
tidak diamalkan maka keputusan dan penyelesaian tidak dapat dibuat dengan tepat. Dalam
konteks ini, pemimpin sekolah perlu memainkan peranan penting dalam mewujudkan
budaya kerja berpasukan dalam kalangan guru. Secara tidak langsung membawa kepada
sikap bekerjasama antara satu sama lain. Tambahan pula segala keputusan ataupun
kekeliruan dapat dibincangkan dan dapat diselesaikan dengan segera. Sebagai pemimpin
sekolah, suasana budaya bekerja perlu diwujudkan supaya semua guru dapat memupuk
hubungan yang baik mahupun dapat mempelajari sesuatu hasil daripada perkongsian
maklumat antara satu sama lain.

Isu dan cabaran yang seterusnya ialah dunia pendidikan yang menjurus kepada
bidang ICT sepenuhnya. Guru-guru pada masa ini kebiasaannya lebih mahir menggunakan
teknologi dan pengurusan ICT berbanding dengan guru senior. Pada zaman teknologi yang
moden ini segala tugasan dan pencarian maklumat sangat memerlukan bantuan ICT, lebih-
lebih lagi dalam memperkasakan PdPc yang dijalankan di dalam kelas selaras dengan
penggunaan pembelajaran abad ke-21. Sebagai seorang pemimpin, langkah-langkah
mengatasi masalah seumpama ini perlu dititikberatkan. Antaranya, pemimpin perlu
menyediakan kursus latihan dalam perkhidmatan dalam kalangan guru di sekolah. Dalam
latihan tersebut guru-guru perlu dilatih tentang penggunaan ICT dengan lebih baik supaya
semua mendapat manfaat daripadanya. Tenaga guru yang mahir dalam bidang ICT perlu
dikongsi bersama-sama guru lain.

Isu yang seterusnya ialah berkaitan dengan keceriaan sekolah. Kebanyakan sekolah
terdiri daripada bangunan yang lama dan perlu pengubahsuaian serta penambahbaikan.
Walaupun seorang pemimpin mampu untuk mentadbir sekolah dengan baik, tetapi
sekiranya keadaan fizikal sekolah kurang menarik maka pandangan daripada pihak luar
akan mempengaruhinya. Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk merancang dan
melaksanakan pengubahsuaian dan penambahbaikan untuk menjadikan suasana sekolah
lebih kondusif. Pemimpin boleh merancang aktiviti-aktiviti yang mampu menceriakan
sekolah seperti aktiviti gotong-royong yang melibatkan komuniti dan PIBG. Sebagai
pemimpin yang disenangi bolehlah mendapatkan bantuan daripada pihak PIBG untuk
mengeluarkan dana daripada akaun PIBG untuk kegunaan keceriaan sekolah. Dengan ini
kawasan sekolah dapat diceriakan dan persekitaran sekolah yang lebih kondusif dapat
dipertingkatkan dan dipelihara.

Mewujudkan
Perwatakan diri perkhidmatan
Perancangan penyayang
pembangunan
organisasi
pendidikan

Mewujudkan
suasana Menjadi role
pembelajaran modal
yang kondusif
Kenal pasti
kekuatan,
kelemahan dan
ancaman

Rajah 4 Peta Minda Perancangan Pembangunan Organisasi Pendidikan

SAYA SEORANG PEMIMPIN PENDIDIKAN

Sebagai seorang pemimpin, setiap guru besar perlu mempunyai minat dan motivasi yang
tinggi terhadap kerjaya tersebut. Guru Besar harus menjaga perwatakan diri. Mereka
seharusnya menyedari kekuatan, kelemahan diri dan juga ciri kepimpinannya. Jika
pemimpin menyedari sesuatu kelemahan maka perlulah berusaha mengatasi kelemahan
tersebut ,di samping mengekalkan dan mempertingkatkan kekuatan yang dimiliki. Dengan
cara ini seseorang pemimpin itu dapat meningkatkan kemahiran dan keupayaannya untuk
mengurus serta mengendalikan organisasinya dengan lebih berkesan.

Guru besar juga perlu melaksanakan perubahan dalam organisasi dengan


mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Contohnya di bilik darjah, bilik guru dan
sebagainya. Secara umumnya,suasana yang baik menjadi faktor kepada pembelajaran yang
lebih kondusif. Faktor ini amat penting kerana sikap seseorang pelajar itu terbentuk oleh
pengaruh persekitaran. Jika keadaan kelas tidak kondusif dan bising maka suasana
pembelajaran tidak akan wujud. Secara tidak langsung, mendorong ke arah sikap malas
dalam diri pelajar untuk belajar. Guru besar juga perlu memastikan kelengkapan perlu ada di
dalam setiap kelas. Secara realitinya kelengkapan ini adalah faktor penyumbang kepada
pembelajaran secara kondusif. Ruang kelas yang kecil dengan kapasiti murid yang ramai
menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar. Sudah menjadi tanggungjawab pemimpin
untuk menyediakan suasana kelas yang kondusif supaya kualiti pembelajaran dan
keselesaan murid dapat dijaga.

Selain itu, seorang pemimpin hendaklah mewujudkan dan melaksanakan budaya


penyayang di sekolah. Pemimpin perlu menghargai dan mengiktiraf budaya yang
dipamerkan oleh warga sekolah. Menurut Teori Kepimpinan Tranformational beliau
memperkenalkan istilah transaksional dan tranformational dalam kepimpinannya. Dalam
konteks ini pemimpin transaksional memotivasikan pengikutnya dengan menawarkan
ganjaran sebagai satu pertukaran untuk tugasan yang dilaksanakan.Pemimpin boleh
mengamalkan istilah ini dalam organisasinya supaya setiap pengikut mendapat ganjaran
melalui tugasan yang dilakukannya.Antara ganjaran yang boleh diberikan oleh pemimpin
adalah dengan memberikan sijil penghargaan, dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
(APC). Budaya penyayang seumpama ini boleh memotivasikan, meningkatkan semangat
guru dan melahirkan perasaan hormat akan kepimpinan guru besar. Dengan ini organisasi
tersebut akan mencapai hala tuju yang dikehendaki.

Tambahan pula guru besar perlu berperanan sebagai “role model” di sekolah dengan
mendorong guru untuk berusaha dengan penuh komitmen dan melaksanakan misi bagi
mencapai visi sekolah dengan menjalin dan berganding tenaga dalam satu pasukan. Guru
besar perlu memotivasikan semua guru untuk bekerja secara sukarela dalam suasana ceria
serta berasa puas demi memastikan aktiviti sekolah dapat diuruskan dengan berkesan.
Selain itu, perbincangan strategik pendidikan boleh diadakan antara PIBG dan NGO yang
terlibat secara langsung dalam usaha pembangunan dan kemajuan pendidikan.

Guru besar perlu mengenal pasti kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang yang
terdapat di persekitarannya.Menurut Teori Situasi Hersey dan Blanchard(1977)
keberkesanan kepimpinan berasaskan situasi. Gaya kepimpinan yang berbeza-beza perlu
disepadankan dengan tahap kematangan guru organisasinya.Pemimpin perlu mengenal
pasti sama ada seseorang guru itu sudah bersedia untuk menerima tanggungjawab yang
diberi. Dengan ini, beliau dapat memastikan kelemahan yang ada pada diri seseorang guru
sebelum memberikan tugas. Secara langsung membolehkan guru besar menyusun
perancangan dan mengambil langkah menangani kelemahan dan ancaman tersebut. Teori
Situasi Hersey dan Blanchard mengetengahkan dua bahagian kumpulan iaitu kumpulan
kematangan rendah dan kumpulan kematangan tinggi. Dalam aspek kumpulan kematangan
rendah seseorang pemimpin perlu meluangkan masa bersama-sama guru bawah
pimpinannya dan memujuk serta menjelaskan matlamat organisasi. Hal ini memberi laluan
untuk guru–guru menggembleng tenaga dan kekuatan untuk membendung masalah-
masalah di persekitaran sekolah dengan merancang, mengatur dan sebagainya.Guru besar
perlu merancang visi dan misi melalui pelaksanaan perancangan strategik sekolah. Visi dan
misi perlu dipamerkan dan dipersembahkan dalam bentuk mudah difahami serta dihayati
bersama-sama oleh warga sekolah. Guru besar mesti berperanan dan berupaya
menggunakan kebijaksanaan, berkeupayaan memujuk, kemahiran mengurus dan memimpin
guru-guru di sekolah.
RUMUSAN

Kesimpulannya, sesebuah organisasi tidak dapat mencapai kejayaan tanpa bantuan


seseorang pemimpin.Tanpa pemimpin di setiap organisasi, hala tuju sesebuah organisasi
tidak akan termakbul. Dalam konteks ini,setiap pemimpin perlu mempunyai visi. Tanpa visi
hasrat untuk membawa sesebuah organisasi ke tahap yang tinggi tidak akan tercapai. Oleh
hal yang demikian, pemimpin yang berfikiran positif dan berfikiran terbuka perlu mempunyai
visi sebagai motif utama dalam meningkatkan kualiti di sesebuah organisasi.

Selain itu,integriti dan kejujuran harus ada pada setiap diri pemimpin.Jika kita
memberikan dan mengamalkan sikap kejujuran pada setiap masa,maka guru-guru akan
bekerja dengan baik dan kebajikan guru akan terjaga.Tambahan pula,komunikasi antara
pemimpin dan guru seharusnya dalam keadaan yang baik. Dalam setiap organisasi,
komunikasi dua hala perlu diamalkan dan pendapat guru harus diambil peduli oleh
pemimpin. Pemimpin harus melihat kekuatan dan kelemahan terhadap pendapat yang
disampaikan oleh guru dan memberikan keputusan yang adil.

Keberkesanan kepimpinan bergantung pada jenis dan cara seseorang pemimpin


menggunakan kuasa dalam sesebuah organisasi. Kuasa itu harus digunakan dalam
keadaan yang baik oleh pemimpin. Pemimpin tidak seharusnya menggunakan kuasa yang
ada pada dirinya untuk tujuan membalas dendam ataupun mencemarkan nama baik guru-
guru bawah pimpinannya. Keupayaan berbuat demikian,akan menjadikan dirinya akan
dihormati dan arahan atau percakapannya akan dipatuhi oleh pelbagai pihak yang
dipimpinnya.

Sekolah yang unggul akan wujud jika ada kepimpinan yang efektif. Kepimpinan yang
efektif tidak akan wujud jika tiada kerjasama antara pemimpin dan orang bawahannya.
Maka, kedua-dua pihak memainkan peranan yang sangat penting untuk membawa
sesebuah organisasi ke satu tahap yang mempunyai visi yang jelas.

Tambahan pula, setiap pemimpin perlu mempercayai setiap ahli bawah


pimpinannya. Pemimpin perlu bersikap positif dan percaya yang ahli-ahli bawahnya akan
melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik. Kepercayaan itu akan memberi laluan
kepada ahli-ahlinya menghormati pemimpin mereka dan melakukan tugas yang diberikan
dengan berkesan. Apabila kepercayaan wujud dalam sesebuah organisasi atau dalam
hubungan, maka lebih mudah dan selesa untuk dicapai.

Seseorang pemimpin juga, harus berfikiran kreatif dan inovatif dalam


membangunkan organisasinya. Jika seorang pemimpin boleh berfikir luar kotak, maka ada
unsur-unsur kebolehan yang tersendiri untuk memajukan organisasinya. Pemimpin perlu
memperkasakan guru dan murid untuk menjadi pintar, kreatif dan berfikiran terbuka.
RUJUKAN

Kamus Dewan, Edisi Keempat.(2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan


Pustaka

Kiat Wah, Rashid.A & Poon Ying ( 2018). Asas Kepimpinan Dan Pembangunan
profesionalisme Guru.Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Mok Soon Sang (2008). Psikologi Pendidikan.Multimedia Sdn.Bhd.


Soliha & Hersugondo,(2008). Kepimpinan Yang Efiktif dan Perubahan
Organisasi.Vol 7 ( 83-93)
Syed Mustafa & Subki Bin Miskon.(2010). Asas Kepimpinan & Perkembangan
Profesional.Multimedia Sdn.Bhd.

You might also like