You are on page 1of 20

Pengenalan Sekolah Mengikut Morphet, John dan Reller (1982), matlamat sesebuah organisasai itu bukan untuk mengadakan

keadaan yang mempertingkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran tetapi mengadakan keadaan yang dapat mempertimbangkan kecekapan organisasi bagi mencapai matlamatnya. merupakan sebuah organisasi pendidikan yang diselenggarakan oleh golongan pendidik yang berinteraksi melalui suatu proses berstruktur untuk mencapai hasrat dan Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan dapat menghasilkan individu yang akan menikmati gaya hidup lebih selesa dan memuaskan. Ini hanya akan dapat diperoleh sekiranya sesebuah sekolah atau organisasi itu diuruskan dengan baik. Justeru itu sekolah sebagai sebuah organisasi mempunyai tujuan, matlamat dan hasrat yang hendak dicapainya merupakan kriteria utama yang perlu wujud dalam organisasi sekolah. Dasar hendaklah dibentuk dengan baik dan tersusun kerana ia merupakan asas yang kukuh terhadap pengurusan yang berkesan. Pengurusan yang cekap hanya dapat ditadbir dan diuruskan oleh seorang ketua iaitu pengetua atau guru besar. Pengetua atau guru besar yang mampu mengurus dan menyelesaikan masalah yang wujud, maka pengurusan sekolah akan berjalan dengan berkesan. Justeru itu, pengetua atau guru besar merupakan orang penting untuk menangani masalah pengurusan sekolah yang dihadapi pada masa kini.

Definisi Pengurusan Terdapat berbagai definisi yang dapat diberikan bagi istilah pengurusan. Pengurusan boleh disamaertikan dengan pentadbiran yang bermaksud melaksanakan tindakan dan keputusan yang telah dipersetujui oleh sesuatu pihak atasan mengikut prosedur-prosedur yang tertentu. Mengikut Denyer (1977), pengurusan ialah proses mengarah dan mengawal sesuatu institusi yang melibatkan perancangan dan pengarahan terhadap tugas-tugas kakitangan. Ia juga merupakan arahan dan kawalan kepada empat faktor iaitu manusia, kewangan, bahan mentah dan alatan. Stoner (1984) pula menyatakan pengurusan sebagai satu proses untuk merancang, mengelola, mengarah dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan penggunaan sumber-sumber organisasi yang lain untuk mencapai matlamat organisasi yang telah ditentukan. Bagi UNESCO (1980), pengurusan diertikan sebagai suatu proses sosial yang dibentuk untuk memastikan kerjasama, penglibatan, campurtangan dan penyertaan orang lain ke arah pencapaian yang efektif terhadap sesuatu objektif yang telah ditetapkan. Daripada definisi tersebut dapatlah dirumuskan bahawa pengurusan itu adalah oleh, dengan dan melalui manusia untuk manusia bagi mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. Jamaludin (1983), berpendapat bahawa dalam konteks pengurusan pendidikan di sekolah khususnya pengetua, penolong kanan, penyelia dan semua kakitangan penting mengurus manusia bukan bahan atau peralatan. Bahan dan peralatan adalah elemen sampingan yang digunakan untuk kepentingan pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian pengetua, penolong kanan,penyelia petang dan kakitangan penting sekolah perlu mendapat kerjasama, penglibatan, campurtangan dan penyertaan

mereka bagi mencapai apa jua matlamat yang ingin ditetapkan oleh pihak sekolah. Hubungan manusia yang baik, komunikasi dua hala, motivasi dan corak kepimpinan yang cemerlang diperlukan. Mengikut Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (1994), terdapat lima aspek pengurusan iaitu penentuan matlamat, perancangan, penyelenggaraan sumber, pengawalan proses pelaksanaan dan penentuan piawaian. Perancangan tanpa matlamat menjadikan sesuatu aktiviti tidak munasabah. Demikian juga dengan aspek kawalan mutu, penentuan piawai dan penyelenggaraan sumber. Semuanya saling bergantungan antara satu sama lain. Kesimpulannya, pengurusan merupakan satu cara bagi mencapai matlamat melalui pengendalian input yang terdiri daripada kakitangan, kewangan, bahan mentah dan teknologi dengan tepat. Pengurus memerlukan input-input ini untuk mencapai matlamat, kerana pengurus tidak boleh bertindak dan mencapai matlamat organisasi melalui dirinya sahaja. Faktorfaktor penting yang diperlukan ialah perancangan, pengelolaan, pengarahan dan pengawalan daya usaha kakitangan serta sumbersumber lain ke arah perlaksanaan tugas yang cekap dan efektif dengan cara yang ekonomi.

Prinsip Pengurusan Sekolah Setiap sekolah mempunyai struktur organisasinya sendiri dan ia akan menghubungkaitkan setiap jawatan dan kakitangan tertentu dengan matlamat organisasi Struktur yang digunakan mungkin juga akan menerangkan carta organisasi dan panduan-panduan tugas kerana ia mengandungi maklumat tertentu tentang

matlamat, kakitangan, aktiviti-aktiviti dan hubungan setiap satu dengan yang lain. Justeru itu untuk menjadikan sesebuah sekolah lebih cekap dan efektif, beberapa panduan pengurusan dan pentadbiran bolehlah diikuti. Menurut Yauch (1949), prinsip-prinsip am untuk mengurus sesebuah sekolah adalah seperti berikut : 1. Amalan demokrasi merupakan perhatian utama, jadi pertimbangan penting yang pengetua perlu lakukan ialah untuk mengurus guru secara individu dan kolektif. 2. Masalah manusia yang dianggap kecil selalunya memerlukan perhatian dan pertimbangan yang luas. 3. Pengetua hendaklah mengamalkan ciri-ciri kepimpinan demokratik. 4. Kakitangan pengajaran yang profesional adalah kumpulan sosial yang kompleks dan memerlukan pakar untuk memenuhi keperluan dan keinginan mereka. 5. Pengetua bertanggungjawab untuk memudahkan interaksi antara kakitangan. 6. Kesemua individu yang terlibat dalam sebarang keputusan hendaklah diberikan peluang menentukan corak tindakan yang perlu dilaksanakannya.

Ciri-ciri Guru Besar Pernah dikatakan, bahawa bagaimana guru besar, begitulah Justeru itu pengurus adalah golongan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar pendidikan negara, tetapi tanggungjawab tersebut juga haruslah bersesuaian dengan keperluan serta kehendak masyarakat di daerahnya. Oleh hal yang demikian, p guru

Guru besar mestilah berikhtiar dengan sedaya upaya yang boleh bagi mencapai tujuan tersebut. Untuk mencapai matlamat yang diimpikan, seseorang guru besar sekolah hendaklah melaksanakan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan seharusnya mempunyai pandangan menyeluruh mengenai tugasnya itu. Pengurus juga harus mempunyai sikap positif dan sentiasa bersedia menerima teguran yang membina dari mana-mana pihak. Berfikiran terbuka juga merupakan tunjang kekuatan seseorang pentadbir sekolah. Segala idea dan saranan yang dikemukakan perlu dibincangkan bersama dari semua aspek.

Peranan Guru Besar Guru besar sebagai ketua eksekutif di institusi sekolah mempunyai kuasa autoriti untuk melaksanakan segala keputusan yang diarahkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan khususnya. Thierauf (1977) dan Stoner (1984) mengutarakan empat aktiviti utama dalam bidang pengurusan. Aktiviti-aktiviti yang dimaksudkan itu melibatkan perancangan, pengelolaan, pengarahan dan kawalan. Dari itu, semua proses ini perlu diperkembang dan diintegrasikan bagi membentuk dan mewujudkan pengurusan di sekolah supaya menjadi lebih berkesan lagi. Pengetua juga sentiasa bertanggungjawab untuk memastikan segala pengurusan dan pentadbiran sekolah adalah terancang. Mengikut Ghazali (1985), perancangan melibatkan aktiviti dan menentukan tindakan masa depan bagi penggunaan secara optimum. Perancangan merupakan jambatan yang menghubungkan antara keadaan yang ada sekarang ini dengan sesuatu yang hendak dicapai pada suatu masa akan datang.

Morgan dan Hall (1982) pula menjelaskan perananpengetua atau guru besar seperti berikut : 1. Profesional pendidikan iaitu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran teknikal mengenai pendidikan. 2. Pengurusan operasi iaitu tugas-tugas operasi seperti perancangan, organisasi, mengawal dan koordinasi, pengagihan tugas kakitangan, penilaian pengajaran dalam bilik darjah, kawalan dan penyeliaan sumber fizikal. 3. Pengurusan manusia itu tugas-tugas memberi motivasi kepada kakitangan akademik dan pelajar khususnya perkembangan staf, penyelesaian konflik dan komunikasi. 4. Pengurusan luaran iaitu perhubungan di antara sekolah dengan komuniti dan akuantibiliti yang merujuk kepada tugas mengekalkan hubungan baik dengan komuniti persekitaran akuantibiliti kepada superasistem pendidikan.

Masalah Pengurusan Pejabat Setiap organisasi pendidikan sering kali menghadapi masalah pengurusan terutamanya dalam era globalisasi pada masa kini ke arah pendidikan bertaraf dunia yang mesti diselesaikan oleh pengetua atau guru besar. Merekalah orang yang bertanggungjawab untuk mencari punca-punca masalah yang timbul disebabkan kepimpinan dan pengurusan yang tidak cekap.

Di antara masalah-masalah pengurusan yang selalu dihadapi oleh guru besar akan diterangkan satu persatu dengan lebih jelas lagi. Masalah pengurusan yang utama dihadapi oleh guru besar ialah pengurusan pejabat yang tidak cekap. Pengurusan pejabat merupakan suatu aspek yang penting dalam pentadbiran sekolah kerana ia merupakan tempat berurusnya pelbagai aktiviti yang bercorak pengurusan dan pentadbiran dan tempat mengawal sekolahnya . Kenyataan ini sedikit sebanyak memberikan gambaran kepada kita betapa besarnya tanggungjawab seseorang guru besar dalam urusan untuk melahirkan corak sekolahnya itu, sama ada untuk kebaikan ataupun sebaliknya dan menentukan kejayaan seluruh proses untuk mencapai matlamat aktiviti yang dirancang. Pengurusan pejabat mempunyai perkaitan dengan mengatur dan menyusun pejabat dan menyediakan peraturan dan kaedah untuk membuat sesuatu kerja itu dengan lebih cekap dan berjalan dengan licin. Pengurusan pejabat termasuklah kaedah membayar gaji, cara mengurus fail peribadi pekerja, borang-borang untuk merekod dan menyampaikan makulumat, susunan kerusi meja di dalam pejabat, sistem fail dan lain-lain lagi. Justeru itu pengurusan pejabat yang tidak cekap akan menyebabkan proses pengurusan tidak berjalan dengan cekap dan lancar kerana permulaan pengurusan bermula dari pejabat.

Isu Hubungan Pentabir Dengan Kakitangan Hubungan manusia amat penting bagi menjamin kestabilan dan keharmonian sesuatu sistem pendidikan. Justeru itu pengetualah orang yang bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana yang harmoni di antara pengetua dengan orang

bawahannya. Pentabir yang tidak mahir dalam hubungan interpersonal akan menghadapi masalah untuk mendapatkan kerjasama daripada para guru. Pentabir juga sering kelihatan mengabaikan hubungan manusia apabila dilantik ke jawatan tersebut kerana mungkin mereka memikirkan bahawa jawatan yang disandang itu berfungsi sebagai pentadbir sekolah lebih daripada peranan sebagai pengurus pendidikan. Kadangkala terdapat juga pentabir yang tidak profesional di mana mereka menegur atau memarahi guru tidak mengira tempat dan ini menyebabkan guru atau kakitangan lain berasa malu, kecil hati dan marah terhadap pengetua tersebut. Bagi guru-guru yang tidak berpuas hati dengan Guru besar sukar bagi mereka untuk bekerjasama dan berkomunikasi dengan Guru Besar untuk meningkatkan pencapaian prestasi di sekolah. Guru-guru ini akan lebih banyak mendiamkan diri dan mengikut apa sahaja arahan dengan pasif kerana minatnya terhadap suasana pekerjaan di tempat tugasnya telah menurun.

Isu Pengurusan Kewangan Sistem perlantikan Guru besar tidak berdasarkan latihan dan kepakaran. Mereka yang di lantik tidak diberikan kursus, tetapi belajar mentadbir secara cuba jaya. Dalam keadaan demikian, Guru besar banyak bergantung kepada kerani yang berpengalaman dalam hal-hal berkaitan dengan pengurusan kewangan di sekolah. Oleh sebab Guru Besar kurang berpengalaman, maka terdapat sekolah-sekolah yang tidak menyediakan belanjawan sekolah. Guru Besar tidak merancang terlebih dahulu tentang sumber-sumber pendapatan dan keperluan-keperluan perbelanjaan. Perbelanjaan tanpa perancangan telah menyebabkan wang bantuan untuk sesuatu

mata pelajaran tertentu disalurkan untuk tujuan lain. Selain itu terdapat juga pembelian alatan dibuat tanpa menggunakan borang-borang pesanan di mana Guru Besar mengambil barang-barang dahulu dari pembekal dan pesanan dibuat kemudian. Manakala bayaran pula dibuat tanpa baucer dan dokumen-dokumen sokongan untuk membuktikan ketepatan harga. Peruntukan Bantuan Tahunan yang diberikan kepada setiap sekolah ketika ini ditentukan berdasarkan tajuk atau vot tertentu serta bilangan murid di dalam sesebuah sekolah. Keadaan ini tidak sesuai diamalkan sekarang kerana sekolah mengalami kesukaran untuk memindahkan peruntukan daripada satu vot kepada vot lain kerana perlu memohon kepada Jabatan Pendidikan Negeri terlebih dahulu. Justeru itu pengetua yang tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang luas dalam bidang perakaunan menyebabkan beliau tidak dapat merancang, mengurus, mengawal dan menentukan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan.

Isu Kemerosotan Disiplin dan Salah Laku Pelajar Pihak pengurusan sekolah juga terpaksa menghadapi masalah disiplin pelajar terutamanya sekolah-sekolah yang mempunyai bilangan murid yang ramai. Masalah ini sering berlaku di sekolah bandar kerana mereka selalu terdedah dengan perkaraperkara yang tidak baik. Di samping itu murid-murid juga terdiri dari latar belakang dan taraf hidup yang berbeza di antara satu sama lain. Dengan ini masalah salah laku pelajar pada masa kini sememangnya merisaukan banyak pihak terutamanya ibu bapa, masyarakat dan negara. Perkara ini menimbulkan masalah disiplin seperti menyertai kumpulan samseng, merokok, mencuri, merosakkan harta sekolah,

mengugut guru dan pelajar, bergaduh, memukul pelajar, ponteng sekolah dan sebagainya merupakan perkara biasa yang banyak berlaku di sekolah rendah mahupun menengah. Faktor utama masalah disiplin disebabkan kurangnya didikan ibu bapa di rumah kerana didikan awal bermula dari rumah. Mengikut Hussein Mahmood (1980), mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi oleh pelajar adalah yang berkaitan dengan rumah dan keluarga. Persekitaran rumah tangga banyak mempengaruhi perkembangan tingkah laku kanak-kanak dan remaja. Sebahagian besar yang menyumbang kepada masalah disiplin di sekolah adalah juga berpunca daripada kehidupan keluarga sendiri. Dalam usaha menangani masalah disiplin, para guru dan pentadbir sekolah juga sering merasa bahawa diri mereka tidak dilindungi oleh undang-undang.

Isu Kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran Pihak pengurusan sekolah sering kali menghadapi cabaran untuk memperlengkapkan dan memelihara kemudahan sekolah supaya sentiasa berada dalam keadaan yang memuaskan supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Walau bagaimana pun masalah ini tidak dapat dielakkan disebabkan sikap vendalisme pelajar yang suka merosakkan kerusi, meja, papan kenyataan, kotak suis, dan sebagainya untuk mencari kepuasan, melepaskan geram atau inginkan perhatian daripada rakan-rakan atau guru kerana marahkan guru berkenaan. Bilik darjah juga tidak mempunyai peralatan yang lengkap seperti ketiadaan lampu yang tidak berfungsi, kipas yang telah uzur dan tidak berfungsi dan penggunaan papan hitam dan kapur yang boleh menimbulkan masalah kesihatan

kepada guru dan pelajar. Selain itu pengurusan sekolah juga menghadapi masalah kekurangan bilik darjah disebabkan bilangan pelajar yang terlalu ramai dan ini menyebabkan jumlah pelajar di dalam sesebuah kelas mencapai 45 hingga 50 orang. Kekurangan bilik darjah menyebabkan wujud pula kelas terapung dan keadaan ini sudah pasti menjejaskan masa pembelajaran dan minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Isu Kekurangan Guru Masalah kekurangan guru di sesebuah sekolah bandar mahu pun di luar bandar sering kali timbul disebabkan setiap tahun ada sahaja guru yang akan memohon tukar bila sampai masanya, berkursus, bersalin, sakit atau melanjutkan pelajaran. Perkara ini amat sukar di atasi dalam masa yang singkat. Ini menyebabkan ada kelas yang terpaksa dipecahkan dan digabungkan sementara belum ada guru pengganti. Bilangan pelajar dalam sesebuah kelas akan bertambah dan kemungkinan ada yang akan ketinggalan dalam pelajaran. Untuk memudahkan pihak pengurusan, pengetua mendapatkan khidmat guru sandaran tidak terlatih. Walau bagaimana pun timbul pula masalah lain di mana guru ini tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan pelajar kurang memahami pengajaran yang disampaikan. Secara tidak langsung beban guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan bertambah dan waktu rehat juga akan berkurangan kerana terpaksa menggantikan guru berkenaan.

Isu Hubungan Sekolah Dengan Masyarakat Luar Masalah hubungan sekolah dengan masyarakat luar terutamanya dengan ibu bapa kurang memuaskan. Ini disebabkan terdapat ibu bapa yang tidak pernah hadir ke sekolah walaupun terdapat berbagai aktiviti diadakan oleh pihak sekolah. Mereka hanya hadir pada hari pertama sesi persekolahan dan menganggap tanggungjawab menjaga dan mendidik anak mereka di sekolah adalah tanggungjawab guru dan pihak pengurusan sekolah. Justeru itu masalah disiplin, pelajaran, aktiviti sekolah dan kewangan sekolah merupakan masalah utama di sesebuah sekolah. Pihak pengurusan sekolah seharusnya pandai membuat hubungan dengan komuniti di persekitaran sekolah terutamanya masyarakat di luar dan ibu bapa pelajar. Jika perhubungan sekolah dengan masyarakat sekitar dan ibu bapa pelajar baik maka tidak mustahil pihak sekolah mendapat sokongan untuk mengawal disiplin pelajar, meningkatkan mutu pelajaran, sambutan dalam aktiviti yang dijalankan dan sumbangan derma bagi meningkatkan lagi perlaksanaan program yang dirancang berjalan dengan lancar.

CADANGAN DAN CARA MENGATASI Untuk mencapai matlamat pengurusan sekolah yang berkesan dan bertaraf dunia selaras dengan perkembangan teknologi maklumat pada masa kini, Guru besar perlu mengambil langkah-langkah yang lebih bijak dan segera supaya pengurusan dan pentadbiran sekolah berjalan dengan lancar. Di antara langkahlangkahyang boleh diambil untuk mengatasi masalahmasalah tersebut ialah : 1. Untuk mengatasi masalah pengurusan pejabat, guru besar mestilah menumpukan perhatiannya terhadap tugas pentadbiran dan urusan pejabat dengan memberi perhatian terhadap pengurusan kakitangan, pengendalian alat-alat, perabot, dan sebagainya. Pejabat merupakan tempat mengeluarkan arahan, tempat menyimpan segala dokumen dan tempat menyediakan laporan dan menerima maklum balas, di samping membuat kerja-kerja biasa setiap hari. Guru Besar juga hendaklah menyediakan sistem fail untuk menyimpan segala rekod dan dokumen dalam kabinet yang dibuat daripada logam kerana ia tidak mudah terbakar dan rosak bagi mempastikan keselamatannya. Dengan ini pejabat hendaklah disusun dengan sistematik agar dapat memberi keselesaan kepada semua kakitangannya kerana pengurusan pejabat merupakan aktivitim yang berterusan dan memerlukan pentadbir yang berfikiran positif dan proaktif bagi menuju kecemerlangan pengurusan.

2. Perhubungan manusia yang baik di antara pengetua dengan orang-orang di bawah jagaan mereka amat penting jika ingin menjadi pengetua yang berkesan dalam pengurusan sekolah. Beberapa perkara perlu diambil perhatian demi menjaga hubungan yang baik yang amat perlu dibuat oleh setiap Guru besar dari tercetusnya konflik. Di antaranya ialah : i Jangan sekali-kali merendahkan imej orang lain kerana manusia mempunyai perasaan dan harga diri. ii Jangan mengkritik orang lain di hadapan khalayak ramai kerana perbuatan ini amat memalukan seseorang. iii Jangan lupa menunjukkan perhatian anda sebagai seorang Gur besar kepada orang bawahan walaupun sekali-sekala kerana tugas yang lebih besar ialah di luar pejabat iaitu mengelola, merancang, menyelia, memberi kepimpinan kepada guru, staf sokongan dan murid khususnya untuk meninjau masalah, memberi tunjuk-ajar, khidmat nasihat dan panduan. iv Jangan biarkan orang menganggap pengetua sebagai seorang yang tidak memperdulikan hal kebajikan orang bawahan. v Jangan amalkan sikap pilih kasih. vi Membantu orang bawahan memajukan dan meningkatkan diri dalam kerjaya mereka. vii Jangan mendengar khabar angin dan fitnah. Sebaliknya pengetua hendaklah lebih peka dan menyiasat sendiri punca masalah yang timbul.

viii Jangan marah atau mengutuk seseorang itu di belakang atau pada orang lain.

3. Guru Besar sekolah memainkan peranan penting dalammenguruskan kewangan sekolah dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam perintah kewangan. Oleh itu pengetua mestila mempunyai pengetahuan dalam bidang perakaunan untuk membolehkan Guru besar membuat perancangan kewangan di samping menyelia kerja-kerja pengurusan dengan berkesan. Di samping itu Guru Besar bolehlah mencadangkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri supaya Peruntukan Bantuan Tahunan yang akan diberikan kepada setiap sekolah bagi setiap tajuk atau vot ditentukan oleh pihak sekolah. Ini akan memudahka sekolah memindahkan wang yang berlebihan kepada vot yang memerlukan banyak belanja. Selain itu Guru Besar juga boleh mendapatkan kerjasama dari penolong kanan, ketua jabatan dan kerani sekolah di samping mengikuti kursus dalam pengurusan kewangan yang akan dapat meningkatkan kemahiran dalam hal-hal kewangan sekolah. Menurut laporan Seminar Kebangsaan Mengenai Disiplin Sekolah-sekolah (1978), disiplin merupakan suatu system peraturan dan tatatertib yang ditetapkan oleh sesuatu badan atau kelompok yang dilaksanakan agar memudahkan perjalanan proses pembelajaran dan pengajaran di institusi pendidikan. Justeru itu untuk mengatasi masalah disiplin pelajar, pengetua mestilah tegas menjalankan hukuman yang setimpal terhadap pelajar yang melanggar disiplin sekolah supaya ia menjadi pengajaran kepada pelajar-pelajar yang lain. Bilangan pengawas dan guru disiplin

boleh ditambah untuk mengatasi masalah ini terutamanya sekolah yang mempunyai pelajar yang ramai. Pelajar yang dilantik sebagai pengawas mestilah mempunyai ciriciri kepimpinan yang baik. Guru kaunseling juga boleh memberikan bimbingan dan nasihat kepada murid-murid tersebut supaya mereka tidak melakukan perbuatan yang melanggar disiplin sekolah seperti Program Sekolah Selamat dan Program Pendidikan Mencegah Dadah. Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga memainkan peranan penting dalam usaha menangani masalah disiplin dengan merancang berbagai aktiviti positif yang dapat mengeratkan lagi hubungan sekolah dengan masyarakat sekitar. Bagi sekolah yang berisiko tinggi akan ditempatkan seorang anggota polis berpangkat Inspektor bag menjamin keselamatan dan membendung daripada berlakunya kes juvana. 4. Masalah pengurusan bilik darjah yang tidak mempunyai peralatan yang lengkap dan masih menggunakan papan hitam bolehlah digantikan dengan papan putih. Ini amat bersesuaian untuk mencapai mutu pendidikan bertaraf dunia dan kesihatan guru dan pelajar akan lebih terjamin. Guru Besar hendaklah melantik guru yang berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan berkala terhadap sistem letrik dan yang berkaitan supaya berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan bagi menjamin proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam keadaan yang selesa. Untuk mengatasi masalah kekurangan bilik darjah, pihak pengurusan hendaklah memaklumkan kepada Jabatan Pendidikan untuk memohon pembinaan bangunan tambahan tetapi sejak kebelakangan masalah ini telah dapat di atasi dengan terbinanya beberapa buah sekolah baru untuk menampung jumlah pelajar yang semakin ramai.

5. Masalah kekurangan guru masih belum dapat di atasi sehingga hari ini. Langkah yang bijak untuk mengatasinya, pihak pengurusan boleh mendapatkan khidmat guru sandaran tidak terlatih sebagai persiapan awal untuk menggantikan guru yang akan bertukar, sakit, cuti bersalin atau melanjutkan pelajaran supaya proses pengajaran dan pembelajaran murid berjalan dengan lancar. Pihak pengurusan juga hendaklah memaklumkan masalah tersebut kepada Jabatan Pendidikan supaya masalah kekurangan guru dapat di atasi terutamanya setelah guru-guru terlatih tamat pengajiannya di maktab perguruan atau di pusat pengajian tinggi dengan secepat mungkin. 5. Masalah hubungan sekolah dengan masyarakat dapat di atasi dengan peranan yang dimainkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Pihak pengurusan sekolah dan PIBG mestilah aktif menjalankan aktiviti yang melibatkan ibu bapa dengan pihak sekolah supaya hubungan tersebut sentiasa terjalin. Pihak sekolah dan PIBG boleh mengadakan pelbagai aktiviti untuk tujuan tersebut seperti Hari Keluarga, Sukaneka, Pasaria, Hari Terbuka, Hari Kantin atau gotong royong menanam pokok bunga dan membersihkan kawasan sekolah. Melalui aktiviti ini hubungan sekolah dan masyarakat akan lebih erat dan samasama berganding bahu dalam pembentukan diri pelajar bukan sahaja dari segi pencapaian akademik bahkan juga dalam pembentukan sasiah pelajar supaya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

KESIMPULAN Untuk menjadi seorang pengurus pendidikan yang berkesan, seseorang itu seharusnya terlebih dahulu memahami apakah dia Falsafah Pendidikan Negara yang telah digubal oleh Kementeria Pendidikan Malaysia. Falsafah Pendidikan Negara dicipta bagi memberi satu garis panduan supaya institusi sekolah dan system pendidikan berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang lebih dinamik. Setiap pengurus pendidikan di sekolah khususnya adalah pendukung dan pelaksana segala aktiviti yang telah ditetapkan oleh Kementerian. Oleh yang demikian, Falsafah Pendidikan Negara seharusnya menjadi rujukan penting bagi apa juga tindakan yang diambil oleh mereka yang terlibat di dalam pengurusan sekolah. Secara tidak langsung kita dapat menyahut cabaran wawasan 2020 dalam membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan kepada negara mahupun individu, tetapi kepada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap. Sekaligus dapat meningkatkan martabat profesion perguruan kepada tempat yang mulia dan tinggi dari segi darjat dan kedudukannya.

KESIMPULAN Untuk menjadi seorang pengurus pendidikan yang berkesan, seseorang itu seharusnya terlebih dahulu memahami apakah dia Falsafah Pendidikan Negara yang telah digubal oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia dan juga prinsip-prinsip dan teori pengurusan terutama dalam bidang pendidikan. Setiap pengurus pendidikan di sekolah khususnya adalah pendukung dan pelaksana segala aktiviti yang telah ditetapkan olehKementerian. Oleh yang demikian, Falsafah Pendidikan Negara seharusnya menjadi rujukan penting bagi apa juga tindakan yang diambil oleh mereka yang terlibat di dalam pengurusan sekolah serta perlu mahir dlam pengunaan teori dan model-model dlam pengurasan bagi menjamin matlamat organisasi dpat di capai. Secara tidak langsung kita dapat menyahut cabaran wawasan 2020 dalam membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan kepada negara mahupun individu, tetapi kepada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap. Sekaligus dapat meningkatkan martabat profesion perguruan kepada tempat yang mulia dan tinggi.

BIBLIOGRAFI Jamaludin Mohaiadin (1996). Pengurusan Pendidikan Modul 1. Pulau Pinang : Pusat Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia.

Jamaludin Mohaiadin (1996). Pengurusan Pendidikan Modul 2. Pulau Pinang : Pusat Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia.

Kamarudin Hj. Kachar (1989). Strategi Pentadbiran Pendidikan.

Kuala Lumpur : Teks Publishing Sdn. Bhd.

Mohd Zahid Mohd Noordin (1994). Wawasan Pendidikan : Agenda Pengisian. KualaLumpur : Cahaya Pantai Publishing (M) Sdn. Bhd

Omar Mohd. Hashim (1993). Pendidikan : Persoalan, Penyelesaian dan Harapan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Omardin Ashaari (1996). Pengurusan Sekolah Suatu Panduan Lengkap. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributor.

You might also like