You are on page 1of 8

KONSEP KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

Konsep kepimpinan instruksional telah dikaji dengan meluas dalam tahun 1980an
dan 1990an (Hallinger, 2003, 2012). Kajian sekolah berkesan, pelaksanaan perubahan, dan
penambahbaikan sekolah yang telah dijalankan di pelbagai negara oleh pengkaji-pengkaji
terdahulu menjadi asas kepada konsep kepimpinan instruksional (Hallinger, 2003; Hallinger,
Taraseina, & Miller, 1994). Ini sekali gus telah mengukuhkan kepercayaan di kalangan
penggubal dasar dan pengamal dasar bahawa kepimpinan instruksional adalah faktor utama
yang menjadikan sekolah-sekolah berkesan (Hallinger, 2011). Apabila perubahan pendidikan
berlaku, pengetua sebagai pemimpin instruksional di sekolah perlu menggalakkan guru untuk
mencapai matlamat akademik sekolah, berusaha lebih gigih di dalam kerjanya, dan bersedia
untuk mengerahkan usaha dalam melaksanakan perubahan di sekolah. Ini menunjukkan
pemimpin instruksional merupakan faktor utama untuk kejayaan perubahan sekolah dan
pencapaian sekolah (Carrier, 2011; Sahin, 2011).

Menurut Hallinger dan Murphy (1985), kepimpinan instruksional merujuk kepada


segala tingkah laku pengetua yang dilaksanakan dengan tujuan memajukan dan menambah
baik proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang melibatkan guru, murid, ibu bapa,
perancangan sekolah, pengurusan sekolah, kemudahan sumber, dan budaya sekolah. Menurut
mereka lagi, kepimpinan instruksional merujuk kepada tiga dimensi iaitu pertama
menentukan misi sekolah di mana terdapat dua fungsi dalam dimensi ini iaitu merangka
matlamat sekolah dan menyampaikan matlamat sekolah. Dimensi kedua ialah menguruskan
program pengajaran dengan tiga fungsi iaitu menyelia dan menilai pengajaran, menyelaras
kurikulum, dan memantau kemajuan murid. Dimensi ketiga adalah mewujudkan iklim
pembelajaran sekolah dengan lima fungsi iaitu mengawal waktu pengajaran, mengekalkan

ketampakan, menyediakan insentif untuk guru, menggalakkan pembangunan professional,


dan menyediakan insentif untuk pembelajaran.

Menurut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) oleh Jemaah Nazir dan Jaminan
Kualiti (2010), telah digariskan bahawa pengetua adalah sebagai pemimpin instruksional di mana
pengetua akan menerajui pelaksanaan kurikulum dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
menggalakkan pemupukan budaya belajar di kalangan muridnya. Mengikut garis panduan ini, sebagai
pemimpin instruksional, pengetua perlu melaksanakan tugas-tugas seperti: 1) menentukan matlamat
dan ketetapan yang jelas, tepat dan berfokus mengenai pelaksanaan kurikulum sekolah; 2) mengajar
sejumlah waktu yang ditetapkan; 3) menjadi rujukan berkaitan teori pembelajaran, pedagogi dan
memimpin pelaksanaan pengajaran secara berkesan di samping menyebarkan amalan terbaik
pengajaran dan pembelajaran kepada gurunya di peringkat sekolah; 4) mencerap pengajaran dan
pembelajaran semua guru di mana pengetua menggunakan maklum balas pencerapan untuk
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran; 5) menyelia hasil kerja dan pencapaian murid
secara sistematik dan berterusan; 6) menyelia perancangan pengajaran dan semua hasil kerja guru
berkaitan pengajaran dan pembelajaran secara tekal; 7) mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif secara menyeluruh bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi
meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah murid; 8) mewujudkan budaya belajar yang dapat
diperlihatkan oleh hampir keseluruhan warga sekolah.

Kepimpinan instruksional menurut Model Murphy (1990) pula mempunyai empat


dimensi dan enam belas elemen iaitu dimensi pertama membentuk misi dan matlamat dengan
dua elemen iaitu (i) merangka matlamat sekolah dan (ii) menyampaikan matlamat sekolah.
Dimensi kedua ialah pengurusan pendidikan meliputi elemen-elemen (i) menggalakkan
pengajaran berkualiti, (ii) menyelia dan menilai pembelajaran, (iii) memperuntukkan dan
melindungi masa pengajaran, (iv) menyelaras kurikulum dan (v) memantau kemajuan murid.
Dimensi ketiga mempromosi iklim pembelajaran akademik mempunyai elemen-elemen (i)

membentuk piawaian dan harapan positif, (ii) mengekalkan visibiliti yang tinggi, (iii)
menyediakan insentif kepada guru dan murid, (iv) menggalakkan perkembangan profesional.
Dimensi keempat membentuk suasana sekolah yang mesra dan saling membantu mempunyai
elemen-elemen (i) mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan teratur, (ii)
menyediakan peluang penglibatan murid yang bermakna, (iii) memupuk kerjasama dan
kejelekitan dalam kalangan staf, (iv) mendapatkan sumber luar untuk menyokong matlamat
sekolah dan (v) menjalin hubungan antara rumah dan sekolah.

Secara keseluruhannya daripada perbincangan di atas dapatlah disimpulkan bahawa


kepimpinan instruksional ialah segala amalan tingkah laku perancangan pengetua yang jelas
disampaikan bertujuan untuk mempengaruhi, memberi bimbingan, dan dorongan kepada guru
dan murid dalam usaha menambah baik dan meningkatkan program-program berkaitan
proses pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai matlamat akademik sekolah yang
ditetapkan. Ini termasuklah dalam memastikan pelaksanaan sesuatu perubahan pendidikan
berjaya mencapai matlamatnya di sekolah.

Dalam aspek amalan kepimpinan instruksional di Malaysia, ia adalah berasaskan


kepada empat dimensi kepimpinan instruksional iaitu i) mentakrif dan membentuk matlamat
sekolah, ii) mengurus program instruksional, iii) menggalakkan iklim pembelajaran dan iv)
membentuk suasana sekolah yang mesra dan saling membantu. Di Malaysia kepimpinan
instruksional mula mendapat tempat dalam kalangan pengetua sekolah kerana amat signifikan
dalam melahirkan sekolah berkesan (Sazali, Rusmini, Abang Hut & Zamri 2007). Dalam
abad ke-21 amalan kepimpinan instruksional masih relevan dan dapat menyumbang kepada
kecemerlangan sekolah (Hallinger 2005; Jabatan Perdana Menteri 2010). Keberkesanan

amalan kepimpinan instruksional turut dinyatakan dalam Pelan Induk Pembangunan


Pendidikan (KPM 2007) dan Jabatan Perdana Menteri (2010).

Alimuddin (2010) menjelaskan seorang pemimpin instruksional yang menjadi agen


perubahan dan mewujudkan persekitaran di sekolah yang kondusif dapat memberi impak
yang signifikan dalam kecemerlangan pelajar. Menurut beliau lagi, tanggungjawab pengetua
sebagai pemimpin instruksional adalah memastikan pengajaran dan pembelajaran serta
aktiviti akademik dirancang dan dilaksanakan dengan baik, proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan dengan baik dan teratur serta melaksanakan pengurusan akademik
yang teratur agar guru dapat mengajar dengan berkesan (Pendidik 2010).

PERBANDINGAN ARTIKEL
Perbandingan artikel dibuat ke atas dua artikel jurnal yang telah ditetapkan iaitu :1. Mustafa Yuvuz and Gokhan Bas (2010). Perceptions of elementary teachers on the
instructional leadership role of school principals. U.S-China Education Review,
Vol. 7, No. 4, April 2010.

2. Murat G. Gulcan (2012). Research on instructional leadership competencies of


school principals. Education. Spring 2012, Vol. 132 Issue 3.
Perbandingan antara dua artikel di atas adalah berdasarkan beberapa aspek iaitu aspek
definisi konsep kepimpinan instruksional, methodologi kajian dan signifikan hasil kajian
yang telah dilakukan.
Definisi konsep Kepimpinan Instruksional

Konsep kepimpinan instruksional telah dikaji dengan meluas dalam tahun 1980an dan
1990an (Hallinger, 2003, 2012). Kajian sekolah berkesan, pelaksanaan perubahan, dan
penambahbaikan sekolah yang telah dijalankan di pelbagai negara oleh pengkaji-pengkaji
terdahulu menjadi asas kepada konsep kepimpinan instruksional (Hallinger, 2003; Hallinger,
Taraseina, & Miller, 1994). Ini sekali gus telah mengukuhkan kepercayaan di kalangan
penggubal dasar dan pengamal dasar bahawa kepimpinan instruksional adalah faktor utama
yang menjadikan sekolah-sekolah berkesan (Hallinger, 2011). Apabila perubahan pendidikan
berlaku, pengetua sebagai pemimpin instruksional di sekolah perlu menggalakkan guru untuk
mencapai matlamat akademik sekolah, berusaha lebih gigih di dalam kerjanya, dan bersedia
untuk mengerahkan usaha dalam melaksanakan perubahan di sekolah. Ini menunjukkan
pemimpin instruksional merupakan faktor utama untuk kejayaan perubahan sekolah dan
pencapaian sekolah (Carrier, 2011; Sahin, 2011).
Daripada pemerhatian saya terhadap kertas penyelidikan Mustafa Yuvuz & Gokhan
Bas (2010), pengkaji tidak menyentuh secara langsung mengenai konsep kepimpinan
instruksional itu sendiri. Mereka hanya mengemukakan mengenai peranan pengetua sebagai
ketua sekolah dalam merealisasikan kepimpinan instruksional yang cemerlang.

Murat G. Gulcan (2012) mendefiniskan konsep kepimpinan instruksional dengan


menrujuk kepada dua (2) orang penulis terdahulu iaitu Iman (2000) dan Calik (2003). Iman
(2003) mendefinisikan kepimpinam instruksional sebagai kuasa untuk mmpengaruhi dan
memimpin orang lain untuk mencapai matlamat dan sasaran. Manakala menurut Calik (2003)
kepimpinan insruksional adalah satu sumber inspirasi untuk orang lain dan sebagai panduan

kepada mereka untuk menjana kuasa untuk perubahan dalam organisasi termasuk
menyelesaikan masalah yang wujud.
Daripada penelitian di atas, dapat disimpulkan di sini bahawa konsep kepimpinan
instruksio
Methodologi Kajian
Bricki, N., & Green, J. (2007) menyatakan bahawa metodologi kajian adalah merujuk kepada
kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang
efektif bagi menjawab permasalah kajian. Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif,
metodologi yang dirangka adalah melibatkan pembentukan hipotesis, pemilihan reka bentuk,
kaedah pengumpulan data, penentukan populasi dan pemilihan sampel, ujian rintis dan
kaedah penganalisisan data.
Methodologi ataupun kaedah penyelidikan yang digunakan oleh Mustafa Yuvuz & Gokhan
Bas (2010) adalah bersifat kualitatif, Dalam kajian ini mereka menggunakan Teknik
Temubual Separa Berstruktur yang mana set-set soalan yang dikemukakan membolehkan
para responden boleh mengemukakan pandangan ataupun pendapat mereka. Dalam aspek
pemilihan sampel, para responden merupakan guru yang bertugas di Nigde Turkey pada
tahun 2008 hingga 2009. Guru-guru ini ditemubual secara bersemuka. Dalam mengumpul
data, pengkaji telah merujuk kepada beberapa kajian terdahulu dan juga melakukan
temubual . Keesahan dan kebolehpercayaan item soalan temubal telah dilaksanakan oleh
Department Of Educational Sciences di Universiti Selcuk. Manakala bagi tujuan analisis data
, pengkaji telah merujuk kepada teknik yang telah dikemukakan oleh pengkaji terdahulu.
Teknik ini melibatkan empat (4) langkah iaitu mengekod data, menjana tema, menyusun dan
mentakrifkan data mengikut kod dan tema dan seterusnya melaksanakan penilaian terhadap
dapatan kajian. Kaedah footnotes digunakan untuk mengenalpasti guru yang menjadi
responden,

Murat G. Gulcan (2012) pula menggunakan kaedah tinjauan diskriptif. Populasi


kajian adalah terdiri daripada guru dan pentadbir di seluruh sekolah rendah dan sekolah
pertengahan di Turkey. Sejumlah 675 guru dipilih secara rawak daripada setiap sekolah.

Manakala untuk kutipan data, pengkaji telah menggunakan soal selidik yang mengandungi 21
item soalan.. Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis statistik.
KOMEN PERSAMAAN DAN PERBEZAAN tambah pendapat sendiri
Signifikan Hasil Kajian
Penerangan mengenai dapatan kajian yang dilakukan oleh Mustafa Yuvuz & Gokhan Bas
(2010) telah dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu penentuan matlamat sekolah, pengurusan
pengajaran , penilaian pelajar, sokongan guru, dan mewujudkan persekitaran pembelajaranpengajaran yang tetap. Penerangan untuk setiap bahagian diperkukuhkan dengan menyelitkan
beberapa suntingan daripada penyelidikan terdahulu. Selain daripada membincangkan
dapatan kajian yang telah dijalankan pengkaji juga turut menyediakan ruang perbincangan
dan juga tafsiran dapatan kajian beliau,
Manakala bagi penyelidikan Murat G. Gulcan (2012), dapatan kajian dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu yang pertama adalah mengenai penemuan berkaitan dengan kecekapan
kepimpinan pengajaran dan bahagian yang kedua adalah berkenaan keputusan kajian dan
cadangan. Pengkaji telah menyenaraikan sebanyak 20 item di kedua-dua bahagian
perbincangan dapatan kajian tersebut.
KOMEN PERSAMAAN DAN PERBEZAAN tambah pendapat sendiri

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN PENOLONG KANAN PETANG DAN KEPUASAN KERJA


GURU DI 5 BUAH SEKOLAH MENENGAH DI KUDAT SABAH: PROPOSAL

ABSTRAK

You might also like