You are on page 1of 9

Ciri-Ciri Kepimpinan Pengetua/Guru Besar Berkesan Yang Dapat

Menghadapi Cabaran dan Harapan Pada Abad Ke 21 Ini

Oleh
Prof. Madya Dr. Shahril @ Charil bin Marzuki

1. Pendahuluan

Kecemerlangan atau kejayaan sesebuah sekolah banyak dipengaruhi dan disebabkan oleh
kepimpinan pengetua/guru besar yang berkesan. Ini bermakna, pengetua atau guru besarlah yang
dapat menggerakkan sekolah itu maju ke hadapan untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik
dan kegiatan ko-kurikulum atau mundur kebelakang sebagai sekolah yang tidak berkesan.
In many ways the school principal is the most important and influential individual in any school. it is
his leadership that sets the tone of the school, the climate for learning, the level of professionalism
and morale of teacher and the degree of concern for what students may or may not become. if a
school is a vibrant, innovative, child-centred place; if it has a reputation for excellence in teaching; if
students are performing to the best of their ability one can almost always point to the principals
leadership as the key to success. (Sergiovani, 1995: 83).
Oleh yang demikian, Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di sekolah-sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia (1982), telah menyarankan bahawa peranan utama kepemimpinan
pengetua/guru besar mestilah:
cekap dan banyak menghabiskan masa mengelolakan aktiviti pembelajaran di sekolah-sekolah.
Mengekalkan penyeliaan sekolahnya dengan cara yang berkesan, bertindak sebagai pakar runding,
penasihat dan koordinator bagi program-program pengajaran dan pembelajaran di sekolah, dan perlu
juga menghabiskan masa yang lebih dalam aktiviti-aktiviti profesional guru dan pelajar, dan jangan
hanya bekerja semata-mata sebagai pentadbir yang berkurung di bilik mengeluarkan arahan dan
surat-surat arahan dan surat-surat siaran. (Kementerian Pendidikan Mlaaysia, 1982: 6)
Pernyataan di atas menunjukkan terdapat perubahan tugas utama pengetua/guru besar iaitu
daripada pemimpin pentadbiran kepada pemimpin pengajaran. Perubahan peranan pengetua berlaku
kerana desakan daripada Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah supaya pihak sekolah dapat mewujudkan sekolah berkesan atau kecemerlangan
dalam pencapaian akademik. Oleh itu, peranan pengetua yang hanya menjalankan peranan sebagai
pemimpin pentadbiran sahaja tidak sesuai lagi bagi mencapai matlamat pendidikan pada alaf baru ini
dan juga bagi menghadapi cabaran-cabaran dan harapan-harapan pada masa akan datang ini.
Apatah lagi dalam konteks pembangunan sumber manusia yang memberi penekanan dalam bidang
sains dan teknologi bagi memenuhi keperluan Wawasan 2020 yang menuntut pelbagai perubahan
dalam sektor pendidikan. Oleh itu, dalam kontek untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan
pada alaf baru ini, pengetua/guru besar perlu mempunyai dua peranan atau fungsi utama secara
serentak iaitu sebagai pemimpin pentadbiran dan pemimpin pengajaran.

2. Peranan Pengetua/Guru Besar Sebagai Pemimpin Pentadbiran dan Pengajaran

Di sekolah, pengetua/guru besar berperanan sebagai pemimpin pentadbiran dan pemimpin


pengajaran. Dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin pentadbiran dan pengajaran, peranan
pengetua / guru besar menjalankan tugas seperti mengatur dan melaksanakan jadual waktu dan
kalendar sekolah, mengawai SPBT, surat menyurat, mengagih dan mengawasi kerja-kerja kerani,
mengumpul dan menyusun data, memastikan undang-undang dan peraturan sekolah dipatuhi oleh
pelajar, mengurus perbelanjaan sekolah, memastikan kemudahan dan harta benda sekolah
digunakan sebaiknya, dan menjalin hubungan antara sekolah dan pelbagai badan/awam di luar
(Zaidatul Akmaliah, 1991: 20). Manakala Hanafi Kamal (1980: 245) mengariskan tugas pengetua/guru
besar ialah: (i) kepimpinan (ii) kebajikan dan disiplin (iii) staf sekolah (iv) perancangan, membuat
keputusan, pengelolaan, penyelarasan dan perhubungan (v) kurikulum dan pengajaran (vi) kualliti diri
(vii) pejabat sekolah, kemudahan fizikal, kewangan dan pengurusan perniagaan (viii) hubungan
sekolah-masyarakat. Robiah Sidin (1989: 37) pula menyatakan terdapat enam bidang tugas
pengetua/guru besar iaitu: (i) perhubungan sekolah-masyarakat (ii) perkembangan kurikulum dan
pengajaran (iii) pengurusan murid (vi) pengurusan kakitangan (v) pengurusan bangunan dan
kemudahan-kemudahan lain (vi) pengurusan kewangan. Bagi Ahmad Tajuddin Abdul Hamid (1989:
64) mengatakan tugas pengetua/guru besar secara umumnya boleh disenaraikan dalam empat
bidang sahaja iaitu:

i. Melaksanakan rancangan pendidikan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.


ii. Mengawas dan membimbing guru-guru di sekolah untuk menjamin pengajaran-pembelajaran
berjalan dengan baik.
iii. Mengawas dan menyelia disiplin, pembelajaran murid, kegiatan sukan, persatuan, kerja-kerja
amal dan sebagainya.
iv. Mengadakan perhubungan yang baik dan berkesan dengan pihak luar.

Beberapa kajian dibuat di Amerika Syarikat menyenaraikan tugas pengetua/guru besar sebagai
pemimpin pentadbiran dan pemimpin pengajaran seperti berikut: (i) kurikulum dan pengajaran (ii)
perundingan (iii) kemudahan fizikal (iv) kewangan dan perniagaan (v) pemilihan, pengambilan dan
pembuangan pekerja (vi) perhubungan awam (Hoy dan Miskel, 1991: 319).

1. Kepemimpinan Pengetua/Guru Besar Di Sekolah Yang Berkesan

Kebanyakan penulis dan penyelidik dalam pendidikan mengakui bahawa kebanyakan pengetua/guru
besar yang dapat mewujudkan sekolah yang berkesan atau sekolah cemerlang berfungsi atau
berperanan sebagai pemimpin pengajaran. Di antara penulis-penulis tersebut ialah Sweeney (1982),
Weber (1971), Rutter (1979), Edmonds (1979), Levine dan Lessotte (1981), Wellish et al. (1978),
Hussein Mahmood (1993), dan Shahril Marzuki (1997).
Menurut Sweeney (1982), terdapat enam ciri kepemimpinan pengetua/guru besar yang berkait
dengan kepimpinan pengajaran di sekolah berkesan. Ciri-ciri pengetua/guru besar itu ialah:

i. Memberi penekanan terhadap pencapaian pelajar dalam bidang akademik.


ii. Menyusun dan menetapkan strategi pengajaran.
iii. Menyedia dan mengekalkan suasana yang kondusif di sekolah (Iklim sekolah).
iv. Kerap menilai pencapaian akademik pelajar.
v. Menyelaras program pengajaran.
vi. Membantu dan memberi semangat kepada para guru.

Wellish, et al. (1978) menegaskan ada empat perbezaan antara kepimpinan sekolah yang berkesan
dengan kepimpinan sekolah Tidak Berkesan. Menurut Wellish, et al. (1978), pengetua di sekolah
berkesan adalah:

i. Mempunyai kepakaran yang jelas terhadap peranannya dalam kepimpinan pengajaran dan
matlamat yang ingin dicapai.
ii. Selalu menilai kembali kemajuan guru dan berusaha untuk memperbaikinya supaya dapat
menghasilkan pencapaian akademik yang baik di kalangan pelajarnya.
iii. Mengambil tanggungjawab yang lebih dalam membuat keputusan berhubung dengan
pengajaran.
iv. Memilih dengan teliti perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan perancangan
program pendidikan dengan bantuan guru-gurunya untuk kejayaan sekolahnya.

Manakala Shahril @ Charil Marzuki (1997:74) mengatakan bahawa peranan pengetua/guru besar
dalam kepimpinan pengajaran adalah meliputi: menyelia, membuat cerapan dan memotivasikan guru-
guru dalam pengajaran, bertindak sebagai pakar rujuk, membimbing dan tunjuk ajar kepada guru-
guru dalam pengajaran, kurikulum, penggunaan alat bantu mengajar dan pengurusan kelas, dan
pencapaian matlamat dan misi sekolah. Ini telah disokong oleh Hussein Mahmood (1993: 36) yang
mengatakan:
Tanggungjawab ini termasuklah mengadakan falsafah sekolah, mengadakan matlamat dan objektif
sekolah, membimbing para guru supaya kecekapan mereka dalam pengajaran dan lain-lain bidang
kurikulum dapat dipertingkatkan. Di samping itu juga, guru besar seharusnya melaksanakan program
perkembangan staf, menyelaras segala aktiviti pendidikan serta lain-lain usaha yang dijalankan oleh
pihak sekolah.
Namun begitu terdapat beberapa penyelidik dan penulis yang berbeza pendapat tentang peranan
pengetua sebagai pemimpin pengajaran dan sebaliknya. Antara penulis-penulis yang tidak bersetuju
bahawa pengetua mesti berperanan penting sebagai pemimpin pengajaran ialah Fullon (1979),
Krajewski (1977), Smyth (1983), Weldy (1979), Wirsig (1980), dan Ahmad Tajuddin Abdul Hamid
(1989).
Fullon (1979) mengatakan bahawa pengetua berperanan sebagai pemimpin pengajaran hanyalah
merupakan satu dongengan sahaja. Dalam mempertahankan pendapat ini, beliau menegaskan
bahawa terdapat beberapa bukti yang jelas menunjukkan pengetua tidak boleh menjadi pemimpin
pengajaran. Antara bukti tersebut ialah:-

i. Pengetua tidak diberi latihan untuk menjadi pemimpin pengajaran di peringkat sekolahnya.
ii. Pengetua banyak terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan am sekolah yang lain.
iii. Pengetua tidak mempunyai masa yang banyak untuk menjadi pemimpin pengajaran.
iv. Pengetahuan seseorang pengetua tidak pelbagai dan kepandaian mereka dalam kepimpinan
pengajaran amat terhad. Oleh itu, mereka tidak mampu menjadi pemimpin pengajaran.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ahmad Tajuddin Abdul Hamid (1989), mendapati pengetua-
pengetua di Malaysia adalah faham dan jelas tentang tugas mereka dalam kepemimpinan
pengajaran, namun tugas mereka itu tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana beban tugas yang
lain adalah berat dan pelbagai. Oleh itu, pengetua-pengetua menyerahkan tugas-tugas kepimpinan
pengajaran di sekolah-sekolah mereka kepada guru kanan mata pelajaran tanpa garis panduan yang
jelas dan mereka juga amat kekurangan masa bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan
kurikulum dan pengajaran-pembelajaran dengan guru-guru secara profesional.
Menurut Smyth (1983), penyelidikan yang dilakukan di Australia dan di lain-lain tempat menunjukkan
bahawa pengetua hari ini adalah bukan sebenarnya pemimpin pengajaran di sekolahnya. Ini
disebabkan:

i. Kekurangan masa kerana mereka terpaksa mengambil bahagian dalam aktiviti lain dari tugas
pengajaran dalam masa persekolahan.
ii. Mereka tidak mahu mencampuri autonomi yang dipunyai oleh guru-guru di bilik darjah.
iii. Mereka takut kerana kekurangan kepakaran.

Namun begitu, pendapat di atas telah disangkal oleh Wirsig (1980), yang mengatakan bahawa
walaupun pengetua kelihatan tidak mengambil berat terhadap tugas pengajaran tetapi mereka
sebenarnya mahu beraksi sebagai pemimpin pengajaran, dalam keupayaan yang mereka ada.
Daripada perbincangan di atas adalah nyata bahawa peranan utama pengetua/guru besar di sekolah-
sekolah adalah sebagai pemimpin pentadbiran dari pemimpin pengajaran. Ini jelas berdasarkan
Pekeliling Pentadbiran 3/67 (Pindaan 1982) yang menegaskan bahawa pengetua/guru besar
dikehendaki mengajar dalam bilik darjah sekurang-kurangnya lima waktu seminggu. Dalam
menjalankan tugas mengajar ini, pengetua/guru besar mestilah peka dengan perubahan-perubahan
dalam kurikulum, kaedah pengajaran-pembelajaran dan penggunaan alat bantu pengajaran-
pembelajaran yang terkini seperti penggunaan komputer atau teknologi maklumat (IT) dan masalah-
masalah yang dihadapi oleh guru-guru dan pelajar-pelajar dalam bilik darjah. Dari segi
profesionalismenya pula, penglibatan pengetua/guru besar dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran
akan mendorong dirinya untuk mengemaskinikan pengetahuan, menerokai bidang dan pengetahuan
baru selari dengan perkembangan semua. Namun begitu, bagi menghadapi cabaran dan harapan
pada abad ke 21 ini, peranan pengetua/guru besar tidak terbatas hanya sebagai kepemimpinan
pentadbiran dan pemimpin pengajaran sahaja, tetapi lebih daripada itu.

1. Ciri-Ciri Kepemimpinan Pengetua / Guru Besar Yang Berkesan Pada Masa Depan

Sebenarnya adalah sukar untuk menentukan ciri-ciri pengetua/guru besar yang berkesan pada masa
depan, kerana seseorang pengetua yang berjaya menjadi pemimpin yang baik di sesebuah sekolah
pada hari ini belum tentu akan berjaya menjadi pemimpin yang baik di sekolah lain pada masa depan.
Mengikut Stoner (1989: 552), seseorang individu yang merupakan pemimpin yang efektif dalam satu
situasi mungkin berprestasi paling buruk dalam satu situasi yang lain. Walau bagaimanapun, terdapat
beberapa pendapat tentang ciri-ciri pengetua berkesan atau cemerlang. Menurut Abas Awang (1999),
pengetua yang berkesan memiliki ciri-ciri profesional seperti berikut:

i. Mengenali penyakit (masalah persekolahan).


ii. Mengenal pasti ubatnya (penyelesaian masalah).
iii. Mengetahui tempoh memerlukan rawatan (jangka masa masalah dapat ditangani).
iv. Mempunyai etika yang tinggi.
v. Memahami teori-teori yang berkaitan dengan kerjanya.
vi. Berilmu.
vii. Berkemahiran dalam bidang tugasnya.
viii. Bersikap positif dan yakin.

Beliau seterusnya mengutarakan pelbagai kemahiran yang perlu ada pada seseorang pengetua yang
berkesan iaitu kepimpinan pengajaran yang berkesan, pengurusan kurikulum, ko-kurikulum, sumber
dan kewangan, perancangan strategik, kemahiran berkomunikasi, memotivasi, pemantauan,
penilaian, membuat keputusan, TQM dan ISO 9000.
Melalui kemahiran-kemahiran ini, pengetua akan mempunyai piawai dalam pengurusannya dan ada
fokus untuk dilaksanakan. Manakala mengikut Institut Aminuddin Baki (1998), berdasarkan
(mesyuarat Gerakan Pengetua Berkesan pada 5 Mac 1998) mengatakan bahawa ciri-ciri
pengetua/guru besar yang berkesan mengikut model Malaysia adalah seperti berikut:-

a. Mengamalkan cara berkomunikasi yang cekap.


b. Prihatin terhadap hubungan kemanusiaan.
c. Prihatin dan peka tentang perbezaan budaya dan adat resam masyarakat.
d. Mempunyai wawasan yang jelas.
e. Berjaya mewujudkan persekitaran pendidikan yang dinamik.
f. Menerima tugas sebagai satu profesion.
g. Membuat keputusan secara konsensus.
h. Memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat
i. Ketrampilan lain

(i) Ketrampilan pentadbiran

o menganalisis masalah secara berkesan


o membuat pertimbangan yang saksama
o mengurus dan membuat keputusan

(ii) Ketrampilan peribadi

o menilai pendidikan secara jelas


o mempunyai minat dan motivasi yang tinggi
o menjaga perawakan diri

Bagi menghadapi cabaran-cabaran dan harapan pada masa depan, di mana dunia pendidikan akan
terus berubah sesuai dengan kemajuan zaman dan dunia tanpa sempadan, langit terbuka,
penggunaan komputer dan teknologi maklumat di sekolah, ditambah pula dengan seribu satu macam
kerenah pentadbiran, guru dan masalah pelajar, maka pengetua yang berkesan pada masa depan
hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

i. Mempunyai kualiti kepimpinan.


ii. Mempunyai kemahiran dan berketrampilan dalam bidang teknikal, kemanusiaan, pendidikan,
budaya dan simbolik.
iii. Berwawasan, kreatif dan inovatif.
iv. Mempunyai kemahiran komunikasi dan motivasi.
v. Mempunyai kemahiran membuat keputusan dan penyelesaian masalah.
vi. Mempunyai kecergasan fizikal dan kestabilan emosi
vii. Beriman dan bermoral.

4.1 Kepimpinan Yang Berkualiti


Pengetua/guru besar yang berkesan perlu mempunyai kepimpinan yang berkualiti. Menurut Azmi
Zakaria (1996), pengetua yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri kualiti kepimpinan seperti berikut:

i. Kemahuan yang tinggi untuk memimpin dan tabah bertindak menghadapi cabaran.
ii. Pintar dan berinisiatif tinggi.
iii. Berwawasan dan mempunyai matlamat yang jelas mengenai organisasi dan pengajaran.
iv. Bekerja keras dan menjadi contoh yang baik kepada staf yang lain.
v. Memberi peluang kepada guru menonjolkan kepimpinan mereka.
vi. Mengetahui batasan kepimpinan formal dan tidak formal seperti kemahiran interpersonal,
ramah dan baik hati.
vii. Proaktif dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tugas.

Oleh itu, pengetua yang berkesan pada masa depan boleh menghadapi cabaran dan masalah-
masalah sekolah secara profesional dan berkesan. Mengikut Edmonds (1979), kepimpinan pengetua
yang berkesan membolehkan "principals can make difference". Manakala Mortimore (1995),
mengatakan salah satu faktor sekolah berkesan ialah pengetua yang mempunyai kepemimpinan
profesional (professional leadership) iaitu pengetua yang mempunyai sikap yang tegas dan
bermatlamat. Ia juga mengamalkan pendekatan bersama dan permuafakatan rumah-sekolah seperti
dalam soal-soal pembelajaran pelajar dan membuat keputusan. Kepemimpinan profesional juga
menekankan keunggulan pengetua itu sendiri sebagai pemimpin untuk menangani pelbagai masalah
di sekolah.

2. Berkemahiran dan Berketrampilan (Competent Leader)

Pengetua yang berkesan perlu mempunyai pelbagai kemahiran dan ketrampilan supaya dapat
menjalankan tugas sebagai pemimpin sekolah yang berkesan. Ketrampilan ini boleh membantu
pengetua menangani cabaran-cabaran dan harapan-harapan yang diminta oleh majikan, ibu bapa
dan pelajar yang terdapat di sekolah. Mengikut Sergiovani (1995: 85), seseorang pengetua yang
berkesan perlu mempunyai lima kemahiran iaitu:

i. Kemahiran teknikal.
ii. Kemahiran manusia.
iii. Kemahiran pendidikan.
iv. Kemahiran simbolik.
v. Kemahiran budaya.

Kemahiran teknikal bermaksud pengetua boleh memainkan peranan sebagai jurutera pengurusan
(management engineer) (Sergiovani, 1995: 93). Ia perlu cekap dan mahir dalam memanipulasi
strategi dan keadaan untuk menjamin keberkesanan yang maksimum dan optimum dalam
menyelesaikan masalah seperti pengajaran-pembelajaran, disiplin pelajar, kekurangan komitmen
guru dan sebagainya. Kemahiran ini termasuklah kemahiran merancang (planning), pengelolaan
(organizing), penjadualan (schedule dan penyelarasan (coordinating), tentang takwim, masa, dan
organisasi sekolah.
Kemahiran manusia bermaksud pengetua berkesan berperanan sebagai jurutera manusia (human
engineer) (Sergiovani, 1995: 93). Ini bermakna pengetua perlu mempunyai kemahiran kemanusiaan
yang tinggi, mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia seperti perhubungan individu dan
mampu memotivasikan stafnya. Salah satu masalah yang dihadapi di sekolah pada masa kini ialah
kurangnya wujud hubungan baik dan mesra antara pengetua dengan guru, guru dengan guru, dan
guru dengan pelajar. Selain itu, wujudnya masalah seperti kurang komitmen, ketidakhadiran bertugas
dan perasaan burn out di kalangan guru-guru juga menggambarkan pengetua kurang berjaya dalam
memotivasi guru-gurunya. Bagi menangani masalah ini, pengetua perlu mempunyai kemahiran
motivasi untuk membina dan mengekalkan moral yang tinggi di kalangan staf dengan memberi
penghargaan, sokongan, menggalakkan serta melibatkan stafnya dalam membuat keputusan.
Kemahiran pendidikan bermaksud, seseorang pengetua adalah menjadi pemimpin atau pengamal
klinik "Clinical Practitioner (Sergiovani, 1995: 93). Ini bermakna seseorang pengetua yang berkesan
mesti pakar dalam pendidikan. Ia bertindak sebagai pakar rujuk dalam kurikulum, pengajaran-
pembelajaran, penggunaan alat bantu mengajar, diagnosis keperluan, penilaian dan membuat
pencerapan pengajaran guru dalam kelas. Kemahiran ini penting bagi menangani masalah berkaitan
dengan pengajaran-pembelajaran guru dan pelajar dan pengetua sepatutnya bertindak sebagai
super teacher kepada guru dan pelajarnya.
Kemahiran simbolik bermaksud pengetua sebagai ketua atau chief (Sergiovani, 1995: 93), di mana
pengetua yang berkesan akan berada di sekolah sepanjang masa, membuat rondaan di kawasan
sekolah, melawat bilik darjah, mengenali dan mengetahui masalah pelajar, mewujudkan perpaduan
bagi mencapai visi dan misi sekolah, mengetuai upacara rasmi di sekolah. Melalui kemahiran ini,
pengetua dapat menangani masalah yang berlaku di sekolah seperti masalah dalam bilik darjah,
masalah disiplin pelajar dan kelakuan yang tidak sihat.
Kemahiran budaya bermaksud, seseorang pengetua adalah memainkan peranan sebagai high priest
(Sergiovani, 1995: 93). Ini bermakna pengetua perlu mencari, mentafsir dan memperkukuhkan nilai,
kepercayaan dan unsur budaya yang dapat menjadi sekolah berkesan. Peranan pengetua
termasuklah mewujudkan visi dan misi sekolah, mewujudkan simbol-simbol sekolah, mewujudkan
sosiolisasi di antara guru dengan pelajar, dan mengadakan upacara memberi hadiah atau
penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah mencapai kejayaan.
Melalui kemahiran ini pengetua dapat mewujudkan budaya sekolah atau sekolah berwatak yang perlu
diikuti oleh guru-guru dan pelajar-pelajar bagi menangani masalah disiplin pelajar.

2. Berwawasan, Kreatif dan Inovatif

Seorang pengetua yang berkesan mestilah mempunyai wawasan dan sanggup mengambil risiko
terhadap tindakannya. Salah satu sebab sekolah kurang berkesan dan timbulnya pelbagai masalah di
kalangan guru dan pelajarnya ialah kerana pengetua tidak mempunyai wawasan. Jika adapun,
wawasan itu tidak disampai dan dijelaskan kepada guru dan pelajarnya. Mengikut Hussein (1993:
163), wawasan dikatakan sebagai gambaran mental masa depan yang hendak dicapai. Ia meliputi
rasional, matlamat, arah hala dan keutamaan yang mendorong dan memberi tenaga kepada guru dan
pelajar untuk mendapat hasilan yang dicita-citakan. Untuk membolehkan seseorang pengetua itu
merealisasikan wawasannya, ia perlu sentiasa dinamik, kreatif dan inovatif serta inginkan perubahan.
Pengetua yang berkesan juga perlu menjelaskan kepada guru dan staf lain serta pelajar, ibu bapa
dan masyarakat sekitar tentang matlamat dan wawasan sekolahnya. Dengan cara ini, masalah
kurangnya hubungan, sokongan dan komitmen daripada guru, pelajar dan masyarakat terhadap
sekolah dapat ditangani dengan mudah dan berkesan.

3. Kemahiran Berkomunikasi dan Bermotivasi

Pengetua yang berkesan harus mempunyai kemahiran berkomunikasi dan motivasi. Berlakunya
beberapa masalah di kalangan guru dan pelajar, sekolah dengan agensi luar seperti masyarakat
kerana komunikasi tidak jelas dan pendekatan yang digunakan oleh pengetua kurang sesuai. Oleh
itu, pengetua perlu memahami, proses, pola dan saluran komunikasi yang betul supaya maklumat
dapat disampaikan dan diterima oleh guru, pelajar dan ibu bapa. Mengikut A.L. Ramaiah (1999: 115),
seseorang pengetua yang mahir dalam proses komunikasi adalah pengetua yang sedar serta peka
terhadap pelbagai halangan kepada komunikasi, sentiasa bertindak mendengar secara aktif, dan
sebagai pemberi maklum balas yang mahir. Pengetua yang mempunyai kemahiran komunikasi yang
baik akan dapat menangani pelbagai masalah ketidakjelasan matlamat, kurangnya komitmen dari
guru dan masalah disiplin di kalangan pelajar. Selain itu, masalah jurang komunikasi antara pengetua
dengan pelajar dan masyarakat dapat dikurangkan.
Selain kemahiran berkomunikasi, pengetua yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri sebagai
seorangmotivator dan kaunselor di sekolah. Motivasi boleh didefinisikan sebagai penggerak atau
pendorong untuk sesuatu tingkah laku supaya menjadi bertenaga dan bertujuan (Zaidatul Akmaliah,
1999: 108). Kemahiran motivasi penting bagi membolehkan pengetua berhadapan dengan pelbagai
masalah guru dan pelajar di sekolah. Biasanya masalah yang dihadapi oleh pengetua di sekolah ialah
bagaimana untuk mempengaruhi dan memotivasi pekerja supaya bekerjasama dalam usaha
mencapai visi sekolah, iaitu untuk menjadi sekolah berkesan.

4. Kemahiran Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah

Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah adalah satu lagi ciri yang perlu dimiliki
oleh pengetua yang berkesan dalam menangani pelbagai masalah di sekolah. Sebarang masalah
yang dihadapi sama ada yang melibatkan guru, pelajar, masyarakat dan pihak berkuasa pendidikan
memerlukan penyelesaian masalah yang cepat dan betul. Mengikut Lunenburg (1995: 116), proses
membuat keputusan di sekolah melibatkan enam peringkat iaitu:

i. Mengenal pasti masalah.


ii. Mengenal pasti alternatif.
iii. Menilai alternatif.
iv. Memilih alternatif yang sesuai.
v. Melaksanakan keputusan.
vi. Menilai keberkesanan keputusan yang telah dibuat.

Mengikut Lunenburg (1995) lagi, pengetua perlu melibatkan guru dan pelajar dalam membuat
keputusan bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah, manakala Hussein Mahmood (1993: 1124)
penglibatan para guru dalam membuat keputusan mempunyai kaitan yang signifikan dengan rasa
puas hati bekerja, tanggapan positif di kalangan guru terhadap kepimpinan pengetua dan pencapaian
akademik yang tinggi.

2. Kecergasan Fizikal dan Kestabilan Emosi

Pengetua yang berkesan juga perlu mempunyai personaliti yang sesuai iaitu dari segi fizikal dan
emosi. Dari segi fizikal ia perlu mempunyai tubuh badan yang sihat, tidak cacat dan cergas. Pengetua
yang tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik didapati sukar menjalankan tugasnya dengan
berkesan. Pengetua juga perlu mempunyai tahap kecerdasan (IQ) yang tinggi dan kecerdasan emosi
yang seimbang (EQ Test). Kenyataan ini disokong oleh Keith Davis (1972) yang mengatakan
pemimpin (pengetua) hendaklah mempunyai kecerdasan IQ yang tinggi daripada kecerdasan
standard kakitangannya. Ciri ini penting bagi membolehkan pengetua menangani masalah yang
dihadapi secara rasional. Mengikut Keith Davis lagi, pemimpin (pengetua) juga perlu mempunyai
kematangan sosial iaitu matang dan stabil dari segi emosi serta mempunyai konsep kendiri yang
boleh diteladani dan disanjung. Kajian yang dijalankan untuk melihat stres dan kepuasan kerja di
kalangan guru-guru di negara ini mendapati bahawa pengetua adalah antara golongan yang
mengalami stres pekerjaan berbanding dengan profesion lain. Kecergasan fizikal yang terganggu dan
ketidakstabilan emosi akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku pengetua terhadap tugas dan gaya
kepimpinannya. Pengetua yang terlalu emosional didapati lebih mudah mengalami stres dan sukar
diajak berunding. Mereka lebih cenderung mengamalkan gaya kepimpinan autokratik. Manakala
pengetua yang stabil emosinya lebih mudah diajak berunding dan cenderung mengamalkan gaya
kepimpinan demokratik.

3. Beriman dan Bermoral


Ciri-ciri pengetua yang berkesan tidak akan lengkap jika tidak mengambil kira dari sudut keagamaan.
Dari perspektif Islam, keunggulan seseorang pemimpin atau pengetua seharusnya melibatkan
ketinggian komitmen, moral dan akhlak. Ketinggian moral dan akhlak sewajarnya dijadikan budaya
sekolah di samping mensepadukan kurikulum dan agama. Sebagai pemimpin sekolah, pengetua
perlu mempunyai rasa bertanggungjawab dan amanah terhadap tugas yang diberikan kepada
mereka. Selain daripada mempunyai kemahiran seperti yang telah dihuraikan sebelum ini, pengetua
juga perlu mempunyai "character" atau keperibadian dan akhlak yang baik sehinga boleh dijadikan
"uswatun hasanah" (model terbaik).
Perkara ini juga selaras dengan Steven Covey (1990) yang mengatakan pemimpin bermoral ialah
pemimpin yang lebih menenangkan hati mereka secara perbincangan moral dan rasional. Ia perlu
mengamalkan konsep syura iaitu setiap pengetua perlu menerima pandangan orang lain atau
kakitangannya dengan berlapang dada dan berhati terbuka dalam membuat keputusan. Oleh itu,
sebagai pengetua sebarang tindakan yang diambil untuk menangani masalah haruslah berdasarkan
kepada nilai-nilai kejujuran, keikhlasan, keadilan dan amanah terhadap tugas dan tanggungjawab.
Dengan mempunyai ciri-ciri ini, pengetua akan dapat menangani masalah di sekolah dalam keadaan
menang-menang (win-win).

1. Cadangan dan Saranan Untuk Pemilihan dan Lantikan Jawatan

Pengetua/Guru Besar Pada Abad Ke 21 Ini


Di bawah ini adalah cadangan dan saranan untuk memperbaiki pemilihan dan lantikan pengetua/guru
besar sekolah dan dicadangkan juga jawatan pengetua dinaikkan taraf sesuai dengan beban tugas
dan tanggungjawab pengetua di sekolah pada abad ini.
5:1 Semua sekolah menengah Gred A, seharus dinaikkan pangkat daripada Jawatan Pengetua DG2
kepada Jawatan Pengetua DG1 selaras dengan beban tugas yang dijalankan oleh pengetua pada
hari ini. Walau bagaimanapun, dalam perlantikan jawatan Pengetua DG1, hendaklah berdasarkan
kepada kelulusan (Masters dan Ph.D.), pengalaman, dan ciri-ciri pengetua yang berkesan seperti
yang dicadangkan di atas.
5:2 Bagi sekolah menengah Gred B, seharusnya disandang oleh pengetua berjawatan DG2. Walau
bagaimanapun, bagi menjalankan tugas-tugas sebagai pengetua, seharusnya diberi elaun tanggung
kerja di antara RM450 RM650. Ini untuk membezakan gaji dan beban tugas pengetua DG2 dengan
guru-guru biasa DG2 (lantikan melalui time base).
5:3 Bakal-bakal pengetua/guru besar yang telah menghadiri Kursus National Professional
Qualification Headship (NPQH) dari IAB dan dari Institut Pengetua, Fakulti Pendidikan, Universiti
Malaya, hendaklah terus dilantik ke jawatan Pengetua/Guru Besar di sekolah menengah Gred B atau
rendah Gred A dengan elaun tanggungan kerja, jika ada kekosongan jawatan dan tanpa menunggu
kekananan jawatan. Ini disebabkan latihan-latihan yang diberikan kepada mereka ini tidak akan dapat
diamalkan di sekolah sebagai pengetua/guru besar jika tidak terus dilantik.
5:4 Jawatan Guru Besar Gred A di sekolah rendah seharusnya dipegang oleh guru-guru siswazah
yang telah menghadiri kursus NPQH, dengan diberi elaun tanggungan kerja. Jawatan Guru Besar di
sekolah rendah Gred B seharusnya dipegang oleh guru-guru DG4 atau DG5.
5:5 Pengetua/guru besar yang dilantik dan yang memegang jawatan di sekolah hendaklah terdiri
daripada mereka yang berumur 35 45 tahun, kerana mereka ini masih bertenaga, berinovatif dan
kreatif dalam mengubah dan memajukan sekolah untuk menjadi sekolah berkesan.

6. Jawatan Pengetua seharusnya dipegang oleh mereka yang mempunyai keluusan Master
atau Ph.D. serta telah menghadiri kursus NPQH di IAB.

Kesimpulan
Dalam menangani permasalahan yang semakin kompleks di sekolah-sekolah pada abad ke 21 ini,
pengetua/guru besar seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti: mempunyai kualiti kepimpinan,
mempunyai kemahiran dan berketrampilan dalam bidang teknikal, kemanusiaan, pendidikan, budaya
dan simbolik, berkemahiran dalam komunikasi, motivasi, membuat keputusan dan penyelesaian
masalah. Selain itu, ia mesti mempunyai kecergasan fizikal dan kestabilan emosi, beriman dan
bermoral. Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan seharusnya memberikan ganjaran yang
setimpal dengan beban tugas dan tanggungjawab yang semakin kompleks yang dipikul oleh
pengetua pada abad ke 21 ini.
Bibliografi
Abd. Razak Wahid (2000). Ciri-Ciri Pengetua Yang Unggul Bagi Menangani Masalah-Masalah
Yang Terdapat Di Sekolah Menengah Di Malaysia. (Artikel yang tidak diterbitkan).
Ahmad Tajuddin bin Abd. Hamid (1989). Peranan Pengetua Dalam Kepimpinan Pengajaran.
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. (Disertasi M.Ed. yang tidak diterbitkan).
Alias bin Ngah (2000). Ciri-Ciri Pengetua Yang Unggul Bagi Menangani Masalah-Masalah Yang
Terdapat Di Sekolah Menengah Di Malaysia. (Artikel yang tidak diterbitkan).
Azizah bte. Isa (2000). Apakah Pengetua-Pengetua di Malaysia Menjalankan Tugas Sebagai
Pemimpin Pengajaran atau Pemimpin Pentadbir? (Artikel yang tidak diterbitkan).
Azmi Zakaria (1996). "Indikator Pemimpin Cemerlang: Satu Analisis Pengurusan". Jurnal
Pendidikan. Genting Highland: Institut Aminuddin Baki.
Brookover, W.B. dan Lezotte, L.W. (1979). Changes in School Characteristics Coincident with
Changes in Student Achievement. East Lansing: Michigan State University: College of Urban
Development.
Covey, S. (1990). Principle-Centered Leadership. New York: Fireside, Simon & Schuster.
Dwyer, D.C. (1986). Understanding the Principals Contribution to Instruction dalam D.C. Dwyer (ed.),
The Principal as Instructional Leader. Peabody Journal of Education, 63 (1), hlm. 3 17.
Edmond, R. (1979). Effective Schools for the Urban Poor dalam Educational Leadership, 37 (1),
hlm. 15 27.
Fadzilah bin Hj. Md. Noor (1990). Tingkah Laku Pentadbiran dan Kepimpinan Pengetua Sekolah
Menengah di Pahang. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. (Disertasi M.Ed. yang tidak diterbitkan).
Hanafi Kamal (1980). An Identification for the Desirable Behavioral Domains of the Secondary
School Principalship in Malaysia. University Ohio. (Tesis kedoktoran yang tidak diterbitkan).
Hoy, W.K. dan Miskel, C.G. (1991). Educational Administration, Theory Research and Practice.
Singapore: McGraw-Hill.
Hussein Mahmood (1993). Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Institut Aminuddin Baki (1998). Profil Pengetua/Guru Besar Berkesan Menurut Model Malaysia.
Mesyuarat Gerakan Pengetua Berkesan, 5 Mac 1998. (Tidak diterbitkan).
Kementerian Pendidikan Malaysia (1982). Laporan Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di
Sekolah-Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Krajewski, R.J. (1977). "Secondary Principals Want to be Instructional Leader". Phi Delta Kappan,
hlm. 53 58.
Leithwood dan Montgemery. (1982). "The Role of The Elementary School Principal In Program
Improvement". Review of Educational Research, 52 (3).
Levine, D., dan Lezotte, L. (1990). Unusually Effective Schools. Madison, WI: The National Center
for Effective Schools Research and Development.
Lunenburg, C.F. (1995). The Principalship. Englewood Cliffs: Prentice Hall.
Mortimore, P., Sammons, P., Stoll, L., Lewis, S., dan Ecob, R. (1988). School Matters: The Junior
Years. Somerset, Open Books.
Peter Mortimore. (1995). "Key Characteristics of Effective School". Kertas dibentangkan pada
seminar Sekolah Efektif, Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.
Robiah Sidin (1994). Pendidikan Di Malaysia: Cabaran Untuk Masa Depan. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.
Rutter, M., Maughan, B., Mortimore, P., Ouston, J., dan Smith, A. (1979). Fifteen Thousand Hours:
Secondary School and Their Effects on Children. Cambridge MA: Harvard University Press.
Sergiovani, T.J. (1982). "Ten Principles of Quality Leadership". Educational Leadership, 35 (9).
Sergiovani, T.J. (1984). "Leadership and Excellent in Schooling". Educational Leadership, 41 (5).
Sergiovani, T.J. (1995). "The Principalship: A Reflective Practice Perspective". Boston: Allyn and
Bacon.
Shahril @ Charil Marzuki (1997). Kajian Sekolah Berkesan Di Malaysia: Model Lima Faktor. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. (Tesis kedoktoran tidak diterbitkan).
Stoner, J. A. F. (1989). Pengurusan (edisi terjemahan). Kuala Lumpur: AMIZA.
Sweeney, J. (1982). "Research Synthesis on Effective School Leadership". Educational Leadership,
39 (5), hlm. 346 352.
Zaidatul Akmaliah (1999). Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur:Fajar Bakti .

http://kemayangambai.blogspot.com/2013/08/ciri-ciri-kepimpinanpengetuaguru-besar.html

You might also like