You are on page 1of 4

Aktiviti Pengurusan dan Kepimpinan Instruksional/Pengajaran

Aktiviti-Aktiviti Ya Tidak

1. HALA TUJU SEKOLAH (INSTITUSI)


Menggubal falsafah sekolah.
Menetapkan Misi dan Visi (Wawasan) sekolah.
Menetapkan matlamat dan objektif sekolah.
Menentukan sasaran pencapaian akademik sekolah.
Menggubal dan melaksanakan dasar akademik sekolah.
Menggubal dan melaksanakan dasar disiplin sekolah.
Menentukan dasar masa/waktu yang diperuntukkan untuk mata pelajaran
diisi dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Menentukan dasar memberi bimbingan pelajaran kepada pelajar yang
tidak hadir atau yang memerlukan bimbingan.

2. PENGURUSAN PENGAJARAN (INSTRUCTIONAL


MANAGEMENT)
Menetapkan objektif (sekolah) yang hendak dicapai jangka pendek
(tahun semasa) dan panjang (3 tahun)
Bersama guru merancang dan membina strategi program
pembelajaran.(minima 3 tahun)
Bersama guru merancang pembinaan pelan tindakan aktiviti kurikulum
dan kokurikulum. (tahun semasa)
Merancang proses penilaian (ujian dan peperiksaan) pelajaran
Merancang anggaran belanjawan untuk alatan pengajaran.
Memimpin guru bertugas menyediakan jadual waktu, takwim sekolah
dan menyelaras tugas-tugas guru.
Mengagihkan tugas dan tanggungjawab khas guru sejajar dengan
kebolehan mereka
Menganalisis prestasi lepas dan masalah yang menghalang keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Menubuh jawatankuasa kurikulum di peringkat sekolah.
Menggiatkan panitia mata pelajaran supaya lebih berfungsi.
Sebagai pemimpin, perlu mengamalkan pelbagai gaya kepimpinan.
Sentiasa mengkaji semula perjalanan pengurusan sekolah.

3. KURIKULUM DAN PENGAJARAN


Menganalisis kandungan kurikulum bersama guru.
Mengadakan pelbagai strategi pengajaran-pembelajaran untuk meningkat
penguasaan kemahiran-kemahiran para pelajar dengan kerjasama guru.
Membantu guru yang memerlukan bantuan dalam mentafsir dan menilai
keputusan ujian.
Memastikan kaedah yang berkesan dalam melaporkan kemajuan pelajar.
Mengambil bahagian dalam membuat soalan-soalan ujian dan
peperiksaan.
Membantu guru menggunakan objektif pengajaran berdasarkan
taksonomi pembelajaran.
4. PENYELIAAN
Membantu guru membuat rancangan pengajaran.
Memastikan kemudahan pelajaran di sekolah digunakan dengan
sepenuhnya.
Memastikan jumlah waktu belajar dalam seminggu memenuhi kehendak
rasmi.
Memastikan kelas yang tiada guru diberi guru gantian.
Membantu guru mengenal pasti dan memahami masalah pembelajaran
pelajar.
Menganalisis masalah dan kemajuan pelajar bersama guru.
Menggalakkan guru mengadakan pelajaran tambahan bagi pelajar yang
memerlukan.
Menggalakkan guru menggunakan dapatan-dapatan kajian tentang
pelajaran yang berkesan tentang pengajaran mereka sehari-hari.
Meyakinkan guru menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan.
Membantu guru menyelaraskan aktiviti pengajaran mereka.
Memberangsangkan guru untuk mencapai prestasi cemerlang.
Membantu guru membina kemahiran mereka dalam perancangan
pengajaran mereka.
Membantu guru dalam menyelesaikan masalah disiplin bilik darjah.
Membantu guru dalam menghadapi masalah pengajaran-pembelajaran.
Membantu guru meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam pengujian
dan penilaian bilik darjah.
Membantu guru meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam pengurusan
bilik darjah.
Membuat penyeliaan secara berkesan terhadap pengajaran di bilik
darjah.
Menggalakkan guru membuat peralatan pengajaran.
Membantu guru merancang aktiviti kurikulum agar dapat diajalankan
secara berkesan.

5. MENGESAN DAN MENILAI

Menilai program kurikulum yang dijalankan di sekolah.


Menilai aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah.
Menilai pengajaran guru di bilik darjah.
Menganalisis kekuatan dan kelemahan pengajaran guru bersamanya.
Menggunakan maklumat prestasi pelajar untuk meningkatkan lagi
pengajaran guru.
Menggunakan markah ujian untuk meningkatkan lagi prestasi murid.
Menilai keputusan ujian/peperiksaan pelajar.
Menilai kerja latihan pelajar.
Menilai prestasi sekolah dalam hubungannya dengan matlamat sekolah
yang ditetapkan.
Menilai suasana/iklim sekolah.
Menilai keberkesanan program pembangunan staf yang dijalankan di
sekolah.
Menilai matlamat sekolah sepertimana yang ditetapkan
6. SOKONGAN
Meningkatkan lagi disiplin sekolah.
Membekalkan guru dengan peralatan pengajaran dan pembelajaran.
Mendapatkan kemudahan pengajaran di luar sekolah untuk pembelajaran
pelajar.
Memupuk semangat kerjasama para guru di sekolah.
Memupuk semangat pelajar untuk mencapai prestasi cemerlang.
Menghargai guru kerana usaha dan prestasi cemerlang
Mengambil tindakan disiplin terhadap guru yang prestasi kerjanya tidak
memuaskan.
Mengenal pasti keperluan dan masalah peribadi guru.
Mengambil tindakan bagi mengatasi faktor-faktor sekolah yang
menjejaskan pembelajaran pelajar.
Memberi sokongan kepada guru yang mencuba kaedah pengajaran baru.

7. PEMBANGUNAN STAF
Mengenal pasti keperluan guru untuk dimajukan perkembangan
profesional mereka.
Bekerjasama dengan guru bagi merancang program pembangunan staf di
sekolah.
Menggunakan kepakaran dan kemahiran guru dalam program
pembangunan staf di sekolah.
Mendapatkan tenaga pakar dari luar sekolah untuk tujuan pembangunan
staf di sekolah.
Menggalakkan guru menyertai seminar atau perbengkelan yang
dijalankan di luar sekolah.
Menggalakkan guru mengadakan perbincangan profesional sesama
sendiri.
Mendapatkan makalah profesional untuk guru.
Menghadiri seminar atau perbengkelan di sekolah, atau di luar sekolah
bersama guru.

8. KOMUNIKASI
Menghuraikan falsafah, dasar dan maklumat sekolah kepada guru,
pelajar dan ibu bapa.
Menghuraikan kandungan dan matlamat KBSR/KBSM kepada guru,
pelajar dan ibu bapa.
Menyampaikan jangkaan dengan jelas apa yang diharapkan daripada
guru dan pelajar.
Memberitahu prestasi disiplin dan pencapaian sekolah kepada ibu bapa.
Menjelaskan kecemerlangan prestasi pelajar kepada guru dan pelajar.
Meyakinkan guru bahawa pelajar boleh pelajar dan mencapai kejayaan
akademik.
Menjelaskan kepada guru tentang kandungan surat pekeliling daripada
pihak berkuasa pendidikan.
Memberi peluang kepada guru untuk mengemukakan pandangan dan
cadangan mereka secara terbuka dan bebas.
Berbincang secara terbuka dengan guru apabila timbul masalah tentang
pelajaran atau tentang sekolah.
Menyampaikan fakta atau buah fikiran dengan jelas secara lisan kepada
guru, pelajar dan ibu bapa.
Menyampaikan fakta atau buah fikiran dengan jelas secara bertulis
kepada guru, pelajar dan ibu bapa.

9. KERJASAMA DENGAN PIHAK LUAR SEKOLAH


Menggalakkan PIBG sekolah untuk berbincang masalah pelajaran
pelajar.
Mendapatkan bantuan dari Pejabat Pendidikan Daerah dan/atau Jabatan
Pendidikan Negeri dalam pelaksanaan KBSR/KBSM.
Mengekalkan hubungan rapat dengan Pejabat Pendidikan Daerah
dan/atau Jabatan Pendidikan Negeri.
Mendapatkan kerjasama daripada komuniti agensi luar sekolah.
Menggalakkan ibu bapa mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah.

10. HUBUNGAN SECARA LANGSUNG


Mengajar kelas KBSR/KBSM.
Membuat rancangan pengajaran sendiri.
Memberi nasihat kepada pelajar.
Memberangsangkan pelajar untuk berusaha dan mencapai kejayaan
akademik yang cemerlang.
Membuat penyeliaan dan berada di sekitar sekolah (kantin, dewan,
padang).

Disediakan oleh

Muhamad Bustaman Abdul Manaf


Institut Aminuddin Baki, KPM

0199890524/mbamiabkpm@gmail.com

You might also like