You are on page 1of 3

Tonggak 12 Tonggak 12 ialah dasar, panduan dan pokok kepercayaan yang menjadi asas sesuatu tindakan yang perlu

diamalkan oleh semua peringkat kakitangan perkhidmatan awam di semua peringkat. Tonggak 12 mengemukakan panduanpanduan, contoh-contoh nilai dan etika serta amalan-amalan baik yang perlu diamalkan dan amalan-amalan negatif yang perlu dihentikan. Tumpuan utama setiap tonggak adalah individu. Ini didasarkan kepada kepercayaan bahawa nilai-nilai yang penting akan membentuk peribadi yang tertentu dan peribadi ini pula akan mempengaruhi pembentukan sesebuah organisasi. Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani telah mengamalkan tonggak 12 sebagai panduan untuk membentuk peribadi yang baik di kalangan murid-murid dan kakitangan sekolah. Tonggak pertama ialah menghargai masa. Sekolah ini menekankan masa itu emas dan kes datang kewat ke sekolah adalah kurang kerana semua kakitangan sekolah dan murid-murid telah menepati masa dan pihak sekolah telah merancang waktu belajar murid dengan sistematik. Tonggak kedua ialah ketekunan membawa kejayaan. Guru-guru di sekolah ini sentiasa mengajar murid dengan berusaha dan sanggup berkorban untuk sekolah. Tonggak ketiga ialah keseronokkan bekerja. Pihak sekolah telah menyediakan iklim bilik kerja yang baik untuk semua guru supaya mereka dapat membuat kerja dalam keadaan yang selesa dan semua bilik darjah juga mempunyai iklim yang baik supaya murid dalam belajar dalam keadaan yang seronok. Tonggak keempat ialah kemuliaan kesederhanaan. Kesederhanaan

menimbulkan keadaan yang bersih, kemas, selesa dan harmoni. Murid-murid dan kakitangan sekolah harus kesederhanaan dalam percakapan, arahan, pakaian yang sopan, tindakan, pergaulan dan lain-lain. Tonggak kelima ialah ketinggian peribadi. Murid-murid di sekolah ini memberi salam kepada orang yang lebih dewasa daripada mereka. Guru-guru di sekolah ini juga mempunyai sifat penyayang. Tonggak keenam ialah kekuatan sifat baik hati. Kita akan berasa senang dengan orang yang berbaik hati. Guru-guru di sekolah ini sentiasa menyemaikan nilai-nilai murni dalam kalangan murid supaya mereka boleh bersifat sopan santun dan dapat bertimbang rasa terhadap orang lain. Tonggak ketujuh ialah pengaruh

teladan. Dengan mempunyai guru besar yang berkaliber, sekolah ini dapat mencapai kejayaan dan mendapat anugerah sekolah berprestasi tinggi. Tonggak kelapan ialah kewajiban menjalankan tugas. Tugas ialah tanggungjawab yang ditetapkan bagi seseorang yang hidup bermasyarakat. Tugas mesti dilaksanakan dengan cekap, cepat, berkesan dan sempurna. Tonggak kesembilan ialah kebijaksanaan berhemat. Orang yang berhemat sebenarnya menghargai perkara atau benda-benda yang dicermatkan. Tonggak kesepuluh ialah keutamaan kesabaran. Kesabaran ialah sifat yang dipuji oleh semua agama dan diakui kebaikannya oleh para ilmuan, raja dan pentadbir. Orang yang sabar

menerima cabaran dengan tenang, memikirkannya teratur dan jika timbul masalah, ia tidak akan berputus asa. Semangat ketabahan pada diri seseorang menunjukkan kewibaannya dalam menjalankan tugas, keberaniannya menghadapi dugaan dan kepercayaannya terhadap matlamat yang harus dicapai. Tonggak kesebelas ialah peningkatan bakat. Bakat ialah sifat yang mendorong ke arah penciptaan, inovasi dan penyelesaian masalah yang rumit. Sebarang bakat baik dari segi pentadbiran, sains dan teknologi, kesenian dan lainnya. Ia memang memberi manfaat kepada kehidupan manusia. Pemupukan bakat bukan secara paksaan tetapi dengan gaya yang tersendiri mengikut masa dan keadaan. Tonggak terakhir iaitu kedua belas ialah nikmat bercipta. Kepuasan yang amat ketara dan mendalam ialah nikmat yang terhasil daripada mencipta sesuatu, lebihlebih lagi jika perkara atau bahan yang dicipta itu mendatangkan faedah kepada masyarakat dan negara. Kepuasan mencipta peralatan baru atau teknik baru akan menerbitkan kepuasan yang mendalam yakni rasa pencapaian, rasa penaklukan dan rasa bangga kerana ia memanfaatkan orang ramai.

You might also like