You are on page 1of 11

Amalan Pengetua/ Guru Besar Terbaik Yang Menjadikan Mereka Berkesan

Amran bin Mat Arriffen

Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia menjelang tahun 2025 seharusnya berupaya


mencapai pendidikan berkualiti yang menjadi penyumbang utama dalam pembangunan
modal insan dan ekonomi negara. Kualiti pengajaran merupakan medium paling berkesan
dalam meningkatkan keberhasilan pelajar. Kesedaran untuk memperkukuhkan amalan
terbaik dalam kalangan warga pendidik seharusnya dipertingkatkan melalui proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) agar dapat mencapai matlamat kecemerlangan
pendidikan khususnya di sekolah-sekolah. Oleh itu, dalam menentukan halatuju dan
kecemerlangan sesebuah sekolah, sekolah memerlukan satu kumpulan kerja yang mantap
yang dikemudikan oleh pemimpin sekolah yang mengamalkan kepimpinan pengajaran
yang berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia 2012). Artikel ini akan membincangkan
dua perkara penting yang berkaitan dengan kepimpinan di sekolah iaitu pertamanya amalan
pengetua/guru besar berkesan dan pemindahan amalan tersebut kepada warga sekolah dan
kedua penempatan pengetua/guru besar di sekolah berprestasi rendah.

Shahril dan Muhammad Faizal (2007) membuktikan bahawa kepimpinan pengetua


adalah merupakan antara penggerak utama bagi mewujudkan sebuah sekolah yang
berkesan. Pengetua yang memiliki penguasaan peribadi mempunyai pengaruh positif
terhadap keupayaan mereka untuk mengurus sekolah dengan lebih berkesan (Retna 2011).
Bagi mencapai kecemerlangan sesebuah sekolah, pengetua/guru besar bertanggungjawab
mengamalkan amalan yang terbaik setiap hari. Oleh sebab itu, pemilihan bakal
pengetua/guru besar perlu diberikan penekanan dalam aspek personaliti bagi menjamin
mereka yang dipilih mempunyai kualiti diri yang tinggi dalam melahirkan pemimpin
sekolah yang berimpak tinggi (Shariffah Sebran Jamila Bt Syed Imam, Mohameed Sani Hj
Ibrahim, Mohd Izham Hamzah & Hairuddin Mohd Ali 2013). Apakah amalan kepimpinan
terbaik yang memberi kesan kepada kecemerlangan sekolah dan bagaimana untuk
memindahkannya kepada warga sekolah dengan cepat?

1
Amalan Harian Pengetua/Guru Besar Yang Berkesan

Setiap sekolah, tanpa mengira lokasi, saiz atau jenis, akan menyediakan pendidikan
yang baik dan holistik kepada murid. Hal ini bermakna bahawa menjelang tahun 2020,
tidak akan ada lagi sekolah berprestasi rendah di negara ini, malah lebih banyak sekolah
akan diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) atau Sekolah Kluster
Kecemerlangan berdasarkan prestasi yang ditunjukkan (Sufean Hussin 2014). Wawasan
ini akan menjadi relaiti sekiranya semua pihak mengembelingkan tenaga ke arah matlamat
yang sama. Aspek yang penting bagi mencapai wawasan ini ialah amalan kepimpinan di
peringkat sekolah. Menurut Fred Hechinger (1989) mengungkapkan kepentingan amalan
kepimpinan yang berkesan dalam membawa sekolah ke arah kejayaan adalah:

“Saya belum pernah melihat sekolah yang maju ditadbir oleh guru besar yang lemah, atau
sekolah yang mundur ditadbir oleh guru besar yang cekap. Saya pernah melihat sekolah-
sekolah yang mundur berjaya dimajukan, dan yang menyedihkan, ada sekolah-sekolah
yang maju merosot dengan mendadak. Dalam setiap kes, jatuh bangun sesebuah sekolah
adalah kerana kualiti guru besarnya”

Berdasarkan kepada ungkapan ini, jelas menunjukkan amalan kepimpinan


pengetua/guru besar sangat mempengaruhi pencapaian matlamat sekolah. Hanya mereka
yang mengamalkan kepimpinan berkesan sahaja dapat membawa sekolah ke arah
kecemerlangan (Supian Bin Hashim dan Khadijah Binti Daud 2014). Fauziah Kassim
(2008) berpendapat pengetua/guru besar adalah seorang pemimpin yang berkeupayaan,
bertanggungjawab untuk merancang dan melaksana pengetahuan, berkemahiran,
mempunyai kepakaran dalam mentadbir dan mengurus sekolah dengan cekap dan
berkesan.

Pengetua/guru besar berkesan perlu menyalurkan inspirasi kepimpinan mereka


kepada para pengikut agar mereka dapat menjiwai dan menterjemahkannya di institusi
sekolah setiap masa (Supian Bin Hashim 2014). Mereka mampu untuk mencetuskan
motivasi dan mempengaruhi pengikut dengan kata-kata semangat yang dapat memberi
inspirasi kepada peningkatan mutu pekerjaan mereka (Jamilah Man, Yahya Don dan Siti
Noor Ismail 2016). Pengetua/guru besar juga dapat memperlihatkan halatuju matlamat
yang jelas untuk sekolah dan keutamaan diberikan kepada perkara yang berkaitan dengan

2
pelajar. Sebagai pemimpin pengajaran, mereka mampu melihat dan mengetahui apa yang
berlaku dalam bilik darjah dan tahu bagaimana untuk memacu kejayaan dengan melihat
kekuatan yang ada pada orang bawahannya, mengurangkan kelemahan mereka dan
membuat penambahbaikan terhadap kurikulum dan pengajaran di sekolah (Norashikin Abu
Bakar, Ramli Basri dan Nurnazahiah Abas 2013). Dengan memahami matlamat sekolah,
pengupayaan (empowerment) atau penurunan kuasa kepada kakitangan bawahan dapat
membantu penjanaan sekolah berkesan dalam masa yang singkat (Supian Bin Hashim
2014). Proses berterusan yang dilakukan oleh pengetua/guru besar dalam menyampaikan
hasrat dan aspirasi pendidikan akan menyuburkan semangat kerjasama dan budaya
cintakan kecemerlangan di sekolah.

Pada masa yang sama, pengetua/guru besar perlu memastikan matlamat sekolah
dapat diterjemahkan kepada amalan di dalam bilik darjah. Dengan cara ini, mereka dapat
menyelaras kurikulum selaras dengan apa yang perlu diajar dalam bilik darjah dan
pencapaian pelajar di dalam peperiksaan. Melalui keputusan peperiksaan, pengetua/guru
besar dan guru dapat berbincang dan mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pelajar serta
merancang program akademik yang bersesuaian bagi meningkatkan prestasi pelajar
(Norashikin Abu Bakar 2013). Oleh itu sebagai pengetua/ guru besar yang berkesan,
mereka perlu tahu cara yang paling sesuai dan berkesan untuk menyampaikan misi sekolah
kepada guru, pelajar, ibu bapa dan staf sokongan samada secara formal atau tidak formal.
Mereka harus memastikan misi tersebut benar-benar difahami dengan selalu mengadakan
perbincangan yang melibatkan pengajaran dan kurikulum sekolah (Norashikin Abu Bakar
2013). Kefahaman yang sama dalam mencapai visi dan misi sekolah akan membuahkan
pemuafakatan dan dengan saling berganding bahu untuk kecemerlangan sekolah.

Pemasalahan dalam kepimpinan sekolah akan berlakau sekiranya pengetua/guru


besar yang menganggap dirinya sebagai pentadbir dan sibuk dengan urusan pentadbiran
semata-mata. Pengetua/guru besar yang berkesan adalah mereka yang bukan sahaja
pemimpin pentadbiran, bahkan mereka juga adalah pemimpin pengajaran. Mereka terlibat
dalam menyediakan matlamat yang jelas, menyediakan sumber pengajaran, mengurus
kurikulum, memantau rancangan pengajaran dan menilai guru. Selain itu, pemimpin

3
pengajaran menjadikan kualiti pengajaran sebagai keutamaan sekolah dan berusaha
merealisasikan visi dan matlamat sekolah (Norashikin Abu Bakar 2013).

Pemimpin pengajaran yang baik dan berpengalaman adalah pengetua/guru besar


yang dapat mempengaruhi dan meningkatkan komitmen guru sebagai pemimpin dan
pengurus pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Peranan kepimpinan pengajaran
pengetua/guru besar dilihat sangat penting terutama dalam memberi sokongan dan
bimbingan bagi mengembangkan kepimpinan guru di sekolah (Norashikin Abu Bakar
2013). Guru yang bekerja dengan pengetua/guru besar yang mengamalkan amalan
kepimpinan pengajaran secara sukarela komited terhadap PdP di sekolah (Bas 2012).
Manakala Rosnah Ishak dan Muhammad Faizal A. Ghani (2012) melalui kajiannya
menemui lima elemen kepimpinan terbaik organisasi pembelajaran. Elemen tersebut
ialah menyediakan ruang dan peluang pembelajaran untuk guru, menjadi model
pembelajaran, menggalakkan inovasi, memberikan penghargaan dan pengiktirafan
serta membangunkan potensi warga sekolah.

Pengetua/guru besar perlu mempunyai inisiatif untuk mengenal pasti keperluan


pembelajaran guru dan seterusnya kehendak pembelajaran tersebut. Selain peranan
tersebut, pemimpin juga perlu memberikan peluang yang adil kepada guru untuk
membangunkan profesionalisme diri dengan menyediakan program latihan dan bahan
rujukan berkaitan yang mencukupi dan terkini. Antara usaha yang perlu dilakukan ialah
menggubal jadual waktu yang fleksibel untuk memudahkan guru belajar, menyediakan
ruang yang selesa untuk pembelajaran guru dan memperuntukkan hari khusus untuk sesi
perkongsian ilmu (Rosnah Ishak 2012). Bagi meningkatkan lagi keberkesanan kepimpinan
sekolah, pengetua/guru besar perlu menjadi model pembelajaran dan sumber rujukan
pembelajaran. Mereka perlu menjadi pemimpin yang dapat mempengaruhi pengikutnya
melalui sifat atau karisma yang ada pada dirinya dan menjadi role model kepada
pengikutnya (Jamilah Man 2016). Sebenarnya para guru memerlukan bimbingan, nasihat,
bantuan, sokongan dan dorongan daripada pengetua/guru besar untuk mewujudkan suasana
PdP yang lebih berkesan. Sebagai pemimpin pengajaran, pengetua haruslah mahir dan
berpengalaman tentang metodologi PdP yang terkini dan semasa (Norashikin Abu Bakar
2013).

4
Pengetua/guru besar perlu menggalakkan budaya inovasi dengan cara
menunjukkan sokongan kepada idea baharu, mengiktiraf aktiviti inovasi warga sekolah
serta memberikan penghargaan dan meraikan kejayaan sekiranya inovasi tersebut berjaya
(Rosnah Ishak 2012). Mereka mampu merangsang intelektual iaitu pengikut diberi tunjuk
ajar dalam menyelesaikan masalah secara kreatif dan pemimpin ini juga sentiasa menjaga
hubungan baik dengan semua pihak (Jamilah Man 2016). Mereka juga perlu bijaksana
mengenal pasti dan mengesan segala kebolehan gurunya sekaligus memanipulasikan
kepakaran, minat dan kecenderungan guru untuk bekerja bersama-sama dalam mencapai
matlmat sekolah (Supian Bin Hashim 2014). Oleh itu, pengetua/guru besar yang berkesan
perlu membina hubungan dan keakraban dengan setiap orang guru dan cepat bertindak
terhadapt sesuatu perkara supaya para guru rasa dihargai.

Penempatan Pengetua/Guru Besar Di Sekolah Prestasi Rendah

Pemimpin sekolah berprestasi tinggi menjadi tonggak kepada kecemerlangan


kepimpinan sekolah. Pemimpin yang berprestasi ini mempunyai keterampilan kualiti diri
yang tinggi. Pemimpin yang berketerampilan mempunyai kualiti diri yang unggul dan
menjadi tonggak kepada kejayaan sesebuah sekolah. Oleh yang demikian, personaliti
merupakan tonggak utama dalam melahirkan pemimpin sekolah yang berkualiti dalam
menghadapi kompleksiti dalam pendidikan masa kini (Shariffah Sebran Jamila Bt Syed
Imam 2013). Abdul Shukor (2000) menegaskan pihak sekolah mempunyai tanggungjawab
dan perlu mengambil langkah-langkah yang berkesan dalam merealisasikan agenda
Kementerian Pendidikan yang ingin mewujudkan Sekolah Berkesan dan Sekolah Bestari
sejajar dengan keperIuan pendidikan pada abad ke-21. Persoalan sekarang adakah
penempatan pengetua/guru besar terbaik di sekolah prestasi rendah memberi kesan positif
atau sebaliknya ?

Berdasarkan kepada perbincangan yang lepas, dapat difahami bahawa penempatan


pengetua/guru besar terbaik di sekolah prestasi rendah amat penting dan perlu bagi
mencapai matlamat aspirasi pendidikan negara. Pengetua/guru besar yang mengamalkan
gaya kepimpinan berkesan dan personaliti unggul mampu mempengaruhi pengikutnya
untuk mencapai kecemerlangan. Menurut Hamidah Yusof & Kong Yuen Ching (2014)
seorang pengetua yang berkesan boleh menyesuaikan corak dan gaya kepimpinannya

5
mengikut keperluan keadaan dan guru-gurunya. Sekolah yang mendapat kejayaan yang
tinggi sememangnya diketuai pengetua yang sentiasa memberikan kepimpinan yang
mantap, mempunyai harapan yang tinggi untuk berjaya dan berorientasikan kejayaan
kerana pengetua memainkan peranan meningkatkan prestasi sekolah sama ada secara
langsung ataupun tidak langsung.

Menurut Jamilah Man (2016) pemimpin perlu memberi perhatian kepada setiap
pengikut termasuk sentiasa memberi pertimbangan yang baik terhadap setiap orang
pengikutnya serta menilai pengikut berdasarkan keistimewaan mereka tersendiri, maka
perkara seperti ini akan menyebabkan pengikut rasa dihargai dan dengan sendirinya wujud
rasa tanggungjawab terhadap organisasi. Kepakaran yang dimiliki oleh seseorang guru di
sekolah perlulah dikongsi bersama-sama dengan guru lain. Para guru akan mempunyai
tanggapan bahawa pengetua/guru besar mereka berpandangan jauh dan mengutamakan
kompetensi dalam kalangan guru agar dapat membawa sekolah ke arah kecemerlangan
(Supian Bin Hashim 2014). Pemimpin organisasi pembelajaran sentiasa memberikan
penghargaan dan pengiktirafan kepada kakitangannya. Besar atau kecil sumbangan tenaga
atau idea mereka dihargai dengan cara yang sewajarnya (Rosnah Ishak 2012). Langkah
positif yang dibawa oleh pengetua/guru besar ke sekolah pretasi rendah akan mengubah
langskap sekoah tersebut. Usaha ini mungkin mengambil sedikit masa, namun amalan
terbaik yang konsisten mampu menghasilkan hasrat pendidikan negara. Dalam masa yang
sama setiap pengetua/ guru besar perlu diberikan ilmu dan kemahiran gaya kepimpinan
yang bersesuaian dengan era globalisasi ini.

Pengetua/guru besar yang berkesan dapat mendorong guru-gurunya komited


terhadap apa jua matlamat sekolah yang hendak dicapai dan organisasi akan menjadi paling
efektif apabila individu dalam organisasi itu jelas tentang matlamat asas organisasi mereka
(Dufour et al. 2010). Mereka mampu mempengaruhi pengikut dengan cara memperlihatkan
tingkah laku yang mengagumkan dan sentiasa berusaha mencapai nilai, misi dan visi
organisasi (Jamilah Man, Yahya Don dan Siti Noor Ismail 2016). Gaya kepimpinan yang
berkesan mampu melonjakkan prestasi kerja dalam kalangan guru dengan memberi ruang

6
yang luas kepada kakitangannya untuk berfikir di luar kotak. Keadaan ini berupaya
menjana dan meningkatkan minat guru untuk sama-sama menjiwai matlamat dan berkerja
dalam satu pasukan yang berkesan (Ab Aziz Yusuf 2003).

Kesimpualan

Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan persoalan tersebut ialah pengetua/guru


besar perlu mengamalkan gaya kepimpinan yang berkesan di sekolah. Amalan ini perlu
dilakukan secara berterusan dan melibatkan semua peringkat, iaitu bermula dengan
pengetua/guru besar hingga kepada pembantu am. Setiap warga sekolah perlu faham
dengan jelas visi dan misi sekolah, ia bukan sekadar mural untuk keceriaan semata.
Pengetua/guru besar perlu memberi penjelasan tentang visi dan misi serta mampu
mempengaruhi pengikutnya untuk bersama-sama ke arah kecemerlangan sekolah. Mereka
juga perlu membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, menggalakan inovasi dan
prihatin terhadap kebajikan orang bawahannya. Penempatan pengetua/guru besar yang
terbaik di sekolah berprestasi rendah adalah salah satu langkah untuk mencapai matlamat
pendidikan negara. Selain itu, usaha memperkasakan ilmu dan kemahiran melalui kursus
kepimpinan amat diperlukan untuk mengangkat martabat pendidikan negara secara
holistik.

Rujukan:

Abdul Shukor Abdullah (2000). Sistem pemastian peningkatan standard kualiti


pendidikan: Teori praktis. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Kebangsaan
PeningkatanStandard Kualiti Pendidikan pada 21 hingga 24 Ogos, 2000 di The
Regency Hotel& Resort, Port Dickson, N. Sembilan.

Bas, G. (2012). Correlation between School Principals‟ Instructional Leadership


Behaviours and Teachers‟ Organisational Trust Perceptions. Middle Eastern &
African Journal of Educational Research, Issue 1 Fall, 2012.

Hallinger, P & Murphy, J. (1985). Assessing The Instructional Management Behavior Of


Principals. The Elementary School Journal, 86 (2).

7
Hamidah Yusof & Kong Yuen Ching. 2014. Gaya Kepimpinan Pengetua Dan
Hubungannya Dengan Keberkesanan Sekolah. Vol.3 (2014). 93‒106

Jamilah Man, Yahya Don & Siti Noor Ismail. 2016. Kepimpinan Transformasional Dan
Kualiti Guru Generasi ‘Y’. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Januari 2016. Bil. 3. Isu
.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia 2013-2025. Kuala Lumpur: KPM

Fuziah Mat Yakop & Mohd Izham Mohd Hamzah. 2011. A study of reationship between
leadership practices and learning organization practices in cluster secondary
schools.

Norashikin Abu Bakar, Ramli Basri, Nurnazahiah Abas. 2013. Kepimpinan Pengajaran
Pengetua Dan Kepimpinan Guru.Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan
(Greduc 2013)

Retna, K.S. & Ng, P.T. 2006. The challenges of adopting the learning organization
philosophy in a Singapore school. International Journal of Educational
Management 20(2): 140-152.

Rosnah Ishak & Muhammad Faizal A. Ghani. 2012. Amalan Kepimpinan Terbaik untuk
Sekolah “Organisasi Pembelajaran”. Jurnal Pendidikan Malaysia 37(2)(2012): 35-
41.

Shahril @ Cahril Marzuki & Muhammad Faizal A. Ghani. 2007. Pembentukan model
sekolah berkesan Malaysia: Satu kajian Delphi. Jurnal Pendidikan 27(1): 179-199.

Sufean Hussin. 2014. Cabaran Menyeluruh Dalam Pelaksanaan Transformasi Pendidikan


Untuk Masa Depan Malaysia. Seminar Transformasi Pendidikan Nasional, 9-10
Mei 2014, Fakulti Pendidikan, Kertas Ucaputama.

Supian Bin Hashim. Khadijah Binti Daud. 2014. Amalan Kepimpinan Lestari Dan
Hubungannya Dengan Prestasi Kerja Guru Sekolah Rendah Yang Menerima
Tawaran Baru Di Daerah Segamat.

8
Sekolah yang bagus adalah didorong oleh guru, pemimpin pertengahan, pengetua dan guru besar (PGB)
sekolah yang bersungguh-sungguh membawa perubahan kepada pembelajaran murid-murd. Walau
bagaimanapun, cabaran daripada kemajuan global dan teknologi abad ke-21 telah meletakkan
pemimpin-pemimpin sekolah dan guru-guru di bawah tekanan yang lebih daripada dahulu.

Bagaimana PGB boleh menjadi seorang pemimpin sekolah yang berjaya? Berikut adalah ciri-ciri yang
saya percaya perlu dibangunkan oleh PGB, supaya kepimpinan mereka kekal relevan untuk
berkembang pada abad ke-21.

Kejujuran dan integriti (Honesty and Integrity)

Sebagai pemimpin, anda perlu mengenali nilai diri anda sendiri, kenali nilai yang sedia ada di sekolah
dan nilai-nilai yang ada dalam komuniti sekolah. PGB perlu berusaha melakukan penjajaran dan
asimilasi antara nilai yang ada pada diri mereka dengan nilai yang sedia ada di sekolah dan masyarakat.
Jika di sekolah tidak mempunyai nilai yang mantap, maka inilah masanya untuk PGB melakukan
perubahan. Namun, jika sekolah yang diterajui oleh PGB telah mempunyai nilai budaya yang tertentu,
kaji nilai dan budaya tersebut terlebih dahulu. Kenal pasti jurang yang ada dan lakukan penjajaran nilai
yang ada pada diri anda dengan nilai-nilai sekolah dan komuniti. Jadikan nilai tadi sebagai model yang
dikongsikan dengan seluruh warga sekolah dan komuniti.

Sebagai pemimpin sekolah, PGB perlu membuat komitmen peribadi untuk bersikap jujur dengan diri
sendiri dan warga sekolah pada setiap masa. PGB perlu menunjukkan ketelusan dalam mengambil
tindakan dan tidak mempunyai agenda tersendiri untuk kepentingan diri. Setelah itu baharulah PGB
mengambil inisiatif untuk memupuk kejujuran dan integriti dalam kalangan guru-guru dan murid-murid.
Jika PGB membuat kesilapan, mengakuinya, mengambil tanggungjawab untuk kesilapan itu,
menyelesaikannya dan belajar daripadanya. Sentiasa menjaga perkataan dan janji-janji.

Keupayaan meyakini dan mengupayakan orang lain. (Ability to Trust and Empower)

PGB perlu mendengar suara guru-guru dan murid-murid. Ketahui bakat, minat dan kecenderungan
mereka dan seterusnya berikan pengupayan sewajarnya. Upayakan mereka untuk bertanggungjawab
bagi melaksanakan tugas-tugas atau program yang tertentu. Pendekatan turun padang dan sentiasa
berada bersama mereka untuk memberi bimbingan adalah karakter PGB yang disegani dan dihormati
oleh warga sekolah. PGB juga perlu memastikan setiap pencapaian guru-guru dan murid sentiasa
dihargai sama ada dalam bentuk ungkapan, perbuatan mahupun tindakan.

Berkomunikasi, berkerjasama dan dan sentiasa berhubungan. (Communicative, Collaborative


and Connected)

PGB perlu berfikiran secara terbuka, cari dan berkongsi maklumat dan pengetahuan. Usaha untuk
difahami dan memahami orang lain. Berhubung dengan dunia melalui blog dan media sosial.
Berkolaboratif dengan pihak lain sama ada secara maya atau bersemuka bagi memastikan keputusan
yang terbaik dapat dibuat.

Aura positif (Positive Energy)

PGB perlu sentiasa wujud pendekatan yang positif, proaktif dan berdedikasi. Luangkan masa untuk
bercakap dengan murid, guru dan ibu bapa. Mengambil tahu perkembangan murid, guru dan ibu bapa
serta menghargai mereka dengan mewujudkan hubungan yang tulen. Walau bagaimanapun pastikan
PGB dapat melungkan masa untuk menguruskan kesihatan diri, kesejahteraan dan tahap tenaga seupaya
sentiasa bersynergi dalam memenuhi tuntutan tugas dan peribadi.

Keyakinan (Confidence)

9
PGB perlu menujukkan tahap keyakinan yang tinggi dan boleh didekati. PGB kerap boleh dilihat, dan
tidak hanya terperap di dalam bilik sahaja. PGB mengambil berat dan kerap bertanya kepada guru dan
murid-murid. Hargai apa yang anda lihat dan memberi pujian terhadap pengajaran dan pembelajaran
atau amalan yang berkesan. Sebagai seorang pemimpin, PGB akan berhadapan dengan situasi sukar.
Dalam situasi ini, tetap tenang dan yakin untuk mengekalkan semangat dan keyakinan dalam komuniti
sekolah. Pastikan tumpuan PGB sentiasa kembali ke matlamat strategik. Objektif utama adalah untuk
memastikan semua individu yang berada dalam kawalannya bergerak maju.

Komitmen dan kesungguhan (Commitment and Persistence)

Memaparkan komitmen tulen dan dedikasi adalah penggerak kepada guru-guru dan murid-murid.
Pastikan PGB membuat pelaburan jangka pendek dan rancangan jangka panjang berdasarkan visi
strategik abad ke-21. PGB perlu seratus peratus komited terhadap pencapaian matlamat
penambahbaikan sekolah. Menyesuaikan diri apabila berlaku situasi yang tidak diduga dan kemudian
berterusan berusaha sehingga matlamat yang disasarkan dapat dicapai. Jangan berputus asa!

Kesediaan untuk belajar, tinggalkan pemikiran lama dan kukuhkan pengetahuan (Willingness
to Learn, Unlearn and Relearn)

Pertumbuhan minda adalah salah satu ciri-ciri yang paling penting yang setiap PGB harus miliki. Untuk
memperkembangkan minda, PGB perlu melakukan tiga perkara iaitu belajar (learn), Mengosongkan
minda lama (Unlearn) dan mengukuhkan pembelajaran (Relearn). PGB perlu sentiasa menambah
pengetahuan dan kemahiran. Jangan sekali-kali berhenti belajar! Terokai peluang dan kemungkinan-
kemungkinan abad ke-21 yang menarik dan mampu memperkasa diri, sekolah dan komuniti. PGB perlu
berfikiran terbuka dan dengan minda berkembang. Seth Godin berkata, "Jika anda tidak melakukan
perkara-perkara yang mengusarkan anda, anda tidak benar-benar belajar."

Belajar (Learn); bermaksud PGB harus mempunyai minda yang terbuka untuk mengemas kini dan
menyesuaikan diri dengan perkembangan pendidikan terkini. Bermaksud PGB perlu mengumpul
maklumat, menyesuaikan diri dengan trend pengurusan terkini, memahmi perkembangan dan
pertumbuhan murid sesuai dengan zamannya dan memahami pemikiran generasi guru milinial yang
berada di sekolah. PGB berkolaboratif, aktif, rajin berkongsi dan bertanya dengan rakan sejawat, rakan
strategic seperti SIP+ dan juga guru-guru di sekolahnya. Semuanya dilakukan dengan tujuan
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Kemudian, Unleran adalah bahagian yang paling sukar dalam pertumbuhan minda kerana PGB perlu
mengosongkan cara berfikir yang lama, pendekatan tradisional dan perkara jumud, yang dianggap sudah
ketinggalan dan tidak produktif. Sebagai contoh, PGB perlu melihat kemenjadian murid secara holistik
di mana permbelajaran berasaskan pertumbuhan perlu diutamakan. Oleh itu amalan sebelum ini yang
melihat keberhasilan murid dari aspek GPS dan peratus lulus dalam akademik semata-mata perlu
disimpan dalam arkib pemikiran.

Seterusnya, relearn yang membawa maksud PGB perlu beranai untuk mempelajari sesuatu yang telah
dipelajari sebelum ini, tetapi mungkin masih belum lengkap atau belum memberi impak keberhasilan.
Oleh itu selepas PGB mempunyai unlearn yang bermaksudPGB telah membuang amalan pemikiran
lama , maka kini minda perlu diisi dengan mempelajari perkara baru. Misalnya konsep Pembelajaran
Abad ke-21, STEM, pembelajaran terbeza, pembelajarna koperatif dan kolaboratif, KBAT dan
seumpamanya

Keusahawanan, kreatif dan inovatif (Entrepreneurial, Creative and Innovative)

Kebolehan untuk berfikir di luar kotak adalah sangat penting. Kreativiti dan Inovasi adalah cara yang
hebat untuk menguruskan gangguan dan kompleksiti abad ke-21. Memperkasakan murid dan guru untuk
menjadi pintar, fleksibel, kreatif, berfikir seperti usahawan serta mengembangkan rakan kongsi global

10
dan sumber untuk berjaya dalam dunia yang sentiasa berubah-ubah. PGB perlu membangunkan sekolah
sebagai organisasi keusahawanan.

Naluri Intuitif/ Gerak Hati (Intuitive)

Gerak hati adalah sesuatu yang mencabar untuk dijelaskan, walaupun besar peranan yang dimainkannya
dalam kehidupan seharian kita. Steve Jobs misalnya menyatakan bahawa gerak hati sebagai, "sesuatu
yang lebih kuat daripada akal (more powerful than intellect)." Walau bagaimanapun kita sekadar
mengungkapkan dalam kata-kata. Oleh itu PGB perlu belajar untuk meyakini naluiri intuitif. Tanpa kita
sedari dalam banyak keputusan yang kita ambil hasil dari gerak hati, iaitu taakulan bawah sedar yang
menjadi penggerak kepada kita untuk melakukan sesuatu tanpa memberitahu kita kenapa atau
bagaimana. Oleh itu PGB perlu mendengar suara hati kerana ia datang dari kebijaksanaan dan lubuk
hati yang tulus.

Kebolehan untuk memberi inspirasi (Ability to Inspire)

Jadilah sumber inspirasi! Tujukan kepada guru-guru, murid-murid dan ibu bapa tentang peluang
pendidikan yang terbentang luas, dengan memberikan penekanan terhadap visi dan misi sekolah.
Wujudkan satu semangat dan keyakinan untuk bekerja bersama-sama dalam mewujudkan hala tuju
sekolah.

11

You might also like