You are on page 1of 7

1

KEPENTINGAN PENERAPAN PENDIDIKAN ISLAM AWAL KANAK-KANAK

Oleh :
Cik Nurul Aini Binti Hashim1

Abstrak

Pendidikan awal anak adalah peletakan batu asas yang penting supaya keseluruhan sistem
pendidikannya bergerak pada orbit yang betul berpaksikan prinsip tauhid. Hasrat penubuhan
pendidikan Islamawal kanak-kanak adalah penyemaian benih bermutu bagi menjadikan
keredaan Allah sebagai puncak pencapaian pendidikan dan destinasi terakhir perjalanan
manusia. Jika al-Quran dan al-Sunnah menjadi acuannya, maka akan terbentuklah generasi
yang hebat dari segala segi. Artikel ini akan mengupas kepentingan penerapan pendidikan
Islam awal kanak-kanak dalam pembentukan ummah diikuti cabaran yang harus ditempuhi
dan cadangan kurikulum yang perlu diterapkan dalam sistem pendidikan Islam awal kanak-
kanak.

Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-kanak

Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia mempunyai dua peringkat berdasarkan


tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-
kanak(TASKA) untuk kanak-kanak yang berumur di bawah empat tahun.Peringkat kedua
ialah prasekolah atau Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) untuk kanak-kanak yang
berumur empatsehingga enam tahun.Bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan
Jabatan Perpaduan, mereka memberi nama program awal kanak-kanak sebagai Taman
Bimbingan Kanak-kanak atau TABIKA. Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah satu program
yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur empatsehingga
enam tahun dalam jangka masa satu tahun sebelum masuk ke tahun satu di sekolah formal.
Walau bagaimanapun, di Malaysia terdapat prasekolah jenis kerajaan iaitu KEMAS dan
prasekolah bukan jenis kerajaan.

Pada masa ini penubuhan institusi-institusi swasta dalam pendidikan awal kanak-
kanak di Malaysia semakin diberi perhatian. Walau bagaimanapun, program pendidikan awal
kanak-kanak ini masih di tahap yang belum mencapai piawaian pendidikan dalam bidang
pendidikan awal kanak-kanak. Pihak institusi berlumba-lumba menawarkan program
berkenaan tetapi tidak dapat menyediakan bidang sebenar pendidikan awal kanak-kanak.
Keadaan ini memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan
kanak-kanak di TASKA dan TADIKA.

1
Pensyarah diKolejPengajian Islam Johor (MARSAH).
2

Pendidikan Islam Awal Kanak-kanak

Islam menjadikan ilmu pengetahuan penggerak utama dalam mencapai maksud merubah
kehidupan ke arah yang lebih baik. Ilmu diangkat ke tahap paling tinggi kerana tanpa ilmu
pengetahuan, segala kegiatan akan menemui kegagalan dan tidak sampai kepada matlamat
sebenar, iaitu mencari keredaan Allah.Matlamat pendekatan pendidikan Islam awal kanak-
kanak ini adalah untuk memupuk minda yang berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah sejajar
dengan matlamat sebagai hamba Allah dengan menjalani kehidupan berpaksikan prinsip
tauhid. Minda ini bukan hanya berpaksikan pengetahuan dan kemahiran tetapi juga emosi,
moral dan kepekaan estetika.

Pendidikan Islam yang bersesuaian untuk kanak-kanak perlu ditumpukan kepada skop
yang lebih luas terhadap pertumbuhan minda yang seiring dengan pengalaman sebagai garis
panduan dalam kehidupan seharian seorang Muslim. Dalam erti kata lain, segala apa yang
dilihat dan didengar oleh seorang kanak-kanak di sekelilingnya merupakan satu pendidikan
bagi mereka kerana yang nyata bagi kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat
membezakan yang baik dan yang buruk. Barat dan Islam mempunyai pemikiran yang sama
tentang pendidikan awal ini yang dibentuk sejak dari awal pertumbuhan kanak-kanak. Tetapi,
yang membezakannya ialah Islam lebih menekankan pemantapan akidah atau akhlak seiring
dengan penerapan iman di dalam roh dan jiwa dan bukan hanya dari tahap pertumbuhan
fizikal sahaja.

Hakikatnya, pendekatan-pendekatan moden yang kita lihat pada hari ini sebenarnya
dipelopori oleh para ilmuwan Islam di zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu. Kita
sering menyebut tentang Jean Piaget dan Teori Perkembangan Kognitif tetapi kita melupakan
Ibnu Sina (370-428 H/980-1036 AD) yang membicarakan hal yang sama berkurun-kurun
lamanya sebelum Piaget. Dewasa ini kita sibuk membicarakan tentang EmotionalIntelligent
yang dipelopori oleh HowardGadgner tanpa kita sedari Ibnu Khaldun (733-808 H/1332-1406
M)telah berabad lamanya mengupas isu tersebut di dalam kitabnya al-Muqaddimah. Kita
mula menyuarakan tentang kepentingan memahami perbezaan perkembangan individu dalam
kalangan kanak-kanak tanpa merujuk penulisan al-Ghazali dan hujah-hujahnya dalam
membicarakan isu-isu perkembangan sosio-emosi kanak-kanak.

Kepentingan Pendedahan Pendidikan Islam Awal Kanak-kanak

Sepertimana yang diketahui, kanak-kanak merupakan aset penting bagi pembinaan sesuatu
bangsa dan ketinggian maruah agama. Mereka adalah generasi pewaris yang bakal menjana
wawasan dan pencorak masa depan sesebuah negara pada alaf yang akan datang. Mereka
bakal menjadi pemimpin ummah dan mencorak keunggulan Islam sebagai agama
sejagat.Pendekatan pendidikan Islam awal kanak-kanak ini bertujuan untuk melahirkan
generasi Islam sebagai pewaris yang rindukan syurga. Ini adalah kerana jika sesuatu
maklumat yang diterima dan dipelajari oleh kanak-kanak itu hanya berasaskan pengetahuan
yang tidak dilengkapi dengan penyemaian akidah dan pemantapan akhlak sebagai teras
keimanan, maka sudah pastilah nilai penghayatannya tidak berpandukan nilai peradaban yang
3

sempurna. Hal ini akan menyebabkan generasi yang dihasilkan mungkin bijaksana dan tinggi
tahap perkembangan inteleknya, namun hakikatnya aspek-aspek yang lain ia pincang dan
tiada keseimbangan.

Perkara ini jelas disebut dalam satu pesanan yang jelas menghuraikan tentang
kepentingan ilmu, iman dan amal dalam kehidupan kita sebagai khalifah di muka bumi ini.
Pesanan Sayidina Ali r.a. yang bermaksud, "didiklah anak-anak kamu supaya mereka boleh
hidup di zaman yang amat berlainan sekali dengan zamanmu. Maka, jika ini gagal
dilaksanakan, bererti pendidikan gagal menjana anjakan paradigma dalam setiap sel
pembentukan individu hingga mengakibatkan sejarah lama akan berulang kembali (zaman
jahiliah).Oleh itu kita harus berfikiran luas dan berwawasan jauh ke hadapan dalam
mengenengahkan pendidikan islam yang diberikan seawal usia diikuti mengikut
perkembangan zaman dan tidak tersish. Dengan mempersiapkan anak menghadapi tentangan
zaman sebenar bukan hanya untuk kepentingan diri anak itu sendiri malah demi kepentingan
agama islam itu tersendiri.

Cabaran dan Cadangan

Dalam konteks Islam, kurikulum pendidikan bagi seseorang kanak-kanak khasnya di


peringkat awal perkembangan melibatkan segala pengalaman pembelajaran yang didedahkan
kepada kanak-kanak sama ada ianya secara sedar ataupun tidak, secara langsung atau tidak
langsung yang dilalui oleh seseorang kanak-kanak sepanjang proses tumbesaran mereka. Satu
persoalan perlu dikemukakan dalam pembentukan kurikulum pendidikan Islam, adakah
segala yang dirancangpada hari ini pastinya nanti dapat melahirkan generasi rabbani pewaris
anbiadan ulama?

Ada bukti yang menunjukkan, masih timbul persoalan dan keraguan di sudut hati para
penyelidik yang membuat kajian, pemerhatian, peka dan prihatin kepada perkembangan
kanak-kanak Islam hari ini. Sebahagiannya masih mencetuskan, kenapa tahap pemikiran
kanak-kanak Islam secara umumnya tidak advance? Kenapa keterampilan, pemikiran,
kewibawaan, daya intelek kanak-kanak Islam selalu dikatakan agak ketinggalan ke belakang
jika dibandingkan dengan kanak-kanak di negara-negara barat umpamanya? Mengapakah
anak-anak ini meskipun disemai dengan benih-benih keimanan masih terjebak dengan gejala
sosial yang memalukan? Adakah sesuatu yang tidak kena dengan kurikulum pendidikan
Islam awal kanak-kanak atau mungkin kekurangan tenaga pengajar yang mendalami erti
sebenar pendidikan Islam awal kanak-kanak secara praktikal? Adakah mungkin kerana ini
yang kita katakan memerlukan kepada satu tajdid atau perubahan?

Justeru itu, suatu perkara yang amat wajar untuk kita teliti kembali ialah kurikulum
pendidikan kanak-kanak di peringkat awal usia ini jika generasi yang mahu kita lahirkan
adalah generasi serba boleh, berketerampilan, berwawasan, tinggi daya keintelektualan dan
utuh imannya. Kurikulum dan pengalaman ini sebenarnya tercetus dari sikap, nilai dan
tatasusila yang ditonjolkan daripada kelompok persekitaran yang menjadi cermin kepada
pembentukan diri. Jadi, kurikulum pendidikan Islam haruslah merangkumi enam aspek
4

penting dalam membantu pembentukan sahsiah kanak-kanak iaitu aspek kerohanian, aspek
jasmani, aspek kognitif,apek emosi, aspek sosial, dan aspek kepimpinan.

Aspek Penting Dalam Pembentukan Kurikulum Pendidikan Islam Awal Kanak-kanak

Pertama : Aspek Kerohanian

Aspek ini akan menjamin kebersihan rohani dan menyucikan jiwa anak-anak Islam daripada
sifat-sifat yang boleh meruntuhkan akhlak mereka seterusnya dapat menjamin bahawa
asosiasi yang bakal dilahirkan nanti menjadi insan yang soleh.Bagi memastikan aspek
kerohanian dapat diperkembangkan melalui Kurikulum Pendidikan Islam, pengetahuan
seperti tauhid, akidah, pengetahuan tentang perkara-perkara yang halal dan haram, hukum-
hukum syariah Islam, pengetahuan tentang aspek kerohanian dan kehidupan serta
pengetahuan tentang realiti alam ini mestilah diajarkan kepada mereka. Doa-doa asas
kehidupan dan membaca al-Quran perlulah diajarkan. Aspek ini akan dapat memandu anak-
anak Islam untuk memahami tentang kejadian alam ini, penciptanya, memahami diri mereka
serta melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang perlu mereka pikul. Anak-anak yang
bukan Islam juga boleh diajarkan aspek akhlak yang baik.

Kedua : Aspek Jasmani

Dalam konteks ajaran Islam, faktor luaran dan dalaman mempunyai hubungan di antara satu
sama lain. Islam bukan sahaja menilai dari segi ilmu pengetahuan yang dimiliki seseorang
tetapi juga mementingkan kebersihan diri dan kesihatan fizikal, iaitu aspek luaran. Aspek
jasmani perlu seiring dengan ilmu yang dimiliki kerana ia akan mencerminkan keperibadian
seseorang. Oleh itu, amat perlu agar anak-anak Islam turut diajar tentang cara untuk menjaga
kesihatan fizikal atau jasmani.

Ketiga : Aspek Kognitif

Pada peringkat ini, perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih baik dan menunjukkan
koordinasi yang lebih baik. Kemahiran motor yang telah dikuasai pada peringkat awal kanak-
kanak seperti berlari, memanjat, melompat, dan sebagainya sudah mencapai tahap yang lebih
mantap di samping beberapa jenis kemahiran yang baru telah pun dikuasai. Ibu bapa dapat
mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan memindahkan pengetahuan
berkenaan dengan maklumat dan budaya dalam memberi tunjuk ajar kepada mereka melalui
tingkah laku ibu bapa itu sendiri.

Keempat : Aspek Emosi

Emosi berkait rapat dengan mental dan kebolehan seseorang mengawal perasaan dalam
semua tindak-tanduknya. Seseorang yang mampu mengawal emosinya juga akan dapat
menjaga tingkah-lakunya. Manakala akal pula menjalankan tugasnya sebagai pengawal
kepada emosinya. Sekiranya seseorang mampu menjaga akalnya, maka dia juga akan mampu
5

mengawal emosinya. Akal merupakan salah satu punca pengetahuan selain daripada deria
dan intuisi. Sekiranya asosiasi yang hendak dididik itu mempunyai tahap kewarasan akal
yang baik, maka mereka akan mampu mencapai tahap ilmu pengetahuan yang tertinggi serta
dapat menggunakan pengetahuan tersebut dengan sebaik mungkin.

Kelima : Aspek Sosial

Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan


kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu
masyarakat serta budaya. Pendek kata perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi
yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan
penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial.

Keenam : Aspek Kepimpinan

Aspek ini akan mengukuhkan lagi potensi dan perkembangan mereka dari segi yang
disebutkan di atas. Anak-anak di peringkat awal usia perlu didedahkan kepimpinan dalam
Islam walaupun dengan hanya menceritakan kisah-kisah Nabi s.a.w dan sahabat-sahabat
baginda.
6

Kesimpulan

Berdasarkan daripada perbincangan-perbincangan yang telah dibuat, maka dapatlah


dirumuskan bahawa pendidikan kepada anak-anak Islam perlu di ketengahkan dalam institusi
pendidikan terutamanya dalam pendidikan awal kanak-kanak. Islam juga mempunyai asas
tersendiri dalam mendidik dan menyemai asas-asas islam dalam kehidupan seharian seawal
usia. Namun demikian, dalam menyemaikan pendidikan islam di awal usia dan menjadikan
seorang anak yang senantiasa rindukan syurga bukanlah perkara yang mudah terutamanya di
zaman yang serba moden ini. Oleh itu, sebagai insan yang telah diamanahkan, kita haruslah
mencuba sedaya upaya untuk menangani masalah isu pendidikan islam awal kanak-kanak
dengan segera.

Sebagaimana yang telah diperjelaskan anatara usaha yang paling utama adalah
melalui pendekatan yang perlu di terapkan dalam kurikulum pendidikan islam awal kanak-
kanak perlu dirangkumi dengan enam aspek penting iaitu rohani, jasmani, kognitif, emosi,
sosial, dan kepimpinan dalam melahirkan insan yang soleh dan seimbang. Maka individu-
individu khususnya anak-anak Islam perlu diajar dengan kurikulum yang sesuai dan dapat
memenuhi tuntutan agama agar mereka ini akan lahir sebagai seorang insan mukmin yang
dapat memikul tanggungjawab untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat, negara dan
paling penting untuk agama.

Seorang muslim mungkin telah berusaha maksimal dalam upaya dalam merealisasikan
pendidikan islam awal kanak-kanak tetapi tidak berhasil. Hasilnya, ada anak yang menjadi
orang shaleh sekalipun terdidik di tengah lingkungan yang menyimpang dan jelek; bahkan
mungkin dibesarkan tanpa mendapat perhatian pendidikan. Petunjuk itu semata-mata dari
Allah. Dialah berfirman : Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi perunjuk kepada
orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-
NYA.. (Al-Qashash: 56). Oleh yang demikian, kite digalakkan untuk berusaha dalam
golongan yang terpilih. Adalah diharapkan masyarakat Muslim, khususnya institusi
pendidikan dengan melahirkan pendidik yang bukan sahaja mempunyai asas sebagai bidang
pendidikan Islam awal kanak-kanak dan mengambil peluang yang ada untuk mempelajari
ilmu Islam untuk disampaikan kepada kanak-kanak seawal usia kerana ilmu itu adalah
sunnah dan ajaran Rasulullah. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Apa yang di bawa oleh
rasul hendaklah kamu mengikutinya, sedang yang dilarang, hendaklah kamu menjauhinya.
(Surah al-Hasyr, Ayat:7). Adalah diharapkan dengan adanya kandungan kurikulum
pendidikan yang baik, matlamat untuk melahirkan insan mukmin yang soleh akan terlaksana.

Rujukan

Mazidah Muhammad&NorHisham Md. Nawi, (2011). Indahnya Didikan Awal Anak Secara
7

Islam, PTS Milennia Sdn. Bhd.

Mas Udik Abdullah, (2008). ChildrenTo Heaven Menjadikan Anak Rindu Surga, Pro U
Media.

Syaikh Ysuf Muhammad al-Hasan, (2010).Pendidikan Anak Dalam Islam, Maktabah Abu
Salma al-Atsari

Muhammad Al-Hamd, (2005). Kesalahan Mendidik Anak. Bagaimana Terapinya,


Jakarta:GIP.

You might also like