You are on page 1of 3

KITARAN HIDUP KATAK

Kitaran hidup katak

PERINGKAT 1 ( TELUR ) Katak bertelur di dalam air. Telur bertelur dalam kuantiti yang banyak. Telur katak akan dilindungi oleh selaput jeli @ agar-agar. Walaupun katak bertelur dalam jumlah yang banyak tidak semua telur akan menetas kerana hidupan lain akan memakan telur-telur katak ini. PERINGKAT 2 ( BERUDU) Selepas 21 hari tempoh perkembangan. Ia akan bertukar menjadi berudu. Berudu akan membesar sehingga ia berjaya berenang di dalam air. Ini mengambil masa 3 hari hingga 3 minggu. Berudu makan tumbuhan air yang kecil yang dipanggil alga. Berudu mempunyai ekor yang panjang, dan tinggal di dalam air.

PERINGKAT 3 (BERUDU MULA BERUBAH)

Selepas 5 minggu, berudu mula berubah. Kaki belakang mula terbentuk, diikuti dengan kaki hadapan. Kaki hadapan terbentuk di bahagian belakang kepalanya yang bonjol. Ekor berudu mengecil.

PERINGKAT AKHIR (KATAK )

Selepas 11 minggu, ia telah berkembang dengan lengkap, katak yang mempunyai paru paru, kaki dan tanpa ekor. Ia mula keluar dari air.

You might also like