You are on page 1of 3

Laporan Pemeriksaan Kesihatan Pergigian

SJK(T) Permatang Tinggi

Laporan ini dibuat bagi pendokumentasian aktiviti yang dijalankan bawah kelolaan
Unit Kesihatan, Unit Hal Ehwal Murid, SJK(T) Permatang Tinggi. Semoga laporan ini dapat
memberikan gambaran aktiviti ringkas tentang program Pemeriksaan Kesihatan Pergigian
dan contoh yang penting pada masa hadapan.

Pemeriksaan Kesihatan Pergigian telah dilaksanakan oleh Klinik Pergigian Simpang


Ampat kepada semua murid SJK(T) Permatang Tinggi, Tahun Satu hingga Tahun Enam.
Pemeriksaan Kesihatan Pergigian ini dijalankan pada 26 Julai 2017 di Dewan Sekolah.
Matlamat program ini adalah untuk membentuk murid-murid yang bersedia dari segenap
aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru dalam menghadapi cabaran hidup yang
mendatang. Selain itu, penganjur berharap, melalui program ini dapat memberi sebanyak
mungkin peluang kepada murid-murid agar melahirkan kehidupan yang bahagia, sihat serta
bebas daripada penyakit.

Guru-guru dan ahli jawatankuasa Unit Kesihatan telah diberi taklimat oleh Penolong
Kanan Puan Puspavathy dalam memastikan kelancaran rawatan pergigian. Di samping itu,
pihak sekolah juga memastikan agar kakitangan Klinik Pergigian mendapat kerjasama yang
secukupnya. Guru kelas mengiring murid-murid ke Dewan bagi mendapatkan rawatan. Pada
pukul 9.00 pagi guru-guru mula untuk membawa murid kelas mereka ke dewan bagi
pemeriksaan kesihatan pergigian. Guru kelas membawa murid-murid ke Dewan mengikut
jadual rawatan yang telah disediakan. Ahli jawatankuasa Unit Kesihatan juga telah berjaya
memastikan rawatan pergigan dijalankan dengan lancar dan sempurna.

Jururawat dari Klinik Pergigian Hospital Simpang Ampat diberi makanan yang
disediakan oleh sekolah. Seramai 15 jururawat datang untuk program Pemeriksaan
Kesihatan Pergigian dari Klinik Pergigian Hospital Simpang Ampat. Jururawat telah
memberikan rawatan susulan pergigian kepada murid yang memerlukan rawatan pergigian.
Laporan disediakan oleh,

______________________

(THARCHIAYENEE A/P PADMANATHAN)

You might also like