You are on page 1of 8

PEMARKAHAN

SEMESTER 2 SESI 2018/2019

HNF 3012 – FALSAFAH ILMU

TAJUK TUGASAN:

FALSAFAH DAN KEPENTINGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK

MUHAMMAD IZZUDDIN BIN HAZAN D20172080346

KUMPULAN KULIAH: A

NAMA PENSYARAH: DR SAKINAH BINTI SALLEH


1.0 PENGENALAN

Perkataan falsafah berasal daripada istilah Yunani philo (cinta) dan Sophos (hikmat),
kebijaksanaan yang bermakna cinta akan kebenaran dan keutamaan. Oleh itu, falsafah
dapat dikatakan sebagai cinta kepada kebijaksanaan dan kewajaran fikiran. Secara
umumnya, falsafah merupakan satu usaha mencari kebenaran atau keyakinan yang
berhubung sesuatu perkara dengan menggunakan akal fikiran.

Manusia sentiasa mempunyai perasaan ingin tahu, terutamanya kanak-kanak. Mereka


memperlihatkan keinginan yang ketara dengan melemparkan pelbagai persoalan seperti
apa, kenapa, mengapa, bagaimana dan siapa. Semangat ingin tahu semakin bertambah
apabila mereka dewasa dan pelbagai usaha dilakukan untuk memenuhi keinginan
tersebut. Walau bagaimanapun, pengertian falsafah yang popular ialah berfikir. Berfikir
secara falsafah seharusnya mengandungi ciri-ciri seperti berikut :

 Berfikir secara radikal – iaitu secara mendalam hingga ke akar umbinya atau
asal usulnya dan hakikatnya.
 Berfikir secara universal -iaitu menurut pengalaman manusia umumnya
(common experience of mankind), bukannya secara khusus dan terbatas
seperti dalam disiplin ilmu yang tertentu.
 Berfikir secara integral – iaitu berpadu secara lengkap pada masing-masing
bahagian yang ada.

Daripada falsafah lahirnya cabang-cabang ilmu lain seperti matematik, perubatan dan
sebagainya. Tetapi dengan kemajuan ilmu yang sedia ada, maka jadilah falsafah sebagai
cabang ilmu. Hal ini kerana bidang ilmu yang hanya berasaskan pengalaman empirical
serta menumpukan perhatian kepada alam nyata dan konkrit tentunya tidak mampu
menangani persoalan alam ghaib dan abstrak, seperti bidang falsafah.

Ahli falsafah Yunani yang terkenal pada 427 SM hingga 347 SM iaitu Plato,
mengatakan Pendidikan boleh didefinisikan sebagai memberi keindahan dan
kesempurnaan kepada jasmani dan rohani. Selain itu, tokoh islam iaitu Syed Muhammad
Naquib al-Attas pernah menghuraikan bahawa proses Pendidikan mempunyai tiga unsur
fundamental yang penting iaitu proses, kandungan dan penerima. Beliau
menjustifikasikan proses sebagai pendekatan atau metodologi pengajaran manakala
kandungan dan penerima merujuk kepada isi pengajaran serta pelajar.

Dalam konteks Negara Malaysia, hala tuju Pendidikan terutamnya Pendidikan Awal
Kanak-kanak telah pun dijelaskan di dalam Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-
kanak. Peranan yang dimainkan oleh kanak-kanak amat penting dalam perkembangan dan
pembangunan seseorang kanak-kanak. Tranformasi kurikulum dan perubahan dalam
sistem juga dilakukan mengikut peringkat yang telah disusun oleh pihak kerajaan bagi
memastikan kejayaan dalam sistem Pendidikan awal kanak-kanak.

2.0 SINOPSIS

Artikel ini membincangkan mengenai kepentingan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Selain


itu, artikel ini mencadangkan agar satu kurikulum yang bersifat integrative ataupun
bersepadu untuk Pendidikan awal kanak-kanak. Perkara pertama yang dibincangkan oleh
penulis dalam artikel ini ialah berkenaan tahap perkembangan kanak-kanak, menurut
penulis artikel “Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan
Kurikulum yang Integratif”. Beliau berpendapat diperingkat umur 6 tahun pertama inilah
peringkat paling utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan
peringkat-peringkat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seseorang
insan.

Selain itu, menurut beliau perkembangan dan psikologi kanak-kanak bependapat


bahawa lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku pada usia 0
hingga empat tahun manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya pada
usia 8 tahun. Di samping itu, artikel ini juga mempunyai beberapa hasil kajian ilmiah
yang terdiri daripada sumber ilmiah timur, barat malah seanterio dunia mwmbuktikan
bahawa Pendidikan awal kanak-kanak adalah asas kepada pembinaan kekukuhan sesuatu
bangsa dan pemangkin kepada visi wawasan halatuju nagara. Antara contoh yang diberi,
ialah satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa setiap nilaian
dolar yang dilaburkan untuk Pendidikan awal yang berkualiti tinggi dapat memberikan
pulangan yang tinggi sama ada dari segi perkembangan ekonomi mahupun perkembangan
social kehidupan masyarakat di negara tersebut.

Melalui artikel tersebut penulis turut mengemukakan idea kurikulum integratif yang
dimaksudkan. Penulis memfokuskan huraian mengenai binaan kurikulum yang integratif
kepada tiga aspek, iaitu aspek yang pertama dari segi kesepaduan maklumat yang
disampaikan kepada kanak-kanak. Aspek kedua, integratif dari segi kesepaduan aspek-
aspek perkembangan dan potensi yang digarap di peringkat awal dan aspek yang terakhir
ialah integratif di sini bererti menyepadukan antara pendekatan barat dan islam dalam
mendidik anak-anak.

Dalam artikel tersebut turut dikemukakan satu penemuan mengenai fakta dan sejarah
silam iaitu berkenaan dengan pelapor teori-teori dan ilmu-ilmu berkaitan perkembangan
kanak-kanak, Pendidikan keibubapaan moden mendidik anak khususnya di peringkat
awal usia yang mana pada anggapan umum ianya dipelopori oleh barat dan tidak relevan
dengan islam, tetapi menurut penulis pendekatan-pendekatan moden yang kita lihat hari
ini sebenarnya dipelopori oleh ilmuan islam di zaman kegemilangan suatu ketika dulu.

3.0 KEPENTINGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Pendidikan awal kanak-kanak mempunyai banyak kepentingan. Antara kepentingannya


ialah :
 Pendidikan awal kanak-kanak menyediakan generasi yang mempunyai daya
ketahanan untuk menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental, menumpukan
perhatian dan membina daya keintelektualan.
 Peringkat kanak-kanak merupakan peringkat yang utama dan paling laju
perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringkat atau tahap umur
yang lebih dewasa dalam kehidupan seseorang.
 90% daripada perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak
mencapai umur lima tahun kerana sejak kelahiran hingga berumur dua tahun,
kanak-kanak itu mengalami perkembangan kognitif yang pesat.
 Pada peringkat ini, kanak-kanak dapat mengembangkan pengetahuan asasnya
yang berkaitan dengan empat ciri iaitu pengetahuan tentang objek, sebab-sebab
sesuatu , ruang, dan masa yang kemudiannya menjadi asas untuk perkembangan
hidup.

4.0 KELEMAHAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia sebelum kemerdekaan merupakan


Pendidikan tidak formal dan lebih kepada Pendidikan agama dan bukan formal.
Pendidikan Awal Kanak-kanak formal di Malaysia mula berkembang pada tahun 1950-an
iaitu selepas Perang Dunia Kedua.

Namun, Pendidikan Awal Kanak-kanak ketika itu tidak begitu berkembang kerana
lebih merangkumi anak-anak golongan bangsawan manakala anak-anak golongan dari
keluarga yang tidak berkemampuan contohnya anak-anak golongan bawahan hanya
dijaga bukan dididik. Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia dahulu dan kini sedikit
sebanyak telah berubah tetapi impak yang diberikan agak kurang memberangsangkan
kerana :

 Ibu bapa tidak sedar kepentingan Pendidikan dari peringkat awal kanak-kanak.
 Kurangnya kesedaran di kalangan ibu bapa bahawasanya mereka merupakan
guru pertama kepada anak-anak.
 Ibu bapa kurang kesedaran bahawa bukan hanya guru yang dapat mendidik
kanak-kanak.
 Pengamal Pendidikan Awal Kanak-kanak tidak menekankan Pendidikan dan
hanya menjaga secara sambal lewa.
 Kebanyakan penjaga diambil dari mereka yang tidak berpengalaman dalam
bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak.
 Pengusaha taska atau tadika swasta kebanyakan mengambil pengasuh yang
tiada pengalaman kerana gaji yang perlu dibayar murah berbanding dengan
mereka yang mempunyai pengalaman.
 Kurikulum yang disediakan tidak diikuti sepenuhnya kerana malas untuk
mengajar kanak-kanak.

5.0 ULASAN ARTIKEL

Artikel ini secara umumnya membincangkan soal kepentingan Pendidikan Awal


Kanak-kanak. Idea utama yang hendak ditonjolkan dalam artikel tersebut ialah perlunya
satu kurikulum negatif dalam melaksanakan program asuhan dan didikan awal untuk
kanak-kanak.

Kurikulum merupakan sebahagian daripada dasar yang ditetapkan. Pendidikan Awal


Kanak-kanak amat penting untuk membantu perkembangan otak kanak-kanak yang
berlaku dengan pantas mengikut peringkat umur masing-masing. Oleh yang demikian,
beberapa dasar dan polisi dalam Pendidikan awal kanak-kanak diwujudkan untuk
menentukan hala tuju Program Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak tersebut.

Dasar asuhan dan didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ini merupakan asas penting
sebagai landasan jangka Panjang dari pelaburan awal dalam pembangunan modal insan
seperti yang digariskan di dalam Rancangan Malaysia ke-9. Kanak-kanak hari ini
merupakan bakal pewaris dan modal insan negara di masa hadapan. Penumpuan kepada
peringkat umur ini merupakan salah satu strategi awal bagi mengasaskan Pendidikan
sepanjang hayat dengan menghasilkan insan berjiwa mulia, berdisiplin serta
berkemahiran menangani perubahan teknologi dan sosioekonomi global.

Penjelasan secara khusus penyataan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak
dari lahir hingga 4 tahun, ianya menjadi asas kukuh kepada perkembangan potensi kanak-
kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada
Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.
Perkara yang dibincangkan oleh penulis dalam artikel ini ialah berkenaan tahap
perkembangan kanak-kanak, beliau berpendapat diperingkat umur 6 tahun pertama
merupakan peringkat paling utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding
dengan peringkat-peringkat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang
insan.

Selain itu, idea utama yang hendak disampaikan dalam artikel tersebut ialah perlunya
kurikulum integratif sebagai penyelesaian terhadap segala permasalahan sosial yang
timbul pada hari ini. Beliau berpendapat sebegitu kerana tiada kesepaduan dalam
kurikulum menyebabkan system nilai seseorang individu telah hilang sehingga
berlakunya masalah social yang membimbangkan. Kurikulum integratif mempunyai
makna yang subjektif. Integratif bermaksud boleh memberi maksud kesepaduan iaitu
menekankan perkembandan individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah
melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada
Tuhan.

Menurut pakar Pendidikan iaitu Athiyah Al-Abrasyi tujuan utama dari Pendidikan
bukanlah untuk memenuhi otak anak didik dengan cara menanamkan kesukaan
melakukan kebajikan, membiasakan diri bersikap sopan dan mencetak mental yang ikhlas
dan jujur. Hal ini diperakui oleh seorang lagi ahli psikologi barat di mana dalam
pembentukan keperibadian manusia, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah
penanaman sikap prososial yang kemuncaknya adalah “altruism” dan mengelakkan
daripada kebiasaan sikap antisosial yang membawa kepada tingkahlaku agresif dan tidak
bermoral. Apa yang penting dalam pembinaan sahsiah anak ialah penumpuan
penggarapan potensi yang seimbang dan menyeluruh kepada setiap aspek perkembangan
kanak-kanak iaitu perkembangan holistik yang sifatnya menyeluruh, tidak hanya dalam
aspek tertentu sahaja. Hal ini kerana anak dilihat sebagai seorang insan yang memiliki
tubuh badan secara fizikal, mempunyai idea, perasaan, hubungan social yang kesemuanya
berkembang dan berfungsi pada waktu yang sama.

Seterusnya, integratif juga menyepadukan antara pendekatan barat dan islam dalam
mendidik anak-anak. Apa yang baik ditonjolkan dalam masyarakat barat boleh kita ambil
sebagai panduan dalam mendidik anak-anak. Hal ini kerana tidak semua yang dibuat oleh
masyarakat barat itu bertentangan dengan amalan budaya dan agama islam. Jadi, apa yang
baik itu kita ambil untuk disepadukan dengan nilai-nilai murni yang di bawa oleh
masyarakat kita.

6.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulan daripada ulasan artikel ini, saya amat bersetuju dengan cadangan
penulis agar diwujudkan satu kurikulum integratif yang dapat diguna pakai oleh seluruh
agensi atau pusat-pusat asuhan kanak-kanak. Ini kerana kurikulum yang ditonjolkan ini
adalah bertepatan dengan dasar asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang menekankan
kepada Pendidikan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik
bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Kesepaduan yang digambarkan dalam
kurikulum ini amat sesuai diguna pakai dalam pada kita hendak membentuk sebuag
generasi Rabbani yang mampu memimpin negara di masa hadapan.

RUJUKAN

1. Mastura Badzis. (2012). Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan


Binaan Kurikulum yang Integratif. http://www.
Mindamadani.my/content/view/186/2/21/3/2012
2. Perkembangan Pendidikan di Malaysia. (T.T). diperoleh pada 12 Mac 2014 daripada
kpf3012.wikispaces.com/file/view/KPF3012.

You might also like