You are on page 1of 15

HBEC1103

PENGENALAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


SEMESTER MEI 2020

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGNEALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :
TUGASAN 1

Pengenalan

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan peringkat awal proses pembelajaran


amat penting kerana pengalaman di peringkat ini dapat memberi persediaan yang boleh
membekalkan kanak-kanak dengan kemahiran, keyakinan diri dan sentiasa mempunyai
sikap yang positif terhadap individu lain tanpa ada kecenderungan (bias) negatif terhadap
yang lain (MacNaughton, 2005). Morrison (2011) pula mentakrifkan pendidikan awal
kanak-kanak sebagai program yang menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak dari
usia sejak lahir hingga ke usia lapan tahun samada program secara separuh atau sepenuh
masa di pusat, rumah, institusi, tadika dan sekolah rendah. Jika dicerakinkan istilah
pendidikan awal kanak-kanak ianya dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
pendidikan dan juga awal kanak-kanak. Perkataan pendidikan dalam Bahasa Melayu
ialah kata nama terbitan daripada kata akar didik yang membawa maksud jaga, pelihara
dan ajar. Dalam Bahasa Inggeris, pendidikan disebut sebagai education yang dikatakan
berasal daripada cantuman dua kalimah dalam bahasa Latin iaitu e’ex dan ducereduc
yang dapat diinterpretasikan sebagai mengumpul maklumat ke dalam diri bagi
membentuk bakat (Abdullah Ishak, 1995).

Secara umumnya, pendidikan boleh didapati melalui berbagai proses yang


melibatkan pengajaran, latihan dan indoktrinasi. Ianya bermula dengan proses pendidikan
awal. Sementara itu, awal kanak-kanak pula ialah istilah yang merujuk kepada tempoh
masa kanak-kanak dari masa lahir hingga umur lapan tahun. Mengikut The National
Association for the Education of Young Children (NAEYC), pendidikan awal kanak-
kanak merujuk kepada segala program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan
bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga umur lapan tahun. Menurut Kostelnik et
al (1993), ‘early childhood’ merupakan satu fasa yang meliputi kanak-kanak sejak
daripada lahir hingga 8 tahun iaitu kanak-kanak di taman asuhan atau taman didikan,
prasekolah dan sekolah rendah. Justeru, pembahasan seterusnya selepas ini akan
membincangkan tentang konsep asas pendidikan awal kanak-kanak serta akan

1
membincangkan sumbangan serta idealisme tokoh pendidikan awal kanak-kanak yang
dipilih iaitu pendekatan Montessori.

Konses Asas Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Jika disoroti, pendidikan awal kanak-kanak pada mulanya hanya meliputi kanak-
kanak dari umur tiga tahun hingga enam tahun, yang lebih dikenali dengan peringkat
“kindergarden”. Namun selepas beberapa kajian, konsep pendidikan awal ini dipinda
supaya meliputi kanak-kanak di peringkat selepas lahir hingga ke peringkat enam tahun.
Justeru, konsep asas pendidikan awal kanak-kanak adalah mengikut dua peringkat iaitu
berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat pertama yakni selepas lahir hingga ke
usia empat tahun dikenali juga sebagai peringkat “nursery” sementara peringkat kedua
ialah prasekolah atau tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.
Pendidikan awal kanak-kanak bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak pada
peringkat-peringkat tersebut secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat,
menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Pendidikan awal
kanak-kanak adalah sangat penting dalam perkembangan dan pembangunan seseorang
kanak-kanak itu. Sekiranya seorang kanak-kanak itu mendapat pendidikan asas yang
berkualiti, maka diyakini kanak-kanak tersebut akan terus berjaya dalam pendidikan yang
akan dilalui pada peringkat yang lebih tinggi dan juga kerjayanya di masa hadapan.

Dari segi konsep asasnya juga, pendidikan awal kanak-kanak memberi penekanan
kepada kepelbagaian kanak-kanak, amalan bersesuaian perkembangan, perhatian kepada
kanak-kanak berkeperluan khas di samping keperluan memenuhi standard pencapaian
seperti yang digariskan oleh NAEYC. Oleh itu, wujudnya beberapa prinsip-prinsip asas
yang perlu ditekankan dalam prinsip pengajaran dan pembelajaran pendidikan awal
kanak-kanak. Program pendidikan awal kanak-kanak perlu menjamin perkembangan
intelektual, sosial, akhlak, emosi dan jasmani kanak-kanak dijalankan dengan sebaiknya
supaya kanak-kanak boleh berkembang secara optima. Perkembangan menyeluruh
bermaksud perkembangan kanak-kanak dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek atau
kognitif. Dalam pengajaran dan pembelajaran, semua aspek ini adalah saling berkait.

2
Contohnya, kanak-kanak menyanyi lagu bertemakan binatang akan melibatkan fungsi
jasmani seperti pergerakan, emosi seperti menyanyi dengan penuh semangat, rohani
seperti menghayati, dan intelektual seperti berfikir di samping melibatkan aspek seperti
sosial dan kreatif terutama dalam berkumpulan.

Pengaruh dan Sumbangan Montessori Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Kaedah Montessori merupakan antara teori yang signifikan dalam pendidikan


awal kanak-kanak. Model pendidikan Montessori ini diasaskan oleh Maria Montessori
(1870-1952) yang merupakan seorang tokoh pendidikan di Rome. Beliau mempunyai
pengalaman mengenai pendidikan kanak-kanak yang terancat akal (Standing, 1962). Pada
tahun 1899, beliau terlibat dengan penubuhan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Di
sekolah ini beliau menghabiskan masa selama 2 tahun bersama rakan-rakanya bagi
melatih guru-guru dalam kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak terencat akal
(Standing, 1962). Di samping itu, beliau menghabiskan masa dengan kanak-kanak
dengan membuat pemerhatian dan ujikaji dengan menggunakan pelbagai bahan dan
kaedah serta menggunakan semua idea yang diperolehinya melalui kajian tersebut.

Melalui kaedah pembelajaran yang diperkenalkan oleh beliau kepada kanak-


kanak cacat, beliau mula menerapkan kaedah ini kepada kanak-kanak biasa (Lee Gutek,
2004). Beliau yakin bahawa kaedah yang digunakan ini boleh mendatangkan hasil
pencapaian yang lebih baik kepada kanak-kanak istimewa dan boleh memperbaiki kanak-
kanak normal. Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Montessori kita dapat melihat
semua kanak-kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciri yang universal
dalam kehidupan mereka. Pertama; semua kanak-kanak mudah untuk menerima sesuatu
pembelajaran, kedua; semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitif, ketiga;
semua kanak-kanak ingin belajar, keempat; semua kanak-kanak belajar melalui bermain
dan bekerja, kelima; semua kanak-kanak melalui berbagai peringkat perkembangan dan
akhir sekali, semua kanak-kanak ingin berdikari. Matlamat program ini adalah sebagai
satu pembentukan individu yang menekankan intelektual secara umum terhadap sesuatu
subjek.

3
Disamping itu juga, pendekatan ini juga menerapkan pengurusan bahan dengan
mengunakan bahan yang konkrit yang dibina khusus untuk mengajar. Antara prinsip-
prinsip terpenting Montessori adalah melalui pendekatan individu, kepentingan tugas
kehidupan yang sebenar dan kurikulum berteraskan urutan-urutan sesuatu aktiviti
tertentu. Selain itu, model yang mengunakan tiga bentuk kurikulum iaitu menekankan
aktiviti amali dalam sesi pembelajaran dan pengajaran, mengunakan peralatan sensorial
untuk membantu perkembangan dan seterusnya melibatkan konseptual dan juga peralatan
akedemik untuk memudahkan pengajaran dapat disampaikan dengan berkesan kepada
kanak-kanak (Lee Gutek, 2004). Kaedah Montessori dalam pendidikan yang
dihasilkannya dari pengalaman ini telah dipraktikkan dengan jayanya terhadap kanak-
kanak dan sangat terkenal di kebanyakkan tempat di serata dunia. Kaedah pendidikan
beliau telah dipraktikkan serta mendapat galakan dan sokongan di serata dunia. Negara
Malaysia juga menggunakan model Montessori.

Kesimpulan

Berdasarkan pembahasan yang telah diberikan, maka konsep pendidikan awal


kanak-kanak ialah pendidikan yang diberi seawal usia lahir hingga berumur 8 tahun.
Perbincangan juga telah menyorot pendekatan pendidikan awal kanak-kanak yang
terkenal iaitu Model Montessori. Model Maria Montessori ialah pembelajaran melalui
penerokaan kepada persekitaran dan penting penting bagi kanak-kanak kerana hal ini
membolehkan mereka belajar semua benda di persekitaran mereka. Selain itu, hal ini juga
boleh menyebabkan kanak-kanak berasa seronok dan aktiviti yang mencabar dalam
sekelilingnya dapat menjadikan fizikalnya lasak serta mempunyai daya tahan yang tinggi.

Selain itu, melalui penggunaan sensori-deria juga kanak-kanak dapat menyentuh,


mendengar, melihat, menghidu, merasa dan keseimbangan (vestibular). Ransangan
pelbagai deria yang bersesuaian yang diberikan dalam suasana kasih sayang dan
penjagaan yang rapi terhadap keperluan kanak-kanak akan membantu perkembangan
otaknya dan menggalakkan perkembangan kanak-kanak yang gembira, merasa selamat
dan beremosi kukuh serta menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi cabaran dlam

4
hidup samada di rumah, sekolah atau masa depan. Justeru, aktiviti ransangan yang
bersesuaian perlu dimulakan secepat mungkin.

TUGASAN 2

Pengenalan

Pada tahun 1980-an, Howard Gardner telah mengemukakan suatu teori iaitu Teori
Kecerdasan Pelbagai yang menyatakan bahawa kecerdasan manusia bukan hanya
tertumpu oleh satu faktor sahaja malah kecerdasan itu boleh berkembang sama ada
melalui persekitaran, pendidikan dan pengalaman. Teori tersebut menurut Howard
Gardner didefinisikan sebagai “an intelligence is the ability to create products that are
valued within one or more cultural settings”  (Gardner, 1983 ). Menurut beliau lagi,
setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung, kerana seseorang
individu mungkin cemerlang dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi lemah dalam bidang
kecerdasan yang lain. Menurut Gardner, kecerdasan mesti melibatkan satu set kemahiran
penyelesaian masalah yang membolehkan individu menyelesaikan masalah apabila
diperlukan untuk mendapatkan hasil yang berkesan.

Melalui Gardner, beliau mencadangkan tujuh jenis Kecerdasan Pelbagai yang


perlu diambil kira iaitu; Linguistik, Muzikal, Logikal, Visual, Kinestetik, Kemahiran
Intrapersonal Dan Kemahiran Interpersonal. Namun kebelakangan ini, beliau menambah
lagi dua aspek kecerdasan iaitu Naturalis dan Eksistensialis yang menjadikan
kepelbagaian kecerdasan merangkumi sembilan aspek. Istilah pelbagai pula adalah seerti
dengan berbagai-bagai, bermacam-macam dan berjenis-jenis (Kamus Dewan, 2015). Jadi,
apabila definisi kecerdasan dan pelbagai digabungkan, maka istilah ‘kecerdasan pelbagai’
membawa maksud kemahiran individu menyelesaikan sesuatu masalah apabila

5
diperlukan, bagi mendapatkan hasil yang berkesan dan kemahiran itu wujud lebih
daripada satu dan membentuk satu set kemahiran.

Namun, dalam pembahasan ini definisi Kecerdasan Pelbagai secara operasional


adalah berdasarkan teori Howard Gardner yang meliputi sembilan jenis Kecerdasan
Pelbagai. Walaupun Kecerdasan Eksistensialis masih dalam kajian, namun item soal
selidik bagi menguji jenis kecerdasan ini telah direka bentuk dan diguna pakai dalam
pelbagai ujian Kecerdasan Pelbagai seperti Inventori Kecerdasan Pelbagai oleh Walter
McKenzie dan Inventori Kecerdasan pelbagai Telee.

Kecerdasan Pelbagai

Seperti yang telah disebutkan di bahagian sebelum ini, Kecerdasan Pelbagai


berdasarkan teori Howard Gardner meliputi sembilan jenis Kecerdasan Pelbagai. Pada
awalnya, dalam Teori Kecerdasan Pelbagai, Gardner (1983) telah mengemukakan tujuh
jenis kecerdasan iaitu Kecerdasan Linguistik, Logikal, Visual, Kinestetik, Muzikal,
Interpersonal dan Intrapersonal. Selepas itu, beliau menemui dua lagi kecerdasan iaitu
Naturalis dan Existensialis (Razali, Jantan & Hashim, 2003). Kecerdasan Linguistik
adalah Kecerdasan Pelbagai yang memiliki “kekuatan perkataan”. Individu dengan
kecerdasan ini lebih memahami dunia melalui bahasa dan perkataan. Mereka gemar
membaca dan menulis, mudah mengingat dan gemar menyalin nota semasa kelas.
Mereka boleh melayan, berhujah, mengajar dan memujuk dengan baik melalui perkataan
yang diluahkan dari mulut. Kebiasaannya, mereka adalah penulis jurnal, peguam, dan
penglipur lara (Telee, 2000).

Kecerdasan Logikal adalah Kecerdasan Pelbagai yang memiliki “kekuatan


nombor danlLogik”. Individu dengan kecerdasan ini pula lebih memahami dunia melalui
sebab dan akibat kerana mereka melihat kepada sesuatu yang logik dan menunjukkan
hasil seperti operasi matematik. Kegemaran mereka adalah menyusun sesuatu secara
kemas dan teratur serta mudah kecewa dengan individu yang tidak tersusun
kehidupannya. Mereka lebih mudah melakukan sesuatu tugasan mengikut arahan langkah
demi langkah, mengumpul maklumat dan menggunakan maklumat itu untuk

6
menyelesaikan masalah. Kebiasaannya, mereka adalah saintis, akauntan dan pengendali
komputer.

Kecerdasan Visual adalah Kecerdasan Pelbagai yang memiliki “kekuatan


gambaran”. Individu dengan kecerdasan ini lebih memahami dunia melalui gambaran
idea dan peristiwa. Ciri-ciri mereka ialah berkebolehan mengasingkan dan mencantum
semula sesuatu benda serta mengingat sesuatu perkara dalam bentuk gambaran, bijak
membaca peta dan blueprint. Kebiasaannya, mereka adalah arkitek, jurutera mekanikal,
juru terbang dan pelukis. Sementara itu, Kecerdasan Kinestetik adalah Kecerdasan
Pelbagai dengan “kekuatan jasad” di mana individu yang memiliki kecerdasan ini,
memahami dunia melalui sesuatu yang bersifat fizikal. Ini bermakna, mereka gemar
pergerakan fizikal dan pengalaman yang bersifat sentuhan. Mereka juga boleh mengawal
pergerakan badan dengan baik, serta boleh mengendalikan alatan dengan mahir. Mereka
kebiasaannya adalah tukang kayu, atlet dan mekanik.

Seterusnya, Kecerdasan Muzikal adalah Kecerdasan Pelbagai yang memiliki


“kekuatan muzik”. Individu dengan kecerdasan ini memahami dunia melalui ritma dan
melodi. Ciri-ciri mereka adalah mudah mengenal pasti melodi-melodi lagu, meminati
pelbagai jenis lagu dan kebiasaannya mereka tidak boleh menumpukan perhatian
terhadap sesuatu perkara jika terdapat bunyi di sekitar mereka. Mereka juga mempunyai
pendengaran yang baik, boleh menyanyi mengikut ton lagu dan dapat mengenal pasti
perbezaan genre lagu. Kerjaya yang sesuai dengan individu ini adalah komposer, penulis
lirik dan penyanyi (Telee, 2000). Kemudian, Kecerdasan Interpersonal adalah
Kecerdasan Pelbagai yang memiliki “kekuatan manusia”. Mereka memahami dunia
melalui sudut pandangan orang lain. Individu dalam kategori ini dicirikan sebagai
seorang yang suka berinteraksi dengan orang lain, boleh berkompromi, boleh bertolak
ansur, dan memiliki empati terhadap orang lain. Mereka juga memaparkan kemahiran
kepemimpinan dan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

Kecerdasan Intrapersonal adalah Kecerdasan Pelbagai yang memiliki “kekuatan


diri” di mana individu dalam kategori ini memahami dunia melalui sudut pandangan
mereka yang tersendiri. Mereka juga mempunyai kepercayaan tersendiri tentang sesuatu

7
perkara, lebih suka bekerja secara bersendirian, dan mampu memotivasikan diri sendiri.
Mereka juga tahu kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Kerjaya yang bersesuaian dengan
mereka adalah kaunselor, ahli perniagaan dan pakar motivasi (Abdullah, 2009).
Sementara itu, Kecerdasan Naturalis adalah Kecerdasan Pelbagai yang memiliki
“kekuatan alam”. Individu dalam kategori ini suka bekerja dan berada di luar bangunan.
Mereka memahami dunia melalui persekitaran mereka. Mereka suka mengkelaskan
barang atau perkara mengikut hirarki dan mereka percaya bahawa alam sekeliling, isu
ekologi dan haiwan adalah penting (Gardner, 1993; Telee, 2000). Kecerdasan ini juga
merupakan satu kebolehan memerhati, memahami dan mengorganisasi alam sekeliling
mengikut klasifikasi kepelbagaiannya. Akhir sekali, Kecerdasan Eksistensialis adalah
Kecerdasan Pelbagai yang memiliki “kekuatan kerohanian”. Individu dalam kategori ini
memahami dunia melalui hubungan diri dengan pencipta. Mereka gemar bertanya tentang
persoalan berkenaan tujuan hidup, tanggungjawab hidup dan ke mana mereka akan pergi
setelah mati. Mereka juga adalah indivdiu yang mempercayai kewujudan Tuhan dan
mencari hikmah kehidupan melalui agama yang dianuti. Mereka kebiasaannya adalah
pendakwah, guru agama dan pengkaji agama.

Hari ini, masyarakat mantafsirkan pelajar cemerlang adalah mereka yang


mendapat ‘A’ dalam peperiksaan. Tafsiran itu membawa kepada kekeliruan apabila
masyarakat mendefinisikan pelajar yang tidak mendapat pencapaian tinggi atau
cemerlang dalam peperiksaan awam sebagai gagal, dan kegagalan itu dianggap sebagai
kegagalan sepanjang hayat. Kekeliruan yang berlanjutan ini menyebabkan masyarakat
berpegang kepada stigma, di mana pencapaian dan kejayaan persekolahan sebagai
kredibiliti kejayaan di tempat kerja atau dalam kehidupan. Justeru, kita mesti berganjak
kepada satu fahaman bahawa semua manusia berpotensi dan mampu menonjolkan
potensi mereka dalam pelbagai bentuk dan keadaan.

Kegagalan dalam peperiksaan bukan bererti mereka langsung tidak mempunyai


kemahiran. Hal ini kerana pencapaian dalam konteks sekarang merujuk kepada
kecenderungan seseorang dalam mengingati fakta serta menyelesaikan masalah Logik
Matematik, lisan dan bahasa semata-mata seperti yang terdapat dalam ujian kecerdasan
(Ujian IQ). Selain itu, fokus sistem persekolahan dan peperiksaan lebih tertumpu kepada

8
dua domain kecerdasan sahaja iaitu Verbal Linguistik dan Logik Matematik (Gardner,
1993; Hanizah, Siti Rahayah & Ruhizan, 2006). Bahkan sistem pentaksiran di Malaysia
juga sekadar menekankan penguasaan VL dan LM kerana kedua-dua bidang ini adalah
kecerdasan intelek (IQ). Maka, seharusnya wajar setiap orang dinilai dan diraikan
berdasarkan Teori Kepelbagaian Gardner tersebut.

Rancangan Pengajaran Aktiviti

KELAS Prasekolah

TEMA PERTANIAN

TAJUK Kebun Sayur Pak Mat

MASA 8.00 – 8.30 pagi

Standard
Kandungan 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata
FOKUS dengan betul mengikut konteks.
UTAMA

Standard
Pembelajaran Memahami dan menggunakan kata adjektif
5.1.5 warna dengan betul mengikut konteks.

FOKUS 2.2 .
SAMPINGAN
Standard Membaca dan memahami perkataa,frasa,dan
Kandungan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan
yang betul.

9
Standard
Pembelajaran
Membaca dan memahami perkataan yang
mengandungi dua atau tiga suku kata,
2.2.1
diftong, vokal berganding enyusu dan konsonan
bergabung dengan sebutan yang betul.

Pada akhir pengajaran,murid dapat:

OBJEKTIF
i. menggunakan kata adjektif warna dengan betul mengikut
konteks.

ii. membaca perkataan yang mengandungi dua suku kata dengan


sebutan yang betul

PENGISIAN i. Ilmu: Pendidikan Seni dan Sains


KURIKULUM ii. Nilai : Bersyukur
iii. KBT: Kemahiran Berfikir.

SISTEM
BAHASA Tatabahasa: Kata adjektif warna.

MEDIA Petikan lagu dari Youtube, LCD, Laptop, kad perkataan, dan lembaran
kerja

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGISIAN
AKTIVITI CATATAN
KURIKULUM

Langkah 1
Menyanyi Lagu

10
a. Murid membaca seni kata lagu yang Nilai: Senikata Lagu
terpapar di LCD yang diambil dari Bekerjasama
Youtube.
KBT: “Kebun Sayur
b. Murid menyanyi mengikut rentak seni kata Kemahiran berfikir Pak Mat”
lagu “ Pak Mat Ada Kebun” dengan (Kreatif)
bimbingan guru.
Muzik
c. Murid menyanyikan lagu ‘Pak Mat Ada
Kebun’ secara beramai-ramai

Langkah 2

a. Murid membaca petikan yang diberikan


Nilai: Kerjasama Petikan
secara individu,kumpulan dan kelas.
KBT: Kebun Sayur
b. Murid menyenaraikan warna-warna yang Kemahiran Berfikir Pak Mat
terdapat dalam petikan

c. Murid membaca perkataan mengikut kad


perkataan yang dipamerkan

PENGISIAN
AKTIVITI CATATAN
KURIKULUM

Langkah 3

Murid berlakon mengikut jenis sayur- sayuran.


Kinestatik Dialog
Watak terung
Watak tomato
Watak menyusun Kad perkataan
Watak bayam

Langkah 4

a. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada


murid-murid.

b. Murid melengkapkan ayat dengan


perkataan yang betul

11
Pemulihan

Murid mewarna gambar sayur-sayuran. Nilai: Berdikari Lampiran

Pengayaan

Murid menyusun huruf menjadi perkataan Nilai: Berdikari Lampiran


yang betul
Kesimpulan

Secara tuntasnya, didapati bahawa pendekatan pengajaran dan pembelajaran


(P&P) secara konvensional sememangnya mempunyai keistimewaan tertentu khususnya
apabila digabungkan dengan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai. Oleh kerana
kepelbagaian subjek pada masa kini yang menjadi suatu keperluan kepada setiap pelajar
untuk terus belajar dan meneroka, maka kepelbagaian usaha turut perlu bergerak
seiringan dengan pengajaran tersebut. Dalam pendidikan awal kanak-kanak pendidik
sebagai tenaga pengajar harus peka dengan kebolehandan potensi yang ada pada diri
kanak-kanak agar dapat disesuaikan dengan pengajaran. Hal ini perlu bagi membolehkan
kanak-kanak mempunyai inisiatif sendiri melibatkan diri dalam kelas secara suka rela
tanpa ada paksaan atau sebagainya. Dalam masa yang sama, penglibatan ini membuahkan
hasil dan kelebihan pada diri kanak-kanak. Ini boleh dilihat apabila pelajar dapat
memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh guru ekoran daripada penglibatan aktif
pelajar dalam kelas.

(TUGASAN 1 + TUGASAN 2 = 2874 patah perkataan)

12
BIBLIOGRAFI

Abdullah, S. (2009). Kecerdasan Pelbagai- Aplikasi dalam Pengajaran dan


Pembelajaran. Wangsa Melawati: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA). (2013). Kurikulum Permata


Negara. Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak 0-4 tahun (Cetakan Ketiga)
Selangor: Jabatan Perdana Menteri.

Essa, E. (1996). Introduction to early childhood education (2nd ed,). Albany, NY:
Delmar.

Gardner, H. (2003). Multiple Intelligences After Twenty Years. Chicago: American


Educational Research Association.

Kamaruddin dan Siti Hajar. (2004), Pedagogi Asas Pendidikan, Kuala Lumpur:
Kayazano Enterprise.

Lee Gutek, G. (2004). The Montessori Method. USA: Rowman & Littlefield Publishers,
Inc.

MacNaughton, G. (2005). Doing Foucault in early childhood studies: Applying


Poststructural Ideas. New York: Routledge.

Morrison, G.S. (2011). Early Childhood Education Today. (12th International Edition).
Pearson Prentice Hall.

13
Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah. (2007). Panduan Pendidikan Prasekolah.
Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Razali, M., Jantan, R., & Hashim, S. (2003). Psikologi Pendidikan. Wangsa Melawati:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Rohaty Mohd Majzub. (2003). Pendidikan Prasekolah: Cabaran Kualiti. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Standing, E. M. (1962). Maria Montessori. New York: New American Library.

Telee, S. (2000). Rainbows of Intelligence; Exploring How Students Learn. California:


Corwin Press. Inc.

14

You might also like