You are on page 1of 6

1.

0 PENGENALAN

Persekitaran pembelajaran di peringkat prasekolah merupakan satu tempat atau ruang yang
tersedia untuk kanak-kanak melakukan pergerakkan bebas dan meneroka persekitaran bagi
membentuk pengetahuan, menimba pengalaman serta berinteraksi sosial bersama kanak-
kanak lain. Aspek persekitaran pembelajaran dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak
meliputi persekitaran fizikal dan persekitaran sosial. Kedua-dua persekitaran ini mempunyai
peranan tersendiri untuk merangsang minat dan keseronokkan kanak-kanak untuk terus
belajar. Persekitaran fizikal merujuk kepada reka bentuk keseluruhan dan susun atur bilik
darjah sesebuah pusat pembelajaran. Manakala, persekitaran sosial di peringkat prasekolah
pula merujuk pada bagaimana persekitran bilik darjah dapat mempengaruhi dan menyokong
interaksi positif kanak-kanak bersama guru dan komuniti masyarakat.
Rekabentuk persekitaran pembelajaran sesebuah prasekolah selalunya di pengaruhi
oleh falsafah atau matlamat penubuhan sesebuah program pendidikan awal kanak-kanak.
Terdapat pelbagai program pendidikan awal kanak-kanak telah di bangunkan sejak dahulu
lagi oleh perintis-perintis pendidikan awal kanak-kanak berasaskan falsafah pendidikan dan
teori-teori bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Kebanyakkan model atau
program-program tersebut menjadi ikutan dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak masa
kini. Antara program pendidikan awal kanak-kanak yang digunakan sebagai panduan
penubuhan pusat pendidikan kanak-kanak ialah program Head Start. Penubuhan pusat
pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia seperti KEMAS, PERPADUAN dan Prasekolah
telah menjadikan program Head Start dari Amerika Syarikat sebagai panduan pembentukkan
sistem pendidikan awal kanak-kanak di negara ini.
Justeru, dalam tugasan ini akan membincangkan tentang tiga program pendidikan
awal kanak-kanak terawal yang menjadi perintis pembentukkan program prasekolah masa
kini. Aspek falsafah, kurikulum dan persekitaran di kaji bagi mengetahui perbezaan matlamat
penubuhan program-program tersebut. Selain itu, dalam tugasan ini juga akan
membincangkan tentang persekitaran pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak di
Malaysia. Seterusnya, untuk menilai kualiti persekitaran fizikal pusat pendidikan awal kanak-
kanak di Malaysia, sebuah prasekolah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia KPM iaitu
Prasekolah SK Perumahan Tampoi (2) yang terletak di Johor Bharu telah dipilih untuk tujuan
kajian kualitatif. Penilaian kualiti persekitaran fizikal prasekolah tersebut dilakukan
berlandaskan kaedah pemerhatian menggunakan borang kaji selidik Childrens Phyical
Environments Scale (CPERS) dari Moore (2013).
2.0 PROGRAM PENDIDIKAN KANAK-KANAK TERAWAL

Berdasarkan penyataan dari The National Association for The Education of Young Children
(NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, pendidikan
awal kanak-kanak early childhood education merujuk kepada segala program pendidikan
yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak sejak lahir hingga ke
umur lapan tahun (Zulkiply, 2009). Manakala Morrison pula, mentakrifkan pendidikan awal
kanak-kanak sebagai program yang menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak dari
usia sejak lahir hingga ke usia lapan tahun samada program secara separuh atau sepenuh
masa di pusat, rumah, institusi, tadika dan sekolah rendah (Nor Fauzian dan Fauziah Hanim,
2015). Pendidikan Awal Kanak-kanak pada masa kini, banyak memberi penekanan kepada
kepelbagaian kanak-kanak, amalan bersesuaian perkembangan, perhatian kepada kanak-
kanak berkeperluan khas di samping keperluan memenuhi standard pencapaian seperti yang
digariskan oleh NAEYC.

Terdapat pelbagai program pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak telah


dibangunkan oleh perintis-perintis pendidikan awal kanak-kanak dari barat bagi
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Banyak kajian juga telah
dilakukan keatas program pendidikan awal kanak-kanak terawal ini untuk mengetahui
keberkesanan, kebaikan dan kesesuaian program yang di reka dengan perkembangan semasa
kanak-kanak. Selain itu, para perintis pendidikan awal kanak-kanak turut percaya pendidikan
merupakan agen pengubah taraf sosial seseorang individu yang utama dan berperanan besar
dalam menentukan pencapaian dan kemajuan yang dikecapi oleh sesebuah negara. Antara
program atau model pendidikan awal kanak-kanak wujud diatas kepercayaan ini dan diguna
pakai sebagai panduan membentuk program pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak
masa kini di seluruh dunia adalah seperti:-
Pendekatan Reggio Emilia
Program Head Start
Program Montessori

Sungguhpun kesemua program di atas mempunyai asas matlamat yang sama iaitu
menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak agar berpeluang belajar bersama. Namun,
setiap program dinyatakan di atas mempunyai perbezaan dari aspek falsafah pendidikan dan
teori-teori berkaitan, perlaksanaan kurikulum dan persekitaran pembelajaran kanak-kanak.

2. 1. Pendekatan Reggio Emilia


Program pendidikan awal kanak-kanak Reggio Emilia lebih dikenali sebagai Pendekatan
Reggio Emilia, merupakan satu program prasekolah yang dibentuk untuk melahirkan kanak-
kanak yang mempunyai sikap berdaya saing, kreatif, ingin tahu, berimaginasi dan mampu
berinterkasi dan berkomuniaksi dengan orang dewasa dalam persekitaran pembelajaran yang
afektif (Zailani dan Asiah, 2013). Sejarah penubuhan Pendekatan Reggio Emilia unik kerana
pendekatan ini telah ditubuhkan sejurus selepas Perang Dunia II, apabila komuniti
masyarakat di daerah sekitar Reggio Emilia di bahagian utara Itali berusaha untuk
mewujudkan sistem persekolahan baharu yang membolehkan kanak-kanak memperoleh
kemahiran berfikir yang kritikal, membentuk jati diri individu dan bekerjasama membina
semula masyarakat demokratik (Merc dan Maria, 2017). Selain itu, Halimah Saadiah, Nur
Diyana, Nur Shafiqa, Syarah Atiqah dan Marhamah (2014) menjelaskan, komuniti
masyarakat di Reggio Emilia memandang kanak-kanak sebagai seorang yang berpotensi,
berdaya saing, bersikap ingin tahu, bermaklumat dan penuh dengan kasih sayang. Meraka
juga melihat kanak-kanak mempunyai keinginan yang besar untuk belajar dan berkeupayaan
untuk membina pembelajaran sendiri. Justeru di atas kesedaran ini, pada tahun 1963 Loris
Malaguzzi dan rakan-rakannya bersama komuniti di Reggio Emilia telah mengilhamkan
sistem pendidikan baharu untuk untuk memenuhi keperluan komuniti setempat dan
meningkatkan perkembangan kanak-kanak.

2.1.1. Falsafah dan Teori Berkaitan.


Dengan berslogankan Tiada hari tanpa kegembiraan Niente Senza Gioia, program Reggio
Emilia menawarkan falsafah pendidikan yang memberi tumpuan kegembiraan kepada kanak-
kanak dalam setiap proses pembelajarannya (Zailani dan Asiah, 2013). Menurut Hannah
(2015), asas falsafah program Reggio Emilia adalah berdasarkan penyataan Loris Malaguzzi
tentang imej kanak-kanak, bahasa kanak-kanak yang digambarkan mempunyai seratus
bahasa, peranan guru, perhubungan dan alam persekitaran yang di anggap sebagai guru
ketiga. Justeru itu, falsafah pendekatan Reggio Emilia telah dibentuk berdasarkan
penyelidikkan berkaitan dengan pengalaman, pemikiran dan proses pembelajaran kanak-
kanak. Komuniti masyarakat di sekitar Reggio percaya kanak-kanak yang diberi kebebasan
bertanya dan meneliti, dapat meningkatkan pencapaian di tahap baru dalam pemahaman dan
perkembangan kanak-kanak. Atas kesedaran ini, mereka mencipta program pendidikan awal
kanak-kanak yang penuh dengan pemerhatian, pembelajaran, pertimbangan, komunikasi dan
refleksi dalam persekitaran pergaulan (Halimah Saadiah, Nur Diyana, Nur Shafiqa, Syarah
Atiqah dan Marhamah, 2014).

Teori Konstruktivivme
Para pendidik dalam sistem pendidikan Reggio Emilia juga aktif mengkaji, membincangkan
dan menganalisis pelbagai idea, pendapat dan falsafah pendidikan lain bagi membangunkan
falsafah pendidikan mereka sendiri. Kajian berkaitan isi kandungan falsafah dari program
pendidikan yang lain membolehkan pengkaji dalam sistem pendidikan Reggio Emilia
memahami secara keseluruhan dan menilai hala tuju pendidikan pendekatan Reggio Emilia.
Seterusnya, menurut Linda dan Pat (2010), para pendidik dalam sistem pendidikan Reggio
Emilia banyak terpengaruh dengan teori Konstruktivisme yang di pelapori oleh Jean Piaget
dan idea-idea dari Maria Montessori dalam bidang pembangunan kognitif dan bahasa.
Manakala dalam bidang interaksi sosial serta perkembangan kognitif pula, mereka
terpengaruh dengan teori konstruktivisme yang di kemukakan oleh Lev Vygotsky, dan
Gardner. Berlandaskan teori-teori ini, para pendidik di Reggio menggambarkan program
pendidikan Reggio Emilia ini sebagai satu projek pendidikan jangka panjang yang
melibatkan penglibatan orang dewasa dalam proses pembelajaran kanak-kanak (Hannah,
2015).
Noor Azliana, Nik Noraini dan Mahani (2013) menjelaskan, selain dari berlandaskan
teori Konstruktivisme, falsafah Reggio Emilia juga pada dasarnya berpegang kepada prinsip-
prinsip yang telah seperti berikut :

i. Kanak-kanak harus mempunyai kawalan terhadap arah pembelajaran mereka.


ii. Kanak-kanak mesti belajar melalui pengalaman menyentuh, bergerak, melihat,
dan mendengar.
iii. Kanak-kanak mempunyai hubungan dengan kanak-kanak lain dan dengan bahan
disekeliling dan mereka juga perlu diransang untuk meneroka.
iv. Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk mengekspresi dan menyerlahkan diri.
Hannah (2015) menambah, sungguhpun program pendidikan awal kanak-kanak Reggio
Emilia tidak mempunyai sistem atau kaedah yang tetap, namun falsafah dan prinsip-prinsip
pendekatan Reggio Emilia mempunyai potensi untuk memberi inspirasi kepada program
pendidikan lain dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak dari segi reka bentuk dan
keunikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

2.1.2. Kurikulum Program Reggio Emilia


Menurut Hannah (2015), nilai dan potensi program Reggio Emilia ialah memperkayakan
pembelajaran dan pengajaran Enriching learning and teaching. Hal ini kerana, komuniti
masyarkat Reggio percaya kanak-kanak adalah pelajar yang berpotensi, maka kurikulum
program Reggio Emilia di bentuk untuk melahirkan kanak-kanak yang cerdas dan
berkebolehan. Oleh yang demikian, tambah Hannah (2015), reka bentuk kurikulum Reggio
Emilia mengambil kira aspek keunikan sosial budaya, menambah baik amalan harian di pusat
pendidikan kanak-kanak dan pembelajaran berdasarkan perhubungan di antara komuniti
masyarakat yang terlibat seperti rakan sebaya, guru, ibu bapa dan masyarakat. Pengaruh
utama dalam mereka bentuk kurikulum Reggio Emilia ialah teori pembelajaran
Konstruktivisme. Pendekatan Konstruktivisme telah melahirkan satu inovasi berkaitan gaya
pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan Reggio Emilia (Siti Nur Ain, 2012).
Dalam perlaksanaan kurikulum Reggio Emilia, ianya memberi keutamanan kepada peranan
murid, manakala guru hanya berperanan sebagai pembimbing. Pendekatan Konstruktivisme
sangat penting dalam proses pembelajaran di Reggio Emilia kerana murid digalakkan
membina konsep sendiri dan menghubungkaitkan perkara yang dipelajari dengan
pengetahuan yang sedia ada pada mereka. Hasilnya, murid dapat meningkatkan pemahaman
mereka tentang sesuatu perkara.
Berlandaskan teori berikut, kurikulum Reggio Emilia di bentuk berteraskan kaedah
pendekatan projek. Menurut Zailani dan Asiah (2013), setiap topik dalam perancangan projek
dalam kurikulum Reggio Emilia adalah hasil dari minat kanak-kanak terhadap sesuatu
peristiwa melalui interaksi kanak-kanak dengan komuniti masyarakat atau keluarga, atau
sesuatu perkara umum yang diketahui kanak-kanak misalnya takungan air, bayangan dan
lain-lain. Topik sesuatu projek juga boleh dipilih dari pengalaman pertama yang dirancang
oleh guru untuk membantu kanak-kanak menjelajah adat budaya mereka atau persekitaran
fizikal atau hasil dari idea spontan kanak-kanak itu sendiri. Pendekatan projek boleh
dijalankan samada dalam jangka masa pendek atau panjang. Jangka masa itu diperlukan
kerana setiap topik yang dipilih akan dikaji secara mendalam. Perincian sesuatu perkara yang
dikaji adalah berkaitan dengan topik yang di pilih.
Kurikulum program Reggio Emilia turut di kenali sebagai Emergent Curriculum yang
bermaksud semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru hanya memerhati dan
mendengar idea kanak-kanak dalam melaksanakan projek. Dalam Emergent Curriculum,
guru hanya berperanan sebagai pemudah cara dan membantu memberi pandangan berkaitan
perjalanan projek serta menyediakan bahan-bahan yang di perlukan murid-murid (Siti Nur
Ain, 2012). Penglibatan dari komuniti luar seperti dari ibu bapa dan masyarakat amat di
galakkan untuk memberi sokongan dan idea kepada kanak-kanak dalam menyelesaikan
tugasan projek yang di laksanakan. Tambah Hannah (2015), sebagai pengasas kepada
pendekatan baru dalam dunia pendidikan, kaedah pendekatan projek yang di laksanakan
dalam kurikulum Reggio Emilia ini menggalakkan kanak-kanak untuk bergerak aktif dan
memberi tumpuan atau fokus kepada proses penyelidikan dan pembelajaran.

You might also like