You are on page 1of 5

Latar Belakang Model Pendidikan Montessori

Model Pendidikan Montessori ini di asaskan oleh Maria Montessori (1870-1952) yang
merupakan seorang tokoh pendidikan di Rome, beliau mempunyai pengalaman mengenai
pendidikan kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau terlibat dengan
penubuhan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Di sekolah ini beliau menghabiskan masa
selama 2 tahun bersama rakan-rakannya bagi melatih guru-guru dalam kaedah pemerhatian
dan pendidikan kanak-kanak terencat akal. Di samping itu, beliau menghabiskan masa dengan
kanak-kanak dengan membuat pemerhatian dan ujikaji dengan menggunakan pelbagai bahan
dan kaedah serta menggunakan semua idea yang diperolehinya melalui kajian tersebut.
Sumbangannya terhadap kanak-kanak menjadikan Maria Montessori seorang tokoh yang
terkenal lebih-lebih lagi kerana beliau seorang doktor. Melalui kaedah pembelajaran yang
diperkenalkan oleh beliau kepada kanak-kanak cacat, beliau mula menerapkan kaedah ini
kepada kanak-kanak biasa. Beliau yakin bahawa kaedah yang digunakan ini boleh
mendatangkan hasil pencapaian yang lebih baik kepada kanak-kanak istimewa dan boleh
memperbaiki kanak-kanak normal (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

Model Montessori dalam pendidikan awal kanak-kanak muncul dalam awal abad ke 20.
Dr. Maria Montessori adalah wanita pertama yang menerima ijazah dalam perubatan daripada
Universiti Rome. Beliau telah menubuhkan sekolah Montessori yang dikenali sebagai Casas dei
Bambini untuk kanak-kanak dari rumah miskin dan kanak-kanak yang kurang berupaya. Beliau
telah dipengaruhi oleh Rousseau, Locke, Itard dan Sequin. Beliau bersetuju dengan Rousseau
bahawa kebebasan adalah penting bagi kanak-kanak dan konsep kelas sebagai sebuah
komuniti. Beliau mempelajari pentingnya pengalaman awal, ketertiban, dan deria dari Itard dan
Sequin. Itard dan Sequin adalah pelopor awal dalam penilaian ke atas kanak-kanak,
terutamanya kanak-kanak dengan keperluan khasnya. Montessori mengembangkan bahan
sensori untuk belajar yang merefleksikan kegiatan yang konkrit sepertimana yang digunakan
oleh Sequin dan itard untuk penilaian. Seperti Piaget, teori perkembangan Montessori juga
adalah konstruktivis. Beliau mengambarkan peringkat dalam perkembangan atau tempoh
sensitif untuk belajar. Chattin-McNichols (1992) dalam Sue C. Wortham (2010) menyatakan,
seperti Piaget dan Vygotsky, Montessori percaya dalam alam pembelajaran yang aktif dimana
guru berkhidmat sebagai pembimbing kepada perkembangan kanak-kanak.

Kaedah Mengajar

Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Montessori kita dapat melihat semua kanak-
kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciri yang universal dalam kehidupan
mereka (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

Ciri-ciri berikut adalah :
Semua kanak-kanak mempunyai absorbent mind.
Semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitif.
Semua kanak-kanak ingin belajar.
Semua kanak-kanak belajar melalui bermain dan bekerja.
Semua kanak-kanak melalui berbagai peringkat perkembangan.
Semua kanak-kanak ingin berdikari.

Montessori menekankan kepada :
Kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Alatan mengajar yang
disediakan perlulah mempunyai sifat-sifat khas supaya kanak-kanak boleh menggunakan deria
mereka.
Kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan Sensory Teaching And Learning.
Kaedah mengajar di sekolah Montessori mengutamakan latihan daya penglihatan,
pendengaran dan sentuhan. Ini bertujuan agar kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan
menggunakan deria dengan cekap.
Beliau membuat kesimpulan bahawa tingkahlaku kanak-kanak ini merupakan satu usaha untuk
mempelajari mengenai persekitaran dengan menggunakan tangan mereka. Idea ini iaitu The
part to intellectual development is through the hand, merupakan tema yang penting dalam
kaedahnya.


Matlamat Pendidikan Montessori

Matlamat pendidikan Montessori yang terpenting ialah perkembangan individu secara
menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, sosial, emosi dan intelek. Persatuan Montessori
Amerika pada tahun 1984, dalam Brewer pada tahun 1998 menyatakan bahawa matlamat
program Montessori adalah untuk memperkembangkan aspek-aspek berikut (Nor Nurulhayati et
al., 2009) :
Penumpuan
Kemahiran membuat pemerhatian
Kesedaran dan segi susunan dan urutan
Koordinasi
Kesedaran dari segi tanggapan dan kemahiran amali
Konsep matematik
Kemahiran bahasa
Kemahiran menulis dan membaca
Kebiasaan dari segi seni kreatif
Kefahaman tentang alam semulajadi
Pengalaman dalam memahami sains sosial
Pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui teknik penyelesaian masalah


Pendidikan Montessori merangkumi pelbagai aspek penting iaitu :

Persekitaran Pusat Prasekolah.
Suasana persekitaran pendidikan Montessori haruslah mempunyai kawasan yang luas untuk
kanak-kanak bergerak dengan bebas serta dilengkapi dengan taman permainan dan juga
kebun bunga untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Peralatan asas seperti kerusi,
meja, almari, sinki basuh tangan, papan hitam dan pelbagai lagi haruslah sesuai dengan umur
mereka, bagi memudahkan kanak-kanak menggunakan kemudahan tersebut di samping dapat
mengelak daripada berlaku kecederaan sewaktu proses pembelajaran. Falsafah Montessori
adalah berdasarkan logik, teratur, sistematik dan indah (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).


Kanak-kanak
Berdasarkan kepada aktiviti individu, kanak-kanak pelbagai umur melibatkan diri dalam aktiviti-
aktivtiti yang berbentuk individual. Kanak-kanak bebas memilih mana-mana projek yang mereka
sukai. Aktiviti biasanya dilakukan di atas tikar atau di atas meja. Kanak-kanak mengikut arahan
kendiri bekerja bersendirian atau berdua-duaan. Kanak-kanak yang lebih muda mempelajari
aktiviti tertentu dengan cara memerhati dan meniru rakan-rakan yang lebih tua (Nor Nurulhayati
Aris et al., 2009).

Guru
Kawalan orang dewasa sangat minimal. Guru memerhati kanak-kanak dari jauh dan hanya
melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tentang bagaimana
menggunakan alat-alat atau bahan yang baru. Guru-guru tidak memuji kanak-kanak kerana
matlamat aktiviti ialah untuk mendapat self rewarding, motivasi intristik. Guru-guru Montessori
mempelajari kaedah dan kurikulum dengan mengikuti kursus intensif di peringkat ijazah (Nor
Nurulhayati Aris et al., 2009).

Bahan
Mempunyai ciri-ciri khusus iaitu bahayanya didaktik iaitu dibentuk untuk mengajar pelajaran
tertentu.berbentuk (self correcting). Mereka akan mendapat maklumat balik setelah berjaya
atau tidak dalam menyempurnakan tugas berdasarkan bahan tersebut. Bahan dibina daripada
mudah kepada yang lebih susah dan bahan-bahan dibina dengan cermat seperti bahan-bahan
semulajadi contohnya kayu yang divarnish (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

Kurikulum
Terdapat beberapa set aktiviti, diantaranya ialah :
Aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan harian.
Aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria.
Aktiviti yang bercorak akademik.

Aktiviti Kehidupan Harian (Daily Living)
Aktiviti ini berbentuk praktikal seperti:
Mengenakan butang baju
Memasang tali kasut
Menggilap kasut
Menyikat rambut
Menyiram pokok
Mencuci tingkap dan menyapu sampah dan mengelap meja.

Bahan Deria (Sensorial Material)
Untuk memperkembangkan kemahiran kanak-kanak, Montessori telah mencipta
berbagai alat bantuan mengajar seperti :
Pink Tower
Brown Stairs
Red Rods
Cylinder Block
Smelling Jar
Baric Tablets
Latihan Mengecam Warna
Sound Boxes
Temperature Jugs
Pelbagai Jenis Kain

You might also like