You are on page 1of 16

Latar Belakang

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum


sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961,
melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian
Buta Huruf".
Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan
konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan
membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar.
Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada
"Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan
masyarakat dalam erti kata sebenar.
Sejarah KEMAS
KEMAS, Jabatan Kemajuan Masyarakat dikenali dengan nama (KEMAS) yang merupakan singkatan
daripada Kemajuan Masyarakat'. KEMAS pada asalnya dikenali dengan nama Bahagian
Pelajaran Dewasa. Ia ditubuhkan secara rasmi oleh YAB Tun Abdul Razak Bin Hussien pada tahun
1961 melalui satu majlis yang diadakan di Rumah Persekutuan. Rasional penubuhan Bahagian
Pelajaran Dewasa pada waktu tersebut diwujudkan setelah negara mencapai Kemerdekaan pada 1957
di mana satu bancian yang telah dilakukan pada tahun yang sama dan didapati seramai 1,868,948
orang dewasa dan 2,379,213 orang kanak-kanak yang berumur antara 10 hingga 14 tahun tidak tahu
membaca dan menulis.
Dapatan kajian ini dilihat menjadi penghalang utama untuk kerajaan melaksanakan agenda
pembangunan negara. Pada tahun 1958, Persidangan Pembangunan Masyarakat Kedua telah diadakan
di Kuala Lumpur dan ia merupakan lanjutan dari Persidangan Pembangunan Masyarakat Pertama yang
telah diadakan pada tahun 1953 di Taiping. Hasil daripada persidangan tersebut, satu perakuan oleh
Jawatankuasa Khas Pelajaran Dewasa yang bermesyuarat pada 3hb Ogos 1960 telah dibincangkan di
peringkat kabinet pada tahun yang sama melalui Kertas Kabinet Bil. 385/25/60. Fokus perbincangan
kertas kabinet tersebut adalah memberi keutamaan terhadap pelajaran asas kepada rakyat
yang buta huruf melalui Rancangan Pelajaran Dewasa sehinggalah satu kelulusan telah
dikeluarkan untuk menubuhkan Bahagian Pelajaran Dewasa dan diletakkan di bawah
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
Kerajaan berpendapat bahawa pendidikan literasi mempunyai hubungan yang rapat dengan gerakan
pembangunan masyarakat. Berdasarkan dua dasar dan strategi perlaksanaan utama Pelajaran
Dewasa yang digariskan melalui Kertas Kabinet Bil. 2/54/61, (iaitu membasmi buta huruf di
kalangan penduduk luar bandar dan memberi pengetahuan membaca dan menulis rumi kepada
bukan Melayu), gerakan membasmi buta huruf telah diperkenalkan berdasarkan 3 peringkat utama
seperti yang telah dirancang oleh YAB Tun Abdul Razak Bin Hussien (pengumuman beliau ketika
pelancaran Hari Kenal Huruf Sedunia pada tahun 1968). Gerakan Pembasmian Buta Huruf telah
dilaksanakan selama 15 tahun. Seterusnya, berdasarkan Kelas Asas Membaca dan Menulis, pelbagai
kelas-kelas lain turut diwujudkan termasuk Kelas Bahasa Kebangsaan serta Kelas Bahasa Rumi
(KBK/KBR). Hasilnya seramai 500,000 orang pelajar telah mendapat faedah dari program-program ini
setiap tahun. Memandangkan keperluan permintaan yang kian meningkat setiap tahun, program
pengambilan guru turut diadakan secara besar-besaran dan ini secara tidak langsung mewujudkan
peluang pekerjaan yang luas terutamanya kepada golongan yang boleh membaca dan menulis. Latihan
kepada golongan pengajar ini telah diberi secara berperingkat bagi menambah kemahiran sehingga
melahirkan Kaedah Pengajaran dan Kurikulum Kelas Dewasa. Kurikulum ini meliputi pengawasan
guru-guru oleh penyelia-penyelia berkelayakan yang dilantik melalui tapisan/ujian praktikal,
kurikulum pelajaran berperingkat serta kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti
pendidikan 3M yang meliputi kaedah Zaaba yang dipermudahkan oleh Embong Yahya
(bimbingan dalam kerja-kerja seharian seperti pertanian, kesihatan, rumahtangga dan
pendidikan anak).
Dengan penggabungan Sabah dan Sarawak dengan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, sebanyak
250 kelas telah berjaya dibuka di Sabah dan 60 kelas di Sarawak pada tahun 1965. Sempena
pengistiharan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia pada tahun 1965, KEMAS yang
pada ketika itu dikenali sebagai Bahagian Pelajaran Dewasa telah mengadakan Kempen Bulan Bahasa
secara aktif terutamanya di kalangan pelajar kelas dewasa. Pada tahun 1963, kerajaan mempergiatkan
lagi usaha menarik minat lebih ramai pelajar terutamanya golongan wanita melibatkan diri dalam
Kempen Bulan Bahasa dan sebagai salah satu usaha bagi membasmi masalah buta huruf di kalangan
penduduk luar bandar.
Bahagian Pelajaran Dewasa seterusnya memperkenalkan Kelas Ekonomi Rumahtangga (ERT)
meliputi pendidikan asas membaca, menulis dan mengira serta bimbingan dalam pengurusan
rumahtangga serta penyediaan makanan berzat. Pada tahun 1968, Kelas Agama Islam (KAI) dan
Kelas Belajar Jawi (KBJ) mula diperkenalkan bagi menarik minat golongan berumur dalam
membasmi buta huruf di kalangan mereka dan memberi bimbingan agama. KAI telah berjaya
melatih seramai 118,045 orang pelajar melalui 4,851 buah kelas di seluruh tanahair.
Menjelang 1969, Kelas Latihan Kemahiran telah diperkenalkan bagi memberi kemahiran
vokasional di samping membasmi buta huruf. Kelas latihan ini meliputi bidang-bidang kemahiran
seperti motor mekanik (motosikal dan bot), elektronik (radio dan televisyen), kimpalan, pertukangan
kayu/rotan (membuat perabot), solekan, dandanan rambut, jahitan pakaian (lelaki dan perempuan),
pertukangan rumah dan sebagainya.
Majalah Bahagian Pelajaran Dewasa iaitu Majalah Dewasa serta Pendidikan Melalui Radio (Distance
Education) telah diwujudkan dengan kerjasama Radio Malaya. Ianya merupakan salah satu medium
bagi membantu usaha-usaha yang telah dijalankan terutamanya dalam bidang pendidikan agama,
kesihatan, panduan pertanian, pembangunan diri dan sebagainya. Menjelang 1974, apabila jumlah
penduduk buta huruf telah berkurangan kepada 1.7 juta orang, Kelas Bahasa Kebangsaan dan Kelas
Belajar Rumi telah ditamatkan kecuali di Sabah dan Sarawak. KBR kemudiannya digantikan pula
dengan Program Rancangan Pedoman Tugasan (Functional Literacy) yang dilaksanakan di
semenanjung dengan kerjasama UNESCO.
Pada tahun 1970, Bahagian Pelajaran Dewasa telah distruktur semula kepada Bahagian Kemajuan
Masyarakat (KEMAS) selaras dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
bertanggungjawab mengubah sikap masyarakat luar bandar serta bagi memastikan mereka menerima
arus perubahan dan pembangunan progresif di samping memberi latihan agar masyarakat luar bandar
terlibat secara aktif dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi sendiri, keluarga dan masyarakat.
Antara program yang dijalankan ialah Kelas Ekonomi Rumahtangga (ERT), Kelas Latih Kerja
(KLK), Rancangan Pedoman Tugasan (RPT), Kelas Agama Islam (KAI), Taman Bimbingan
Kanak-Kanak (Tabika), Khutub Khanah Desa (KKD) dan Rancangan Desa Usaha (RDU).
Kaedah pelaksanaan program KEMAS ialah melalui pendekatan konsep 3K sebagai panduan
pelaksanaan iaitu Kehendak, Keperluan dan Keupayaan. Pada tahun 1980, selaras dengan
perubahan kehidupan masyarakat pada masa itu, sektor ekonomi telah diberi penekanan. Perubahan ini
telah menyebabkan KEMAS mengubah strategi serta pendekatan dengan menggalakkan masyarakat
luar bandar menceburkan diri dalam aktiviti penambahan pendapatan. Antara program yang dijalankan
ialah aktiviti Budaya Niaga, Budaya Membaca, Projek Penambahan Pendapatan, Pendekatan
Bersepadu Aktiviti KEMAS, Projek Gotong-Royong serta Halacara Baru Pembangunan
Kampung dan Luar Bandar. Seiring dengan pelaksanaan program ini, pusat masakan, pusat-pusat
pengeluaran dalam bidang jahitan, kraftangan dan sulaman telah diwujudkan. Perpustakaan
Masyarakat dan Pusat Sumber juga diwujudkan di kawasan di luar bandar sebagai pusat rujukan dan
pembelajaran masyarakat desa. Pada masa yang sama, Program Kecemerlangan Kanak-Kanak
(PEKA) diperkenalkan untuk memberi kesedaran kepada ibubapa tentang kepentingan pendidikan
awal kanak-kanak.
KEMAS juga berusaha ke arah melahirkan pemimpin tempatan dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan
agar mereka berupaya merancang, melaksana dan mengurus program-program pembangunan yang
dijalankan di kampung-kampung serta dapat membawa perubahan dari segi sikap dan kehidupan
sosio-ekonomi masyarakat luar bandar agar bertambah lebih baik. Pada awal tahun 1990, komitmen
KEMAS memberi tumpuan kepada usaha pembangunan sumber manusia yang lebih
menyeluruh telah dilaksanakan melalui pendekatan pendidikan non-formal dan pendidikan
seumur hidup. Antara program yang diwujudkan adalah Pendidikan Literasi Fungsian (PLF),
Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika), Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska), Pendidikan
Kesejahteraan Keluarga (PKK), Pendidikan Kecemerlangan Kanak-Kanak (PEKA), Kelas Bina
Insan, Gerakan Desa Wawasan (GDW), Kelas Literasi Komputer dan Perpustakaan
Masyarakat.
Pada tahun 2000, KEMAS telah menumpukan perhatiannya terhadap bidang pembangunan teknologi
maklumat (ICT), pembangunan insan serta peningkatan pengupayaan dalam aktiviti yang dijalankan.
Pada masa yang sama, KEMAS masih meneruskan aktiviti-aktiviti sedia ada. Pada tahun 2003,
Gerakan Desa Wawasan telah ditukarkan kepada Gerakan Daya Wawasan. Memandangkan keperluan
serta penglibatan KEMAS semakin meningkat, mulai 1 April 2002, kerajaan telah memutuskan
penyusunan semula struktur KEMAS melalui waran perjawatan Bil. E8/2002 di mana fungsi dan
peranan KEMAS telah dirombak. Sepanjang tahun 2001 hingga 2009, fungsi dan peranan KEMAS
adalah meliputi tiga daripada lima teras Misi Nasional iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan
inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama dan menangani masalah ketidaksamaan sosio-
ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif di bawah Gerakan Daya Wawasan;
Pendidikan Literasi Komputer, Pendidikan Kesejahteraan Keluarga, Pendidikan Kemahiran,
Pendidikan Literasi Fungsian dan Pusat Sumber, konsep pendidikan berterusan selaras dengan
pembangunan modal insan di bawah Bahagian Bina Insan; Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak
(Tabika dan Taska) serta Program Makanan Tambahan untuk kanak-kanak.
Misi
1. Meningkatkan kompetensi masyarakat luar bandar supaya mampu berdikari untuk
meningkatkan taraf kehidupan dari segi pendidikan, sosial dan ekonomi;
2. Memperkukuhkan organisasi dan masyarakat desa dengan niali-nilai murni ke arah
pembangunan yang seimbang;
3. Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti;
4. Memberi kefahaman dan menjayakan perkhidmatan yang berkualiti;
5. Memberi kefahaman dan manjayakan pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan; dan
6. Mewujudkan masyarakat berilmu melalui pendidikan sepanjang hayat.
Visi
Nadi Pembangunan dan Perubahan Masyarakat Luar Bandar.
Objektif
1. Menjadikan masyarakat luar bandar yang kompeten, berdaya saing dan berdikari;
2. Memantapkan perkembangan sosio-emosi, fizikal, intelek dan rohani serta menguasai
kemahiran asas 3M kepada kanak-kanak berumur di bawah 6 tahun; dan
3. Memastikan sistem penyampaian yang berkesan.
Peranan
1. Mengubah sikap dan menyemai perasaan di kalangan masyarakat untuk membina satu
masyarakat yang maju dan berdikari;
2. Memupuk inisiatif dan perasaan tanggungjawab setiap anggota masyarakat dalam
pembangunan sosial, ekonomi dan politik;
3. Melibatkan penyertaan masyarakat secara aktif bagi menjayakan matlamat kerajaan
dan negara; dan
4. Mengeratkan hubungan rakyat dan kerajaan di samping mendapat sokongan rakyat
terhadap usaha pembangunan negara
Strategi
1. Menumpukan Pembangunan Manusia sebagai teras dalam Pembangunan Masyarakat
Luar Bandar.
2. Memperlengkapkan minda melalui pendidikan dan kemahiran mengikut tuntutan
semasa.
3. Penglibatan secara langsung dan bersepadu dengan lain-lain Agensi Kerajaan, Swasta,
Institusi Masyarakat dan orang perseorangan dalam usaha membangun Masyarakat
Luar Bandar.
4. Merangsang kumpulan sasar mencetus idea untuk merancang program-program
pembangunan.
Falsafah Pembangunan Luar Bandar
Falsafah Pembangunan Luar Bandar ialah peningkatan kualiti hidup penduduk luar bandar
melalui program-program dan usaha menjadikan kawasan luar bandar satu kawasan yang
produktif, menarik, maju dan menguntungkan.
Ianya harus seimbang dengan pembangunan insan yang dinamis, meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran di kalangan kumpulan sasar untuk menggunakan faktor masa, sumber alam
dan pengetahuan ke tahap optima.
Dengan demikian, pembangunan ekonomi dan kesejahteraan hidup keluarga sentiasa
cemerlang dan dalam keredhaan Tuhan. Dari dimensi ini falsafah pembangunan luar bandar
akan memberi fokus kepada pembangunan manusia oleh manusia. Instrumen pembangunan
manusia adalah pendidikan seumur hidup.
Teras Falsafah
Berasaskan pembangunan manusia itu sendiri, kerana manusia akan dapat menggunakan
faktor masa dan sumber ke tahap paling optima supaya kadar pembangunan ekonomi dan
kesejahteraan hidup keluarganya sentiasa dalam tahap kecemerlangan.


Kurikulum TABIKA
Tabika KEMAS mengguna pakai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang
telah diwajibkan pengunaanya pada 1 Januari 2010 mengikut Akta Pendidikan 1996 (Pindaan
2002) yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

PENDEKATAN

1. Belajar Melalui Bermain
2. Bertema
3. Bersepadu
4. Teknologi Maklumat dan Komunikasi

AKTIVITI
Aktiviti Kokurikulum
1) Kokurikulum Mingguan ;
1. Masa 2 jam seminggu (1 jam setiap sesi selepas waktu kelas)
Aktiviti :
1. Kelas Fardhu Ain/Iqra
2. Kelas Bahasa Inggeris
3. Kompang/Percussion
4. Seni mempertahankan diri
5. Seni Tari/senamrobik
2) Kokurikulum Tahunan :
1. Hari Potensi/Hari Kecemerlangan
2. Hari Sukan/Sukaneka/gotong royong
3. Lawatan Pendidikan/3




Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA)
Pengenalan
Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali sebagai
Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) merupakan program yang memberi peluang
pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.
Konsep Tabika KEMAS ialah Belajar Melalui Bermain' yang diselaraskan dengan sifat
semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut
kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis,
Mengira dan Menaakul).
Konsep ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak
menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima
pendidikan formal di sekolah rendah kelak.
Disamping itu, ia juga bagi meningkatkan kecemerlangan potensi individu kanak-kanak
secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak
ditingkatkan dengan pemupukan dan pengukuhan kepada amalan nilai-nilai murni melalui
usaha-usaha dan program yang terancang dan berstruktur.
Usaha ini bertujuan melahirkan pewaris cemerlang negara yang dibimbing dan dididik dalam
suasana dan persekitaran yang sihat, ceria dan selamat di samping kerjasama erat dengan ibu
bapa.
Objektif
1. Menggalakkan perkembangan Sosial, Emosi, Fizikal, Intelek dan Rohani (SEFIR) kanak-kanak
melalui pelbagai pendedahan dan interaksi ;
2. Menyedia dan mengembangkan kemahiran asas 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan
Menaakul) sebagai persediaan ke alam persekolahan ;
3. Meluaskan pengalaman, peluang belajar dan mengembangkan potensi individu kanak-kanak
melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang, sesuai dengan peringkat umur,
kemampuan, kebolehan dan minat kanak-kanak ;
4. Membentuk sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi
warganegara yang patriotik ;
5. Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, kreatif dan
mengembangkan sifat ingin tahu ; dan
6. Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan
keselamatan yang baik melalui makanan tambahan yang seimbang, aktiviti fizikal dan rutin
harian.




Pengurusan
Pengurusan, pengelolaan dan pemantauan Tabika ialah tanggungjawab dan kerjasama erat
antara KEMAS dan masyarakat.
1. Pemaju Masyarakat / Guru Tabika
Bertanggungjawab dalam pengajaran dan pembelajaran, pengurusan aktiviti
kokurikulum dan aktiviti penglibatan ibu bapa.
2. Pembantu Guru Tabika
Bertanggungjawab menyediakan makanan tambahan, menjaga kebersihan dan
keceriaan kelas dan membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Jawatankuasa Tabika
Bertanggungjawab dalam pengurusan dan pentadbiran Tabika, aktiviti kokurikulum
dan aktiviti penglibatan masyarakat.
4. Penyelia Prasekolah
Membuat pemantauan pelaksanaan Tabika di peringkat parlimen
Aktiviti
Aktiviti Kokurikulum
Kokurikulum Mingguan:
Masa 2 jam seminggu (1 jam setiap sesi selepas waktu kelas)
Aktiviti :
1. Kelas Fardhu Ain/Iqra'
2. Kelas Bahasa Inggeris
3. Kompang/Percussion
4. Seni mempertahankan diri
5. Seni Tari/senamrobik
6. Kokurikulum Tahunan :
7. Hari Potensi/Hari Kecemerlangan
8. Hari Sukan/Sukaneka/gotong royong
9. Lawatan Pendidikan/3K
Aktiviti dan Penglibatan ibu bapa
Ibu bapa digalakkan melibatkan diri secara aktif melalui kerjasama yang erat sebagai rakan
kongsi dengan Tabika bagi tujuan meningkatkan kualiti dan kecemerlangan pendidikan anak-
anak. Ibu bapa digalakkan terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti berikut :-
1. Pendidikan
Membantu memperkukuhkan pendidikan anak-anak di rumah supaya terdapat
kesinambungan pendidikan antara Tabika dan rumah, termasuk membantu membina
bahan bantu mengajar untuk guru.
2. Pendidikan Keibubapaan
Bengkel dan kursus untuk ibu bapa yang dianjurkan oleh Tabika untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran ibu bapa berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.
3. Aktiviti Kokurikulum
Membantu guru dalam aktiviti kokurikulum, pelaksanaan Hari Potensi, sukaneka,
penyampaian sijil dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian dengan masyarakat setempat.
4. Aktiviti Keindahan, Keselamatan dan Kebersihan Tabika
Bersama dengan Ahli Jawatankuasa Tabika meningkatkan keindahan, keselamatan
dan kebersihan dan keceriaan Tabika melalui aktiviti gotong-royong, sumbangan
kewangan dan bahan untuk mengindahkan lanskap, menganjurkan kempen-kempen
bulanan seperti Kempen Kebersihan, Menabung dan lain-lain.

Pendekatan
Pemaju Masyarakat/guru Tabika KEMAS menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan diri, keperluan, kebolehan, bakat dan
minat serta latar belakang kanak-kanak. Tujuannya ialah untuk menjadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih bermakna, berkesan dan mengembirakan.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan konsep dan prinsip pendidikan
prasekolah iaitu :-
1. Belajar Melalui Bermain
Proses pengajaran dan pembelajaran yang mengembirakan, meningkatkan keupayaan
kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran
motor kasar dan halus, kemahiran berfikir secara inovatif, kritis dan kreatif serta
membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan.

Pengalaman pembelajaran akan memberi kesan yang bermakna dan penguasaan
kemahiran akan terbina dan membantu perkembangan ke tahap yang maksima.
2. Bertema
Pengajaran dan pembelajaran melalui satu tema atau topik yang dipilih bersesuaian
dengan masa, tempat, minat dan latar belakang kanak-kanak dijadikan sebagai alat
untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti bertutur, membaca, menulis, asas
matematik dan berfikir di samping memberi peluang kanak-kanak meluaskan
pengetahuan melalui tema yang dipilih.
3. Bersepadu
Proses pengajaran dan pembelajaran ini membantu kanak-kanak memahami hakikat
kehidupan sebenar yang saling berkaitan antara satu sama lain dan bukannya sesuatu
yang terpisah-pisah. Ini akan menyediakan kanak-kanak mendalamai atau meneroka
sesuatu topik, banyak pilihan dan motivasi, menimbulkan kepuasan belajar,
pembelajaran lebih aktif, menggembirakan, bermakna, meningkatkan daya imaginasi,
kreatif, kemahiran berbahasa dan nilai murni.
4. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Membantu proses pengajaran dan pembelajaran, memperolehi maklumat, berinteraksi
dengan bahan untuk belajar sendiri dan dengan rakan serta memperkaya pengalaman
pembelajaran.

Pengelolaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini dikelolakan secara kelas,
kumpulan dan individu yang dijalankan secara terancang.
Penilaian dan Rekod Perkembangan Kanak-kanak
Pemaju Masyarakat/guru Tabika akan membuat penilaian melalui proses pengumpulan
maklumat perkembangan dan kemajuan kanak-kanak secara berterusan. Penilaian adalah
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan mengenal pasti
pelbagai kecerdasan dan potensi untuk dipertingkatkan serta pengukuhan.
Hasil penilaian membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan bagi
mengembangkan potensi kanak-kanak. Rekod kesihatan dinilai dengan kerjasama Jabatan
Kesihatan di peringkat daerah yang membuat pemeriksaan fizikal dan gigi secara berkala di
Tabika.
Pengajaran & Pembelajaran
Kurikulum
Tabika KEMAS mengguna pakai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang
telah diwajibkan pengunaanya pada 1 Januari 2010 mengikut Akta Pendidikan 1996 (Pindaan
2002) yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kanak-kanak yang belajar di Tabika KEMAS akan belajar mengikut 6 Tunjang
Pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu iaitu :-
1. Komunikasi
2. Kerohanian, Sikap dan Nilai
3. Kemanusiaan
4. Keterampilan diri
5. Perkembangan Fizikal dan Estetika
6. Sains dan Teknologi
Tempoh Masa
Tempoh pengajaran dan pembelajaran di Tabika KEMAS adalah 4 jam mulai jam 7.30 pagi
hingga 11.30 pagi atau 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.Selain itu, KEMAS turut
melaksanakan tambahan masa 2 jam (1 jam bagi setiap sesi seminggu selepas waktu
pengajaran dan pembelajaran untuk menjalankan aktiviti kokurikulum seperti kelas fardhu ain
dan iqra', Bahasa Inggeris, Muzik, Seni mempertahankan diri atau senaman dan seni tari
mengikut keperluan.

3 program KEMAS
1. Pendidikan awal kanak kanak
2. Pendidikan masyarakat
Pusat sumber
Pendidikan literasi fungsian :
Pengenalan
Pada tahun 1961, Bahagian Kemajuan Masyarakat telah menubuhkan Kelas Dewasa di
kawasan pinggir bandar dan luar bandar yang bertujuan untuk membasmi buta huruf di
Semenanjung Malaysia. Menjelang 1970,kegiatan ini telah memberi tumpuan khusus di
Sabah dan Sarawak yang mempunyai kadar buta huruf yang tinggi. Lanjutan daripada Kelas
Dewasa ini, Rancangan Pedoman Tugasan diwujudkan dengan matlamat yang sama untuk
membasmi buta huruf melalui konsep 3M (membaca, menulis dan mengira).
Pada masa ini, Pendidikan Literasi Fungsian merupakan lanjutan daripada Rancangan
Pedoman Tugasan. Ia merupakan satu aktiviti pendidikan non-formal yang memberi peluang
kepada orang dewasa, belia-beliawanis dan remaja yang tercicir daripada pendidikan formal
mendapatkan bimbingan asas 3M.
Kelas Dewasa
Penubuhan Kelas Dewasa melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 Fokus utamanya
"PEMBASMIAN BUTA HURUF"

Data Kelas Literasi Fungsian Tahun 2009 Hingga 2013
TAHUN KELAS PEMAJU MASYARAKAT
PESERTA
LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
2009 279 107 1247 9390 10637
2010 304 107 490 3941 4431
2011 304 107 514 4070 4584
2012 280 95 409 4278 4687
2013 182 103 263 2835 3098
JUMLAH 2923 24514 27437

Kelas PLF
1. Kawasan - Pinggir bandar dan luar bandar, Sabah dan Sarawak
2. Guru - Pemaju Masyarakat KEMAS
3. Tempoh belajar - 1-3 tahun (3 jam sehari 2 kali seminggu)
4. Pembelajaran - 3M dan bimbingan peningkatan ekonomi keluarga
5. Objektif :
i. Membasmi buta huruf di kalangan orang dewasa iaitu belia/beliawanis yang
berumur 15 tahun ke atas
ii. Memberi tunjuk ajar dan pengetahuan yang boleh diamalkan secara berterusan
dalam kehidupan harian
iii. Menghidupkan semangat perpaduan dan cintakan Bangsa, Agama dan Negara.
Memberi bimbingan dan galakan supaya masyarakat dapat hidup berdikari
Skop Pembelajaran
Skop pembelajaran bagi kelas PLF ialah memberi kemahiran 3M iaitu menulis, membaca dan
mengira yang merangkumi aspek:
1. Kekeluargaan
2. Kesihatan
3. Ekonomi/Tambah Pendapatan
4. Kesedaran Sivik
5. (dan bimbingan peningkatan kualiti hidup untuk diamalkan dalam kehidupan seharian)
Literacy Education for Adult Skills (LEADS)
Pengenalan
LEADS adalah singkatan kepada Literacy Education for Adult Skills atau Pendidikan
Kemahiran Literasi Dewasa. Program LEADS ini dilaksanakan oleh Unit Literasi di bawah
sektor Operasi 2 Jabatan Kemajuan Masyarakat bermula pada tahun 2010 dengan fokus
mencelik huruf masyarakat pedalaman Sabah dan Sarawak
Program LEADS diperkenalkan di bawah inisiatif NKRA (Goal 4) dan dasar Literasi
UNESCO di mana : orang dewasa diberikan peluang belajar untuk kemajuan diri dan
peningkatan taraf hidup keluarga masing-masing
Merujuk kepada data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan pada tahun 2010, peratusan
celik huruf di kalangan orang dewasa adalah 93.1%. Dijangkakan menjelang tahun 2015,
peratusan celik huruf akan meningkat kepada 96.6%
Program LEADS adalah program celik huruf yang dijalankan di kawasan pedalaman Negeri
Sabah dan Sarawak dengan mengambil pendekatan melalui strategi Reaching the Unreached
kerana mengambil kira faktor struktur muka bumi Sabah dan Sarawak yang begitu luas dan
sukar untuk diliputi


Pendidikan literasi komputer
Sejarah
Kelas Pendidikan Literasi Komputer telah diperkenalkan pada tahun 1998 melalui satu
memorandum persefahaman yang ditandatangani antara KEMAS dan IT In-Touch yang
mewakili Universiti Islam Antabangsa (UIAM) pada 7 Julai 1998
Pada awal penubuhannya kelas Pendidikan Literasi Komputer telah dilaksanakan dengan
kerjasama IT Partner yang dilantik oleh UIAM. Semua IT Partner KEMAS hendaklah
mendaftar dengan IT In-Touch UIAM
Apabila sebilangan besar IT Partner tidak dapat meneruskan khidmat mereka kepada kelas
Pendidikan Literasi Komputer, satu keputusan telah dicapai dengan persetujuan kedua-dua
pihak iaitu KEMAS dan IT In-Touch UIAM bahawa KEMAS boleh menjalankan kelas
tersebut sekiranya mempunyai Pemaju Masyarakat Khas (Komputer) yang dilantik oleh
KEMAS
Matlamat
Matlamat utama Kelas Pendidikan Literasi Komputer adalah untuk memberi pendedahan dan
bimbingan kepada masyarakat luar Bandar agar dapat mempertingkatkan perkembangan dan
pengetahuan teknologi komunikasi dan maklumat
Objektif
1. Memberi pendedahan dan bimbingan kepada masyarakat luar Bandar mengenai komputer
dan teknologi maklumat
2. Menyediakan kemudahan kepada masyarakat luar Bandar yang kurang berkemampuan
untuk mengikuti kelas komputer dengan kadar bayaran yang murah dan berpatutan
3. Mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT
Perkhidmatan
Pakej Pembelajaran yang disediakan ialah:-
i. Perkakasan (Hardware)
Pengenalan Komputer - Pengenalan kepada komponen-komponen seperti
papan kekunci, tetikus, dan lain-lain
ii. Perisian (Software)
Pengenalan kepada Sistem Operasi
Microsoft Office: Word, Excel, Power Point dan Publisher
Windows Movie Maker *Pakej Baru
Multimedia (Asas Adobe Photoshop dan Flash) *Pakej Baru
Penyelenggaraan Komputer *Pakej Akan Datang
Keusahawanan Siber (Asas Pembangunan Laman Web dan Khidmat
Keusahawanan) *Pakej Akan Datang
Perkhidmatan Internet
Pelaksanaan Kelas PLK
1. Beroperasi 5 hari seminggu
2. Dikendalikan oleh Pemaju Masyarakat Pendidikan Literasi Komputer yang terlatih
3. Pelaksanaan kelas adalah mengikut waktu biasa dan waktu anjal
4. Jadual pengajaran dan pembelajaran disediakan oleh Pemaju Masyarakat mengikut
kesesuaian
5. Ujian akan diselaraskan oleh Pemaju Masyarakat
6. Yuran pembelajaran adalah mengikut pakej pembelajaran yang diambil dan boleh rujuk
kepada Pemaju Masyarakat Pendidikan Literasi Komputer KEMAS yang terlibat
7. Sijil dikeluarkan kepada peserta yang berjaya dan memenuhi jam kredit pembelajaran.
Peserta yang gagal perlu mengulangi semula

3. Pembangunan desa
4. Pembangunan modal insan
Membantu mempertingkatkan kefahaman dan penghayatan ajaran islam sebenar dan
diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Bahagian Bina Insan mempunyai pelbagai aktiviti yang menjurus ke arah kemahiran insaniah
(softskills), kerohanian, kekeluargaan dan kecemerlangan kendiri.

Dua aktiviti utama yang dilaksanakan oleh bahagian ini :
Unit Pendidikan Kerohanian

1. Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti Pembangunan Kerohanian iaitu Ikhtifal
Kesenian Islam, Khemah Ibadah, Program Kefahaman Islam dan Sambutan Hari-Hari
Kebesaran Islam
2. Merancang, menyelaras dan memantau kelas Bina Insan
3. Mengkaji dan mengemaskini kurikulum Pembangunan Kerohanian (Bina Insan)
bersesuaian dengan kehendak dan keperluan semasa
4. Merancang, menyelaras dan memantau peruntukkan tahunan
5. Mengumpul, mengemaskini dan menganalisa rekod serta data aktiviti
6. Merancang mengeluarkan risalah dan bahan bacaan yang berkaitan dengan
Pembangunan Kerohanian dan dihantar kepada unit penerbitan untuk terbitan setiap
tahun
7. Menyediakan laporan tahunan
8. Merancang, menyelaras dan memantau Pendidikan Agama Islam di kelas-kelas
TABIKA KEMAS
9. Berkerjasama dengan Agensi / Jabatan / Pertubuhan dan Persatuan Sukarela yang
berkaitan dengan Pembangunan Kerohanian
10. Merancang dan menyelaras program penjelasan terhadap isu-isu semasa berkaitan
dengan agama Islam

Unit Pembangunan Keluarga

1. Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti Pembangunan keluarga iaitu Program
Kesejahteraan Keluarga, Program Kemahiran Keibubapaan, Program Pembangunan
Wanita dan Kerjaya, Program Fardhu Kifayah dan Kem Kecemerlangan / motivasi
pelajar.
2. Merancang, menyelaras dan memantau peruntukkan tahunan
3. Merancang mengeluarkan risalah dan bahan bacaan yang berkaitan dengan
Pembangunan keluarga dan dihantar kepada unit penerbitan untuk terbitan setiap
tahun
4. Menyediakan laporan tahunan
5. Menyedia input pengajaran dan pembelajaran program Pembangunan Keluarga bagi
Institut Latihan KEMAS
6. Menyedia, mengkaji dan mengemaskini kurikulum dan ko-kurikulum Pembangunan
Keluarga
7. Berkerjasama dengan Agensi / Jabatan / Pertubuhan dan Persatuan Sukarela yang
berkaitan dengan Pembangunan keluarga
8. Merancang dan menyelaras program penjelasan terhadap isu-isu semasa berkaitan
dengan kekeluargaan Islam

Carta Organisasi
** Sila klik gambar untuk lihat lebih jelas.

You might also like