You are on page 1of 7

TABIKA KEMAS

Pengenalan

Ditubuhkan secara rasmi oleh YAB Tun Abdul Razak Bin Hussien pada tahun
1961
Dua dasar dan strategi perlaksanaan utama iaitu membasmi buta huruf di
kalangan penduduk luar bandar dan memberi pengetahuan membaca dan
menulis rumi kepada bukan Melayu,

MISI
1.

Meningkatkan kompetensi masyarakat luar bandar supaya mampu berdikari


untuk meningkatkan taraf kehidupan dari segi pendidikan, sosial dan ekonomi;

2.

Memperkukuhkan organisasi dan masyarakat desa dengan niali-nilai murni ke


arah pembangunan yang seimbang;

3.

Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti;

4.

Memberi kefahaman dan menjayakan perkhidmatan yang berkualiti;

5.

Memberi kefahaman dan manjayakan pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan;


dan

6.

Mewujudkan masyarakat berilmu melalui pendidikan sepanjang hayat.

VISI
Nadi Pembangunan dan Perubahan Masyarakat Luar Bandar.

OBJEKTIF
1.

Menjadikan masyarakat luar bandar yang kompeten, berdaya saing dan


berdikari;

2.

Memantapkan perkembangan sosio-emosi, fizikal, intelek dan rohani serta


menguasai kemahiran asas 3M kepada kanak-kanak berumur di bawah 6 tahun;
dan

3.

Memastikan sistem penyampaian yang berkesan.

PERANAN
1.

Mengubah sikap dan menyemai perasaan di kalangan masyarakat untuk


membina satu masyarakat yang maju dan berdikari;

2.

Memupuk inisiatif dan perasaan tanggungjawab setiap anggota masyarakat


dalam pembangunan sosial, ekonomi dan politik;

3.

Melibatkan penyertaan masyarakat secara aktif bagi menjayakan matlamat


kerajaan dan negara; dan

4.

Mengeratkan hubungan rakyat dan kerajaan di samping mendapat sokongan


rakyat terhadap usaha pembangunan negara

STRATEGI
1.

Menumpukan Pembangunan Manusia sebagai teras dalam Pembangunan


Masyarakat Luar Bandar.

2.

Memperlengkapkan minda melalui pendidikan dan kemahiran mengikut


tuntutan semasa.

3.

Penglibatan secara langsung dan bersepadu dengan lain-lain Agensi


Kerajaan, Swasta, Institusi Masyarakat dan orang perseorangan dalam usaha
membangun Masyarakat Luar Bandar.

4.

Merangsang kumpulan sasar mencetus idea untuk merancang programprogram pembangunan.

Yuran
Ibu bapa/penjaga perlu membayar dua (2) jenis bayaran iaitu :
1. Yuran pendaftaran sebanyak RM10 bagi membiayai insurans kanak-kanak dan
sebagai komitmen ibu bapa menghantar anaknya hadir belajar di Tabika KEMAS.

2. Sumbangan ibu bapa sebanyak RM10 hingga RM25 mengikut persetujuan


jawatankuasa bagi membiayai perkara-perkara berikut :
1.

Elaun Pembantu Pemaju Masyarakat (sukarela)

2.

Sewaan bangunan

3.

Bayaran utiliti

4.

Aktiviti kokurikulum yang melibatkan kanak-kanak, ibu bapa dan


masyarakat

Sumbangan ini dikutip sehingga kerajaan membiayai perkara-perkara tersebut


diatas.
Peringkat umur kanak-kanak
Kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun boleh mendaftar mulai bulan Jun
hingga Disember untuk kemasukan ke tahun berikutnya.

Tempoh pengajaran
Tempoh pengajaran dan pembelajaran di Tabika KEMAS adalah 3 12 jam mulai jam
8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Selain itu, KEMAS turut melaksanakan tambahan masa
2 jam ( 1 jam bagi setiap sesi) seminggu selepas waktu pengajaran dan
pembelajaran untuk menjalankan aktiviti kokurikulum seperti kelas fardhu ain dan
iqra`, bahasa inggeris, muzik, seni mempertahankan diri atau senaman dan seni tari
mengikut keperluan.

TABIKA PERPADUAN
PENGENALAN
Tabika Perpaduan (Taman Bimbingan Kanak-kanak) mula diperkenalkan pada tahun
1976 di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat iaitu sebanyak 25 buah kelas
ditubuhkan sebagai projek rintis. Ia diwujudkan di bandar dan pinggir bandar
khususnya kawasan yang mempunyai Rukun Tetangga.

Peringkat Umur kanak-kanak


Tabika Perpaduan dilaksanakan bagi menyediakan pendidikan awal kanak-kanak
berumur 4 6 tahun bagi membolehkan mereka menghayati nilai-nilai perpaduan,
hidup bermasyarakat serta persediaan ke alam persekolahan kelak

Objektif:

Menyemai dan memupuk semangat mihibah, kejiranan dan perpaduan


dikalangan kanak-kanak.
Mengeratkan hubungan serta memupuk perpaduan dikalangan ibu bapa dan
masyarakat.
Memperkembangkan keupayaan fizikal serta mempraktikkan amalan
kesihatan dan keselamatan yang betul.
Menggalakkan kanak-kanak mengamalkan nilai-nilai murni, kerohanian dan
moral yang positif
Mengamalkan nilai agama/moral dalam kehidupan harian
Mewujudkan perasan ingin tahu melalui pelbagai deria ke arah pembentukan
kognitif, penaakulan dan penyelesaian masalah serta meneroka ilmu
pengetahuan
Menghormati dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
Memperkembangkan konsep kendiri ke arah pembentukan peribadi dan
perwatakan yang positif
Memperkembangkan daya kretif dan estetika

Syarat Kelayakan
i.

Ibu bapa berpendapatan kurang dari RM 1,500.00.

ii.

Kanak-kanak berumur 6 tahun diutamakan.

iii.

Pelbagai kaum.

Kelebihan Tabika Perpaduan


1.

Tabika Perpaduan berpengalaman sejak tahun 1976.

2.

Mempunyai sebanyak 1643 kelas Tabika Perpaduan di seluruh Malaysia

3.

Menyemai nilai-nilai murni & perpaduan melalui kepelbagaian kaum.

4.

Berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukunegara.

5.

Menggunapakai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

6.

Mempunyai Guru & Penolong Guru yang kreatif, inovatif & terlatih.

7.

Dikawal selia oleh Pegawai Perpaduan Daerah & Komuniti Rukun Tetangga.
8. Terdapat Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) terdiri dari Ibu
Bapa.

TASKA PERMATA PERPADUAN


PENGENALAN
Taska PERMATA Perpaduan diinspirasi daripada Program PERMATA Negara
merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal kepada Kanak-kanak yang
menawarkan pendekatan alternatif dalam bidang asuhan dan didikan awal khusus
untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun menghayati nilai-nilai perpaduan, hidup
bermasyarakat serta persediaan ke alam persekolahan kelak.

KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN PROGRAM PERMATA NEGARA

Teknik Pembelajaran PERMATA

Peralatan Pembelajaran

Pendekatan Berfitrahkan Kanak-kanak

Latihan Tenaga Pendidik

Pelaksanaan Secara Bersepadu

Kemudahan Fizikal

Penglibatan Ibu-bapa

KELAYAKAN UMUR
Anak pemohon mestilah berumur di antara 1 hingga 4 tahun untuk memasuki
program PERMATA Negara
OBJEKTIF

Menyemai dan memupuk semangat muhibah, kejiranan dan perpaduan


dikalangan kanak-kanak.
Menghormati dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
Mengamalkan nilai agama/moral dalam kehidupan harian.
Menggalakkan kanak-kanak mengamalkan nilai-nilai murni, kerohanian dan
moral yang positif.
Mengeratkan hubungan serta memupuk perpaduan dikalangan ibu bapa dan
masyarakat.
Memperkembangkan konsep kendiri ke arah pembentukan peribadi dan
perwatakan yang positif.

KRITERIA ATAU SYARAT KELAYAKAN


1. Gaji suami isteri hendaklah RM 2500 bagi kawasan bandar dan RM 1500 bagi
kawasan luar bandar.
2. Suami isteri serta anak mestilah merupakan warganegara Malaysia.
3. Jarak Pusat Anak PERMATA Negara tidak melebihi 10km dari kawasan rumah
atau tempat kerja.
4. Anak mestilah berada dalam keadaan sihat tubuh badan.
5. Satu anak sahaja untuk setiap keluarga yang layak untuk dimasukkan kecuali
anak kembar.
6. Sekiranya pemohon menghantar 2 permohonan, keutamaan akan diberikan
kepada anak yang lebih kecil.

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMOHON KEMASUKAN ANAK?


Pemohon boleh mengambil borang permohonan PERMATA di laman web PERMATA
atau blog rasmi PERMATA ataupon di Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) yang
dipohon. Selepas itu, pemohon perlulah melengkapkan borang berkenaan dan
hendaklah dihantar terus ke Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri.

YURAN

Pemohon yang menghantar anak ke PERMATA Negara tidak akan dikenakan


sebarang yuran kerana ianya merupakan program percuma yang membantu
keluarga berpendapatan rendah khususnya.

You might also like