You are on page 1of 7

SOALAN TEMUDUGA SPP

FARHAN IQBAL BIN ZA’ABAR

1.Sila perkenalkan diri anda dan serba sedikit latar belakang diri anda.

jawapan.

Terima kasih tan sri, terutamanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak
tan sri, pihak panel, pihak spp dan kpm kerana memberi peluang kepada saya untuk
ditemuduga pada hari ini secara atas talian.

Baik, perkenalkan saya Farhan Iqbal bin Za’abar . berumur 25 tahun dan bernombor kad
pengenalan 960531295003. Saya merupakan anak kedua daripada dua orang adik beradik.
Saya berasal dari pasir puteh, Kelantan. Saya juga pemegang lepasan ijazah sarjana muda
Pendidikan sejarah dengan kepujian pada tahun 2020 daripada universiti Pendidikan sultan
idris. Major saya di dalam Pendidikan sejarah dan minor saya dalam Pendidikan moral.saya
juga kini berstatus telah berkahwin. sepanjang tempoh sebelum saya dipanggil oleh pihak
suruhanjaya pelajaran Malaysia untuk ditemuduga, saya sedang bekerja sebagai juru jual
Jubin di kedai Jubin sekitar Kawasan pasir puteh,Kelantan. Selain itu, saya juga sedang
mambantu ibu saya menjual kuih kecil-kecilan pada waktu pagi.

Serba sedikit maklumat ringkas mengenai penglibatan aktiviti kokurikulum saya di peringkat
universiti adalah saya menceburi kumpulan dikir barat kolej kediaman dan pernah
memperoleh tempat pertama dalam pertandingan dikir barat peringkat universiti pada
tahun 2017. Dalam urusan kelab persatuan, saya merupakan urus setia persatuan bulan
sabit merah yang selalu mengendalikan urusan perkhemahan Latihan asas bagi rekrut ahli-
ahli baharu bagi pelajar sekolah menengah dan rendah yang melibatkan anjuran daripada
universiti Pendidikan sultan idris di Kawasan-kawasan sekitar sekolah tanjung malim. Saya
seorang yg amat berdisiplin dan amat patuh kepada ketua dan mahir mengedit video video
pengajaaran yg menarik menggunakan pelbagai aplikasi editing video.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI) berdasarkan kepada
kepecayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

ELEMEN DALAM FPK

Ada 11 perkara:-

1. Pendidikan adalah salah satu usaha berterusan


2. Memperkembang potensi individu
3. Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
4. Insan yang seimbang dan harmonis
5. Kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
6. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan.
7. Rakyat Malaysia yang berketerampilan
8. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
9. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
10. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri
11. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan

PENERANGAN UNSUR DALAM JERI (JASMANI, EMOSI, ROHANI & INTELEK)

1.UNSUR INTELEK
(3M > 4M > KBKK> KBAT)
- Menjurus kepada kemahiran asas 3M iaitu MEMBACA, MENGIRA DAN MENULIS.
- Seterusnya, membawa kepada kemahiran 4M iaitu MEMBACA, MENULIS, MENGIRA DAN
MENAAKUL.
- Penguasaan kepada 4M membawa kepada KBKK iaitu KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA
KRITIS DAN KREATIF
- Penguasaan KBKK membawa kepada pengusaan KBAT iaitu KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
TINGGI

2. UNSUR ROHANI
-Berkaitan dengan sifat kejiwaan dan kebatinan iaitu sedari dan mengisafi adanya pencipta
- Menghargai dan mensyukuri pemberian
- Sedari tanggungjawab
- Disiplinkan diri dan membentuk akhlak mulia

3.UNSUR EMOSI
Perasaan jiwa yang kuat meliputi ciri-ciri :-
- Tenang dan kawal tingkah laku
- Memiliki dan memupuk kasih sayang
- Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan
- Hargai dan menilai keindahan dan kesenian

4.UNSUR JASMANI
- Kesihatan tubuh, riadah bagi mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal dan
manipulatif, memanfaatkan tenaga fizikal, dan daya pengeluaran.

RUKUN NEGARA
- Rukun negara ialah ideologi negara yang telah dibentuk oleh Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN) selepas peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos
1970 untuk memupuk perpaduan rakyat Malaysia.

SEJARAH RUKUN NEGARA


- Telah diisytiharkan secara rasmi oleh Duli yang maha mulia yang dipertuan Agong 31 Ogos
1970.
- Diperkenalkan sebagai pengikat dan Pembina perasaan semangat cintakan negara dalam
kalangan masyarakat.
-segala aktiviti dan acara sambutan kemerdekaan pada tahun 1970 telah diisi dengan
persembahan yang berteraskan Rukun Negara.

-Bahawasanya negara Malaysia kita mendukung cita-cita hendak:


1.mencapai perpaduan yang lebih erat dalam seluruh kalangan masayarakat.
2.memelihara satu cara hidup yang demokratik
3.mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran dapat dinikmati secara adil dan
saksama
4.menjamin satu cara liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak
5.membina masyarakat yang menggunakan sains dan teknologi moden.

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenagara dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-

1. Kepecayaan kepada tuhan


2. Kesetiaan kepada raja dan negara
3. Kehuluran pelembagaan
4. Kedaulatan undang-undang
5. Kesoponan dan kesusilaan

1.KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


-mengamalkan kepercayaan agama berdasarkan kepada kepatuhan kepada tuhan.
-mencapai nilai peribadi yang tinggi.

2.KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA


-setia kepada raja dan negara
-bangga menjadi warganegara

3.KEHULURAN PELEMBAGAAN
-Boleh menyuarakan pendapat
-melahirkan kestabilan negara
4.KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
- mematuhi segala undang-undang yang ditetapkan
-membentuk masyarakat yang tenteram

5.KESOPANAN DAN KESUSILAAN


-Setia membantu dan bekerjasama
-Saling memahami antara satu sama lain.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)


- Guru yang berperketi mulia, berpandangan progresif dan saintifik,bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan
individu dan memelihara suatu masyarakat yang Bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin.

ELEMEN-ELEMEN DALAM FPG


1.Perwatakan mulia
2.berkembang maju dan berpandangan saintifik
3.komited dalam menegakkan aspirasi negara
4.mengekalkan warisan budaya kebangsaan
5.pembangunan individu dan pengekalan masyarakat yang Bersatu padu, demokratik,
progresif dan berdisiplin

1.PERWATAKAN MULIA
-seorang guru yang sopan dan berdisiplin.
-boleh membezakan antara baik buruk sesuatu perkara dan mempunyai nilai mulia.
-menghargai kemanusiaan,kewarganegaraan dan aspek rohani.

2.BERKEMBANG MAJU DAN BERPANDANGAN SAINTIFIK


-Pengetahuan mempunyai pertalian dengan pembangunan.Oleh itu, seorang guru perlulah
berpengetahuan serta berkemahiran.
-mempunyai kemahirn professional dalam menggunakan dan menghasilkan bahan
pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran
3.KOMITED MENEGAKKAN ASPIRASI NEGARA
-Cekap, jujur, boleh dipercayai,patuh kepada undang-undang negara.
-sentiasa memperbaiki diri,keluarga,masyarakat, agama, bangsa dan negara.

4.MENGEKALKAN WARISAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN


-Menegakkan amalan dan mempromosikan budaya Malaysia dan cara hidupnya.
-mengamalkan nilai murni,penyayang dan bersimpati,inovatif dan kreatif.
-patuh kepada etika profesion perguruan.

5.PEMBANGUNAN INDIVIDU DAN PENGEKALAN MASYARAKAT YANG BERSATU


PADU,DEMOKRATIK, PROGRESIF DAN BERDISIPLIN.
- Guru sebagai agen perubahan.
-mennegakkan dan mempromosikan rasa hormat antara budaya dan kehidupan yang
harmoni.
-Cintakan ilmu pengetahuan dan pembelajaran seumur hidup.

MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN GURU


Seperti yang dinyatakan di dalam FPK, Matlamat utama Pendidikan guru adalah untuk
melahirkan guru yang professional,tinggi daya tahan,beretika,berfikiran
kreatif,mengamalkan nilai-nilai murni,mempunyai kemahiran yang diperlukan dan
berpengetahuan dalam teknologi. Guru-guru ini mampu menegakkan warisan negara
sepertidemokrasi,integrasi, dan antara budaya yang harmoni.mereka akan menghasilkan
murid yang sesuai dengan pembinaan negara. Pendidikan guru meliputi aspek seperti
membina kemahiran dalam mata pelajaran utaa,pedagogi serta pengurusan pembelajaran.

You might also like