You are on page 1of 16

TAMADUN MESOPOTAMIA

LOKASI

Tamadun terawal di dunia lahir di wilayah yang dikenali sebagai


Mesopotamia. Perkataan Mesopotamia berasal daripada bahasa
Yunani yang bermakna tanah di antara dua sungai. Wilayah
Mesopotamia ini terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai
Euphrates.

KERANGKA MASA

Tamadun ini telah berkembang daripada petempatan awal Zaman


Neolitik. Wilayah Mesopotamia kemudian berkembang menjadi pusat
tamadun awal. Kerajaan terawal ialah kerajaan Sumeria dan kerajaan
yang terakhir ialah Chaldea.Tamadun Mesopotamia dapat
dibahagikan kepada tujuh zaman pemerintahan yang penting seperti
yang tertera di bawah.

Zaman Kerangka Masa


Kerajaan Sumeria 3500 – 2340 S.M.
Kerajaan Akkad 2371 – 2006 S.M.
Kerajaan Ur 2113 – 2006 S.M.
Kerajaan Babylon Awal atau 2000 – 1530 S.M.
Lama
Kerajaan Kassites 1530 – 1100 S.M.
Kerajaan Assyria 1100 – 626 S.M.
Kerajaan Chaldea 626 – 539 S.M.
Selepas kejatuhan kerajaan Chaldea, Parsi menguasai wilayah
Mesopotamia hingga membawa kepada keruntuhan kerajaan yang
diasaskan oleh orang Mesopotamia. Antara kerajaan tersebut,
Sumeria, Akkad, Ur, Babylon Lama, dan Assyria merupakan
penyumbang penting kepada tamadun Mesopotamia.

PROSES PEMBENTUKAN

Pembentukkan tamadun Mesopotamia dibahagikan kepada dua


bahagian, iaitu bahagian utara dan selatan bandar Baghdad.

 Bahagian utara bandar Baghdad meliputi kawasan pertengahan


Sungai Tigris hingga ke utara termasuk kawasan Sungai Zab yang
dikenali sebagai Assyria.

 Bahagian selatan bandar Baghdad pula meliputi kawassan Sungai


Tigris dan Sungai Euphrates yang hamper bercantum. Kawasan ini
dikenali sebagai Babylon. Babylon pula dibahagikan kepada dua
kawaasan, iaitu Akkad di Utara dan Sumeria di selatan.

Pertumbuhan tamadun di Mesopotamia bermuala di wilayah


selatan, iaitu Sumer. Orang Sumeria bukanlah peneroka awal kerana
sebelummya kebudayaan Neolitik telah lama wujud dan berkembang
di wilayah ini. Orang Sumeria telah berhijrah ke wilayah ini
dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti
pertanian melalui kerja menebus guna tanah dengan membina sistem
pengairan yang membolehkan mereka mengawal pengaliran air sungai.
Aktiviti ini telah membawa kepada lebihan makanan.

Petempatan awal yang berbentuk perkampungan ini kemudiannya


berkembang secara evolusi kepada bandar dan seterusnya kepada
beberapa buah negara kota seperti Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur,
Eridu, Assur dan Mari.

Ciri-Ciri Tamadun Mesopotamia


(A) Negara Kota

 Terbahagi kepada kawasan utama, iaitu :

1. Pusat kota

2. Tembok kota

3. Luar kota

4. Pelabuhan

 Mempunyai kubu pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu


gerbang yang menjadi lambang kekayaan sesebuah kota.

 Terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai


dan pasar dengan kebanyakan jalannya berkeadaan lurus dan lebar.

 Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat yang menjadi


tumpuan anggota masyarakat pada masa itu.

 Setiap kota mempunyai unit politik dan agama yang tersendiri.

 Kewujudan sungai serta kawasan tanah pamah memudahkan


pengangkutan dengan kapal, pedati dan keldai.

 Melalui jalan laut, bandar atau negara kota ini mudah dihubungi
oleh wilayah di sekitarnya.

(B) Organisasi sosial

 Organisasi sosial yang wujud dalam tamadun Mesopotamia


telah menjadikan kehidupan masyarakat negara kota lebih teratur.

 Masyarakat negara kota terbahagi kepada dua golongan,


iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat.
 Golongan pemerintah terdiri daripada:

1. Raja

2. Ketua pendeta

3. Ketua tentera

4. Orang bangsawan.

 Golongan rakyat terbahagi kepada dua, iaitu

1. Rakyat bebas seperti petani, artisan serta pedagang

2. Hamba yang terdiri daripada tawanan perang.

Susun lapisan masyarakat Tamadun Mesopotamia

(C) Sistem pemerintahan

 Sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia berbentuk teokrasi.


**Teokrasi ialah pemerintahan oleh tuhan atau wakil tuhan yang
berasaskan

hukum agama dan bersifat ketuhanan.

 Di bawah sistem ini, raja dianggap sebagai :

1. Tuhan atau wakil tuhan

2. Pemilik Negara.

 Rakyat tidak menyembah raja sebagai tuhan kecuali semasa


pemerintahan Raja Naramsin (2291 – 2255 S.M.) di Akkad.

 Beliau memaksa penduduk Akkad menyembahnya sebagai tuhan.

 Ini adalah disebabkan beliau menganggap dirinya terlalu


agung kerana berjaya menguasai wilayah yang luas sehingga beliau
menggelarkan dirinya sebagai “Raja Empat Penjuru Alam”.

 Raja juga menjadi :

1. Ketua pentadbir

2. Ketua tentera

3. Ketua pendeta yang berkuasa dalam hal keagamaan.

 Raja juga amat berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian dan
perniagaan.

 Beliau dibantu oleh para pegawai yang kebanyakkannya terdiri


daripada golongan bangsawan yang mempunyai ikatan dengan keluarga
diraja.
** Zigurat

Raja Mesopotamia bertindak sebagai ketua agama dan beliau


berkuasa melantik ahli keluarganya diraja untuk memegang jawatan di
zigurat serta menentukan bentuk pentadbirannya.

Fungsi zigurat :

1. Pusat ibadat

2. Pusat perdagangan

3. Pusat penyimpanan khazanah Negara.

Pelan kedudukan zigurat di dalam kota Ur.


(D)Pengkhususan kerja

 Apabila wujudnya lebihan hasil pertanian,pengkhususan kerja turut


berlaku di masyarakat Tamadun Mesopotamia

 Segolongan petani akan bertukar kerja menjadipeniaga dan


pedagang, artisan, pembuat tekstil,pembuat barang
tembikar, pembuat alat keperluan harian, tukang
rumah dan tentera.

 Ciri-ciri perdagangan di Tamadun Mesopotamia bukan hanya dengan


wilayah di sekitar Tamadun Mesopotamia, tetapi juga dengan
kawasan luar Tamadun Mesopotamia, Contohnya Lembah Indus.

 Perdagangan yang dijalankan dengan Lembah Indus adalah penting


kerana Tamadun Mesopotamia tidak menghasilkan banyak bahan
mentah.

 Oleh itu, pelbagai logam, kayu-kayan, emas dan perak telah dibawa
masuk dengan tukaran hasil pertanian Tamadun Mesopotamia.
Barangan tembikar masyarakat Tamadun Mesopotamia.

(E ) Sistem tulisan

 Proses pembentukan Tamadun Mesopotamia telah mewujudkan


sistem tulisan.

 Ini disebabkan ilmu pengetahuan masyarakat Tamadun


Mesopotamia turut berkembang.

 Pada awalnya,tulisan Tamadun Mesopotamia adalah dalam


bentuk tulisan bergambar.

 Kemudian berkembang menjadi tulisan berbentuksimbol.

 Tulisan ini ditulis pada tanah liat yang berbentukpepaku.

 Dikenali sebagai cuneiform



Tulisan cuneiform ini dibenuk dengan menggunakan sejenis pen dari rumput buluh
yang ditekan pada Tanah liat basah. Kepingan Tanah liat ini dijemur hingga keras.
Carta mudah untuk mengingati.

Sumbangan Tamadun Mesopotamia

Kod Undang-undang Hammurabi

 digubal semasa Raja Hammurabi memerintah Babylon


 berteraskan hak rakyat terhadap keadilan

 282 undang-undang dipahat pada tembok serta tiang besar untuk


tatapan rakyat

 Mengelakkan permasalahan

Ukiran batu yang menunjukkan Hammurabi menerima tauliah daripada Tuhan


Shamash. Pada ukiran batu ini terdapat inskripsi kod undang-undang.

(B)Sistem tulisan

 cuneiform
 tulisan pada tanah liat berbentuk pepaku
 bertujuan melahirkan jurutulis
 membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat
(C )Kesusasteraan

 EPIK GILGAMESH
 tertua di dunia
 mengandungi falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia

(D)ILMU

(1) Astronomi
 pengerakan bulan , bintang dan matahari
(2)Matematik

 mengira perpuluhan , menambah , menolak , mendarab , membahagi


dan punca ganda dua

Perubatan

 mementingkan kesihatan anggota tentera semasa pemerintahan


kerajaan Assyria
 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan

( E)Alat pengangkutan

 Tamadun Mesopotamia berjaya mencipta roda yang bertujuan:


1) Menggerakkan kereta kuda yang digunakan semasa peperangan atau
kegunaan aman.
2) Membolehkan orang Tamadun Mesopotamia mencipya kincir
air,untuk meningkatkan hasil pertanian, mengawal
banjir danmengalirkan air ke kawasan tandus.
 Orang Sumeria berjaya mencipta alat pengangkutan terawal di dunia,
iaitu:
1) Kapal layar
2) Pengangkutan beroda
 Ini telah membolehkan orang Mesopotamia mampu menguasai jalan
darat dan jalan laut.
 Ini juga membolehkan orang Mesopotamia dapat berhubung dengan
wilayah di India dan Laut Mediterranean.

Ukiran batu menunjukkan salah satu fungsi roda dalam Tamadun Mesopotamia.

(F)Bidang Seni Bina


 Tamadun Mesopotamia Berjaya
1) Memperkenalkan cara membuat batu bata daripada tanah liat.
Contohnya, Taman Bergantung Babylon.
2) Mencipta arca dan tiang batu yang dapat dilihat dalam seni bina
zigurat. Contohnya, patung Raja Gudea.

Patung Raja Gudea

 Taman Tergantung Babylon


1) Dibina semasa zaman pemerintahan Raja Nebuchadnezzar,iaitu Raja
Chaldea
2) Taman ini dibina untuk isterinya.

Taman Tergantung Babylon

(G)Empayar
 Raja Sargon ialah seorang pemimpin yang berwibawaan yang berjaya
mewujudkan kerajaan Akkad sebagai empayar pertama di dunia.
 Beliau berjaya menawan dan menyatukan wilayah-wilayah kerajaan
Sumeria di selatan Mesopotamia.
 Beliau merupakan perintis kepada pembentukan sebuah empayar yang
kemudiannya menjadi ikutan pemerintah seterusnya sepertiFiraun
Tutmose lll pada Zaman Mesir Purba.
 Tamadun Mesopotamia berjaya menyumbang kepada pembentukan
sebuah sistem pemerintahan tetapi juga pembentukan sebuah
masyarakat yang lebih berestetika.
 Pengetahuan tentang Tamadun Mesopotamia adalah hasil usaha
pemimpin lampau, iaitu Ashurbanipal.
 Ashurbanipal telah menubuhkan sebuah perpustakaan diraja di
Bandar Nineveh.

Contoh Perpusakaan

You might also like