You are on page 1of 45

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Masyarakat Malaysia adalah majmuk, terdiri daripada berbilang kaum yang mempunyai kebudayaan yang berbeza. Di antara kaum-kaum ini pula terdapat perbezaan penempatan kawasan seperti kawasan seperti bandar, luar bandar, estet, kampung petani dan kampung nelayan. Jurang perbezaan kedudukan ekonomi di antara kaum-kaum ini juga amat ketara.

Keadaan perbezaan dan ketidakseimbangan kaumkaum dalam masyarakat kita dianggap tidak sesuai dan mungkin menghalang perpaduan antara rakyat.
Atas kesedaran ini, Malaysia telah merangka Rukun Negara pada tahun 1970 yang dijadikan dasar pendidikan, kewarganegaraan, pembangunan dan perkembangan masyarakat. Berlandaskan kepada Rukun Negara ini, Malaysia berazam untuk:

Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat Memelihara satu cara hidup demokrasi Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama Mempunyai satu kebudayaan nasional yang kaya dan berbagai corak

Membina satu masyarakat maju yang menggunakan sains dan


teknologi moden.

Berdasarkan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan ini, kerajaan telah merangka Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dalam sistem pendidikan persekolahan Malaysia dan kedua-dua kurikulum ini dilaksanakan dalam tahun 1980-an. Dasar Pendidikan Kebangsaan ini pula telah menjadi pertimbangan asas untuk merangka Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988.

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi inividu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara
( Akta Pendidikan 1996, Akta 550)

Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciriciri berikut: percaya dan patuh kepada Tuhan; berilmu pengetahuan; berakhlak mulia; bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara; memilik sahsiah yang seimbang dan bersepadu; dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

KPM (2001) juga menyatakan bahawa selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, diharapkan juga, melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya seperti:
melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara;

menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan;
melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut Perlembagaan;

melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara;
melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, agar dapat mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum; dan mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahankemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada

1)Pendidikan Adalah Satu Usaha Berterusan

IMPLIKASI
Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai-nilai murni; Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat; Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun;

Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan;

Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka;
Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan dan dapat menghadapi dan menangani pelbagai pendidikan dan pembangunan yang pesat, khasnya perkembangan kekonomi dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi

AKTIVITI
Guru perlu sentiasa memberikan motivasi dan bimbingan kepada murid supaya sentiasa menguasai ilmu pengetahuan walaupun di luar bilik darjah Contoh: guru memberikan tugasan berkumpulan kepada murid secara akses kendiri. Oleh itu murid akan berhubung sesama mereka dengan cara online, e-mail dll. Interaksi murid ini akan mewujudkan lagi semangat kerjasama dalam kalangan mereka yang berbilang kaum dan sikap toleransi.

2)Perkembangan Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu

IMPLIKASI
Amat penting bagi individu memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik(jasmani) Keseimbangan antara keempat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain

Syarat untuk mendapat bimbingan dan hidayah dari Allah


adalah setiap manusia perlu seimbang dari aspek luaran dan dalaman iaitu manusia yang jujur, benar, baik tutur dan amalannya Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul

AKTIVITI
Guru perlu memasukkan elemen penggabungjalinan dan penerapan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti memasukkan unsur kecerdasan pelbagai dalam setiap pengajaran -Jasmani: aktiviti yang melibatkan kecerdasan kinestatik (senam seni) -emosi: suasana bilik darjah yang kondusif (mendengar muzik) -rohani: penerapan nilai-nilai murni -intelek: aktiviti melibatkan murid berfikir secara kreatif dan kritis (seni) -sosial: aktiviti secara kolaboratif dan koperatif (aktiviti permainan bahasa)

3) Unsur intelek

IMPLIKASI
Memberi tumpuan kepada ciri-ciri daya berfikir
Mempunyai kemahiran asas menguasai 3M: membaca, menulis dan mengira Sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar

Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif kritikal dan reflektif


Menguasai kemahiran untuk memperoleh, meningkat dan menyebarkan ilmu

Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran (menyebarluaskan ilmu) Cintai ilmu pengetahuan Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka

Dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan orang lain termasuk untuk kemajuan negara

AKTIVITI
Guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara
memberi tugasan kepada murid seperti: -penerokaan -inkuiri penemuan - perbincangan - simulasi Aktiviti seumpama ini bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian intelek murid malah dapat mewujudkan situasi saling komunikasi dalam kalangan murid dan melahirkan semangat kerjasama, toleransi dan tolong-menolong Hal ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama murid yang berbilang kaum dalam bilik darjah

4) Unsur Rohani (Kepercayaan dan Kepatuhan Kepada Tuhan)

IMPLIKASI
Memberi tumpuan kepada sifat kejiwaan dan kebatinan

Mempunyai perasaan menyedari dan mengingati adanya Pencipta (percaya kepada Tuhan)
Mempunyai perasaan menghargai dan mensyukuri pemberian pencipta Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni.

Menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan

Menyedari bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala perbuatan dan tindakannya
Mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti Dapat membentuk akhlak yang mulia

Dapat memupuk dan membina disiplin kendiri

AKTIVITI
Pendidikan Agama Islam & Pendidikan Moral Guru perlu menekankan kepada aspek penerapan nilai-nilai murni Murid akan memahami setiap agama menganjurkan kebaikan Oleh itu setiap murid yang terdiri daripada berbilang kaum dalam satu kelas akan dapat memahami dan menimbulkan rasa menghormati pada setiap agama yang dianuti oleh rakan mereka yang lain.

5) Unsur Emosi

Memberi tumpuan kepada perasaan jiwa yang sihat dan kuat


Mempunyai emosi yang matang dan stabil Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang

Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan

Mampu mengawal emosi dan nafsu serta tidak sombong atau hipokrit
Mempunyai kemahiran menilai dan menghargai keindahan dan kesenian.

AKTIVITI
Guru tidak boleh pilih kasih Layanan setiap murid adalah sama rata Guru tidak menimbulkan isu-isu yang melibatkan sensitiviti antara kaum Guru perlu mewujudkan satu suasana bilik darjah yang mesra budaya seperti susunan tempat duduk murid yang tidak mengasingkan kaum dan bilik darjah yang bersih Hal ini dapat menimbulkan kestabilan emosi murid dan dapat mengelakkan sebarang masalah timbul di dalam bilk darjah seperti pergaduhan dll.

6) Unsur Jasmani

IMPLIKASI
Memberi tumpuan kepada kesihatan tubuh badan individu Menjaga kesihatan tubuh badan diri Melakukan riadah dengan sempurna

Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat Meningkatkan daya pengaluaran, demi memberi sumbangan kepada kemajuan negara.

AKTIVITI
Guru perlu mencungkil bakat murid yang melibatkan semua kaum contoh: Hari Sukan Sekolah Pendidikan Jasmani

7) Rakyat Malaysia Yang Berketerampilan

Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri Berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna Berpandangan jauh dan berinisiatif Memupuk pembawaan diri yang baik Mempunyai kemahiran yang sesuai dalam perlaksanaan tugasnya Dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna

AKTIVITI

8) Rakyat Malaysia Yang Berakhlak Mulia

Rakyat yang memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu, dan mengamalkannya dalam kehidupan harian Dapat membezakan perkara yang baik dan buruk Menyedari kesan dan akibat daripada perbuatan baik dan buruk Mempunyai perwatakan diri yang baik Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup dan mengamalkannya Dapat menghayati nilai kerohanian kemanusiaan serta kewarganegaraan

AKTIVITI

9) Rakyat Malaysia Yang Bertanggungjawab

IMPLIKASI
Melahirkan rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna terhadap Tuhan, bangsa dan negara, dan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah Boleh dipercayai Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik

Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap Mematuhi peraturan dan undang-undang negara Berusaha untuk meningkatkan kemajuan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

AKTIVITI

10)Rakyat Malaysia Yang Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri Melalui perkembangan potensi individu secara menyeluruh, rakyat akan dapat memiliki jiwa yang tenteram untuk memahami keperluannya sendiri, keluarga,masyarakat, agama dan negara. Berfikiran waras dan berjiwa tenang Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup Memperoleh kemahiran untuk mewujudkan perhubungan baik dalam kalangan masyarakat

AKTIVITI

11)Rakyat Malaysia Yang Dapat Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian dan Kemakmuran Masyarakat dan Negara

Melalui latihan, rakyat boleh menggunakan tenaganya yang mahir, produktif dan inovatif untuk mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara Sentiasa berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan sebagainya Berusaha untuk memajukan ekonomi negaraberdasarkan dasardasar yang ditetapkan

Sering mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara Menguasai kemahiran sains dan teknologi untuk perkembangan dan kemajuan negara Mematuhi perlembagaan dan peraturan negara
Mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara. Bersemangat patriotik dan cintakan negara

AKTIVITI

12) Sumbangan Terhadap Keharmonian dan Kemakmuran Keluarga, Masyarakat dan Negara

IMPLIKASI
Menjadikan

Rukun Negara sebagai amalan

hidup
Memupuk persefahaman keluarga Mematuhi norma masyarakat Cintakan negara

AKTIVITI

Peringkat keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara ini boleh dicapai dengan mengamalkan sikap toleransi, berkerjasama, hormat-menghormati serta memupuk perpaduan di antara kaum. Suasana keharmonian yang tenteram dan stabil akan menjamin perkembangan ekonomi dan kemajuan di dalam semua bidang kehidupan, dan seterusnya muncul keadaan kemakmuran masyarakat dan negara

Kesimpulannya, bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis, pencapaian dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani perlulah dititikberatkan dahulu kerana 4 elemen inilah yang menjadi pemangkin sebenar dalam pembangunan modal insan selaras kehendak negara kita bagi mencapai Wawasan 2020.

RUJUKAN
Mok Soon Sang (2006). Pengantar Pendidikan Teras. Subang Jaya: Kumpulan Budiman SDN BHD. Choong Lean Keow (2008). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman SDN BHD.

You might also like