You are on page 1of 16

AMALI 2: Hasilkan Sebuah Nota Grafik Tentang Kaedah-kaedah Pengajaran Lisan Berserta Ciri-cirinya

Disediakan Oleh: Amalina Afiqah Bt Md.Shuhaimi Noor Azmilia Bt Aziz Nurul Hidayah Bt Mohd Radzi Nurul Athirah Bt Abd. Lah Husna Nasiha Bt Hakimi

Kemahiran lisan adalah satu kemahiran bahasa yang penting kerana manusia berkomunikasi secara lisan lebih banyak daripada kemahiran bahasa yang lain. Kemahiran lisan juga adalah kemahiran yang paling awal dikuasai seseorang sebelum ia menguasai kemahiran bahasa yang lain. Pengajaran kemahiran lisan di dalam kelas hendaklah dijalankan dengan menggunakan kaedah dan teknik tertentu supaya murid dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik. Keupayaan berkomunikasi secara lisan dengan baik akan menambah keyakinan diri kanak-kanak untuk berinteraksi dengan orang lain dalam pelbagai situasi.

DEFINISI KAEDAH
Kaedah pengajaran merupakan beberapa langkah yang mempunyai urutan yang tertentu dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Mangantar Simanjuntak (1982) telah mengatakan bahawa kaedah ialah satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang digunakan.

KAEDAH STRUKTURAL

KAEDAH TERUS

KAEDAH KOMUNIKATIF

KAEDAH SEMULA JADI

KAEDAH

KAEDAH AUDIO LINGUAL KAEDAH ORAL AURAL

KAEDAH FONETIK DAN LINGUISTIK

Kaedah Terus

Kaedah terus ialah salah satu kaedah yang dilaksanakan secara perbualan bagi memperkenalkan bahasa kedua kanakkanak. Kaedah terus juga mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak. Murid akan diperdengarkan oleh guru beberapa perbualan dalam bahasa sasaran Pengajaran perkataan dijalankan dengan menggunakan benda-benda atau objek konkrit, melalui gambar dan sebagainya atau melalui perbandingan dan persamaan sekiranya benda itu tidak konkrit. Murid dilatih buat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari secara induktif.

Kaedah Fonetik dan Linguistik

Kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik, iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa iaitu antara bahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid. Mementingkan pertuturan dan membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid. Mendahulukan bentuk daripada makna Pemilihan bunyi-bunyi terhadap bunyi-bunyi yang sama dalam kedua-dua bahasa itu.

Kaedah Fonetik dan Linguistik

Cara mengajar kaedah ini ialah guru boleh memulakan pengajaran dengan mengajarkan sebutan bunyi perkataan yang mempunyai persamaan dengan bahasa yang baru dipelajari. Kemudian guru akan membuat latih tubi membunyikan perkataan-perkataan yang mempunyai perbezaan dengan bahasa baharu tersebut yang mana kadang-kadang perbezaan tersebut menimbulkan kerumitan untuk mempelajarinya. Sekiranya guru ingin mengajar mengenai perbendaharaan kata, guru hendaklah memulakan dengan peringkat yang mudah atau senang dahulu manakala bagi pengajaran struktur ayat pula hendaklah dimulakan dengan struktur ayat yang mempunyai kesamaan dengan bahasa yang baharu. Contohnya, teh dan tea, kopi dan coffee, komputer dan computer serta lain-lain lagi.

Kaedah Audio Lingual

Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah ajuk hafaz. Pengajaran dibahagikan kepada dua iaitu demonstrasi dan latih tubi. Murid tidak dikehendaki menterjemah perkataan demi perkataan. Guru harus menyediakan aktiviti yang bersesuaian seperti latihan dalam pertuturan dan karangankarangan lisan
.

Kaedah Audio Lingual

Dalam pengajaran yang menggunakan latih tubi, penutur jati atau natif akan membaca beberapa ayat. Kemudian setelah mendengar beberapa kali seluruh murid dalam kelas itu akan mengajuknya berkali-kali sehingga ayat itu menjadi separuh terhafal.

Kaedah komunikatif

Kanak-kanak dapat peroleh bahasa melalui proses kognitif. Merangkumi pengajaran kecekapan bahasa dan komunikatif. Kanak-kanak kuasai makna melalui penggambaran makna dalam struktur ayat tertentu. Dalam pengajaran bertutur, muridmurid libatkan aktiviti bahasa yang bermakna. Pengajaran bertutur perlu melalui huraian bahasa dalam teks, wacana dan bukan secara ayat pencilan.

Kaedah Semulajadi

Kaedah semulajadi adalah merupakan satu kaedah yang hampir sama dengan kaedah terus. Perbezaannya hanya dengam pengajaran yang dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan sesuatu objek atau gambar. Kaedah ini juga tidak menggunakan terjemahan dalam soalan yang dikemukan.

Kaedah OralAural

Kaedah yang dimulai dengan mendengar dan kemudiannya bertutur dikenali sebagai kaedah oral-aural. Kaedah ini juga menggunakan beberapa dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Bertujuan untuk membolehkan murid memperkembang keempatempat kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca dan menulis.

Kaedah OralAural

Kaedah ini menggunakan beberapa dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Bagi memberikan perhatian kepada intonasi yang betul, latih tubi dan dialog perlu dilakukan secara realistik dan terancang. Perkara yang menjadi objektif bagi kaeadah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu. Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya jika gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajarkan kepada murid. Hal ini akan membuatkan murid-murid lebih mudah memahami bahasa yang dipertuturkan dan mewujudkan suasana yang kondusif. Alat pandang dengar digunakan secara meluas. Latih tubi semuanya dibentuk dalam situasi yang realistik disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap.

Kaedah Struktural

Melalui kaedah ini, pembelajaran bahasa adalah proses mekanikal untuk membentuk tabiat dan ini dilakukan melalui latihan dan pengulangan yang banyak. Dalam mendiskripsi bahasa, tatabahasa struktural menekankan kepada penghuraian jenis-jenis pola ayat Mensetkan banyak latihan tubi menyebut perkataan, frasa, klausa dan ayat. Kaedah ini amat berkesan untuk mengajar sebutan, intonasi dan struktur ayat. Latih tubi pola-pola ayat amat diutamakan dalam kaedah ini, terutama dalam membentuk pelbagai ayat asas seperti ayat penyata, tanya, seruan, permintaan dan perintah.

Kaedah Struktural

Tujuan latih tubi adalah untuk mengajar murid membentuk pelbagai bentuk struktur dan pola ayat serta sebutan baku. Peranan guru adalah menyoal murid dan murid menjawab soalan yang diajukan secara saling bertukar ganti. Tujuannya adalah untuk mengajar dan melatih murid membiasakan diri membentuk struktur ayat yang bersamaan jenis. Contohnya: Guru: Di mana letaknya buku itu? Murid: Buku itu di atas meja.

SEKIAN..

You might also like