You are on page 1of 12

BMMB3063 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 9
Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu
 Kaedah Natural / Semula Jadi
 Kaedah Tatabahasa Terjemahan
 Kaedah Ajuk Hafaz
 Kaedah Linguistik
 Kaedah Kod-Kognitif
 Kaedah Bahasa Komuniti
 Kaedah Oral-Aural

Sinopsis

Kaedah ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran
secara teratur dan sistematik. Ia juga merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat
pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang perlu dituruti dengan saksama
bagi mencapai objektif pengajaran. Kaedah pengajaran membolehkan guru-guru mengajarkan
bahasa mengikut cara yang betul lagi terancang. Kajian-kajian yang telah dilakukan sebelum
ini menjelaskan bahawa pengajaran bahasa akan lebih berkesan apabila guru mampu
menggunakan kaedah-kaedah yang telah disarankan dalam bidang pengajaran bahasa.
Pelbagai kaedah diketengahkan sebagai alternatif kepada guru. Terpulanglah kepada mereka
untuk menentukan dan menggunakan kaedah yang paling berkesan dalam pengajaran.
Walaupun pedagogi tidak menentukan potensi kaedah-kaedah tertentu, namun kepakaran
guru menggunakannya boleh menjadikan sesuatu sesi pengajaran itu menarik, bermakna dan
menghiburkan. Berikut diperlihatkan secara ringkas beberapa kaedah yang kerap digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Hasil Pembelajaran

2.2 Mengkaji konsep dan pelaksanaan Kaedah Natural / Semula Jadi, Kaedah Tatabahasa
Terjemahan, Kaedah Ajuk Hafaz, Kaedah Linguistik, Kaedah Kod-Kognitif, Kaedah
Bahasa Komuniti, dan Kaedah Oral-Aural.

3.4 Mengaplikasi kemahiran menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran


dalam aktiviti pengajaran mikro.

1
BMMB3063 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

9.1 Kaedah Natural

Latar belakang

• Diasaskan oleh Tracy Terell, 1977

• Tokoh-tokoh natural yang lain ialah Gouin, Montaigne dan L. Sauveur

• Terell dan Stephen Krashen telah menerbitkan buku The Natural Approach 1978.

 Kaedah semula jadi dianggap sebagai kaedah tradisi dalam pengajaran bahasa.

Ciri-ciri:

• Berasaskan kepada teori pembelajaran bahasa yang menganggap bahawa bahasa


lebih mudah dikuasai secara semula jadi

• Komunikasi sebagai fungsi utama berbahasa dan pengajaran bahasa lebih


berpusatkan keupayaan pengajaran komunikatif

• Menekankan makna dan perbendaharaan kata dalam pengajaran kerana bahasa


dilihat sebagai alat untuk menghubungkan makna dan mesej

• Penguasaan bahasa berlaku apabila pendengar memahami mesej dalam bahasa


sasaran yang dipelajari

Prinsip:

• Arahan sama dengan tahap penguasan bahasa

• Mengajar perkataan dan ayat harian

• Kemahiran komunikasi diajar berperingkat-peringkat

• Tatabahasa diajar dengan pendekatan induktif

• Pelajaran baru diperkenalkan secara lisan

• Objek dan gambar diguna untuk kosa kata maujud dan penyataan idea untuk kosa kata
abstrak

• Teks turut digunakan untuk kemahiran mendengar dan bertutur

• Sebutan dan tatabahasa yang betul turut ditekankan.

2
BMMB3063 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kaedah Natural (Semula Jadi) dalam Pengajaran Bahasa

• Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan


gambar

• Perkataan-perkataan baharu diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan


yang telah diketahui oleh murid

• Tidak menggunakan bahasa ibunda (dalam pembelajaran bahasa kedua) dan tidak
menggunakan kaedah terjemahan

• Cara pembelajaran menyamai pembelajaran bahasa pertama

• P &P dilaksanakan secara tersusun dan berperingkat bermula dengan kemahiran


lisan, kemudian bertutur dan seterusnya membaca dan menulis.

Latihan

Sediakan satu aktiviti P&P Bahasa dengan menggunakan Kaedah Natural / Semula jadi

9.2 Kaedah Tatabahasa Terjemahan

• Kaedah Tatabahasa Terjemahan merupakan kaedah klasik yang dirancang untuk


kemahiran menulis bukan kemahiran bertutur

• Kaedah Tatabahasa Terjemahan mementingkan aspek ejaan, penulisan dan


tatabahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

• Kaedah Tatabahasa Terjemahan tidak memetingkan P&P bahasa secara aktif dan
tidak mementingkan aspek fonetik

Tujuan Tatabahasa Terjemahan

• Membolehkan murid memahami tatabahasa sesuatu bahasa

• Melatih murid menulis menggunakan bahasa yang gramatis

• Membolehkan murid menterjemahkan bahasa asing ke bahasa ibunda, dan sebaliknya

• Melengkapkan murid dengan kosa kata yang luas dalam penulisan

3
BMMB3063 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Cara Mengajar:

Murid diperkenalkan kepada peraturan tatabahasa terlebih dahulu. Guru memberi


penerangan kepada murid tentang peraturan ini kemudian memberikan contoh-contoh.
Peraturan ini perlu dihafaz supaya tidak berlaku kesilapan.

Kemudian, murid diberi senarai kosa kata yang perlu dihafaz. Dalam pembelajaran
bahasa kedua, senarai kosa kata ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa ibunda. Murid
diminta membuat ayat-ayat dengan menggunakan senarai kosa kata itu berdasarkan
peraturan tatabahasa yang telah dipelajari.

Latihan:

Sediakan satu contoh aktiviti pengajaran bahasa dengan menggunakan Kaedah


Tatabahasa Terjemahan.

9.3 Kaedah Ajuk Hafaz

Pengenalan

• Mula diguna oleh tentera Amerika pada perang dunia kedua

• Berkesan kerana dorongan yang kuat dan latihan yang intensif

Konsep

• Pengajaran melalui demonstrasi dan latih tubi

• Pembelajaran secara mengajuk atau menghafaz sebutan kata dan ayat yang tepat
seperti penutur jati bahasa yang dipelajari

Ciri-ciri:

• tatabahasa diajar secara menghafaz ayat-ayat asas melalui ajukan

4
BMMB3063 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

• makna diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda

• pelajar tidak dikehendaki menterjemah kata demi kata

• selepas menguasai ayat dasar, murid digalakkan menggunakan bahasa yang


dipelajari dalam perbualan dan komunikasi harian supaya sebutan dan tatabahasa
dapat dipraktik

Cara Mengajar:

Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan. Maknanya diberi
dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda. Murid tidak perlu menterjemah perkataan demi
perkataan. Apabila semua ayat dasar sudah dipelajari, murid akan membaca deskripsi bahasa
sasaran itu dalam bahasa ibundanya. Contoh, diberi dalam bahasa sasaran dengan
persamaannya dalam bahasa ibunda. Kemudian dia terus mendengar lagi ayat-ayat daripada
pertuturan yang menyambungkan ayat-ayat asas tadi bagi latihan mendengar. Akhirnya, dia
berlatih dalam dialog dengan memakai ayat dasar dan gabungan bahagian-bahagiannya.

Guru terpaksa menjalankan beberapa ikhtiar untuk mencapai maksud ini. Beliau
hendaklah menyediakan hanya latihan dalam pertuturan, misalnya latihan bertutur, karangan-
karangan lisan. Latihan cara-cara menyebut sesuatu perkataan, menyebutnya dengan betul
tiap-tiap bunyi dalam bahasa sasaran dan tahu menggunakannya dalam bentuk-bentuk ayat
yang betul.

Guru perlu tahu bahawa kejelasan dalam menyampaikan pelajaran amat penting.
Sesuatu yang jelas seperti sebutan yang terang dan nyata akan memberi tanggapan yang
betul kepada pelajar. Satu tanggapan yang baik pula akan melahirkan satu penguasaan habit
bahasa yang baik dan sempurna.

Latihan:

Sediakan satu contoh aktiviti pengajaran bahasa dengan menggunakan Kaedah Ajuk
Hafaz.

5
BMMB3063 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

9.4 Kaedah Linguistik

Pengenalan

• Dianggap sebagai kaedah mengajar bahasa yang moden dan saintifik

Konsep

• Kaedah pengajaran yang membandingkan dua bahasa, iaitu antara bahasa yang
dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui oleh murid sama ada bahasa itu bahasa
ibunda mereka ataupun bahasa-bahasa lain..

• Tumpuan kepada bentuk dan fungsi bahasa di samping aspek bunyi, ayat, makna dll.

Mementingkan pertuturan dan membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui


oleh murid.

CirI-ciri

• Mendahulukan bentuk daripada makna

• Memberi pertimbangan kepada pengetahuan fonetik

• Mendahulukan bentuk-bentuk ayat yang ada dalam bahasa ibunda, kemudian diikuti
bentuk ayat dalam bahasa yang dipelajari

• Mendahulukan perkataan yang serupa atau hampir sama bunyi daripada kedua-dua
bahasa

6
BMMB3063 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Contoh pelaksanaan P&P : Bentuk Ayat

Subjek Perbuatan Predikat / Objek

Saya pergi ke pasar

I go to market

Dia makan betik

He eats papaya

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

tea, school, television teh, sekolah, televisyen

bicycle, bus, biscuit, notice basikal, bas, biskut, notis

Tujuan

 Membolehkan murid menggunakan bahasa yang telah diketahui untuk mempelajari


bahasa baharu dari segi bunyi

 Menerangkan bahan-bahan nahu berdasarkan perbandingan antara tatabahasa yang


dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui.

Cara Mengajar

 Mendahulukan pengajaran dengan mengajar sebutan bunyi perkataan-perkataan


bahasa yang dipelajari yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui

7
BMMB3063 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

 Kemudian, melatih tubi bunyi-bunyi bahasa yang dipelajari yang mempunyai perbezaan
dengan bahasa yang diketahui

 Dalam pengajaran perbendaharaan kata, mulakan dengan perbendaharaan kata yang


senang, iaitu perbendaharaan kata yang ada persamaan dengan bahasa yang
diketahui

 Dalam pengajaran struktur ayat, struktur-struktur yang ada persamaan dengan bahasa
yang diketahui didahulukan

9.5 Kaedah Kod-Kognitif

Pengenalan

 Berasaskan pendapat golongan mentalis yang memandang bahasa sebagai


satu kreativiti mental.

 Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kaedah ini menekankan bentuk


dan makna.

 Harus mengetahui sistem bahasa yang didasarkan pada hukum-hukum dan


norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa sebelum mempelajari sesuatu
bahasa.

Ciri-ciri

 Perkara yang diberi perhatian ialah bacaan dan tulisan, manakala lisan tidak
ditekankan sangat

 Aspek yang menjadi tumpuan utama ialah sintaksis dan diikuti oleh morfologi
dan fonologi

 Pembelajaran tatabahasa diterapkan secara langsung dan dilakukan melalui


pendekatan deduktif. Murid mesti mempunyai pengetahuan tentang tatabahasa
yang hendak dipelajari itu.

 Menggalakkan murid menggunakan sebanyak mungkin kemampuan kreatif

 Makna amat dipentingkan. Oleh sebab itu pengertian dan huraian dalam
sesuatu pengajaran dan pembelajaran bahasa itu mestilah diwujudkan

8
BMMB3063 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

 Dalam menghuraikan bahasa, kaedah ini menggunakan aplikasi tatabahasa


transformasi-generatif

9.6 Kaedah Bahasa Komuniti

Pengenalan

 Diasaskan oleh Charles A. Curran dan rakan-rakannya. Curran seorang pakar dalam
bidang kaunseling dan salah seorang profesor bidang psikologi di Universiti Layola,
Chicago

 Disebut juga sebagai Community Language Learning (CLL)

 Teknik psikologi dalam kaunseling telah digunakan oleh Curran dalam pengajaran
bahasa

 Teknik ini menganggap murid sebagai manusia yang mempunyai emosi dan perasaan,
di samping pengetahuan linguistik dan kemahiran tingkah laku

Protokol hari pertama kelas CLL oleh Dieter Stroinigs

 Tegur sapa yang tidak formal dan pengenalan dibuat

 Guru membuat satu kenyataan tentang matlamat dan garis panduan kursus

 Satu sesi perbualan dalam bahasa asing berlaku

- Satu bulatan dibentuk agar setiap pelajar ada kontak mata dengan pelajar yang

lain. Semua murid mudah mencapai alat rangkaian pita dan mikrofon

- seorang pelajar memulakan perbualan dalam bahasa ibundanya dengan seorang

murid lain

- Guru berdiri di belakang murid mengucapkan bahasa asing yang maknanya serupa

dengan ucapan bahasa ibunda tadi

- Murid mengulangi ucapan dan merakamkannya dalam alat rakaman

- Setiap murid mempunyai peluang untuk membentuk dan merakam beberapa mesej

- Pita rakaman dimainkan semula untuk beberapa ketika

9
BMMB3063 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

- Setiap murid mengulangi makna bahasa asing yang didengarnya. Hal ini
membantu menyegarkan ingatan murid yang lain

 Murid digalakkan untuk meluahkan perasaan dan pengalaman mereka secara jujur

dan ikhlas

 Berdasarkan bahan rakaman, guru memilih ayat untuk ditulis di papan tulis dan

menekankan aspek-aspek tatabahasa, ejaan, ataupun huruf besar

 Murid digalakkan untuk menyoal berdasarkan aspek-aspek bahasa

 Murid digalakkan untuk menyalin ayat-ayat daripada papan tulis. Catatkan

makna dan kegunaannya.

Perkara ini yang menjadi teks untuk membolehkan mereka belajar di rumah

Ciri-ciri

 Dalam CLL, murid menjadi ahli dalam satu komuniti

 Belajar melalui proses berinteraksi dengan rakan-rakan dalam komuniti

 Pembelajaran dilihat sebagai sesuatu yang dicapai bersama

 Murid perlu mendengar dengan teliti, bebas mengutarakan maksud atau makna

yang ingin disampaikan, mengulang pengucapan-pengucapan bahasa sasaran

tanpa ragu-ragu, menyokong ahli-ahli lain dalam komuniti, menyatakan perasaan

dalaman dan kekecewaan, kegembiraan dan keseronokan mereka dan menjadi

kaunselor kepada murid lain

 Guru sebagai kaunselor, bertindak balas secara tenang serta tidak menghukum,

sentiasa memberi sokongan dan membantu klien untuk memahami masalahnya

dengan lebih baik

 Masalah psikologi yang mungkin timbul akibat pembelajaran bahasa kedua akan

diberi perhatian dan layanan.

 Guru bertanggungjawab mewujudkan satu persekitaran yang selamat, bebas

10
BMMB3063 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

menghalakan tenaganya kepada tugas komunikasi dan pembelajaran

9.7 Kaedah Oral-Aural

Pengenalan

Kaedah oral-aural atau kaedah dengar tutur ini merupakan kaedah yang

menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan.

Ciri-ciri

• Dialog dianggap realistik dan dilatih tubi secara berulang kali

• Dialog dan latih tubi dijalankan secara memberi perhatian kepada intonasi

yang betul

• Sebutan penutur jati sebagai objektif kaedah ini

• Pita rakaman atau alat audio aural digunakan sepenuhnya bagi mendengar

sebutan yang tepat terutama apabila guru bukan penutur jati.

• Alat pandang-dengar (APD) turut digunakan supaya sebutan lebih realistik

dan bahan latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah

diberi disusun dengan rapi

• Sistem tatabahasa diperkenalkan secara induktif

• Kosa kata diajarkan dalam konteks yang bermakna

• Aktiviti menulis dilaksanakan setelah pelajar menguasai aktiviti bacaan. Bermula

dengan penulisan terkawal, kemudian diikuti penulisan bebas

Tujuan

 Membolehkan murid memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa,

iaitu mendengar, bertutur, membaca, dan menulis, tetapi dalam hal ini mendengar

dan bertutur diberi keutamaan

 Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya dijadikan asas untuk pembelajaran bacaan

11
BMMB3063 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

dan tulisan.

 Membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam

bahasa.

Tugasan

Perbincangan:

• Apakah tujuan penggunaan kaedah audio-aural ?

• Bagaimana kaedah ini boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran?

12

You might also like